SABAH TOUR RIDE_DAY 5_ROUTE SCENERY |

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 25 พ.ค. 2024
  • Day 5: Trip Sabah 3.0 Ride and Camp
    Alhamdulillah selesai hari terakhir. Day 5 route: Ulu Senangan Substation, Keningau-Tenom- Sipitang-Kuala Penyu-Kota Kinabalu sejauh 300 km. Kami bergerak sekitar jam 8.30 pagi menuju ke Tenom untuk mencari bengkel membaiki tayar motor. Bayaran sewa tapak diselesaikan dengan ranjer bertugas, Tuan Dino. Bukan Dino Danidina Ini orang kuat Samarang Platform.
    Setelah pergi ke kedai yang ke-lima, baru lah kedai itu boleh membuat tampal dalam. Dua kedai yang pertama, cuba menggunakan cacing tayar tetapi gagal. Nasib baik kedai motor ke-lima ini berdepan dengan kedai tayar kereta. Rezeki sungguh dipermudahkan Allah. Kedai motor membuka memasang tayar tubeless dan kedai tayar kereta membuat tampalan dalaman. Harga charge mereka juga sangat murah jika dibandingkan di KL. Tampalan dalaman hanya rm10 dan charge upah hanya rm15. Alhamdulillah
    Kami meneruskan perjalanan ke kedai kopi Yit Foh, trade mark Tenom ini yang terkenal dengan kopinya. Kami berdua memang peminat coffee. Selepas selesai mengopi, kami meneruskan perjalanan menyelusuri jalan ke Sipitang. Jalannya juga best untuk melayan corner dan scenarynya bukit bukau yang cantik yang membuatkan kami sentiasa teringat kepada kehebatan Allah. Kami singgah di Sipitang untuk maka satay. Di sini memang terkenal dengan sataynya yang lazat bersama ketupat dan kelulis. Selesai makan, kami terus ke masjid Sipitang untuk solat. Beberapa siri musafir, kami mendapati solat di awal waktu akan melancarkan lagi perjalanan kami. Hati tu pun lebih senang tidak terkejar2 bila sudah beres dengn urusan solat. Selari dengan hadis nabi apabila ditanya “Apakah amalan yang paling dicintai disisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya”.
    Kami menuju ke Pulau Penyu dan pantai Pimping sebelum terus bergerak ke Kota Kinabalu. Hujan turun sangat lebat di Beufort menyebabkan kasut kami basah lencun. Inilah hujan yg paling lebat dan agak lama sepanjang 5 hari kami di sini. Alhamdulillah harapnya kemarau akan berhenti. Setiap kali hujan, pasti bro Said akan mengingatkan untuk membaca doa hujan turun dan berdoa apa sahaja kerana ketika ini antara masa doa mustajab.
    Kami menyerahkan motor ke BK Borneo Adventure sekitar jam 5 petang, menandakan kami telah selesai untuk misi Ride and Camp Sabah kali ini sejauh lebih kurang 2000 km. Alhamdulillah perjalanan yang sangat menyeronokkan dan akan kekal menjadi pengalaman indah bagi kami inshallah.
    Terima kasih kepada yang menjayakan misi ini secara langsung dan tidak langsung. Kepada permata hati Syakimah Aziz. Kepada Bob Azman yang telah memimpin trip bermotor kali pertama. Ayuradimen Razali Abdul Naim Talip yang tidak jemu menjawap persoalan tapak perkhemahan dan ramai lagi. Maaf kawan2 yang tak sempat bertandang bertemu kalian. Inshallah nanti kita usahakan. Until the next ride…
    Text & footage credit to Bro Hazany( MHMT@_vlog)
    video editing by said5hariff

ความคิดเห็น •