𝗔𝗧𝗠 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 : 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗡𝗝𝗔𝗧𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗕𝗥𝗨𝗡𝗘𝗜 𝗗𝗜 𝗪𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 28 ส.ค. 2024
  • KUALA LUMPUR, 8 Jun 2022 - Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Hj Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan memulakan lawatan rasminya ke Malaysia dengan Kunjungan Hormat beliau kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM di Wisma Pertahananan hari ini.
    Ketibaan beliau di sambut oleh Jeneral Tan Sri Affendi serta Panglima-Panglima Perkhidmatan dan seterusnya diberikan penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) seramai 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat di ketuai oleh Mejar Nurul bin Md Sabri.
    Seusai memeriksa perbarisan, beliau telah diperkenalkan dengan Pegawai-pegawai Kanan ATM sebelum di bawa ke Ruang Perkasa bagi sesi kunjungan hormat rasmi berkenaan.
    Sesi lawatan rasmi Pemerintah ABDB ini turut akan melibatkan lawatan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sg. Besi dan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) di Putrajaya.
    Lawatan Rasmi dari kepimpinan tertinggi ABDB ini juga merupakan pertama bagi Angkatan Tentera Malaysia sejak negara melalui fasa Endemik bermula 1 April yang lalu.
    Sesunguhnya lawatan rasmi ini menyokong Teras Ke-4 dalam Perintah Ulung Jeneral Tan Sri Affendi sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-21 dalam Menterjemahkan Kertas Putih Pertahanan melalui pemerkasaan hubungan pertahanan antarabangsa.
    #ATMSentiasaBersepadu
    #KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

ความคิดเห็น • 11

  • @alam6729
    @alam6729 2 ปีที่แล้ว +14

    bgtu tinggi adab n disiplinnya sbgai anggota tentera, lalu dihadapan panji pon dia tabik hormat. inilah seorg Panglima contoh kpda bawahannya...salute

  • @zulkaflikafli272
    @zulkaflikafli272 ปีที่แล้ว +5

    Terbaik negara sahabat.. Negara Brunei Darussalam..

  • @mohdsaifulfamily0985
    @mohdsaifulfamily0985 ปีที่แล้ว +6

    saudara seagama..

  • @kucinggarong6681
    @kucinggarong6681 ปีที่แล้ว +3

    Brunei di hati ku... Salam kasih dari patani darussalam

  • @roniho305
    @roniho305 2 ปีที่แล้ว +6

    hj bob.. semala beroangkat kapten sekitar tahun 2004, seorang yg baik tidak sombong dan sentiasa menghormati org lain. tahniah hj bob👍💪

  • @zainudinumar7617
    @zainudinumar7617 2 ปีที่แล้ว +6

    Terimakasih atas kunjungan ke Malaysia
    Angkatan Bersenjata Brunai Darul Salam.
    Air di cincang tak akan putus.
    X23 Ramd/Midas

  • @fizanhafiz7603
    @fizanhafiz7603 2 ปีที่แล้ว +7

    #Disiplin No 1.

  • @terrybogard6703
    @terrybogard6703 ปีที่แล้ว +3

    mantap skuad intake 90

  • @danialhakimi18
    @danialhakimi18 2 ปีที่แล้ว +5

    Boek💪💪💪👍😼

  • @jamil9297
    @jamil9297 2 ปีที่แล้ว +5

    Alright kita geng ok

  • @ml2422
    @ml2422 ปีที่แล้ว +2

    1:18 Ahli Parlimen Ketereh dah sekarang