OUM CSR Tawau

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 5 มิ.ย. 2024
  • OUM Tanam 100 Anak Pokok di Hutan Simpan Tajong, Tawau
    Open University Malaysia (OUM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah dan Kelab 4x4 Tawau telah menjalankan program Corporate Social Responsibility (CSR) di Hutan Simpan Tajong, Tawau pada 26 Mei 2024 yang lalu. Program ‘Save Our Earth’ ini menumpukan penanaman 100 anak pokok hutan dan buah-buahan tempatan. Seramai 80 peserta yang terdiri daripada Staf, Alumni dan Pelajar dari Wilayah Sabah telah turut serta disamping penduduk komuniti setempat. Turut hadir, Presiden/Naib Canselor OUM, YBhg Prof Dr Ahmad Izanee Awang serta Pengurusan Tertinggi OUM. Program ini merupakan inisitif OUM dalam memelihara dan memulihara alam sekitar selain menyokong usaha Kerajaan dalam kempen penanaman 1 juta pokok sehingga tahun 2025. OUM juga turut menyasarkan penanaman 2,500 pokok sempena sambutan ulang tahun ke-25 yang akan disambut pada bulan Ogos tahun hadapan.

ความคิดเห็น •