Jose Mourinho Tolak Tawaran RM152 Juta Al-Hilal Mentah-Mentah. Tetap Setia bersama AS Roma.

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 23 ก.ย. 2024
  • Jose Mourinho Tolak Tawaran RM152 Juta Al-Hilal Mentah-Mentah.Tetap Setia Dengan AS Roma.
    Hasrat kelab gergasi Saudi Pro League, Al-Hilal mendapatkan khidmat pengurus AS Roma, Jose Mourinho tidak kesampaian hari ini. Ini selepas bekas pengurus Manchester United itu menolak tawaran kontrak bernilai €30 juta (RM152 juta) semusim daripada The Blue Waves.
    Sekiranya Mourinho menerima tawaran tersebut, ini bakal menjadikan bekas pengurus Chelsea itu sebagai jurulatih yang menerima gaji termahal di dunia.
    Tetapi berdasarkan fakta yang dikumpul wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, Mourinho yang dikenali sebagai The Special One dilihat komited dengan Giallorossi. Ini berlaku biarpun kontraknya bakal berakhir pada musim hadapan.
    Penolakan ini memaksa pengurusan Al-Hilal terpaksa meneruskan pencarian pengurus baru mereka. Sebelum ini, akhbar Daily Mail mendedahkan The Blue Waves cuba mendapatkan pengurus Juventus, Massimiliano Allegri dengan nilai kontrak £17 juta (RM100 juta) tetapi gagal.
    Seperti Mourinho, penolakan tersebut dibuat selepas Allegri komited untuk memulihkan kembali reputasi Juve sebagai pasukan gergasi Serie A.
    Dengan La Vecchia Signora dihantui skandal kewangan musim lepas, sudah pastinya mereka mahu bangkit untuk musim baru Serie A di bawah bimbingan bekas pengurus A.C. Milan itu.
    Hal ini pastinya merungsingkan pengurusan Al-Hilal yang tercari-cari siapa yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih Argentina, Ramon Diaz.
    Diaz yang membantu kelab menjulang King’s Cup musim lepas dan bergelar naib juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 meninggalkan The Blue Waves pada akhir Mei lepas atas sebab keluarga.
    Ini bagi memberi peluang kepada Diaz untuk berkabung selepas isterinya, Barbara Oliver, terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Argentina pada Mac lepas.
    Susulan itu, anak beliau merangkap penolong jurulatih, Emiliano Diaz dilantik sebagai pemangku jurulatih bagi membantu Al-Hilal menamatkan kempen Saudi Pro League musim lepas.
    Music track: Magnificent by Pufino
    Source: freetouse.com/...
    Free Background Music (No Copyright)
    Jangan Lupa Like dan Subscribe!!
    Terima Kasih.

ความคิดเห็น • 3

  • @thebolasepak17
    @thebolasepak17  ปีที่แล้ว

    Bakar SUAR, Baling Mercun ketika Perlawanan!! Satu KEGILAAN Bola Sepak di Amerika Selatan!!
    th-cam.com/video/hGVYFXkBFdg/w-d-xo.html
    10 Kad Merah Dalam Satu Perlawanan!! Kung Fun Hustle!!. Pertembungan Dua Gergasi Amerika Selatan.
    th-cam.com/video/sKUp6-TLUoM/w-d-xo.html
    ‘Potong Stim’, Son Heung-min Cuba Berbahasa Malaysia. 2 Bintang Spurs Jadi Perhatian Malaysia!!
    th-cam.com/video/Gh_vTviAk3w/w-d-xo.html

  • @fullmoon7055
    @fullmoon7055 ปีที่แล้ว +2

    layan jugak channel ni. bola malaysia ade, berita ringkas tentang bola luar negara pun ade. tak byk channel mcm ni kt malaysia. indonesia byk lah. tapi tak syok bahasa indo, better bahasa melayu. teruskan min. konsisten. akan nampak hasilnya nanti 🔥

    • @thebolasepak17
      @thebolasepak17  ปีที่แล้ว +1

      terima kasih👍. Tapi Admin org Malaysia dan guna bahasa melayu.. kenapa cakap guna bahasa indo😢😢. kalau ada part bahasa indon mention admin terus. Nanti admin baiki😀