Unc Friday Channel
Unc Friday Channel
  • 182
  • 361 730
Tanjung Balau Semakin Dikunjungi Ramai
Sepanjang perjalanan langit mendung, dah dekat tol Penawar hujan turun agak lebat, tapi tak lama. Sampai di tanjung balau masih lagi gerimis. Memandangkan chek in hotel lama lagi, jadi kita sempat merayau ke Pantai Desaru dan Pantai Batu Layar tapi bukan untuk mandi laut.
Menurut Bayu Balau Resort receptionist, chek in memang bermula dari pukul tiga petang, so kita chek ini pukul tiga petang lah…Bayu Balau Besort resort milik KEJORA ini ok lah bagi kita yang kategori B40, kalau yang turun dari kayangan, jangan risau…banyak tempat lain di Desaru ini, lagipun kat resort ni ada juga kolam mandi untuk anak cucu berkubang sepanjang hari, lagipun sekarang ni bukan boleh mandi laut, ombak besar musim tengkujuh kan…dan kat sini nak tido kat chaletpun ada, chalet dia ok jugak.
Bagi yang datang berkeluarga, bolehlah melakukan riadah bersama, disamping dapat juga menyihatkan tubuh badan dan mengiratkan silaturrahim.
Lepas sarapan ni kita akan ke kandang kuda pulak ye, so sarapan dulu la, kang kelaparan pulak, sorang makan nasi lemak, yang sorang tak berapa nak makan nasi.
Kat kendang kuda Tanjung Balau ni ada 15 rkor kuda semuanya, sekor yang putih ni namanya Jenny. Lepas bagi makan kuda kita naik kuda ya… jangan risau stable boy ada. Tak puas naik kuda kita naik kereta kuda pulak lah, tik tok tik tok tik tok…..
Cetusan idea untuk membina Muzium Nelayan Tanjung Balau ini lahir dikalangan pegawai KEJORA dalam usaha mempertingkatkan kunjungan pelawat ke Tanjung Balau pada tahun 90-an. Hasil kerjasama dengan Fakulti Rekabentuk UTM, Skudai, KEJORA telah membina sebuah muzium dengan objektif lainnya mengenang jasa para nelayan Malaysia yang merupakan penyumbang utama industri makanan di Malaysia.
Muzium Nelayan Tanjung Balau ini merupakan satu-satunya muzium di Malaysia yang memaparkan peradaban kehidupan masyarakat nelayan tradisional di Malaysia. Ia telah dibuka kepada umum pada bulan Julai tahun 1992 di mana pada awalnya hanya mempunyai sebuah bangunan induk sahaja dan menempatkan peralatan-peralatan menangkap ikan tradisional nelayan serta maklumat-maklumat sejarah perikanan di Malaysia. Pada tahun 1997, atas dasar maklumat pengunjung yang inginkan cenderamata apabila berkunjung ke Tanjung Balau, satu Kedai Cenderamata telah dibina bagi merealisasikan tujuan tersebut. Pada tahun 2005, muzium ini telah dinaiktaraf dengan penambahan 3 galeri baru iaitu Galeri Geologi, Galeri Kapal Karam Desaru dan Galeri Keselamatan Laut serta bahagian diorama perkampungan nelayan beserta dengan perahu-perahu tradisionalnya. Sebuah galeri Pameran Bermusim pula telah dibina pada tahun 2012 dan naiktaraf pada tahun 2017 bagi tujuan pameran khas seperti Pameran Rangka Ikan Paus, Pameran Wau Dan Layang-Layang Antarabangsa, Pameran Haiwan Pelik Dan Aneh serta Pameran Misteri Alam Melayu.
Taman Warisan Geologi dan Perkampungan Nelayan Tradisional Taman Warisan Geologi pula menawarkan pengalaman menarik kepada pengunjung yang ingin mendapatkan informasi berkaitan geologi atau menikmati pemandangan indah dengan melalui board walk yang disediakan. Taman Warisan Geologi merupakan salah satu lokasi yang termasuk di dalam jajaran kawasan antara Tanjung Balau - Batu Layar. Pengunjung juga boleh melawat Perkampungan Nelayan Tradisional yang terletak di dalam Kompleks Tanjung Balau bagi melihat sendiri kehidupan sebenar masyarakat nelayan.
มุมมอง: 177

วีดีโอ

Pertukaran Pengetahuan Global SWUT dan UTM EDUCONNECT 2024
มุมมอง 33หลายเดือนก่อน
Lawatan Akademik Ke SWUT, Rizhao, Shandong Province, 25 -29 November 2024, dalam usaha strategik untuk mengukuhkan hubungan dalam pembangunan guru dan pendidikan vokasional, lima kakitangan akademik dari Fakulti Sains dan Teknologi Pendidikan (FEST) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini memperluaskan kerjasama mereka dengan Universiti Vokasional dan Teknikal Pengajian Antarabangsa S...
Bukit Tanjung Laboh - Bukit Misteri
มุมมอง 2355 หลายเดือนก่อน
Bukit Tanjung Laboh pernah menjadi sarang lanun pada zaman dahulu dan bukit ini dianggap sebagai tempat misteri dan digemari oleh pengamal paranormal. Terdapat juga kawasan perkuburan lama di atas bukit ini dan di lereng sebelah timurnya terdapat gua yang muka guanya telah tertutup dengan bongkah batu. Di kawasan berpasir menghadap bukit ini dahulunya sebuah petempatan yang dikenali sebagai Sun...
Ferry Trips From Tanjung Pinang To Berjaya Waterfront Johor Bahru
มุมมอง 5595 หลายเดือนก่อน
About Stulang Laut Ferry Terminal Stulang Laut Ferry Terminal, also known as Berjaya Waterfront Ferry Terminal is located at Stulang Laut in Johor Bahru. This ferry terminal is an official seaport as well as international entry point in Southern Malaysia. Thus, this ferry terminal serves sea transportation services to our neighbouring country, Indonesia including Batam and Bintan Island. Berjay...
Raja Haji Fisabilillah "Demi Maruah Bangsa" Menggenggam Bara Biar Sampai Menjadi Arang
มุมมอง 3815 หลายเดือนก่อน
RAJA HAJI FISABILILLAH Raja Haji ialah anak Daing Celak, sebelum diangkat menjadi Yang Dipertuan Muda Raja Haji bergelar Engku Kelana Putera. Ibunda Raja Haji ialah Tengku Mandak yang merupakan adik perempuan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Raja Haji lahir pada tahun 1727 di Kota Lama Hulu Riau iaitu di Sungai Carang, dan dilahirkan 5 tahun selepas Sultan Sulaiman mengambil alih pemerintahan ...
Raja Hamidah Bergelar Engku Puteri - Srikandi Melayu Abad Ke-19
มุมมอง 6735 หลายเดือนก่อน
Raja Hamidah dilahirkan pada tahun 1774, di Pusat Kerajaan Riau yang ketika itu bertempat di Kota Lama, Pulau Bintan yang kemudiannya dikenali dengan nama, Ulu Riau atau Riau Lama Sungai Carang. Ada juga yang mengatakan Raja Hamidah dilahirkan di istana Kota Piring di Pulau Biram Dewa, kerana ayahandanya telah membangunkan istana di pulau itu, sebelum ia menjawat jawatan sebagai Yang Dipertuan ...
Gedung Engku Bilik Pulau Penyengat Tanjung Pinang
มุมมอง 8916 หลายเดือนก่อน
Gedung Engku Bilik atau juga di kenali Istana Engku Bilik, merupakan salah satu cagar budaya yang ada di Pulau Penyengat. Bangunan Lama ini terletak di Jalan Ja’far, Pulau Penyengat, Tanjung Pinang. Lokasi gedung ini berada di sebelah barat Kompleks Makam Raja Ja’far, atau sebelah selatan Istana Raja Ali Marhum Kantor. Bangunan Gedung Engku Bilik merupakan bangunan lama dua tingkat dengan bentu...
Raja Ali Haji Tokoh Agama Bahasa Sejarah Dan Ketatanegaraan Di Pertengahan Abad Ke 19
มุมมอง 4976 หลายเดือนก่อน
Raja Ali Haji nama lengkapnya adalah Raja Ali al-Hajj Ibni Raja Ahmad al-Hajj Ibni Raja Haji Fisabilillah bin DaIng Celak. Raja Haji juga dikenali sebagai Engku Haji Ali Ibni Engku Haji Ahmad. Ibunya bernama Encik Hamidah binti Panglima Malik asal Selangor. Lahir pada tahun 1808 atau awal 1809 di Pulau Penyengat. Pusat Pemerintahan Kesultanan Riau-Lingga. Menurut ahli sejarah Virginia Matheson ...
Raja Sulaiman Bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Memerintah Dari 1722 Hingga 1760
มุมมอง 4586 หลายเดือนก่อน
SKRIP LAWATAN KE MAKAM SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SHAH (1722 - 1760) Raja Sulaiman ialah cucunda Tun Habib Abdul Majid Bendahara Seri Maharaja digelar orang Bendahara Padang Saujana. Ayahandanya, Bendahara Tun Abdul Jalil yang kemudiannya diangkat menjadi Sultan Johor, menggantikan Almarhum Sultan Mahmud Shah II digelar orang Marhum Mangkat Di Julang, Setelah ditabal menjadi sultan, bergelar S...
Sejarah Masjid Raya Sultan Riau - Pulau Penyengat, Tanjung Pinang, Kepulauan Riau
มุมมอง 8556 หลายเดือนก่อน
Mesjid ini pertama kali dibina pada tahun 1803, ianya seiring dengan pembukaan Pulau Penyengat. Pada masa itu binaan masjid diperbuat dari kayu dan lokasinya lebih dekat dengan Pantai. Pulau Penyengat yang pernah dikenali juga sebagai ‘Penyengat Inderasakti’. Merupakan Mas Kawin atau Mahar perkahwinan Engku Puteri Raja Hamidah dengan Sultan Mahmud Shah III. Pada tahun 1832, sewaktu Raja Abdurra...
Kota Piring Juga Dikenali Sebagai Kota Baru Di Hulu Riau Pulau Bintan
มุมมอง 696 หลายเดือนก่อน
Istana Kota Piring dibangun pada tahun 1777 oleh Yang Dipertuan Muda Riau IV, Raja Haji Fisabilillah. Istana Kota Piring merupakan tempat kedudukan bagi Yang Dipertuan Muda sedangkan kedudukan Yang Dipertuan Besar berada di Sungai Galang Besar. Di dalam karyanya yang berjudul Tuhfat Al-Nafis, Raja Ali Haji melukiskan tentang Istana Kota Piring: “Kota baru yang bertatahkan dengan pinggan dan pir...
Tapak Istana Kota Lama Juga Dikenali Kota Rebah - Tinggalan Sejarah Lebih 350 Tahun
มุมมอง 4506 หลายเดือนก่อน
Tapak istana dan kota juga dikenali sebagai Kota Rebah wujud sejak lebih 350 tahun yang lalu. Lokasinya berada di Hulu Riau, Pulau Bintan tepatnya di Sungai Carang. Pernah menjadi pusat pemerintahan beberapa orang raja Melayu dibina oleh Laksamana Tun Abdul Jamil dan sultan terakhir memerintah di sini ialah Sultan Mahmud Shah III sebelum berpindah ke Pulau Lingga.
Bukan Terus Jadi
มุมมอง 696 หลายเดือนก่อน
Berjaya Water Front dalam perjalanan ke Tanjung Pinang pada 3 Julai 2024
Etnik Duano - Dahulu Pernah Tinggal Di Kuala Sungai Benut
มุมมอง 2.1K8 หลายเดือนก่อน
Etnik Duano atau dikenali juga sebagai Orang Kuala yang kini menetap di Kampung Baru Kuala Benut, sebenarnya pernah mendiami kawasan paya bakau Kuala Sungai benut. Etnik Duano merupakan salah satu etnik Orang Asli yang terdapat di Semenanjung (Malaysia Barat). Secara umumnya etnik Duano merupakan kelompok Orang Laut yang terbahagi kepada beberapa suku. Bagi Suku Duano, Duanu atau Duane mereka m...
Tanjung Bidara - Pengkalan Balak - April 2024
มุมมอง 2538 หลายเดือนก่อน
Tanjung Bidara - Pengkalan Balak - April 2024
Muzik dan Joget Dangkung - Pernah Digemari Etnik Duano Johor
มุมมอง 2.5K9 หลายเดือนก่อน
Muzik dan Joget Dangkung - Pernah Digemari Etnik Duano Johor
Etnik Temuan Kaki Gunung Ledang - Tangkak Johor 2024
มุมมอง 1K10 หลายเดือนก่อน
Etnik Temuan Kaki Gunung Ledang - Tangkak Johor 2024
Orang Laut Suku Duano Di Negeri Johor - Satu Pengenalan Ringkas
มุมมอง 1.4K11 หลายเดือนก่อน
Orang Laut Suku Duano Di Negeri Johor - Satu Pengenalan Ringkas
Cendol Wak Paad - Rantau Panjang Klang
มุมมอง 42011 หลายเดือนก่อน
Cendol Wak Paad - Rantau Panjang Klang
Etnik Orang Seletar - Pernah Tinggal Dalam Sampan Pekajang
มุมมอง 98911 หลายเดือนก่อน
Etnik Orang Seletar - Pernah Tinggal Dalam Sampan Pekajang
Bendahara Tun Mutahir - Dibunuh Angkara Nafsu Fitnah Dan Rasuah
มุมมอง 46411 หลายเดือนก่อน
Bendahara Tun Mutahir - Dibunuh Angkara Nafsu Fitnah Dan Rasuah
SULTAN ALAUDDIN RIAKYAT SHAH - SULTAN MELAKA KE 7 MAKAMNYA DI PAGOH
มุมมอง 984ปีที่แล้ว
SULTAN ALAUDDIN RIAKYAT SHAH - SULTAN MELAKA KE 7 MAKAMNYA DI PAGOH
Nasi Ambeng Ayam Engkong - Digemari Rakyat Hingga Ke Istana
มุมมอง 271ปีที่แล้ว
Nasi Ambeng Ayam Engkong - Digemari Rakyat Hingga Ke Istana
Kampung Warnawarni Kota Malang
มุมมอง 66ปีที่แล้ว
Kampung Warnawarni Kota Malang
Fatin & Zihan - Kompang & Wedding Event
มุมมอง 203ปีที่แล้ว
Fatin & Zihan - Kompang & Wedding Event
Asal Nama Johor Sebelum Dikenali Sebagai Johor
มุมมอง 1.5Kปีที่แล้ว
Asal Nama Johor Sebelum Dikenali Sebagai Johor
Kampung Johor Lama - Makam Lama - Kota Batu Johor Lama - Muzium Kota Johor Lama
มุมมอง 7Kปีที่แล้ว
Kampung Johor Lama - Makam Lama - Kota Batu Johor Lama - Muzium Kota Johor Lama
Orang Seletar Dan Kupang Liar - Demi Sesuap Nasi Mengutip Kupang Di Tiang Konkrit
มุมมอง 204ปีที่แล้ว
Orang Seletar Dan Kupang Liar - Demi Sesuap Nasi Mengutip Kupang Di Tiang Konkrit
Telok Sengat - Johor Lama Kota Tinggi
มุมมอง 1.5Kปีที่แล้ว
Telok Sengat - Johor Lama Kota Tinggi
Sungai Pendas - Dari Hutan Paya Bakau Ke Nature's Capital City
มุมมอง 199ปีที่แล้ว
Sungai Pendas - Dari Hutan Paya Bakau Ke Nature's Capital City