(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) Contoh Keempat: Sebagai dalil bagi keharusan bertawassul dengan orang-orang yang telah meninggal dunia khususnya para nabi dan wali, golongan yang beria-ia sangat mempopular amalan tawassul di kalangan umat Islam hari ini terutamanya di kubur-kubur, selalunya akan mengemukakan hadits di bawah ini, maksudnya, Anas bin Malik meriwayatkan, katanya: “Bila Fāthimah binti Asad bin Hasyim, ibu `Ali meninggal, Rasulullah s.a.w. datang kepadanya dan duduk dekat kepalanya lalu mengucapkan: “Semoga Allah merahmatimu wahai ibuku. Engkaulah ibuku selepas ibuku. Engkau berlapar, aku pula engkau kenyangkan, engkau tidak (lengkap) berpakaian, aku pula engkau pakaikan, engkau menahan dirimu daripada makanan yang sedap, kepadaku pula engkau memberikannya, semua itu engkau lakukan semata-mata kerana Allah dan mengharapkan hari akhirat.” Kemudian Nabi s.a.w. memerintahkan dia dimandikan dengan dibasuh tiga-tiga kali (anggota-anggotanya). Bila tiba masa digunakan air bercampur kapur, Baginda menuangkannya ke atas tubuh ibunya itu dengan tangannya sendiri. Setelah itu Baginda menanggalkan baju yang dipakainya lalu memakaikannya kepadanya. Baru selepas itu kain kafan dipakaikan. Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Usāmah bin Zaid, Abu Ayyub al-Anshaari, `Umar bin al-Khatthāb dan seorang lagi budak hitam supaya menggali kuburnya. Setelah mereka sampai kepada lahad, Rasulullah s.a.w. menggalinya sendiri dengan tangannya. Tanahnya dikeluarkan sendiri dengan tangannya. Apabila selesai, Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam lahad dan berbaring di dalamnya seraya mengucapkan: Allah-lah Tuhan yang menghidup dan mematikan, sedangkan Dia Yang Maha hidup, tidak akan mati. Ampunilah ibuku Fāthimah binti Asad, ajarkanlah kepadanya hujjahnya, dan perluaskan untuknya tempat masuknya dengan haq Nabi-Mu dan nabi-nabi sebelumku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengasihani.” Kemudian Nabi s.a.w. bertakbir empat kali (dalam shalat jenazah ke atasnya), lalu Baginda sendiri bersama al-`Abbaas dan Abu Bakar as-Shiddīq r.a. memasukkannya ke dalam kubur. Rujukan: At-Thabaraani - al-Mu`jam al-Ausath j.1 m/s 67, al-Mu`jam al-Kabīr j.24 m/s 351-352, Abu Nu`aim - Ĥilyatul Auliyā’ j.3 m/s 121, Ibnu al-Jauzi - al-`Ilal al-Mutanāhiah j.1 m/s 270, al-Haitsami - Majma` az-Zawā’id j.9 m/s 256-257, adz-Dzahabi - Mizaanu al-I`tidaal j.2 m/s 465, asy-Syaukāni - ad-Durru an-Nadhīd m/s 64, al-Albaani- Silsilatu al-Ahaditsi ad-Dha`iifah Wa al-Maudhu`ah j.1 m/s 79-82 & at-Tawassul Anwā`uhu Wa Aĥkāmuhu m/s 69-71, Shaleĥ bin `Abdil `Aziz bin Muhammad Aalu asy-Syeikh - Hādzihi Mafāhīmuna m/s 62-65. Komentar: (1)Berkenaan sanad hadith at-Thabaraani, beliau berkata: “Hadits ini tidak diriwayatkan daripada `Aashim al-Aĥwal kecuali oleh Sufyan ats-Tsauri. Rauĥ bin Shalāĥ bersendirian dalam meriwayatkannya daripada Sufyan.” Dengan sanad yang sama juga Abu Nu`aim meriwayatkannya di dalam Ĥilyatul Auliyā’. Setelah mengemukakannya beliau berkata, “Gharīb (hadits ganjil).” Beliau juga seperti at-Thabaraani mengatakan hadits ini termasuk dalam tafarrudāt Rauĥ bin Shalāĥ. (2) Perawi bermasalah yang terdapat di dalam sanadnya dan menyebabkan ia telah dianggap sebagai hadits mungkar (hadits yang dha`if sangat) ialah Rauĥ bin Shalāĥ. Sebagaimana kata at-Thabaraani, Rauĥ bin Shalāĥ bersendirian dalam meriwayatkannya daripada Sufyan. Hanya dia sahaja daripada sekian ramai anak-anak murid Sufyan meriwayatkannya daripada Sufyan. Soalnya kenapa anak-anak murid Sufyan yang lain tidak meriwayatkannya andaikata ia benar-benar telah diriwayatkan oleh Sufyan? Padahal mereka lebih terkenal dan jauh lebih tsiqah daripada Rauĥ? Ke mana perginya Wakī`, `Abdur Rahman bin Mahdi, Muhammad bin Yusuf al-Firyābi, Abu Nu`aim, Ahmad bin Yunus al-Yarbū`i dan Yahya bin Sa`id al-Qatthaan? Kenapa mereka tidak meriwayatkannya daripada Sufyan, atau memang Sufyan tidak mengetahui pun riwayat itu, bagaimana dia akan meriwayatkannya kepada orang lain?! Oleh kerana Rauĥ telah menyalahi murid-murid utama Sufyan yang sangat masyhur itu, hadits riwayatnya ini dianggap mungkar. (3) Sekarang mari kita lihat apa kata para `ulama’ Rijāl tentang Rauĥ bin Shalāĥ dan hadits yang diriwayatkannya itu: (i) Kata Ibnu al-Jauzi, “Rauĥ bin Shalāĥ bersendirian dalam meriwayatkannya, sedangkan dia terbilang sebagai perawi majhul. Ibnu `Adi telah menganggapnya dha`if.” (ii) Kata asy-Syaukāni di dalam ad-Durru an-Nadhīd Fi Ikhlāsh Kalimati at-Tauĥīd, “Hadits Fāthimah binti Asad dha`if. Di dalam sanadnya ada Rauĥ bin Shalāĥ. Dia seorang perawi dha`if.” (iii) Ahmad bin (`Abdillah bin) Yunus al-Yarbū`i berkata, “Banyak hadits mungkar diriwayatkan daripadanya.” Ad-Daaraquthni berkata, “Dia dha`if dalam hadits.” Ibnu Mākūla pula berkata, “Mereka (para `ulama’ Rijāl hadits) mendha`ifkannya.” (iv) Ibnu Mandah berkata, “Dia perawi banyak hadits mungkar.” (v) Setelah mengemukakan hadits Rauĥ di atas, al-Haitsami berkata, “Ia diriwayatkan oleh at-Thabaraani di dalam al-Kabir dan al-Ausath. Di dalam isnadnya ada Raūĥ bin Shalāĥ. Ibnu Hibbaan dan al-Haakim mengatakan dia tsiqah, sedangkan padanya ada kedha`ifan. Sementara perawi-perawinya yang lain pula adalah perawi-perawi Sahih. Kata-kata al-Haitsami bahawa, “Sementara perawi-perawinya yang lain pula adalah perawi-perawi Sahih” dibantah, sebabnya ialah Ahmad bin Hammaad bin Zughbah itu bukanlah perawi Sahih Bukhari mahupun Sahih Muslim. Bukan juga dia perawi bagi empat kitab Sunan yang utama. (4) Kenapa dalam keadaan begitu ramai para `ulama’ Rijāl mendha`ifkannya (mentajrīĥkannya), Ibnu Hibbaan dan al-Haakim pula menta`dilkannya, mereka berdua mengatakan dia tsiqah, apa pula komen `ulama’ hadits terhadap mereka berdua? Sesetengah orang terperdaya dengan pentsiqahan Ibnu Hibbaan dan al-Haakim terhadap Rauĥ. Sedangkan di sisi orang-orang yang ahli dalam bidang hadits, tautsiq (pentsiqahan) mereka berdua langsung tiada nilainya jika ia bercanggah dengan penilaian orang-orang lain. Hal ini disebabkan mereka berdua terkenal sangat bermudah-mudah dalam mentsiqahkan seseorang perawi. Hafiz al-`Irāqi berkata, “Al-Haakim lebih teruk daripada Ibnu Hibbaan dalam sifat bermudah-mudah itu.” (Lihat Tadrīb ar-Rāwi j.1 m/s 108, at-Taqyīd Wa al-Iidhāĥ j.1 m/s 31). Pendapat tokoh-tokoh hadits lain yang mendha`ifkan Rauĥ lebih rajiĥ berdasarkan qaedah: الجرحَ مقدمَ علىَ التعديل (kritikan terhadap perawi lebih diutamakan daripada pujian), apalagi kalau jarĥ itu adalah jarĥ mufassar. Telah jelas daripada nukilan-nukilan yang lalu bahawa bukan seorang dua `ulama’ Rijāl mengatakan Rauĥ banyak meriwayatkan hadits-hadits mungkar. Itulah antara sebabnya kenapa Rauĥ dikatakan dha`if oleh mereka. Riwayat orang seperti Rauĥ ini jelas mungkarnya dan tidak boleh dijadikan hujah terutama apabila dia bersendirian dalam meriwayatkannya. (5) Sesetengah orang beralasan hadits Rauĥ itu meskipun dha`if, ia masih boleh dipakai dalam bab fadha’il amalan dan bab targhīb atau tarhīb. Sedangkan tidak ada apa pun di dalamnya yang boleh dikategorikan sebagai fadha’il amalan atau boleh diguna untuk targhīb dan tarhīb! Ia hanya berkisar di antara harus atau tidak harus sahaja. Kalau begitu ia berkaitan dengan hukum. Sebagaimana sedia dima`lumi, hadits dha`if sama sekali tidak boleh digunakan untuk menentukan apa-apa hukum sekalipun. (6) Kalaulah bertawassul dengan haq nabi-nabi yang sudah meninggal dunia itu memang disyari`atkan dalam Islam, tentulah para Sahabat telah mengamalkannya, malah merekalah yang mula-mula sekali akan mengamalkannya. Terbukti bahawa mereka semua tidak pernah melakukannya, tidak pernah juga ia dilakukan oleh mana-mana `ulama’ mutaqaddimīn atau imam-imam mujtahidin. Semua mereka bahkan melarang daripadanya. Imam Abu Hanifah dan dua orang murid utamanya menurut apa yang dinukilkan oleh az-Zabīdi di dalam Syarĥ Iĥyā’ `Ulūmiddīn (j.2 m/s 285) sebagai contohnya melarang seseorang berkata (dalam doanya): “Aku memohon kepada-Mu dengan haq si fulan, atau dengan haq para nabi dan rasul-Mu, atau dengan haq al-Baiti al-Ĥarām atau al-Masy`ar al-Ĥarām dan sebagainya. Kerana tidak ada sesiapa pun mempunyai haq terhadap Allah…” (7) Banyak terdapat perkara pelik dalam riwayat Rauĥ itu. Antaranya ialah Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam lahad kubur Fāthimah binti Asad dan berbaring di dalamnya. Ini adalah satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda untuk sesiapa pun selain beliau. Jika peristiwa itu benar-benar telah berlaku, tentulah ramai Sahabat mengetahuinya lalu mereka meriwayatkannya, dan banyaklah pula hadits-hadits yang sahih tentangnya. Tetapi sayang! Tidak ada satu pun hadits sahih tentangnya. Yang ada hanyalah hadits mungkar seperti telah anda lihat pada contoh keempat di atas. (8) Tidak pernah ada seorang pun Sahabat berdasarkan hadits yang sahih bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. atau para nabi dan rasul yang lain setelah mereka meninggal dunia dan berada di alam Barzakh. Tidak pernah ada seorang pun daripada mereka bertawassul dengan zat, pangkat, haq, maqam atau doa mereka sekalipun setelah mereka wafat. Demikian juga tidak pernah dinukilkan dengan nukilan yang sahih daripada sesiapa pun dari kalangan imam mujtahidin bertawassul dengan para nabi dan rasul setelah kewafatan mereka, apalagi bertawassul dengan para wali yang telah meninggal dunia!
(SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam)
Contoh Keempat:
Sebagai dalil bagi keharusan bertawassul dengan orang-orang yang telah meninggal dunia khususnya para nabi dan wali, golongan yang beria-ia sangat mempopular amalan tawassul di kalangan umat Islam hari ini terutamanya di kubur-kubur, selalunya akan mengemukakan hadits di bawah ini, maksudnya,
Anas bin Malik meriwayatkan, katanya: “Bila Fāthimah binti Asad bin Hasyim, ibu `Ali meninggal, Rasulullah s.a.w. datang kepadanya dan duduk dekat kepalanya lalu mengucapkan: “Semoga Allah merahmatimu wahai ibuku. Engkaulah ibuku selepas ibuku. Engkau berlapar, aku pula engkau kenyangkan, engkau tidak (lengkap) berpakaian, aku pula engkau pakaikan, engkau menahan dirimu daripada makanan yang sedap, kepadaku pula engkau memberikannya, semua itu engkau lakukan semata-mata kerana Allah dan mengharapkan hari akhirat.” Kemudian Nabi s.a.w. memerintahkan dia dimandikan dengan dibasuh tiga-tiga kali (anggota-anggotanya). Bila tiba masa digunakan air bercampur kapur, Baginda menuangkannya ke atas tubuh ibunya itu dengan tangannya sendiri. Setelah itu Baginda menanggalkan baju yang dipakainya lalu memakaikannya kepadanya. Baru selepas itu kain kafan dipakaikan. Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Usāmah bin Zaid, Abu Ayyub al-Anshaari, `Umar bin al-Khatthāb dan seorang lagi budak hitam supaya menggali kuburnya. Setelah mereka sampai kepada lahad, Rasulullah s.a.w. menggalinya sendiri dengan tangannya. Tanahnya dikeluarkan sendiri dengan tangannya. Apabila selesai, Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam lahad dan berbaring di dalamnya seraya mengucapkan: Allah-lah Tuhan yang menghidup dan mematikan, sedangkan Dia Yang Maha hidup, tidak akan mati. Ampunilah ibuku Fāthimah binti Asad, ajarkanlah kepadanya hujjahnya, dan perluaskan untuknya tempat masuknya dengan haq Nabi-Mu dan nabi-nabi sebelumku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengasihani.” Kemudian Nabi s.a.w. bertakbir empat kali (dalam shalat jenazah ke atasnya), lalu Baginda sendiri bersama al-`Abbaas dan Abu Bakar as-Shiddīq r.a. memasukkannya ke dalam kubur.
Rujukan:
At-Thabaraani - al-Mu`jam al-Ausath j.1 m/s 67, al-Mu`jam al-Kabīr j.24 m/s 351-352, Abu Nu`aim - Ĥilyatul Auliyā’ j.3 m/s 121, Ibnu al-Jauzi - al-`Ilal al-Mutanāhiah j.1 m/s 270, al-Haitsami - Majma` az-Zawā’id j.9 m/s 256-257, adz-Dzahabi - Mizaanu al-I`tidaal j.2 m/s 465, asy-Syaukāni - ad-Durru an-Nadhīd m/s 64, al-Albaani- Silsilatu al-Ahaditsi ad-Dha`iifah Wa al-Maudhu`ah j.1 m/s 79-82 & at-Tawassul Anwā`uhu Wa Aĥkāmuhu m/s 69-71, Shaleĥ bin `Abdil `Aziz bin Muhammad Aalu asy-Syeikh - Hādzihi Mafāhīmuna m/s 62-65.
Komentar:
(1)Berkenaan sanad hadith at-Thabaraani, beliau berkata: “Hadits ini tidak diriwayatkan daripada `Aashim al-Aĥwal kecuali oleh Sufyan ats-Tsauri. Rauĥ bin Shalāĥ bersendirian dalam meriwayatkannya daripada Sufyan.”
Dengan sanad yang sama juga Abu Nu`aim meriwayatkannya di dalam Ĥilyatul Auliyā’. Setelah mengemukakannya beliau berkata, “Gharīb (hadits ganjil).” Beliau juga seperti at-Thabaraani mengatakan hadits ini termasuk dalam tafarrudāt Rauĥ bin Shalāĥ.
(2) Perawi bermasalah yang terdapat di dalam sanadnya dan menyebabkan ia telah dianggap sebagai hadits mungkar (hadits yang dha`if sangat) ialah Rauĥ bin Shalāĥ. Sebagaimana kata at-Thabaraani, Rauĥ bin Shalāĥ bersendirian dalam meriwayatkannya daripada Sufyan. Hanya dia sahaja daripada sekian ramai anak-anak murid Sufyan meriwayatkannya daripada Sufyan. Soalnya kenapa anak-anak murid Sufyan yang lain tidak meriwayatkannya andaikata ia benar-benar telah diriwayatkan oleh Sufyan? Padahal mereka lebih terkenal dan jauh lebih tsiqah daripada Rauĥ?
Ke mana perginya Wakī`, `Abdur Rahman bin Mahdi, Muhammad bin Yusuf al-Firyābi, Abu Nu`aim, Ahmad bin Yunus al-Yarbū`i dan Yahya bin Sa`id al-Qatthaan? Kenapa mereka tidak meriwayatkannya daripada Sufyan, atau memang Sufyan tidak mengetahui pun riwayat itu, bagaimana dia akan meriwayatkannya kepada orang lain?! Oleh kerana Rauĥ telah menyalahi murid-murid utama Sufyan yang sangat masyhur itu, hadits riwayatnya ini dianggap mungkar.
(3) Sekarang mari kita lihat apa kata para `ulama’ Rijāl tentang Rauĥ bin Shalāĥ dan hadits yang diriwayatkannya itu:
(i) Kata Ibnu al-Jauzi, “Rauĥ bin Shalāĥ bersendirian dalam meriwayatkannya, sedangkan dia terbilang sebagai perawi majhul. Ibnu `Adi telah menganggapnya dha`if.”
(ii) Kata asy-Syaukāni di dalam ad-Durru an-Nadhīd Fi Ikhlāsh Kalimati at-Tauĥīd, “Hadits Fāthimah binti Asad dha`if. Di dalam sanadnya ada Rauĥ bin Shalāĥ. Dia seorang perawi dha`if.”
(iii) Ahmad bin (`Abdillah bin) Yunus al-Yarbū`i berkata, “Banyak hadits mungkar diriwayatkan daripadanya.” Ad-Daaraquthni berkata, “Dia dha`if dalam hadits.” Ibnu Mākūla pula berkata, “Mereka (para `ulama’ Rijāl hadits) mendha`ifkannya.”
(iv) Ibnu Mandah berkata, “Dia perawi banyak hadits mungkar.”
(v) Setelah mengemukakan hadits Rauĥ di atas, al-Haitsami berkata, “Ia diriwayatkan oleh at-Thabaraani di dalam al-Kabir dan al-Ausath. Di dalam isnadnya ada Raūĥ bin Shalāĥ. Ibnu Hibbaan dan al-Haakim mengatakan dia tsiqah, sedangkan padanya ada kedha`ifan. Sementara perawi-perawinya yang lain pula adalah perawi-perawi Sahih.
Kata-kata al-Haitsami bahawa, “Sementara perawi-perawinya yang lain pula adalah perawi-perawi Sahih” dibantah, sebabnya ialah Ahmad bin Hammaad bin Zughbah itu bukanlah perawi Sahih Bukhari mahupun Sahih Muslim. Bukan juga dia perawi bagi empat kitab Sunan yang utama.
(4) Kenapa dalam keadaan begitu ramai para `ulama’ Rijāl mendha`ifkannya (mentajrīĥkannya), Ibnu Hibbaan dan al-Haakim pula menta`dilkannya, mereka berdua mengatakan dia tsiqah, apa pula komen `ulama’ hadits terhadap mereka berdua?
Sesetengah orang terperdaya dengan pentsiqahan Ibnu Hibbaan dan al-Haakim terhadap Rauĥ. Sedangkan di sisi orang-orang yang ahli dalam bidang hadits, tautsiq (pentsiqahan) mereka berdua langsung tiada nilainya jika ia bercanggah dengan penilaian orang-orang lain. Hal ini disebabkan mereka berdua terkenal sangat bermudah-mudah dalam mentsiqahkan seseorang perawi.
Hafiz al-`Irāqi berkata, “Al-Haakim lebih teruk daripada Ibnu Hibbaan dalam sifat bermudah-mudah itu.” (Lihat Tadrīb ar-Rāwi j.1 m/s 108, at-Taqyīd Wa al-Iidhāĥ j.1 m/s 31).
Pendapat tokoh-tokoh hadits lain yang mendha`ifkan Rauĥ lebih rajiĥ berdasarkan qaedah: الجرحَ مقدمَ علىَ التعديل (kritikan terhadap perawi lebih diutamakan daripada pujian), apalagi kalau jarĥ itu adalah jarĥ mufassar. Telah jelas daripada nukilan-nukilan yang lalu bahawa bukan seorang dua `ulama’ Rijāl mengatakan Rauĥ banyak meriwayatkan hadits-hadits mungkar. Itulah antara sebabnya kenapa Rauĥ dikatakan dha`if oleh mereka. Riwayat orang seperti Rauĥ ini jelas mungkarnya dan tidak boleh dijadikan hujah terutama apabila dia bersendirian dalam meriwayatkannya.
(5) Sesetengah orang beralasan hadits Rauĥ itu meskipun dha`if, ia masih boleh dipakai dalam bab fadha’il amalan dan bab targhīb atau tarhīb. Sedangkan tidak ada apa pun di dalamnya yang boleh dikategorikan sebagai fadha’il amalan atau boleh diguna untuk targhīb dan tarhīb! Ia hanya berkisar di antara harus atau tidak harus sahaja. Kalau begitu ia berkaitan dengan hukum. Sebagaimana sedia dima`lumi, hadits dha`if sama sekali tidak boleh digunakan untuk menentukan apa-apa hukum sekalipun.
(6) Kalaulah bertawassul dengan haq nabi-nabi yang sudah meninggal dunia itu memang disyari`atkan dalam Islam, tentulah para Sahabat telah mengamalkannya, malah merekalah yang mula-mula sekali akan mengamalkannya. Terbukti bahawa mereka semua tidak pernah melakukannya, tidak pernah juga ia dilakukan oleh mana-mana `ulama’ mutaqaddimīn atau imam-imam mujtahidin. Semua mereka bahkan melarang daripadanya.
Imam Abu Hanifah dan dua orang murid utamanya menurut apa yang dinukilkan oleh az-Zabīdi di dalam Syarĥ Iĥyā’ `Ulūmiddīn (j.2 m/s 285) sebagai contohnya melarang seseorang berkata (dalam doanya): “Aku memohon kepada-Mu dengan haq si fulan, atau dengan haq para nabi dan rasul-Mu, atau dengan haq al-Baiti al-Ĥarām atau al-Masy`ar al-Ĥarām dan sebagainya. Kerana tidak ada sesiapa pun mempunyai haq terhadap Allah…”
(7) Banyak terdapat perkara pelik dalam riwayat Rauĥ itu. Antaranya ialah Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam lahad kubur Fāthimah binti Asad dan berbaring di dalamnya. Ini adalah satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda untuk sesiapa pun selain beliau. Jika peristiwa itu benar-benar telah berlaku, tentulah ramai Sahabat mengetahuinya lalu mereka meriwayatkannya, dan banyaklah pula hadits-hadits yang sahih tentangnya. Tetapi sayang! Tidak ada satu pun hadits sahih tentangnya. Yang ada hanyalah hadits mungkar seperti telah anda lihat pada contoh keempat di atas.
(8) Tidak pernah ada seorang pun Sahabat berdasarkan hadits yang sahih bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. atau para nabi dan rasul yang lain setelah mereka meninggal dunia dan berada di alam Barzakh. Tidak pernah ada seorang pun daripada mereka bertawassul dengan zat, pangkat, haq, maqam atau doa mereka sekalipun setelah mereka wafat. Demikian juga tidak pernah dinukilkan dengan nukilan yang sahih daripada sesiapa pun dari kalangan imam mujtahidin bertawassul dengan para nabi dan rasul setelah kewafatan mereka, apalagi bertawassul dengan para wali yang telah meninggal dunia!
23 Okt 24 ☝️