Bicara 'ZARATHUSTRA' di Toko Buku Rakyat, Wisma Central, K.Lumpur

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 20 ต.ค. 2024
  • Gema 'ZARATHUSTRA' di Toko Buku Rakyat
    Alhamdulillah, semalam (20 Julai 2024/14 Muharam 1446H), telah berlangsung pembicaraan dan diskusi, berkaitan karya terbaharu yang telah saya terjemahkan, Maka, Bersabdalah Zarathustra (Thus Spake Zarathustra) nukilan filsuf Jerman, Friedrich Wilhelm Nietzsche.
    Wacana lebih berkisarkan kepada idea-idea utama Nietzsche dalam menggarap falsafahnya. Konsepsi übermensch (adi manusia), kematian Tuhan, kehendak untuk berkuasa, 'amor fati' (cintailah takdirmu), moral manusiawi dan pengulangan abadi (eternal reccurence) dikupas secara sederhana.
    Takzim terima kasih kepada semua yang hadir (baik secara fizikal mahupun di atas talian), bagi membahas segenap hal yang bersangkutan dengan Friedrich Nietzsche, terutamanya inti-inti aforisme menggelinjang dalam 'Zarathustra'. Tidak sangka "full house" semalam. Pada saya, ia menjadi petanda positif terhadap dukungan serta 'gerak nafas' wacana falsafah di negara ini. Moga-mogalah...🤲
    Dikongsikan rakaman bicara, yang disediakan oleh pelajar saya, saudara Rajimin Kontak.
    #makabersabdalahzarathustra
    #thusspokezarathustra
    #friedrichnietzsche
    #tokobukurakyat

ความคิดเห็น • 3

  • @ChapitZulkefli
    @ChapitZulkefli 3 หลายเดือนก่อน

    Dr. berdasarkan dari pemahaman saya, "manusia terperangkap dalam jaringan makna" lebih kurang maksudnya kita hanya dapat memahami / melontar pandangan dan maksud berkait rapat dengan fundamental dan maklumat yang mungkin terbatas. Sekiranya banyak pengetahuan, lebih tinggi dan dalam pemahaman kita dalam sesuatu perkara, perkaitan kita dalam mencari dan memahami makna. Sebagai contoh, kisah rakyat Si Kancil. Ada orang hanya memahami Si Kancil sebagai haiwan yang nakal, ada pula yang mentakwil atau memaknakan Si Kancil sebagai haiwan yang bijak, licik atau penuh tipu daya, bergantung kepada perspektif pentaktif cerita tersebut. Hal ini juga membawa perkaitan dengan sikap/tingkah laku pengkaji etnografi dalam pemberian makna. Adakah pemahaman saya selari dengan maksud Dr?

    • @dr.saifulakramchecobabghaf518
      @dr.saifulakramchecobabghaf518  3 หลายเดือนก่อน +1

      Iya, itu yang dikatakan sebagai strategi dalam memahami, yang ditunjangi oleh kaedah hermeneutik..

    • @ChapitZulkefli
      @ChapitZulkefli 3 หลายเดือนก่อน

      @@dr.saifulakramchecobabghaf518 baik Dr. terima kasih. dapatlah saya manfaatkan konsep pemahaman tersebut dalam sintesis dan penulisan insha allah.