VIDEO PILIHAN KOPERASI PDRM BERHAD CATAT UNTUNG RM45 JUTA, DIIKTIRAF KOPERASI PREMIER TAHUN 2023

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 26 มิ.ย. 2024
  • Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain selaku Yang Dipertua Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRMOfficial) mengumumkan KPDRM berjaya mencatat keuntungan sebelum peruntukan berkanun, zakat dan cukai berjumlah RM45 juta bagi tahun 2023, berbanding RM42.6 juta di tahun sebelumnya, selain diiktiraf sebagai Koperasi Premier 2023.
    Pengumuman itu disampaikan dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-89 KPDRM yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
    Beliau turut mengumumkan pulangan dividen 5.5 peratus atas modal yuran dan 7.0 peratus atas modal saham, membabitkan pembayaran sebanyak RM32 juta yang akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum.
    Pautan TikTok: vt.tiktok.com/...
    Sumber: TikTok PDRMsiaOfficial

ความคิดเห็น •