Etnik Orang Seletar - Pernah Tinggal Dalam Sampan Pekajang

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 11 ก.ย. 2024
  • Mengenali Orang Seletar dalam kehidupan lampau merupakan sesuatu yang menarik kerana kehidupan harian mereka yang berbeza dengan etnik Orang Asli lain di negeri Johor. Boleh dikatakan mereka mengamalkan gaya hidup yang berteraskan alam semula jadi di sekeliling mereka. Yang paling jelas dan menarik ialah mereka pernah menjadikan sampan berkajang sebagai rumah kediaman dan ia juga digunakan sebagai kemudahan untuk mencari rezeki. Malah di situlah mereka berkahwin berkeluarga serta melakukan kegiatan sosial. Pada masa dahulu mereka boleh dikatakan seolah-olah hanya akan kembali ke tanah daratan setelah berlaku kematian dalam kehidupan mereka. Menanti kehadiran saat air pasang dan surut juga sungguh bermakna dalam kehidupan mereka. Jiwa dan perasaan mereka akan lebih aman dan tenteram jika saban hari dapat merasai hembusan angin laut mendengar desiran ombak menghidu bau lumpur dan air laut yang telah sebati dalam kehidupan harian mereka
    Setelah beratus-ratus tahun Selat Tebrau dijadikan sebagai kawasan berkelana dan tempat mencari rezeki akhirnya gaya kehidupan tinggal sepanjang masa di dalam sampan sedikit demi sedikit ditinggalkan. Kini mereka telah menetap di satu tempat dan membina rumah kediaman di pesisiran pantai dan membentuk corak kehidupan baru. Namun apa yang boleh dikatakan kekal sehingga kini ialah Selat Tebrau masih menjadi tempat mereka mencari rezeki harian sebagai nelayan tradisional.
    Panggilan Orang Seletar dikatakan sebagai berasal daripada perkataan Melayu yang bermaksud “Orang Selat”. Sewaktu zaman Portugis di Melaka iaitu pada abad keenam belas orang Portugis memanggil Orang Laut sebagai “Celates” yang bermaksud “people of the straits”. Perkataan selat bukan sahaja bermaksud satu badan air yang memisahkan dua tanah besar tetapi juga bermakna ‘selatan’. Keadaan ini lebih menjurus kepada Selat Singapura dan laluan air yang sempit yang banyak terdapat di Kepulauan Riau. Dapat dilihat juga bahawa semasa zaman penguasaan Belanda pada abad ketujuh belas, Orang Laut ini dipanggil serbagai “Seletter” dan panggilan ini dikekalkan oleh orang Inggeris semasa zaman pemerintahannya. Oleh itu penggunaan istilah “Celates” “Selatter” boleh dikatakan merujuk kepada panggilan yang sama maksudnya berdasarkan budaya Orang Laut itu sendiri.

ความคิดเห็น • 15

  • @PengesanLogam
    @PengesanLogam 7 หลายเดือนก่อน +1

    Bagus informasi nya, eh tukar nama channel lain pula ya tuan..

  • @user-pk6rx2sw7y
    @user-pk6rx2sw7y 2 หลายเดือนก่อน +1

    Saya asli orang laut Riau.
    Bisa saya ketemu dengan pakcik yang buat channel ini

    • @uncfriday
      @uncfriday  2 หลายเดือนก่อน +1

      Salam...Orang Laut Riau tuan suku apa ya dan tinggal di mana.

    • @user-pk6rx2sw7y
      @user-pk6rx2sw7y 2 หลายเดือนก่อน +1

      @@uncfriday saya suku laut tuan.
      Dari Indragiri Hilir, Concong Luar

    • @user-pk6rx2sw7y
      @user-pk6rx2sw7y 2 หลายเดือนก่อน +1

      @@uncfriday tapi saya sekarang di Batam. Saya menjadi Guru di salah satu sekolah di Batam ini

    • @user-pk6rx2sw7y
      @user-pk6rx2sw7y 2 หลายเดือนก่อน +1

      @@uncfriday pakcik ini. Orang apa?
      Suku laut atau Suku Melayu??

    • @uncfriday
      @uncfriday  2 หลายเดือนก่อน

      Ooo tuan asal Concong Luar saya pernah ke Tembilahan dan Kuala Enok dan ke Tanjung Pasir Sg.Umah dan Tanah Merah. Oh ye saya suku Melayu kini saya pesara. Dulu saya bekerja di Jabatan Kemajuan Orang Asli.

  • @novelist6128
    @novelist6128 7 หลายเดือนก่อน +1

    Assalam tuan, saya ingin berhubungan dengan tuan....