Info yg terbaik!! 👍 Nasehat tuan yg terdapat di channel2 tuan, banyak menggunakan perkataan *anda, ada lah tepat sekali, sbb yg penonton ini bukan sj Org2 muda, bahkan ada yg otai2!!trend skrg ni banyak utuber banyak menggunakan perkataan "korang" mmg tak sedap lah!!!", tk 4yr info!! 💪
"anda" tu lebih kpd bahasa formal.. manakala "korang" tu lebih kpd perbualan tak formal dgn kwn2, byk TH-camr target group audience mereka lebih kpd rakan yg hampir sebaya.. utk buat kawan.. kalau yg tak sebaya tu tengok je, tak perlu nak suruh dorang tukar pendekatan..
Maklumat yang diberikan amat ilmiah dan mudah difahami bagi proses membeli RB yang berkualiti berdasarkan bajet masing-masing. Saya telah membuat keputusan membeli RB berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada video ini. Terbaik Tuan.
terima kasih tuan atas perkongsian, info padat untuk org baru mcm saya. sgt membantu saya utk cari basikal pertama. dptlah saya beli polygon stratos s4
Walaikumsalam En Murad. Tiagra adalah model dan sistem lama. 105 dan Ultegra beza yang ketara adalah berat, begitu juga Dura Ace. Lebih ringan, lebih mahal. Jika mampu, Ultegra sahaja mencukupi.
Basikal road bike ke atau MTB, saiz macam kecil aje. Selalu road bike size macam 47, 50 dan seterusnya. Kalau tinggi 178cm saiz RB selalunya dalam 50 ngam.
Assalamualaikum..bang, sy nk tnye psal road bike disc brek, vs rim brek, kalu cntoh kite main jalan yg berbukit dn jalan yg lurus, road bike yg mana lebih sedap, dn jimat tenaga, road bike disc brek ke @ road bike rim brek, buleh abg bagi pncerahan agar mudah sy fhm😊
Sy tinggi 173 frame yg di cadangan utk 48 165-174, masalahnya skg kedai bagi frame kat sy 51 175-180.. terlebih 2cm adakah Akan berlaku masalah pada kayuhan sy nanti.
Seperti saya tekankan dalam video2 saya size frame adalah amat penting. Ia kena sesuai dgn ketinggian & inseam kita atau satu size kecil. Soalan seterusnya bila tuan ride long distance e.g. selesa tak? Antara yg tuan boleh buat adalah bike fitting dan kalau tak selesa juga kena tukar stem lebih pendek sedikit. Terima kasih 👌🏼👍🏼
Sy nak tanya tinggi sy 173 sy ad nk beli rb camp neon or radon X yg second punya untk first rb sy tapi kbnykkan frame size 48 49 dngn tnggi saya sesuai frame size apa ye? Adakah frame size 48 49 tu sudah mencukupi dngn tnggi sy 173? Mohon pencerahan✌🏻
Macam saya, ketinggian 167cm dan frame saya 46-47. Jadi, ketinggian bro 173cm dan frame 48-49 tidaklah terlalu kecil. Frame kecil ini, tuan boleh tukar stem dan crank arm lebih panjang, supaya lebih selesa. Moga success 💚👍🏼
Kalau Roadbike (Camp Radon X) - Shimano Sora 2x9 Speed - Alloy harga RM1690 apakah sudah bagus untuk basikal roadbike pertama, sebab saya sedang mencari2 roadbike yg murah tetapi bagus untuk berkayuh jarak 100-150Km Trima kasih 🙏🏻
Memang faktor budget adalah penting tetapi kalau boleh menabung dulu sampai boleh beli basikal road bike yang groupset sekurang2nya speed 10 dan sebaiknya 11. Yang terbaik lagi kalau dapat groupset Shimano 105. Kalau tidak, 10 speed pun oklah bolehlah tahan lama dan seronok berkayuh. Sekadar pandangan. Terima kasih 😊👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE ilmu tuan tentang basikal sangat bermanfaat Boleh kah saya terus bertanya kepada tuan di video2 lainnya sebab bila saya nak beli basikal FB,RB, MTB atau GB boleh tak saya meminta nasihat tuan dengan Groupset atau Frame Dll, terima kasih 😄
@@SEMBANGBASIKALISFREE mungkin saya tidak jadi membeli Roadbike dikeranakan tidak ada group atau kawan, tuan pun tau Roadbike jarang2 orang menggunakannya kalau basikal lainnya seperti MTB dan FB kan ramai yang menggunakannya jadi saya mungkin akan memilih MTB, nanti saya akan memberi tahu tuan MTB jenis apa yg akan saya beli dan Kelebihan/Kekurangan MTB yg akan saya beli ini, maaf saya banyak bertanya sebab saya newbie didalam bidang berbasikal, basikal saya pun baru Folding bike Dan jarak terjauh pun adalah 80Km, saya ingin menukar ke MTB basikal untuk kayuhan yang lebih puas untuk OffRoad&Onroad dalam jarak 120Km - 180Km, Terima kasih
Salam Tuan.. Sy baru nak berkecimpung dalam aktivit berbasikal nie. Sy tinggi 172 cm, kalau sy pakai basikal size 42, sesuai atau tidak tuan. Mohon pandangan Tuan. Tq
Model2 Canondale CAAD12 dan 13, memang antara top selling bikes. Saya perhatikan kawan saya yg baru berbasikal dapat menyusaikan diri dengan cepat dan berkayuh sangat baik dalam masa yg singkat. Groupset 105, adalah paling minima untuk keluarga groupset Shimano Ultegra dan Dura Ace. Tetapi sistemnya sama cuma dari segi berat sahaja membezakan. Terima kasih 😅😄😄😃
En. Ammar boleh cuba survey 2 kedai di Ipoh. 1) Perniagaan Mewah Jaya, Jalan Kuala Kangsar atau 2) Giant Bicycle Ipoh (Bikes Gallery), Persiaran Silibin Utara, yang lain ada juga tapi saya tak pasti basikal atau servis mereka bagaimana. Semoga berjaya!
Untuk keadaan jalan di Malaysia ini dan bagi peminat basikal yang baru, saya sarankan dapatkan disc brake. Jika berkayuh di kawasan bukit yang curam seperti di Cameron Highland dan Genting Sepah, apabila menuruni bukit, menggunakan disc brake adalah lebih berkesan. Di masa depan, lebih banyak wheelset yang premium akan dikeluarkan untuk disc brake sahaja. Terima kasih.
saya pakai v brake, apabila hujan dia punya cengkaman memang terasa sangat kurang, lagi terasa apabila turun bukit. Lps kejadian tu barulah terasa kepentingan brake ni. So terasa sikit menyesal disitu. Nak upgrade pula kena tukar semua, frame, wheelset, groupset.
Assalamualaikum bang nan, nk tnya rb orbea orca m30 groupset 105 shimano adakah berbaloi utk sy miliki sebagai beginner. Bagaimana dgn bmc pula, adakah lebih kurang sama rb orbea dgn bmc, x jauh beza. Atau abg nan ada cadangan yg lg baik. Mohon bantuan
Walaikumsalam adik. Orbea dan BMC adalah jenama basikal yg terkenal. Kadang kala Orbea juga digunakan dalam video2 GCN. Groupset 105 adalah permulaan yg baik dan bezanya dgn Ultegra hanyalah berat. Dekat mana adik nak beli Orbea ni?
@@SEMBANGBASIKALISFREEsaya ada buat survey di kedai izrimie bike sbb sblm ni pernah bli mtb disana secara pos. Abg nan ada cdgn yg lagi sesuai tmpt utk mencari memandangkn size tu paling penting. (fitting size)
Walaikumsalam setiap jenama basikal mempunyai size mereka sendiri, kadang kala berbeza size antara jenama. Tapi tak silap saya tinggi 160cm mungkin 2XS. 👌🏼👍🏼
Bos lepas tgk video ni dgn video gravel bike tu sy xtau nak pilih antara gravel atau roadbike utk basikal pertama sy 😅 apa suggestion bos utk beginner?
Saya cuba tolong yea... tuan rasa tuan akan berkayuh di jalan raya sahaja atau tuan nak berkayuh untuk pelbagai tujuan? Kalau tuan pasti berkayuh di jalan raya sahaja, road bike pun memang seronok terutama bila Malaysia dah banyak event. Tapi kalau tuan ada geng yang nak masuk hutan, geng nak travel jauh2 tu bawa beg, barulah tuan pilih gravel bike. Semoga success 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE buat masa ni sy blm ada geng utk travel jauh2 dan masuk hutan so klau mcm tu baik ambil rb la utk basikal pertama kn bos sbb sy ada 2 3 org geng2 folding dgn rb
@@kuetiaw8944 Ok tu... saya jatuh cinta dengan hobi berbasikal sebab RB. MTB adalah basikal pertama saya tapi minatnya tak bertahan lama. All the best!
Walaikumsalam bro... ada yg letak dan ada yg tak. Tapi senang nak ukur size RB. Ambil measuring tape, ukur Top Tube iaitu dari tengah seatpost ke tengah head tube. Contohnya basikal saya size 47cm utk XS (bergantung pada jenama basikal). Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tuan. Jenama basikal seperti Polygon dan Twitter boleh dibeli dalam harga lingkungan RM2200 - RM2800. Selalunya ia mempunyai groupset Shimano model lama dan komponen yg dicampur.
Boleh jika jalannya tidak terlalu berbatu dan tidak memerlukan tayar yang lebih lebar. Antara halangan road bike ditukar menjadi gravel bike adalah bukaan tayarnya kecil selalunya maksima 28-32mm, manakala gravel bike selalunya bukaan tayar 40 - 50mm supaya boleh berjalan di permukaan berbatu dan berlumpur. Terima kasih.
Tuan boleh menonton video saya yang bertajuk "Bagus ke Canyon?", dalam video itu diterangkan berapa lama penghantaran, link ke laman web yg mengandungi semua model basikal Canyon, harga dan maklumat lain. Terima kasih tuan 👍🏼
Basikal pertama dulu beli basikal terpakai dengan harga RM700. Aluminium frame dengan groupset campagnolo veloce 10s. Tapi basikalnya pun model lama la.😅
Ketinggian saya tak jauh beza dari ketinggian tuan. Ketinggian saya 168cm. Setiap jenama basikal mempunyai saiz yg berbeza. Contohnya Pinarello saiz saya adalah 46.5 atau XS sama juga dengan Canyon XS. Tuan boleh google untuk cari carta size untuk jenama basikal tertentu. Contoh satu lagi Canondale untuk ketinggian 170 adalah size 52cm atau S. Penting untuk memilih saiz yg betul, jika silap beli basikal yg terlalu besar, maka kita tak dapat berkayuh dgn selesa. Terima kasih.
Info yg sangat bermanfaat. Semoga dimurahkan rezeki tuan kerana sering berkongsi ilmu2 yg berguna dan boleh diguna pakai 🤲🏻
Bagus tuan punya content ni. Sgt practical. Mmber mmg suka racun. Tapi tuan beri nasihat yg sgt practical. Terbaekk.
Terima kasih 😊👏🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Info yg terbaik!! 👍
Nasehat tuan yg terdapat di channel2 tuan, banyak menggunakan perkataan *anda, ada lah tepat sekali, sbb yg penonton ini bukan sj Org2 muda, bahkan ada yg otai2!!trend skrg ni banyak utuber banyak menggunakan perkataan "korang" mmg tak sedap lah!!!", tk 4yr info!! 💪
"anda" tu lebih kpd bahasa formal.. manakala "korang" tu lebih kpd perbualan tak formal dgn kwn2, byk TH-camr target group audience mereka lebih kpd rakan yg hampir sebaya.. utk buat kawan.. kalau yg tak sebaya tu tengok je, tak perlu nak suruh dorang tukar pendekatan..
Lepas dah dgr pencerahan tuan, rasa lega sket… sy dh serabut kena racun ngan kwn2.
terimakasih pak mudah saya pahami salam dari indonesia 🇮🇩
Terima kasih 💚👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Maklumat yang diberikan amat ilmiah dan mudah difahami bagi proses membeli RB yang berkualiti berdasarkan bajet masing-masing. Saya telah membuat keputusan membeli RB berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada video ini. Terbaik Tuan.
Alhamdulilah terima kasih
Semoga terus bertambah sucriber ..💪💪👌👍👍👍👍🤲
Aaammiinnnn terima kasih 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
terima kasih tuan atas perkongsian, info padat untuk org baru mcm saya. sgt membantu saya utk cari basikal pertama. dptlah saya beli polygon stratos s4
Tahniah dapat beli basikal Polygon! 👍🏼
Pencerahan yang terbaik ...... 10 bintang.
Alhamdulilah terima kasih
Tq very much utk tips RB pertama. Shimano here I come. Hihi
Wah tahniah 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
T kasih tuan atas nasihat yg jujur @ tanpa toksik.
Sama2 👌🏼👍🏼
Terbaik bang ❤
Terima kasih 👍🏼
terima kasih atas info tuan
Thank you bang.. nice tips!
You're welcome bro 😊👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Terbaik, terima kasih. Subscribed! :D
Terima kasih 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Sesungguhnya racun itu madu 🤭
😅😅😂😂😂 racun itu indah 👌🏼👍🏼
Assalam En Nan, nak tanya , apakàh yg membezanya group set ultegra , 105 , tiagra , bukankah sama saja.
Walaikumsalam En Murad. Tiagra adalah model dan sistem lama. 105 dan Ultegra beza yang ketara adalah berat, begitu juga Dura Ace. Lebih ringan, lebih mahal. Jika mampu, Ultegra sahaja mencukupi.
Terima kasih untuk info lebih tentang pilihan road bike yang baik 🙂
Sama2 jangan lupa subscribe dan share pada rakan2 yea 😊👍🏼
teruskan konten sebegini
Terima kasih 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Bang sy nk tanye skit.sy tinggi 178cm basikal sy size25.sy nk tukar stam dan hendel bar jd x thu size brp mmg yg ok
Basikal road bike ke atau MTB, saiz macam kecil aje. Selalu road bike size macam 47, 50 dan seterusnya. Kalau tinggi 178cm saiz RB selalunya dalam 50 ngam.
@@SEMBANGBASIKALISFREE roadbike
Maf2 bkn 52cm lh silap
@@juniorfishingchannel3882 Ok baru macam betul 👌
Assalamualaikum..bang, sy nk tnye psal road bike disc brek, vs rim brek, kalu cntoh kite main jalan yg berbukit dn jalan yg lurus, road bike yg mana lebih sedap, dn jimat tenaga, road bike disc brek ke @ road bike rim brek, buleh abg bagi pncerahan agar mudah sy fhm😊
Walaikumsalam sekarang ni kebanyakan roadbike dah pakai disc brake. Kalau ada budget beli yg dah ada disc brake sahaja. 👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE klu dri segi servis, mne mudah disc brek ke @ rim brek bang?
@@fiqazmi6506 servis memang mudah rim brake tapi saya servis disc brake dalam sekali setiap 3 bulan. Servis sendiripun boleh.
@@SEMBANGBASIKALISFREE okey, dari segi kayuhan plok disc brek bnyok guna tenaga dok bang, ke same je dgn rim brek, guna tenaga kayuh sama bnyak?
@@fiqazmi6506 kalau tak kira nak naik podium ok aje... yang penting keselamatan sebab nak turun Fraser Hill atau Cameron brake makan 😅
Sy tinggi 173 frame yg di cadangan utk 48 165-174, masalahnya skg kedai bagi frame kat sy 51 175-180.. terlebih 2cm adakah Akan berlaku masalah pada kayuhan sy nanti.
Seperti saya tekankan dalam video2 saya size frame adalah amat penting. Ia kena sesuai dgn ketinggian & inseam kita atau satu size kecil. Soalan seterusnya bila tuan ride long distance e.g. selesa tak? Antara yg tuan boleh buat adalah bike fitting dan kalau tak selesa juga kena tukar stem lebih pendek sedikit. Terima kasih 👌🏼👍🏼
Sy nak tanya tinggi sy 173 sy ad nk beli rb camp neon or radon X yg second punya untk first rb sy tapi kbnykkan frame size 48 49 dngn tnggi saya sesuai frame size apa ye? Adakah frame size 48 49 tu sudah mencukupi dngn tnggi sy 173? Mohon pencerahan✌🏻
Macam saya, ketinggian 167cm dan frame saya 46-47. Jadi, ketinggian bro 173cm dan frame 48-49 tidaklah terlalu kecil. Frame kecil ini, tuan boleh tukar stem dan crank arm lebih panjang, supaya lebih selesa. Moga success 💚👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE alhamdulillah tq sebab reply komen sy dan share pendapat👍🏻baru sy senang hati nk beli rb second frame 48 49🤣✌🏻
first basikal brand taiwan carbon frame 105 full rm2.5k. 4-5 tahun lepas kot. skrrg 105 sahaja dah 2.5k.
Wah harga memang patut sangat tu. Yang penting check frame elok-elok jangan ada retak (cracked). Terima kasih.
@@SEMBANGBASIKALISFREE beli baru masa tue.tip top
Kalau Roadbike (Camp Radon X) - Shimano Sora 2x9 Speed - Alloy harga RM1690 apakah sudah bagus untuk basikal roadbike pertama, sebab saya sedang mencari2 roadbike yg murah tetapi bagus untuk berkayuh jarak 100-150Km
Trima kasih 🙏🏻
Memang faktor budget adalah penting tetapi kalau boleh menabung dulu sampai boleh beli basikal road bike yang groupset sekurang2nya speed 10 dan sebaiknya 11. Yang terbaik lagi kalau dapat groupset Shimano 105. Kalau tidak, 10 speed pun oklah bolehlah tahan lama dan seronok berkayuh. Sekadar pandangan. Terima kasih 😊👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE ilmu tuan tentang basikal sangat bermanfaat Boleh kah saya terus bertanya kepada tuan di video2 lainnya sebab bila saya nak beli basikal FB,RB, MTB atau GB boleh tak saya meminta nasihat tuan dengan Groupset atau Frame Dll, terima kasih 😄
@@SEMBANGBASIKALISFREE mungkin saya tidak jadi membeli Roadbike dikeranakan tidak ada group atau kawan, tuan pun tau Roadbike jarang2 orang menggunakannya kalau basikal lainnya seperti MTB dan FB kan ramai yang menggunakannya jadi saya mungkin akan memilih MTB, nanti saya akan memberi tahu tuan MTB jenis apa yg akan saya beli dan Kelebihan/Kekurangan MTB yg akan saya beli ini, maaf saya banyak bertanya sebab saya newbie didalam bidang berbasikal, basikal saya pun baru Folding bike Dan jarak terjauh pun adalah 80Km, saya ingin menukar ke MTB basikal untuk kayuhan yang lebih puas untuk OffRoad&Onroad dalam jarak 120Km - 180Km, Terima kasih
@@awmkojen6990takde masalah... yang penting tuan ikut minat dan bahagia disamping menjaga kesihatan. 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE Saya telah disarankan MTB (Cosa Vigour Super Light Carbon Mtb t800 29er carbon frame)
Groupset Sram sx eagel full 1x12s
Crank Sram sx eagel 12s
Rd sram sx eagel 12s
Shifter Sram sx eagel 12s
Cassette sram sx eagel 12s
Maxxlite super light remote air fork
Masslite 6 sealbearing wheelset
Stem 20 degree
Handle 720mm
Zoom Taiwan Hydraulic brake
Full Bike only 11.5kg
Harga 3790
Apakah sudah bagus?
Edit balik sbb Harga terbalik 😂
Salam Tuan.. Sy baru nak berkecimpung dalam aktivit berbasikal nie. Sy tinggi 172 cm, kalau sy pakai basikal size 42, sesuai atau tidak tuan. Mohon pandangan Tuan. Tq
Walaikumsalam bro, walaupun size 42 bergantung juga pada brand, tapi 42 macam kecil sebab frame size saya 46.5 dan tinggi saya 168. Terima kasih 👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE baik tuan.. Noted. Terima kasih, 👍🏻
Ada tak kasut basikal untuk kaki jenis lebar? Kalau kasut sukat Brooks saya pakai saiz Extra Wide.
So far saya tak jumpa lagi extra wide, mungkin ada brand China, boleh cari dalam Shopee.
Tuan, adakah cannodale caad 13 105 disc berharga Rm10k pelaburan yg berbaloi? Mohon beri saya sedikit panduan. Tq
Model2 Canondale CAAD12 dan 13, memang antara top selling bikes. Saya perhatikan kawan saya yg baru berbasikal dapat menyusaikan diri dengan cepat dan berkayuh sangat baik dalam masa yg singkat. Groupset 105, adalah paling minima untuk keluarga groupset Shimano Ultegra dan Dura Ace. Tetapi sistemnya sama cuma dari segi berat sahaja membezakan. Terima kasih 😅😄😄😃
tuan kalau rb twitter r10 dia dikira carbon yang murah ke?
Yea betul
Boss, boleh suggest kedai basikal yang okay area ipoh atau sekitarnya untuk.beli rb first time budget around 2k-3k.tq
En. Ammar boleh cuba survey 2 kedai di Ipoh. 1) Perniagaan Mewah Jaya, Jalan Kuala Kangsar atau 2) Giant Bicycle Ipoh (Bikes Gallery), Persiaran Silibin Utara, yang lain ada juga tapi saya tak pasti basikal atau servis mereka bagaimana. Semoga berjaya!
Bang, bagus brake disc or brake v?
Untuk keadaan jalan di Malaysia ini dan bagi peminat basikal yang baru, saya sarankan dapatkan disc brake. Jika berkayuh di kawasan bukit yang curam seperti di Cameron Highland dan Genting Sepah, apabila menuruni bukit, menggunakan disc brake adalah lebih berkesan. Di masa depan, lebih banyak wheelset yang premium akan dikeluarkan untuk disc brake sahaja. Terima kasih.
@@SEMBANGBASIKALISFREE thank for the info!
saya pakai v brake, apabila hujan dia punya cengkaman memang terasa sangat kurang, lagi terasa apabila turun bukit. Lps kejadian tu barulah terasa kepentingan brake ni. So terasa sikit menyesal disitu. Nak upgrade pula kena tukar semua, frame, wheelset, groupset.
Assalamualaikum bang nan, nk tnya rb orbea orca m30 groupset 105 shimano adakah berbaloi utk sy miliki sebagai beginner. Bagaimana dgn bmc pula, adakah lebih kurang sama rb orbea dgn bmc, x jauh beza. Atau abg nan ada cadangan yg lg baik. Mohon bantuan
Walaikumsalam adik. Orbea dan BMC adalah jenama basikal yg terkenal. Kadang kala Orbea juga digunakan dalam video2 GCN. Groupset 105 adalah permulaan yg baik dan bezanya dgn Ultegra hanyalah berat. Dekat mana adik nak beli Orbea ni?
@@SEMBANGBASIKALISFREEsaya ada buat survey di kedai izrimie bike sbb sblm ni pernah bli mtb disana secara pos. Abg nan ada cdgn yg lagi sesuai tmpt utk mencari memandangkn size tu paling penting. (fitting size)
@@vespareptilia2029 contact saya di FB messenger. Bolehlah sembang sebab saya kena tahu budget dan sebagainya.
Asalamuakum tuan.kalau saya tinhgi 160cm size ape sesuai tuan.kdamg cnfius dgn kedai
Walaikumsalam setiap jenama basikal mempunyai size mereka sendiri, kadang kala berbeza size antara jenama. Tapi tak silap saya tinggi 160cm mungkin 2XS. 👌🏼👍🏼
Bos lepas tgk video ni dgn video gravel bike tu sy xtau nak pilih antara gravel atau roadbike utk basikal pertama sy 😅 apa suggestion bos utk beginner?
Saya cuba tolong yea... tuan rasa tuan akan berkayuh di jalan raya sahaja atau tuan nak berkayuh untuk pelbagai tujuan? Kalau tuan pasti berkayuh di jalan raya sahaja, road bike pun memang seronok terutama bila Malaysia dah banyak event. Tapi kalau tuan ada geng yang nak masuk hutan, geng nak travel jauh2 tu bawa beg, barulah tuan pilih gravel bike. Semoga success 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE buat masa ni sy blm ada geng utk travel jauh2 dan masuk hutan so klau mcm tu baik ambil rb la utk basikal pertama kn bos sbb sy ada 2 3 org geng2 folding dgn rb
@@kuetiaw8944 Ok tu... saya jatuh cinta dengan hobi berbasikal sebab RB. MTB adalah basikal pertama saya tapi minatnya tak bertahan lama. All the best!
Tqq bos
Salam bos..kt basikal tu ada letak tak atau indicator basikal tu saiz apa?..sy newbie bru beli 2nd hand road bike ngan member..😁
Walaikumsalam bro... ada yg letak dan ada yg tak. Tapi senang nak ukur size RB. Ambil measuring tape, ukur Top Tube iaitu dari tengah seatpost ke tengah head tube. Contohnya basikal saya size 47cm utk XS (bergantung pada jenama basikal). Terima kasih.
@@SEMBANGBASIKALISFREE tq bos atas pencerahan 👍👍
@@adigarciaadi340 sama2
Bang kalau tinggi 183 size apa yang sesuai
Sebenarnya bergantung pada jenama basikal. Mungkin dalam M atau L. Kena tahu ukuran inseam juga 😊
Berkaitan harga utk permulaan RB..maksud bajet rendah tu dlm lingkungan berapa harga dia ye tuan..boleh perinci sikit tak?
Terima kasih di atas soalan tuan. Jenama basikal seperti Polygon dan Twitter boleh dibeli dalam harga lingkungan RM2200 - RM2800. Selalunya ia mempunyai groupset Shimano model lama dan komponen yg dicampur.
Bolehlah road bike apabila dah lama pakai ditukar kepada gravel bike?
Boleh jika jalannya tidak terlalu berbatu dan tidak memerlukan tayar yang lebih lebar. Antara halangan road bike ditukar menjadi gravel bike adalah bukaan tayarnya kecil selalunya maksima 28-32mm, manakala gravel bike selalunya bukaan tayar 40 - 50mm supaya boleh berjalan di permukaan berbatu dan berlumpur. Terima kasih.
@@SEMBANGBASIKALISFREE terima kasih banyak banyak
Tuan kalau first roadbike untuk beginner yang bajet rendah, 9 speed ok x?. Frame light weight aloy
Saya rasa ok kot. Nanti ada budget lebih atau dah suka RB boleh upgrade Shimano 105, 11 speed. Boleh tutup buku lepas tu.
@@SEMBANGBASIKALISFREE ouh, baek tuan
Jika bajet RM8 ribu, RB jenama apa sesuai dibeli?
Ok saya dah jawab yea dalam messenger 👌👍🏼
Apa model gravel bike tuan? Berapa harganya?
Tuan boleh menonton video saya yang bertajuk "Bagus ke Canyon?", dalam video itu diterangkan berapa lama penghantaran, link ke laman web yg mengandungi semua model basikal Canyon, harga dan maklumat lain. Terima kasih tuan 👍🏼
Basikal pertama dulu beli basikal terpakai dengan harga RM700. Aluminium frame dengan groupset campagnolo veloce 10s. Tapi basikalnya pun model lama la.😅
Campagnolo Veloce ni masih ada jual parts dan 10speed masih boleh bertahan 👍🏼👍🏼👍🏼💪🏼
Hello bro, rb argon 18 okay ka?
Sangat ok bro Adrian. Jenama terkenal tu. Berasal dari Canada.
Berapa lama boleh kita dapat basikal setelah bayar?
Jika basikal Canyon, dalam seminggu tuan. 👌🏼👍🏼
Abg x kelip mata pun
Kalau tinggi 170cm, saiz apa yg sesuai?