Mengapa ETS Menggantikan Ekspres Antarabandar KTM yang Lama

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 1 พ.ค. 2023
  • ETS merupakan perkhidmatan rel ekspres elektrik yang beroperasi di bahagian barat Semenanjung.
    Dengan kelajuan operasi maksimum 140 km/j, ETS telah meningkatkan kelajuan dan keselesaan perjalanan kereta api di Malaysia.
    Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa ETS menggantikan ekspres antarabandar yang tiketnya mampu dibeli oleh semua orang?
    RUJUKAN
    Azmi, N. A., Mohd Isa, H., & Md Sakip, S. R. (2019). Provision of disabled facilities at the Malaysian electrical train service (ets) station towards social sustainability.
    Sukor, N. S. A., Jarani, N., & Fisal, S. F. M. (2017). Analysis of passengers’ access and egress characteristics to the train station. Engineering Heritage Journal, 1(2), 01-04.
    Ong Kian Ming, Atticus Poon Teck Seong and Jurleo Jurit (2017) What is the future of KTM? Available at: penanginstitute.org/wp-conten....
    Media sosial Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB); Facebook, Twitter.
    _______
    Patreon: / fami_worldfacts
    Wang Ihsan: www.buymeacoffee.com/fami
    KATA KUNCI: ETS, Kereta api Malaysia, kereta api ekspres, kereta api elektrik, ktm ipoh padang besar

ความคิดเห็น • 106

  • @bhmy67
    @bhmy67 ปีที่แล้ว +20

    Benar apa yang diperkatakan oleh Fami, saya sendiri sering gunakan perkhidmatan ETS dari Alor Setar ke KL Sentral. Perjalanannya amat menarik, selesa dan pantas. ETS perlu diperluaskan demi maruah dan integriti KTMB kebanggaan rakyat Malaysia..insya Allah

  • @zafir7007
    @zafir7007 ปีที่แล้ว +13

    Saya tak sangka saya akan lihat video ini sampai habis.
    Tahniah kerana mengeluarkan video yang sangat bagus dan penuh maklumat.

  • @zahirahharun8496
    @zahirahharun8496 ปีที่แล้ว +8

    affordable utk anak saya balik cuti semester dari KL ke Perak.. Tak payah susah2 mama nk kena kutip di kampus 😄. Servis pun makin bagus dan selesa sekarang. Tahniah KTM

  • @Jamie-yz5hs
    @Jamie-yz5hs ปีที่แล้ว +13

    Bagus cara bercerita...Dah macam tengok rancangan dokumentari 😂....👍😎

  • @ShazwanBinSharif1987
    @ShazwanBinSharif1987 ปีที่แล้ว +6

    Yg penting Selamat. Negara maju pun spt America pun Ada kemalangan keretapi penumpang. Keretapi Malaysia Sekarang lebih SELAMAT

  • @azmanjohari7853
    @azmanjohari7853 ปีที่แล้ว +8

    Bagi student seperti aku .. walaupun ets ini masih lagi tidak memuaskan tapi sangat ii membantu, membantu mereka yang tidak berkesempatan untuk naik pengangkutan darat yang lain..harapan aku juga ets lebih maju dan laju untuk masa akan datang

  • @thanimohamed893
    @thanimohamed893 ปีที่แล้ว +12

    Ets mmng terbaik... Berdasarkan pengalaman menaiki Ets Platinum dr Kl Sentral - Alor Setar... Ets dpt mengeksploitasi kelajuan Yg lebih tinggi ketika melepasi area Juru menuju Alor Setar disebabkan trek Yg lurus bersebelahan sawah padi dgn kelajuan Yg tertera Di skrin bhgn penumpang selaju 152-155kmh... Cukup Bagus

  • @GoodjobSkill
    @GoodjobSkill ปีที่แล้ว +8

    Salam abang. Saya suka bila abang selitkan background music berentak melayu tradisional… membuatkan video abang terasa sungguh kemelayuan dan menarik 💕 luvvv

  • @aeh624
    @aeh624 10 หลายเดือนก่อน +3

    Alternatif utk HSR yang tak jadi tu, ETS will serve it well. Hopefully semua station dari BSI sampai PB akan lengkap dgn segala kemudahan. KL Sentral perlu lebih di upgrade dan lebih modern. Keretapi perlu sentiasa efficient, laju, bersih, cantik dan selesa. Kekerapan perlu ditambah dan crisis mgtmnt perlu power. Kalau semua ni dah ok, HSR boleh tangguh at least 15 ke 20 tahun lg kot. Sambil tu boleh kumpul duit dan buat real bullet train dari Singapore - KL - Bangkok.

  • @a-gal22bul53
    @a-gal22bul53 10 หลายเดือนก่อน +2

    Bila ets siap keoerluan untul jalan raya bolih di perlahankan... Penggunaan ets mest di lakukan kerana. Keretaapi lama sudah tidak di buat lagi olih negara pengeluar.jadi keperluan untuk guna ets yg cepat efficent dan penggunaan electric yg lebih menjimatkan..kereta api ets akan menjadi kegunaan yg terbaik dan selesa untuk rakyat...dengan laluan dua hala membolihkann lebih banyak dan kerap perhidmatan bolih di sediakan...tanpa menlencong kan kereta bila bertembong...antara satu sama lain...ets mempunyai engine yg simple dan mudah di selenggara dan kurang kerosakkan...

  • @cheli8330
    @cheli8330 ปีที่แล้ว +5

    Paparan yang sangat komprehensif. Mudah difahami dan penuh informasi. Tahniah.
    ETS sangat relevan untuk Malaysia. Semoga ETS dapat menjadi pelopor infustri keretapi yang lebih moden. Bukan sahaja di Semenanjung, bahkan Sabah Sarawak Brunei Kalimantan, pastinya ke seluruh tanah besar Asia.

  • @RaifTanjiro
    @RaifTanjiro ปีที่แล้ว +7

    ETS laju. KTM Antarabandar slow. Tapi kalau still nak buat KTM Antarabandar buat dari KL Sentral ke Tumpat dengan JB ke Tumpat je.

  • @mohdfauzigsan5511
    @mohdfauzigsan5511 ปีที่แล้ว +4

    Penerangan yg sangat interaktif dan letopsssss👍💯

  • @HBC101TVStudios
    @HBC101TVStudios ปีที่แล้ว +2

    Tarikh 19/05/2016 merupakan hari bersejarah buat tren KTM Antarabandar di mana tren Antarabandar dari Gemas ke Padang Besar dan Butterworth di tamatkan perkhidmatan dan digantikan dengan tren ETS sepenuhnya.

  • @hafizizinmohd4332
    @hafizizinmohd4332 ปีที่แล้ว +6

    selaras dengan penggunaan sistem elektrifikasi 25kV dari Padang Besar ke Gemas dan akan ke Johor Bahru tidak lama lagi (2025 Insyaallah), penggunaan tren elektrik adalah efisien dan menjimatkan berbanding penggunaan diesel dalam kos pengoperasian tren KTMB. Serta saranan dari Kementerian Pengangkutan untuk penggunaan tren elektrik di optimumkan. Untuk sektor pantai timur masih lagi dikekalkan penggunaan tren diesel (intercity coach) dan juga DMU. Manakala penggunaan coach bagi laluan selatan akan ditamatkan sebaik sahaja landasan berkembar elektrik Gemas-JB lengkap disiapkan. Jika ada bertanya mengapa ekspres senandung wau sudah ditamatkan , hanya pengurusan KTMB sahaja ada jawapan lengkap. Mungkin pihak yang buat video ini boleh dapatkan jawapan lanjut dari Pengurusan tertinggi KTMB.

  • @shaifan5443
    @shaifan5443 15 วันที่ผ่านมา

    Biasa aku skip atau lajukan je video mcm ni...tp mcm seronok pulak tengok sampai habis sebab ada fakta, kajian yang pada aku memberi maklumat tambahan yang aku tak tahu. Cuma kalau sebagai cadangan untuk menarik penumpang berkeluarga, mungkin boleh perkenalkan insentif tiket keluarga. Kalau bujang tak payah fikir pajang, dengan ETS je mudah nak ke sana sini. Dah 2 kali naik tren dari Gemas-KL Sentral-Taiping, memang terasa moden dan yang penting cepat sampai seperti dalam jadual. KL Sentral yang dulu wow, megah...eloklah ditambah baik dan dipermodenkan.

  • @alexwong5836
    @alexwong5836 11 หลายเดือนก่อน +1

    Sebenar keretapi ETS jenis klas 93/2, buatan China boleh mecapai kelajuan maksimum 180km/j. Itu pun baru setengah percapaian HSR Jakarta-Surabaya yang boleh mengatasi kelaluan 350km/j.

  • @sjneow
    @sjneow ปีที่แล้ว +4

    ETS fits the definition of Higher Speed Rail(HrSR). Not to be confused with High Speed Rail(HSR) 😂

  • @raniahmad359
    @raniahmad359 ปีที่แล้ว +4

    ETS buatan CRCC sykt China dipasang di Kompleks mereka di Bt Gajah Perak. LRT3 akan menggunapakai tren buatan CRCC. Begitu juga Tren Komuter KTMB 6 gerabak juga. keluaran CRCC. Keretapi laju Indonesia juga buatan China oleh CRCC juga kalau tak silap saya.

  • @ammohd5779
    @ammohd5779 ปีที่แล้ว

    Tkasih atas video dan informasi nye . Terbaik .....

  • @amerhuzairy100
    @amerhuzairy100 11 หลายเดือนก่อน +1

    Gerabak² dan lokomotif adalah milik Railway Assets Corporation, KTMB hanya mengoperasikan sahaja.

  • @paanazmi8062
    @paanazmi8062 ปีที่แล้ว +1

    Wow.tahniah fahmi,dapat 20k view video ni. Keep it up. Best video ni, sebab kebetulan plan nak cuba train ktm gemas ke wakaf bharu kelantan

  • @mofb8331
    @mofb8331 9 หลายเดือนก่อน

    bes pulak video awak ni..teruskan usaha buat video tentang keretapi ni yg jarang2 dibuat dalam bahasa melayu

  • @man106181
    @man106181 ปีที่แล้ว +2

    Maaf, train buruk kat Jepun kelajuan 150km/j

  • @rhmnhsn0
    @rhmnhsn0 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih. Pencerahan terbaik dan mantap

  • @mejust8392
    @mejust8392 ปีที่แล้ว +7

    ETS ni k/pi zaman arang batu yg dimodenkan guna kuasa letrik sbagai penggerak dan diberi bentuk nampak macam train zaman moden.... malangnya ia masih lagi sistem k/pi zaman arang batu krana penggunaan narrow 1m track, umpama ford ranger guna gandar (axle) kreta kancil.
    Boleh begerak ttapi terlalu unstable (mudah terbalik) jika brgerak laju. 1m track ni skrg hanya ssuai digunakan di kilang2 klapa sawit utk heret tandan, dimana klajuan tidak diperlukan.
    Ini salah satu legasi pmerintahan DrM yg diagung oleh sbahgian rakyat tu. Hanya lebihkrg 680km mula 2003 hingga skrg 2023 dah 20thn pun masih blum siap sampai JB. China mulakan HSR 2007 skrg dah lebihi 40,000km.
    1m gage track ssuai diguna di zaman penjajah krana tujuan utamanya hanya utk bawak getah dan timah ke plabuhan sblum diangkut dgn kapal ke eropah utk diproses, bukan sbnarnya utk tujuan pengangkutan awam... jd masalah klajuan bukan hal kritikal, sama sprti kapal laut (freighter).
    Getah dan timah sendiri pun masing2 tidak lg jd bahan tanpa pengganti krn itu harga ke2nya relatif makin brkrg.

  • @AhmadAhmad-de7dx
    @AhmadAhmad-de7dx หลายเดือนก่อน

    wow, menarik sungguh video ni. sangat2 informatif🤩🤩🤩🤩🤩

  • @muhammadabdulwahab123
    @muhammadabdulwahab123 ปีที่แล้ว +11

    Dimintak KTM mengemaskan Seluruh track track rel yang sangat Kotor Dan Tidak kemas . Banyak besi besi rel ditinggalkan Saja di kawasan Dan tepi track keretapi Itu. Sepatutnya ia dibersihkan Atau diangkut ke tempat lain.Ini lah mentaliti Orang Malaysia Yg bertaraf dunia ke 3.
    Ia sangat memalukan bila melihat nya. Dan tolong lah indahkan lauluan keretapi Itu Dengan tanaman pokok pokok Dan pokok Bunga. Dan banyak jugak sampah Atau trash di sepanjang Jalan keretapi Dan di setesen KTM Itu.

    • @wansuhaimiariffin586
      @wansuhaimiariffin586 ปีที่แล้ว +4

      Setuju- BERSIHKAN trek2 yg bersepah tu, kutip semua rel besi buruk dan tempatkan di satu tempat atau leburkan jadi keluli dan jual balik- tentu jadi hasil kepada KTM. Setuju juga cantikkkan trek rel dan stesen keretapi dari Gemas ke JB dengan pokok2 bunga seperti TECOMA dll- bulan April atau september berduyun orang naik keretapi sambil berfoto manis dengan suasana cantik pokok2 bunga sepanjang trek atau di stesen2 tertentu. Pengurusan KTM kenalah berfikir di luar kotak , kreatif, tambah nilai dan padankan dengan kesukaan generasi milinial dewasa ini

    • @ShazwanBinSharif1987
      @ShazwanBinSharif1987 ปีที่แล้ว +2

      Betoi. Yg lain dh OK. Bab kebersihan 👎

    • @fariskamaruzzaman
      @fariskamaruzzaman 3 หลายเดือนก่อน

      Message railway asset corporation aka RAC, ktmb ni jaga operasi tren je

    • @muhammadabdulwahab123
      @muhammadabdulwahab123 3 หลายเดือนก่อน

      @@wansuhaimiariffin586 10000000% seuju. Bila yg pegang jawatan tidak kompiten ini lah jadi nya pada negara

  • @bungaraya19082013
    @bungaraya19082013 ปีที่แล้ว +3

    Krn banyak yg pergi melancong, dn balik kampung semasa festive season guna kereta pribadi, dah bawa akibat ribuan nyawa yg terkorban dlm kemalangan maut di lebuh raya.
    Sy dn keluarga lbh suka guna ETS atau KTM Express bila pergi melancong ke penang, Ipoh, Alor Star, Arau, Kota Bharu, atau balik kampung, sbb lbh selamat, dn selesa.
    Sampai di Stesen KTM distinasi boleh guna grab car atau taksi utk sampai ke destinasi akhir.

    • @PemadamGergasi
      @PemadamGergasi 7 หลายเดือนก่อน

      Mungkin ahli keluarga kamu tak ramaj

  • @muhammadsuhaimi5593
    @muhammadsuhaimi5593 ปีที่แล้ว +1

    Bolih ke ETS berjalan sehingga 160 hingga ke 180km sejam...

  • @RoyMcAvoy
    @RoyMcAvoy 11 หลายเดือนก่อน

    Kalau nak pakai kereta api laju macam bullet train, kos mahal. Kena buat jajaran baharu sebab gauge sedia ada kecik, hi speed rail pakai gauge besar macam train pergi klia tu. Lagi satu, hi speed train kena rail yang straight, tak boleh bengkok banyak sangat. Bayangkan kos ground work dia nak buat jajaran baharu yang lurus

  • @MrAkufauzi
    @MrAkufauzi 2 หลายเดือนก่อน

    Masa mula-mula diperkenalkan kelajuan dia 160kmsj, tp ada lak aduan rakyat menyatakan terlalu laju dan berasa mual dan menakutkan. Jadi selama berkali-kali sy naik ETS dr KL ke utara dan selatan, sy perhatikan kelajuan hanya mencapai maksimum pd 145kmsj shj...sy tertunggu kelajuan melebihi 160kmsj sbb sy pernah ke Tokyo naik Shinkasen...mmg desuppp laju, suka laju-laju ni. ECRL kalau dh siap sy nk cuba naik dgn kelajuan 330kmsj...kalu dia bg lg laju 660kmsj kan lg bagus

  • @AMAM-ml5fp
    @AMAM-ml5fp ปีที่แล้ว +2

    Dah pernah menaiki eta Dari klcentral to padang besar.mengaharakan pekhidmatan ets dari Jb ke Kl,.

    • @sulaimanahmad3865
      @sulaimanahmad3865 ปีที่แล้ว +1

      Sedang dlm pembinaan,sudah nak siap tak lama lagi

    • @sharulbahari3250
      @sharulbahari3250 10 หลายเดือนก่อน

      ​@@sulaimanahmad3865flight ke JB tak lakulah

  • @ahmadrijal9907
    @ahmadrijal9907 ปีที่แล้ว +2

    Bila aku naik ETS aku expect service dan makanannya macam Eastern and Oriental Express dari Bangkok ke Singapore. Hello! Sekarang sudah 2023,wake up! Paling last aku naik 1st class itu pun tersemput semput dan terhenti kat Bank Negara sebab bad maintenance!

  • @AlanCWL1989
    @AlanCWL1989 ปีที่แล้ว

    19:00 saya nak tambah sikit bab ETS expansion plan , ETS Class 93/3 atau batch 3 , mempunyai 10 set order utk jajaran Johor Bahru akan membantu laluan ini , jangkaan 3.5 jam atau kurang daripada ini kalau ada ETS Platinum. Tiada sebarang pengumuman reka cipta koc dalaman buat masa ini.

  • @amerhuzairy100
    @amerhuzairy100 ปีที่แล้ว +1

    Kalau nak rasa tren antarabandar boleh naik Ekspres Timuran JB-Gemas-Tumpat.

  • @Snoopy-mr8qu
    @Snoopy-mr8qu 4 หลายเดือนก่อน

    Good videò

  • @justcomment5759
    @justcomment5759 ปีที่แล้ว +1

    ok je asal dpt balik kampung ku❤

  • @Snoopy-mr8qu
    @Snoopy-mr8qu 4 หลายเดือนก่อน

    Hope to hear more of gemas - jb update as of today ' announcement by yb loke

  • @frankiesee2621
    @frankiesee2621 3 หลายเดือนก่อน

    👍👍

  • @abubakarothman9533
    @abubakarothman9533 ปีที่แล้ว +1

    BOLEH BERI PENERANGAN & PENJELASAN MENGENAI LOKOMOTIF BERKUASA ELEKTRIK YG PERNAH DIGUNAKAN KTMB?
    BOLEH SHJ JIKA LOKOMOTIF BERKUASA ELEKTRIK DIGUNAKAN UTK MENARIK GERABAK2 PENUMPANG SEPERTIMANA LOKOMOTIF BERKUASA DIESEL.

  • @TheLUSMAYS
    @TheLUSMAYS ปีที่แล้ว +2

    140km tak cukup laju.. Sepatutnya 150km baru relevan..

    • @NANA-le7lm
      @NANA-le7lm 2 หลายเดือนก่อน

      Laju sebenar 200 km/j tp ada tempat yg laju & ada tempat yg kurang laju, ikut situasi, kalau rel Juru ke Alor Setar yg lurus dgn pemandangan sawah padi blhlah lebih laju. Ada penumpang biasa naik & lihat kelajuan 155km /j.

  • @wankasbi3783
    @wankasbi3783 ปีที่แล้ว +1

    Rakyat pantai timur juga berharap KTM j meluaskn perkhidmatan ETS & Komuter di laluan Gemas - Tumpat - Gemas Johor Baru - KL Sentral..

  • @muhamadazrie8466
    @muhamadazrie8466 11 หลายเดือนก่อน

    Lgi 1 bro. Ets EV. Green

  • @hasnizamhaliza8317
    @hasnizamhaliza8317 11 หลายเดือนก่อน

    Saya mula guna ktm senandung langkawi masa bljr kt penang masa 2007 utk balik ke kl.. Lps tu kluarga sy gunakan utk dari kl ke alor setar balik kg tiket rm20 je mmg mampu bg fmily kteorg yg xde kenderaan sndri.. Berebut2 tempah tiket on9 kelas ekonomi..klu tiket bas xde atau tiket ktm ekonomi hbis boleh ambil yg 2nd class hrga mcm tiket bas.. Bila dh tamatkan dh xnaik dh sbb ets tiket mahal n selalu habis.. Kdg2 trbayang2 jgk apa la nasib siapa yg dlu guna senandung lgkwi tp skrg dh xmampu nk gunakan dh mst option yg paling mampu ialah bas

  • @azwan1144
    @azwan1144 ปีที่แล้ว

    Mudah..cepat..

  • @ris019
    @ris019 ปีที่แล้ว +1

    Perkhidmatan ets ni ok. Tpi musim cuti mmg tiket habis dijual. Kecewa aku..

  • @orangkampung1048
    @orangkampung1048 ปีที่แล้ว

    ECRL nti pun akan merancak kan ekonomi di bandar² utama d pantai timur...

  • @najmieymohamad5784
    @najmieymohamad5784 10 หลายเดือนก่อน

    ets ni patut di sambung dgn ecrl kt pantai timur . baru snang keliling malaysia pakai train je ...

  • @hasikenmahmud859
    @hasikenmahmud859 ปีที่แล้ว

    👍👍👍👍

  • @TheMrkipas
    @TheMrkipas ปีที่แล้ว

    ape kate bro buat pasal sejarah sebelum keretapi komuter, iaitu railbus / relbas lama dah tak dgr berita, dulu pernah naik dari laluan port klang ke kuala lumpur

  • @theahmadridhuan
    @theahmadridhuan ปีที่แล้ว

    Geram dengan sebutan disel yang disebut "di-sell". Sepatut disebut seperti Selangor.

  • @lizaabubakar4710
    @lizaabubakar4710 ปีที่แล้ว

    Bagi saya releven guna ets saya rasa jimat masa sikit dan tak alami kesesakkan jalan raya dan cepatlah sikit nak ke bandar2 yg lain dan agar kerajaan dpt memajukan lagi kenderaan seperti lrt, mrt, dan ecrl ke bandar2 yg lain seperti negara2 jepun, korea untuk peluang pekerjaan dinegeri2 yg lain diseluruh tanah air kita ini. Ini akan menyebabkan kita dpt menaikkan sosio ekonomi dan maju dgn ini jimat masa dan rakyat x tertumpu berkerja dibandar dengan ini akan dpt memajukan ekonomi dan dpt membangunkan negeri2 yg kecil suatu hari nanti akan jadi bandar yg maju dan berwawasan dan mempunyai peluang pekerjaan kepada penduduk2 setempat.

  • @rayap1239
    @rayap1239 ปีที่แล้ว +1

    Kpn.xnaik taraf kelajuan ETS dr.180 - 200kph., kan blh.pendekan perjalanan antara utara ke selatan.

    • @asyrafdanish3000
      @asyrafdanish3000 2 หลายเดือนก่อน

      Kena tukar dari Metre Gauge (1000mm) kepada Standard Gauge (1435mm).
      Utk upgrade ni kena ambil banyak tanah, kos akan jadi tinggi.

  • @aizadsyafiq8714
    @aizadsyafiq8714 ปีที่แล้ว +2

    saya tiada bantahan kepada ETS tapi pandangan saya, antarabandar patut dikekalkan untuk memberi pilihan yang lebih murah dengan kelajuan yang lebih rendah tapi tidak sekerap dahulu mungkin meggantikan gerabak baru kuasa elektrik. Mungkin melakukan perjalanan malam sahaja 3 kali seminggu pada hujung minggu dan sebagai tampungan di musim perayaan. KTMB boleh menjana dengan harga yang lebih premium mengikut kelas antarabandar. Antara perjalanan yang boleh dicadangkan sleeper night train. setakat pengalaman saya, menggunakan antarabandar rasa lebih relaks dan tidak terkejar2 dan masa diatas tren digunakan untuk berehat. saya rasa lebih penat bila menggunakan ETS berbanding antarabandar

    • @hasmizahabdul2867
      @hasmizahabdul2867 ปีที่แล้ว +1

      Sokong spttnya ant bandar....dkekalkn utk pjalanan mlm shj cthnya dr pdg besar ke jb sentral....dh memadai...shari skli hr biasa ....
      Hari ct mingguan dan kelepasan am...tren ant bandar.dberi kkrapan ...2x shari
      Sleeper train perlu diadkaan

    • @mohdk2299
      @mohdk2299 11 หลายเดือนก่อน +2

      Mungkin kos akan lebih tinggi. Tunggu KTM dapat menjana keuntungan dulu kot

    • @RoyMcAvoy
      @RoyMcAvoy 11 หลายเดือนก่อน +2

      Betul. Jat Korea pun walau dah ada keretapi laju ktx, tapi still keretapi lama lokomotif diesel di gunakan di luar waktu puncak sebagai option perjalanan lebih murah untk rakyat

  • @nazriwanshah1991
    @nazriwanshah1991 ปีที่แล้ว

    Koc dua tingkat boleh diperkenalkan untuk meningkatkan kapasiti seperjalanana.

    • @mohdk2299
      @mohdk2299 11 หลายเดือนก่อน

      Mana lepas 2 tingkat. Kabel elektrik atas tu dah tetap. Nak tambah kapasiti kena tambah koc. Tak pasti boleh tak

  • @herobandar8257
    @herobandar8257 ปีที่แล้ว +1

    Salah Ejaan "Kejutan Electrik" Ejaan betul " Kejutan Elektrik"

  • @zukimia
    @zukimia 2 หลายเดือนก่อน +1

    Mengapa keretapi tidak guna tolok standard semasa pembinaan keretapi letrik

    • @crowsboy92
      @crowsboy92 หลายเดือนก่อน

      mungkin sebab ruang…

  • @faridjemain3929
    @faridjemain3929 11 หลายเดือนก่อน

    Train ETS perlu digantikan dgn "double decker" dan kurang tambangnya bagi menarik minat penumpang menggunakan perkhidmatan train.

    • @mohdk2299
      @mohdk2299 11 หลายเดือนก่อน

      Double decker coach or bed?

    • @faridjemain3929
      @faridjemain3929 11 หลายเดือนก่อน

      @@mohdk2299 double coach.

    • @asyrafdanish3000
      @asyrafdanish3000 2 หลายเดือนก่อน

      Tak boleh sebab ada Overhead Wire (Kabel Elektrik) yang dah fixed untuk bekalkan kuasa kepada ETS.

    • @faridjemain3929
      @faridjemain3929 2 หลายเดือนก่อน

      @@asyrafdanish3000 Boleh aje klu nak buat...Swiss dah lama ada coach double decker dan guna kable letrik dari tahun 90an.

  • @oldbrain394
    @oldbrain394 หลายเดือนก่อน

    HSR indonesia 350km / hr canggi

  • @shahrullkameljamaluddin9386
    @shahrullkameljamaluddin9386 ปีที่แล้ว

    Entah apa2

  • @shakayla8532
    @shakayla8532 ปีที่แล้ว

    Kereta madsalleh JB ganti lah

  • @Wonpeing
    @Wonpeing ปีที่แล้ว +1

    EtS slow sgt...x laju...

  • @roslanabdul5081
    @roslanabdul5081 ปีที่แล้ว +1

    Yg cakap ni pernah naik train antarabandar x. Kalau pernah naik tau la harga tiket mahal ya amat dari KTM lama.

    • @mohdk2299
      @mohdk2299 11 หลายเดือนก่อน +2

      Kan dia dah cakap. Tren lama harga tiket dikawal kerajaan, KTMB rugi. ETS ni dapat tingkatkan pendapatan KTMB, boleh bernafas semula

    • @asyrafdanish3000
      @asyrafdanish3000 2 หลายเดือนก่อน

      Yang lama tu KTM Intercity (KTM Antarabandar) lah wei, mahal kalau ambik yang katil atau 1st Class (Premier Class). Kalau 3rd Class (Economy Class) murah jer.
      Tapi sekarang paling bawah pun 2nd Class (Superior Class) je ada. 3rd Class dah tak ada.

  • @mohdnazrin7150
    @mohdnazrin7150 ปีที่แล้ว

    Adakah JB - KL ets akan beroperasi akan dtg?

    • @hafizizinmohd4332
      @hafizizinmohd4332 ปีที่แล้ว

      jangkaan 2025, dengan kadar masa 3jam 30minit (limited stop)

  • @nkri_milik_tiongkok
    @nkri_milik_tiongkok ปีที่แล้ว +1

    Agak2"Malaysia akn buat kereta cepat macam indonesia..ada info x bos

    • @gingerteddy618
      @gingerteddy618 ปีที่แล้ว +8

      Kalau buat, saya harap Malaysia buat HSR sendiri contohi Jepun dan Korea.
      Malaysia mempunyai kepakaran pelbagai bidang dalam hal keretapi dan Malaysia telah memberi perkhidmatan perkeretapian untuk 20 negara. Saya harap sangat Malaysia membangun HSR.

    • @mofb8331
      @mofb8331 ปีที่แล้ว +2

      @@gingerteddy618 kita takde expertise dlm high speed railways lagi...kalau mrt lrt dan monorail tu mungkin ade..tak pun jenis semi high speed mcm ets atau erl tu mungkinlah kite boleh buat..tpi utk hsr kite perlukan expertise dri luar negara dan hanya beberapa negara saja yg ade kemampuan dan teknologi ni mcm france jepun korea china jerman canada dan beberapa negara eropah lain...america pun takde teknologi hsr ni..jadi kite memang perlukan teknologi dan kepakaran luar dlm hal hsr.

    • @nkri_milik_tiongkok
      @nkri_milik_tiongkok ปีที่แล้ว

      @@mofb8331 oww macam tu.. sayangnya..

    • @nkri_milik_tiongkok
      @nkri_milik_tiongkok ปีที่แล้ว

      @@gingerteddy618 ye betul tu

    • @Zichoe
      @Zichoe ปีที่แล้ว +2

      plan hsr kl-singapore rasenye akan dibincangkan balik, kalau tengok wikipaedia hsr status nye under revival

  • @shaf3006
    @shaf3006 ปีที่แล้ว

    Pengalaman naik komuter, EMS buatan Australia, Korea selesa bila ganti EMU China, bising dan goyang lebih, Mcm opera China make up lebih, ambient dalam pun tak selesa, emu empat segi lama dulu rupa mcm kotak tapi selesa ambient pun rasa mantap klas

    • @sc5252
      @sc5252 ปีที่แล้ว

      KTM tak pernah guna EMS buatan Australia!!

  • @ShazwanBinSharif1987
    @ShazwanBinSharif1987 ปีที่แล้ว

    Mahal tk Pa, cepat. Aku Dari kL Balik perlis ambik sijil,balik pulak KL, lepas temuduga Balik semula ke perlis. Dlm 1 HARI. Kalau keretapi lama. Kalau Dari Arau perlis ke KL senteral pukul 6 ptg. 9pg baru Sampai. Buang masa ja. Yg Suka Buang masa boleh LA naik. ETS 1 boleh 4 Kali perjalanan.

  • @ruslanshamsudin1644
    @ruslanshamsudin1644 24 วันที่ผ่านมา

    Banyak cakap buang masa

  • @akhmalhisham7545
    @akhmalhisham7545 ปีที่แล้ว

    Lembab Dan lambat

  • @jasniabu-hh4xf
    @jasniabu-hh4xf ปีที่แล้ว

    tak payah di adakan keretaapi. buang masa .... ada 1 keretapi nak pakai hingga 50 tahun sehari jalan 1 kali setahun hanya 365 kali. naik kereta dilain negara 1 destanasi ada 4 atau 5 kali sehari. kalau ada yg dah pernah naik kereta jepon maka dimalaysia boleh tunggu 500 tahun lagi.

  • @mz6228
    @mz6228 ปีที่แล้ว

    tapi KTM komuter pulak lambat nak mampus…. patut kena perbaiki mutu perkhidmatan komuter… terlalu slow, tak ikut masa, sering berlaku kelewatan…