No kautim! Ketua Polis KL, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain sempoi...boleh pulak bergurau!

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 18 ต.ค. 2024
  • Ketua Polis KL, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain sempat beramah mesra dengan pengguna jalan raya ketika Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya, hari ini.
    Menurutnya, sepanjang beliau menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur, tiada pengurangan saman diberikan kepada pesalah jalan raya.
    Malah katanya, mana-mana pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan termasuk kesalahan tiada lesen memandu, melanggar lampu isyarat merah atau memberhentikan kenderaan di kotak kuning akan diambil tindakan tegas.
    Tindakan itu dibuat bagi mendidik pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan trafik selain tidak menimbulkan masalah kepada pengguna lain.
    Beliau juga merancang untuk melakukan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain secara besar-besaran selama sebulan mulai Julai, bagi membendung pelbagai kesalahan jalan raya melibatkan Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Plat Kenderaan, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

ความคิดเห็น • 569