SUNNAH MENGAMINKAN DOA TANPA MENGANGKAT TANGAN KETIKA KHUTBAH JUMAAT

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 8 ก.ย. 2024
  • Inilah pendapat mazhab As-Syafiey.
    عَنْ حُصَيْنٍ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ قَالَ رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ فَقَالَ قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا. وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ.
    Daripada Hushain (bin ’Abdirrahman) daripada ‘Umaarah bin Ruaibah ia berkata bahawasanya dia melihat Bisyr bin Marwan di atas mimbar dengan mengangkat kedua tangannya ketika berdoa (pada hari Jumaat).
    Maka ‘Umaarah pun berkata : “Semoga Allah memburukkan kedua tangan ini. Sungguh aku telah melihat Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ketika berada di atas mimbar tidak menambahkan sesuatu lebih dari hal seperti ini”. Maka dia mengisyaratkan dengan jari telunjuknya” (Hadis Riwayat. Muslim no. 874).
    Dalam riwayat lain disebutkan:
    مَا زَادَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى هَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ السَّبَّابَةِ
    “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah menambah lebih dari itu dan beliau berisyarat dengan jari telunjuknya.” (Hadis Riwayat. An Nasai no. 1412)
    Yang lebih tepat dengan sunnah adalah tidak menadah tangan ketika khatib berdoa. Ini berdasarkan pendapat ulama' Syafi 'iyah, Imam Malik, Imam an-Nawawi dan beberapa ulama' lainnya.
    Secara faktanya, Rasulullah sallahu alaihi wassalam sendiri tidak pernah melakukan perbuatan seperti yang disebutkan di atas melainkan ketika doa istisqo' sahaja. Begitu juga dengan makmun berhubung masalah menadah tangan.
    Wallahua'lam.
    Petikan video khutbah Jumaat oleh Khatib bertugas, Tok Wan Ismail, Masjid Alwi Kangar, 15.3.2024.

ความคิดเห็น •