Raja Hamidah Bergelar Engku Puteri - Srikandi Melayu Abad Ke-19

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 11 ก.ย. 2024
  • Raja Hamidah dilahirkan pada tahun 1774, di Pusat Kerajaan Riau yang ketika itu bertempat di Kota Lama, Pulau Bintan yang kemudiannya dikenali dengan nama, Ulu Riau atau Riau Lama Sungai Carang. Ada juga yang mengatakan Raja Hamidah dilahirkan di istana Kota Piring di Pulau Biram Dewa, kerana ayahandanya telah membangunkan istana di pulau itu, sebelum ia menjawat jawatan sebagai Yang Dipertuan Muda Riau Ke IV.
    Raja Hamidah merupakan anak perempuan Raja Haji yang pada masa itu bergelar Kelana Putra Jaya, iaitu jawatan yang diberikan kepada bakal Yang Dipertuan Muda. Raja Hamidah juga merupakan cucu kepada DaIng Celak yang pernah menjadi Yang Dipertuan Muda Riau ke Ke II, sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
    Ibunya merupakan seorang gahara atau bangsawan Riau bernama Raja Perak binti Daing Kemboja. Daing Kemboja adalah anak Daing Perani pernah menjadi Yang Dipertuan Muda Riau Ke III, juga sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman.
    Raja Hamidah memiliki saudara seayah seibu, iaitu Raja Siti yang menjadi isteri Karaeng Talibak, dan saudara lain seayah, tetapi berlainan ibu, iaitu Raja Jaafar yang kemudiannya diangkat menjadi Yang Dipertuan Muda Riau Ke VI, selain itu ialah Raja Idria, Raja Pahang dan Raja Ahmad.
    Sebagai anak perempuan dari seorang panglima perang dann Yang Dipertuan Muda, Raja Hamidah pastinya di besarkan dalam suasana istana, ketenteraan, dan pastinya berjiwa pateriotik.
    Raja Haji pula merupakan seorang yang taat beragama, menghargai para ulama, dan istanaanya di Kota Piring melahirkan ramai guru yang mengajarkan mereka tentang ilmu agama dan pengetahuan umum.
    Raja Hamidah juga dibesarkan dalam lingkungan tradisi adat Melayu dan Bugis, tradisi ini sudah tentu turut membentuk keperibadian Raja Hamidah dan kedudukannya sebagai puteri bangsawan.
    Selayaknya Raja Hamidah memiliki sifat-sifat terpuji, sebagai ahli waris dari seorang puteri Yang Dipertuan Muda, dan garis keturunan yang unggul, baik dari darah Melayu maupun Bugis.
    Proses pendidikan dalam istana dan konflik politik serta peperangan, yang mewarnai zaman mudanya menjadikan Raja Hamidah seorang sosok yang anggun, kukuh, beradat, cerdas, dan bijaksana sehingga menjadikan dirinya seorang wanita yang sangat beribawa.
    Raja Hamidah telah masuk dalam gelanggang politik dan kekuasan, ketika dia menganjak dewasa dan kemudian dilamar oleh Sultan Mahmud Shah III, dan menjadi Permaisuri kerajaan Riau - Lingga.
    Ketika berkahwin dengan Sultan Mahmud pada tahun 1803, Raja Hamidah sudah menjadi perempuan yang matang. Lantaran itu ia dinilai sanggup memikul berbagai konflik bagi seorang perempuan istana, baik beban politik maupun tekanan kekuasaan lain, oleh para pembesar negeri dan pemimpin tradisional terutama dari kalangan suku Bugis.
    Perkawinan dengan Sultan Mahmud Shah III boleh diibaratkan sebagai sebuah perkawinan politik, disebabkan konflik antara Melayu dan Bugis masih berlanjutan ketika itu. Waktu itu Sultan Mahmud ingin mengiratkan kembali hubungan, serta memulihkan hubungan persaudaraan, antara Melayu dan Bugis, dan ingin melupakan perseteruan di masa lalu.
    Raja Hamidah menjadi isteri keempat Sultan Mahmud Shah III, ketika berusia 29 tahun. Sultan Mahmud pula, ketika itu telah berusia 50 tahun. Sebelumnya Sultan Mahmud telah memilik tiga orang isteri iaitu, Cik Puan anak dari Bendahara Pahang sebagai isteri pertama, Cik Mokoh binti Encik Ja’afar isteri ke-dua, manakala Cik Maryam binti Datuk Bendahara iateri Ke-tiga baginda.

ความคิดเห็น • 2

  • @zizieartpaint6786
    @zizieartpaint6786 หลายเดือนก่อน +1

    Terima kasih atas info yang disampaikan..

    • @uncfriday
      @uncfriday  หลายเดือนก่อน +1

      TQ boss