RESEPI MEE HAILAM SPECIAL KUAH PEKAT LIKAT

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 30 ก.ย. 2024
  • Hai semua. Petang ni DB nak kongsikan resepi mee hailam special kuah pekat likat yang sangat sedap. Mudah sahaja nak buat mee hailam ni. Simple and tasty !!! Jom belajar buat mee hailam.
    Bahan-bahan
    1 packet Mee kuning ( dicelur air panas)
    Ayam yang sudah direbus
    Udang yang sudah direbus
    2 biji bawang merah ditumbuk
    3 ulas bawang putih ditumbuk
    1 sudu besar cili kering yang dikisar/ cili boh
    1 ikat sawi
    Fish cake
    1 potong kobis Bunga/ bulat
    1/2 batang lobak merah
    Daun sup/ daun bawang
    Sos cili
    Sos tomato
    Kicap
    Air ikut banyak mana Kita nak- ikut sesedap Rasa
    Cara- Cara membuatnya
    1- Pertama sekali, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga benar masak dan Naik bau wanginya.
    2- Selepas itu , masukkan cili kering yang dikisar dan kacau sehingga benar- benar masak.
    3- Kemudian masukkan udang dan ayam yang telah direbus.
    4- Masukkan gula dan garam ikut rasa.
    5- Masukkan pula lobak merah dan air sehingga mendidih.
    6- Bila sudah mendidih kuahnya, masukkan kobis bunga serta sos cili dan tomato. Tambahkan pula fish cake.
    7- Kemudian masukkan mee dan kobis bulat.
    8- Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda.
    9- Kacau sehingga sebati. Dah siap!
    Selamat mencuba 🤗
    Join Telegram ▶️ t.me/DapurBiru
    Subscribe Dapur Biru ▶️ / dapurbiru
    Follow instagram ▶️ / dapurbiruofficial
    Like Facebook ▶️ / dapurbiruofficial
    #resepimeehailamspecial #resepimeehailamsangatsedap #resepimudahmeehailam #meehailamsangatsedap #caramembuatmeehailam #meehailamterbaik #meehailamseafood #jombelajarbuatmeehailam #recipesimple #tastyanddelicious #musttry

ความคิดเห็น • 19