KISAH ISRA' MI'RAJ DARI RUMAH UMMU HANI' ADALAH PALSU

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 2 พ.ย. 2024

ความคิดเห็น • 16

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 ปีที่แล้ว

    SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam - BAHAGIAN 1 DARI 2)
    Sebelum itu Ibnu Ishaq telah pun mengemukakan peristiwa Isra’ Mi’raj yang dinukilnya dari Hasan Basri di mana diceritakan, “Setelah pagi sekembalinya Rasulullah s.a.w dari Isra’ Mi’raj, Baginda s.a.w menceritakan kepada orang-orang Quraisy peristiwa perjalanannya. Berkatalah kebanyakan orang, “Demi Allah! Pelik betul cerita ini. Jarak yang direntasi oleh unta sebulan perjalanan dari Mekah ke Syam dan sebulan pula perjalanan balik dari sana ke Mekah mungkinkah boleh direntasi oleh Muhammad dalam hanya satu malam dan sudah pun ia sampai ke Mekah?” Maka ramailah orang-orang yang telah memeluk Islam menjadi murtad. Orang ramai terus pergi kepada Abu Bakar untuk bertanya beliau…” - (Ibid, jilid 2, m.s. 32,33 & 34)
    Ibnu Ishaq, Ibnu Sa’ad dan al-Kalbi langsung tidak mengemukakan isnad mereka dalam menyampaikan kisah ini. Tetapi Ibnu Jarir at-Thabari, Baihaqi, Ibnu Abi Hatim, Abu Ya’la dan Ibnu Asakir telah mengemukakan isnad bagi kisah ini. Perawi-perawi yang tersebut dalam isnad mereka ialah Abu Ja’far ar-Razi, Abu Harun al-Abdi dan Khalid bin Yazid atau Abu Malik. Marilah kita kenali perawi-perawi tersebut :-
    1) Abu Ja’far ar-Razi
    Namanya Isa bin Abi Isa. Lahir di Basrah dan menetap di Ray. Antara orang yang meriwayatkan daripada beliau ialah anak beliau sendiri Abdullah dan Abu Nu’aim. Meskipun Yahya bin Ma’in dan Abu Hatim mengatakan beliau seorang yang tsiqah namun Ali Ibnu Madini mengatakan beliau seringkali melakukan kesilapan. Riwayat-riwayatnya bercelaru. Fallas berkata, “Ingatannya sangat teruk”. Ibnu Hibban berkata, “Dia seringkali mengemukakan riwayat-riwayat yang mungkar dengan menghubungkan kepada Imam-Imam yang masyhur”. Abu Zur’ah berkata, “Selalu dia mengalami kecelaruan fikiran (waham).” Imam Zahabi pula berkata, “Dia telah mengemukakan peristiwa Mi’raj dalam satu riwayat yang panjang melalui Rabi’ bin Anas. Diambilnya dari Abu al-‘Aaliah dan Abu al-‘ Aaliah pula mengambilnya dari Abu Hurairah. Di dalam riwayatnya itu banyak sekali perkara-perkara mungkar”. (Mizan al-I’tidal jilid 3 m.s. 320)
    Imam Zahabi telah menghukum mungkar riwayat ini kerana terdapat dalam sanadnya Abu Ja’far ar-Razi, kerana kecacatan pada buruknya ingatannya dan beliau selalu mengaitkan cerita karut dengan Imam-Imam yang masyhur. Bagaimana dengan dua orang lagi perawi dalam isnad tersebut? Selepas Abu Ja’far ar-Razi mari kita lihat perawi seterusnya.
    2) Khalid bin Yazid
    Abu Malik ad-Dimasyqi - Dia adalah penduduk Damsyik. Yahya bin Ma’in berkata, “Dia adalah seorang manusia yang lemah”. Imam Ahmad berkata, “Dia tiada bernilai langsung”. An-Nasa’ie berkata, “Dia tidak tsiqah”. Daraquthni berkata berkata, “Dia seorang dha’if”. Ibnu Abi al-Hawari menceritakan bahawa, “Saya pernah mendengar Yahya bin Ma’in berkata, “Di Iraq ada sebuah kitab yang perlu dikebumikan iaitu tafsir al-Kalbi (yang kemudiannya terkenal dengan Tafsir Ibnu Abbas). Di Syam pula ada sebuah kitab yang juga perlu dikebumikan iaitu kitab ad-Diyat tulisan Khalid bin Yazid. Hati Khalid ini tidak akan senang selagi tidak berbohong tentang ayahnya dan para Sahabat “.
    Ahmad bin Abi al-Hawari ini juga berkata, “Dulu saya pernah menyalin kitab Khalid ini tetapi kemudiannya saya memberikannya kepada penjual ubat untuk dijadikan kertas pembungkus ubat-ubatnya”. Imam Zahabi berkata, “Dia dilahirkan pada tahun 105H dan mati ketika berumur 80 tahun.” - (Lihat Mizan al-I’tidal jilid 1 m.s 654)
    Keterangan di atas membuktikan bahawa Khalid bin Yazid adalah seorang yang tidak boleh diterima menurut sekalian ulama’ hadith. Imam Yahya bin Ma’in bahkan mengatakan beliau seorang pendusta besar. Dia banyak berbohong tentang para Sahabat.
    3) Perawi ketiga ialah Abu Harun al-Abdi
    Namanya ialah Umarah bin al-Juwain. Riwayat-riwayatnya terdapat dalam Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibnu Majah. Imam Zahabi berkata, “Dha’if”. Hammaad bin Zaid berkata, “Pembohong.” Imam Ahmad berkata, “Tidak bernilai langsung”. Yahya bin Ma’in berkata, “Dia seorang dha’if (lemah). Riwayat-riwayatnya tidak boleh dibenarkan”. An-Nasa’ie berkata, “Matrukul hadith (seorang yang ditinggalkan dan tidak dipakai hadithnya)”. Ibnu Hibban berkata, “Dia selalu mengaitkan riwayat-riwayat dengan Abu Sa’id al-Khudri iaitu riwayat-riwayat yang tidak pernah dikemukakan oleh Abu Sa’id”. Imam Syu’bah berkata, “Kalau aku diberi pilihan di antara dua perkara, sama ada aku dibunuh atau mengemukakan kepada orang ramai riwayat-riwayat Abu Harun, maka aku akan memilih supaya dibunuh, aku tidak akan mengemukakan riwayatnya. Sebelum ini aku selalu bertanyakan halnya dari setiap qafilah yang datang tetapi kemudian dia datang ke Basrah. Padanya ada sebuah kitab. Saya membaca kitab itu. Saya mendapati dia menuliskan keburukan-keburukan Ali di dalamnya.”
    Iman Daraquthni berkata, “Dia seorang yang sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang menjadi seorang Rafidhi (Syi’ah), kadang-kadang menjadi seorang Khariji (orang Khawarij)”.
    Ibnu Hibban berkata, “Riwayat-riwayat yang dikaitkannya dengan Abu Sa’id al-Khudri semuanya bohong. Abu Sa’id tidak pernah meriwayatkan begitu”. Jauzajani berkata, “Abu Harun adalah seorang pendusta besar. Dia selalu menuduh para Sahabat dengan pelbagai tuduhan”. Syu’bah berkata lagi, “Pernah aku pergi kepadanya dan meminta supaya menunjukkan kepadaku riwayat-riwayat yang dikaitkan Abu Sa’id dengannya. Dia meletakkan sebuah kitab di hadapanku. Antara yang tersebut di dalam kitab itu ialah Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa Utsman bin Affan telah benar-benar kufur terhadap Allah s.w.t. sebelum beliau wafat. Saya mengembalikan kitab itu kepadanya dan terus pulang”.
    Itulah dia Abu Harun al-Abdi yang menulis tentang keburukan-keburukan Sayyidina Ali dan juga keburukan-keburukan Sayyidina Utsman. Jika orang seperti ini mengemukakan riwayat yang menyebut bahawa, “Setelah Nabi s.a.w. menceritakan peristiwa Isra’ Mi’raj yang dialaminya, maka murtadlah sekian ramai orang-orang yang telah memeluk Islam; barangkali mengikut Abu Harun al-Abdi ini termasuklah juga Sayyidina Ali dan Sayyidina Utsman, kerana bukanlah ramai sangat orang-orang yang telah memeluk agama Islam hingga ke waktu itu”.
    Yahya bin Ma’in berkata, “Abu Harun mempunyai satu sahifah yang dipanggilnya Sahifah al-Washi (penerima wasiat atau Sahifah Ali). Saleh bin Muhammad pula berkata bahawa, “Abu Harun lebih bohong daripada Firaun. Dia telah meninggal dunia pada tahun 134H.” - (Mizanu al-I’tidal, jilid 3, m.s. 173-174).
    Itulah sekilas pandang tentang perawi-perawi kisah Isra’ Nabi s.a.w. dari rumah Ummu Hani’. Mereka terdiri dari orang-orang Syi’ah seperti Ibnu Ishaq juga dan telah dihukum oleh ulama’ Rijal dengan pelbagai hukuman seperti yang telah dikemukakan tadi.
    Sekarang mari pula kita menilai riwayat tersebut dengan neraca dirayah dan logik untuk menentukan di mana letaknya kepalsuan dan serentak dengan itu dapat kita faham apa maksud sebenar di sebalik cereka itu.
    1) Isra’ dan Mi’raj Nabi s.a.w. berlaku sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Pada waktu itu Ummu Hani’ masih belum memeluk agama Islam. Beliau hanya memeluk agama Islam setelah Mekah ditakluk Nabi pada tahun 8 Hijrah.
    2) Sembahyang Isya’ dan Subuh baru difardhukan pada malam Mi’raj itu. Bagaimana mungkin seperti yang tersebut di dalam riwayat ini di mana Nabi s.a.w telah bersembahyang Isya’ bersama Ummu Hani’ yang belum Islam di rumahnya?
    3) Siapakah yang dimaksudkan oleh Ummu Hani’ dengan perkataan ‘kami’ dalam riwayat ini iaitu, “Kami bersembahyang bersama Nabi”? Kalau yang dimaksudkan ‘kami’ di sini termasuk suami beliau Hubairah, maka suaminya adalah di antara musuh ketat Rasulullah s.a.w pada ketika itu bahkan setelah Mekah dikuasai Nabi s.a.w pun dia tidak memeluk agama Islam sebaliknya melarikan diri ke Najran. Kemudian dari sana dia berangkat pula ke Rom lalu menganut agama Kristian dan mati sebagai seorang Kristian.
    4) Tersebut juga dalam sirah bahawa Nabi s.a.w telah melamar Ummu Hani’ kepada Abu Thalib sebelum Baginda s.a.w berkahwin dengan Khadijah tetapi Abu Thalib menolak mentah-mentah lamaran itu dengan alasan Nabi s.a.w seorang yang papa kedana dan tidak mulia. Setelah itu Abu Thalib mengahwinkan Ummu Hani’ dengan Hubairah yang merupakan musuh ketat Rasulullah s.a.w.
    Dalam keadaan sebegini wajarkah Nabi s.a.w bermalam di rumah Ummu Hani’? Sememangnya musuh-musuh Islam mereka cerita ini dengan maksud menuduh Nabi s.a.w dengan dua tuduhan iaitu :-
    1) Jika kita andaikan Hubairah pada malam itu berada di rumah maka ia menunjukkan betapa tidak malunya Nabi s.a.w kerana telah bermalam di rumah seorang yang Nabi sendiri telah dianggap sebagai papa kedana dan tidak mulia berbanding orang itu. Lebih penting dari itu, bagaimana Rasulullah s.a.w boleh bermalam di rumah musuhnya? Tidakkah mungkin Hubairah juga telah mengetahui bahawa Nabi s.a.w pernah melamar Ummu Hani’ sebelumnya? Tidakkah mungkin timbul rasa cemburu di dalam hati Hubairah, manalah tahu kalau-kalau Nabi s.a.w masih menaruh hati kepada isterinya? Apalagi bila diingatkan Muhamamd adalah musuh ketatnya?
    (BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 2)

  • @thehalim90
    @thehalim90 3 ปีที่แล้ว +7

    Mohon admin utk bykkan lg video dari Maulana Asri dari masa ke semasa

  • @Ubaidah7386
    @Ubaidah7386 5 หลายเดือนก่อน +1

    Video ni sekarang jadi rujukan,mantap!!!
    Geng² asamjawa terus menyorok bawah katil😂😂😂

  • @PelniGemoy
    @PelniGemoy ปีที่แล้ว

    akhirnya ada penjelesan nyaa, yg selama ini ngeganjel di hatii, terimaksih ustadz

  • @faizshah7792
    @faizshah7792 ปีที่แล้ว +1

    Ohh baru tahu

  • @hadilaksono964
    @hadilaksono964 5 หลายเดือนก่อน

    2 Petrus 3:8
    Akan tetapi, saudara-saudaraku yang kekasih, yang satu ini tidak boleh kamu lupakan, yaitu, bahwa di hadapan Tuhan satu hari sama seperti seribu tahun dan seribu tahun sama seperti satu hari.
    Mazmur 90:4
    Sebab di mata-Mu seribu tahun sama seperti hari kemarin , apabila berlalu, atau seperti suatu giliran jaga di waktu malam.

  • @hadilaksono964
    @hadilaksono964 5 หลายเดือนก่อน

    Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam
    sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun.
    ( Al-Ma’arij : 4 )
    ..................................................................................................................
    jadi kl Malaikat hanya perlu waktu 1 hari ,tp kl manusia perlu waktu 50.000 tahun dg transportasi tercepat.
    WAKTU Isra' Makah- Aqsa PP , naik Buraq yg ditambatkan dulu selama Mi'raj
    waktu Mi'raj kan Nabi sempat ketemu Nabi2 , terrmasuk Nabi Isa ibnu Maryam di langit ke-II masih muda, krn baru bbrp hari akherat saja , 1 hari akherat ~ 1000 th bumi (di alquran ada 10 surah, di Injil ada dua )

  • @hadilaksono964
    @hadilaksono964 5 หลายเดือนก่อน

    Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam
    sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun.
    ( Al-Ma’arij : 4 )
    KECEPATAN MALAIKAT : ... kl Malaikat cukup perlu waktu 1 hari , dg jarak yg sama, manusia dg alat transporter tercepat membutuhkan waktu 50 ribu tahun

  • @brostef9384
    @brostef9384 2 ปีที่แล้ว +1

    Yang gak sesuai dibilang palsu

    • @mansorsabah
      @mansorsabah 2 ปีที่แล้ว +1

      Palsu adalah palsu. Diam2 bung kalau tidak faham..

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 ปีที่แล้ว

    SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam - BAHAGIAN 1 DARI 2)
    Advertisements

  • @hadilaksono964
    @hadilaksono964 5 หลายเดือนก่อน

    maklum , krn belum baca al quran dg baik , dg keimanan .... Makkah - Aqsa . isra , PP dg Buraq [ buraq malaikat wujud burung yg di tambatkan ], unt Miraj / ke Sidratal Muntaha,Nabi bersama Malaikat yg dipimpin langsung M.Jibril

  • @hadilaksono964
    @hadilaksono964 5 หลายเดือนก่อน

    Al-Fajr : 2
    وَلَيَالٍ عَشۡرٍۙ
    Wa layaalin 'ashr
    demi malam yang sepuluh
    kata "demi "... artinya ? .. sumpah ... puentiiiiiiing
    mungkin unt memastikan 10
    mereka berbisik-bisik di antara mereka:
    "Kamu tidak berdiam (di dunia) melainkan hanyalah sepuluh (hari)"
    ( Ta Ha : 103 )
    وَلَيَالٍ عَشۡرٍۙ‏ ٢
    demi malam yang sepuluh,
    Kemungkinan nya itu Dajjal , akan muncul pada akhir2 +/- 30 th lg tmt 2024 , hari ke SEPULUH , ( al Fajr-2 dan Thaha -103 ) ....
    jelas 10 nya ..... apakah di kira 10 max , yaitu 10,456 ? ?
    jadi dulu sepertinya yg kita tau saat Isra'- Miraj nabi dari Makah - Sidratal Muntaha { langit ke VII ) , naik Buraq [ semacam burung , yg di ikat dulu di Masjid Aqsa selama Mi'raj ] , sebenarnya saat Miraj itu beliau bersama Malaikat ( Buroq ) , yg kecepatan nya digambarkan dlm : Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.
    ( Al-Ma’arij : 4 )
    Jadi kl Malaikat cukup sehari , kl manusia biasa [ dengan transporter tercepat ,ie Pesawat .. ] , dg jarak sama perlu waktu 50rb tahun .

  • @joesyam7345
    @joesyam7345 ปีที่แล้ว

    Salam..boleh tahu x kisah ini dalam kitab asal ibnu ishak jilid n muka surat berapa?..terima kasih

  • @hadilaksono964
    @hadilaksono964 5 หลายเดือนก่อน

    Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam
    sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun.
    ( Al-Ma’arij : 4 )
    ..................................................................................................................
    jadi kl Malaikat hanya perlu waktu 1 hari ,tp kl manusia perlu waktu 50.000 tahun dg transportasi tercepat.
    WAKTU Isra' Makah- Aqsa PP , naik Buraq yg ditambatkan dulu selama Mi'raj
    waktu Mi'raj kan Nabi sempat ketemu Nabi2 , terrmasuk Nabi Isa ibnu Maryam di langit ke-II masih muda, krn baru bbrp hari akherat saja , 1 hari akherat ~ 1000 th bumi (di alquran ada 10 surah, di Injil ada dua )