(SAMBUNGAN NOTA KULIAH DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) - 1 DARI 3 Contoh Ketiga: Bermaksud: `Utsman bin Ĥūnaif meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki buta datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan daku.” Nabi s.a.w. bersabda: “Kalau engkau hendak, boleh aku doakan, dan kalau engkau hendak bersabar, maka itulah yang lebih baik untukmu.” Si buta itu berkata: “Engkau berdoalah (juga) kepadaNya.” Kata perawi: “Maka Rasulullah s.a.w. menyuruhnya berwudhu’ dengan seelok-eloknya, kemudian berdoa dengan doa ini (yang bermaksud): Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dan menghadap kepadaMu dengan (bertawassulkan doa) NabiMu, Muhammad, Nabi (yang membawa) rahmat. Sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhanku dengan (bertawassulkanَdoa)mu supaya ditunaikan hajatku ini. Oh Tuhaanku, Engkau terimalah doanya untukku.” Rujukan: At-Tirmidzi - Sunan at-Tirmidzi, Ahmad - al-Musnad, an-Nasaa’i - as-Sunan al-Kubra & `Amalul Yaumi Wal Lailah, Ibnu Majah -Sunan Ibni Majah, Ibnu Khuzaimah - Sahih Ibni Khuzaimah, al-Haakim - al-Mustadrak `Ala as-Sahīĥain, at-Thabaraani - al-Mu`jamu al-Kabīr, Ibnu Taimiyyah - Qā`idah Jalīlah Fi at-Tawassul Wa al-Wasīlah, Dr. `Abdullah bin Shaleĥ bin `Abdil `Aziz - Da`āwa al-Munāwi’īn Li Syeikhil Islam Ibni Taimiyyah `Ardhun Wa Naqdun m/s 453-457, al-Albāni - at-Tawassul Anwā`uhū Wa Aĥkāmuhu m/s 81-89. Komentar: (1) Hadits yang dikemukakan di atas adalah dengan sanad dan matan riwayat at-Tirmidzi di dalam Sunannya. Setelah mengemukakannya at-Tirmidzi berkata: Bermaksud: Ini adalah hadits ĥasan shaĥīh gharib, kami tidak mengetahuinya diriwayatkan melainkan melalui saluran ini daripada hadits Abi Ja`far iaitu al-Khathmi. (2) Hadits ini merupakan dalil yang paling sahih dan paling terang tentang keharusan bertawassul kepada Allah dengan zat Nabi s.a.w., jahnya (pangkatnya) atau maqam (kedudukan) dan haqnya di sisi orang-orang yang mengharuskannya. Bagi mereka bertawassul dengan zat Nabi s.a.w. dan pangkatnya itu bukan hanya harus semasa hidup Baginda sahaja, malah setelah Baginda wafat dan telah berada di alam barzakh juga. Alasan mereka, zat Nabi dan pangkatnya itu tetap kekal walaupun setelah Baginda wafat. Jadi apa salahnya bertawassul dengan semua yang tersebut itu, baik semasa hidupnya atau selepas kewafatannya? (3) Orang-orang yang mengharuskan tawassul dengan zat Nabi dan jahnya tidak hanya menghentikan keharusan itu setakat Baginda sahaja, mereka bahkan memperpanjangkan lagi keharusan itu kepada orang-orang lain yang dianggap sebagai wali-wali Allah atau orang-orang shaleh, bukan semasa hidup mereka sahaja, malah setelah mereka meninggal dunia juga. Hadits itulah juga yang dijadikan sebagai asas bagi pegangan mereka dalam bab ini. Justeru kedudukan wali-wali Allah dan kemuliaan mereka juga kekal di sisi Allah sama seperti kedudukan Nabi s.a.w. dan kemuliaannya. (4) Bertawassul dengan zat seseorang, pangkatnya, kedudukannya atau haqnya sama ada ia seorang nabi atau pun bukan nabi tidak pernah disyari`atkan sebagai wasilah untuk doa seseorang dimakbulkan oleh Allah. Semua yang tersebut itu bukan merupakan sebab mahupun wasilah untuk Allah menerima doa kita. Kerana itu tidak pernah ada satu pun nukilan (riwayat) yang sahih dan sharīĥ (jelas) daripada Nabi s.a.w. atau para Sahabat yang menunjukkan adanya apa yang dinamakan sebagai tawassul dengan zat dan jah (pangkat) nabi itu. Apalagi dengan zat dan jah (pangkat) selain nabi. (5) Walaupun hadits yang dikemukakan sebagai contoh ketiga di atas itu sahih tetapi ia tidak sharīĥ tentang keharusan bertawassul kepada Allah dengan zat Nabi s.a.w., jahnya (pangkatnya) atau maqam (kedudukan) dan haqnya, sebaliknya ia jelas menunjukkan Sahabat yang buta itu telah bertawassul dengan doa Nabi s.a.w. ketika Baginda masih hidup. Dia dengan jelas telah meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar berdoa kepada Allah supaya dihilangkan penyakit butanya. Sebagaimana kita semua ma`lum bahawa meminta seseorang supaya berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat kita semasa ia masih hidup termasuk dalam tawassul yang memang disepakati semua pihak tentang keharusannya. Dia sendiri juga telah berdoa meminta kepada Allah agar memakbulkan doa Nabi-Nya Muhammad s.a.w. untuk dirinya. (6) Sekarang penulis akan mengemukakan beberapa alasan dan hujjah bahawa apa yang tersebut di dalam hadits itu sebenarnya bukanlah tawassul dengan zat nabi atau pangkat dan kedudukannya, sebaliknya ia tidak lebih daripada bertawassul dengan doa Nabi semasa Baginda masih hidup: (i) Di dalam hadits itu tersebut bahawa ada seorang Sahabat yang buta datang menemui Nabi s.a.w. lalu dia meminta kepada Baginda dengan berkata, “Engkau berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan daku (daripada penyakit butaku ini)”. Jadi yang dimintanya dari Rasulullah s.a.w. ialah berdoa kepada Allah untuknya. Kerana dia sedar doa Baginda lebih diharap akan diterima Allah berbanding doanya secara bersendirian. (ii) Nabi s.a.w. sendiri juga faham bahawa Sahabatnya yang buta itu meminta agar beliau mendoakan untuknya. Kerana itulah pada mulanya Nabi s.a.w. memberi pilihan kepadanya di antara mendapat doa Baginda atau bersabar saja, tetapi Sahabat itu tetap memilih agar didoakan. Keadaannya berbeza daripada seorang Shaĥābiyyah Rasulullah s.a.w. yang menderita epilepsi dan mengalami serangannya dari semasa ke semasa. Rasulullah s.a.w. memberi pilihan juga kepadanya, di antara mendapat doa Baginda (supaya sembuh dari penyakit itu) atau bersabar saja dengan kata Baginda, “Kalau engkau memilih bersabar, engkau akan mendapat syurga َdan kalau engkau hendak aku doakan, niscaya boleh aku berdoa kepada Allah supaya engkau disembuhkan-Nya.” Mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. itu, Shaĥābiyyah tersebut berkata: “Aku akan (memilih) bersabar.” Cuma beliau merayu kepada Rasulullah s.a.w. dengan katanya: “Sesungguhnya aku bila mendapat serangan penyakit itu akan terdedah aurat. Engkau berdoalah kepada Allah agar auratku tidak terdedah lagi.” Maka berdoalah Rasulullah s.a.w. untuk itu. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim). (iii) Sahabat yang buta itu terus mendesak Nabi s.a.w. supaya mendoakan kesembuhannya dengan berkata berdasarkan lafaz sesetengah riwayat, “Bahkan engkau berdoalah”. Kata-katanya ini lebih menguatkan lagi bahawa apa yang berlaku ialah tawassul dengan doa Rasulullah s.a.w. semasa Baginda masih hidup. (iv) Kalaulah Sahabat yang buta itu memang hendak bertawassul dengan zat Nabi atau pangkatnya, maka tidak perlulah dia bersusah payah datang menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta Baginda mendoakannya, cukuplah dia berada di rumahnya saja dan dia boleh terus bertawassul dengan zat Nabi s.a.w. atau pangkatnya ketika berdoa kepada Allah! Tetapi dia tidak melakukan begitu, sebaliknya datang kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta Baginda supaya mendoakan kesembuhan untuknya. (v) Maksud kata-kata sahabat buta itu ialah, “Oh Tuhanku, Engkau terimalah dia sebagai pemberi syafa`at (melalui doanya) untukku”. Ini juga menunjukkan Nabi s.a.w. memang telah berdoa untuknya. Kata-katanya ini sama sekali tidak boleh difahami sebagai tawassul dengan zat Nabi, pangkatnya atau haqnya. Di dalam riwayat Ibnu Khuzaimah dan al-Haakim terdapat tambahan di akhir hadits, yang bererti, “...dan terimalah doaku ini sebagai menyokong doanya”. (vi) Hadits ini mengandungi salah satu mu`jizat Nabi s.a.w. Kerana itulah al-Baihaqi memasukkannya ke dalam kitabnya “Dalā’il an-Nubuwwah”. Para `ulama’ yang lain juga membilangnya sebagai mu`jizat yang nyata menerusi doa Baginda s.a.w. Dengan berkat doa Nabi s.a.w. itu Allah telah menyembuhkan sahabat tersebut daripada penyakit butanya. Dan dia terus dapat melihat selepas itu. (vii) Andai kata Sahabat yang buta itu tidak bertawassul dengan doa Rasulullah s.a.w. sebaliknya telah bertawassul dengan zatnya, pangkatnya atau haqnya, niscaya setiap orang Sahabat yang buta dan para Tabi`in yang buta, bahkan setiap orang buta sampai ke hari ini boleh saja bertawassul kepada Allah dengan zat Nabi-Nya, pangkatnya atau haqnya di sisi Allah, dan niscaya tidak akan ada lagi orang buta selepas itu! (viii) Andai kata setiap orang buta boleh saja bertawassul dengan zat Nabi, pangkatnya atau haqnya tanpa mendapat doa khusus daripada Rasulullah s.a.w. seperti Sahabat buta yang tersebut di dalam hadits itu, niscaya semua Sahabat yang buta atau paling tidak sebahagian sahaja daripada mereka tentu akan melakukan seperti yang dilakukan oleh Sahabat buta itu! Tidak munasabah dan tidak mungkin sama sekali hanya seorang sahaja di kalangan Sahabat yang buta mahu jadi celik! (ix) Andai kata setiap orang buta berdoa menggunakan lafaz doa Sahabat buta yang tersebut di dalam hadits itu, dan ia juga melakukan betul-betul seperti yang dilakukannya dengan berwudhu’ seelok-eloknya dan bersembahyang terlebih dahulu sebelum berdoa, semua itu dilakukan setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. hingga ke hari ini, niscaya tidak akan ada lagi seorang pun manusia yang buta di atas muka bumi ini! Itulah cara paling mudah untuk seseorang buta menjadi celik! (SAMBUNGAN NOTA KULIAH KE BAHAGIAN 2 DARI 3)
(SAMBUNGAN NOTA KULIAH DARI BAHAGIAN 1 DARI 3) [Bahagian 2 dari 3] (7) Ma`na tawassul dan meminta syafa`at kepada Rasulullah s.a.w. yang ma`ruf di kalangan Sahabat berdasarkan hadits-hadits yang sahih ialah meminta kepada Baginda supaya berdoa kepada Allah untuk memperolehi sesuatu, dan mereka juga turut berdoa bersamanya. Tidak pernah mereka berdoa kepada Allah dengan bertawassulkan zat Nabi atau pangkatnya atau haqnya di sisi Allah. Tawassul mereka dengan doa Rasulullah s.a.w. itu pun hanyalah semasa Baginda masih hidup. Selepas kewafatan Baginda mereka tidak lagi bertawassul dengannya, sebaliknya bertawassul dengan doa orang lain pula yang masih hidup. (8) Selain bertawassul dengan doa Nabi s.a.w., Sahabat buta itu telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya bertaqarrub kepada Allah dengan melakukan beberapa perkara terlebih dahulu yang boleh dikatakan sebagai bertawassul dengan amal shaleh pula, iaitu dengan mengelokkan wudhu’ dan bersembahyang dua raka`at sebelum berdoa memohon kepada Allah agar memakbulkan doa Nabi s.a.w. untuknya. (9) Ramai juga Sahabat setelah tua menjadi buta sepeninggalan Rasulullah s.a.w. seperti Ibnu `Abbaas, Ibnu `Umar dan lain-lain, namun tidak pula diketahui ada sesiapa daripada mereka pernah mengamalkan doa yang diajar oleh Rasulullah kepada Sahabat buta yang tersebut di dalam hadits ini. Mereka malah tidak lagi bertawassul dengan doa Nabi s.a.w. selepas kewafatannya, sebaliknya bertawassul pula dengan doa `Abbaas bapa saudara Nabi s.a.w. dan lain-lain Sahabat. Tidak ada tafsiran yang dapat menjelaskan kenapa mereka tidak bertawassul lagi dengan Rasulullah s.a.w. sepeninggalannya selain daripada tidak adanya syarat untuk Baginda berdoa iaitu kerana Baginda telah wafat. Sedangkan zatnya, pangkatnya dan kedudukannya tetap mulia dan agung di sisi Allah baik semasa hidupnya mahupun selepas kewafatannya. (10) Demikianlah hadits contoh ketiga sebagaimana diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Ahmad, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain dengan sanad yang sahih. Di sana terdapat satu lagi riwayat daripada `Utsman bin Ĥunaif yang diawali dengan satu kisah. Ia dikemukakan oleh at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Kabīr (j.9 m/s 30) dan al-Mu`jam as-Shaghīr (m/s 103-104). Ia juga diriwayatkan Abu Nu`aim di dalam Ma`rifah as-Shaĥābah (j.4 m/s 1959) dan al-Baihaqi di dalam Dalā’il an-Nubuwwah (j.6 m/s 167). Hadits `Utsman bin Ĥūnaif dengan tempelan kisah itu tidak sahih. Ia hanya satu hadits mauquf yang dha`if lagi mungkar. Sekarang mari kita lihat hadits berkenaan daripada riwayat at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam as-Shaghīr, kerana ia merupakan punca bagi tersebarnya riwayat itu: Bermaksud: `Utsman bin Ĥunaif meriwayatkan, bahawa ada seorang lelaki beberapa kali hendak bertemu dengan `Utsman bin `Affān untuk menyempurnakan sesuatu hajatnya, tetapi `Utsman (bin `Affān) tidak mempedulikannya dan tidak mahu melihat pun hajatnya. Setelah bertemu `Utsman bin Ĥunaif, ia mengadu kepadanya, lalu `Utsman bin Ĥunaif berkata kepadanya: “Pergilah ambil bekas air untuk berwudhu’ dan berwudhu’lah. Kemudian pergilah ke masjid dan bersembahyanglah dua raka`at di dalamnya. Setelah itu berdoalah begini (yang bermaksud), “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadaMu dan berhadap kepada-Mu dengan Nabi kami Muhammad s.a.w., Nabi (pembawa) rahmat, wahai Muhammad! Sesungguhnya aku berhadap denganmu kepada Tuhanmu `Azz Wa Jalla agar Dia menunaikan hajatku.” Engkau sebutlah hajatmu, kemudian datanglah pula kepadaku untuk aku pergi bersamamu. Maka pergilah orang itu, dan ia melakukan apa yang disuruh oleh `Utsman bin Ĥunaif. Setelah itu ia pergi ke pintu `Utsman (bin `Affān) untuk menemuinya. Tiba-tiba saja datang penjaga pintu (pengawal) dan terus memegang tangannya lalu membawanya ke hadapan `Utsman (bin `Affān), dan ia diperdudukkan oleh `Utsman di atas permaidani yang didudukinya sendiri, lalu bertanya, “Apa hajatmu?” Setelah ia menyebut hajatnya, `Utsman terus memenuhi hajatnya itu seraya berkata, “Kenapa baru sekarang engkau menyebutkan hajatmu (kepadaku)? Kalau engkau ada apa pun hajat, datanglah kepada kami.” Setelah orang itu keluar dari sisi `Utsman bin `Affān, ia menemui `Utsman bin Ĥunaif lalu berkata kepadanya, “Semoga Allah membalas kebaikan kepadamu, selama ini beliau (`Utsman bin `Affān) tidak pernah pun mahu melihat hajatku, beliau bahkan langsung tidak mempedulikan daku sehinggalah engkau bercakap dengannya tentang aku.” Mendengar kata-katanya itu, `Utsman bin Ĥunaif berkata, “Demi Allah, aku tidak bercakap pun dengannya, cuma aku pernah menyaksikan Rasulullah s.a.w. ketika didatangi seorang buta yang mengadu kepadanya tentang kebutaan yang dialaminya. Maka Nabi s.a.w. bertanya dia, “Adakah engkau boleh bersabar?” Dia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak ada orang yang dapat memimpin saya, ia betul-betul menyukarkan saya.” Ketika itulah Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya, “Pergilah ambil bekas air wudhu’ dan berwudhu’lah, setelah itu bersembahyanglah dua raka`at, kemudian berdoalah dengan doa-doa yang tersebut tadi.” Kata `Utsman bin Ĥunaif, “Demi Allah, sekejap sahaja selepas itu, dia datang kembali kepada kami dalam keadaan seolah-olah matanya tidak pernah buta sama sekali.” Setelah mengemukakannya at-Thabaraani menulis: “Hadits ini tidak diriwayatkan daripada Rauĥ bin al-Qāsim kecuali oleh Syabīb bin Sa`id, Abu Sa`id al-Makki. Dia seorang tsiqah. Dialah bapa bagi Ahmad bin Syabīb yang meriwayatkan daripada bapanya daripada Yunus bin Yazid al-Aili. Syu`bah telah meriwayatkan hadits ini (secara marfu` seperti tersebut pada riwayat contoh ketiga) daripada Abi Ja`far al-Khathmi, nama sebenarnya ialah `Umair bin Yazid (tanpa diawali kisah tersebut). Dia (juga) tsiqah. Hanya `Utsman bin `Umar bin Fāris sahaja meriwayatkannya daripada Syu`bah. Tetapi hadits (riwayat Syu`bah) itu sahih. Ia (juga) diriwayatkan oleh `Aun bin `Umārah daripada Rauĥ bin al-Qāsim daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir r.a. `Aun bin `Umārah telah terkeliru di situ. Yang betulnya ialah hadits Syabīb bin Sa`id.” Hadits di atas menurut penilaian para `ulama’ hadits tidak sahih kerana beberapa sebab, antara lainnya ialah kerana: (i) Ia hanya diriwayatkan oleh Syabīb bin Sa`id (al-Ĥabathi, Abu Sa`id al-Bashri, m.186H). Sedangkan orang yang meriwayatkan daripadanya ialah `Abdullah bin Wahab. Syabīb bin Sa`id walaupun seorang perawi tsiqah seperti kata at-Thabaraani, namun riwayatnya yang diterima oleh para `ulama’ hadits hanyalah yang diriwayatkan oleh anaknya sendiri yang bernama Ahmad, dan dia (Syabīb) pula meriwayatkannya daripada Yunus bin Yazid al-Aili seperti yang diisyaratkan oleh at-Thabaraani di dalam komentarnya. Sebagaimana dapat anda lihat, riwayat yang dikemukakan oleh at-Thabaraani tidak diriwayatkan oleh anak Syabīb yang bernama Ahmad itu, dan Syabīb pula tidak meriwayatkannya daripada Yunus bin Yazid al-Aili sebaliknya meriwayatkannya daripada Rauĥ bin al-Qāsim. Walaupun Syabīb seorang perawi Sahih al-Bukhari, tetapi dia banyak tersalah dan terkeliru apabila meriwayatkan hadits berdasarkan ingatannya. Hadits-haditsnya daripada Yunus bin Yazid al-Aili daripada az-Zuhri yang diriwayatkan oleh anaknya Ahmad pula adalah berdasarkan satu nuskhah yang diterimanya daripada Yunus. Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya hanya meriwayatkan hadits Syabīb daripada Yunus bin Yazid al-Aili daripada az-Zuhri yang dikemukakan oleh Ahmad anaknya itu sahaja, bukan melalui orang-orang lain. Itupun kebanyakannya dalam bentuk ta`līq atau sebagai riwayat mutāba`ah sahaja. (ii) Sebagaimana kata at-Thabaraani di dalam komentarnya, “Hadits ini tidak diriwayatkan daripada Rauĥ bin al-Qāsim kecuali oleh Syabīb bin Sa`id.” Ertinya ialah Syabīb bersendirian dalam meriwayatkannya. Yang meriwayatkannya daripada Syabīb pula ialah `Abdullah bin Wahab (Ibnu Wahab). Sedangkan Ibnu `Adi di bawah biografi Syabīb ada menulis bahawa: “Ibnu Wahab meriwayatkan banyak hadits mungkar daripadanya”. (iii) Ibnu `Adi juga berkata, “Syabīb ini barulah betul (bagus) hadits-haditsnya kalau anaknya sendiri Ahmad meriwayatkan daripadanya daripada nuskhah Yunus bin Yazid (al-Aili) daripada az-Zuhri.” Bukankah hadits di atas tidak diriwayatkan oleh Ahmad anak Syabīb daripada ayahnya (Syabīb) daripada nuskhah Yunus bin Yazid (al-Aili) daripada az-Zuhri, sebaliknya ia diriwayatkan oleh Ibnu Wahab daripada Syabīb daripada Rauĥ bin al-Qāsim? Kalau begitu tentulah ia bermasalah, kerana seperti kata Ibnu `Adi, “Ibnu Wahab meriwayatkan banyak hadits mungkar daripadanya.” (iv) Ĥafizh Ibnu Ĥajar telah merumuskan pandangan para `ulama’ Rijāl tentang Syabīb bin Sa`id ini dengan kata beliau: “Tidak mengapa dengan haditsnya kalau ia diriwayatkan oleh anaknya Ahmad daripadanya, tetapi tidak begitu keadaan riwayatnya kalau diriwayatkan oleh Ibnu Wahab.” (Lihat Taqrīb at-Tahdzīb m/s 263). (v) Kesimpulan para `ulama’ Rijāl tentang riwayat Syabīb ialah hanya riwayat beliau yang dikemukakan oleh anaknya yang bernama Ahmad sahaja betul dan boleh diterima, itu pun dengan syarat riwayatnya itu adalah daripada Yunus bin Yazid al-Aili daripada az-Zuhri. (SAMBUNGAN NOTA KULIAH KE BAHAGIAN 3 DARI 3)
(SAMBUNGAN NOTA KULIAH DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) - 1 DARI 3
Contoh Ketiga:
Bermaksud: `Utsman bin Ĥūnaif meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki buta datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan daku.” Nabi s.a.w. bersabda: “Kalau engkau hendak, boleh aku doakan, dan kalau engkau hendak bersabar, maka itulah yang lebih baik untukmu.” Si buta itu berkata: “Engkau berdoalah (juga) kepadaNya.” Kata perawi: “Maka Rasulullah s.a.w. menyuruhnya berwudhu’ dengan seelok-eloknya, kemudian berdoa dengan doa ini (yang bermaksud): Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dan menghadap kepadaMu dengan (bertawassulkan doa) NabiMu, Muhammad, Nabi (yang membawa) rahmat. Sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhanku dengan (bertawassulkanَdoa)mu supaya ditunaikan hajatku ini. Oh Tuhaanku, Engkau terimalah doanya untukku.”
Rujukan:
At-Tirmidzi - Sunan at-Tirmidzi, Ahmad - al-Musnad, an-Nasaa’i - as-Sunan al-Kubra & `Amalul Yaumi Wal Lailah, Ibnu Majah -Sunan Ibni Majah, Ibnu Khuzaimah - Sahih Ibni Khuzaimah, al-Haakim - al-Mustadrak `Ala as-Sahīĥain, at-Thabaraani - al-Mu`jamu al-Kabīr, Ibnu Taimiyyah - Qā`idah Jalīlah Fi at-Tawassul Wa al-Wasīlah, Dr. `Abdullah bin Shaleĥ bin `Abdil `Aziz - Da`āwa al-Munāwi’īn Li Syeikhil Islam Ibni Taimiyyah `Ardhun Wa Naqdun m/s 453-457, al-Albāni - at-Tawassul Anwā`uhū Wa Aĥkāmuhu m/s 81-89.
Komentar:
(1) Hadits yang dikemukakan di atas adalah dengan sanad dan matan riwayat at-Tirmidzi di dalam Sunannya. Setelah mengemukakannya at-Tirmidzi berkata:
Bermaksud: Ini adalah hadits ĥasan shaĥīh gharib, kami tidak mengetahuinya diriwayatkan melainkan melalui saluran ini daripada hadits Abi Ja`far iaitu al-Khathmi.
(2) Hadits ini merupakan dalil yang paling sahih dan paling terang tentang keharusan bertawassul kepada Allah dengan zat Nabi s.a.w., jahnya (pangkatnya) atau maqam (kedudukan) dan haqnya di sisi orang-orang yang mengharuskannya.
Bagi mereka bertawassul dengan zat Nabi s.a.w. dan pangkatnya itu bukan hanya harus semasa hidup Baginda sahaja, malah setelah Baginda wafat dan telah berada di alam barzakh juga. Alasan mereka, zat Nabi dan pangkatnya itu tetap kekal walaupun setelah Baginda wafat. Jadi apa salahnya bertawassul dengan semua yang tersebut itu, baik semasa hidupnya atau selepas kewafatannya?
(3) Orang-orang yang mengharuskan tawassul dengan zat Nabi dan jahnya tidak hanya menghentikan keharusan itu setakat Baginda sahaja, mereka bahkan memperpanjangkan lagi keharusan itu kepada orang-orang lain yang dianggap sebagai wali-wali Allah atau orang-orang shaleh, bukan semasa hidup mereka sahaja, malah setelah mereka meninggal dunia juga. Hadits itulah juga yang dijadikan sebagai asas bagi pegangan mereka dalam bab ini. Justeru kedudukan wali-wali Allah dan kemuliaan mereka juga kekal di sisi Allah sama seperti kedudukan Nabi s.a.w. dan kemuliaannya.
(4) Bertawassul dengan zat seseorang, pangkatnya, kedudukannya atau haqnya sama ada ia seorang nabi atau pun bukan nabi tidak pernah disyari`atkan sebagai wasilah untuk doa seseorang dimakbulkan oleh Allah. Semua yang tersebut itu bukan merupakan sebab mahupun wasilah untuk Allah menerima doa kita. Kerana itu tidak pernah ada satu pun nukilan (riwayat) yang sahih dan sharīĥ (jelas) daripada Nabi s.a.w. atau para Sahabat yang menunjukkan adanya apa yang dinamakan sebagai tawassul dengan zat dan jah (pangkat) nabi itu. Apalagi dengan zat dan jah (pangkat) selain nabi.
(5) Walaupun hadits yang dikemukakan sebagai contoh ketiga di atas itu sahih tetapi ia tidak sharīĥ tentang keharusan bertawassul kepada Allah dengan zat Nabi s.a.w., jahnya (pangkatnya) atau maqam (kedudukan) dan haqnya, sebaliknya ia jelas menunjukkan Sahabat yang buta itu telah bertawassul dengan doa Nabi s.a.w. ketika Baginda masih hidup. Dia dengan jelas telah meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar berdoa kepada Allah supaya dihilangkan penyakit butanya.
Sebagaimana kita semua ma`lum bahawa meminta seseorang supaya berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat kita semasa ia masih hidup termasuk dalam tawassul yang memang disepakati semua pihak tentang keharusannya. Dia sendiri juga telah berdoa meminta kepada Allah agar memakbulkan doa Nabi-Nya Muhammad s.a.w. untuk dirinya.
(6) Sekarang penulis akan mengemukakan beberapa alasan dan hujjah bahawa apa yang tersebut di dalam hadits itu sebenarnya bukanlah tawassul dengan zat nabi atau pangkat dan kedudukannya, sebaliknya ia tidak lebih daripada bertawassul dengan doa Nabi semasa Baginda masih hidup:
(i) Di dalam hadits itu tersebut bahawa ada seorang Sahabat yang buta datang menemui Nabi s.a.w. lalu dia meminta kepada Baginda dengan berkata, “Engkau berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan daku (daripada penyakit butaku ini)”.
Jadi yang dimintanya dari Rasulullah s.a.w. ialah berdoa kepada Allah untuknya. Kerana dia sedar doa Baginda lebih diharap akan diterima Allah berbanding doanya secara bersendirian.
(ii) Nabi s.a.w. sendiri juga faham bahawa Sahabatnya yang buta itu meminta agar beliau mendoakan untuknya. Kerana itulah pada mulanya Nabi s.a.w. memberi pilihan kepadanya di antara mendapat doa Baginda atau bersabar saja, tetapi Sahabat itu tetap memilih agar didoakan.
Keadaannya berbeza daripada seorang Shaĥābiyyah Rasulullah s.a.w. yang menderita epilepsi dan mengalami serangannya dari semasa ke semasa. Rasulullah s.a.w. memberi pilihan juga kepadanya, di antara mendapat doa Baginda (supaya sembuh dari penyakit itu) atau bersabar saja dengan kata Baginda, “Kalau engkau memilih bersabar, engkau akan mendapat syurga َdan kalau engkau hendak aku doakan, niscaya boleh aku berdoa kepada Allah supaya engkau disembuhkan-Nya.”
Mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. itu, Shaĥābiyyah tersebut berkata: “Aku akan (memilih) bersabar.” Cuma beliau merayu kepada Rasulullah s.a.w. dengan katanya: “Sesungguhnya aku bila mendapat serangan penyakit itu akan terdedah aurat. Engkau berdoalah kepada Allah agar auratku tidak terdedah lagi.” Maka berdoalah Rasulullah s.a.w. untuk itu. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim).
(iii) Sahabat yang buta itu terus mendesak Nabi s.a.w. supaya mendoakan kesembuhannya dengan berkata berdasarkan lafaz sesetengah riwayat, “Bahkan engkau berdoalah”. Kata-katanya ini lebih menguatkan lagi bahawa apa yang berlaku ialah tawassul dengan doa Rasulullah s.a.w. semasa Baginda masih hidup.
(iv) Kalaulah Sahabat yang buta itu memang hendak bertawassul dengan zat Nabi atau pangkatnya, maka tidak perlulah dia bersusah payah datang menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta Baginda mendoakannya, cukuplah dia berada di rumahnya saja dan dia boleh terus bertawassul dengan zat Nabi s.a.w. atau pangkatnya ketika berdoa kepada Allah! Tetapi dia tidak melakukan begitu, sebaliknya datang kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta Baginda supaya mendoakan kesembuhan untuknya.
(v) Maksud kata-kata sahabat buta itu ialah, “Oh Tuhanku, Engkau terimalah dia sebagai pemberi syafa`at (melalui doanya) untukku”. Ini juga menunjukkan Nabi s.a.w. memang telah berdoa untuknya. Kata-katanya ini sama sekali tidak boleh difahami sebagai tawassul dengan zat Nabi, pangkatnya atau haqnya. Di dalam riwayat Ibnu Khuzaimah dan al-Haakim terdapat tambahan di akhir hadits, yang bererti,
“...dan terimalah doaku ini sebagai menyokong doanya”.
(vi) Hadits ini mengandungi salah satu mu`jizat Nabi s.a.w. Kerana itulah al-Baihaqi memasukkannya ke dalam kitabnya “Dalā’il an-Nubuwwah”. Para `ulama’ yang lain juga membilangnya sebagai mu`jizat yang nyata menerusi doa Baginda s.a.w. Dengan berkat doa Nabi s.a.w. itu Allah telah menyembuhkan sahabat tersebut daripada penyakit butanya. Dan dia terus dapat melihat selepas itu.
(vii) Andai kata Sahabat yang buta itu tidak bertawassul dengan doa Rasulullah s.a.w. sebaliknya telah bertawassul dengan zatnya, pangkatnya atau haqnya, niscaya setiap orang Sahabat yang buta dan para Tabi`in yang buta, bahkan setiap orang buta sampai ke hari ini boleh saja bertawassul kepada Allah dengan zat Nabi-Nya, pangkatnya atau haqnya di sisi Allah, dan niscaya tidak akan ada lagi orang buta selepas itu!
(viii) Andai kata setiap orang buta boleh saja bertawassul dengan zat Nabi, pangkatnya atau haqnya tanpa mendapat doa khusus daripada Rasulullah s.a.w. seperti Sahabat buta yang tersebut di dalam hadits itu, niscaya semua Sahabat yang buta atau paling tidak sebahagian sahaja daripada mereka tentu akan melakukan seperti yang dilakukan oleh Sahabat buta itu! Tidak munasabah dan tidak mungkin sama sekali hanya seorang sahaja di kalangan Sahabat yang buta mahu jadi celik!
(ix) Andai kata setiap orang buta berdoa menggunakan lafaz doa Sahabat buta yang tersebut di dalam hadits itu, dan ia juga melakukan betul-betul seperti yang dilakukannya dengan berwudhu’ seelok-eloknya dan bersembahyang terlebih dahulu sebelum berdoa, semua itu dilakukan setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. hingga ke hari ini, niscaya tidak akan ada lagi seorang pun manusia yang buta di atas muka bumi ini! Itulah cara paling mudah untuk seseorang buta menjadi celik!
(SAMBUNGAN NOTA KULIAH KE BAHAGIAN 2 DARI 3)
15 Okt 24☝️
(SAMBUNGAN NOTA KULIAH DARI BAHAGIAN 1 DARI 3) [Bahagian 2 dari 3]
(7) Ma`na tawassul dan meminta syafa`at kepada Rasulullah s.a.w. yang ma`ruf di kalangan Sahabat berdasarkan hadits-hadits yang sahih ialah meminta kepada Baginda supaya berdoa kepada Allah untuk memperolehi sesuatu, dan mereka juga turut berdoa bersamanya. Tidak pernah mereka berdoa kepada Allah dengan bertawassulkan zat Nabi atau pangkatnya atau haqnya di sisi Allah. Tawassul mereka dengan doa Rasulullah s.a.w. itu pun hanyalah semasa Baginda masih hidup. Selepas kewafatan Baginda mereka tidak lagi bertawassul dengannya, sebaliknya bertawassul dengan doa orang lain pula yang masih hidup.
(8) Selain bertawassul dengan doa Nabi s.a.w., Sahabat buta itu telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya bertaqarrub kepada Allah dengan melakukan beberapa perkara terlebih dahulu yang boleh dikatakan sebagai bertawassul dengan amal shaleh pula, iaitu dengan mengelokkan wudhu’ dan bersembahyang dua raka`at sebelum berdoa memohon kepada Allah agar memakbulkan doa Nabi s.a.w. untuknya.
(9) Ramai juga Sahabat setelah tua menjadi buta sepeninggalan Rasulullah s.a.w. seperti Ibnu `Abbaas, Ibnu `Umar dan lain-lain, namun tidak pula diketahui ada sesiapa daripada mereka pernah mengamalkan doa yang diajar oleh Rasulullah kepada Sahabat buta yang tersebut di dalam hadits ini. Mereka malah tidak lagi bertawassul dengan doa Nabi s.a.w. selepas kewafatannya, sebaliknya bertawassul pula dengan doa `Abbaas bapa saudara Nabi s.a.w. dan lain-lain Sahabat. Tidak ada tafsiran yang dapat menjelaskan kenapa mereka tidak bertawassul lagi dengan Rasulullah s.a.w. sepeninggalannya selain daripada tidak adanya syarat untuk Baginda berdoa iaitu kerana Baginda telah wafat. Sedangkan zatnya, pangkatnya dan kedudukannya tetap mulia dan agung di sisi Allah baik semasa hidupnya mahupun selepas kewafatannya.
(10) Demikianlah hadits contoh ketiga sebagaimana diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Ahmad, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain dengan sanad yang sahih. Di sana terdapat satu lagi riwayat daripada `Utsman bin Ĥunaif yang diawali dengan satu kisah. Ia dikemukakan oleh at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Kabīr (j.9 m/s 30) dan al-Mu`jam as-Shaghīr (m/s 103-104). Ia juga diriwayatkan Abu Nu`aim di dalam Ma`rifah as-Shaĥābah (j.4 m/s 1959) dan al-Baihaqi di dalam Dalā’il an-Nubuwwah (j.6 m/s 167).
Hadits `Utsman bin Ĥūnaif dengan tempelan kisah itu tidak sahih. Ia hanya satu hadits mauquf yang dha`if lagi mungkar. Sekarang mari kita lihat hadits berkenaan daripada riwayat at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam as-Shaghīr, kerana ia merupakan punca bagi tersebarnya riwayat itu:
Bermaksud: `Utsman bin Ĥunaif meriwayatkan, bahawa ada seorang lelaki beberapa kali hendak bertemu dengan `Utsman bin `Affān untuk menyempurnakan sesuatu hajatnya, tetapi `Utsman (bin `Affān) tidak mempedulikannya dan tidak mahu melihat pun hajatnya. Setelah bertemu `Utsman bin Ĥunaif, ia mengadu kepadanya, lalu `Utsman bin Ĥunaif berkata kepadanya: “Pergilah ambil bekas air untuk berwudhu’ dan berwudhu’lah. Kemudian pergilah ke masjid dan bersembahyanglah dua raka`at di dalamnya. Setelah itu berdoalah begini (yang bermaksud), “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadaMu dan berhadap kepada-Mu dengan Nabi kami Muhammad s.a.w., Nabi (pembawa) rahmat, wahai Muhammad! Sesungguhnya aku berhadap denganmu kepada Tuhanmu `Azz Wa Jalla agar Dia menunaikan hajatku.” Engkau sebutlah hajatmu, kemudian datanglah pula kepadaku untuk aku pergi bersamamu. Maka pergilah orang itu, dan ia melakukan apa yang disuruh oleh `Utsman bin Ĥunaif.
Setelah itu ia pergi ke pintu `Utsman (bin `Affān) untuk menemuinya. Tiba-tiba saja datang penjaga pintu (pengawal) dan terus memegang tangannya lalu membawanya ke hadapan `Utsman (bin `Affān), dan ia diperdudukkan oleh `Utsman di atas permaidani yang didudukinya sendiri, lalu bertanya, “Apa hajatmu?” Setelah ia menyebut hajatnya, `Utsman terus memenuhi hajatnya itu seraya berkata, “Kenapa baru sekarang engkau menyebutkan hajatmu (kepadaku)? Kalau engkau ada apa pun hajat, datanglah kepada kami.”
Setelah orang itu keluar dari sisi `Utsman bin `Affān, ia menemui `Utsman bin Ĥunaif lalu berkata kepadanya, “Semoga Allah membalas kebaikan kepadamu, selama ini beliau (`Utsman bin `Affān) tidak pernah pun mahu melihat hajatku, beliau bahkan langsung tidak mempedulikan daku sehinggalah engkau bercakap dengannya tentang aku.” Mendengar kata-katanya itu, `Utsman bin Ĥunaif berkata, “Demi Allah, aku tidak bercakap pun dengannya, cuma aku pernah menyaksikan Rasulullah s.a.w. ketika didatangi seorang buta yang mengadu kepadanya tentang kebutaan yang dialaminya. Maka Nabi s.a.w. bertanya dia, “Adakah engkau boleh bersabar?” Dia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak ada orang yang dapat memimpin saya, ia betul-betul menyukarkan saya.” Ketika itulah Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya, “Pergilah ambil bekas air wudhu’ dan berwudhu’lah, setelah itu bersembahyanglah dua raka`at, kemudian berdoalah dengan doa-doa yang tersebut tadi.” Kata `Utsman bin Ĥunaif, “Demi Allah, sekejap sahaja selepas itu, dia datang kembali kepada kami dalam keadaan seolah-olah matanya tidak pernah buta sama sekali.”
Setelah mengemukakannya at-Thabaraani menulis: “Hadits ini tidak diriwayatkan daripada Rauĥ bin al-Qāsim kecuali oleh Syabīb bin Sa`id, Abu Sa`id al-Makki. Dia seorang tsiqah. Dialah bapa bagi Ahmad bin Syabīb yang meriwayatkan daripada bapanya daripada Yunus bin Yazid al-Aili. Syu`bah telah meriwayatkan hadits ini (secara marfu` seperti tersebut pada riwayat contoh ketiga) daripada Abi Ja`far al-Khathmi, nama sebenarnya ialah `Umair bin Yazid (tanpa diawali kisah tersebut). Dia (juga) tsiqah. Hanya `Utsman bin `Umar bin Fāris sahaja meriwayatkannya daripada Syu`bah. Tetapi hadits (riwayat Syu`bah) itu sahih. Ia (juga) diriwayatkan oleh `Aun bin `Umārah daripada Rauĥ bin al-Qāsim daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir r.a. `Aun bin `Umārah telah terkeliru di situ. Yang betulnya ialah hadits Syabīb bin Sa`id.”
Hadits di atas menurut penilaian para `ulama’ hadits tidak sahih kerana beberapa sebab, antara lainnya ialah kerana:
(i) Ia hanya diriwayatkan oleh Syabīb bin Sa`id (al-Ĥabathi, Abu Sa`id al-Bashri, m.186H). Sedangkan orang yang meriwayatkan daripadanya ialah `Abdullah bin Wahab. Syabīb bin Sa`id walaupun seorang perawi tsiqah seperti kata at-Thabaraani, namun riwayatnya yang diterima oleh para `ulama’ hadits hanyalah yang diriwayatkan oleh anaknya sendiri yang bernama Ahmad, dan dia (Syabīb) pula meriwayatkannya daripada Yunus bin Yazid al-Aili seperti yang diisyaratkan oleh at-Thabaraani di dalam komentarnya.
Sebagaimana dapat anda lihat, riwayat yang dikemukakan oleh at-Thabaraani tidak diriwayatkan oleh anak Syabīb yang bernama Ahmad itu, dan Syabīb pula tidak meriwayatkannya daripada Yunus bin Yazid al-Aili sebaliknya meriwayatkannya daripada Rauĥ bin al-Qāsim.
Walaupun Syabīb seorang perawi Sahih al-Bukhari, tetapi dia banyak tersalah dan terkeliru apabila meriwayatkan hadits berdasarkan ingatannya. Hadits-haditsnya daripada Yunus bin Yazid al-Aili daripada az-Zuhri yang diriwayatkan oleh anaknya Ahmad pula adalah berdasarkan satu nuskhah yang diterimanya daripada Yunus. Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya hanya meriwayatkan hadits Syabīb daripada Yunus bin Yazid al-Aili daripada az-Zuhri yang dikemukakan oleh Ahmad anaknya itu sahaja, bukan melalui orang-orang lain. Itupun kebanyakannya dalam bentuk ta`līq atau sebagai riwayat mutāba`ah sahaja.
(ii) Sebagaimana kata at-Thabaraani di dalam komentarnya, “Hadits ini tidak diriwayatkan daripada Rauĥ bin al-Qāsim kecuali oleh Syabīb bin Sa`id.” Ertinya ialah Syabīb bersendirian dalam meriwayatkannya. Yang meriwayatkannya daripada Syabīb pula ialah `Abdullah bin Wahab (Ibnu Wahab). Sedangkan Ibnu `Adi di bawah biografi Syabīb ada menulis bahawa: “Ibnu Wahab meriwayatkan banyak hadits mungkar daripadanya”.
(iii) Ibnu `Adi juga berkata, “Syabīb ini barulah betul (bagus) hadits-haditsnya kalau anaknya sendiri Ahmad meriwayatkan daripadanya daripada nuskhah Yunus bin Yazid (al-Aili) daripada az-Zuhri.” Bukankah hadits di atas tidak diriwayatkan oleh Ahmad anak Syabīb daripada ayahnya (Syabīb) daripada nuskhah Yunus bin Yazid (al-Aili) daripada az-Zuhri, sebaliknya ia diriwayatkan oleh Ibnu Wahab daripada Syabīb daripada Rauĥ bin al-Qāsim? Kalau begitu tentulah ia bermasalah, kerana seperti kata Ibnu `Adi, “Ibnu Wahab meriwayatkan banyak hadits mungkar daripadanya.”
(iv) Ĥafizh Ibnu Ĥajar telah merumuskan pandangan para `ulama’ Rijāl tentang Syabīb bin Sa`id ini dengan kata beliau: “Tidak mengapa dengan haditsnya kalau ia diriwayatkan oleh anaknya Ahmad daripadanya, tetapi tidak begitu keadaan riwayatnya kalau diriwayatkan oleh Ibnu Wahab.” (Lihat Taqrīb at-Tahdzīb m/s 263).
(v) Kesimpulan para `ulama’ Rijāl tentang riwayat Syabīb ialah hanya riwayat beliau yang dikemukakan oleh anaknya yang bernama Ahmad sahaja betul dan boleh diterima, itu pun dengan syarat riwayatnya itu adalah daripada Yunus bin Yazid al-Aili daripada az-Zuhri.
(SAMBUNGAN NOTA KULIAH KE BAHAGIAN 3 DARI 3)