Program Ramadan Ceria - Anak-anak Yatim Dari Rumah Anak Yatim & Asnaf Permata Al-Kauthar Muqarrabin

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 27 ก.ย. 2024
  • Khamis (28 Mac): Bersempena sambutan hari Nuzul Quran & Ramadan yang mulia, pihak Open University Malaysia (OUM) Pahang dari Pusat Pembelajaran OUM Kuantan, OUM Temerloh & OUM Kuala Lipis menyantuni 22 orang anak-anak yatim berusia 3 bulan hingga 18 tahun dari Rumah Anak Yatim & Asnaf Permata Al-Kauthar Muqarrabin. Program Ramadan Ceria bermatlamat bagi berkongsi pengalaman yang bermakna bersama mereka dalam meraikan kemeriahan bulan Ramadan serta Syawal yang bakal tiba.
    Program Ramadan Ceria anjuran OUM Pahang dengan sokongan padu Pusat Perhubungan Alumni OUM & Pusat Komunikasi Korporat OUM serta RTM Pahang bergabung tenaga membawa anak-anak yatim ini membeli-belah persiapan Hari Raya di Kuantan City Mall (KCM). Selain itu, mereka turut dirai dengan berbuka puasa bersama kakitangan OUM Pahang serta Alumni OUM Pahang di Restoran Dallah dimana anak-anak ini menerima sumbangan & duit raya dari OUM Pahang, Alumni OUM serta orang persendirian. Pihak RTM Pahang terutama PAHANGfm juga terlibat merakam & siaran lintas langsung program berkenaan.

ความคิดเห็น • 1

  • @hamidnohbinabdulrahmanstaf1637
    @hamidnohbinabdulrahmanstaf1637 5 หลายเดือนก่อน

    Alhamdulilah semoga dipermudahkan rezeri warga staf dan dalam masa yang sama dapat berbahagi dengan golongan yang memerlukan...setiap harta yang kita ada,ada hak orang lain.