Bukit Tanjung Laboh - Bukit Misteri

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 11 ก.ย. 2024
  • Bukit Tanjung Laboh pernah menjadi sarang lanun pada zaman dahulu dan bukit ini dianggap sebagai tempat misteri dan digemari oleh pengamal paranormal. Terdapat juga kawasan perkuburan lama di atas bukit ini dan di lereng sebelah timurnya terdapat gua yang muka guanya telah tertutup dengan bongkah batu.
    Di kawasan berpasir menghadap bukit ini dahulunya sebuah petempatan yang dikenali sebagai Sungai Beringin yang diteroka oleh Penghulu Jumaat Bagus dan pengikutnya pada 1850an. Sebatang anak sungai kecil yang dipanggil Sungai Beringin telah terkambus akibat pembinaan benteng penahan ombak.
    Bagi genirasi lama mungkin masih mengingati zaman dimana pantai Bukit Tanjung Laboh menjadi tumpuan semasa pesta mandi safar dan tempat ini antara yang dikunjungi oleh penduduk tempatan. Namun kini tiada lagi acara sambutan tersebut dan tempat ini dijadikan sebagai salah satu panti rekrasi yang terdapat di daerah Batu Pahat.

ความคิดเห็น •