𝗔𝗧𝗠 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 : 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗥𝗘𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗞 𝗦𝗜𝗡𝗚𝗔𝗣𝗨𝗥𝗔 𝗞𝗘 𝗪𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 28 ส.ค. 2024
  • KUALA LUMPUR, 12 Julai 2023 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima lawatan ulung daripada Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng, Panglima Angkatan Tentera Republik Singapura (Singapore Armed Forces) yang juga merupakan Panglima Tentera Laut pertama dilantik menjawat jawatan Panglima Angkatan Tentera republik berkenaan pada tanggal 10 Mac yang lalu. Beliau yang tiba di Malaysia pada 11 Julai 23 telah memulakan lawatan kerjanya dengan membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM bertempat di Wisma Pertahanan, hari ini.
    Pertemuan rasmi yang membincangkan beberapa agenda penting melibatkan hal ehwal ketenteraan di antara kedua-dua buah Negara turut disertai oleh barisan kepimpinan tertinggi ATM iaitu Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara serta Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Bin Jalal.
    Terdahulu, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut mengikut istiadat ketenteraan dengan mengambil tabik hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada 3 orang pegawai serta 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Nurul Fauzan bin Md Sabri.
    Lawatan seumpama ini adalah sejajar dengan aspirasi pucuk pimpinan ATM dan Kementerian Pertahanan Malaysia khususnya dalam meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala, memperluas perkongsian maklumat menerusi pelbagai platform ketenteraan di samping memperkukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin di antara Malaysia dan Singapura khasnya.
    #kedaulatannegaratanggungjawabbersama
    #ATMSentiasaBersepadu
    #angkatanmasahadapan
    #bersepadutangkasberfokus

ความคิดเห็น • 4

  • @ThePoint375
    @ThePoint375 ปีที่แล้ว

    Saya ❤️ MALAYSIA

  • @PuterinoorainiMohammad
    @PuterinoorainiMohammad ปีที่แล้ว

    WELCOME TO MALAYSIA SIR.

  • @praba4036
    @praba4036 ปีที่แล้ว

    Harap sabar medan / khas di alu alukan /bahagian badan kota raja klang.. Hasil disumbangkan pindah milik /7 surah 16. Tutup. Sekian kromo klang sp 5.selamat berjaya. Hargai jasa / kerjasama huluran baikpulih klang permai indah / kami bersua /hijrah 2030. Malaya ✊

  • @IzzatLamborghini-cj9cf
    @IzzatLamborghini-cj9cf 10 หลายเดือนก่อน

    Harap maklum, semoga pihak ATM Malaysia memberi bantuan aset peperangan kepada Palestine, jangan disimpan buat pekasam sahaja, harap maklum