KUALA LUMPUR MARATHON (KLSCM) 2023 | Adakah MUDAH berlari FULL MARATHON 42km+?

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 21 ต.ค. 2024
  • 1 Oktober 2023, Kuala Lumpur Marathon (KLSCM) bermula di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, vlog kali ini adalah perkongsian samada FULL MARATHON bahaya bagi mereka yang ingin mencuba buat kali pertama atau yang masih tidak cukup pengalaman. Saya juga akan berkongsi segala tips untuk newbies menyertai full marathon 42.2km.
    Saya telah menyertai KLSCM ini sebanyak 5 kali dan kesemuanya Full Marathon (FM) tanpa ragu-ragu. Yang penting bukanlah latihan yang mencukupi tetapi keberanian untuk mencuba FM sekurang-kurangnya sekali dalam kehidupan. Ia adalah pesta larian yang melibatkan lebih dari 10,000 peserta setiap tahun. Yang penting juga, ikutlah kemampuan diri dan keselamatan kerana pihak penganjur juga telah menyediakan pelbagai bantuan untuk anda mengalami pengalaman ini.
    Dalam vlog ini saya akan berkongsi:-
    1. Bagaimana anda dapat menghabiskan marathon dengan selamat dan mantap?
    2. Apakah reaksi dan maklum balas para peserta full marathon?
    3. Bagaimana suasana dan pemandangan dari mula hingga ke garisan penamat?
    4. Adakah Marathon bahaya?
    5. Bagaimanakah mutu penganjuran KLSCM pada tahun ini?
    Saksikan video ini sehingga penghujungnya!
    www.kl-maratho...
    ____________________________________________
    English description
    October 1, 2023, the Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) starts at Dataran Merdeka Kuala Lumpur, this vlog is a sharing of whether the FULL MARATHON is dangerous for those who want to try it for the first time or those who still don't have enough experience. I will also share all the tips for newbies to participate in the 42.2km full marathon.
    I have participated in this KLSCM 5 times and all of them were Full Marathon (FM) without hesitation. What is important is not enough training but the courage to try FM at least once in life. It is a running festival that involves more than 10,000 participants every year. What is also important, follow your own abilities and safety because the organisers have also provided various assistance for you to experience this experience.
    In this vlog I will share:-
    1. How can you finish a marathon safely and steadily?
    2. What is the reaction and feedback of the full marathon participants?
    3. How is the atmosphere and scenery from the start to the finish line?
    4. Is Marathon dangerous?
    5. How is the quality of organizing KLSCM this year?
    Watch this video until the end!
    www.kl-maratho...

ความคิดเห็น • 107

  • @kweihann
    @kweihann ปีที่แล้ว +7

    I was one of FM participants, I’d been looking you but couldn’t make it. The whole running session was tough, but you made it the run look very relax, always remember your quote “pasti lah boleh habis, kita layan saje….”

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว

      You made my day with this comment. In fact, you inspired me more, you hv the courage to take the challenge to run FM. I hope you learned something from the run. At least we can tell our children or grand grand children that we'd tried a marathon. Congrats Champ... see you in the next run 💪🏼💚👏👍🏼

  • @nurfariezajasmine6567
    @nurfariezajasmine6567 ปีที่แล้ว +13

    Saya rasa tuan memang dah ada endurance base sebab selalu cycling. Sebab tu tuan dapat finish strong walaupun bukan under marathon training. Untuk rakyat marhaen yang jarang2 bersukan, bahaya juga kalau terus buat intense activity macam full marathon

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +11

      Terima kasih atas pandangan sis. Setuju dengan sis, kalau tak mengamalkan gaya hidup sihat, jarang bersenam dan ada sejarah masalah kesihatan, ada risiko untuk marathon. Cuma mesej saya, kita mula perlahan2 dulu, cuba 5km, 10km, 21km, barulah cuba 42km, tapi kalau tak habis takpe, jangan paksa diri, naik aje bas aircond yang selesa disediakan oleh penganjur. Juga tak semestinya, berlatih cara moden, boleh juga berkebun, membersihkan rumah, breeze walking dengan ahli keluarga setiap petang dan weekend, Insha Allah suatu hari nanti boleh Finisher HM atau FM. Terbaik sis!

  • @taufiktaufik6182
    @taufiktaufik6182 ปีที่แล้ว +2

    Congratulation.. thanks for uploading the video only one day after event

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Thank you Champ Taufik, saya memang suka vlog yang macam documentary, kurang special effects yang tak nampak natural. Jadi cepat sikit editing. Terima kasih sudi menonton.

  • @madanktn
    @madanktn ปีที่แล้ว +1

    Congratulations 🎉🎉👏

  • @popoplayzlol4298
    @popoplayzlol4298 ปีที่แล้ว +5

    Tahniah champ, sebab video abang tahun lepas, saya memberani kan diri masuk full marathon semalam. Tapi saya sampai 35km kena angkut naik bus.

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +3

      Saya ucapkan syabas atas semangat untuk mencuba! Tahun depan boleh cuba FM lagi atau HM. Terima kasih

    • @izwansahari
      @izwansahari ปีที่แล้ว +2

      well done ... 35km is not a joke .... sikit lagi 7km ... tapi safety first .... Insyallah tahun depan 2024 ..

    • @izzatkedah6361
      @izzatkedah6361 5 หลายเดือนก่อน +1

      42km bkn smua bole join..tu kna buat lsd..biar slow2 running...x ksh la pace 8 ke 9..nk bg serasi anggota badan kita dgn jarak jauh...ni training pun 10km je... Baik msuk 21km je la..21km pun kaki dh bole crampp..

  • @HeyHey-b9h
    @HeyHey-b9h ปีที่แล้ว +2

    Tahniah! pemberi semangat utk saya masuk marathon tahun depan :)

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Alhamdulilah terima kasih. Nanti kita set tau, lari berjemaah.

  • @ThomasTanUltra
    @ThomasTanUltra ปีที่แล้ว

    Well done, bruh! Congrats KLSCM2023 Finisher!

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว

      Tqvm... I gotta learn from you to do Ultra 😂😊💚👍🏼

  • @ramzanosramzanos3604
    @ramzanosramzanos3604 ปีที่แล้ว +1

    Tahniah bang...👏💪👍😎

  • @zalitaib6635
    @zalitaib6635 ปีที่แล้ว +1

    Tahniah bro! Tips yg sy nk kongsi ialah amik wudhu siap2 pastu pkai arm sleeve kalau takut tersentuh bkn mahram..satu lg bro, sy rase ni 1st time klscm ada bg mknan kat route..ok la tu..klu buat byk station mkanan nnti dah malas nk lari plak😅..sekadar pandangan sy je..tp klu nk rase event yg byk station sediakan mknan, bleh cuba msuk ultra plak bro😁

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Terima kasih Champ atas tips dan pandangan. Cuma selalunya KLSCM bagi pisang atau buah di station yg awal sikit sebab kami ada yg belum sarapan dari 3.30pagi.

  • @cokcitmalaysia9217
    @cokcitmalaysia9217 10 หลายเดือนก่อน

    yeahh....mak saya masuk dalam utube,,,,

  • @RooGGamerz
    @RooGGamerz ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum tuan, alhamdulilliah..terbaik idols, sy suka dgn video tuan ada tips and details nya yg penting solat mantap👍

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว

      Walaikumsalam... Alhamdulilah terima kasih atas komen yg menguatkan semangat untuk berkongsi ini. 😊💚👍🏼

  • @islamskydive
    @islamskydive หลายเดือนก่อน

    Tahniah 🎉🎉🎉

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  หลายเดือนก่อน

      Alhamdulilah terima kasih... jom repeat bulan depan 😊

  • @arifsufianjamaludinarif2319
    @arifsufianjamaludinarif2319 ปีที่แล้ว +1

    Alhamdulilah..tahniah bang,harap abang boleh kongsi tips untuk join full marathon..

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Insha Allah boleh... untuk Finisher dan habis dengan bergaya dan selamat, akan dikongsikan ilmunya. Kalau nak naik podium, itu kena cari coach profesional 😊😂 Terima kasih Champ 👍🏼💚

  • @darush4870
    @darush4870 ปีที่แล้ว

    Congrats bang... terbaek!

  • @zairulbahari3837
    @zairulbahari3837 ปีที่แล้ว +2

    Alhamdulillah syukur tahun ini saya pb 3.26. tak sangka boleh perform sedangkan duk layan duathlon selangor dan powerman.

  • @min.abdullah
    @min.abdullah ปีที่แล้ว +1

    Saya cramp for both legs dekat KM 17. Tapi Syukur Alhamdulillah, berjaya tamatkan larian Marathon🤲🏻

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +2

      Alhamdulilah tahniah! Nanti saya kongsikan tips cegah cramp 😊👍🏼

    • @min.abdullah
      @min.abdullah ปีที่แล้ว

      @@SEMBANGBASIKALISFREE terima kasih😭

  • @varak75
    @varak75 ปีที่แล้ว +3

    Well done Bang... Running or cycling required more endurance? Doing my training now, from 5km to 10km and than moving to 21km... Next year we meet at KLSM2024 FM

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      That's the spirit! Thank you and hope to see you too in KLSCM next year.

  • @alywong211
    @alywong211 7 หลายเดือนก่อน

    thanks for all the petua ... less scared now

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  7 หลายเดือนก่อน

      You're welcome. Don't worry sis, let's treat this as a party of running & walking. You can also watch my previous 2 vlogs (2022 & 2023) in KLSCM to gain confidence. Cheers

  • @flyant321
    @flyant321 ปีที่แล้ว +1

    memang bahaya.. klu tak ada training yg secukupnya.. dan paling bahaya if you push yourself too much..
    cukup training dan run slow and steady pace..

  • @lannnor4511
    @lannnor4511 ปีที่แล้ว

    Tahniah bro nan

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว

      Terima kasih 💚👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼😊

  • @karldai6152
    @karldai6152 ปีที่แล้ว

    Terinspirasi dengan video tuan tahun lepas dan alhamdulillah tahun ni kali pertama full marathon finish strong!!

  • @afiqhaiqaliman
    @afiqhaiqaliman ปีที่แล้ว +1

    Mantap bang. Lagi laju dari tahun lepas.

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Alhamdulilah, memang laju sikit tahun ini, tapi bila nak solat subuh tu 20minit juga di situ sebab paip air kecil tak macam tahun lepas air terus dari lori.

  • @remhofma3467
    @remhofma3467 2 หลายเดือนก่อน

    One day i will participate this run. Insyallah

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  2 หลายเดือนก่อน

      Insha Allah... I believe you can do it. Watch my last 2 vlogs and this year I'll join too.

  • @ghazm4844
    @ghazm4844 ปีที่แล้ว +2

    Salam Bang Nan. Saya pun barai juga FM semalam. Lepas tu fikir nak cycling 100km pula weekend ni dekat UTP 😂 Mohon sedikit tips Abg Nan 🫰

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +2

      Walaikumsalam Champ... weekend ni kayuh enjoy2 aje, kita ada short cut atau naik lori. Kalau tak larat juga, join aje 50km lagi best 😉💪🏼

    • @zahinadventure
      @zahinadventure ปีที่แล้ว +2

      Jumpa di Fellowship ride

  • @AimanZafril
    @AimanZafril ปีที่แล้ว

    Tahun depan InshaAllah masuk fm ..pernah cuba fm kat penang bridge dnf kt km30 sbb sakit lutot dan peroy masuk angin .bila tengok video ni rasa lagi yakin nak masuk fm 💪👍

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Terbaik bro Aiman... bolehlah mula lengkapkan diri. Penang Bridge Marathon memang mencabar bagi saya juga sebab pernah ke Penang menginap di hotel budget, punyalah bising sampai saya tak boleh tidur, bila lari kepala terawang-awangan, nasib baik habis juga. All the best! 👍🏼

  • @tvKACAQ
    @tvKACAQ ปีที่แล้ว

    Tahniah bang! 🎉 steady la bang lari sambil vlog. Rasanya mcm thn ni kureng skit scklm lagi2 part surau tu aduhai lama kene sidai. Harap diorg improve la tahun depan. Terbaik bang 🫡

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Alhamdulilah, terima kasih Champ Shahidin! Betul tu, masih ada beberapa aspek perlu diperbaiki. Tahniah kepada Champ juga! Bila nak keluar vlog?

    • @tvKACAQ
      @tvKACAQ ปีที่แล้ว

      @@SEMBANGBASIKALISFREE tak buat vlog bang, action cam anto repair 😅

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว

      @@tvKACAQ yea ke? adoi... kena beli spare satu lagi GoPro 12 😉

  • @AimanWarfare
    @AimanWarfare ปีที่แล้ว

    Aduuuhhh... Tengok video abang ni, buat saya rasa nak mencuba la. Half pon jadi la. Tetiba rasa mcm bersemangat pulak ni.

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Silakan bro Aiman, mulakan dengan latihan jangka panjang dan heart rate rendah.. Insha Allah boleh 💪🏼

    • @AimanWarfare
      @AimanWarfare 3 หลายเดือนก่อน

      @@SEMBANGBASIKALISFREE Hari ni saya datang balik kat video ni. Disebabkan video ni la Alhamdulillah semalam setel saya punya first half marathon di SCORE Marathon 2024. Lepas tengok video ni saya mula training untuk half marathon. Kalau tak sebelum ni asyik join fun run je. Hahaha. Tapi yang tak best tak jumpa abang pulak kat sana. Apa2 pon terima kasih banyak bang. Teruskan buat video 💪💪

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  3 หลายเดือนก่อน

      @@AimanWarfare terima kasih bro Aiman. Insha Allah ada rezeki kita jumpa dalam next run. PJ Half Marathon, Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, KLSCM dan Penang Marathon.

  • @sunsurien4705
    @sunsurien4705 ปีที่แล้ว +2

    Dua orang belakang bang Nan tu (awal video), kawan2 saya tu...ultra runner belaka.

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Hebat2 ultra runners ni, diorang lah pacer saya kalau saya boring2 cari semangat

  • @moy-alexendrate
    @moy-alexendrate ปีที่แล้ว +1

    Congratulations boss.. dpt buat PB utk FM this year.
    Mmg tak ada rezeki utk berjumpa dgn idoa .
    Sy pun mencari² di mana tuan badan SBIF..

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +2

      Alhamdulilah... tulah next time kita kena buat appointment 😊😅

    • @moy-alexendrate
      @moy-alexendrate ปีที่แล้ว +1

      @@SEMBANGBASIKALISFREE itu la tuan sbb sy dh stanby baju rasmi SBIF dlm beg.. mana tahu rezeki dpt berjumpa dn berselfie.
      Walaupun this year tuan solo tak ada peneman macam tahun lepas.. tuan abiskan juga FM dgn masa yg bergaya.

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      @@moy-alexendrate haha... ok2 jom, next nak jumpa kat mana?

    • @moy-alexendrate
      @moy-alexendrate ปีที่แล้ว +1

      @@SEMBANGBASIKALISFREE tak apa boss.. janji idola sy dlm dunia berbasikal teruskan berkarya dn berkongsi info² pada viewers.
      Ada rezeki kita berjumpa lagi..

  • @kamilhusna94
    @kamilhusna94 ปีที่แล้ว

    Fuhh lari sambil record, mantapp. Camera apa ni, tak berat ke?

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Terima kasih Champ... Saya reporter bergerak camera novice aje GoPro 9 dengan media mod (additional mic).

  • @FixMie
    @FixMie ปีที่แล้ว

    Tahniah bang. Vlog ni guna gopro @ insta 360

  • @mohdirwansophan78
    @mohdirwansophan78 ปีที่แล้ว

    Tahniah. Patut la saya barai, setiap water station minum 4 cawan tu 😅, nampak bro kat khemah depan khemah stan chart lepas habis tu.

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว

      Terima kasih... syabas juga pada bro Irwan. Setiap FM kita akan belajar sesuatu, teruskan hadapi cabaran & gaya hidup sihat 💪🏼😊👍🏼👏💚

  • @Erywalther
    @Erywalther ปีที่แล้ว +1

    15:40 tuan rino…

  • @nurhollissam1501
    @nurhollissam1501 ปีที่แล้ว +1

    Maaf nk tanya bang Nan, penganjur hanya bg air je ke? Tiada gel tenaga?

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +2

      Ada bagi Energy Gel di Water Station yang hujung 7-8, tapi dari awal pagi hingga pukul 8-9pagi satu biji pisang pun takde, mungkin habis. Mula2 ingat nak singah kedai mamak, tapi masuk lebuhraya Akleh dan Duke, takde kedai

  • @idiyusfarizal4149
    @idiyusfarizal4149 ปีที่แล้ว +2

    Tahun depan kita lari sama ye

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Insha Allah, nanti kita set. Ini pesta larian, kena lari ramai2 hehehe. The more the merrier. Terima kasih.

  • @TheIzwansahari
    @TheIzwansahari ปีที่แล้ว

    Terbaik Bro ... Ada juga muka Saya masuk dlm video Ni .. 2:04

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Yang minum air tu ke? Terbaik bro... syabas!

    • @izwansahari
      @izwansahari ปีที่แล้ว

      @@SEMBANGBASIKALISFREE yer ... belah kanan Bro yg pakai sunglass terbalik tu ... hahahaha ...😎😎😎

  • @DhirarEmir
    @DhirarEmir ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum. Nak tanya, selalu KLSCM ni fully booked ke bila registration open? Sy ingt nk register utk 2024 nti. Ada tips utk dpt register?

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Walaikumsalam bro Emir, berbanding tahun dahulu, tahun lepas lebih mudah dan banyak slots tapi kena daftar cepat pada hari yang sama dibuka pendaftaran. Ada kategori yang hot seperti half marathon 21km yang cepat habis. Selalunya dalam beberapa jam atau hari sahaja kategori tertentu penuh. Begitulah ceritanya. Jadi sila subscribe atau follow FB SEMBANG BASIKAL IS FREE dan KL MARATHON STANDARD CHARTERED untuk berita terkini.

    • @DhirarEmir
      @DhirarEmir ปีที่แล้ว

      @@SEMBANGBASIKALISFREE Ok terima kasih :)

  • @afizayue
    @afizayue ปีที่แล้ว

    Menyesal jugak terleka semalam...21km dalam masa 3 jam 14 minit, masuk 25km dah heret kaki. Pengalaman pertama FM, Insya-Allah tahun depan training bagi mantap lagi😁

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Syabas & tahniah saya ucapkan. Panjang umur, kita jumpa tahun depan yea!

    • @afizayue
      @afizayue ปีที่แล้ว

      Insya-Allah moga sihat & panjang umur aamiin.

  • @ahmadfadhilalias725
    @ahmadfadhilalias725 ปีที่แล้ว

    Start lari fm 3.30pagi kn?. Hm lari sme ke msa berbeza??

  • @kimiyaaaa
    @kimiyaaaa ปีที่แล้ว

    insyallah bang satu hari nanti saya lari sekali!

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว

      Insha Allah kita akan layan sepanjang 42km 😊💪🏼🏃🏻

  • @Capik04
    @Capik04 11 หลายเดือนก่อน

    Ada ke org ckp muka abg mcm tony eusoff hihihi. Apa pun congrats🔥

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  11 หลายเดือนก่อน

      Wow terima kasih... ini first time. Tapi ramai yg kata saya mcm Zizan Rasak mungkin sebab hidung besar 😅😊

  • @mohdhanismohamed3732
    @mohdhanismohamed3732 10 หลายเดือนก่อน

    Untuk full marathon ja xsesuai.. kalo stakat lari 5km 10km bleh ja..

  • @zahinadventure
    @zahinadventure ปีที่แล้ว

    Jumpa tahun depan di FM… tahun ni last minit ganti org kita buat HM je…

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  ปีที่แล้ว +1

      Bagus2, FM lah baru best banyak cerita, HM mcm cerita tak habis hehehe. Congrats Champ Zahin!

    • @zahinadventure
      @zahinadventure ปีที่แล้ว

      @@SEMBANGBASIKALISFREE banyak cerita kalau training bang nan… kita tak training hongeh dbuatnya kalau nk ber vlog… hahaha…

  • @mohamadkhairibinkasim5923
    @mohamadkhairibinkasim5923 7 หลายเดือนก่อน

    bang time ni guna kasut ape?

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  7 หลายเดือนก่อน

      Masa ni saya pakai Nike Alphafly 1 😊

    • @mohamadkhairibinkasim5923
      @mohamadkhairibinkasim5923 7 หลายเดือนก่อน

      untuk lari pace 7 8 9 okay ke bang?tarik kt betis x?@@SEMBANGBASIKALISFREE

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  7 หลายเดือนก่อน

      @@mohamadkhairibinkasim5923 saya takde cramp tapi kasut ni tak boleh pakai lama2 ia untuk pace laju, kalau lari pace slow kita rasa penat sebab shoe rocker ni, kita tak boleh diam, macam jongkang jungkit, baik cari kasut foam tanpa plate.

    • @khairykasim5197
      @khairykasim5197 7 หลายเดือนก่อน

      @@SEMBANGBASIKALISFREEokay bang tq..scklm this year debut FM😂😂😂 HM pakai carbon plate shoes okay lg..FM belum penah try..training pn blm start😂

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  7 หลายเดือนก่อน

      Ok all the best. Sayapun tak pasti boleh join KLSCM ni sebab ramai sangat menunggu masa sahaja. Kalau takde rezeki saya join Cycling event aje Lekas Highway@@khairykasim5197

  • @TimothyThomas-z5f
    @TimothyThomas-z5f หลายเดือนก่อน

    70020 Pagac Island