SEJARAH PENUBUHAN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 13 ก.ย. 2024
  • Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah satu pertubuhan yang bercorak kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan dalam gerakan menentang musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri.
    RELA telah ditubuhkan pada 3 Julai 1972 di bawah ‘Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di bawah ‘Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964’. Asas wujudnya RELA bermula sejak tahun 1948, apabila Pertubuhan Kawalan Kampung atau "Home Guard" dibentuk semasa darurat pertama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu.
    Pembentukan Home Guard adalah dibawah Ordinan Darurat 1948 dan diletakkan di bawah bidang kuasa Home Guard Regulations 1950 dan 1951. Dalam pada itu, serangan komunis yang semakin berleluasa sewaktu awal Darurat telah menyebabkan orang awam tampil secara sukarela untuk menyertai Home Guard.
    Pasukan ini telah dibubarkan pada 1 Julai 1959 berikutan berkurangnya ancaman komunis yang membawa kepada pembubaran pengisytiharan darurat di Tanah Melayu pada 31 Julai 1960.
    Selepas berlakunya pencerobohan tentera Indonesia pada September 1964, Kerajaan telah menubuhkan Pasukan Kawalan (Vigilante Corps) bagi membolehkan rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ Kerajaan. Matlamat penubuhan Pasukan Kawalan ialah bagi mewujudkan satu rangkaian unit-unit kawalan yang meliputi seluruh semenanjung Malaysia bagi mengawal aktviti-aktiviti menyusup masuk anasir subversif dan sabotaj dari Indonesia melalui jalan laut, darat dan udara.
    Berikutan dengan keadaan Negara yang bertambah baik, Mesyuarat Jemaah Menteri telah membuat keputusan bagi pembubaran Pasukan Kawalan pada 25 Februari 1967.
    Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak.
    Pada 14 Mei 1969 Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah membuat keputusan bagi Pasukan Kawalan dihidupkan semula. Memandangkan keadaan keselamatan negeri telah bertambah baik sejak berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, sambutan orang ramai terhadap Pasukan Kawalan telah berkurangan.
    Melihat kepada kejayaan pasukan home guard dan pasukan kawalan dalam menangani masalah keganasan komunis dan konfrontasi kerajaan Indonesia timbul kesedaran kerajaan perlunya pasukan sukarelawan yang tetap ditubuhkan bagi membantu kerajaan menangani isu-isu keselamatan setempat selepas terjadinya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
    Pada 1 Januari 1972 Allahyarham Tun Dr. Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengarahkan supaya Pasukan Kawalan ini disusun semula dan diberi corak baru sejajar dengan dasar dan perkembangan negara.
    Pada 25 Jun 2012, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 Akta 752 telah diwartakan sebagai punca kuasa RELA berkuatkuasa pada 22 Jun 2012. Nama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia juga telah ditukar kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia selaras dengan akta tersebut. Pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
    Semenjak ianya dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan Persekutuan pada 28 Ogos 2013, RELA kini sedang melalui arus transformasi ke arah sebuah Jabatan yang unggul dan perkasa apabila peranannya tidak lagi hanya dilihat tertumpu kepada situasi darurat atau bidang keselamatan semata-mata, malah menjurus kepada situasi dan kehendak semasa yang meliputi keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan negara.
    #relamalaysia
    #setiaberbakti
    #kitademinegara
    Media sosial RELA:
    / @tvrelamalaysia568
    / relamalaysiaofficial
    / relamalaysia
    / officialrelamalaysia
    / officialrelamalaysia
    Portal RELA:
    www.rela.gov.my/

ความคิดเห็น • 55

  • @farmingtruck140
    @farmingtruck140 ปีที่แล้ว +5

    RELA ( Home Guard )yg banyak membantu negara ..sekian lama hingga hari ini ...TERBAIK RELA 💪💪💪

    • @tunpahsuntonseelot3024
      @tunpahsuntonseelot3024 ปีที่แล้ว +3

      Sejarah bukit kepung di mana Rela membantu polis dimana ketika itu komunis telah menyerang Balai polis .

    • @user-re8lt3qq7j
      @user-re8lt3qq7j 7 หลายเดือนก่อน

      Mase tu home guard pun kena tenbak​@@tunpahsuntonseelot3024

  • @ellypurple7073
    @ellypurple7073 หลายเดือนก่อน

    Hadir...terbaik ..Rela tongod

  • @driversearcher
    @driversearcher ปีที่แล้ว +6

    Banyak lagi sejarah tentang home guard yang tidak diketahui umum dan memerlukan kajian lanjut kerana dari Home Guard la punca asal usul RELA. Antaranya adalah asal usul senjata (senapang patah) yang menjadi pertikaian hingga kini. Dari home guard juga la terbentuknya askar wataniah selepas pembubaran home guard. Namun selepas darurat RELA bagaikan hilang arah tuju disamping terlalu banyak perkara perkara perlu dibuang dari akta yang sedia ada

    • @adeiska7336
      @adeiska7336 ปีที่แล้ว +2

      Saya Ada maklumat berkenaan senapang patah yang disebutkan tuan. Boleh baca homeguard regulation 1950-1951

    • @ikmaldaniel9732
      @ikmaldaniel9732 ปีที่แล้ว +1

      ??. Maaf askar wataniah, XDA kena mengena dengan rela

    • @MuhdsyawalBinariffin
      @MuhdsyawalBinariffin 4 หลายเดือนก่อน

      ​@@ikmaldaniel9732kepala bapak kau

  • @jokerjokerbro979
    @jokerjokerbro979 ปีที่แล้ว +1

    Tebaik Rela..sy pun Rela jga dari melaka....

  • @benetlurin279
    @benetlurin279 ปีที่แล้ว +3

    Ada anggota rela disini👍👍👍

  • @dhayalanlaxmanaswamy9025
    @dhayalanlaxmanaswamy9025 ปีที่แล้ว +1

    Terbaik Pemimpin Tertinggi RELA MALAYSIA Kita..
    Kita Semua Sentiasa memberikan Perkhidmatan yg Cemerlang Dan sentiasa Memberikan kerjasama Serta Kepercayaan kepada Rakyat Kita..
    RELA Tetap Ungul
    Setia Berbakti..
    Setia Berbakti..
    Setia Berbakti.
    Kita

  • @ahmadfarizbinahmnadrusli496
    @ahmadfarizbinahmnadrusli496 ปีที่แล้ว +3

    Itu laa senapang patah asal drp Home Guard sehingga kini masih digunapakai....vintage arms dah jadinya weyyyy....Selamat 50 tahun,RELA...!!!!

  • @user-ox2jd2vt6b
    @user-ox2jd2vt6b 4 หลายเดือนก่อน

    Kalian adalah pembela bangsa berkerja tk kira masa setiap bencana Klian ada selamat maju jaya bela Malaysia doa untuk plastina.sesiapa yng berkerja penjaga penjaga orng awam niat lilahitaala ada tempat kalian d msyar.jngan tipu kerja jangan tipu agong daulat tuanku.❤❤❤❤ CV 77

  • @vimalagopalan2025
    @vimalagopalan2025 10 วันที่ผ่านมา

    selamt ptg

  • @hazrilhisham
    @hazrilhisham ปีที่แล้ว

    Terbaik

  • @tunpahsuntonseelot3024
    @tunpahsuntonseelot3024 ปีที่แล้ว +8

    Siapa Anggota Rela disini Angkat tangan...

  • @amirulamirul2736
    @amirulamirul2736 ปีที่แล้ว +3

    Salam Dan SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR MASYAALLAH INSYAALLAH TABARAKALLAH BISMILLAH SEMOGA PERJUANGAN PENGORBANAN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA ( RELA) SENTIASA DALAM KEADAAN BAIK DI LINDUNGI DI BERIKAN KESELAMATAN RAHMAT BERKAT MURAH REZEKI SELAMAT DI KURNIAKAN PETUNJUK HIDAYAH AGAR SENTIASA TAUBAT DI REDHAI DUNIA AKHIRAT AAMIIN AL-FATIHAH LAILAHAILALLAH MUHAMMAD RASULULLAH ALLAHUMA SOLI ALA MUHAMMAD WAALA ALIHI WASOBIHI WASSALAM
    BETUL DAN HOME GUARD DI SELIAAN 1 ADA DARI INGGERIS SERTA PDRM PUN PESURUHJAYA 1 ADALAH DARI INGGERIS BRITISH.
    ATM PULA CUMA NAK TAHU

  • @zerodistance3775
    @zerodistance3775 6 หลายเดือนก่อน

    setia berbakti

  • @zulfathi2636
    @zulfathi2636 ปีที่แล้ว

    Terbaik RELA Malaysia

  • @hatta80
    @hatta80 ปีที่แล้ว +3

    SETIA BERBAKTI!!

  • @abdaziz8502
    @abdaziz8502 ปีที่แล้ว +1

    Inilah wajah-wajah pejuang negara

  • @enaminmuhaimin1392
    @enaminmuhaimin1392 ปีที่แล้ว

    Terbaik dan Tahniah 👍👍👍

  • @maimaya5749
    @maimaya5749 ปีที่แล้ว +1

    tarikh penubuhan Rela 11/1/1972 atau 3/7/1972???? yg mana satu ye?

  • @albertpetrusalbert9591
    @albertpetrusalbert9591 11 หลายเดือนก่อน

    🎉🎉🎉🎉🎉🎉

  • @zabadm
    @zabadm ปีที่แล้ว

    Terbaik...

  • @shakirshak4491
    @shakirshak4491 ปีที่แล้ว +1

    Pakai baju kurong ja berperang.tu la RELA dulu

  • @amritpalsingh4185
    @amritpalsingh4185 ปีที่แล้ว

    Good morning 🙏🌹🙂 close

  • @azaharijarbas9158
    @azaharijarbas9158 ปีที่แล้ว

    Kita cerita ttg home guard, sape teror ce sebutkan nama 2 anggota home guard (seorang myu & seorang cina) yg tekorban dlm peristiwa berdarah tanah air. Xde sape tau kan? #Unsang Heroes.

  • @apasanaqcai1174
    @apasanaqcai1174 ปีที่แล้ว +1

    jasa mu d kenang....

  • @shakirshak4491
    @shakirshak4491 ปีที่แล้ว

    Perwira

    • @ikmaldaniel9732
      @ikmaldaniel9732 ปีที่แล้ว +2

      Perwira sebenarnya adalah pahlawan tentera dan polis

    • @MuhdsyawalBinariffin
      @MuhdsyawalBinariffin 4 หลายเดือนก่อน

      ​@@ikmaldaniel9732Diam LH kau budak..

  • @ahmadfaiz3129
    @ahmadfaiz3129 หลายเดือนก่อน

    Support KKPT

  • @ikmaldaniel9732
    @ikmaldaniel9732 ปีที่แล้ว +3

    Anggota rela skrg, lebih sudu dari kuah.. besar kepala,.. acah polis acah tentera... ,

    • @jamesadrian7717
      @jamesadrian7717 ปีที่แล้ว +3

      Saya bekas Tentera masuk Rela, apa yang lebih sudu dari kuah?

    • @jokerjokerbro979
      @jokerjokerbro979 ปีที่แล้ว +3

      Bro aku pun rela diri melaka..aku nak tye la..bro tahu ke bayak kan masok rela ini dari bekas tentera dan pdrm pun ade jga..klau tak tahu ape baik diam je...

    • @oneokrockstarlord845
      @oneokrockstarlord845 10 หลายเดือนก่อน +2

      Tersakiti ka bro?

    • @pkkmanGGa
      @pkkmanGGa 7 หลายเดือนก่อน

      Ooi,, ko balik negara ko lah, tak payah sebok kat negara orang, Sy bukan rela pun hormat setiap Angsi yg bertugas

    • @MuhdsyawalBinariffin
      @MuhdsyawalBinariffin 4 หลายเดือนก่อน

      Haaa kau diam LH engkau wahai lahanat

  • @redzaredza2975
    @redzaredza2975 ปีที่แล้ว

    Kalau,bolah,pupus,kan,rela,tak,guna,ada,rela,buat,masalah

    • @jfkrt5854
      @jfkrt5854 ปีที่แล้ว +1

      Nak tau jugak depa buat apa

    • @nurnabilahzulkefli8180
      @nurnabilahzulkefli8180 ปีที่แล้ว

      Kebanyakan orang indon memang tak suka rela..sebab rela nii bantu imegresen tangkap pati😂😂😂

    • @habaliesapiee9
      @habaliesapiee9 6 หลายเดือนก่อน

      Apa yg rela buat? Nak tahu juga ni.

    • @user-fw6iu4ms1j
      @user-fw6iu4ms1j 5 หลายเดือนก่อน

      Kau ni saja jerrrr jer provokasi 😂

    • @MuhdsyawalBinariffin
      @MuhdsyawalBinariffin 4 หลายเดือนก่อน

      Ada menyusahkan kau ke..base bodoh

  • @sirnasha2024
    @sirnasha2024 ปีที่แล้ว +1

    Terbaik RELA Malaysia