Lawatan Menteri Dalam Negeri ke Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 14 ธ.ค. 2022
  • KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 - Lawatan kerja YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri ke Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Kehadiran beliau disambut oleh YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Hj Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato' Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri serta Pegawai-Pegawai Kanan RELA.
    Lawatan kerja ini adalah pertama kalinya sejak dilantik menjawat jawatan tersebut pada 3 Disember 2022 yang lalu.
    Satu sesi taklimat khas kepada YB Menteri Dalam Negeri mengenai latar belakang, operasi, fungsi dan peranan RELA dalam menjaga keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan negara telah disampaikan oleh, YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA.
    Dalam satu sesi sidang media, beliau turut memaklumkan bahawa lebih 500 anggota RELA akan ditempatkan di sempadan negara untuk membantu agensi keselamatan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengawal dan melindungi keselamatan sempadan negara daripada diceroboh.
    YB Menteri Dalam Negeri berkata, mereka akan terlibat dalam tugas menjaga keselamatan sempadan di lima pintu masuk utama negara. Pada masa ini seramai 90 orang anggota RELA terlibat dalam projek rintis di kelima-lima pintu sempadan negara itu. Lima negeri terlibat dalam penempatan anggota RELA adalah di negeri Sabah, Sarawak, Selangor, Kelantan dan Perlis. Malah beliau juga menambah, mereka juga akan dibekal dan dilengkapkan dengan senjata api dan jaket kalis peluru.
    #KeselamatanTanggungjawabBersama
    #KDN_TogetherWeAreOne
    © 2022 Bahagian Komunikasi Korporat | KEMENTERIAN DALAM NEGERI

ความคิดเห็น •