𝗔𝗧𝗠 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧: 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗖𝗛𝗜𝗘𝗙 𝗢𝗙 𝗦𝗧𝗔𝗙𝗙 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗜 𝗔𝗥𝗠𝗘𝗗 𝗙𝗢𝗥𝗖𝗘𝗦 𝗞𝗘 𝗪𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 18 ต.ค. 2022
  • KUALA LUMPUR, 19 Okt 22 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menerima kunjungan hormat dari rakan sejawat beliau iaitu HE General Fayyad bin Hamed Al Ruwaili, Chief of Staff Saudi Armed Forces bertempat di Wisma Pertahanan, hari ini.
    Ketibaan Chief of Staff Saudi Armed Forces di Wisma Pertahanan telah disambut mengikut istiadat ketenteraan dengan mengambil tabik hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang didirikan oleh pasukan batalion pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1RAMD).
    Sejurus itu, beliau telah melaksanakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera yang turut disertai oleh Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara serta Ketua Staf Markas ATM dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan.
    Pertemuan dua pemimpin tertinggi Angkatan Tentera ini adalah yang julung kalinya diadakan di Malaysia dan ini adalah bertepatan dengan inisiatif Panglima Angkatan Tentera untuk memperkasakan jaringan hubungan diplomasi pertahanan serta antarabangsa melalui kunjungan hormat kepada pucuk pimpinan.
    Sesungguhnya, pengekalan dan pemerkasaan kerjasama pertahanan seumpama ini adalah amat penting bagi meningkatkan kesefahaman dan menyatakan komitmen angkatan tentera kedua-dua negara dalam pelbagai aktiviti ketenteraan di masa hadapan.
    Artikel Oleh: Mej Ahmad Iksan bin Abd Rahman TUDM
    Video Oleh: Sjn Zaini bin Md Noh & Pbt Nur Shazwana bt Rosli
    #KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
    #ATMSentiasaBersepadu

ความคิดเห็น • 10

  • @mrnizam2219
    @mrnizam2219 ปีที่แล้ว +10

    hubungan Saudi-US tgh memanas jika tentera as keluar drp saudi ATM ada peranan besar utk melindungi 2 kota suci islam..north thunder mode on

    • @hashixoxi_7304
      @hashixoxi_7304 ปีที่แล้ว

      Apa yang tentera AS buat dkt saudi?Ade base sendiri ke..

    • @killroy2948
      @killroy2948 ปีที่แล้ว

      @@hashixoxi_7304 US mmg ada letak tentera mereka di arab saudi ..sejak dari perang teluk lg..

  • @zulkaflikafli272
    @zulkaflikafli272 ปีที่แล้ว +1

    Terbaik Panglima Angkatan Tentera Malaysia..

  • @yusoffselamat1481
    @yusoffselamat1481 ปีที่แล้ว +2

    Janderal Affendy Buang , the first of Sarawakian leader of Malaysia Armed forces....

    • @missingking4791
      @missingking4791 ปีที่แล้ว +1

      Okaylah ada karisma,tp by nature kita serawak sendiri lebih kenal perangai org lama serawak sendiri mcm mana, mrk suka "pelentey"bergurau,nampak mcm xmatang tp semangat patriotism tinggi.

  • @saifulnizam4273
    @saifulnizam4273 ปีที่แล้ว

    Terbaik...

  • @mohamedzulkifly8966
    @mohamedzulkifly8966 ปีที่แล้ว +5

    Ustaz Badlishah kata, kalau nama ada AL ni jalur keturunan Nabi SAW, AL Ruhaili

  • @eddyaffandieddyaffandi6857
    @eddyaffandieddyaffandi6857 ปีที่แล้ว

    Kalau kt lndo ada apa ni😂😂😂