Bukti Penyalahgunaan Dana Pencen

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 16 ก.ย. 2024
  • Konon 80% OPEX sekarang perlu untuk membayar pencen sahaja. Mana dia hasil dari dana pencen? Kalau tidak cukup, sahlah dana pencen sudah di salah gunakan. Bayaran masuk ke dalam tabung pencen mesti mencukupi untuk bayaran pencen.
    Sebenarnya, Pencen dan KWSP serupa sahaja. Cuma perlaksanaan sahaja. Samalah dengan kerajaan meminjam wang atau mencetak wang lebih.
    KWSP dan pencen, serupa, dua dua adalah duit dari potongan gaji pekerja. Beza nya, siapa yang menguruskan dana. KWSP swasta. Pencen, kerajaan.
    Jadi, kenapa kerajaan mahu KWSP? Sebab mahu tambahkan nilai pemotongan gaji. Pemotongan untuk pencen tidak nampak dalam gaji sebab ia di anggap sebagai gaji tambahan. Anggaran saya, sekurang-kurangnya 10%.
    Pemotongan KWSP tidak adil sebab potongan adalah keatas gaji pokok, tidak termasuk gaji tambahan.
    Khairi tidak tahu fasal ini. Yang tahu sengaja diam sebab mahu merompak rakyat. Ramai yang menganggap diri mereka Islam konon, tetapi pencuri dan penipu, iaitu dajjal. Memang tidak akan di terima di syurga. Itu kenyataan Nabi Muhammad yang asli, di sokong oleh Quran lagi.
    Kalau mahu adil, masuk skim KWSP, tapi tiada potongan gaji langsung supaya sama dengan skim pencen. Pindahkan duit yang sepatutnya di bayar kepada tabung pencen, kepada tabung KWSP, tiada potongan gaji langsung.
    Bagaimana kita boleh tahu mencukupi kah atau tidak? Setiap tahun, kerajaan sepatutnya mengkaji sama ada tambahan gaji ka tabung pencen ini mencukupi kah atau tidak?
    Hasil dari tabung pencen sekarang macam tidak mencukupi untuk menanggung bayaran pencen, bererti sudah lama bayaran tambahan pencen terlalu rendah untuk membayar kadar pencen yang di janjikan.
    Di tambah lagi pencurian dana pencen oleh ahli politik yang mendapat pencen tanpa tabungan betul pun. Baru kerja 5 tahun sudah dapat pencen penuh. Sepatutnya, di buat dana berlainan untuk mereka, atau setiap kali ahli jawatan politik pencen, di masukkan nilai wang mencukupi ka dalam dana pencen untuk menanggung pencen jawatan politik ini. Kalau tidak, mencuri lah juga nama nya.
    Apa tidak, dana pencen semakin tidak mencukupi. Dalam video ini, Khairi kata, 80% OPEX adalah untuk bayar pencen, dan OPEX tidak boleh pinjam. Mana dia hasil dari dana pencen? Sepatutnya mencukupi untuk membayar pencen kan. Sudah terbuktilah berlaku penyelewengan dana pencen.
    1. bayaran wang tambahan untuk tabung pencen tidak mencukupi
    2. dana pencen di salah guna seperti membayar pencen jawatan politik, tanpa kontribusi (bayaran masuk tabung pencen) yang setimpal.
    3. kerugian pelaburan atau pun kecurian pelaburan lah yang terjadi. Dana pencen di salah guna oleh PM seperti Najib, kesayangan penyokong UMNO ini.
    4. hasil dari dana pencen di guna untuk menghutang untuk CAPEX, bukan untuk OPEX.
    Ini lah akibat kita memilih kerajaan Perompak. Walaupun pun tidak sengaja sebab senang di bodohkan, tetap berdosa juga.

ความคิดเห็น •