Lawatan Menteri Dalam Negeri ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 12 ธ.ค. 2022
  • KUALA LUMPUR, 13 Disember 2022 - Lawatan kerja YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri dan YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia.
    Kehadiran YB Menteri dan YB Timbalan Menteri disambut oleh YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara, YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Hj Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri serta Pegawai-Pegawai Tinggi Polis Diraja Malaysia. Lawatan ini adalah lawatan kerja pertama sejak dilantik menjawat jawatan tersebut pada 3 Disember 2022 yang lalu.
    Satu sesi taklimat khas kepada YB Menteri Dalam Negeri mengenai latar belakang, operasi, fungsi dan peranan Polis Diraja Malaysia dalam menjaga serta memelihara keselamatan dan ketenteraman awam, telah disampaikan oleh YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara.
    Dalam sesi sidang media, YB Menteri Dalam Negeri turut memaklumkan bahawa Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747) akan terus dikuatkuasakan untuk menjamin keselamatan rakyat di negara ini.
    #KeselamatanTanggungjawabBersama
    #KDN_TogetherWeAreOne
    © 2022 Bahagian Komunikasi Korporat | KEMENTERIAN DALAM NEGERI
  • เพลง

ความคิดเห็น •