Komuniti  Darulkautsar
Komuniti  Darulkautsar
  • 490
  • 1 911 725
[BUKHARI - KITAB ILMU] Sesi 48 -Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Ilmu Kepada Yang Tidak Hadir
darulkautsar.wordpress.com/ Sahih al-Bukhari - Kitab Ilmu - Sesi 48
Bab - (Sambungan) Hendaklah Orang Yang Hadhir Menyampaikan 'Ilmu Kepada Yang Tidak Hadhir. Ibnu 'Abbas Mengatakannya (Sebagai Riwayat) Daripada Nabi s.a.w.
UST AHMAD BIN MUHAMMAD ASRI (SYARAHAN DARI NOTA TULISAN MAULANA MUHAMMAD ASRI YUSOFF)
Dalam Talian - Google Meet
26 Jan 2025
Nota Kuliah -
[Nota - NOTA KULIAH boleh dimuat turun menggunakan browser SELAIN dari Google Chrome kerana Google Chrome mungkin menyekat akses kepada fail di atas]
Laman Web Menarik - PENCERAHAN AQIDAH - darulkautsarpencerahanaqidah.wordpress.com/
มุมมอง: 61

วีดีโอ

[HADIS PALSU] - Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat!
มุมมอง 464 ชั่วโมงที่ผ่านมา
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 47 - Setiap hadith yang menyebutkan kelebihan orang-orang yang berwajah cantik (baik laki-laki dan perempuan), pujian Nabi s.a.w. terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka, meminta hajat dengan mereka atau mereka tidak akan disentuh api n...
[USUL DIRAYAT] Sesi 120 -Hadith Syiah tentang "walaayah" atau "imaamah" Sayyidina Ali adalah palsu
มุมมอง 43วันที่ผ่านมา
darulkautsar.wordpress.com/ - Usul Dirayat Hadith - Sesi 120 - (Usul 70) - Hadith-hadtih yang selalu dikemukakan oleh golongan Syiah sebagai dalil bagi "walaayah" dan "imaamah" (Sayyidina) Ali bin Abi Thaalib r.a. sesudah Nabi s.a.w. terutamanya terus selepas kewafatan Baginda, dan seterusnya "walaayah" dan "imaamah" anak cucunya yang tertentu, tidak ada satupun yang sahih semuanya maudhu'. Kal...
[Bukhari - Kitab Ilmu]Sesi 47 -Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Ilmu Kepada Yang Tidak Hadir
มุมมอง 23วันที่ผ่านมา
darulkautsar.wordpress.com/ Sahih al-Bukhari - Kitab Ilmu - Sesi 47 Bab - (Sambungan) Hendaklah Orang Yang Hadhir Menyampaikan 'Ilmu Kepada Yang Tidak Hadhir. Ibnu 'Abbas Mengatakannya (Sebagai Riwayat) Daripada Nabi s.a.w. UST AHMAD BIN MUHAMMAD ASRI (SYARAHAN DARI NOTA TULISAN MAULANA MUHAMMAD ASRI YUSOFF) Dalam Talian - Google Meet 12 Jan 2025 Nota Kuliah - [Nota - NOTA KULIAH boleh dimuat t...
[HADIS PALSU] - Anak zina tidak akan masuk syurga, tidak juga anaknya & tidak juga anak bagi anaknya
มุมมอง 9814 วันที่ผ่านมา
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 46 - Hadith-hadith yang menyatakan anak zina tidak akan masuk syurga, demikian juga anak cucunya, tidak ada satu pun yang sahih, bahkan semuanya maudhu'. Demikian juga hadith-hadith yang menyatakan anak zina diciptakan untuk neraka, semata-mata kerana ia...
[SYARIAT] KUBUR: ANTARA SUNNAH & BID'AH [Ijtima' Ilmi 3.0] [Maulana Saari Mustapha]
มุมมอง 17414 วันที่ผ่านมา
darulkautsar.wordpress.com/ KUBUR: ANTARA SUNNAH & BID'AH [PETIKAN DARI IJTIMA' ILMI 3.0 - DARUL QURAN WAL HADITH, TUMPAT KELANTAN] Maulana Saari Mustapha 4 Jan 2025 TANDA MASA PERBINCANGAN MENARIK 1. 00:00:40 - Masalah berkaitan kubur mula menjadi penyakit yang bahaya kepada umat Islam di Malaysia akhir-akhir ini dan dikhuatiri menghampiri apa yang berlaku di India, Pakistan dan Mesir (di mana...
[SYARIAT] KUBUR: ANTARA SUNNAH & BID'AH [Ijtima' Ilmi 3.0 - Maulana Muhammad Fadhilul Hakimi]
มุมมอง 13914 วันที่ผ่านมา
darulkautsar.wordpress.com/ KUBUR: ANTARA SUNNAH & BID'AH [PETIKAN DARI IJTIMA' ILMI 3.0 - DARUL QURAN WAL HADITH, TUMPAT KELANTAN] Maulana Muhammad Fadhilul Hakimi 5 Jan 2025 TANDA MASA PERBINCANGAN MENARIK 1. 00:01:23 Masalah kubur menjadi genting akhir-akhir ini kerana ianya berubah dari sekadar berkisar sekitar amalan kepada isu melibatkan aqidah yang boleh membawa kepada syirik 2. 00:04:48...
[HADIS PALSU] - Penduduk Mesir Pendek-Pendek Umurnya!
มุมมอง 7721 วันที่ผ่านมา
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 45 - Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan mana-mana tempat atau negeri atau pujian Nabi s.a.w. terhadapnya yang bersifat tetap dan berkekalan selain Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis adalah palsu. Demikian juga dengan hadith-hadith yang mencela sesuatu...
[HADIS PALSU] - Untuk dapat berkat, kalau ada yang bernama Muhammad, wajib ajak dia masuk meeting!
มุมมอง 21121 วันที่ผ่านมา
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 44 - Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad semata-mata kerana nama itu, dan celaan serta ancaman terhadap orang yang tidak melebihkan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad adalah palsu. Demikian juga celaan dan a...
[HADIS PALSU] -Kepapaan adalah kecacatan disisi manusia, tetapi cantik disisi Allah pada hari kiamat
มุมมอง 10528 วันที่ผ่านมา
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 43 - Riwayat-Riwayat Yang Menyebutkan Tentang Kelebihan Hidup Dalam Keadaan Miskin Dan Papa Kedana, Maudhu' (Palsu) Semuanya. Tidak Ada Satu Pun Yang Sahih. Demikian Juga Riwayat-Riwayat Yang Memuji Kemiskinan Dan Kepapaan, Menyatakan Kemuliaan Orang-Ora...
[HADIS PALSU] - Pelihara anak anjing lagi baik dari pelihara anak kandung! Wow!
มุมมอง 85หลายเดือนก่อน
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 42 - Hadith-hadith yang memuji dan menyatakan kelebihan kehidupan membujang dan mencela kehidupan berkeluarga dengan beranak pinak semuanya karut. Tidak ada satupun daripadanya sahih. SELINGAN 1. 00:11:52 - KEMANISAN, KEHEBATAN DAN MANAFAAT MENGETAHUI HA...
[HADIS PALSU] - Suara Di Bulan Ramadhan & Lahir Selepas Tahun 100 Tak Guna!
มุมมอง 113หลายเดือนก่อน
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 41 - Mana-mana Riwayat Yang Menyatakan Pada Abad Sekian-sekian, Pada Tahun Sekian-sekian, Pada Bulan Sekian-sekian Atau Pada Hari Sekian-sekian Akan Berlaku Peristiwa-peristiwa Tertentu Dengan Tepat Dan Jelas, Semuanya Maudhu' (Palsu). Demikian Juga Riwa...
[HADIS PALSU] - Hari Rabu hari paling sial! & Syiah ada kalender sial atau bertuah untuk setiap hari
มุมมอง 290หลายเดือนก่อน
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 40 - Hadith-hadith yang menyebutkan bulan-bulan atau hari-hari tertentu seperti hari Selasa atau Rabu dan lain-lain sebagai bulan-bulan atau hari-hari nahas atau hari bertuah boleh dikatakan semuanya palsu; yang paling baik pun ianya sangat dhaif. CATATA...
[HADIS PALSU] - Tiada Ibadat Khusus Di Malam Hari Raya
มุมมอง 99หลายเดือนก่อน
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 39 - Riwayat-riwayat yang menyatakan kelebihan beribadat khusus pada malam dua hari raya dan makbul doa pada dua malam itu tiada satu pun yang sahih TIADA IBADAT KHUSUS PADA MALAM HARI RAYA Ibnu Qayyim berkata, "Tidak ada satupun hadith yang sahih tentan...
[HADIS PALSU] - Timbunan Hadith Palsu Nisfu Sya'ban & Ulama' Cari Makan Guna Amalan Bid'ah!
มุมมอง 224หลายเดือนก่อน
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 38 - Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan malam Nisfu Sya'ban, kelebihan amalan-amalan tertentu pada malam itu dan kelebihan berpuasa pada keesokan harinya secara khusus, tidak ada satupun yang sahih, ianya sama ada maudhu' atau amat dha'if. Video Asa...
[HADIS PALSU] - Puasa Khusus Di Bulan Rejab & Keistimewaan Bulan Rejab & Bersungguh Beribadat Rejab
มุมมอง 4102 หลายเดือนก่อน
[HADIS PALSU] - Puasa Khusus Di Bulan Rejab & Keistimewaan Bulan Rejab & Bersungguh Beribadat Rejab
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 88 - Cinta Kepada Allah
มุมมอง 812 หลายเดือนก่อน
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 88 - Cinta Kepada Allah
[Bukhari - Kitab Ilmu] Sesi 46 -Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Ilmu Kepada Yang Tidak Hadir
มุมมอง 1002 หลายเดือนก่อน
[Bukhari - Kitab Ilmu] Sesi 46 -Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Ilmu Kepada Yang Tidak Hadir
[HADIS PALSU] -Solat Asyura, Solat Raghaib, Solat Nisfu Syaaban, Tunggu Kubur & Kaifiat Solat Hajat
มุมมอง 1832 หลายเดือนก่อน
[HADIS PALSU] -Solat Asyura, Solat Raghaib, Solat Nisfu Syaaban, Tunggu Kubur & Kaifiat Solat Hajat
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 87 - Cinta Kepada Allah
มุมมอง 1052 หลายเดือนก่อน
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 87 - Cinta Kepada Allah
[HADIS PALSU] - Solat 4 rakaat malam Ahad dapat 1000 bandar & 12 rakaat pada hari Rabu seperti Nabi
มุมมอง 1412 หลายเดือนก่อน
[HADIS PALSU] - Solat 4 rakaat malam Ahad dapat 1000 bandar & 12 rakaat pada hari Rabu seperti Nabi
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 86 - Cinta Kepada Allah
มุมมอง 1322 หลายเดือนก่อน
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 86 - Cinta Kepada Allah
[HADIS PALSU]-Sesiapa yang tak mahu papa, sakit mata & gila, hendaklah potong kuku pada hari Khamis
มุมมอง 2142 หลายเดือนก่อน
[HADIS PALSU]-Sesiapa yang tak mahu papa, sakit mata & gila, hendaklah potong kuku pada hari Khamis
[UMUM] AMANAT-AMANAT AKHIR MAULANA MUHD ASRI YUSOFF SEBELUM BERSARA (Dari Kuliah Umum)
มุมมอง 5K2 หลายเดือนก่อน
[UMUM] AMANAT-AMANAT AKHIR MAULANA MUHD ASRI YUSOFF SEBELUM BERSARA (Dari Kuliah Umum)
[BUKHARI - KITAB AZAN] Sesi 104 -Angkat Kedua Belah Tangan Pada Takbir Pertama Bersamaan Mula Solat
มุมมอง 2762 หลายเดือนก่อน
[BUKHARI - KITAB AZAN] Sesi 104 -Angkat Kedua Belah Tangan Pada Takbir Pertama Bersamaan Mula Solat
[HADIS PALSU] -Hadis kelebihan sesuatu perkara drp suatu yang lain semuanya palsu kecuali satu hadis
มุมมอง 1242 หลายเดือนก่อน
[HADIS PALSU] -Hadis kelebihan sesuatu perkara drp suatu yang lain semuanya palsu kecuali satu hadis
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 85 - Cinta Kepada Allah
มุมมอง 1283 หลายเดือนก่อน
[SYARAH KITAB TAUHID] - Sesi 85 - Cinta Kepada Allah
[AQIDAH] - Siri 4 -Tawassul (Jadikan Sebagai Perantara) Dengan Nabi-Nabi Terdahulu Yang Telah Wafat
มุมมอง 1453 หลายเดือนก่อน
[AQIDAH] - Siri 4 -Tawassul (Jadikan Sebagai Perantara) Dengan Nabi-Nabi Terdahulu Yang Telah Wafat
[BUKHARI - KITAB AZAN] Sesi 103 -Angkat Kedua Belah Tangan Pada Takbir Pertama Bersamaan Mula Solat
มุมมอง 5443 หลายเดือนก่อน
[BUKHARI - KITAB AZAN] Sesi 103 -Angkat Kedua Belah Tangan Pada Takbir Pertama Bersamaan Mula Solat
[AQIDAH] - Siri 3 - "Tawassul" (Perantara) Dengan Nabi Muhammad - Hadith Yang Tidak Jelas Maksudnya
มุมมอง 1713 หลายเดือนก่อน
[AQIDAH] - Siri 3 - "Tawassul" (Perantara) Dengan Nabi Muhammad - Hadith Yang Tidak Jelas Maksudnya

ความคิดเห็น

  • @apalmohammad1634
    @apalmohammad1634 2 วันที่ผ่านมา

    Mungkin ada campur tangan sultan disesuatu negeri dengan penasihat agamawan yang ada kepentingan diri ,sultan pun tak faham akan hal agama

  • @angkabot
    @angkabot 3 วันที่ผ่านมา

    Rencana Pendek: Konsep Nur Muhammad dalam Perspektif Al-Quran dan Nahu Muktabar ____________________________________ Konsep Nur Muhammad sebagai cahaya awal penciptaan sering menjadi perbincangan mendalam dalam tradisi Ahlussunnah Wal Jama'ah (ASWAJA), walaupun dikritik oleh kelompok Salafi/Wahabi yang mempersoalkan dalil-dalil yang menyokongnya, seperti Hadith Jabir. Namun, kajian nahu dan tafsir ayat Al-Quran, khususnya Surah Al-Ma'idah (5:15), memberikan ruang untuk memahami konsep ini dengan lebih mendalam. Dalil Al-Quran: Surah Al-Ma’idah (5:15) Allah berfirman: قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ (Surah Al-Ma’idah: 15) “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang nyata.” (Al-Ma’idah: 15) . Ayat ini sering menjadi rujukan ulama untuk menunjukkan hubungan Nur (cahaya) dengan Nabi Muhammad SAW. Melalui analisis nahu dan mantiq, terdapat bukti bahawa "cahaya" (nur) dan "kitab" (kitab mubin) adalah dua perkara berbeza, bukan satu entiti yang sama. Analisis Nahu Muktabar 1. Huruf 'Waw' (Dan) sebagai Pemisah Ayat ini menggunakan waw ataf (وَ), yang berfungsi sebagai penyambung antara dua entiti yang berbeza. Dalam kaedah nahu muktabar, waw ataf memisahkan dua perkara yang berdiri sendiri. Jika nur dan kitab merujuk kepada perkara yang sama, struktur ayat akan menggunakan hubungan sifat-mausuf, seperti “nurun mubin” (cahaya yang nyata), bukan “nur wa kitab”. Kesimpulan Nahu: Nur dan kitab adalah dua perkara yang berasingan, di mana nur merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, manakala kitab adalah Al-Quran. 2. Struktur Nakirah (Indefinite) Kedua-dua “nur” dan “kitab” disebut dalam bentuk nakirah (tidak ditentukan). Ini menunjukkan kedua-duanya adalah perkara yang berasingan, tetapi saling berkaitan. Frasa “min Allah” (dari Allah) merangkumi kedua-dua perkara, menunjukkan bahawa cahaya (Nabi Muhammad SAW) dan kitab (Al-Quran) datang daripada sumber ilahi. 3. Pendapat Ulama Nahu Muktabar Imam Al-Razi: Dalam Tafsir Al-Kabir, beliau menyatakan bahawa "nur" dalam ayat ini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat, dan "kitab" adalah wahyu yang disampaikan melalui baginda. Imam Al-Baghawi: Dalam Ma’alim at-Tanzil, beliau menyokong bahawa "waw ataf" menunjukkan dua perkara berbeza, bukan sinonim. Dalil Mantik dan Soraf 1. Mantik: Hubungan Sebab dan Akibat Al-Quran sebagai kitab wahyu memerlukan pembawa (Nabi Muhammad SAW) untuk menyampaikan isinya kepada manusia. Oleh itu, "nur" (Nabi) dan "kitab" (wahyu) adalah saling melengkapi tetapi tetap dua entiti berbeza. Ini sejajar dengan prinsip mantik bahawa sesuatu wahyu (kitab) memerlukan medium penyampai (nur). 2. Soraf: Kata "Nur" dan "Kitab" "Nur" dalam bentuk mufrad (singular) menunjukkan sifat simbolik kepada Nabi Muhammad SAW sebagai pembimbing, bukan hanya Al-Quran. "Kitab" dalam bentuk ism mubalaghah (kitab mubin) menekankan fungsi Al-Quran sebagai wahyu yang jelas, berbeza dengan peranan nur. Kritikan Salafi/Wahabi dan Jawapan ASWAJA Salafi/Wahabi: Mereka mendakwa bahawa ayat ini merujuk hanya kepada satu perkara, iaitu Al-Quran. Mereka juga menolak Hadith Jabir kerana sanadnya lemah. Jawapan ASWAJA: 1. Nahu ayat ini dengan waw ataf jelas menunjukkan nur dan kitab adalah dua perkara berbeza. 2. Ulama tafsir seperti Al-Razi, Al-Baghawi, dan Ibn Kathir mentafsirkan nur sebagai Nabi Muhammad SAW, menunjukkan keserasian antara Al-Quran dan Rasul sebagai petunjuk ilahi. 3. Walaupun Hadith Jabir dianggap lemah, konsep Nur Muhammad tidak semata-mata bergantung kepada hadis tersebut, tetapi juga kepada analisis Al-Quran dan ijmak ulama tasawuf muktabar. Ayat Al-Ma’idah (5:15) dari segi nahu, mantik, dan soraf menunjukkan bahawa "nur" dan "kitab" adalah dua perkara yang berbeza. Nabi Muhammad SAW sebagai nur adalah perantara wahyu (Al-Quran), sementara kitab mubin adalah wahyu itu sendiri. Pemahaman ini tidak bercanggah dengan prinsip tauhid, malah memperkukuh kefahaman tentang rahmat Allah melalui Rasul-Nya dan wahyu-Nya. . Wassalam, Ikhlas dari Walan Gara . .

  • @drfarizaish
    @drfarizaish 5 วันที่ผ่านมา

    Jazakallah khairan Maulana dan admin

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328 5 วันที่ผ่านมา

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) 3. 00:07:28 - HADITH PALSU KETIGA Maksudnya: “Aku telah melihat Tuhanku di Mina menaiki unta kelabu. Dia memakai jubah daripada bulu bebiri di hadapan orang ramai” KOMENTAR [Rujukan: th-cam.com/video/6juuU7dQiQI/w-d-xo.html] Mulla `Ali al-Qari berkata, “Hadith ini maudhu, tiada asalnya.” Imam adz-Dzahabi menceritakan , “Kata Abu al-Qasim Ibnu `Asaakir, orang yang dituduh mereka hadith ini ialah al-Ahwaazi. Abu al-Fadlh Ibnu Khairuun menganggapnya sebagai seorang yang lemah. Hafiz `Abdullah bin Ahmad as-Samarqandi berkata: “Hafiz Abu Bakar al-Khathib mengatakan dia seorang pendusta besar dalam hadith dan qira’at kedua-dua sekali”. Ibnu `Asaakir di dalam “Tabyiin Kazibi al-Muftari” menulis: “Tidak hairanlah jika orang jahil pun mendustakan apa saja cerita yang dikemukakan oleh al-Ahwaazi ini, kerana dia adalah antara yang paling pembohong dalam mengemukakan riwayat-riwayat qira’atnya.

  • @user-pi8vo5it8y
    @user-pi8vo5it8y 6 วันที่ผ่านมา

    Terbaik MMAY

  • @RealmeC51-o3k
    @RealmeC51-o3k 8 วันที่ผ่านมา

    Aku ingat ketum ni org awam je layan😂

  • @RealmeC51-o3k
    @RealmeC51-o3k 8 วันที่ผ่านมา

    Kita harus bersatu tak kisah benar atau salah barulah ramai kalau nak masuk mana pun kawan ramai

  • @thebang1470
    @thebang1470 14 วันที่ผ่านมา

    Semoga Maulana asri bisa berkunjung ke Indonesia

  • @muzaffarsuzuran
    @muzaffarsuzuran 15 วันที่ผ่านมา

    Sy dgr,sy dh boleh beza kan bahawa org dlm kubur lebih memerlu kan kita doa kan agar di angkat azab kubur dan di lapang kan kubur si mati ...sedang kan amalan yg dikata kn sedekah pahala tu tak laku di alam kubur kerana pahala hanya terpakai di akhirat kelak,selepas di bangkit kan di hadapan Allah subahanawatalla....

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328 15 วันที่ผ่านมา

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) 3. 00:06:13 HADITH PALSU KETIGA "Anak-anak zina akan dibangkitkan (di Mahsyar) dalam rupa kera-kera dan babi-babi" KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Perawi hadith ini, Ali bin Zaid bin Ju'dan adalah seorang perawi yang langsung tidak bernilai. Hadith ini dihukumkan maudhu' oleh ramai ulama' hadith. ii. Hadith palsu ini menyalahi firman Allah di dalam al-Quran dan menyalahi prinsip keadilan Islam.

  • @aimanrs2998
    @aimanrs2998 17 วันที่ผ่านมา

    Mcm mana pula dgn puasa ayyamul bidh

  • @thebang1470
    @thebang1470 17 วันที่ผ่านมา

    Saya dari Indonesia sangat mencintai MMAY ❤

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328 21 วันที่ผ่านมา

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN KOMEN TH-cam) 2. 00:06:47 HADITH PALSU KEDUA "Apabila Wilayah Khurasan (mulai) ditakluk, dan agak lama tentera-tentera Islam ke sana, sehingga mereka berkumpul di Azerbaijan dan kawasan-kawasan pergunungannya. Ketika itu lemahlah semangat Umar r.a. lalu dia berkata, "Kenapalah sibuk sangat aku dengan Khurasan! Kenapalah sibuk sangat aku dengan Khurasan! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada gunung-gunung salji! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada beberapa gunung api! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada seribu tembok, setiap satu daripadanya seperti tembok Ya'juj dan Ma'juj! Ketika itu berkatalah Ali bin Abi Thalib a.s., "Sabar wahai anak al-Khattab! Agaknya engkau tidak mendapat ilmu Muhammad, atau agaknya engkau belum mengetahui ilmu dari Muhammad s.a.w. bahawa Allah mempunyai sebuah bandar di Khurasan, namanya Marw. Ia diasaskan oleh saudaraku Dzul Qarnain, dan 'Uzair telah bersembahyang di situ. Sungai-sungainya cantik (menarik pengembara) dan buminya pula subur. Di setiap pintu bandar itu ada malaikat yang menghunus pedangnya demi menjaga penduduknya daripada segala bencana hingga ke hari kiamat. Allah (juga) mempunyai sebuah bandar di Khurasan. Namanya Thaalaqaan. Kekayaannya bukan berupa emas dan perak, tetapi berupa orang-orang mukmin yang bangkit bila orang-orang lain bangkit dan menolong bila orang-orang lain telah gentar. Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Syasy. Orang yang berdiri dan tidur di bandar itu sepertii orang yang berlumuran dengan darahnya di jalan Allah. Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Bukhara. Penduduk Bukhara aman daripada kejutan ketika huru-hara berlaku. Ketika orang-orang lain bersedih, mereka pula bergembira. Bertuahlah Bukhara! Allah menjenguk mereka setiap malam, lalu mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Taubat orang-orang yang bertaubat di kalangan mereka pula diterima Allah. Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Samarqand. Ia dibangunkan oleh orang yang membangunkan Hiirah. Allah melindungi penduduknya dan mendengar hiruk pikuknya. Setiap malam berserulah yang berseru (dengan berkata), "Bertuahlah kamu kerana akan memperolehi syurga! Berbahagialah Samarqand! Orang-orang di sekitarnya akan aman daripada azab Allah pada hari kiamat nanti jika mereka taat. Kemudian berkata Ali, "Wahai Ibnu al-Kawwa', berapakah jarak di antara Busanj dan Hiraat?" Jawab Ibn al-Kawwa', "Enam farsakh". Kata Ali, "Tidak, bahkan sembilan farsakh, tidak lebih dan tidak kurang walaupun sebatu. Demikianlah kekasih dan kesayanganku Muhammad s.a.w. memberitahuku." Kemudian beliau (Ali) berkata lagi, "Sesungguhnya di Khurasan ada sebuah bandar dipanggil Thuus. Betapa hebatnya orang-orang mukmin di Thuus! Mereka tidak mempedulikan kerana Allah celaan orang yang mencela. Mereka melakukan ibadat kerana Allah, dan menghidupkan sunnah Nabi-Nya s.a.w. Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Khuwarizm. Orang yang tidur di situ seperti orang-orang yang beribadat pada hari paling panjang di musim panas. Mereka adalah anak-anak Qafthuura. Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Jurjan. Hasil taninya elok. Tanah tinggi dan tanah rendahnya menghijau. Sumber airnya pula banyak. Makan dan minum hamba-hamba Allah di situ cukup mewah. Mereka berada dalam kesenangan ketika orang-orang lain berada dalam kesempitan. Mereka menurut perintah Allah dan bersegera pula mentaatinya. Sungguh bertuah mereka! Sekali lagi, sungguh bertuah mereka, jika mereka beriman dan membenarkan! Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Quumas. Alangkah istimewanya orang-orang di Quumas! Maka berkata Umar, "Hai Ali engkau memang penimbul fitnah!". Mendengar kata-kata (tuduhan) Umar itu, Ali pun berkata, "Jika dua biji batu tercampak dari udara pun orang akan berkata, "Ini perbuatan Ali bin Abi Thalib." Umar seterusnya berkata, "Alangkah baiknya kalau jarak di antaraku dan Khurasan sejauh jarak di antaraku dan Balqa' ". [Hadith palsu ini terdapat di dalam kitab al-Maudhuat, Ibnu al-Jauzi] KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini palsu. Perawi hadith ini Nuh bin Abi Maryam langsung tidak bernilai dan hadithnya tidak boleh ditulis. ii. Terdapat unsur-unsur Syiah di dalam hadith ini seperti diletakkan doa "alaihissalam (a.s.) selepas nama Ali bin Abi Talib. Saidina Umar (musuh ketat Syiah) pula digambarkan sebagai seorang pengecut dan lemah semangat berbanding Saidina Ali yang digambarkan sebagai seorang yang penyabar dan berpengetahuan luas dalam hadith-hadith Nabi. 3. Untuk melebihkan dan memuliakan sesuatu tempat berbanding tempat lain, diperlukan nas yang sahih dan terang tentangnya. 3. 00:12:27 HADITH PALSU KETIGA "Sesungguhnya Mesir akan ditakluk sepeninggalanku. Maka rebutlah kamu kebaikannya, tetapi jangan jadikannya sebagai tempat tinggalmu. Sesungguhnya akan digiring kepadanya orang-orang yang paling pendek umurnya". KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Tokoh-tokoh hadith seperti Ibnu al-Jauzi, as-Sakhawi, al-Albani dan al-Ghumairi menghukumkan hadith ini sebagai maudhu' (palsu). ii. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan di mana tidak terbukti semua orang yang tinggal di Mesir pendek umurnya. iii. Ramai Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tinggal di Mesir dan tidak mengamalkan hadith palsu ini.

  • @muhammadsurya2876
    @muhammadsurya2876 22 วันที่ผ่านมา

    Asal jgn di bilang Wahabi aj,tapi dakwah yg hak slalu ad rintangan.

  • @nhr5375
    @nhr5375 23 วันที่ผ่านมา

    JazakAllahu khaira

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328 25 วันที่ผ่านมา

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) 3. 00:07:08 HADITH PALSU KETIGA "Tidak berkumpul mana-mana kaum sama sekali untuk bermesyuarat, sedangkan ada di antara mereka seorang yang bernama Muhammad, tetapi mereka tidak memasukkannya dalam mesyuarat mereka, melainkan mesyuarat mereka tidak diberkati". [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Tokoh-tokoh hadith telah menghukumkan hadith ini sebagai dusta dan maudhu' (palsu). ii. Hadith ini tidak praktikal, kerana untuk mendapat keberkatan, seseorang perlu menghadiri mesyuarat semata-mata kerana namanya Muhammad, padahal dia bukan yang layak menghadiri mesyuarat tersebut. iii. Hadith palsu ini memberi imej buruk tentang Islam kepada orang bukan Islam dan memeningkan kepala orang Islam sendiri! 4. 00:09:01 HADITH PALSU KEEMPAT "Sesiapa mendapat tiga orang anak laki-laki, tetapi ia tidak memberi nama Muhammad kepada seorang pun daripadanya, bererti ia memang jahil" KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i. Perawi-perawi hadith ini dalam beberapa saluran terdiri dari mereka yang dituduh sebagai pendusta besar dan pereka hadith. ii. Ramai Sahabat termasuk Saidina Umar r.hu. tidak mengamalkan hadith ini. i iii. Hadith ini bercanggah dengan ajaran al-Quran yang menyatakan kejayaan seseorang di akhirat adalah iman dan amal solehnya, bukannya nama dan gelarannya.

  • @drfarizaish
    @drfarizaish 28 วันที่ผ่านมา

    Jazakallah khairan Maulana dan admin

  • @user-xr5ot4wx5j
    @user-xr5ot4wx5j 29 วันที่ผ่านมา

    Bagaimana mungkin orang alim yg katanya ustad bertakwa dan berilmu keluar dari mulutnya kedengkian. Bantahlah dengan ilmu JANGAN Dengan diskriminasi sesuatu datang dari golongan tertentu pasti sesat, lihat ORANG yg ada di golongan itu, banyak orang yang mulia dari keturunan mulia dan terhormat serta berbuat mulia, dibanding yang bicara, lihatlah latar belakang anda,dan keluarga anda dan cara bicara orang yang bodoh NAMUN tidak tahu kalau Dia bodoh. Saya kasih satu pertanyaan yg bila anda dapat jawap dari sumber yang benar Anda akan sadar kalau bodoh " bagaimana malaikat bisa mentaati Allah SWT?" Padahal:1.dia belum pernah melihat zat Allah (dalam israkmirad malaikat memerintahkan Rosulluloh berjalan menuju Allah sendiri, jika Dia selangkah lagi akan terbakar.2.malIkat tidak memiliki hawa nafsu, jadi yg ada ketulusan/tidak berpura-pura. Siapa yg meyakinkan malaikat bahwa dia harus mentaati Allah,dan Allah itulah Tuhan yg menciptakannya. 4.dalam penciptaan langit kemudian bumi,lalu malaikat, dan Adam Allah tidak bersentuhan langsung bahkan TIDAK melakukan gerakan.5. SEMUA benda materi TIDAK akan sanggup mendekati ZAT ALLAH YANG MAHA AGUNG , YG ZAT NYA DILIPUTI CAHAYA YG SANGATA DAHSYAT YG BISA MEMUSNAHKAN APA SAJA BAHKAN GUNUNG (SEPERTI KAUM NABIMUSA DLM ALQURAN). TAPI CAHAYA ITU BUKAN BAGIAN DARI ZAT ALLAH ( SEPERTI BOLA LAMPU APABILA CAHAYA NYA KAMU GANGGU TIDAK BERPENGARUH TERHADAP BOLA LAMPU). kalau bisa jawab,nati saya tambah pertanyaan keadilan Allah SWT terhadap kelahiran MANUSIA sebagai anak YG di keluarga beruntung ( orangtua yg membawa KESURGA,) dan kurang beruntung ( orangtua membawa keneraka) berdasarkan Al-Qur'an dan hadits.

    • @komunitidarulkautsar9328
      @komunitidarulkautsar9328 29 วันที่ผ่านมา

      @@user-xr5ot4wx5j Tak perlu mengarut di sini

    • @user-xr5ot4wx5j
      @user-xr5ot4wx5j 29 วันที่ผ่านมา

      @komunitidarulkautsar9328 sedikitpun anda tidak menjawab dengan ilmu. Benar lah perkataan orang2 yang dianugerahi Nikma yg TIDAK pernah dimurkai Allah dan tidak BEKATA yg menyesatkan, merak YG dikatakan Al-Qur'an ahli zikir dan kita diperintahkan untuk bertanya kepada mereka, tentang agama ini, mereka telah mewarisi dunia ini seperti yg telah ditetapkan Allah Dalam Al-Qur'an dan BANYAK kemulian TENTANG mereka Dalam Al-Qur'an dan hadits. dia(salasatu ) yg dikatakan dlm Al-Qur'an bersadakoh di waktu rukuk mengingatkan "JANGAN kamu berdebat (mencari kebenaran) PD ORANG2 bahil'. NAMUN jika kalian masih memecah belah umat muslim kami akan mengundang murka Allah untuk kalian sebagaimana telah Mereka lakukan untuk ORANG yg melampaui batas dijamannya.

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328 29 วันที่ผ่านมา

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) 3. 00:08:43 HADITH PALSU KETIGA "Carilah pertolongan pada orang-orang faqir miskin di kalangan orang-orang Islam, kerana mereka ada kuasa di hari kiamat (kelak)" KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Perawi pertama hadith palsu ini ialah Wahab bin Munabih, menunjukkan ianya adalah kata-kata Wahab bin Munabih, bukannya sabda Nabi s.a.w. ii. Ulama'-ulama' hadith sepakat mengatakan ianya hadith palsu. ii. Hadith palsu ini seolah-olah mengatakan Nabi secara tidak langsung menggalakkan umatnya menjadi peminta sedekah, walhal, banyak hadith-hadith yang mencela meminta sedekah.

  • @DanishMuqriChannel
    @DanishMuqriChannel หลายเดือนก่อน

    maulana pesey lamo doh, loni koho parok masyarakat ditipu, semoga Allah beri hidayah kpd puokk2 ni

  • @MohdHusni-z9h
    @MohdHusni-z9h หลายเดือนก่อน

    Kalau nurmuhammad palsu..Muhammad pun palsu sb bila Muhammad ada baru ada nur..bukan nur dulu ..salah tu..nak tau betul ke tak buat istiqarah banyak2 supaya dapat pertunjuk

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328 หลายเดือนก่อน

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) 3. 00:14:34 HADITH PALSU KETIGA "Tidak pernah berjaya sama sekali orang yang berkeluarga (yang mempunyai anak pinak)" KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah karut. ii. Kenyataan yang berlaku dalam masyarakat tidak menyokong hadith ini, kerana didapati ramai orang yang berkeluarga berjaya dalam hidup dan tidak semua yang tidak berkeluarga berjaya. iii. Dalam hadith sahih, Nabi s.a.w. bersabda yang bertentangan dengan hadith palsu ini, iaitu, sebaik-baik duit ialah yang dibelanjakan untuk keluarganya. Antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah orang yang membelanjakan ahli keluarganya. iv. Rasulullah s.a.w. mendoakan orang yang baru berkahwin kebahagiaan untuknya dan berdoa semoga dikurniakan zuriat yang baik. Ini menunjukkan Rasulullah suka umatnya berkeluarga dan Baginda mendoakan kebaikan kepada mereka.

  • @mohdazlanawang7540
    @mohdazlanawang7540 หลายเดือนก่อน

    Terima kasih ilmunya. Untuk semakan hadis pantas, ustz Syihabudin ada lancarkan website "HadithXpert" untuk semakan pantas seperti ketika duduk dlm mana2 kuliah.

  • @thebang1470
    @thebang1470 หลายเดือนก่อน

    Saya dari Indonesia dan saya suka dengar ilmu dari Maulana asri Yusuf

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328 หลายเดือนก่อน

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) 3. 00:06:07 HADITH PALSU KETIGA Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila tiba tahun 150, maka sebaik-baik anak-anakmu ialah anak-anak perempuan. Apabila tiba tahun 160 pula, maka manusia yang terbaik pada masa itu ialah yang tiada tanggungan". Kami bertanya, "Apakah maksud, 'manusia yang tiada tanggungan' itu?". Jawab Nabi s.a.w., "Iaitu orang yang tidak mempunyai anak, tidak banyak pula perbelanjaannya (orang miskin)". KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Ibnu Jauzi berkata hadith ini tiada nilai langsung. ii. Tujuan pereka hadith ini ialah untuk melemahkan umat Islam seperti menggalakkan umatnya hidup miskin dan hidup sendirian tanpa tanggungjawab. Walaupun ianya tidak diendahkan oleh masyarakat umum, hadith palsu ini mungkin mempengaruhi mereka yang jahil tentang hadith Nabi dan menganggapnya sahih. 4. 00:08:05 HADITH PALSU KEEMPAT "Apabila tiba tahun 380, kepada umatku, halallah kepada mereka hidup membujang dan bertapa di atas puncak-puncak gunung". KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i. Hadith ini dimasukkan dalam kitab 'al-maudhuat', kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu. ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama Sulaiman bin Isa, seorang pereka hadith. iii. Hadith ini menggambarkan bahawa berkahwin adalah wajib sebelum tahun 380H dan ia juga menggalakkan amalan bertapa di kalangan umat Islam. iv. Ada hadith sahih tentang fitnah di akhir zaman, tetapi ianya tidak menyatakan tarikh berlakunya dengan tepat dan tidak menyatakan amalan bertapa.

  • @SharifahRahman-jo9cl
    @SharifahRahman-jo9cl หลายเดือนก่อน

    bukan semua RUJUKAN yg diberi adalah benar2 nya BENAR.... tak ada org yg ug boleh CONFIRMED.. dia lah yg paling BENAR. cuma panfangan semata mata... ianya berbeza.. PASTI. ..Sekadar menambah ilmu sahaja.

  • @Ubaidah7386
    @Ubaidah7386 หลายเดือนก่อน

    Bulan geng² asamjawa mencipta amalan yang merepek².

  • @ZainalbinZainal
    @ZainalbinZainal หลายเดือนก่อน

    Merisaukan sgt zaman skrg ni. Hadis palsu dan amalan khurafat dikeluarkan balik oleh asatizah sufi batiniyah yg berselindung disebalik nama Asyairah Maturidiyah. Bahkan amalan2 yg dah lama takda ni mereka pertahankan kemudian kata ini amalan Aswaja. Tp mujurlah mereka ni hanyalah Persatuan Aswaja saja bkn Ahlul Sunnah wal Jamaah yg dunia islam fahami. Paling merisaukan golongan2 ini ramai dan menjadi deep state dlm jabatan2 agama. Golongan ini sgt2 bahaya, mereka merosakkan islam dan nama nabi dari dlm kemudian sgt akrab dgn syiah. Jd kita kena sentiasa menyedarkan masyarakat agar kembali kpd ketulenan Islam dan hadis yg sahih agar golongan2 sufi batiniyah berjubah berserban agama dan menunggang nama Asyairah Maturidiyah ni ditolak. Kena kerja kuat sentiasa, tak boleh lalai sedikitpun kerana syiah dan sufi batiniyah ni tak pernah rehat drpd terus merosakkan islam dan nama nabi serta masyarakat yg jahil dan bodoh.

  • @ZukiIsmail
    @ZukiIsmail หลายเดือนก่อน

    Betul Tu awe kawe setuju

  • @ZukiIsmail
    @ZukiIsmail หลายเดือนก่อน

    😂😅

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328 หลายเดือนก่อน

    [SAMBUNGAN NOTA KULIAH DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam] 2. 00:04:02 HADITH PALSU KEDUA Abu Said al-Khudri meriwayatkan katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hari Sabtu, hari helah dan tipu daya, hari Ahad hari menanam pokok dan mendirikan bangunan, hari Isnin hari berjalan dan mencari rezeki, hari Selasa hari besi dan perang, hari Rabu hari tidak mengambil dan tidak memberi, hari Khamis hari mencari segala hajat dan hari masuk menemui sultan dan hari Jumaat hari pertunangan dan pernikahan". KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA Hadith ini sangat dhaif kerana, a) "Ittirab" (tidak tetap) pada matannya, b) bercanggah dengan riwayat yang sahih, c) bercanggah dengan kenyataan, d) tidak ada sandaran yang jelas dan sahih. e) sanadnya dhaif. [Nota: Ada riwayat dalam kitab utama Syiah yang hampir serupa dengan hadith ini. Oleh itu, boleh dikatakan hadith ini berpunca dari Syiah. Masuknya hadith-hadith palsu ini adalah kerana kurang dan lemahnya pengajian hadith dalam masyarakat] 3. 00:08:04 HADITH PALSU KETIGA "Sesiapa memberi berita gembira kepadaku tentang keluarnya (habisnya) bulan Safar aku memberikan berita gembira kepadanya tentang dia akan masuk syurga". [Nota: Suatu masa dahulu bulan Safar dikaitkan dengan bala, sehingga orang tidak mahu berkahwin di bulan ini dan ada upacara mandi tolak bala] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA 1. Hadith ini dimasukkan di dalam kitab-kitab "al-maudhuat", kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu. 2. Ulama' bersepakat mengatakan hadith ini maudhu' (palsu). 3. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih yang mengatakan tiada kepercayaan bahawa bulan Safar membawa sial atau nahas. 4. 00:09:56 HADITH PALSU KEEMPAT "Hari-hari itu semuanya diciptakan oleh Allah, sebahagiannya adalah hari-hari bertuah dan sebahagian yang lain pula adalah hari-hari nahas sebagaimana manusia semuanya adalah hamba-hamba Allah tetapi sebahagiannya untuk syurga dan sebahagian yang lain pula adalah untuk neraka. Tidak ada satupun bulan melainkan ada tujuh hari nahas padanya. Hari ketiga nahas padanya Qabil telah membunuh Habil, hari kelima nahas padanya dikeluarkan Adam dari syurga dan dicampakkan Yusuf ke dalam telaga. Hari ke 13 nahas padanya bala' menimpa Ayyub (Nabi Ayyub), hari ke 16 nahas padanya kerajaan Sulaiman (Nabi Sulaiman) dirampas, hari ke 21 nahas padanya kaum Lut ditelan bumi, orang-orang Nasrani ditukar rupa menjadi babi, orang-orang Yahudi ditukar rupa menjadi kera dan Nabi Yahya bin Zakaria dibelah dengan gergaji. Hari ke 24 nahas padanya Fir'aun dilahirkan dan mendakwa dirinya sebagai tuhan dan padanya juga ia ditenggelamkan, pada hari itu juga ribut taufan belalang, kutu dan katak dilepaskan (sebagai bencana kepada bani Israil), hari ke 25, nahas padanya Namrud membelah perut 40 orang wanita mengandung. Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api dan unta Nabi Saleh disembelih. Pada hari itu Allah membinasakan kaum Saleh dengan azab yang amat dahsyat. Hari Rabu di akhir setiap bulan juga hari nahas dan berterusan. Pada hari itu Allah melepaskan angin kencang untuk membinasakan kaum Aad dan pada hari itu juga Allah menimpakan azab ke atas kaum Tsamud." KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu' karangan as-Shaukani dan al-Fattani. Hafiz Ibnu Hajar mengatakan ianya dusta.

  • @MrHamdan50
    @MrHamdan50 หลายเดือนก่อน

    jazakalahukhairan

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328 หลายเดือนก่อน

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) 4. HADITH PALSU KEEMPAT Saidina Ali berkata: Pada malam Nisfu Sya'ban, saya tengok Rasulullah s.a.w bersembahyang 14 rakaat, selepas itu dia duduk dan Nabi s.a.w. membaca surah al-Fatihah 14 kali dan surah an-Naas 14 kali dan satu kali ayat al-Kursi...bila Nabi s.a.w. selesai bersembahyang maka saya pun bertanya tentang sembahyang yang dia lakukan. Maka Baginda menjawab, "Sesiapa yang melakukan seperti itu dia akan dapat pahala 20 kali haji mabrur dan pahala puasa 20 tahun". 5. HADITH PALSU KELIMA Riwayat dari Aishah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah s.w.t. turun pada malam Nisfu Sya'ban ke langit dunia. Dia mengampunkan begitu ramai orang, lebih banyak dari bulu kambing bani Kalb". [Nota: Hadith ini terdapat dalam kitab Imam at-Tirmizi, tetapi silapnya kita mengambil hadith ini tanpa menukilkan kata-kata Imam at-Tirmizi yang menyatakan Imam al-Bukhari menghukumkan hadith ini dhaif kerana terputusnya sanad di dua tempat] 6. HADITH DHAIF KEENAM - DOA BILA MASUK BULAN REJAB Hadith dhaif yang popular dan selalu disebut oleh imam-imam solat ketika masuknya bulan Rejab: اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ Maksudnya, “Ya Allah, Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan". 7. RIWAYAT DHAIF DALAM KITAB AL-UMM (IMAM AS-SHAFIE) Imam as-Shafei menulis dalam Kitab al-Umm, "Sampai maklumat kepadaku (Nota: Gaya bahasa ini dinamakan riwayat secara 'balagh', iaitu salah satu cara meriwayatkan hadith dhaif) bahawa dikatakan doa mustajab ada pada lima malam, pertama, malam Jumaat, kedua, malam Adha, malam Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban". [Nota: Riwayat Imam as-Shafie secara 'balagh' tidak diterima ulama' kerana ada kalanya ianya dhaif sangat (dhaif jiddan) atau palsu, tidak sebagaimana riwayat secara 'balagh' Imam Malik yang secara umumnya diterima]

  • @realrazor5463
    @realrazor5463 หลายเดือนก่อน

    Barakallah hufiikum, Semoga Allah merahmati Maulana Asri dan mereka yg terlibat. Sy dan keluarga sgt sygkn maulana.

  • @AmrylMalek
    @AmrylMalek 2 หลายเดือนก่อน

    Assalamualaikum Admin, mohon utk dapatkan nota kuliah. terima kasih

    • @komunitidarulkautsar9328
      @komunitidarulkautsar9328 2 หลายเดือนก่อน

      Waalaikumsalam...nota boleh di download, ada di ruangan description youtube ni

    • @komunitidarulkautsar9328
      @komunitidarulkautsar9328 2 หลายเดือนก่อน

      drive.google.com/file/d/0BzET5Dk4OHX-SExBNEg0dC10ZHM/view?resourcekey=0-lnGli-v2JhuP0GpZz7smkw

  • @abror313
    @abror313 2 หลายเดือนก่อน

    21 Nov 24☝️

  • @abror313
    @abror313 2 หลายเดือนก่อน

    21 Nov 24☝️

  • @MFikriMY
    @MFikriMY 2 หลายเดือนก่อน

    Alhamdulillah

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328 2 หลายเดือนก่อน

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) 4. HADITH PALSU KEEMPAT "Kelebihan Rejab daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan al-Quran daripada sekelian zikir. Kelebihan bulan Syaaban daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan Muhammad s.a.w. daripada sekelian nabi dan kelebihan bulan Ramadhan daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan Allah daripada sekelian hamba-hamba-Nya". KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i. Di dalam sanad hadith ini juga terdapat Abul Baraqat, seorang pereka hadith. ii. Hafiz Ibnu Hajar menghukumnya sebagai hadith maudhu' (palsu)

  • @PenunggangQarin
    @PenunggangQarin 2 หลายเดือนก่อน

    Jazakallahu Khairan Ustaz

  • @zulrahim77
    @zulrahim77 2 หลายเดือนก่อน

    181124

  • @norzainihashim4148
    @norzainihashim4148 2 หลายเดือนก่อน

    بارك الله لكم

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328 2 หลายเดือนก่อน

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam) 3. HADITH PALSU KETIGA Rajab ialah bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Ditanya orang, "Wahai Rasulullah. Apakah maksudnya kata anda 'Rajab itu bulan Allah'?". Baginda s.a.w. menjawab, "Kerana ia dikhususkan dengan keampunan Allah. Padanya darah tidak ditumpahkan, padanya Allah menerima taubat para nabi-Nya dan padanya juga Allah menyelamatkan para kekasih-Nya daripada tangan musuh-musuh-Nya. Sesiapa berpuasa pada bulan itu dia pasti mendapat tiga perkara daripada Allah iaitu, pertama, keampunan bagi sekelian dosanya yang lalu, kedua, keterpeliharaannya di sepanjang hayat selagi masih hidup dan, ketiga, keamanan daripada kedahagaan pada hari mahsyar." Tiba-tiba bangkit seorang tua lalu berkata, "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan Rajab". Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Satu hari di permulaan bulan Rajab sesungguhnya satu kebajikan digandakan pahalanya 10 kali ganda. Satu hari di pertengahannya dan satu hari lagi di penghujungnya. Jika engkau berpuasa tiga hari sahaja daripadanya nescaya engkau akan diberikan pahala seperti berpuasa dii sepanjang bulan Rajab. Cuma jangan lupa malam pertama bulan Rajab itu kerana para malaikat menamakannya 'ar-Ragha'ib'. Pada malam itu tidak ada malaikat baik di langit maupun di bumi semuanya berkumpul di dalam kaabah dan di kawasan-kawasan sekelilingnya, maka Allah menjenguk pada mereka seraya berfirman, "Wahai para malaikat, mintalah kepada-Ku apa yang kamu mahu". Jawab malaikat, "Wahai tuhan kami, hajat kami kepada Mu ialah Engkau mengampunkan orang-orang yang berpuasa di bulan Rajab". Kata Allah, "Telah Ku terima permintaanmu". Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiada siapapun berpuasa pada hari Khamis pertama di bulan Rajab kemudian dia bersembahyang di antara sembahyang isya' dan maghrib malam Jumaatnya sebanyak 12 rakaat di mana dia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab satu kali, Surah al-Qadr sebanyak tiga kali dan Surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali. Ia memisahkan di antara setiap dua rakaat dengan salam. Setelah selesai bersembahyang dia berselawat kepadaku sebanyak 70 kali, dia mengucapkan "Allahummasoli ala Muhammad...". Kemudian dia bersujud. Di dalam sujudnya ia membaca "Subbu..." sebanyak 70 kali. Kemudian dia mengangkat kepalanya sambil membaca, "Rabbighfirli..." sebanyak 70 kali. Kemudian bersujud pula buat kali kedua. Dibacanya dalam sujud kedua itu seperti yang dibacanya dalam sujud pertama. Kemudian dia memohon hajatnya kepada Allah, hajatnya pasti akan ditunaikan. Kata Rasulullah s.a.w., "Demi tuhan yang nyawaku berada di tangan-Nya tiada seorangpun hamba (manusia) baik lelaki maupun perempuan yang mengerjakan sembahyang ini melainkan Allah mengampunkan segala dosanya walaupun ia sebanyak buih di laut dan sebanyak bilangan dedaun pada pokok-pokok. Ia dapat memberi syafaat pada hari kiamat nanti kepada 700 orang ahli keluarganya. Pada malam pertama di dalam kubur, penjaga sembahyang ini akan datang kepadanya dengan muka yang sangat cantik dan lidah yang sangat fasih. Ia berkata kepadanya, "Kekasihku, terimalah berita gembira bahawa engkau telahpun terlepas daripada segala kesukaran". Ia berkata: "Siapa engkau? Demi Allah tidak pernah ku lihat wajah yang lebih cantik daripada wajahmu. Tidak pernah ku dengar percakapan yang lebih manis daripada percakapanmu dan tidak pernah ku hidu bau wangi yang lebih wangi daripada baumu". Ia berkata kepadanya, "Wahai kekasihku. Akulah pahala sembahyang yang telah engkau kerjakan pada malam sekian di bulan sekian (malam Jumaat bulan Rajab). Malam ini aku datang untuk menunaikan hakmu, bermesra denganmu dan menghilangkan kesepianmu, meneduhkanmu di padang mahsyar. Terimalah berita gembira, kebaikan yang akan engkau terima dari tuhanmu tidak akan habis buat selama-lamanya". KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i) Hadith ini dipercayai direka oleh Abu Jahbah. ii) Ulama' hadith ijma' mengatakan hadith solat Ragha'ib adalah palsu. iii) Walaupun hadith ini ada di dalam Ihya Ulumuddin, ianya tetap palsu. Imam al-Ghazali memang seorang yang tokoh tetapi beliau bukan ahli hadith. iv. Antara sebab mengapa ianya palsu, selain dari perawi yang tidak sahih, ialah, a) Solat ini dilakukan secara berjemaah (solat sunat berjemaah boleh dilakukan berjemaah hanya sekiranya ada petunjuk dari Nabi seperti solat tahajjud dan tarawih), b) adanya ketentuan membaca surah dengan bilangan tertentu (tidak ada hadith sahih yang menentukan bilangan surah dalam setiap rakaat solat), [Nota: Solat hajat yang umum dilakukan di tempat kita yang menyatakan bilangan tertentu surah dalam setiap rakaat tidak ada dalilnya dan menyalahi sunnah Nabi] c) terdapat dua sujud yang perlu dilakukan selepas salam ( sujud tanpa rukuk hanya ada dua, sujud tilawah dan sujud syukur) 4. HADITH PALSU KEEMPAT "Sesiapa bersembahyang pada malam Nisfu Syaaban sebanyak 12 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat surah al-Ikhlas sebanyak 30 kali, dia tidak akan keluar (dari dunia ini) sebelum melihat tempatnya di syurga. Dia juga dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang mana semua mereka sudah pasti masuk neraka". KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i) Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu' dan di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi yang tidak dikenali (majhul). ii) Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu (al-maudhuat)

  • @cebisanseni214
    @cebisanseni214 2 หลายเดือนก่อน

    ❤❤❤

  • @iqbalzakaria81
    @iqbalzakaria81 2 หลายเดือนก่อน

    Barakallah fiikum... semoga dakwah sunnah terus bersinar...

  • @mtaufikmirzan
    @mtaufikmirzan 2 หลายเดือนก่อน

    Saya daripada Indonesia & minat sangat mengikuti ceramah Ustaz Ahmad Iqram pasal ajaran-ajaran sesat di luar Islam. Nak bagi cerita sikit. Di Indonesia, khususnya di beberapa daerah, terdapat banyak sangat organisasi masyarakat Islam, seperti NU, Muhammadiyah, dan lainnya. Ketika bermunculan ajaran sesat yang bercanggah dgn Islam, organisasi Islam di Indonesia bersama masyarakat di daerah bersama-sama menuntut pemerintah, termasuk Kementerian Agama hingga Majelis Ulama Indonesia untuk segera ambil tindakan, termasuk buat laporan polis. Kami memberi tuntutan untuk segera membubarkan kultus-kultus sesat tersebut. Alhamdulillah, ikhtiar yang kami di sini lakukan berakhir dgn keberhasilan, iaitu pembubaran dan pelarangan kultus sesat untuk sebar ajaran mereka di tengah umat Islam. Sampai hari ini, sangat jarang di Indonesia muncul ajaran sesat baru. Kalau pun ada, umurnya tidak lama karena masyarakat di Indonesia segera bereaksi atas ajaran sesat itu. Salam untuk Ustaz Ahmad Iqram daripada Indonesia. Jangan letih dalam menyuarakan kebenaran pasal Islam. 🇮🇩🇲🇾🇵🇸

  • @norzainihashim4148
    @norzainihashim4148 2 หลายเดือนก่อน

    الحمد لله على نعمتك

  • @adzhariza2662
    @adzhariza2662 2 หลายเดือนก่อน

    𝗠𝗮𝘂𝗹𝗮𝗻𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝘁𝗶 👍🏼👍🏼

  • @HaHa-oy9kv
    @HaHa-oy9kv 2 หลายเดือนก่อน

    0:49 Syeikh Fahmi ZamZam

  • @abror313
    @abror313 2 หลายเดือนก่อน

    14 Nov 24☝️