River Garbage Collector RGC MyInvest21

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 3 พ.ย. 2021
  • 80% daripada masalah plastik di sungai adalah datang daripada 1000 aliran sungai. Turut serta, sungai adalah tunjang utama kepada masalah pencemaran plastik di laut. River Garbage Collector (RGC) merupakan sebuah inisiatif ulung yang dibangunkan untuk menyelesaikan masalah sisa sampah didalam jajaran sungai sungai di Malaysia. RGC merupakan sebuah jentera yang menggunapakai kuasa solar secara 100%, mengutip sisa plastic secara automatic dan mampu untuk beroperasi di majoriti sungai sungai di dunia yang tercemar. RGC menggunapakai konsep bot katamaran bagi memudahkan pergerakannya yang mampu menampung sisa plastic sehingga ke berat 100kg. Turut serta, kaedah yang digunapakai oleh pembinaan RGC adalah melalui sambungan paip paip sebagai alat untuk menerapungkan RGC itu sendiri. Dimensi RGC yang panjangnya 2 meter dan lebar 1 meter itu merupakan saiz yang ideal untuk dimiliki oleh penguatkuasa atau industri swasta, malah berpotensi untuk orang awam memilikinya kerana saiznya yang boleh dibawa menggunakan kereta biasa. Sistem RGC ini, turut dilengkapi dengan sensor sensor bagi menilai kuality air sungai tersebut secara waktu sebenar(real time) dengan mengaplikasikan teknologi Internet of Things(IoT) kepada system RGC. Konklusinya, RGC ini merupakan sebuah produk yang mampu bersaing di pentas dunia dalam usaha menangani pencemaran sungai dalam tempoh 5 tahun yang semakin kronik ini.

ความคิดเห็น •