Perwakilan Beri Isyarat, Tidak Mahu Pertelingkahan Atau Sengketa Berterusan Dalam Parti

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 17 ก.ย. 2024
  • "Saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar untuk membuka pintu silaturahim kepada semua supaya kita dapat bersatu dan kembali mengukuhkan ikatan UMNO," katanya diikuti dengan sorakan seisi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada sesi penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO.
    "Namun dengan tegas saya mahu menyatakan jika seandainya mana-mana pihak masih lagi tetap menolak dan mahukan pertelagahan, ... ini bukan lagi soal peribadi.
    "Mereka bukan menentang saya sebagai Najib Razak Presiden parti, bahkan ternyata mereka tolak untuk mencari titik perdamaian dan menolak keputusan syura parti dan jamaah UMNO ini," katanya.
    Najib, yang juga Perdana Menteri mengingatkan para anggota parti bahawa pertelagahan sesama sendiri tidak akan menguntungkan UMNO.
    "Apa guna kita bermusuh, berpatah arang dan berkerat rotan. Menang jadi arang, kalah jadi abu, nanti orang lain mendapat untung," katanya.
    Perdana Menteri mengulangi dengan tegas bahawa beliau tidak sekali-kali akan menyerah kalah dan tidak akan berundur daripada perjuangan UMNO.

ความคิดเห็น •