Kek Carrot dengan Cream Cheese Frosting | langkah demi langkah dan tips penting
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 9 ก.พ. 2025
- Bismillahirrahmanirrahim,
Hari ni saya buat kek lobak merah atau pun popular disebut sebagai kek carrot.
Kek ini memang sedap. Mewah dengan kekacang walnut, kismis, parutan lobak merah dan haruman rempah iaitu serbuk kayu manis, ditambah lagi dengan topping cream cheese di atasnya.
Cara penyediaannya pun mudah, tak perlu gunakan mixer untuk kek. Hanya gunakan whisk sahaja. Untuk topping cream cheese (krim keju) pula, jika anda tak mahu gunakan mixer seperti saya, boleh pukul menggunakan whisk juga.
📍Soalan lazim :
-saiz loyang berapa inci ?
-boleh tak guna tepung gandum ?
-serbuk penaik tu apa ?
-boleh guna baking powder ?
-boleh guna minyak masak ?
-boleh guna mentega cair ?
-guna api oven atas atau bawah ?
-kek ni boleh kukus tak ?
-kipas oven perlu off tak ?
-boleh ke guna gula kastor sebagai ganti gula perang ?
-boleh ke kalau tak letak serbuk kayu manis ?
-boleh ke gantikan whipping cream dengan susu cair ?
JAWAPAN kepada semua soalan di atas :
Sila lihat dalam video, saya ada beritahu😁
…………………………………………………………………
//BAHASA MELAYU
…………………………………………………………………
Kek Lobak Merah dengan Krim Cheese Frosting
📷 TH-cam : Surianti Kitchen
Bahan-bahan untuk kek:
2 cawan tepung naik sendiri (250g)
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil serbuk kayu manis
½ sudu kecil garam
2 cawan lobak merah parut (300 g)
1 cawan walnut panggang yang dicincang (100 g)
1 cawan kismis hitam (120 g)
4 biji telur saiz besar
1 ½ cawan gula perang (225 g)
1 ¼ cawan minyak jagung (225 g)
1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan untuk lapisan keju krim:
400 g krim keju
100 g gula aising
100 g mentega
120 g krim putar (bukan tenusu)
½ - 1 sudu kecil jus lemon
Beberapa titis pewarna makanan oren untuk lobak merah
Beberapa titis pewarna makanan hijau untuk daun
…………………………………………………………………
//ENGLISH
…………………………………………………………………
Carrot Cake with Cream Cheese Frosting
📷 TH-cam : Surianti Kitchen
Ingredients for cake :
2 cups self-raising flour (250g)
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
½ tsp cinnamon powder
½ tsp salt
2 cups grated carrots (300 g)
1 cup chopped roasted walnuts (100 g)
1 cup black raisins (120 g)
4 large eggs
1 ½ cups soft brown sugar (225 g)
1 ¼ cups corn oil (225 g)
1 tsp vanilla essence
Ingredients for cream cheese frosting :
400 g cream cheese
100 g icing sugar
100 g butter
120 g whipping cream (non-dairy)
½ - 1 tsp lemon juice
A few drops of orange food coloring for the carrots
A few drops of green food coloring for the leaves
Instagram : / surianti_kitchen
Facebook : m.facebook.com...
TH-cam : / suriantikitchen
TikTok : vt.tiktok.com/...
#jendeladapursurianti #kek #carrotcake #kekcarrot #mudah #suriantikitchen
Sy dah mencuba beberapa resepi dr chanel puan dan memang menjadi dgn sempurna..terima kasih atas perkongsian resepinya..semoga menjadi pahala jariyah yg berpanjangan buat puan.
Alhamdulillah terima kasih sudi mencuba resipi2 saya😍 insyaAllah , aamiin.. semoga Allah permudahkan juga urusan puan.
Waalaikumsalam...sedap kek ni...terima kasih kongsi resepi kek carrot..minta izin saya nak cuba buat kek ini..💗💛🙏🙏
Alhamdulillah, silakan. Selamat mencuba😍
best nya. resipi yg di tunggu2..
Alhamdulillah, semoga bermanfaat😍
Assalamualaikum,bestnya kek carot.saya nk cuba lah nanti.t kasih😊
Waalaikumsalam, ya silakan😍
Very nice
Thank you😍
Terima kasih puan sudi share.😊😊
Sama2, selamat mencuba😊
Waa'laikumusalam Puan Surianti. Nampak menarik carrot cake Puan Surianti. Cara yg mudah. Terbaik 👍♥️🤗.
Alhamdulillah, terima kasih puan Haslina😍
Terima kasih kerana berkongsi resepi, saya suka resepi kek yang guna whisk. 😁😊
Resepi Puan untuk muffin pisang dan muffin coklat masih saya guna sampai sekarang, boleh menjual muffin pula. ❤
Alhamdulillah, terima kasih😍 selamat mencuba
Sedapnya krim tu ❤
Alhamdulillah terima kasih Shikin😍lama tak nampak
Walaikusalam puan su nmpak sedap betui kan kalau mkan minum petang bersama keluarga tersayang Amin ya rabbal alamin from ceq Dari Penang tak kedekut resepi dengan ilmu semoga murah rezeki selalu disamping keluarga tersayang Amin ya rabbal alamin 🤲 pada hari rabu yang indah ini
Alhamdulillah terima kasih singgah😍
One of my best youtube channels. It is like attending a baking course. Thank you Puan for the detailed recipe and instructions. Satu soalan. Krim putar simpan dlm peti beku(freezer) atau peti sejuk? Biasanya kalau guna sikit and sudah buka, berapa lama boleh simpan. Kadang2 beli satu carton dan kalau balancenya tak guna cepat ya akan rosak. Please share your tips how to store non dairy or dairy whipped cream. Bahan2 ni buka murah. Thank you🙏
Non dairy whipping cream simpan dalam peti beku, saya ada beritahu dalam video. So far saya tak pernah simpan lama sebab dalam sebulan dah habis saya gunakan untuk buat kek.
Tak perlu beli sampai 1 carton, beli kotak 1 cukuplah.
Dairy whipping cream simpan dalam chiller boleh tahan 1 minggu. Beli 1 kotak kecil je.
L7
cantik banget cake nya bunda
Terbaik
Alhamdulillah, terima kasih😍
Salam. Kalau nak buat dalam muffin cup, waktu membakar mcmmana ye sis?
Waalaikumusalam Surianti Kitchen🎉🎉❤❤
Alhamdulillah, terima kasih singgah dan support channel Surianti Kitchen😊
Next apple crumble recipe bole ?
InsyaAllah, terima kasih atas cadangan😊
Frosting tu sy x letak whipping cream boleh tak?
❤❤❤❤❤
Terima kasih😍
Assalamualaikum... Nak tanya boleh ke kalau pakai cream cheese frosting ni untuk kek red velvet
Waalaikumsalam, ya boleh. Sedap cream cheese ni, kalau gunakan untuk kek lain pun sesuai.
Ok baik terima kasih @@SuriantiKitchen
boleh tak jika tak masukkan walnut....
Ya boleh, tapi kalau letak lebih sedap sebab kek carrot ni biasanya ada walnut
Comey😊 syg nak mkn
Alhamdulillah, terima kasih puan support chanel Surianti Kitchen😍 ada jugak senget benget nya tu
Assalammualaikum.
Waalaikumsalam