true story, adik sye slh sorg yg mula dgn silibus baru. satu hari ni, ibu sye bantu dan bimbing adik saya untuk siapkn kerja rumah matematik then ibu sye jammed. ibu sye tk faham ape yg buku teks sediakan jalan kira. ibu sye tk boleh bayangkan ape yg buku teks ni nk ajar. kenape die nk kene main tarik tarik nombor lain? kenape nk ubah ubah nombor? dalam ahli keluarga, sye antara anak yg paling mahir dengan subjek matematik. Jadi ibu sye minta sye tolong faham kan dan ajar adik saya. ape yg saya nmpk buat sye rasa "wow" sebab dr jalan kira yg sye nmpk bukan jalan kire yg buat pemikiran murid sempit."ini cara aku kire dulu dulu ni" terlintas dlm fikiran. buku teks ajar cara yg memudahkan untuk mencongak. dan sampai hari ni ibu saya masih tak faham ape yg buku teks matematik darjah satu ni nk sampaikan. kenape tk buat garis garis mcm biase je? menyusahkan nk sama samakn nombor. dari mane die ambik nombor ni? ape yg ibu belajar dulu tk bagus ke? sye tk membuat keputusan untuk setuju dikekalkan atau dirombak semula sebab bukan bidang serta kepakaran saya. tp ape yg setakat sye nmpk ibu bapa kini yg ramai terkejut dengan sistem dan jalan kira yg silibus baru ni cuba sampaikan. sebab murid yg dibangku sekolah otaknya masih fresh untuk serap ilmu baru tnpa rasa kekok atau janggal disebabkan "kebiasaannya"
Sy pun mahir maths, tapi samalah macam adik sy nih.. die baru tahun satu, dan syllables tu dah kesini-kesana 😂 tapi bersyukur lah sy dapat tolong die skali 😊
betul, hanya orang yang mahir dalam sesuatu bidang subjek itu yang faham bahawa sistem pendidikan sekarang hanya nak memudahkan proses pembelajaran. warga pendidik di IPG, mereka lebih faham bagaimana sistem pembelajaran baharu ni.
Saya ingat saya aje yg dibodohkan oleh silibus matematik anak saya yg umur 7 tahun. Patutlah ramai budak2 sekolah tak nak ke sekolah. Benda senang dijadikan susah. Silibus syok sendiri! Cikgu fadli tu bercakaop benar la.
@@beatrixmikasa5621 Bukan itu je, byk benda lain (kapitalis dn gologn elit) yg mahu generasi skrg stuck dlm paradigma yg sama (tak berkembg dn matang)...
setuju..dan akibatnya?ibu bapa akan mnghntr anak k pusat tuisyen yg mna akan mnambhkn lagi aliran tunai dlm kos sara hidup.. tak d hantar anak susah nak faham..
@@h.h4417 kalo kita dh fhm kita tau cara 20-30 tahun yg lepas pnya matematik utk skolah rendah lbih kpda menghafal dan cara yg terkini pula lbih kearah kreatif dan ringkas tue jer..sy still boleh fhm😂
True experience, saya dalam kelas sangat lemah dalam math, terlalu banyak peraturan, terlalu banyak formula, terlalu banyak pantang larang, bila saya ketengahkan satu solution yang lain dari buku teks saya dicantas sehingga diperkatakan "degil" "tak dengar cakap" "pening" sedangkan apa yang saya ketengahkan ialah satu cara yang lain dari buku dimana ia lebih bebas dan selesa. Mentaliti lapuk dan lama perlu diubah dari minda pelajar sendiri, pemikiran kritikal yang diketengahkan oleh Ajar saya sokong sepenuhnya, jangan memperhambakan diri kita dalam matamatik dengan menghafal dan bukannya memahami.
Walau macam mana senang pun bagi kita dengan silibus baru macam yang dishare ni, bagi saya, tak perlu nak letak dalam silibus budak darjah 1. Saya ibu yang kena ajar anak darjah 1 masa 1st pkp dulu. Sesungguhnya sangat susah anak nak terima. Anak masih nak kenal nombor, baru nak kuasai menulis dan membaca. Terus disumbat dengan silibus aras atas sebegini. Last2 anak takde minat nak belajar math. Alhamdulillah bila saya ajar yang cara lama, anak lebih faham. Math is fun. Bukan membebankan. Peace!
Kalau dulu ikan ada 5 ekor kena mkn kucing sekor tinggal bape anak².. zaman skrg ikan ada 5 ekor, lepas tu masuk kolam 2 ekor kena tangkap balik sekor... jawapan tetap sama.. dulu direct je.. skrg nk kena pinjam sana, tambah sini.. pening skit la... jenis cepat tangkap ok la.. jenis blur jenuh la mikir..
Zaman dh berubah kak...ni just guna method lain...kita x biasa dgn method ni mmg rasa susah tapi sy slalu guna cara ni time congak and mmg very effective...it's not a bad idea utk ajar bdk darjah 1 sbb 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'...I'm also rn a maths diplomat student and sy rasa ni mmg idea yg very innovative and sgt wajar dikenalkan utk generasi akan dtg...
@@bruh7487 x semua boleh pikap cara baru ni.. ilmu ni kan dituntut untuk mempermudahkan urusan dan kehidupan manusia.. bukan sekadar untuk bersaing siapa lebih pandai dan siapa yang tak.. kena fikir la sesuatu yang lebih sesuai dan relevan untuk kanak2 darjah 1
saya setuju 100% dengan haziq, memang betul saya masa kecik pun tak pernah buat latihan utk add math dsbgainya. lebih kepada pahamkan konsep sahaja. Alhamdulillah, sampai jadi guru matematik. cumanya saya x setuju sylabus ini diperkenalkan pada tahun 1. tahun 3 mungkin boleh. sebagai pengayaan, Bukan sebagai alternatif kepada cara bentuk lazim. Dah kuat basic baru boleh faham apa yang guru ajarkan. Dan bukan semua murid mempunyai kreativiti untuk menyelesaikan soalan dengan mencongak.
Kita akan rasa sylabus ini senang sebab otak kita sudah matang dan kita sudah mula menguasai basic. Tapi bayangkan budak tahun 1 kita bagi dia hadap benda ni. Dok jenuh lagi dok tanya cikgu nak garis ke x garis. Pakai pembaris tak? Cikgu, tarikh tulis tak? Hari? Rasa2 mampu ke budak2 ni pada tahun 1?😂
Aku darjah satu pun masih terberak kat lantai mak tanya sapa punya aku taknak mengaku. Tak semua parents develop our brain similarly and to think at such young age. I hope we dont place too much experiment on our kids eventually turn out like depressed young Sufiah Yusuf. Remember ?
Terima kasih Abang Ajar kerana membukakan mata perihal matematik baru ini. Satu cabaran untuk kita laksanakan tapi jika matematik dapat dilihat dari segi fleksibiliti dan kreativiti, InsyaAllah makin ramai akan suka pada matematik dan dapat menyelesaikan masalah matematik.
Salam Cikgu, terima kasih atas perkongsian. Penjelasan yg kreatif. Cuma pd pandangan peribadi saya, saya bersetuju dengan formula tersebut utk membentuk pola pemikiran yg lebih kreatif. Tapi, tahap intelektual setiap individu berbeza antara satu sama lain, kemampuan kefahaman jg berbeza, daya kecerdasan berfikir jg berbeza mengikut latar belakang pendidikan ibu ayah jg berbeza, persekitaran tumbesaran mereka samada luar bandar atau dalam bandar, dll faktor. Bagi saya, formula tidak salah, yg salah adalah meletakkan formula ini pada tahap umur budak yg belum mampu mengejar formula tersebut. Baginda Nabi SAW pun menyuruh kita bercakap dengan manusia mengikut tahap kemampuan mereka, لكل مقام مقال (bagi setiap org ada pendekatan mengikut kesesuaian). Sebab itu tak semua para sahabat Nabi SAW sendiri yg mampu hafal seluruh al Quran, xsemua meriwayatkan hadis. Cadangan, 1. Formula ini boleh diajar pd anak2 selain kaedah bentuk lazim manual, cuma jadikan ia sebagai option kepada anak2 dlm memilih jalan kira mengikut formula yg akal & kefahaman mereka mampu capai dalam membuat soalan peperiksaan. Kerana bg saya xadil, klu budak tu mampu jawab secara kaedah lazim walau lambat, tp tidak diberi markah kerana xmampu jawab soalan mengikut formula ringkas sprt ini. 2. Mengenal pasti tahap kemampuan pelajar agar dapat diberikan perhatian kepada pelajar yg lebih lemah mengikut kaedah yg sesuai utk mereka atau pengkelasan para pelajar mengikut tahap mereka jika perlu. Sebahagian para pelajar yg lemah, mereka merasa malu (terutama sek rendah) utk approach mengatakan xfaham kerana melihat pelajar sekeliling faham. Saya sangat bersetuju utk kita bergerak ke arah berfikiran lebih jauh merentas zaman kita hidup, namun realiti keadaan dan kemampuan masing2 jg perlu diambil kira juga. Wallahu A'lam
Sebagai rakan kepada salah seorang guru Matematik yg bekerja di pedalaman Sarawak, di mana tahap pendidikan masyarakat yang masih rendah dan sekolah yang serba daif, saya hanya mampu tersengih menonton video ini. Inilah yang dinamakan silibus syok sendiri. Ya benarlah konsep yang ditunjukkan oleh Bro Ajar tu memudahkan untuk mengira dan menganjurkan kaedah pemikiran kreatif serta kritis. Tapi konsep ini sangatlah tinggi bagi budak Tahun 1, khasnya di sekolah pedalaman yang masih merangkak untuk mengenal nombor. Kaedah ini adalah kaedah untuk mengaplikasi dan mengolah, dan hanya boleh dipakai jika budak itu sudah pun kenal dan faham ASAS Matematik. Rata² pengetahuan ASAS murid di pedalaman Sarawak tak sama seperti pengetahuan ASAS kanak² di Semenanjung. Di Semenanjung budak umur 4 tahun pun dah masuk Tadika dan belajar ASAS mengira. Sedangkan budak di pedalaman, di Tahun 1 barulah mereka nak kenal nombor. Sepatutnya subjek Matematik Tahun 1 lah yang memperkenalkan ASAS mengira kepada mereka tanpa melibatkan pemikiran aras tinggi. Ini tidak, disumbatkannya terus silibus aras tinggi. Bayangkan sekarang ni separuh kelas Tahun 6 masih lagi lemah dalam mengira tambah tolak. Tak pernah lagi dengar jadi macam ni jika ikut cara silibus lama. Macam mana nak pergi ke tahap yang lebih tinggi jika asas pun berterabur? Silibus semakan 2017 yang dibuat oleh golongan bijak pandai ini memang nampak cantik di atas kertas laporan, tapi sejujurnya ia tak berpijak di bumi yang nyata. Sepatutnya silibus pendidikan itu mestilah seimbang, tidak terlalu canggih dan tidak terlalu kolot, ikut keadaan dan tahap murid di negara kita. Nak ikut silibus Singapura? Norway? Negara mereka kecil je dan rakyat mereka rata² berduit dan berpendidikan tinggi. Kemudahan pendidikan mereka pun jauh lebih canggih. So KPM, Tolonglah ukur baju di badan sendiri!
@anak kampung bermula dari awal? haha. Kalau Tuan nak tahu budak² Darjah 6 tahun ini lah produknya. Budak Darjah 5 pun ramai yang tak boleh membaca n mengira. Sangat menyedihkan lepas 5- 6 tahun belajar dengan silibus ini, ramai yang masih belum boleh mengira dan membaca. Adakah mereka akan belajar membaca dan mengira lagi di Sek Menengah? Lepas Tahun 6, mereka ini akan terus masuk ke Tingkatan 1 pula. Silibus di Tingkatan lebihlah kompleks, sedangkan budak² ni masih merangkak. Lagi nak kata long term? Kaedah silibus tu boleh pakai, tapi budak patut faham ASAS dahulu.
Habis takkan silibus nak kena ikut tahap budak sabah sarawak pulak. Cam takda beza jew. Sama jew syok sendiri jugak. Nak kata silibus lama yg banyak guna kaedah menghafal takda problem tak masuk akal jugak. Ramai budak sekolah saya termasuk adik beradik saya sendiri yg problem matematik bila ke tahap lebih tinggi. Kakak saya yg hafal sifir upsr matematik a tapi bila pmr sekadar b. Saya tak hafal sifir pon tapi sampai matematik tambahan dapat a+. Itu pon masih struggle untuk kalkulus dan statistik di uni untuk kos komputer sains. Memandangkan sekolah rendah dah tiada periksa besar, saya tak rasa silibus sekarang patut diubah sebaliknya melonggarkan dalam pengajaran. Budak pandai tak sepatutnya dibiarkan ketinggalan semata-mata untung seimbang dengan budak lambat.
I am a Maths teacher in Singapore. The number bonds method mentioned is similar to how we teach our Primary 1 students. It allows them to think of other possible ways to derive the answers other than drilling them with the mechanical sums.
I love how the general consensus from the public is that the current education standards is too high or too complicated. No shit you dimiwits, what does it tell you about the future generation if education standards remains unchanged?
Malaysia cannot compare with Singapore. Malaysia does not have qualified teacher to teach the method especially in rural areas. My sister did not learn this method but she still succeed in life becoming a Professor in Mechanical Engineering.
@@merongmahawangsa9240 its not about teacher's qualification. Its a new method for Malaysia where even the teachers does not knew bout it before it was revealed in a new syllabus. How to teach when it is a new thing for teachers too.
Akhirnya nampak ramai org2 positif kat sini. Tahniah. Smlm ak explain matematik ni kat wife ak lepas ktorg bncg pasal cikgu viral tu. Wife ak tnjuk, n suru ak try buat. Ak buat n explain mcm admin explain. End up, ak tdo d luar.
For so long I was a such loser on understanding math... But, since I was 12 yrs old, it changed. Now, I'm so proud of myself on getting the highest marks in math among all of my classmates. It's hard to say that it's easy, but because of my creativity, I can now learn more challenges in math. And more thanks to Abang Ajar for teaching me to be a successful person. I hope one day, I can make my parents proud 😊
Saya ingat lagi masa saya masuk Universiti. Antara soalan pertama yang saya utarakan ada cara pendidikan matematik yg menyukarkan pelajar untuk faham. Saya rasa matematik sebenarnya mudah... tapi lecturer saya kata dia rasa matematik ni subjek yang susah untuk dia. Speechless terus aku sebab tak tahu nak terangkan camne. Dulu kecik2 belajar matematik, saya dulu struggle sgt hafal2, tapi cepat tangkap konsep & kreativiti. Memang jenis student xboleh ikut 100% cara cikgu ajar. So saya sangat approve dengan silibus matematik mcm ni dari awal usia supaya murid2 dapat pendedahan matematik advance. Ingat lagi masa saya form 4 time tu baru diperkenalkan dgn addmath, fail setiap exam. Bile dh form 5, dah adapt dgn konsep addmath, dari gred fail dapat B Dan akhirnya dapat A dalam SPM :)
Ak rasa cikgu la paling penting, Ak tak pernah lulus addmath dulu.. SPM pun cukup2 makan je, masuk matrik differentiate ngn inergrate pun ak tak tau sebab cikgu ak skip part tu time sekolah.. Sebaik time matrik ada sorang pensyarah ni dia ajar ak, satu malam je ak cover both topic.. senang cara dia ajar sebab semua benda yang ak tanya terus dia jawab, basicly math ni logic je.. Tapi bnyk cikgu sekolah menegah dia buat math ni macam kena ikut prosedure.. Tu buat ak bnci gila ngn addmath… Tapi end up ak dah graduate as Fizik student, memang nasib baik gila aku jumpa penyarah math kat matrik tu.. Dia yang ubah cara pandang ak kat math kalau tak sampai sekarang ak still ingat math ni kena ikut procedure je.
Ia cuma, Qaeda penerapan cara cara Kira Tapi atur cara dia terang keadah ini, mungkin kalao korang tak paham lagi mungkin korang lahir sebelom zaman kalkulator atau lahir di hutan borneo
Memang bagus untuk membuka minda murid dan masyarakat terhadap kaedah alternatif untuk menyelesaikan masalah matematik. Tapi mengajarkan banyak jalan kerja bukanlah teknik yang terbaik kepada murid2 tahap 1 sebab menambahkan beban. Ya, nak tanamkan kreatif tapi hafal 2 atau 3 jalan kerja untuk 1 permasalahan instead of 1 seolah-olah defeats the whole premise. Tak cukup dengan tu, kita ada isu dimana letaklah jam mengajar matematik banyak mana pun takkan cukup untuk habiskan sukatan tanpa ada rushing. Lagi2 sekarang ni sukatan makin berat. Lagilah sakit nak habiskan sukatan tanpa ada seorang pun tertinggal. Lagipun murid Tahap 1 masih belum bersedia untuk menerima konsep kritis dan kreatif dalam pelajaran selain melukis dan mewarna. Untuk tahap mereka baik hafal dulu sikit2, silibus slow down biar semua boleh catch up. Bila semua catch up dan tak rasa beban nak hafal jalan kerja lagi banyak, lagilah depa minat matematik. Tahap 2, budak2 mula menerima kreatif dalam pelajaran melibatkan permainan. Masa tu, kita nerf bahagian pengiraan, angka dalam operasi empat sekawan kita kurangkan biar senang depa faham. Menjimatkan masa pun ya, boleh optimize untuk pengenalan teori matematik yang 'berat' seperti teori set dan graf.
Betul ada banyak cara lain.. bagus lah.. senang utk budak² belajar.. tapi saya still rasa cara belajar dulu lagi senang utk paham.. tapi saya belajar 18 - 9, pinjam 1 pergi ke 8 dapat 10, bukan 1.. sbb nilai 1 tu adalah 10.. so bila 8 pinjam 1, dia actually pinjam 10.. so 10 tolak 9 dapat 1 tambah balik pada 8 dapat 9. Selesai problem.. zaman dulu punya cara buat kita imagine dengan apa yg kita ada.. x boleh tambah satu yg x tau datang dari mana tu.. settle kan benda dgn apa yg kita ada. Sa, puluh, ratus, ribu yg kita belajar tu bukan saja saja.. ada guna.. bukan gunanya utk membaca nombor tu saja.. tapi utk bnyk benda lagi.. tapi bagus lah kalau ada bnyk cara utk selesaikan satu masalah. Just bagi budak budak tu sendiri itu mungkin satu satunya cara yg ada untuk selesaikan soalan.. sbb depa belajar yg tu ja.. dalam buku teks, buku latihan semua ajar cara itu sahaja.. dan cara tu membazir masa utk 40 minit paper math. Dan org akan kritik pulak.. batch dulu² just belajar utk paper, utk exam. Yes we are. Tapi tengok lah. Kami ramainya mature lebih dari budak budak yg terlampau senang lenang tanpa tekanan exam. Main game itu ini, lalai x sedar study "relexlah kami x ada exam pon.. upsr pt3 mana ada" dan kemudian hanyut dengan tiktok, pubg, ml etc.
Btl, apa salahnya jika dikekalkan dgn cara ajaran yg lama.. Zaman kita dulu, jika kiraan bergini selalunya di ajar d pusat tuition. Jd bawah bimbingan guru tuition. Jd add on value utk pelajar tersebut. Jika diterapkan dgn cara terbaru mcm ni dlm keadaan kelas yg berpuluh pelajar pasti ada yg tercicir. Kerja sekolah dibawa blk ke rumah,kita ibu bapa yg tak tau silibus baru mcm ni pasti lah tergaru garu kepala.. Mudah mmg lah, bg jawapan tanpa jln kerja. Tp bkn semua org blh adapt tanpa proper guardian...
Betul bro.... Mathematics is all about logic, not magic.... Bukan hanya nak dptkan jawapan betul semata2 dlm soalan, tapi lebih kpd pemahaman bagaimana jawapan itu dtg......... Setiap nombor tu ada value..... Mcm mana nak kaitkan formula magic tu dlm kehidupan harian?..... Jika nk bagi anak2 ni berfikiran kreatif, wajar wujudkan subjek baru "problem solving dan critical thinking"utk tingkatkan kemahiran berfikir....
Cara tu tak salah pun, lebih menyenangkan. untuk murid baru tahun 1 memang susah la nak faham sebab basic calculation pun x ada dan x biasa lagi. Sepatutnya mereka perlu diajar cara basic dulu, baru diajar trick ni. Tapi tu lah, dalam periksa dan latihan suruh guna trick tu terus, sedangkan basic tak dikuasai lagi dan ada banyak cara nak selesai soalan asalkan dapat nilai yang betul. Ini kalau tak guna cara tu ditanda salah terus hmmm
Sy suka cara dia melihat isu ni. Instead of condemn, kita cari solution. Its come back to how creative the teacher & parents to adapt to the new system
@@undertaker4476 stick to the old system, biar susah hafal, jangan sampai method banyak sangat. Bila banyak method, still method yang kena hafal. contoh macam tambah, kalau tambah, yang satu side kena tambah, the other side kena tolak. Tapi kalau penolakan, dua dua nombor kena tolak juga. Hafal ni sekali je insyaAllah ingat sampai bila2 contoh macam sifir.
@@m.s.idrischannel5655 kau suka hafal dan jawab atau faham dan jawab mestilah senang faham dan jawab kan ? Hidup jangan bodoh sombong , jangan jadi ego
Matematik sangat menarik. Banyak cara yang kita tak pernah bayangkan boleh dapat jawapan. Kena faham situasi di sekolah untuk murid. Tak semua sama. Terbaik bro Ajar👍👍👍
Saya Dari dulu lemah dalam math tp sampai satu masa waktu darjah 6 baru Saya tersedar tentang math is eazy and after that baru aku jadi creative untuk buat penyelesaian math dengan cara sendiri die macam ni je... basic kene mantap dulu baru boleh cerite nk creative... so if darjah satu dh kene belajar cara buat creative macam ni, maksudnye ibu bapa kene ambik peranan untuk ajar pengenalan tambah&tolak kpd ank, sebelum sekolah rendah lagi... baru anak tu nnt tak pelik dengan cara selibes sekarang ni and faham ape yg cikgu ajar... ini bukan masalah selibes yg tinggi tp kite kene bergerak lebih maju... ✌️ #ayohMalaysia
Yup btol... sy guna kaedah nie jer just 10-x(small no.) dari sekolah rendah.. alhamdulillah constant A dari sekolah rendah-SPM97-Uitm... sekarang as Engineer di TNB. Anak2 sy pon sy ajar method sama old skool pinjam sebelah dpt 10 then 10 tolak nombor bwh dan tambah nombor asal.. Just guna 10 dan kreatifkan utk pelbagai contoh2 soalan.. Pd pendapat sy terlalu byk subject membebankan peringkat kanak2 sekarang. Itu blom kira wakil skolah dgn sport dll etc xtvt keluarga & masyarakat sy di kampung 80an-90an dulu. So x balance antara study dan kehidupan. Sekolah pagi + Sekolah Petang + lain2 xtvt kampung.. Alam University agak though sbb sy pelik Profesor ajar math tapi Just bawak marker tanpa persediaan wah senang sgt hidup Prof x ikhlas mengajar di ipt. Pd sy better pecat lecturer dan gantikan dgn lecturer yg btol2 focus utk sharing ilmu. Bg impact pd student agar creative utk penyelesaian masaalah. Sepatutnya diperingkat ipt lecturer menjadi contoh agar student lebih terdorong utk impact kreativiti yg besar etc sharing menghasilkan penemuan2 kaedah solution sesuatu masaalah. Pelik btol dah sampi ipt pon masih hafalan😂. Alam pekerjaan is the best lebih mudah just simple excell boleh solve pelbagai cabaran. Kunci kejayaan memang constant creativity utk apa jua bentuk permasaalahan. Alam pekerjaan lebih kreatif sbb kita senantiasa update@comparing our technology dgn lain2 negara dan lain2 standard etc ieee, iec, ansi dll. Dgn method comparing dicampur creativity kita dpt enhance our knowledge utk sama par dgn lain2 negara. Tapi sayang pendekatan seperti ini tidak berlaku di silibus kementerian pendidikan samaada sekolah rendah, sek menengah, ipt. Silibus kita mcm syok sendiri pon ada sbb silibus x link dgn dunia pekerjaan sebenar. Jika kementerian fhm maksud creativity InsyaaAllah kita dpt generate generasi yg mantap utk kesinambungan kejayaan negara. Cuma kesian kat generasi sekarang mereka tidak dpt fokus kerana beban subjek dan silibus yg ke laut. Masing2 mengejar A & Masing2 mengejar Ijazah yg jauh dan tidak sama dgn dunia pekerjaan sebenar. Sbb itu ramai parent memilih utk bentuk@ajar sendiri anak2 sbb kami tahu silibus subject byk ke laut. Itu blom sentuh subject pendidikan seni yg pd sy kos peralatan seni lebih mahal jika kita kira dari darjah 1-6 sbb mcm2 beli😂. Utk menjadikan kita btol2 maju goverment perlu reform semula minimizekan silibus as simple as it is sbb mereka baru kanak2 yg mengenal dunia. Kurangkan subjek dan silibus. Lebihkan pendekatan agar kanak2 senantiasa kreatif utk penyelesaian masaalah. Smoga cikgu2 & lecturer dpt terima apa yg sampaikan sbb buku teks@note yg di ajar oleh cikgu&lecturer x semua masuk exam. That means kelemahan jelas berada di buku teks@nota rujukan. Bahasa pasar dia ajar lain exam lain yg menyebabkan student gagal. Sistem nie yg buat gagal. Creativity subject adalah cikgu yg terbaek. Kreatif = adapt surrounding = exlpore beyond normal. Sekian sekadar pandangan dari kelahiran 80an.. Maaf jika ada kesilapan.. Apa yg sy sharing ini adalah sample kehidupan. Utk subject math sy mmg skor dari darjah 1 dan sy fhm kenapa ada kwn2 yg ketinggalan dan merasa susah ketika itu(kerana x semua manusia boleh adapt pada waktu yg sama oleh kerana kepelbagaian faktor yg sy share).
Nombor belasan ni klu buat bentuk lazim memang pinjam2 pun mcm tu juga jadinya haha. 18 - 9=9... Betul juga cara tu, mudah kira dlm bentuk lazim 9+1=10, 18 ikut tambah 1=19. Jadi 19-10=9. Klu ikut cara budak darjah 1 sekarang, suruh pecah2kan nombor, lagi pening budak nak faham. Aku masa zaman sekolah selalu gagal matematik.. Aku suka buat cara aku sendiri, jawapan betul, tapi cikgu kata cara salah haha.. Aku lebih kpd seni, bukan budak matematik, jd aku cuba dgn cara menggambar dan kreatif haha. Tapi patut budak sekolah rendah beri cara mudah, jgn beri cara yg pelik2 yg tahap kemampuan daya fikirnya masih nak mengenal asas pengiraan tetapi suruh selesaikan dgn cara aras tinggi. Bagi faham dulu asas, barulah masuk aras tinggi. Dulu tengok anak buat pengiraan ikut buku teks memang pening nak jelaskan.
setuju. aku dulu masa darjah 1 & 2 fail math sbb budak seni dan cikgu asyik kata guna cara salah... tapi masuk darjah 3 aku tak dengar cakap dan kira ikut kefahaman sendiri. Selepas tu hingga ke form 5 dapat A math, Add math pun straight A+ tiap exam. Matematik adalah subjek yg memerlukan kefahaman, bukan hafalan. kaedah2 pengiraan tu semua hanya untuk bantu mudahkan proses kiraan, tapi kalau matematik ni dapat difahami, semua kaedah2 tu dapat direka sendiri ikut kreativiti.
Personally bg sy, Kementerian Pendidikan perlu bukak minda, lihat negara luar bagaimana mereka ajar kanak2 bawah 12 tahun dan amik data. Sbb economy dan kemajuan negara terletak pada pelapis negara. Mcm contoh, di Jepun kanak dia ajar "moral/adab" dahulu sebelum mata pelajaran lain. Sbb kalau dok dkt dalam office je mcm mana negara kita nk maju n bersaing dgn negara2 lain.
Memang inilah sebenarnye konsep new maths. Tetapi.... Saya Cikgu sekolah rendah, memang tahun 1 kalau Kita introduce banyak Cara at once, memang pening budak2 Tu. Kita yg dewasa ni memang nampak mudah, tapi pening kalau jadi murid. Untuk pengetahuan semua, kurikulum semakan 2017, first batch dah cecah tahun 6. Kelas belakang sekolah saya tolak pon X lepas lagi. Huhuhu... Saya X pernah jumpa batch thn 6 yg X boleh selesaikan operasi tolak. Saya ajar kelas yg sama subject English, they can learn just fine. Tapi kenapa math dieorg macam give up shut down terus? Sebab yg asas pon depa X boleh kuasai. Macam mana nk kuasai kalau banyak sgt jalan penyelesaian yg mereka kena belajar? Peninglahhh... Masa math dlm jadual seminggu 5 masa je. Tahun 6 dah belajar insurance. Tahun 1, pecahan dah belajar. Sains tahun 1, bab 1 kemahiran proses Sains..... Haha... I have no qualms against new maths, but I guess it is unsuitable to cram the whole ways of solutions in the pupils' text book. Kalau include dlm buku guru takpe, so it means Cikgu boleh pilih2 Cara untuk ajar ikut kesusuaian, tapi in the pupils' text book?? Have you seen the dskp? Dan item2 yg kiteorg kena tanda untuk PBD? 🤣🤣🤣 Ramai Cikgu yg pro exam, demand nak adakan semula UPSR. Kerana ketiadaan UPSRlah murid malas belajar, kata mereka. Salah. Sebab syllabus yg terlalu tinggi telah membunuh kemahuan murid untuk belajar... This starts after kssr semakan 2017. I wonder if they are aware of this.
wow! seriously susah giler eh budak2 zaman now kat sekolah. kena belajar cpt dlm ms yg singkat. takde penerapan belajar perlahan smp faham @ suka dgn pelajaran supaya tak bosan dan dapat adapt utk setiap pembelajaran ke.. sy dulu ms sekolah rendah suka belajar even tgu giliran mandi pagi (sb adik beradik ramai) masih buka buku depan bilik air haha suka belajar mgkin sb semulajadi dan tak byk attraction hp, internet etc mcm zmn skg.
Yea sya setuju..sya seorg guru mmg ini yg kami hadapi..tidak pernah menyalahkan pelbagai cara .tapi perlu sesuai dgn tahap dan pemikiran murid..ada murid tahun 1..nombor 1 hingga 10 pun masih belum kuasai..ini ditambahkan lagi dgn pelbagai topik yg tidak sesuai dgn usia mereka..kesian anak2 ini..
Betul tu, subj math ni subj yg kreatif. Tu yg saya smbg deg in Math Buss. Dan saya mmg peminat subj math. Cara saya berfikir pun mcm dlm buku teks baru ni.. sampai kadang2, kwn saya pun tak fhm mcm mana otak saya berfungsi😂..
Cara baru ini sudah lama saya amalkan 45 puluh tahun dahulu disekolah rendah disebabkan kurang mahir dan tidak suka menghafal sifir matematik. Namun jalan pengiraan tersebut tidak diterima oleh cikgu disekolah walaupun jawapan adalah betul. Dengan cara melaraskan atau membundarkan atau mengenapkan nombor maka matematik akan jadi lebih mudah.... Tidak perlu menghafal banyak no dan sifir.... Dimasa itu jawapan dan jalan pengiraan mesti ikut buku sekolah. Jika tidak ia akan dikira sebagai salah walaupun jawapan adalah betul.
Saya setuju dengan cara baru menyelesaikan masalah matematik ni. Cuma jangan diwajibkan anak2 utk menjawab dalam peperiksaan guna 1 metod sahaja. Anak2 bebas menggunakan metod yang mereka suka asalkan jumpa jawapan nya.
For me, masih trlalu awal utk try method ni. Sbb darjah 1, rmai lgi masih lemah dalam penambahan penolakn no biasa. Mungkin boleh try selepas darjah 3 ke atas
Abestu kau nak start dari darjah berapa ? Kalau nak kuatkan foundation kene dari awal kan ? Melentur buluh biar dari rebungnya ? Nak start dari umur 1 tahun ? Kesian rakyat malaysia mostly bangang 2
@@amokmox bkn taknk jdi cepat. Tapi kalau basic pon diorg tk boleh kuasai, lagi kan yg advance ni. Budak2 skrg, balik sek merungut tak tau nk buat keje sek. Last2 parent yg tolong bgi jwpn. Boleh nk terapkn, tpi kukuhkn basic dlu time darjah 1. Bukan main terjah, semua nk sumbat, last2 apa2 pon tak dpt
Yup, aku sokong. Aku dah masuk uni baru tahu math ni manipulation je. Soalan complex sangat kita ringkaskan baru mudah jawab. Padahal method ni dari sekolah menengah form 2-3 lagi dah ajar tapi cikgu tak pernah bagi explanation math macam tu. Kena cram nombor pelik pelik wajib ada step itu ini baru dapat jawapan. New method ni hanya baru di Malaysia di jepun contohnya dah buat lama dah jauh lagi advanced. Sekolah rendah diorang darab pakai lines je. Garis sini sana kira intersection kiri kanan pastu tambah terus dapat jawapan.
So dorg cuma persembahkan soalan dgn cara lg complex saja padahal benda tu still benda simple sama mcm kita diajar dlu.. I actually like the new method sebab dia paksa otak kita utk cuba selesaikan dgn lg cepat.
Selepas lihat video abang haziq ni, saya dah mula rasa cara ajar matematik darjah 1 ni lebih mudah dari cara lama. Saya sekarang ni kat sekolah menengah memang ade masalah kalau nak selesai soalan macam 54-49. Sikit2 kena amik kalkulator. Leceh jugak lah soalan mudah gini guna kalkulator. Tapi yang bermasalah ialah bukan silibus tu tapi sistem pendidikan kita tu sendiri yang bermasalah. Beg berat, matepelajaran banyak, prasarana sekolah yang dah uzur. Pendapat saya ialah masa persekolahan haruslah disingkatkan. Macam pukul 1 selalunya habis disingkatkan jadi 12:30 dan diambil masa 1 jam atau 1½jam tersebut untuk belajar ilmu fardu ain(tauhid, fekah, akhlak) sebelum balik ke rumah. Jadi murid akan balik pukul 1:00 atau 1:30 (mungkil kul 2 kalau sekolah suruh solat dulu) jadi murid adelah masa untuk rehat dan bermain waktu petang.
mak bapak skrg kerja.. balik jam 5-6 ptg.. klu murid blk awal, anak2 terbiar, sbb parents belum balik.. xpon anak kena transit mana2 sb xda org kat rumah.. dlu dan skrg berbeza..
tapi bagi saya cara ni lebih leceh berbanding cara kira guna jari sahaja tapi berguna untuk diorang pada masa hadapan bila diorang akan hadapi. Time sekolah rendah saya cuma kira manual guna jari dan saya congak je. Patutlah saya dengar dari junior2 ( saya form 5) ada cakap pasal benda yang bunyi macam persamaan algebra je.
Itu lah adik😅😅, sekarang heboh pasal kes Cikgu Fadli perjuang kan berkenaan luahan hati beliau.. mengatakan sistem pendidikan yang ada sekarang ni di Malaysia ni sangat celaru.. dengan beg sekolah pelajar yang berat.. sistem peperiksaan yang menekan pelajar.. bukan itu sahaja.. KPI nak yang bagus sahaja, tapi realitinya kualiti pelajar sekolah semakin merosot.. orang atasan tidak boleh ditegur.. macam² ugutan akan diterima jika ade orang awam atau guru sekolah yang mengkritik arahan daripada pihak atasan
Isu yg diperjuangkan cikgu Fadli antaranya ialah kurang waktu belajar mata pelajaran Matematik. Mudah2an anak2 kita dipermudahkan urusan olehNya utk menjadi hambaNya yg terbaik.
I remember when I was in UPSR, I was really stressed to do a big caculations and I believe that time is really need to be fast to answer all of the questions (E.g Math paper 1 in 1 hours 40 questions objective, paper 2 in 40 mins 20 questions subjective). I practiced really hard to answer all of them. At that time, I learned some shortcuts that I discovered myself. To be frank, I can't believe that I managed to come this far cus of all of my hard work. When I was in high school and foundation, I found out that the discovery I had done is actually being taught in that syllabus. (mathematics laws) Right now, I believe the new system for math for primary school is sufficient enough to give them headstart with creative thinking.
Same bro. We discovered ourselves how to solve the mathematical problem with different approaches. At that time I felt I was genius, then a week later the syllabus was introduced. Hahahaha
Upsr?!! 😂😂 rindunya... Tah lah aku rasa kalau amik upsr yg dulu balik ni confirm fail jugak.. Dah 40an ni...rasa mcm lg pening bila tgok nombor aduyaiii
channel ajar ni banyak buka minda saya. i was so lost masa dekat uni, sampai hilang minat untuk belajar. sebab masa sekolah dulu saya perform semua subjek sebab guna cara cram otak macam encik ajar cakap tu. memang betul, lepas masuk uni rasa macam sangat tak pandai, rasa lost sangat. tapi lepas dengar penerangan ni, saya rasa saya memang perlu ubah cara saya berfikir dan cara saya menyelesaikan masalah. sekarang bukan lagi fasa untuk hafal dan cram semua info tetapi kita kena kreatif dan mempunyai kefahaman yang baik untuk menyelesaikan setiap masalah matematik. thanks for the sharing!
Orang yang berada di lapangan lebih tahu. Saya sgt yakin semua cikgu adalah cikgu yang terbaik Cikgu sentiasa berusaha menyampaikan ilmu kepada murid sbb ituadalah kepuasan diri cikgu
Ni akhir zaman dah terbalik yg benar dikata salah yang salah dikata benar , kalau dulu ulama pewaris nabi tapi sekarang ulama sejahat2 manusia , teruskan membutaa
You know what? In trading outliers are usually right. Outlier ni ialah seseorang yang goes against the crowd. Ramain yg menentang perkara ini to stick to the same old way. Put more faith on your child. It's time to be creative. Work smart not harder. Saya sokong Ajar 100%
menarik, approach matemtik secara kreatif.sgt setuju. cuma persoalanny, sesuai ke pd darjah 1? mgkin darjah 2,3? darjah 1 utk perkukuhkan perkara basic,3m.membaca menulis mengira.(bkn semua budak masuk preschool,tdika,etc, seawal umur 5 tahun). kukuhkan asas,bina foundation,then cabang kreativiti. *just personal opinion
@@n4kn4 Tak smua pandai congak. Tk smua tau brapa bezanya antara dua no tu. Brapa gap nya. Method ni umpama memudahkan budak bijak pandai je. Dan menyusahkan lagi budak yg kurang bijak pandai
Aku syak, Ada pihak2 yg nak jatuhkan Minda anak2 skrg melalui sistem pendidikan. Dan pihak ni bukan biasa. Mereka boleh control org2 Besar kerajaan. Aku syak laa. Wallahualam.
pada saya pemahaman konsep tu paling penting, bila dah faham konsep baru boleh dipelbagaikan kaedah kreatif dlm penyelesaian. yang sering menjadi masalah besar ialah tak semua dapat faham konsep dengan pantas, jadi bagi menampung kekurangan ini, latih tubi yg menjadi salah satu langkah utk budak2 faham konsep dan lekat dlm minda. main point is kefahaman, bila dah faham, bagi soalan yg melibatkan beratus ratus digit, insyallah boleh selesai. p/s: is not about the solving, is about u know what are u doing actually.
Pada saya beberapa kaedah baharu seperti ini diajar sebagai tambahan semasa darjah 2. Bukan semasa darjah 1. Pelajar darjah 1, baru nak kenal dunia baharu dan ada pelajar yang datang daripada golongan yg tidak terdedah kepada nombor secara asas. Biarlah pelajar darjah 1 belajar perkara2 asas sembil belajar untuk berkomunikasi/berinteraksi selain daripada ibu bapa mereka sendiri. Beri ruang untuk anak-anaik kecil darjah 1 untuk belajar membaca/berutur/ dan belajar perkara-perkara asas. Perbanyakkan pemupukan nilai dalam kehidupan. Kalaulah anak-anak ini tak jadi jurutera, sekurang-kurangnya dia jadi peniaga yang pandai mengira tambah - tolak dan bersifat jujur.
Saya setuju dengan method ni bang Haziq.. tetapi saya kurang bersetuju diletakkan sebagai silibus darjah 1.. pada pendapat saya, semasa darjah 1,, cikgu2 dan silibus yang ada perlu merangsang keseronokan dan menarik minat mereka untuk belajar sesuatu subjek.. berbeza dengan abang Haziq,, mereka tidak seronok pun jika mendapat jawapan yang betul. Mereka lebih kepada mempersoal, "lepas dah dapat jawapan lepastu apa cikgu?" Itulah ungkapan kepada seorang cikgu matematik kenalan saya di sekolah rendah. They dont just absorb. Di expose kepada telefon di awal usia mereka mempunyai pemikiran kreatif dan visual yang terlalu tinggi dan skill reasoning mereka berkurang dek angan - angan. Jadi bagi saya cara ni memang bagus tetapi untuk darjah 1, perlulah lebih kepada menarik minat pelajar untuk belajar sesuatu subjek.
saya guru kafa pun merasakan subjek untuk dorang ni agak lain semasa kita kafa awal 2000 dlu hahah tapi budak2 sekarang terbuka sebab dorang ada gadjet, cuma silibus tu mungkin kena tngok balik
Saya pernah mengajar matematik tahun 2 dan 3 beberapa bulan sebagai guru ganti selepas murid boleh hadir ke sekolah tanpa penggiliran. Dan situasinya sangat-sangat membimbangkan. Setengah daripada kelas tak pandai mengira walaupun menggunakan jari. Kalau kelas cuma 15 orang murid, boleh lah kita nak fokus dekat budak bermasalah. Tapi kelas pun dah 40 orang dan bukan semuanya malaikat. Sangat kesian dekat guru dan budak pasca covid ni.
Betul, perkara ni kena tengok keadaan dan praktikalitinya. Jangan sebab hanya peratusan kecil yg faham, terus kata benda ni bagus untuk murid malaysia. Nisbah guru dan murid dkt malaysia ni 1:40 . Kena tengok big picture la.
Problem dia cikgu2 ni. Bila kpm perkenal silibus ada kursus utk cikgu² ni dtg dan belajar. Tapi biasala cikgu kan pandai. Pandaila mengelak dari datang kursus. Bila semakin meningkat silibus jadi rasa susah. Budak² la jadi penceritaan utama konon terbeban dgn silibus sedia ada
@@meer7391 bro kalau tgk buku medic semua tebal lebih 2 inci. Ko gi hafal ke? Hahahaha. Ko g faham concept and principles. Ia membantu dalam semua problem solving. And NO. neither kpm nor ppd ppn mn atau pn
Sebenarnya kaedah matematik ni bagus n lebih mudah. Budak2 kalau diajar kaedah ni dari kecik, makin besar mahir n kreatif. Ibu bapa yg bergelar guru pada zaman ni mungkin tau kaedah ni. Yg bkn guru haaaa.. memang pening aahh. Jadi mcm mna nak ajar anak kat rmh utk siapkan keje skolah. Spatutnya kaedah ni pastu dketghkan juga utk ibu bapa yg mungkin belum faham. Sbb majoriti nya cara pembelajaran mereka dahulu sngt la berbeza. Kaedah matematik yg mcm kat oversea slalu dah sy tngok mcm ni. dari dlu lagi. Khusus nya kat Jepun, UK, negara paling dekat, SG. mula2 tngok mcm advanced jugak la. Malaysia je mcm baru upgrade. Tapi bila upgrade, terlebih2 plak. Menteri rombak hbis silibus. cari ayat tersurat tersirat. Anak pening buat keje skolah. Mak ayah plak mcm nak masuk exam buat ulangkaji silibus baru utk fahamkan anak
Bnda ni memang bagus, tp kena faham, kalau budak x faham, ibu bapa yg kena tolong, tp bnyk mana ibu bapa yg berpendidikan, lebih2 lagi di kampung2. Negara yg disebut tu level negara maju, kita negara membangun, bole je nk apply bnda ni cuma pendidikan kena start dari umur 4/5 tahun lagi, supaya budak2 mahir basic dahulu. Dan saya x rasa ramai yg pndai tambah tolak mahupun membaca dari tadika.
Dia bukan masalah paham dia masalah minat kalau dari kecik sudah menunjukkan sesuatu macam ni murid akan menjadi stress...jadi saya sokong ajar dengan memberi kebebasan kepada murid untuk menjadi lebih kreatif
Wow sgt gempak cara matematik utk budak tahun 1. Pada aku inilah latihan utk budak tu berfikir sendiri cari nombor sendiri dan selesaikan masalah sendiri. Kalau sistem saya dulu semua ibarat straight forward je. tambah2 dah dpt jawapan, tapi skng lebih advance so sape yg boleh buat math ni, budak2 ni kategori budak2 yg bijak, sebab dia boleh Imagine sendiri nombor apa yg perlu agar jawapan atas dan bawah perlu sama. Perlukan kreativiti tahap pemikiran yang tinggi dan congak yang terhebat. Abis tu apa jadi pada budak yg slow?
Betul. Silibus baharu menekankan pemikiran aras tinggi kepada semua murid secara pukul rata. Kematangan berfikir murid terutamanya dari umur 7-10 tahun amat berbeza2. Bukankah asas matematik campur dan tolak perlu jadi kayu pengukur. Dan kreativiti murid sebagai pilihan. Kenapa paksa?
Nampaknya ibu bapa terpaksa ajar anak-anak di rumah dengan silibus lama atau luar negara. Sebab itu sistem meritrokasi sangat penting. Siapa yang dilantik jadi Pengarah Pendidikan itu sangat penting. Tetapi kita tidak diajar demikian. Yang tahu masa undi pergi undi. Undi pun kerana parti bukan kerana meritrokasi. Yang tak layak jadi menteri pun boleh jadi menteri. Yang tiada latar belakang kedoktoran pun boleh jadi menteri kesihatan. Wakil rakyat tidak boleh jadi menteri melainkan memang ada kelayakan. Pengarah jabatan kerajaan perlu ditemuh-ramah secara live di Parlimen. Portfolio, akhlak , IQ, EQ, dan resume perlu disemak.
Benda yg kena aware adalah tahap pendidikan ibubapa kat Msia masih kurang dan sistem masih bermasalah. Kalau sistem pun huru-hara mcm mana nak apply benda ni. Apa2pun sistem mmg upgrade dari semasa ke semasa. Dulu 16 tahun boleh habis sekolah. Dahtu 17 tahun.. dah tu diploma sijil semua. Silibus mak saya dulu berbeza dgn silibus saya. Apa yg sekolah rendah aku dulu buat adalah kelas hujung minggu utk ibubapa. Kelas tu sediakan parents. Dulu ramai ibubapa buta huruf turun ke kelas tu (sekolah aku ramai ibubapa petani buruh tu semua). Cuma masalah utama nak praktik adlah kekangan masa. Skrg bukan modenisasi tapi Globalisasi. Jadi jam kerja padat ibubapa nak catch up dgn globalisasi. Mungkin KPM boleh buat pendidikan maya utk ibubapa. Utk sekolah, mungkin boleh asingkan pelajar ikut kategori subjek. Sekolah aku dulu dia pisahkan budak ikut skor subjek Kelas A sampai H (student ramai.😅)utk setiap subjek. Ya aku dulu BM, BI masuk Kelas C. Sains masuk A, Math masuk D. Syukur kawan aku dulu gagal Math terus dapat A masa UPSR. Aku pun dari dpat D je memanjang dapat A. Saya tak pasti berapa byk subjek budak skrg tapi boleh buat kaedah ni utk subjek yg sukar contoh Math.
Kata orang bahasa melayu Malaysia sangat berbeda dengan bahasa Indonesia sehingga sulit di pahami. Tapi saya lihat video ini sangat mudah saya pahami penjelasannya tanpa banyak campur dengan bahasa inggris.
Say pernah tengok... Tak silap saya, dari Jepun.. stail kiraan matematik orang Jepun sangat kreatif.. saya tengok pon rasa macam, Allah, mudahnya cara kira mereka.. cuma dah lupa cara dia.. kalau tidak, boleh kongsikan kat semua orang di sini😅😅
Saya jarang komen video kt YT & dah lama xfollow YT Ajar, tp utk topik ni.. Sy nak ucapkan terima kasih sebab buat posting ni.. sebabkn posting ni, sy dpt perhatikan pandangan setiap sisi masyarakat.. Sy xnak bg pendapat spt yg lain, cuma sy ingin ucapkn terima kasih Saudara Ajar; kita raikan saja pndgn setiap org.. masing² punya pengalaman & pandangan masing².. Teruskan berkarya & buat video² ilmiah utk tontonan masyarakat umum.. 👍🏻
Ini adalah episod Ajar yg paling saya suka! Saya 40 tahun dan mempunyai anak darjah 1, saya xrasa silibus matematik baharu ini membebankan. Malah cara kira yg diketengahkan adalah sama seperti apa yg bermain diminda saya bila saya mengira dahulu, cuma selama ini saya anggap logika matematik itu akan datang dengan sendiri bila anak-anak mula membesar. Saya amat mengalu-alukan silibus yang mengajar anak untuk berfikir di luar kotak sama seperti Ajar.
Membebankan sebab taknak belajar ni bukan matematik tambahan , plan graf atau kajian struktur tinggi ni cuma membuta pelajar menjid kreatif sesuai dengan pembelajaran dunia 🐒
bagi pendapat saya, masalah utama dengan pelajaran matematik dulu ni bukan disebabkan pelajar tiada kreativiti tetapi lebih kepada pelajar disekat dengan skema jawapan yang rigid
@@MuhdFaiz769 lebih kurang, kene ikut cara yg sudah ditentukan. Dpt jawapan sama tapi cara lain. kira salah. Mesti nak jawapan sama, cara kerja pun sama.
Saya dlu penah jugak buat matematik ikot kefahaman saya berfikir...dan dapat jawapan yg sama dan jln pengiraan yg lebih ringkas tpi sbb tak ikot formula cikgu. ...markah akn dipotong...itu lah sekolah
Hmm, tapi dunia pendidikan sekarang dah lain Bang.. sebab tu untung mereka sekarang, kita dulu rigid & strict sangat. Pastu an, macam subjek add math Jee nii.. tapi kalau ikutkan, kalau Bang dapat jawapan sama, tapi jalan kira lain.. maksudnya awak sebenarnya ada bakat dalam Math tu, boleh pergi jauh tu. Biasanya yang tak dapat markah sebab tak ikut formula ni mungkin soalan tu perlukan jalan penyelesaian yang tertentu je.. mungkin beza cikgu, beza cara mereka
Bila sy tgok video ni baru saya faham kenapa diorang masukkan cara ni dalam silibus Matematik (sebab sangat mudah untuk diaplikasikan in real life) but tak sesuai utk dimasukkan dalam silibus Tahun 1. Sebabnya adalah sy boleh bagitau situasi yang memang jadi dalam real life di mana kalau dalam satu hari tu ada satu masa untuk subjek Matematik. Katakanlah satu masa bg setiap subjek adalah 30 minit. Bila masuk kelas Tahun 1, 15 minit yang pertama tu hanya masa untuk cikgu gaduh ngn murid Tahun 1 supaya mereka duduk kat kerusi diam2. Campur dengan bercakap dgn kawan2 lagi, pergi kat meja kawan, bergaduh dgn kawan. Lepas tu bila semua dah ready baru boleh start ajar kan. Takkan nak biarkan je yang tak ready tu, nanti ketinggalan. Lepastu elok2 dah start mengajar, sorang murid tanya soalan, and then yang lain fikiran entah ke mana dah.. ada yang bercakap dgn kawan2 dia pulak sbb cikgu fokus kat kawan yang tanya soalan tu. Pastu lepas dah siap ajar, nak suruh diorang buat latihan pulak. Pastu pensil tumpul la, hilang laa pemadam hilang laa.. kawan ambik buku latihan laa.. ni situasi yang sebenarnya jadi dalam kelas Tahun 1. Kalau ada yang cakap murid Tahun 1 saya takde pon yang mcm ni, then i dont know what kind of school you are attending and teaching sbb pelajar Tahun 1 yang awk ajar sangat2 lah bagus dan berdisiplin. Go to a normal school, at least pergi 5 buah or lebih sekolah and then perhatikan mcm mana sifat pelajar Tahun 1 ni. Berapa percent yang betol2 boleh fokus dalam kelas dan boleh ambil dan faham sebijik2 silibus di atas. Saya bukan nak cakap perangai murid Tahun 1 ni teruk tau. Sbb diorang berumur 7 tahun. Fokus boleh hilang. Just bayangkan anak2 korang yang Tahun 1 tu duduk kat rumah mcm mana. Because diorang tu kids. And takkan la nak kena pastikan semua guru yang mengajar tu guru yang garang baru diorang boleh duduk diam kan. That is why I tak setuju silibus ni dimasukkan dalam Tahun 1 punya silibus.
Setuju sgt2 ,me as a parents terpikir mcm mne bdk2 thn 1 nak hadap dgn silibus Bru nie..dgn jadual math hanya 30 minit dlm satu hari n just have 3 days for math subject..lps tu bg kerja sekolah mntk mak bapak tunjuk ajar anak2 ckp kita Salah..sbb cikgu x ajar mcm mne ibu bapa buat...pening gak jdi yer ..anak2 bila disuruh buat ikut cara cikgu ajar,dia ckp x paham..end up parents plak kne study blik cara cikgu ajar kat sekolah mcm mne ..
Tahun satu punya mathematics masih ingat la tolong cousin saya buat.. saya pun pening saya tanya dia.. "betul ker awak masuk darjah satu".. ni macam soalan darjah 5.. darjah 5 tiada pula macam tu hahaha.. ada cousin satu umur 8 masuk darjah 2.. belajar literasi bahasa melayu dan inggeris..siap dengan pantun apa bagai..mak aii
Sejujurnya sy sendiri start form 4 baru betul² faham segala fomula² math yg pelik²..hahahaa itu pon setelah bergaul dgn budak² yg belajar add math..tu thn 2004..now 2022 ank sy darjah 1,sy pulak jadi guru math dia kat rumah walaupon silibus tak sama mcm thn 1995 dlu..now mak² pon dh terpaksa study juga utk silibus baru ni..huhuhuu
Salam bro Haziq, apa yg bro kongsi mmg sama yg terjadi ngn sy. Masa skolah sy antara yg top subject math, dan dgn konfiden nya apply jurusan math kat uni, mmg terasa jadi bengap bila blajar level uni. Bro Haziq untung sbb jumpa kwn yg boleh ajar teknik2 mind blowing, tp sy jumpa kawan yg ajar nfs underground, football manager, pes, dota...hancur terus
Bahasa cina 1 hingga 10. Semua satu sebutan (sem bi lan=3 sebutan). Itu salah satu sebab matematik murid Cina lebih senang mahir pada permulaan. Biasanya masa tadika dah sudah hafal sifir darab 1 hingga 12.
Klu budak diajar cara susah mungkin akan buat budak give up dgn subjek matematik dan tak nak belajar dan tak minat. Budak2 klu tak minat dia tak nak buat dah. Walaupun cara tu nak bagi budak visualkn nombor tu. Tu yg mungkin buat budak tak kuasai matematik. Boleh ajar cara baru dlm buku teks, tp ajar juga cara biasa supaya ada pilihan. Sbb kemampuan murid mungkin berbeza.
UPSR sy A matematik... Darjah 6... sy kelas ke 5 dri 7kelas... prnah bertanding antara kelas... kelas ats bnyak gunakn kiraan y lurus ke tepi... sy tetap pakai kiraan ke bawah cra kuno... ya sy kurng pandai... tp upsr sy dpt 4A trmasuk matematik... hasil y sma A... tp cara y brbeza... bagi sy... bukan semua org boleh dengan silibus y baru... dlu pnah dgar pkar motivasi ckp ada org otak kretif... ada org otak hafal... ada org 2,2...
tujuh thn umor muda,otak pun muda,knapa nak penuhkan otak dgn yg menyulitkan,sepatutnya masa ini isikan otak dgn ilmu mengenal diri,kenal tuhan nya....baru lah kanak2 ini menjadi org yg cergas,org yg tawaduk dan hati penuh dgn keimanan...
Thank you Haziq for speaking my mind. Orang duk hentam2 silibus math ni aku diam je.. sbb aku rasa mmg bagus sbenarnya math ni banyak cara kita boleh manipulate. Tak rigid satu cara je
Isu nya benda ni diajar kat darjah satu. Awak dah kuat basic boleh la sembang pinjam sini pinjam sana. Manipulate bagai. Dah cuba ajar kat anak darjah 1?
@@meer7391 lain kali jangan jadi orangtua kalau bing*i,ada ke dia cakap dia setuju ni utk budak darjah satu,dia cakap bagus je cara ni,tu je,budak pon reti fikir dari yg dah buat anak dn beranak ni
Bukan semua manusia dilahirkan genius...matematik adalah senang bagi yang menguasainya tapi amat susah jika otak sikit lambat tangkap...kalau semua orang bijak dunia nie tak akan ada lah orang yang bekerja sektor terbawah...semua ndak jadi boss...macamana ?
Matematik tak susah kalau asas tu diperkuat dgn memahami peraturan, prinsip dan konsep. Cuma bagaimana otak budak yg kosong diberikan stimulasi bagi membentuk simulasi atau visual. Ia susah kalau perkara tersenang diremehkan. Sebab meningkat hari pembelajaran menjadi kompleks. Saya lalui ape yg ajar lalui. Dan menyesal tak sudah sbb penguasaan matematik menjadikan pembelajaran fizik menjadi indah. Last2 pilih sains gunaan cenderung kepada hafalan. Apelg biolaaaaa
Ni basic je takkan bengap sngat macam 18 - 9 jadikan lah 19 - 10 tambahkan 1 pada kedua2 nombor dapat jugak jawapan sama supaya murid tak blank sebab banyak cara nak selesaikan jawapan
Memang cara baru ni lebih bagus tapi tak semua pelajar adalah sama dan mereke perlukan basic yg kukuh dahulu sebelum di introduce dengan teknik penyelesaian masalah yg berbagai. Kalau basic masih belum kukuh dan masa untuk belajar terhad, adalah sukar untuk mereka menghadam konsep matematik tersebut.
Setuju sangat seperti yang saya komen sebelum ni. Kalau pelajar sudah ada basic yang bagus tentang nilai nombor, baru lah sesuai teknik ini atau teknik apa pun diperkenalkan.
Di Singapura, method ini dipanggil Number Bonds. 2014 bila anak sulung saya darjah 1, memang payah utk saya. Eh kenapa lah complicated sangat… Buat working (kiraan di kertas) ajer kan senang? 2016 bila anak no.2 pulak darjah 1, baru saya sedar number bonds buat dia senang kira tanpa buat working (mental sums). Jadi kalau kita pergi pasaraya atau restoran, senang dia kira atau buat anggaran kos tanpa guna kalkulator. 2020 bila anak no.3 pula darjah 1, dan kena lockdown/pkp dan belajar secara online, saya rasa lebih confident bila tolong dia dalam topik ni. Alhamdulillah boleh nampak dengan senangnya dia membuat kiraan tanpa menulis apa2.
Cara ni jln pintas dan padat tuk menyelesaikan masaalah math. Tp darjah 1 dr perkembangan tentang pemahaman apa itu matematik patut lagi ditekan kan. Math adalah benda baru dlm dunia kanak2 umur 7tahun. Tp anda terus masuk ke step mengayuh basikal laju diselekoh. Kenalkan dulu apa itu basikal. Apa yg mengerakan basikal dn apa yg diperlukan untuk imbangan. Darjah 1 teralu awal untuk mereka. Kalau tak percaya cb tanya anak umur 7 tahun. Apa itu matematik? Dengaran jawapannya. Pasti kamu paham maksud saya.
Saya ada buat diskusi dgn adik saya berkenaan silibus math ni. Saya dan adik faham setelah duduk dan fikir sebentar dan kami mmg akui cara ni lebih senang. Saya sendiri secara tidak sedar (sepanjang proses nak dewasa ni) yg saya memang gunakan cara "pinjam kawan sebelah" utk senangkan kiraan. Macam contoh 9 + 8, dalam kepala saya jadikan 10 + 7, jawapannya 17. Tetapi perkara ni terjadi bila saya sudah ada asas dan fahaman yg kuat. Saya tau tak mengapa pinjam kawan sebelah utk senangkan nombor tu. Untuk pelajar sekolah rendah, saya masih setuju yg mereka perlu belajar cara lama kerana itu adalah asas. Cara "pinjam kawan sebelah" ini adalah alternatif. Kemudian semasa proses mengira, pelajar boleh memilih utk buat jalan kerja yg mana. Ini barulah kreatif. Tetapi setahu saya, biasanya memang tertulis pada arahan soalan utk selesaikan masalah tu mengikut cara apa. Itu memang memaksa murid utk terpaksa hafal lebih banyak langkah. Itu adalah masalah utk murid sekolah rendah. Tl;dr: Boleh je nak ajar cara alt ni tp pastikan budak2 tu phm dulu yg basic baru dpt that 'AHA' moment.
Dulu saya pun terpaksa kreatif bila jawap maths sebab prinsip saya maths kena laju,lagi slow u buat lagi mudah u bosan....jadi utk laju saya kena kreatif supaya jawapan pantas....contoh 43-15...oleh kerana 3 kecik dari 5 kena pinjam sebelah ....sekarang saya dah ada 3-1yg saya tinggal dulu then saya hanya focus 13-5=8 then cantum semula 2n8=28...jadi process jadi pantas sepantas saya bercakap dan berleter kpd students heheheh
im 80s , during my primary/ secondary school, my own way of quick count for questions like this is look number as Dice dots ( Dice dot with extra 3 dots as single digit 1-9),combine with quick multiplication to speed up and that allow me to quick count on any kind of formula forms or without any fomula written to get answer, it works very well for myself and it's almost impossible to miscount, I'm not saying this bond method isn't good, it's just for some ppl like me who has less confidence at number memorizing, has higher chance to make mistakes, my own dice dot method actually solved my problem, helped my fren XD
Pendapat saya tahun 1 masih tak sesuai konsep ini. Matematik tahun satu sepatutnya lebih kepada nak mengenalkan konsep2 tambah dan tolak, mungkin darab atau bahagi. Tahun 3 atau 4 mungkin lebih sesuai. Bagi kita, senang nak tahu nak ubah kepada nombor apa yang senang nak buat operasi tolak dan tambah, tetapi bagi tahun 1 mereka tak tahu nak ubah kepada nombor apa. Nak membolehkan mereka tukar kepada nombor yang lebih mudah itulah yang susah.
wajib anak-anak dapat hafal ni, (supaya guna kaedah menolak asas yang pertama sekali Ajar tunjuk tadi) insyaAllah mudah kira-kira asas menolak mereka, kefahaman itu akan datang kemudian, hafalan ni dapat elak anak-anak 'stuck'. May Allah guide us all. 18-9, 17-9 17-8, 16-9 16-8 16-7, 15-9 15-8 15-7 15-6, 14-9 14-8 14-7 14-6 14-5, 13-9 13-8 13-7 13-6 13-5 13-4, 12-9 12-8 12-7 12-6 12-5 12-4 12-3, 11-9 11-8 11-7 11-6 11-5 11-4 11-3 11-2, 10-9 10-8 10-7 10-6 10-5 10-4 10-3 10-2 10-1,
Masa sekolah rendah saya pelajar cemerlang.. tiap2 tahun dapat no 1. Sekolah menengah pun ok je Bila masuk universiti belajar electrical engineering saya jadi jem dan bosan sebab banyak math.. last2 saya gagal Ada peluang, saya masuk U lagi ambik IT .. alhamdulillah lepas cukup2 makan Lepas tu saya kerja software developer baru terbuka minda saya macam mana nak buat problem solving .. alhamdulillah dah 16 tahun kerja semua task saya dapat selesaikan baru saya sedar saya gagal U kali pertama dan cukup2 makan je kali kedua sebab saya masih teruskan kaedah dari sekolah rendah dan menengah simplified .. jangan susahkan benda yg senang
Imo this one is good actually.. Aku guna cara ni utk kira dalam otak tnpa guna kalkulator (even nombor" besar mcm ribu).. Tpi sian pulak adik" darjah 1 dh kena suruh buat mcm tu sdgkan aku guna cara ni masa f1.. mgkin drg terpengaruh dgn peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'🤣
Pendidik masih cenderung menggunakan strategi pengajaran yang berorientasikan peperiksaan (khususnya pendekatan behaviorisme dan latih tubi yang berfokus kepada hafalan) berbanding pengajaran yang menitikberatkan kemahiran berfikir. Jadi sebagai pendidik, kita perlu menyiapakan diri dengan KBAT terlebih dahulu sebelum kita dapat melatih pelajar dengan kemahiran berkenaan.
Mmg betul anak saudara minta bantu selesaikan soalan-soalan matematik, kita tak faham apa guna gambar/ diagram yg bulat2 dan tak pakai pun dlm penyelesaian soalan dan buang masa lukis bulat2 diagram tu
Oooo begitu cara kiranya rupanya... Suami sy tgk soalan matematik ank sy darjah 1& darjah 2 dia terus keliru n xphm nk buat 😂 sbb dia bdk zaman 70an py org.. Pastu dia suh sy tgk dan buat tunjuk ajar anak sy n tunjuk kt dia.. Sy lak takde r minat matematik dulu2 mula2 sekali pandang, sy pun xphm.. Huhuhu.. tp saya tgk contoh jalan kerja yg ada dlm buku tu, pastu sy cuba & br phm buat.. Bila pikir blk, mungkin otak sy dh reset jalan kerja dulu sy belajar kt sekolah senang, so sbb tu xphm mula2 jalan kerja terkini yg di ajar.. Tp so far makin phm lps tgk video ni.. Tqsm
TIPS SPM UNTUK SEORANG PEMALAS xtau la nk ckp sy ni bijak ke apa tapi masa sek menengah dulu sy ni memang pemalas orgnye suka ponteng kelas,tido dlm kelas la isap rokok la,yela biasa la remaja masatu😂😂,belajar memang kelaut la result pun top 10 dri bwh sekali haha tapi buat masa yg sama sy xnk hampa kan parent sy yg masa tu sedih tgk result teruk dan mengharapkan sy masuk universiti then sy perasan yg sistem sekolah ni ada advantage untuk sy yang pemalas ni untuk perform untuk masuk u iaitu struggle pada exam paling last sekolah iaitu SPM, hehe, so sy pun rancang la strategi untuk perform SPM masatu, form 1-3 sy belajar main², result PT3 takyah ckp ah " buat raso² " je smpai la form 4 main² exam BM dulu pun fail noh, smpai cg ckp " awak bangsa ape ni smpai BM pun fail" then form 5 sy start my plan iaitu focus and struggle at the last year study to perform SPM and my plan works well ,I got 4A 4B 2C for my SPM and yeah I'm at the university right now haha.
Orang lain masa SPM sibuk study siang malam, solat hajat, solat istikarah Aku baca buku 10 minit sebelum exam 3A🗿 Aku jenis yg kalau lama sangat lepas baca lagi lupa.
trik ni sesuai kalau atas kertas, kalau congak memang jadi jem. Tapi kekadang hafalan tu sendiri penting sebab kalau ikut bloom taxonomy, hafalan yang penting baru understanding. Kalau tak hafal, macam mana nak faham. Stil at the end of the video, masih ada teknik menghafal (10-6 =4). Menghafal tu memang kena paksa tapi cara menghafal ikut skil masing2 lah. Macam hafal alquran, ingat sekali baca boleh ingat ke (kecuali genius). Stil, hafal adalah satu benda penting untuk di ajar supaya generasi akan datang tak lembik.
true story, adik sye slh sorg yg mula dgn silibus baru. satu hari ni, ibu sye bantu dan bimbing adik saya untuk siapkn kerja rumah matematik then ibu sye jammed. ibu sye tk faham ape yg buku teks sediakan jalan kira. ibu sye tk boleh bayangkan ape yg buku teks ni nk ajar. kenape die nk kene main tarik tarik nombor lain? kenape nk ubah ubah nombor?
dalam ahli keluarga, sye antara anak yg paling mahir dengan subjek matematik.
Jadi ibu sye minta sye tolong faham kan dan ajar adik saya.
ape yg saya nmpk buat sye rasa "wow" sebab dr jalan kira yg sye nmpk bukan jalan kire yg buat pemikiran murid sempit."ini cara aku kire dulu dulu ni" terlintas dlm fikiran. buku teks ajar cara yg memudahkan untuk mencongak.
dan sampai hari ni ibu saya masih tak faham ape yg buku teks matematik darjah satu ni nk sampaikan. kenape tk buat garis garis mcm biase je? menyusahkan nk sama samakn nombor. dari mane die ambik nombor ni? ape yg ibu belajar dulu tk bagus ke?
sye tk membuat keputusan untuk setuju dikekalkan atau dirombak semula sebab bukan bidang serta kepakaran saya. tp ape yg setakat sye nmpk ibu bapa kini yg ramai terkejut dengan sistem dan jalan kira yg silibus baru ni cuba sampaikan. sebab murid yg dibangku sekolah otaknya masih fresh untuk serap ilmu baru tnpa rasa kekok atau janggal disebabkan "kebiasaannya"
Sy pun mahir maths, tapi samalah macam adik sy nih.. die baru tahun satu, dan syllables tu dah kesini-kesana 😂 tapi bersyukur lah sy dapat tolong die skali 😊
betul, hanya orang yang mahir dalam sesuatu bidang subjek itu yang faham bahawa sistem pendidikan sekarang hanya nak memudahkan proses pembelajaran. warga pendidik di IPG, mereka lebih faham bagaimana sistem pembelajaran baharu ni.
Saya ingat saya aje yg dibodohkan oleh silibus matematik anak saya yg umur 7 tahun. Patutlah ramai budak2 sekolah tak nak ke sekolah. Benda senang dijadikan susah. Silibus syok sendiri! Cikgu fadli tu bercakaop benar la.
@@ultimate_o5672 saye pn malas pergi sekolah 😂 tpi dulu dulu malas sbb nk tgk tv
Ilmu tu dinamik. Dan hidayah bukan untuk semua orang.
These lately Menteri Pendidikan hanya melihat budak yang bijak tapi mengabaikan murid murid yang lain
kene ingat fitnah dajal dlm ilmu pengetahuan pon ada ye hati2 guys bykkan baca surah alkahfi semoga selamat dr fitnahnya. amin
Kapitalis nak ramai kan orang kurang pandai untuk jadi hamba kuli
@@beatrixmikasa5621 Bukan itu je, byk benda lain (kapitalis dn gologn elit) yg mahu generasi skrg stuck dlm paradigma yg sama (tak berkembg dn matang)...
Semua kena rajin dan kerjasama mak bapak di rumah dlm mendidik anak bukan 100% kpd sekolah.
setuju..dan akibatnya?ibu bapa akan mnghntr anak k pusat tuisyen yg mna akan mnambhkn lagi aliran tunai dlm kos sara hidup..
tak d hantar anak susah nak faham..
Maksudnya kita bagi lebih banyak pilihan untuk murid selesaikan masalah, bukan strict pada satu cara je. Pemikiran yang mantap bro Ajar.
tapi complicating😅
@@h.h4417 kalo kita dh fhm kita tau cara 20-30 tahun yg lepas pnya matematik utk skolah rendah lbih kpda menghafal dan cara yg terkini pula lbih kearah kreatif dan ringkas tue jer..sy still boleh fhm😂
Ya. Bila pelbagai strategi. Kita dah boleh letak murid tu sebagai tp3. Tinggi tu
Abang pon subscriber channel ajar ke?
Wau tngk jugak ajar..😃👍🏻✨
True experience, saya dalam kelas sangat lemah dalam math, terlalu banyak peraturan, terlalu banyak formula, terlalu banyak pantang larang, bila saya ketengahkan satu solution yang lain dari buku teks saya dicantas sehingga diperkatakan "degil" "tak dengar cakap" "pening" sedangkan apa yang saya ketengahkan ialah satu cara yang lain dari buku dimana ia lebih bebas dan selesa. Mentaliti lapuk dan lama perlu diubah dari minda pelajar sendiri, pemikiran kritikal yang diketengahkan oleh Ajar saya sokong sepenuhnya, jangan memperhambakan diri kita dalam matamatik dengan menghafal dan bukannya memahami.
Contoh manusia yang bijak Alhamdulillah 👍
Benda yang harus kreatif malah dipaksa untuk menghafal memang jemm la otak ni, spatutnya zaman aku lgi silibus ni dtg
Setuju sangat...maths ni ada byk jln penyelesaian utk satu2 jawapan...
tkpe, sy dulu lemah dalam simultaneous equations tp skarang sy ingat camane nak buatnye
@@Annnnnnn445 ye betul
Walau macam mana senang pun bagi kita dengan silibus baru macam yang dishare ni, bagi saya, tak perlu nak letak dalam silibus budak darjah 1. Saya ibu yang kena ajar anak darjah 1 masa 1st pkp dulu. Sesungguhnya sangat susah anak nak terima. Anak masih nak kenal nombor, baru nak kuasai menulis dan membaca. Terus disumbat dengan silibus aras atas sebegini. Last2 anak takde minat nak belajar math. Alhamdulillah bila saya ajar yang cara lama, anak lebih faham. Math is fun. Bukan membebankan. Peace!
Saya setuju, membaca dan tambah tolak pun merangkak, macam mana la nk ajar paham.
Ajar je bukan periksa 🤭😋
Kalau dulu ikan ada 5 ekor kena mkn kucing sekor tinggal bape anak².. zaman skrg ikan ada 5 ekor, lepas tu masuk kolam 2 ekor kena tangkap balik sekor... jawapan tetap sama.. dulu direct je.. skrg nk kena pinjam sana, tambah sini.. pening skit la... jenis cepat tangkap ok la.. jenis blur jenuh la mikir..
Zaman dh berubah kak...ni just guna method lain...kita x biasa dgn method ni mmg rasa susah tapi sy slalu guna cara ni time congak and mmg very effective...it's not a bad idea utk ajar bdk darjah 1 sbb 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'...I'm also rn a maths diplomat student and sy rasa ni mmg idea yg very innovative and sgt wajar dikenalkan utk generasi akan dtg...
@@bruh7487 x semua boleh pikap cara baru ni.. ilmu ni kan dituntut untuk mempermudahkan urusan dan kehidupan manusia.. bukan sekadar untuk bersaing siapa lebih pandai dan siapa yang tak.. kena fikir la sesuatu yang lebih sesuai dan relevan untuk kanak2 darjah 1
Terima kasih sbb buka minda saya dgn video ni. Moga2 sistem pembelajaran anak2 kita makin maju kehadapan. 👍👍👍
saya setuju 100% dengan haziq, memang betul saya masa kecik pun tak pernah buat latihan utk add math dsbgainya. lebih kepada pahamkan konsep sahaja. Alhamdulillah, sampai jadi guru matematik. cumanya saya x setuju sylabus ini diperkenalkan pada tahun 1. tahun 3 mungkin boleh. sebagai pengayaan, Bukan sebagai alternatif kepada cara bentuk lazim. Dah kuat basic baru boleh faham apa yang guru ajarkan. Dan bukan semua murid mempunyai kreativiti untuk menyelesaikan soalan dengan mencongak.
Yg ni saya sokong 100%..tahun 1 itu terlalu awal..
Sokong..
Kita akan rasa sylabus ini senang sebab otak kita sudah matang dan kita sudah mula menguasai basic. Tapi bayangkan budak tahun 1 kita bagi dia hadap benda ni. Dok jenuh lagi dok tanya cikgu nak garis ke x garis. Pakai pembaris tak? Cikgu, tarikh tulis tak? Hari? Rasa2 mampu ke budak2 ni pada tahun 1?😂
Aku darjah satu pun masih terberak kat lantai mak tanya sapa punya aku taknak mengaku. Tak semua parents develop our brain similarly and to think at such young age. I hope we dont place too much experiment on our kids eventually turn out like depressed young Sufiah Yusuf. Remember ?
@@以仁慈Ooi yang kau pergi berak kat lantai buat apa
Terima kasih Abang Ajar kerana membukakan mata perihal matematik baru ini. Satu cabaran untuk kita laksanakan tapi jika matematik dapat dilihat dari segi fleksibiliti dan kreativiti, InsyaAllah makin ramai akan suka pada matematik dan dapat menyelesaikan masalah matematik.
Salam Cikgu, terima kasih atas perkongsian. Penjelasan yg kreatif. Cuma pd pandangan peribadi saya, saya bersetuju dengan formula tersebut utk membentuk pola pemikiran yg lebih kreatif. Tapi, tahap intelektual setiap individu berbeza antara satu sama lain, kemampuan kefahaman jg berbeza, daya kecerdasan berfikir jg berbeza mengikut latar belakang pendidikan ibu ayah jg berbeza, persekitaran tumbesaran mereka samada luar bandar atau dalam bandar, dll faktor.
Bagi saya, formula tidak salah, yg salah adalah meletakkan formula ini pada tahap umur budak yg belum mampu mengejar formula tersebut. Baginda Nabi SAW pun menyuruh kita bercakap dengan manusia mengikut tahap kemampuan mereka, لكل مقام مقال (bagi setiap org ada pendekatan mengikut kesesuaian). Sebab itu tak semua para sahabat Nabi SAW sendiri yg mampu hafal seluruh al Quran, xsemua meriwayatkan hadis.
Cadangan,
1. Formula ini boleh diajar pd anak2 selain kaedah bentuk lazim manual, cuma jadikan ia sebagai option kepada anak2 dlm memilih jalan kira mengikut formula yg akal & kefahaman mereka mampu capai dalam membuat soalan peperiksaan. Kerana bg saya xadil, klu budak tu mampu jawab secara kaedah lazim walau lambat, tp tidak diberi markah kerana xmampu jawab soalan mengikut formula ringkas sprt ini.
2. Mengenal pasti tahap kemampuan pelajar agar dapat diberikan perhatian kepada pelajar yg lebih lemah mengikut kaedah yg sesuai utk mereka atau pengkelasan para pelajar mengikut tahap mereka jika perlu. Sebahagian para pelajar yg lemah, mereka merasa malu (terutama sek rendah) utk approach mengatakan xfaham kerana melihat pelajar sekeliling faham.
Saya sangat bersetuju utk kita bergerak ke arah berfikiran lebih jauh merentas zaman kita hidup, namun realiti keadaan dan kemampuan masing2 jg perlu diambil kira juga. Wallahu A'lam
Komen sgt bernas & bagus sekali
Sebagai rakan kepada salah seorang guru Matematik yg bekerja di pedalaman Sarawak, di mana tahap pendidikan masyarakat yang masih rendah dan sekolah yang serba daif, saya hanya mampu tersengih menonton video ini. Inilah yang dinamakan silibus syok sendiri.
Ya benarlah konsep yang ditunjukkan oleh Bro Ajar tu memudahkan untuk mengira dan menganjurkan kaedah pemikiran kreatif serta kritis. Tapi konsep ini sangatlah tinggi bagi budak Tahun 1, khasnya di sekolah pedalaman yang masih merangkak untuk mengenal nombor. Kaedah ini adalah kaedah untuk mengaplikasi dan mengolah, dan hanya boleh dipakai jika budak itu sudah pun kenal dan faham ASAS Matematik.
Rata² pengetahuan ASAS murid di pedalaman Sarawak tak sama seperti pengetahuan ASAS kanak² di Semenanjung. Di Semenanjung budak umur 4 tahun pun dah masuk Tadika dan belajar ASAS mengira. Sedangkan budak di pedalaman, di Tahun 1 barulah mereka nak kenal nombor. Sepatutnya subjek Matematik Tahun 1 lah yang memperkenalkan ASAS mengira kepada mereka tanpa melibatkan pemikiran aras tinggi. Ini tidak, disumbatkannya terus silibus aras tinggi.
Bayangkan sekarang ni separuh kelas Tahun 6 masih lagi lemah dalam mengira tambah tolak. Tak pernah lagi dengar jadi macam ni jika ikut cara silibus lama. Macam mana nak pergi ke tahap yang lebih tinggi jika asas pun berterabur?
Silibus semakan 2017 yang dibuat oleh golongan bijak pandai ini memang nampak cantik di atas kertas laporan, tapi sejujurnya ia tak berpijak di bumi yang nyata. Sepatutnya silibus pendidikan itu mestilah seimbang, tidak terlalu canggih dan tidak terlalu kolot, ikut keadaan dan tahap murid di negara kita.
Nak ikut silibus Singapura? Norway? Negara mereka kecil je dan rakyat mereka rata² berduit dan berpendidikan tinggi. Kemudahan pendidikan mereka pun jauh lebih canggih. So KPM, Tolonglah ukur baju di badan sendiri!
Bermula dari awal lah bodoh , bukan sekarang buat murid terus pandai ni long term takkan kau bodoh sangat nak faham , kan pandai menganalisis
@anak kampung bermula dari awal? haha. Kalau Tuan nak tahu budak² Darjah 6 tahun ini lah produknya. Budak Darjah 5 pun ramai yang tak boleh membaca n mengira. Sangat menyedihkan lepas 5- 6 tahun belajar dengan silibus ini, ramai yang masih belum boleh mengira dan membaca. Adakah mereka akan belajar membaca dan mengira lagi di Sek Menengah?
Lepas Tahun 6, mereka ini akan terus masuk ke Tingkatan 1 pula. Silibus di Tingkatan lebihlah kompleks, sedangkan budak² ni masih merangkak. Lagi nak kata long term?
Kaedah silibus tu boleh pakai, tapi budak patut faham ASAS dahulu.
Ya...cg ni macam syok sendiri. Teknik baru yg kreatif ni mungkin sesuai utk darjah 3. Terlalu awal utk darjah 1.
@@azmanamir2523 bro kja skolah mna? sy area limbang.. btul ckap bro.. budak thun 6 msh blum ada yg pndai mgira...mbaca pun msh mrangkak.. dfahami
Habis takkan silibus nak kena ikut tahap budak sabah sarawak pulak. Cam takda beza jew. Sama jew syok sendiri jugak. Nak kata silibus lama yg banyak guna kaedah menghafal takda problem tak masuk akal jugak. Ramai budak sekolah saya termasuk adik beradik saya sendiri yg problem matematik bila ke tahap lebih tinggi. Kakak saya yg hafal sifir upsr matematik a tapi bila pmr sekadar b. Saya tak hafal sifir pon tapi sampai matematik tambahan dapat a+. Itu pon masih struggle untuk kalkulus dan statistik di uni untuk kos komputer sains. Memandangkan sekolah rendah dah tiada periksa besar, saya tak rasa silibus sekarang patut diubah sebaliknya melonggarkan dalam pengajaran. Budak pandai tak sepatutnya dibiarkan ketinggalan semata-mata untung seimbang dengan budak lambat.
I am a Maths teacher in Singapore. The number bonds method mentioned is similar to how we teach our Primary 1 students. It allows them to think of other possible ways to derive the answers other than drilling them with the mechanical sums.
I love how the general consensus from the public is that the current education standards is too high or too complicated.
No shit you dimiwits, what does it tell you about the future generation if education standards remains unchanged?
Good method actually
At which pri school?
Malaysia cannot compare with Singapore. Malaysia does not have qualified teacher to teach the method especially in rural areas. My sister did not learn this method but she still succeed in life becoming a Professor in Mechanical Engineering.
@@merongmahawangsa9240 its not about teacher's qualification. Its a new method for Malaysia where even the teachers does not knew bout it before it was revealed in a new syllabus. How to teach when it is a new thing for teachers too.
Akhirnya nampak ramai org2 positif kat sini. Tahniah.
Smlm ak explain matematik ni kat wife ak lepas ktorg bncg pasal cikgu viral tu. Wife ak tnjuk, n suru ak try buat. Ak buat n explain mcm admin explain.
End up, ak tdo d luar.
🤣
ok fine haha
😭😭
Inspired story.
For so long I was a such loser on understanding math... But, since I was 12 yrs old, it changed. Now, I'm so proud of myself on getting the highest marks in math among all of my classmates. It's hard to say that it's easy, but because of my creativity, I can now learn more challenges in math. And more thanks to Abang Ajar for teaching me to be a successful person. I hope one day, I can make my parents proud 😊
Ade Salah sikit ayat English tu , overall okay
overcome is the word you're looking for
@@rosnahramli5677 lantak la janji fhm
Good luck 👑
Saya ingat lagi masa saya masuk Universiti. Antara soalan pertama yang saya utarakan ada cara pendidikan matematik yg menyukarkan pelajar untuk faham. Saya rasa matematik sebenarnya mudah... tapi lecturer saya kata dia rasa matematik ni subjek yang susah untuk dia. Speechless terus aku sebab tak tahu nak terangkan camne.
Dulu kecik2 belajar matematik, saya dulu struggle sgt hafal2, tapi cepat tangkap konsep & kreativiti. Memang jenis student xboleh ikut 100% cara cikgu ajar. So saya sangat approve dengan silibus matematik mcm ni dari awal usia supaya murid2 dapat pendedahan matematik advance.
Ingat lagi masa saya form 4 time tu baru diperkenalkan dgn addmath, fail setiap exam. Bile dh form 5, dah adapt dgn konsep addmath, dari gred fail dapat B Dan akhirnya dapat A dalam SPM :)
Ak rasa cikgu la paling penting, Ak tak pernah lulus addmath dulu.. SPM pun cukup2 makan je, masuk matrik differentiate ngn inergrate pun ak tak tau sebab cikgu ak skip part tu time sekolah.. Sebaik time matrik ada sorang pensyarah ni dia ajar ak, satu malam je ak cover both topic.. senang cara dia ajar sebab semua benda yang ak tanya terus dia jawab, basicly math ni logic je.. Tapi bnyk cikgu sekolah menegah dia buat math ni macam kena ikut prosedure.. Tu buat ak bnci gila ngn addmath… Tapi end up ak dah graduate as Fizik student, memang nasib baik gila aku jumpa penyarah math kat matrik tu.. Dia yang ubah cara pandang ak kat math kalau tak sampai sekarang ak still ingat math ni kena ikut procedure je.
Ia cuma, Qaeda penerapan cara cara Kira
Tapi atur cara dia terang keadah ini, mungkin kalao korang tak paham lagi mungkin korang lahir sebelom zaman kalkulator atau lahir di hutan borneo
Memang bagus untuk membuka minda murid dan masyarakat terhadap kaedah alternatif untuk menyelesaikan masalah matematik. Tapi mengajarkan banyak jalan kerja bukanlah teknik yang terbaik kepada murid2 tahap 1 sebab menambahkan beban. Ya, nak tanamkan kreatif tapi hafal 2 atau 3 jalan kerja untuk 1 permasalahan instead of 1 seolah-olah defeats the whole premise.
Tak cukup dengan tu, kita ada isu dimana letaklah jam mengajar matematik banyak mana pun takkan cukup untuk habiskan sukatan tanpa ada rushing. Lagi2 sekarang ni sukatan makin berat. Lagilah sakit nak habiskan sukatan tanpa ada seorang pun tertinggal.
Lagipun murid Tahap 1 masih belum bersedia untuk menerima konsep kritis dan kreatif dalam pelajaran selain melukis dan mewarna. Untuk tahap mereka baik hafal dulu sikit2, silibus slow down biar semua boleh catch up. Bila semua catch up dan tak rasa beban nak hafal jalan kerja lagi banyak, lagilah depa minat matematik.
Tahap 2, budak2 mula menerima kreatif dalam pelajaran melibatkan permainan. Masa tu, kita nerf bahagian pengiraan, angka dalam operasi empat sekawan kita kurangkan biar senang depa faham. Menjimatkan masa pun ya, boleh optimize untuk pengenalan teori matematik yang 'berat' seperti teori set dan graf.
Betul ada banyak cara lain.. bagus lah.. senang utk budak² belajar.. tapi saya still rasa cara belajar dulu lagi senang utk paham.. tapi saya belajar 18 - 9, pinjam 1 pergi ke 8 dapat 10, bukan 1.. sbb nilai 1 tu adalah 10.. so bila 8 pinjam 1, dia actually pinjam 10.. so 10 tolak 9 dapat 1 tambah balik pada 8 dapat 9. Selesai problem.. zaman dulu punya cara buat kita imagine dengan apa yg kita ada.. x boleh tambah satu yg x tau datang dari mana tu.. settle kan benda dgn apa yg kita ada. Sa, puluh, ratus, ribu yg kita belajar tu bukan saja saja.. ada guna.. bukan gunanya utk membaca nombor tu saja.. tapi utk bnyk benda lagi.. tapi bagus lah kalau ada bnyk cara utk selesaikan satu masalah. Just bagi budak budak tu sendiri itu mungkin satu satunya cara yg ada untuk selesaikan soalan.. sbb depa belajar yg tu ja.. dalam buku teks, buku latihan semua ajar cara itu sahaja.. dan cara tu membazir masa utk 40 minit paper math.
Dan org akan kritik pulak.. batch dulu² just belajar utk paper, utk exam. Yes we are. Tapi tengok lah. Kami ramainya mature lebih dari budak budak yg terlampau senang lenang tanpa tekanan exam. Main game itu ini, lalai x sedar study "relexlah kami x ada exam pon.. upsr pt3 mana ada" dan kemudian hanyut dengan tiktok, pubg, ml etc.
Yaa sama dgn cara saya belajar. Bersyukur saya di ajar oleh cikgu saya dulu. Mmg sgt bermanfaat guna sampai harini.
Btl, apa salahnya jika dikekalkan dgn cara ajaran yg lama.. Zaman kita dulu, jika kiraan bergini selalunya di ajar d pusat tuition. Jd bawah bimbingan guru tuition. Jd add on value utk pelajar tersebut. Jika diterapkan dgn cara terbaru mcm ni dlm keadaan kelas yg berpuluh pelajar pasti ada yg tercicir. Kerja sekolah dibawa blk ke rumah,kita ibu bapa yg tak tau silibus baru mcm ni pasti lah tergaru garu kepala.. Mudah mmg lah, bg jawapan tanpa jln kerja. Tp bkn semua org blh adapt tanpa proper guardian...
Betul bro.... Mathematics is all about logic, not magic.... Bukan hanya nak dptkan jawapan betul semata2 dlm soalan, tapi lebih kpd pemahaman bagaimana jawapan itu dtg......... Setiap nombor tu ada value..... Mcm mana nak kaitkan formula magic tu dlm kehidupan harian?..... Jika nk bagi anak2 ni berfikiran kreatif, wajar wujudkan subjek baru "problem solving dan critical thinking"utk tingkatkan kemahiran berfikir....
Lela..yang ini saya setuju 👍
kene ingat fitnah dajal dlm ilmu pengetahuan pon ada ye hati2 guys bykkan baca surah alkahfi semoga selamat dr fitnahnya. amin
Cara tu tak salah pun, lebih menyenangkan. untuk murid baru tahun 1 memang susah la nak faham sebab basic calculation pun x ada dan x biasa lagi. Sepatutnya mereka perlu diajar cara basic dulu, baru diajar trick ni. Tapi tu lah, dalam periksa dan latihan suruh guna trick tu terus, sedangkan basic tak dikuasai lagi dan ada banyak cara nak selesai soalan asalkan dapat nilai yang betul. Ini kalau tak guna cara tu ditanda salah terus hmmm
Setuju. But the best trick is kira pakai jari. Saya dah umur 40 still kadang2 masih perlu pakai jari utk kira.. but spm matematik saya A1!
Betul, asas yang kuat lebih penting dari tips and tricks. Bila asas kuat, kita ingat sampai bila bila
stuju bos sbab basic darab pun fail lagi yg pelik2
Mmg bodoh orang yang sokong cikgu fadli otak udang tu
kene ingat fitnah dajal dlm ilmu pengetahuan pon ada ye hati2 guys bykkan baca surah alkahfi semoga selamat dr fitnahnya. amin
Sy suka cara dia melihat isu ni. Instead of condemn, kita cari solution. Its come back to how creative the teacher & parents to adapt to the new system
betul..daripada condemn..kita adapt benda nih..
how the parent from rural area to adapt to the new system...how many percentage of parent who smart enough to be creative in malaysia...
boleh cuba jadi cikgu nak terapkan pelbagai method end up jadi jem banyak sangat method
@@undertaker4476 stick to the old system, biar susah hafal, jangan sampai method banyak sangat. Bila banyak method, still method yang kena hafal. contoh macam tambah, kalau tambah, yang satu side kena tambah, the other side kena tolak. Tapi kalau penolakan, dua dua nombor kena tolak juga. Hafal ni sekali je insyaAllah ingat sampai bila2 contoh macam sifir.
@@m.s.idrischannel5655 kau suka hafal dan jawab atau faham dan jawab mestilah senang faham dan jawab kan ? Hidup jangan bodoh sombong , jangan jadi ego
Matematik sangat menarik. Banyak cara yang kita tak pernah bayangkan boleh dapat jawapan. Kena faham situasi di sekolah untuk murid. Tak semua sama. Terbaik bro Ajar👍👍👍
Saya Dari dulu lemah dalam math tp sampai satu masa waktu darjah 6 baru Saya tersedar tentang math is eazy and after that baru aku jadi creative untuk buat penyelesaian math dengan cara sendiri
die macam ni je... basic kene mantap dulu baru boleh cerite nk creative... so if darjah satu dh kene belajar cara buat creative macam ni, maksudnye ibu bapa kene ambik peranan untuk ajar pengenalan tambah&tolak kpd ank, sebelum sekolah rendah lagi... baru anak tu nnt tak pelik dengan cara selibes sekarang ni and faham ape yg cikgu ajar... ini bukan masalah selibes yg tinggi tp kite kene bergerak lebih maju... ✌️ #ayohMalaysia
Saya percaya, semua cara mesti di ajar pada zaman muda. Matematik perlu imagination/flexible/adaptable.
Setujuuuu
18-9 : Buat bentuk lazim, Pinjam 1, letak 10 kat atas no. 8.. Barulah senang nak tolak (10-9) jadi 1. Pastu 1 + 8 = 9… Dapat jawapan 9
Yup btol... sy guna kaedah nie jer just 10-x(small no.) dari sekolah rendah.. alhamdulillah constant A dari sekolah rendah-SPM97-Uitm... sekarang as Engineer di TNB.
Anak2 sy pon sy ajar method sama old skool pinjam sebelah dpt 10 then 10 tolak nombor bwh dan tambah nombor asal.. Just guna 10 dan kreatifkan utk pelbagai contoh2 soalan..
Pd pendapat sy terlalu byk subject membebankan peringkat kanak2 sekarang. Itu blom kira wakil skolah dgn sport dll etc xtvt keluarga & masyarakat sy di kampung 80an-90an dulu. So x balance antara study dan kehidupan. Sekolah pagi + Sekolah Petang + lain2 xtvt kampung..
Alam University agak though sbb sy pelik Profesor ajar math tapi Just bawak marker tanpa persediaan wah senang sgt hidup Prof x ikhlas mengajar di ipt. Pd sy better pecat lecturer dan gantikan dgn lecturer yg btol2 focus utk sharing ilmu. Bg impact pd student agar creative utk penyelesaian masaalah. Sepatutnya diperingkat ipt lecturer menjadi contoh agar student lebih terdorong utk impact kreativiti yg besar etc sharing menghasilkan penemuan2 kaedah solution sesuatu masaalah. Pelik btol dah sampi ipt pon masih hafalan😂.
Alam pekerjaan is the best lebih mudah just simple excell boleh solve pelbagai cabaran. Kunci kejayaan memang constant creativity utk apa jua bentuk permasaalahan. Alam pekerjaan lebih kreatif sbb kita senantiasa update@comparing our technology dgn lain2 negara dan lain2 standard etc ieee, iec, ansi dll. Dgn method comparing dicampur creativity kita dpt enhance our knowledge utk sama par dgn lain2 negara. Tapi sayang pendekatan seperti ini tidak berlaku di silibus kementerian pendidikan samaada sekolah rendah, sek menengah, ipt. Silibus kita mcm syok sendiri pon ada sbb silibus x link dgn dunia pekerjaan sebenar. Jika kementerian fhm maksud creativity InsyaaAllah kita dpt generate generasi yg mantap utk kesinambungan kejayaan negara.
Cuma kesian kat generasi sekarang mereka tidak dpt fokus kerana beban subjek dan silibus yg ke laut. Masing2 mengejar A & Masing2 mengejar Ijazah yg jauh dan tidak sama dgn dunia pekerjaan sebenar.
Sbb itu ramai parent memilih utk bentuk@ajar sendiri anak2 sbb kami tahu silibus subject byk ke laut.
Itu blom sentuh subject pendidikan seni yg pd sy kos peralatan seni lebih mahal jika kita kira dari darjah 1-6 sbb mcm2 beli😂.
Utk menjadikan kita btol2 maju goverment perlu reform semula minimizekan silibus as simple as it is sbb mereka baru kanak2 yg mengenal dunia.
Kurangkan subjek dan silibus. Lebihkan pendekatan agar kanak2 senantiasa kreatif utk penyelesaian masaalah.
Smoga cikgu2 & lecturer dpt terima apa yg sampaikan sbb buku teks@note yg di ajar oleh cikgu&lecturer x semua masuk exam. That means kelemahan jelas berada di buku teks@nota rujukan. Bahasa pasar dia ajar lain exam lain yg menyebabkan student gagal. Sistem nie yg buat gagal.
Creativity subject adalah cikgu yg terbaek. Kreatif = adapt surrounding = exlpore beyond normal.
Sekian sekadar pandangan dari kelahiran 80an.. Maaf jika ada kesilapan..
Apa yg sy sharing ini adalah sample kehidupan. Utk subject math sy mmg skor dari darjah 1 dan sy fhm kenapa ada kwn2 yg ketinggalan dan merasa susah ketika itu(kerana x semua manusia boleh adapt pada waktu yg sama oleh kerana kepelbagaian faktor yg sy share).
Nombor belasan ni klu buat bentuk lazim memang pinjam2 pun mcm tu juga jadinya haha.
18 - 9=9... Betul juga cara tu, mudah kira dlm bentuk lazim 9+1=10, 18 ikut tambah 1=19.
Jadi 19-10=9.
Klu ikut cara budak darjah 1 sekarang, suruh pecah2kan nombor, lagi pening budak nak faham.
Aku masa zaman sekolah selalu gagal matematik.. Aku suka buat cara aku sendiri, jawapan betul, tapi cikgu kata cara salah haha.. Aku lebih kpd seni, bukan budak matematik, jd aku cuba dgn cara menggambar dan kreatif haha.
Tapi patut budak sekolah rendah beri cara mudah, jgn beri cara yg pelik2 yg tahap kemampuan daya fikirnya masih nak mengenal asas pengiraan tetapi suruh selesaikan dgn cara aras tinggi. Bagi faham dulu asas, barulah masuk aras tinggi. Dulu tengok anak buat pengiraan ikut buku teks memang pening nak jelaskan.
setuju. aku dulu masa darjah 1 & 2 fail math sbb budak seni dan cikgu asyik kata guna cara salah... tapi masuk darjah 3 aku tak dengar cakap dan kira ikut kefahaman sendiri. Selepas tu hingga ke form 5 dapat A math, Add math pun straight A+ tiap exam. Matematik adalah subjek yg memerlukan kefahaman, bukan hafalan. kaedah2 pengiraan tu semua hanya untuk bantu mudahkan proses kiraan, tapi kalau matematik ni dapat difahami, semua kaedah2 tu dapat direka sendiri ikut kreativiti.
Personally bg sy, Kementerian Pendidikan perlu bukak minda, lihat negara luar bagaimana mereka ajar kanak2 bawah 12 tahun dan amik data. Sbb economy dan kemajuan negara terletak pada pelapis negara. Mcm contoh, di Jepun kanak dia ajar "moral/adab" dahulu sebelum mata pelajaran lain. Sbb kalau dok dkt dalam office je mcm mana negara kita nk maju n bersaing dgn negara2 lain.
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد"
Rasulullah bersabda : "orang utama bagiku di hari kiamat kelak ialah orang yang paling banyak berselawat"
akhirnya abg ajar telah mengajar pendidikan yng memang ada dalam buku teks. yaaay.
Hahaha..indeed...
KPM dah lama rancang.. Haziq je yg lalai🤣🤣
Komen paling win ni😂
@@intan7 Betul...
ilmu tak akan habis, jangan pernah berhenti belajar. thanks ajar untuk pencerahan. 👍😊
Memang inilah sebenarnye konsep new maths. Tetapi.... Saya Cikgu sekolah rendah, memang tahun 1 kalau Kita introduce banyak Cara at once, memang pening budak2 Tu. Kita yg dewasa ni memang nampak mudah, tapi pening kalau jadi murid. Untuk pengetahuan semua, kurikulum semakan 2017, first batch dah cecah tahun 6. Kelas belakang sekolah saya tolak pon X lepas lagi. Huhuhu... Saya X pernah jumpa batch thn 6 yg X boleh selesaikan operasi tolak. Saya ajar kelas yg sama subject English, they can learn just fine. Tapi kenapa math dieorg macam give up shut down terus? Sebab yg asas pon depa X boleh kuasai. Macam mana nk kuasai kalau banyak sgt jalan penyelesaian yg mereka kena belajar? Peninglahhh... Masa math dlm jadual seminggu 5 masa je. Tahun 6 dah belajar insurance. Tahun 1, pecahan dah belajar. Sains tahun 1, bab 1 kemahiran proses Sains..... Haha...
I have no qualms against new maths, but I guess it is unsuitable to cram the whole ways of solutions in the pupils' text book. Kalau include dlm buku guru takpe, so it means Cikgu boleh pilih2 Cara untuk ajar ikut kesusuaian, tapi in the pupils' text book?? Have you seen the dskp? Dan item2 yg kiteorg kena tanda untuk PBD? 🤣🤣🤣
Ramai Cikgu yg pro exam, demand nak adakan semula UPSR. Kerana ketiadaan UPSRlah murid malas belajar, kata mereka. Salah. Sebab syllabus yg terlalu tinggi telah membunuh kemahuan murid untuk belajar... This starts after kssr semakan 2017. I wonder if they are aware of this.
Agreed.
betul..end up murid2 akan tetap refer to text book..tp boleh ka kita suruh KPM masukkn cara altenatif tersebut?
@JOHAN L yes, adik saya darjah 6 , dlm buku maths dia ada tentang insurance, dividend..🤣
Nasib tak ada silibus cara² nak jadi menteri kewangan. 🤭
wow! seriously susah giler eh budak2 zaman now kat sekolah. kena belajar cpt dlm ms yg singkat. takde penerapan belajar perlahan smp faham @ suka dgn pelajaran supaya tak bosan dan dapat adapt utk setiap pembelajaran ke.. sy dulu ms sekolah rendah suka belajar even tgu giliran mandi pagi (sb adik beradik ramai) masih buka buku depan bilik air haha suka belajar mgkin sb semulajadi dan tak byk attraction hp, internet etc mcm zmn skg.
Yea sya setuju..sya seorg guru mmg ini yg kami hadapi..tidak pernah menyalahkan pelbagai cara .tapi perlu sesuai dgn tahap dan pemikiran murid..ada murid tahun 1..nombor 1 hingga 10 pun masih belum kuasai..ini ditambahkan lagi dgn pelbagai topik yg tidak sesuai dgn usia mereka..kesian anak2 ini..
Betul tu, subj math ni subj yg kreatif. Tu yg saya smbg deg in Math Buss. Dan saya mmg peminat subj math. Cara saya berfikir pun mcm dlm buku teks baru ni.. sampai kadang2, kwn saya pun tak fhm mcm mana otak saya berfungsi😂..
Cara baru ini sudah lama saya amalkan 45 puluh tahun dahulu disekolah rendah disebabkan kurang mahir dan tidak suka menghafal sifir matematik. Namun jalan pengiraan tersebut tidak diterima oleh cikgu disekolah walaupun jawapan adalah betul. Dengan cara melaraskan atau membundarkan atau mengenapkan nombor maka matematik akan jadi lebih mudah.... Tidak perlu menghafal banyak no dan sifir.... Dimasa itu jawapan dan jalan pengiraan mesti ikut buku sekolah. Jika tidak ia akan dikira sebagai salah walaupun jawapan adalah betul.
Saya setuju dengan cara baru menyelesaikan masalah matematik ni. Cuma jangan diwajibkan anak2 utk menjawab dalam peperiksaan guna 1 metod sahaja. Anak2 bebas menggunakan metod yang mereka suka asalkan jumpa jawapan nya.
Yg jadi mslhnya skema pemarkahan yang bila murid buat cara lain,nanti cg tknk terima
For me, masih trlalu awal utk try method ni. Sbb darjah 1, rmai lgi masih lemah dalam penambahan penolakn no biasa. Mungkin boleh try selepas darjah 3 ke atas
Abestu kau nak start dari darjah berapa ? Kalau nak kuatkan foundation kene dari awal kan ? Melentur buluh biar dari rebungnya ? Nak start dari umur 1 tahun ? Kesian rakyat malaysia mostly bangang 2
Awal? Kenapa kita xnak JD negara yg cepat?
@@amokmox bkn taknk jdi cepat. Tapi kalau basic pon diorg tk boleh kuasai, lagi kan yg advance ni. Budak2 skrg, balik sek merungut tak tau nk buat keje sek. Last2 parent yg tolong bgi jwpn. Boleh nk terapkn, tpi kukuhkn basic dlu time darjah 1. Bukan main terjah, semua nk sumbat, last2 apa2 pon tak dpt
Lemah sbb takda rangsangan kreatif, sbb tu anak2 orang cina cerdik math. guna cara kreatif math dari usia awal.
Betul...masih terlalu awal...boleh terapkan pada darjah 3 keatas patutnya
Yup, aku sokong. Aku dah masuk uni baru tahu math ni manipulation je. Soalan complex sangat kita ringkaskan baru mudah jawab. Padahal method ni dari sekolah menengah form 2-3 lagi dah ajar tapi cikgu tak pernah bagi explanation math macam tu. Kena cram nombor pelik pelik wajib ada step itu ini baru dapat jawapan. New method ni hanya baru di Malaysia di jepun contohnya dah buat lama dah jauh lagi advanced. Sekolah rendah diorang darab pakai lines je. Garis sini sana kira intersection kiri kanan pastu tambah terus dapat jawapan.
So dorg cuma persembahkan soalan dgn cara lg complex saja padahal benda tu still benda simple sama mcm kita diajar dlu.. I actually like the new method sebab dia paksa otak kita utk cuba selesaikan dgn lg cepat.
Bab sifir tu betul. Kena hafal. Siap ada quiz masa perhimpunan
Tahniah cikgu. Penerangan yang bersahaja tetapi jelas. Saya sokong cikgu. Saya sokong Kurikulum ini.
Selepas lihat video abang haziq ni, saya dah mula rasa cara ajar matematik darjah 1 ni lebih mudah dari cara lama. Saya sekarang ni kat sekolah menengah memang ade masalah kalau nak selesai soalan macam 54-49. Sikit2 kena amik kalkulator. Leceh jugak lah soalan mudah gini guna kalkulator. Tapi yang bermasalah ialah bukan silibus tu tapi sistem pendidikan kita tu sendiri yang bermasalah. Beg berat, matepelajaran banyak, prasarana sekolah yang dah uzur. Pendapat saya ialah masa persekolahan haruslah disingkatkan. Macam pukul 1 selalunya habis disingkatkan jadi 12:30 dan diambil masa 1 jam atau 1½jam tersebut untuk belajar ilmu fardu ain(tauhid, fekah, akhlak) sebelum balik ke rumah. Jadi murid akan balik pukul 1:00 atau 1:30 (mungkil kul 2 kalau sekolah suruh solat dulu) jadi murid adelah masa untuk rehat dan bermain waktu petang.
mak bapak skrg kerja.. balik jam 5-6 ptg.. klu murid blk awal, anak2 terbiar, sbb parents belum balik.. xpon anak kena transit mana2 sb xda org kat rumah.. dlu dan skrg berbeza..
Pendidikan islam dan kelas KAFA sama. Lepas sekolah pshi pi pulak srk agama
tapi bagi saya cara ni lebih leceh berbanding cara kira guna jari sahaja tapi berguna untuk diorang pada masa hadapan bila diorang akan hadapi. Time sekolah rendah saya cuma kira manual guna jari dan saya congak je. Patutlah saya dengar dari junior2 ( saya form 5) ada cakap pasal benda yang bunyi macam persamaan algebra je.
@@rajaabdulhassanrajaomar1213 2 2 ajar pasal Islam tapi kelas KAFA ajar lebih terperinci tentang hal2 berkaitan fardu ain
Itu lah adik😅😅, sekarang heboh pasal kes Cikgu Fadli perjuang kan berkenaan luahan hati beliau.. mengatakan sistem pendidikan yang ada sekarang ni di Malaysia ni sangat celaru.. dengan beg sekolah pelajar yang berat.. sistem peperiksaan yang menekan pelajar.. bukan itu sahaja.. KPI nak yang bagus sahaja, tapi realitinya kualiti pelajar sekolah semakin merosot.. orang atasan tidak boleh ditegur.. macam² ugutan akan diterima jika ade orang awam atau guru sekolah yang mengkritik arahan daripada pihak atasan
Isu yg diperjuangkan cikgu Fadli antaranya ialah kurang waktu belajar mata pelajaran Matematik. Mudah2an anak2 kita dipermudahkan urusan olehNya utk menjadi hambaNya yg terbaik.
Cikgu fadli ni otak sempit memundurkan otak
Bagi cikgu yg minat seni, dia akn minta tambah masa seni pula. Akhirnya semua subjek nak tambah masa
Fadli ni bg je borang PH.. senang cerita
@@azp05 biar betul.. aduhai niaya kita kalau jadi isu politik.. ph tu kan bersrkongkol dgn orang kafir yg menentang Islam
@@PemadamGergasi ko bodoh kot nak samakan math dgn seni..
I remember when I was in UPSR, I was really stressed to do a big caculations and I believe that time is really need to be fast to answer all of the questions (E.g Math paper 1 in 1 hours 40 questions objective, paper 2 in 40 mins 20 questions subjective). I practiced really hard to answer all of them. At that time, I learned some shortcuts that I discovered myself. To be frank, I can't believe that I managed to come this far cus of all of my hard work. When I was in high school and foundation, I found out that the discovery I had done is actually being taught in that syllabus. (mathematics laws) Right now, I believe the new system for math for primary school is sufficient enough to give them headstart with creative thinking.
Same bro. We discovered ourselves how to solve the mathematical problem with different approaches. At that time I felt I was genius, then a week later the syllabus was introduced. Hahahaha
Upsr?!! 😂😂 rindunya... Tah lah aku rasa kalau amik upsr yg dulu balik ni confirm fail jugak.. Dah 40an ni...rasa mcm lg pening bila tgok nombor aduyaiii
channel ajar ni banyak buka minda saya. i was so lost masa dekat uni, sampai hilang minat untuk belajar. sebab masa sekolah dulu saya perform semua subjek sebab guna cara cram otak macam encik ajar cakap tu. memang betul, lepas masuk uni rasa macam sangat tak pandai, rasa lost sangat. tapi lepas dengar penerangan ni, saya rasa saya memang perlu ubah cara saya berfikir dan cara saya menyelesaikan masalah. sekarang bukan lagi fasa untuk hafal dan cram semua info tetapi kita kena kreatif dan mempunyai kefahaman yang baik untuk menyelesaikan setiap masalah matematik. thanks for the sharing!
Orang yang berada di lapangan lebih tahu. Saya sgt yakin semua cikgu adalah cikgu yang terbaik Cikgu sentiasa berusaha menyampaikan ilmu kepada murid sbb ituadalah kepuasan diri cikgu
Ni akhir zaman dah terbalik yg benar dikata salah yang salah dikata benar , kalau dulu ulama pewaris nabi tapi sekarang ulama sejahat2 manusia , teruskan membutaa
@@anakkampung-zz2vr pelik2 je komen ko ni, banyak sangat tengok youtube ni.
Matematik sangat mudah kalau kita amalkan pengiraan menggunakan kalkulator
😂.. betul2... +-x÷x kisah berapa juta nombor satu saat dah settle ..thanks kalkulator
You know what? In trading outliers are usually right. Outlier ni ialah seseorang yang goes against the crowd. Ramain yg menentang perkara ini to stick to the same old way. Put more faith on your child. It's time to be creative. Work smart not harder. Saya sokong Ajar 100%
menarik, approach matemtik secara kreatif.sgt setuju.
cuma persoalanny, sesuai ke pd darjah 1? mgkin darjah 2,3?
darjah 1 utk perkukuhkan perkara basic,3m.membaca menulis mengira.(bkn semua budak masuk preschool,tdika,etc, seawal umur 5 tahun).
kukuhkan asas,bina foundation,then cabang kreativiti.
*just personal opinion
Budak darjah satu sebahagiannya membaca pun Tak tahu atau merangkak-rangkak. Sama dengan mengira.
Sesuai darjah 1. Lg cepat tangkap lg bagus. Kalau yg merangkak tu mcm biasa lah. Masuk kelas pemulihan..
@@n4kn4 Tak smua pandai congak. Tk smua tau brapa bezanya antara dua no tu. Brapa gap nya. Method ni umpama memudahkan budak bijak pandai je. Dan menyusahkan lagi budak yg kurang bijak pandai
Darjah satu belum pandai nak congak. Realistik la.
@@ummikalthumhanapi7411 sbb tu lah pergi sekolah. Untuk belajar dia tgh ajar asas congak lah tu. Aduh. Pelik betul pemikiran..
Aku syak, Ada pihak2 yg nak jatuhkan Minda anak2 skrg melalui sistem pendidikan. Dan pihak ni bukan biasa. Mereka boleh control org2 Besar kerajaan. Aku syak laa. Wallahualam.
pada saya pemahaman konsep tu paling penting, bila dah faham konsep baru boleh dipelbagaikan kaedah kreatif dlm penyelesaian. yang sering menjadi masalah besar ialah tak semua dapat faham konsep dengan pantas, jadi bagi menampung kekurangan ini, latih tubi yg menjadi salah satu langkah utk budak2 faham konsep dan lekat dlm minda. main point is kefahaman, bila dah faham, bagi soalan yg melibatkan beratus ratus digit, insyallah boleh selesai.
p/s: is not about the solving, is about u know what are u doing actually.
Pada saya beberapa kaedah baharu seperti ini diajar sebagai tambahan semasa darjah 2. Bukan semasa darjah 1. Pelajar darjah 1, baru nak kenal dunia baharu dan ada pelajar yang datang daripada golongan yg tidak terdedah kepada nombor secara asas. Biarlah pelajar darjah 1 belajar perkara2 asas sembil belajar untuk berkomunikasi/berinteraksi selain daripada ibu bapa mereka sendiri. Beri ruang untuk anak-anaik kecil darjah 1 untuk belajar membaca/berutur/ dan belajar perkara-perkara asas. Perbanyakkan pemupukan nilai dalam kehidupan. Kalaulah anak-anak ini tak jadi jurutera, sekurang-kurangnya dia jadi peniaga yang pandai mengira tambah - tolak dan bersifat jujur.
Saya setuju dengan method ni bang Haziq.. tetapi saya kurang bersetuju diletakkan sebagai silibus darjah 1.. pada pendapat saya, semasa darjah 1,, cikgu2 dan silibus yang ada perlu merangsang keseronokan dan menarik minat mereka untuk belajar sesuatu subjek.. berbeza dengan abang Haziq,, mereka tidak seronok pun jika mendapat jawapan yang betul. Mereka lebih kepada mempersoal, "lepas dah dapat jawapan lepastu apa cikgu?" Itulah ungkapan kepada seorang cikgu matematik kenalan saya di sekolah rendah. They dont just absorb. Di expose kepada telefon di awal usia mereka mempunyai pemikiran kreatif dan visual yang terlalu tinggi dan skill reasoning mereka berkurang dek angan - angan.
Jadi bagi saya cara ni memang bagus tetapi untuk darjah 1, perlulah lebih kepada menarik minat pelajar untuk belajar sesuatu subjek.
Terus lah jadi bodoh ya
aq setuju yg ni...
Setuju sgt. Bukan semua budak 7 thn ada tahap pemahaman yg sama. Yg penting mcm mana nk tarik minat dorg belajar tu.
saya guru kafa pun merasakan subjek untuk dorang ni agak lain semasa kita kafa awal 2000 dlu hahah tapi budak2 sekarang terbuka sebab dorang ada gadjet, cuma silibus tu mungkin kena tngok balik
Terbaik..ilmu yg menjadikan otak lebih berfikir mencari solusi...
Lepas tengok konten ni terus mudah paham n hadam..klu tau cara rupanya mudah je..tq cikgu😁👍
Saya pernah mengajar matematik tahun 2 dan 3 beberapa bulan sebagai guru ganti selepas murid boleh hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
Dan situasinya sangat-sangat membimbangkan.
Setengah daripada kelas tak pandai mengira walaupun menggunakan jari. Kalau kelas cuma 15 orang murid, boleh lah kita nak fokus dekat budak bermasalah. Tapi kelas pun dah 40 orang dan bukan semuanya malaikat.
Sangat kesian dekat guru dan budak pasca covid ni.
Betul, perkara ni kena tengok keadaan dan praktikalitinya. Jangan sebab hanya peratusan kecil yg faham, terus kata benda ni bagus untuk murid malaysia. Nisbah guru dan murid dkt malaysia ni 1:40 . Kena tengok big picture la.
Problem dia cikgu2 ni. Bila kpm perkenal silibus ada kursus utk cikgu² ni dtg dan belajar. Tapi biasala cikgu kan pandai. Pandaila mengelak dari datang kursus. Bila semakin meningkat silibus jadi rasa susah. Budak² la jadi penceritaan utama konon terbeban dgn silibus sedia ada
@@pelayarzero7805 mesti org KPM atau PPD ni :p . Cuba la ajar kelas yang 30-40 orang benda ni. Nanti bagitau hasil dia ya.
@@meer7391 bro kalau tgk buku medic semua tebal lebih 2 inci. Ko gi hafal ke? Hahahaha. Ko g faham concept and principles. Ia membantu dalam semua problem solving. And NO. neither kpm nor ppd ppn mn atau pn
@@pelayarzero7805 dah kenapa ko sembang medic lak ni? Ni cerita budak darjah 1. Ni mesti budak lagi ni. Takpela dik, ko tunggu ada anak nanti ya.
Sebenarnya kaedah matematik ni bagus n lebih mudah. Budak2 kalau diajar kaedah ni dari kecik, makin besar mahir n kreatif. Ibu bapa yg bergelar guru pada zaman ni mungkin tau kaedah ni. Yg bkn guru haaaa.. memang pening aahh. Jadi mcm mna nak ajar anak kat rmh utk siapkan keje skolah. Spatutnya kaedah ni pastu dketghkan juga utk ibu bapa yg mungkin belum faham. Sbb majoriti nya cara pembelajaran mereka dahulu sngt la berbeza. Kaedah matematik yg mcm kat oversea slalu dah sy tngok mcm ni. dari dlu lagi. Khusus nya kat Jepun, UK, negara paling dekat, SG. mula2 tngok mcm advanced jugak la. Malaysia je mcm baru upgrade. Tapi bila upgrade, terlebih2 plak. Menteri rombak hbis silibus. cari ayat tersurat tersirat. Anak pening buat keje skolah. Mak ayah plak mcm nak masuk exam buat ulangkaji silibus baru utk fahamkan anak
Bnda ni memang bagus, tp kena faham, kalau budak x faham, ibu bapa yg kena tolong, tp bnyk mana ibu bapa yg berpendidikan, lebih2 lagi di kampung2. Negara yg disebut tu level negara maju, kita negara membangun, bole je nk apply bnda ni cuma pendidikan kena start dari umur 4/5 tahun lagi, supaya budak2 mahir basic dahulu. Dan saya x rasa ramai yg pndai tambah tolak mahupun membaca dari tadika.
Dia bukan masalah paham dia masalah minat kalau dari kecik sudah menunjukkan sesuatu macam ni murid akan menjadi stress...jadi saya sokong ajar dengan memberi kebebasan kepada murid untuk menjadi lebih kreatif
Wow sgt gempak cara matematik utk budak tahun 1. Pada aku inilah latihan utk budak tu berfikir sendiri cari nombor sendiri dan selesaikan masalah sendiri. Kalau sistem saya dulu semua ibarat straight forward je. tambah2 dah dpt jawapan, tapi skng lebih advance so sape yg boleh buat math ni, budak2 ni kategori budak2 yg bijak, sebab dia boleh Imagine sendiri nombor apa yg perlu agar jawapan atas dan bawah perlu sama. Perlukan kreativiti tahap pemikiran yang tinggi dan congak yang terhebat. Abis tu apa jadi pada budak yg slow?
Betul. Silibus baharu menekankan pemikiran aras tinggi kepada semua murid secara pukul rata. Kematangan berfikir murid terutamanya dari umur 7-10 tahun amat berbeza2. Bukankah asas matematik campur dan tolak perlu jadi kayu pengukur. Dan kreativiti murid sebagai pilihan. Kenapa paksa?
Rempitla. Ape lg. Budak slow boleh belajar vokasional atau tunggu untuk ambil peringkat sijil.
Ye weyh,mcm rugi lak tk blaja ni masa darjah 1. Dulu kene hafal je bnyk😔
@@megatmuhammadaniqmohdfuad5673 ak rsa Kau x phm ni point mamat atas tu
@@ikmalhakimharun3823 aq rasa aq salah reply komen😅
Terima kasih cikgu, amatlah menarik dan seronok dengar cikgu ajar.
Nampaknya ibu bapa terpaksa ajar anak-anak di rumah dengan silibus lama atau luar negara. Sebab itu sistem meritrokasi sangat penting. Siapa yang dilantik jadi Pengarah Pendidikan itu sangat penting. Tetapi kita tidak diajar demikian. Yang tahu masa undi pergi undi. Undi pun kerana parti bukan kerana meritrokasi. Yang tak layak jadi menteri pun boleh jadi menteri. Yang tiada latar belakang kedoktoran pun boleh jadi menteri kesihatan. Wakil rakyat tidak boleh jadi menteri melainkan memang ada kelayakan. Pengarah jabatan kerajaan perlu ditemuh-ramah secara live di Parlimen. Portfolio, akhlak , IQ, EQ, dan resume perlu disemak.
Benda yg kena aware adalah tahap pendidikan ibubapa kat Msia masih kurang dan sistem masih bermasalah. Kalau sistem pun huru-hara mcm mana nak apply benda ni. Apa2pun sistem mmg upgrade dari semasa ke semasa. Dulu 16 tahun boleh habis sekolah. Dahtu 17 tahun.. dah tu diploma sijil semua. Silibus mak saya dulu berbeza dgn silibus saya. Apa yg sekolah rendah aku dulu buat adalah kelas hujung minggu utk ibubapa. Kelas tu sediakan parents. Dulu ramai ibubapa buta huruf turun ke kelas tu (sekolah aku ramai ibubapa petani buruh tu semua). Cuma masalah utama nak praktik adlah kekangan masa. Skrg bukan modenisasi tapi Globalisasi. Jadi jam kerja padat ibubapa nak catch up dgn globalisasi. Mungkin KPM boleh buat pendidikan maya utk ibubapa. Utk sekolah, mungkin boleh asingkan pelajar ikut kategori subjek. Sekolah aku dulu dia pisahkan budak ikut skor subjek Kelas A sampai H (student ramai.😅)utk setiap subjek. Ya aku dulu BM, BI masuk Kelas C. Sains masuk A, Math masuk D. Syukur kawan aku dulu gagal Math terus dapat A masa UPSR. Aku pun dari dpat D je memanjang dapat A. Saya tak pasti berapa byk subjek budak skrg tapi boleh buat kaedah ni utk subjek yg sukar contoh Math.
Kata orang bahasa melayu Malaysia sangat berbeda dengan bahasa Indonesia sehingga sulit di pahami. Tapi saya lihat video ini sangat mudah saya pahami penjelasannya tanpa banyak campur dengan bahasa inggris.
Insyaallah kalau bahasa melayu baku mudah difahami..di indonesia adakah silibus seperti ini di ajar kepada anak berumur 7 tahun?
Say pernah tengok... Tak silap saya, dari Jepun.. stail kiraan matematik orang Jepun sangat kreatif.. saya tengok pon rasa macam, Allah, mudahnya cara kira mereka.. cuma dah lupa cara dia.. kalau tidak, boleh kongsikan kat semua orang di sini😅😅
🙏
Saya jarang komen video kt YT & dah lama xfollow YT Ajar, tp utk topik ni.. Sy nak ucapkan terima kasih sebab buat posting ni.. sebabkn posting ni, sy dpt perhatikan pandangan setiap sisi masyarakat..
Sy xnak bg pendapat spt yg lain, cuma sy ingin ucapkn terima kasih Saudara Ajar; kita raikan saja pndgn setiap org.. masing² punya pengalaman & pandangan masing².. Teruskan berkarya & buat video² ilmiah utk tontonan masyarakat umum.. 👍🏻
Ini adalah episod Ajar yg paling saya suka! Saya 40 tahun dan mempunyai anak darjah 1, saya xrasa silibus matematik baharu ini membebankan. Malah cara kira yg diketengahkan adalah sama seperti apa yg bermain diminda saya bila saya mengira dahulu, cuma selama ini saya anggap logika matematik itu akan datang dengan sendiri bila anak-anak mula membesar. Saya amat mengalu-alukan silibus yang mengajar anak untuk berfikir di luar kotak sama seperti Ajar.
Membebankan sebab taknak belajar ni bukan matematik tambahan , plan graf atau kajian struktur tinggi ni cuma membuta pelajar menjid kreatif sesuai dengan pembelajaran dunia 🐒
bagi pendapat saya, masalah utama dengan pelajaran matematik dulu ni bukan disebabkan pelajar tiada kreativiti tetapi lebih kepada pelajar disekat dengan skema jawapan yang rigid
Betul3. Sbb dulu kalau cara salah walau jawapan betul terus dpt 0. Tapi skrang dh lain. Cara salah jawapan betul bole dpt markah jugak
Huh? Matematik memang la rigid.
rigid macam mana tu?
@@MuhdFaiz769 wajib ikut cara itu shj.
@@MuhdFaiz769 lebih kurang, kene ikut cara yg sudah ditentukan. Dpt jawapan sama tapi cara lain. kira salah. Mesti nak jawapan sama, cara kerja pun sama.
Saya dlu penah jugak buat matematik ikot kefahaman saya berfikir...dan dapat jawapan yg sama dan jln pengiraan yg lebih ringkas tpi sbb tak ikot formula cikgu. ...markah akn dipotong...itu lah sekolah
Hmm, tapi dunia pendidikan sekarang dah lain Bang.. sebab tu untung mereka sekarang, kita dulu rigid & strict sangat. Pastu an, macam subjek add math Jee nii.. tapi kalau ikutkan, kalau Bang dapat jawapan sama, tapi jalan kira lain.. maksudnya awak sebenarnya ada bakat dalam Math tu, boleh pergi jauh tu. Biasanya yang tak dapat markah sebab tak ikut formula ni mungkin soalan tu perlukan jalan penyelesaian yang tertentu je.. mungkin beza cikgu, beza cara mereka
Bila sy tgok video ni baru saya faham kenapa diorang masukkan cara ni dalam silibus Matematik (sebab sangat mudah untuk diaplikasikan in real life) but tak sesuai utk dimasukkan dalam silibus Tahun 1. Sebabnya adalah sy boleh bagitau situasi yang memang jadi dalam real life di mana kalau dalam satu hari tu ada satu masa untuk subjek Matematik. Katakanlah satu masa bg setiap subjek adalah 30 minit.
Bila masuk kelas Tahun 1, 15 minit yang pertama tu hanya masa untuk cikgu gaduh ngn murid Tahun 1 supaya mereka duduk kat kerusi diam2. Campur dengan bercakap dgn kawan2 lagi, pergi kat meja kawan, bergaduh dgn kawan. Lepas tu bila semua dah ready baru boleh start ajar kan. Takkan nak biarkan je yang tak ready tu, nanti ketinggalan.
Lepastu elok2 dah start mengajar, sorang murid tanya soalan, and then yang lain fikiran entah ke mana dah.. ada yang bercakap dgn kawan2 dia pulak sbb cikgu fokus kat kawan yang tanya soalan tu. Pastu lepas dah siap ajar, nak suruh diorang buat latihan pulak. Pastu pensil tumpul la, hilang laa pemadam hilang laa.. kawan ambik buku latihan laa..
ni situasi yang sebenarnya jadi dalam kelas Tahun 1. Kalau ada yang cakap murid Tahun 1 saya takde pon yang mcm ni, then i dont know what kind of school you are attending and teaching sbb pelajar Tahun 1 yang awk ajar sangat2 lah bagus dan berdisiplin. Go to a normal school, at least pergi 5 buah or lebih sekolah and then perhatikan mcm mana sifat pelajar Tahun 1 ni. Berapa percent yang betol2 boleh fokus dalam kelas dan boleh ambil dan faham sebijik2 silibus di atas.
Saya bukan nak cakap perangai murid Tahun 1 ni teruk tau. Sbb diorang berumur 7 tahun. Fokus boleh hilang. Just bayangkan anak2 korang yang Tahun 1 tu duduk kat rumah mcm mana. Because diorang tu kids.
And takkan la nak kena pastikan semua guru yang mengajar tu guru yang garang baru diorang boleh duduk diam kan. That is why I tak setuju silibus ni dimasukkan dalam Tahun 1 punya silibus.
Setuju sgt2 ,me as a parents terpikir mcm mne bdk2 thn 1 nak hadap dgn silibus Bru nie..dgn jadual math hanya 30 minit dlm satu hari n just have 3 days for math subject..lps tu bg kerja sekolah mntk mak bapak tunjuk ajar anak2 ckp kita Salah..sbb cikgu x ajar mcm mne ibu bapa buat...pening gak jdi yer ..anak2 bila disuruh buat ikut cara cikgu ajar,dia ckp x paham..end up parents plak kne study blik cara cikgu ajar kat sekolah mcm mne ..
Setuju. Tq atas penjelasan. Memang dari dulu minat math. Walau tak pandai. SPM satu2nya subjek yang A adalah matematik.
Mantap haziq, penerangan yg membuka minda .. byk je cara pengiraan math ni...benda akan lebih mudah kalau mak bapak pun tahu fomula pengiraannya....
Tahun satu punya mathematics masih ingat la tolong cousin saya buat.. saya pun pening saya tanya dia.. "betul ker awak masuk darjah satu".. ni macam soalan darjah 5.. darjah 5 tiada pula macam tu hahaha.. ada cousin satu umur 8 masuk darjah 2.. belajar literasi bahasa melayu dan inggeris..siap dengan pantun apa bagai..mak aii
Sejujurnya sy sendiri start form 4 baru betul² faham segala fomula² math yg pelik²..hahahaa itu pon setelah bergaul dgn budak² yg belajar add math..tu thn 2004..now 2022 ank sy darjah 1,sy pulak jadi guru math dia kat rumah walaupon silibus tak sama mcm thn 1995 dlu..now mak² pon dh terpaksa study juga utk silibus baru ni..huhuhuu
Kena start dari kecil
Salam bro Haziq, apa yg bro kongsi mmg sama yg terjadi ngn sy. Masa skolah sy antara yg top subject math, dan dgn konfiden nya apply jurusan math kat uni, mmg terasa jadi bengap bila blajar level uni. Bro Haziq untung sbb jumpa kwn yg boleh ajar teknik2 mind blowing, tp sy jumpa kawan yg ajar nfs underground, football manager, pes, dota...hancur terus
@@hatiemas5309 tak boleh overconfident tapi benda betul tetap perlu ditegakkan bukan menyokong sistem lama yang bodoh macam beruk fadil
Waw sya tk trfikr Pon semudh itu..evolusi matematik yg sngt mudh..bgus ilmu ni..
Bahasa cina 1 hingga 10. Semua satu sebutan (sem bi lan=3 sebutan). Itu salah satu sebab matematik murid Cina lebih senang mahir pada permulaan. Biasanya masa tadika dah sudah hafal sifir darab 1 hingga 12.
Klu budak diajar cara susah mungkin akan buat budak give up dgn subjek matematik dan tak nak belajar dan tak minat. Budak2 klu tak minat dia tak nak buat dah. Walaupun cara tu nak bagi budak visualkn nombor tu. Tu yg mungkin buat budak tak kuasai matematik. Boleh ajar cara baru dlm buku teks, tp ajar juga cara biasa supaya ada pilihan. Sbb kemampuan murid mungkin berbeza.
mmg setuju..but pls bukan budak darjah 1..kesian dorang bru nk kenal nombor😔
UPSR sy A matematik... Darjah 6... sy kelas ke 5 dri 7kelas... prnah bertanding antara kelas... kelas ats bnyak gunakn kiraan y lurus ke tepi... sy tetap pakai kiraan ke bawah cra kuno... ya sy kurng pandai... tp upsr sy dpt 4A trmasuk matematik... hasil y sma A... tp cara y brbeza... bagi sy... bukan semua org boleh dengan silibus y baru... dlu pnah dgar pkar motivasi ckp ada org otak kretif... ada org otak hafal... ada org 2,2...
tujuh thn umor muda,otak pun muda,knapa nak penuhkan otak dgn yg menyulitkan,sepatutnya masa ini isikan otak dgn ilmu mengenal diri,kenal tuhan nya....baru lah kanak2 ini menjadi org yg cergas,org yg tawaduk dan hati penuh dgn keimanan...
Penjelasan simple & kreatif. Sy dtg dr kelompok yg belajar math guna method pinjam satu dari number di sebelah memang janggal dgn method yg baru ni.
Thank you Haziq for speaking my mind. Orang duk hentam2 silibus math ni aku diam je.. sbb aku rasa mmg bagus sbenarnya math ni banyak cara kita boleh manipulate. Tak rigid satu cara je
Isu nya benda ni diajar kat darjah satu. Awak dah kuat basic boleh la sembang pinjam sini pinjam sana. Manipulate bagai. Dah cuba ajar kat anak darjah 1?
@Pomen Kampung biasa la bro, yang sembang serba hebat ni biasanya budak lagi atau takde anak. Diorang lupa kot ni isu DARJAH 1.
@@meer7391 lain kali jangan jadi orangtua kalau bing*i,ada ke dia cakap dia setuju ni utk budak darjah satu,dia cakap bagus je cara ni,tu je,budak pon reti fikir dari yg dah buat anak dn beranak ni
@@parkjaemin7493 kau apehal nak memaki tak tentu pasal? Dah sunat belum?
Bukan semua manusia dilahirkan genius...matematik adalah senang bagi yang menguasainya tapi amat susah jika otak sikit lambat tangkap...kalau semua orang bijak dunia nie tak akan ada lah orang yang bekerja sektor terbawah...semua ndak jadi boss...macamana ?
Matematik tak susah kalau asas tu diperkuat dgn memahami peraturan, prinsip dan konsep. Cuma bagaimana otak budak yg kosong diberikan stimulasi bagi membentuk simulasi atau visual. Ia susah kalau perkara tersenang diremehkan. Sebab meningkat hari pembelajaran menjadi kompleks. Saya lalui ape yg ajar lalui. Dan menyesal tak sudah sbb penguasaan matematik menjadikan pembelajaran fizik menjadi indah. Last2 pilih sains gunaan cenderung kepada hafalan. Apelg biolaaaaa
tak perlu genius utk tau matematik sebenarnya..
@@pelayarzero7805 ko nak lawan math ngn aku tak
Ni basic je takkan bengap sngat macam 18 - 9 jadikan lah 19 - 10 tambahkan 1 pada kedua2 nombor dapat jugak jawapan sama supaya murid tak blank sebab banyak cara nak selesaikan jawapan
Memang cara baru ni lebih bagus tapi tak semua pelajar adalah sama dan mereke perlukan basic yg kukuh dahulu sebelum di introduce dengan teknik penyelesaian masalah yg berbagai. Kalau basic masih belum kukuh dan masa untuk belajar terhad, adalah sukar untuk mereka menghadam konsep matematik tersebut.
Setuju sangat seperti yang saya komen sebelum ni. Kalau pelajar sudah ada basic yang bagus tentang nilai nombor, baru lah sesuai teknik ini atau teknik apa pun diperkenalkan.
Di Singapura, method ini dipanggil Number Bonds.
2014 bila anak sulung saya darjah 1, memang payah utk saya. Eh kenapa lah complicated sangat… Buat working (kiraan di kertas) ajer kan senang?
2016 bila anak no.2 pulak darjah 1, baru saya sedar number bonds buat dia senang kira tanpa buat working (mental sums). Jadi kalau kita pergi pasaraya atau restoran, senang dia kira atau buat anggaran kos tanpa guna kalkulator.
2020 bila anak no.3 pula darjah 1, dan kena lockdown/pkp dan belajar secara online, saya rasa lebih confident bila tolong dia dalam topik ni. Alhamdulillah boleh nampak dengan senangnya dia membuat kiraan tanpa menulis apa2.
i love how you made maths fun 😹 you're so cute especially your high pitched voice & being clueless 😹
Cara ni jln pintas dan padat tuk menyelesaikan masaalah math. Tp darjah 1 dr perkembangan tentang pemahaman apa itu matematik patut lagi ditekan kan. Math adalah benda baru dlm dunia kanak2 umur 7tahun. Tp anda terus masuk ke step mengayuh basikal laju diselekoh. Kenalkan dulu apa itu basikal. Apa yg mengerakan basikal dn apa yg diperlukan untuk imbangan. Darjah 1 teralu awal untuk mereka. Kalau tak percaya cb tanya anak umur 7 tahun. Apa itu matematik? Dengaran jawapannya. Pasti kamu paham maksud saya.
Adik aku mintak ajar yg tu hari tu. Lama jugak aku fikir soalan tu nk apa sebenarnya👁👄👁
Saya ada buat diskusi dgn adik saya berkenaan silibus math ni. Saya dan adik faham setelah duduk dan fikir sebentar dan kami mmg akui cara ni lebih senang. Saya sendiri secara tidak sedar (sepanjang proses nak dewasa ni) yg saya memang gunakan cara "pinjam kawan sebelah" utk senangkan kiraan. Macam contoh 9 + 8, dalam kepala saya jadikan 10 + 7, jawapannya 17. Tetapi perkara ni terjadi bila saya sudah ada asas dan fahaman yg kuat. Saya tau tak mengapa pinjam kawan sebelah utk senangkan nombor tu. Untuk pelajar sekolah rendah, saya masih setuju yg mereka perlu belajar cara lama kerana itu adalah asas. Cara "pinjam kawan sebelah" ini adalah alternatif. Kemudian semasa proses mengira, pelajar boleh memilih utk buat jalan kerja yg mana. Ini barulah kreatif. Tetapi setahu saya, biasanya memang tertulis pada arahan soalan utk selesaikan masalah tu mengikut cara apa. Itu memang memaksa murid utk terpaksa hafal lebih banyak langkah. Itu adalah masalah utk murid sekolah rendah.
Tl;dr: Boleh je nak ajar cara alt ni tp pastikan budak2 tu phm dulu yg basic baru dpt that 'AHA' moment.
Dulu saya pun terpaksa kreatif bila jawap maths sebab prinsip saya maths kena laju,lagi slow u buat lagi mudah u bosan....jadi utk laju saya kena kreatif supaya jawapan pantas....contoh 43-15...oleh kerana 3 kecik dari 5 kena pinjam sebelah ....sekarang saya dah ada 3-1yg saya tinggal dulu then saya hanya focus 13-5=8 then cantum semula 2n8=28...jadi process jadi pantas sepantas saya bercakap dan berleter kpd students heheheh
saya setuju... budak la didedahkan pemilihan dlm selesaikan masalah.. syabas ...
Logikk jugak pencerahan abg Haziq yg hensom
im 80s , during my primary/ secondary school, my own way of quick count for questions like this is look number as Dice dots ( Dice dot with extra 3 dots as single digit 1-9),combine with quick multiplication to speed up and that allow me to quick count on any kind of formula forms or without any fomula written to get answer, it works very well for myself and it's almost impossible to miscount,
I'm not saying this bond method isn't good, it's just for some ppl like me who has less confidence at number memorizing, has higher chance to make mistakes,
my own dice dot method actually solved my problem, helped my fren XD
Pendapat saya tahun 1 masih tak sesuai konsep ini. Matematik tahun satu sepatutnya lebih kepada nak mengenalkan konsep2 tambah dan tolak, mungkin darab atau bahagi. Tahun 3 atau 4 mungkin lebih sesuai. Bagi kita, senang nak tahu nak ubah kepada nombor apa yang senang nak buat operasi tolak dan tambah, tetapi bagi tahun 1 mereka tak tahu nak ubah kepada nombor apa. Nak membolehkan mereka tukar kepada nombor yang lebih mudah itulah yang susah.
wajib anak-anak dapat hafal ni, (supaya guna kaedah menolak asas yang pertama sekali Ajar tunjuk tadi) insyaAllah mudah kira-kira asas menolak mereka, kefahaman itu akan datang kemudian, hafalan ni dapat elak anak-anak 'stuck'. May Allah guide us all.
18-9,
17-9 17-8,
16-9 16-8 16-7,
15-9 15-8 15-7 15-6,
14-9 14-8 14-7 14-6 14-5,
13-9 13-8 13-7 13-6 13-5 13-4,
12-9 12-8 12-7 12-6 12-5 12-4 12-3,
11-9 11-8 11-7 11-6 11-5 11-4 11-3 11-2,
10-9 10-8 10-7 10-6 10-5 10-4 10-3 10-2 10-1,
Dulu lagi mudah kalau malas asyik tengok tv cerita "COMBAT" . Habis sekolah menengah masuk askar still jadi manusia berguna juga.
Masa sekolah rendah saya pelajar cemerlang.. tiap2 tahun dapat no 1.
Sekolah menengah pun ok je
Bila masuk universiti belajar electrical engineering saya jadi jem dan bosan sebab banyak math.. last2 saya gagal
Ada peluang, saya masuk U lagi ambik IT .. alhamdulillah lepas cukup2 makan
Lepas tu saya kerja software developer baru terbuka minda saya macam mana nak buat problem solving .. alhamdulillah dah 16 tahun kerja semua task saya dapat selesaikan
baru saya sedar saya gagal U kali pertama dan cukup2 makan je kali kedua sebab saya masih teruskan kaedah dari sekolah rendah dan menengah
simplified .. jangan susahkan benda yg senang
Setuju
Imo this one is good actually.. Aku guna cara ni utk kira dalam otak tnpa guna kalkulator (even nombor" besar mcm ribu).. Tpi sian pulak adik" darjah 1 dh kena suruh buat mcm tu sdgkan aku guna cara ni masa f1.. mgkin drg terpengaruh dgn peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'🤣
Pendidik masih cenderung menggunakan strategi pengajaran yang berorientasikan peperiksaan (khususnya pendekatan behaviorisme dan latih tubi yang berfokus kepada hafalan) berbanding pengajaran yang menitikberatkan kemahiran berfikir.
Jadi sebagai pendidik, kita perlu menyiapakan diri dengan KBAT terlebih dahulu sebelum kita dapat melatih pelajar dengan kemahiran berkenaan.
Kbat kebendanya... Budak budak bukan sama semua upaya otak...membaca menulis pon ada yg sangkut sangkut
Otak jahil
Se7
Mmg betul anak saudara minta bantu selesaikan soalan-soalan matematik, kita tak faham apa guna gambar/ diagram yg bulat2 dan tak pakai pun dlm penyelesaian soalan dan buang masa lukis bulat2 diagram tu
Oooo begitu cara kiranya rupanya... Suami sy tgk soalan matematik ank sy darjah 1& darjah 2 dia terus keliru n xphm nk buat 😂 sbb dia bdk zaman 70an py org.. Pastu dia suh sy tgk dan buat tunjuk ajar anak sy n tunjuk kt dia.. Sy lak takde r minat matematik dulu2 mula2 sekali pandang, sy pun xphm.. Huhuhu.. tp saya tgk contoh jalan kerja yg ada dlm buku tu, pastu sy cuba & br phm buat.. Bila pikir blk, mungkin otak sy dh reset jalan kerja dulu sy belajar kt sekolah senang, so sbb tu xphm mula2 jalan kerja terkini yg di ajar.. Tp so far makin phm lps tgk video ni.. Tqsm
Forget about Maths if you don't like it. I've failed maths but still attend university and graduated with honours (management)
Kita perlukan tenaga pendidik yg betul2 mahir mengajar dan terangkan semua ni.. Bukan pendidik yg tau membodohkan dan yg bodoh...
TIPS SPM UNTUK SEORANG PEMALAS
xtau la nk ckp sy ni bijak ke apa tapi masa sek menengah dulu sy ni memang pemalas orgnye suka ponteng kelas,tido dlm kelas la isap rokok la,yela biasa la remaja masatu😂😂,belajar memang kelaut la result pun top 10 dri bwh sekali haha tapi buat masa yg sama sy xnk hampa kan parent sy yg masa tu sedih tgk result teruk dan mengharapkan sy masuk universiti
then sy perasan yg sistem sekolah ni ada advantage untuk sy yang pemalas ni untuk perform untuk masuk u iaitu struggle pada exam paling last sekolah iaitu SPM, hehe, so sy pun rancang la strategi untuk perform SPM masatu, form 1-3 sy belajar main², result PT3 takyah ckp ah " buat raso² " je smpai la form 4 main² exam BM dulu pun fail noh, smpai cg ckp " awak bangsa ape ni smpai BM pun fail"
then form 5 sy start my plan iaitu focus and struggle at the last year study to perform SPM and my plan works well ,I got 4A 4B 2C for my SPM and yeah I'm at the university right now haha.
Orang lain masa SPM sibuk study siang malam, solat hajat, solat istikarah
Aku baca buku 10 minit sebelum exam 3A🗿 Aku jenis yg kalau lama sangat lepas baca lagi lupa.
Terbaik!!!
Problem Solving 👉 make it EASIER 👉 Result 👍👍👍