Cara Mak Che Nom Buat Pulut Kuning, lembut dan berkilat.

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 2 ต.ค. 2024
  • Kali ni Che Nom nak tunjuk cara masak menu yg sangat istimewa dan sangat nostalgia iaitu pulut kuning dan kari ayam berkerisik.
    Resepi asal dari bonda Che Nom tersayang. Selalu dapat lihat masa kecil dulu macam mana telitinya cara penyediaan pulut kuning. Pulut perlu direndam semalaman dan dikukus, dan bila pulut masih panas terus digaul dengan santan segar sebelum ditutup rapat. Kita perlu biarkan pulut tu perlahan-lahan mengewap dan menyerap santan.
    Aturan masa sangat penting dalam resepi ni. Hasil nya pulut yang lembut, berderai dan berkilat. Sedap sangat kalau makan dengan kari ayam berkuah pekat. Kalau nak makan dengan rendang pon boleh.
    //Bahasa Melayu
    ----------------------------------
    Bahan untuk pulut kuning:
    1 kilo beras pulut
    2-3 sk serbuk kunyit
    4 cwn santan
    1/2 cwn santan (simpanan, jika perlu)
    ** semua perahan santan diambil dari 1 biji kelapa
    Anggaran 3 sk garam halus
    1 helai daun pandan
    Bahan untuk gulai ayam:
    1 - 1.5 ekor ayam
    2-3 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia
    Rempah 4 sekawan
    2 tangkai daun kari
    2-3 sb kerisik
    2 biji kentang
    3 sb rempah
    1 sb serbuk cili
    1 biji bawang besar (kisar halus)
    2 ulas bawang putih (kisar halus)
    2 cawan santan
    ATAU 1 kotak kecil santan
    Garam secukup rasa
    Air asam jawa
    //English
    ----------------------------------
    Ingredients for yellow glutinous rice:
    1 kilo glutinous rice
    2-3 tsp turmeric powder
    4 cups coconut milk
    1/2 cup coconut milk (save for later, if necessary)
    **all the coconut milk are extracted from 1 coconut
    Approximately 3 tbsp fine salt
    1 pandan leaf
    Ingredients for chicken curry:
    1-1.5 whole chicken
    2-3 shallots
    3 cloves garlic
    1-inch ginger
    4 spices
    2 stalks of curry leaves
    2-3 toasted coconut paste
    2 potatoes
    3 tbsp curry powder
    1 tbsp chili powder
    1 red onion (finely blended)
    2 cloves garlic (finely blended)
    2 cups coconut milk
    OR 1 small box of coconut cream
    Salt to taste
    Tamarind juice
    Instagram: bit.ly/CheNomIn...
    Twitter: bit.ly/CheNomTw...
    Facebook: bit.ly/CheNomFa...
    Jenama Pisau: chenom.my/pisa...
    Model Blender: chenom.my/blen...
    #resepichenom

ความคิดเห็น • 250

  • @nonename3935
    @nonename3935 ปีที่แล้ว +58

    kita dah cuba resepi ni kak..btl2x sedappp,ank2x smua suka🤗 tq dah kongsi resepi..

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +13

      Alhamdulillah. Terima kasih sudi cuba masak ☺️

    • @yualinhok568
      @yualinhok568 ปีที่แล้ว +5

      Sedapnyerrr.....nak cube lah....🤤🤤🤤

    • @hawaothman2403
      @hawaothman2403 ปีที่แล้ว +1

      ​@@CheNom llpp

    • @yatiyunus6529
      @yatiyunus6529 ปีที่แล้ว +1

      ​@@CheNom
      .
      ...?

    • @asmaii3085
      @asmaii3085 ปีที่แล้ว +1

      ​@@CheNom¹¹8

  • @sitifatimahishak2596
    @sitifatimahishak2596 ปีที่แล้ว +1

    T.ksih Che nom ..baru ni ustaz Wadi sebut nama Che nom...sbb kongsikan perkara yg bermanfaat..🥰👍

  • @CheNom
    @CheNom  ปีที่แล้ว +98

    1. Che Nom biasanya tak guna asam keping pon, tapi dalam video ni nak tunjuk cara mak Che Nom.
    2. Santan pon kalau nak buat makan sendiri, Che Nom selalunya tak masak..gaul terus je santan yang diperah dengan air masak. Tapi kalau untuk buat jamuan ke, kenduri ke..elok masak santan nak elak cepat basi.
    3. Beras pulut perlu rendam semalaman, baru lah boleh guna kaedah kukus sekali sahaja, hasil pulut memang cantik lembut & berderai bila sejuk nanti.
    4. 1/2 cawan santan tu mmg simpanan untuk kita gaul kalau pulut masih tak cukup lembut.
    5. Pulut WAJIB digaul masa tengah panas-panas lagi. Kalau pulut dah sejuk memang tak jadi cara kukus sekali ni.
    6. Kalau nak kukus kali ke 2, jangan lama-lama sebab pulut mudah lembik pada kukusan yang ke2 tu. Dalam 5-10 minit cukup kot. Che Nom memang tak pernah kukus dua kali.
    Selamat mencuba!

    • @syamimanasrynn954
      @syamimanasrynn954 ปีที่แล้ว +3

      kukus pulut tu brp lama?

    • @hazizaharun62
      @hazizaharun62 ปีที่แล้ว +3

      Kl pulut susu xpayah rendam lama...

    • @rozitasahat8498
      @rozitasahat8498 ปีที่แล้ว +1

      Bismillah Laa illa Haa illallah tawakal Allallah
      Sallallah A'laihi Wasalam.
      Salam Juma'at, Allhamdulillah trima kasih resipi.
      Tapi sya guna kunyit hidup. Kuning nya cantik Tampa menambah pewarna dn bau kunyit pun sedap. InsyaaAllah 🤲

    • @yayam7788
      @yayam7788 ปีที่แล้ว

      Saya pun sama. Kukus terus pulut + santan. Halfway kukus just kacau² je. Settle sekali jalan je.

    • @norshareenahishamuddin90
      @norshareenahishamuddin90 11 หลายเดือนก่อน

      @CheNom..maaf ye nk tanya..kalau pakai santan kotak utk pulut kne berapa kotak ye untuk sama dgn 4 cawan santan tu?

  • @chikizzah7384
    @chikizzah7384 ปีที่แล้ว

    Betul che'nom ..org utara memang kukus pulut tu sekali je..kukus smpai masak betul2 lepas tu taruk santan + garam - gaul2 sbati dah siap

  • @rozitazakaria6706
    @rozitazakaria6706 ปีที่แล้ว +2

    Sedap yer Che Nom 👍👍👍

  • @anakmelayu9069
    @anakmelayu9069 ปีที่แล้ว

    Alhamdulillah. Trm ksh ciknom. Arwah mak suka masak pulut kuning camni. Skg akak pn msk camni jgk. Anak2 sgt suka. Trm ksh bnyk2 dh bangkitkan nostalgia.

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +1

      Alhamdulillah. Sama cara ya.

  • @ailisamohdishak2387
    @ailisamohdishak2387 ปีที่แล้ว

    Saya suka masak kari teloq dari ayam. Mkn plak dgn pulut kuning atau nasi. Kuah itik berenang, goi pulak had kuning teloq dgn nasi atau pulut, mau putih mata naik ke ataih. Kari Che Nom buat saya telioq🤤🤤. Tentu surrr

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว

      😂

  • @Janggut40
    @Janggut40 ปีที่แล้ว

    Terima kasih atas perkongsian resepi ini.

  • @Jue-72
    @Jue-72 ปีที่แล้ว

    Alhamdulillah
    Assalamu’alaikum

  • @ThanNu-kj5ch
    @ThanNu-kj5ch 3 หลายเดือนก่อน +6

    Orang kedah no 1 dlm malaysia, masak sempurna, teliti, bersih dan sedap, masak apa² pun org kedah ni, dah puas merantau bertugas dinegeri negeri lain, hanya kedah juga masak sedap

  • @isu2dunia456
    @isu2dunia456 ปีที่แล้ว

    Like ke 67🥰
    Dah lama tunggu resepi ni Dari che nom..
    Terima kasih sangat che nom❤️

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +1

      Sama2 😊

  • @arzulnoboy7590
    @arzulnoboy7590 ปีที่แล้ว +1

    Sedapnya kak nom 😋👌👍

  • @sharifahmaimunah6298
    @sharifahmaimunah6298 ปีที่แล้ว

    Sedaap nye resepi nii che nom

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +2

      Alhamdulillah. Terima kasih

  • @thewazofficial6901
    @thewazofficial6901 ปีที่แล้ว +2

    Bagus la akak nom. Ikut resepi mak. Teringat pulak mak kite cam mana la dia Di kelantan tu kan?

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +2

      Mak Che Nom dah meninggal dunia, banyak kenangan pulut kuning ni masa kecil2 dulu suka makan.
      Semoga mak The Waz sihat sejahtera. Amin.

    • @thewazofficial6901
      @thewazofficial6901 ปีที่แล้ว

      Amin. Allah kak saya nak ucap takziah ye. Maaf banyak2 kalau ada tesalah cakap ye.

  • @roswan_cooking
    @roswan_cooking ปีที่แล้ว

    Menyelerakan 😋

  • @carolcrombie6727
    @carolcrombie6727 ปีที่แล้ว +1

    Your dishes always look so fresh and delicious

  • @lindaroslin1736
    @lindaroslin1736 ปีที่แล้ว +27

    Cara cik Nom buat sama macam arwah mak mertua saya buat 😢 mmg orang dulu dulu masak pulut macam ni. Teringat pulak dengan arwah mak mertua. Moga Allah tempatkan arwah dikalangan orang-orang yg diredhaiNya Aamin

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +5

      Amin..Al-Fatihah 🤲

  • @leefazlee2930
    @leefazlee2930 ปีที่แล้ว +13

    Alhamdulillah .. semoga anda semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki 🤲

  • @khairulpenyu1657
    @khairulpenyu1657 ปีที่แล้ว +1

    Family aku biasanya makan pulut kuning ngan ayam mask merah. Pulut tu pon lebih kuning dari che nom wat, x tau lh mak aku letak ap, maybe sup bunjut lot, itu yg kuning🤣

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +1

      lebihkan serbuk kunyit aja kalau nak kuning terang 👌

  • @norihashim7055
    @norihashim7055 ปีที่แล้ว +12

    Betul tu, ni cara arwah Mak sy masak pulut. Org Perak dulu2 Klu kenduri tahlil/arwah, biasanya wajib ada pulut ni.. Kami pgil pulut arun.. Masak pulut arun mcm che nom tunjuk ni, rasanya lebih lemak n Sgt sedap berbanding dgn pulut tanak. Suami sy Sgt suka mkn pulut arun dgn sambal telur, fuuhh, memang sedap punya😁 Terima kasih Daun keladi pd che nom, lain kali share lagi 😁🌹❤️

  • @Aneesya_SG_England_IrenaRynn
    @Aneesya_SG_England_IrenaRynn ปีที่แล้ว +85

    Tapi Arwah nenek ajar pulut Kukus separuh masak Baru boleh campur aduk dgn santan dan kukus lagi sampai masak. Rasa kenyal dan sedap sekali. 😊

    • @sakurahadalabo9322
      @sakurahadalabo9322 ปีที่แล้ว +5

      Boleh jugak gitu

    • @mahayue3401
      @mahayue3401 ปีที่แล้ว +6

      Kalau mcm tu arwah mak saya masak ketupat palas .....kalau pulut kuning buat cam cara cik Nom ....pernah jugak nampak arwah mak buat cam nenek saudari , kata arwah mak nk bagi pulut tahan lama sikit , tk mudah basi ....tp kedua cara pon sedap je

    • @Awanlarat675
      @Awanlarat675 ปีที่แล้ว

      Sama

    • @aafzan_zainal9479
      @aafzan_zainal9479 ปีที่แล้ว +5

      serupa arwah emak ajar sy.. kukus sekjp pastu santan and kukus sekali lgi isi santan

    • @KmMm-vc7sq
      @KmMm-vc7sq ปีที่แล้ว +2

      Betul..

  • @zarinasuyatti12
    @zarinasuyatti12 ปีที่แล้ว +6

    Terimakasih Cik Nom tunjuk cara masak pulut kuning ni. Tengok cara Cik Nom buat senang sangat n nampak lazat. Saya nak cuba buat lah.😋😍

  • @nursuriati3575
    @nursuriati3575 ปีที่แล้ว +1

    Alhamdulillah ...ade jgk berapa hari sy bercakap dgn en tunang nk buat pulut kuning tp tak tau bila masa nk buatnya....tup2 keluar PLK video ni....tapi sy nk lawankan dgn telo kari...😊

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว

      Selamat mencuba Nur

  • @pahfikri2247
    @pahfikri2247 ปีที่แล้ว

    Terima kasih Cik Nom🌹

  • @engkumuhammadfahmi961
    @engkumuhammadfahmi961 ปีที่แล้ว +4

    sedapnya awak 🙂
    moga awak and family dipermudahkan urusan and dimurahkan rezeki 🙂
    kirim salam mak 🙂

  • @my_way2262
    @my_way2262 ปีที่แล้ว +3

    mmg sdp menu ptg nie vs kopi o pns...wow mabeles🇲🇾🤟🤲👍

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 ปีที่แล้ว +1

    First ❤❤❤

  • @MarcoPolo-sx8oe
    @MarcoPolo-sx8oe ปีที่แล้ว

    Cik nom guna kuali brand apa masak gulai?

  • @khairuddins8575
    @khairuddins8575 ปีที่แล้ว +1

    Ini resepi mak che nom ok !!! Korang jgn mandai2 nak ubah!!😤

  • @honeybunny2887
    @honeybunny2887 ปีที่แล้ว +2

    Sejujurnya berapa hari lepas ada search resepi pulut kuning Che Nom kat youtube tapi tak ada.. Pagi ni tup2 Che Nom share terima kasih, entah la banyak resepi pulut kuning tapi suka nak ikut cara Che Nom mudah dan tak pening kepala..👍

  • @mohamadsyafiq7951
    @mohamadsyafiq7951 ปีที่แล้ว +2

    Terima kasih Che Nom, akhirnya saya berjaya buat pulut kuning ikut resepi Che Nom ni untuk makan di pagi raya ni. Banyak dah resepi Che Nom saya ikut dan buat dengan jayanya. Terima kasih banyak..

  • @roszainiskve
    @roszainiskve ปีที่แล้ว +1

    Baru minggu lepas buat pulut kuning..Cara sy plak lepas gaul santan sy kukus lagi dlm 15-20minit..Itulah yg arwah mak sy ajar..
    Nanti blh try cara Che Nom plak..kukus sekali jeee..LG senang..Jimat gas...,,😅😅😅😅

    • @saharasara8289
      @saharasara8289 ปีที่แล้ว +1

      Mcm akk gak..2kli kukus..tahan lama

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +1

      Bagus cara tu sis 👍

  • @azizahjayus4070
    @azizahjayus4070 ปีที่แล้ว +1

    Wah sdap cik msak ni mau coba la shta sellu ya.mohon dukungannya ya orang Bru trmksih 🙏🙏

  • @ezjoyrivera5320
    @ezjoyrivera5320 ปีที่แล้ว +4

    kali nie resepi yang sangat menarik terbaikkkk 👍👍👍

  • @azizahyunus4315
    @azizahyunus4315 ปีที่แล้ว +4

    Alhmdulillah. Thanks alot Cik Nom for such lovely recipe. Bless you 💖🌹😍

  • @iis_iis
    @iis_iis ปีที่แล้ว +5

    Memang sedap👍

  • @putrinajwa9769
    @putrinajwa9769 ปีที่แล้ว +1

    alhamdulillah.T.Q che Nom.resepinya mmng padu dn lengkap🥰😍🤩semoga mutah rezeki nya diatas setiap perkongsian resepinya

  • @norazwarina
    @norazwarina ปีที่แล้ว +4

    Alamak Che Nom, suka sangat pulut kuning 🤗

  • @MiMi-vg1xe
    @MiMi-vg1xe ปีที่แล้ว

    Love u 😘

  • @pencintakucing3037
    @pencintakucing3037 ปีที่แล้ว +3

    Terbaik chenom masakan chenom semuanya terbaik.

  • @arlin8014
    @arlin8014 ปีที่แล้ว +4

    Terima kasih untuk resepinya kak pasti sedap ni 😋

  • @redangisland8547
    @redangisland8547 ปีที่แล้ว +1

    betullah dah cuba beras pulut Rendam dgn Asam Keping 12 jam letak serbuk kunyit esok kukus pulut tak patah dan berkilat sebiji sebiji cantik,,terimakasih che nom,,,👍👍👍👍👍👍

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว

      Alhamdulillah..terima kasih cuba 😄

  • @alicesara1407
    @alicesara1407 ปีที่แล้ว +2

    Terbaik Che Nom..dah lama tak mkn pulut kuning..bleh cuba buat nie terliur pulak tgk 😋😋😋😋😋👍👍👍👍👍

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +1

      Terima kasih atas sokongan

    • @alicesara1407
      @alicesara1407 ปีที่แล้ว +1

      @@CheNom sama-sama Che Nom 😊😊 mmg selalu sokong Che Nom

  • @nuralie
    @nuralie ปีที่แล้ว

    che nom , 1 kilo beras pulut bersamaan berapa cawan ?

  • @saedahalias3916
    @saedahalias3916 ปีที่แล้ว +1

    Tengah mengidam nk makan ni..in sha Allah dlm masa terdekat ni sya akan cuba buat 😁 tq che nom

  • @WannurFatihah-f3o
    @WannurFatihah-f3o ปีที่แล้ว

    Klau sy bt setengah kilo ja... Santan letak 1 setengah cwn... Blh Ka? Baru belajaq bt, sblm ni X besa bt lgy ... Nk agak² pn X reti

  • @zolabdul6728
    @zolabdul6728 ปีที่แล้ว +1

    Cara org tua tu bagus Che Nom..
    Santan dimasak tu pulut tahan lama dan rasa lemak2. Buat yg terbaik.😊👍👍

  • @mawarmariana
    @mawarmariana 3 หลายเดือนก่อน

    Pulut kuning, masakan tradisi menjadi tradisi masyarakat Melayu zaman-berzaman.
    Makanan ini dikenali Makanan Adat Orang Melayu.
    Dalam Adat Istiadat Melayu,
    Hantaran pertunangan/
    Pernikahan,
    Dan untuk Majlis pekahwinan.
    Ada juga yg potong Pulut kuning pada sambutan hari jadi /Anniversary.
    Untuk program formal atau komersil.
    Pulut kuning boleh diperluaskan promos I ke peringkat Antarabangsa.
    Masakan Tradisional harap dapat sokongan semua pihak.
    Tahniah Che Nom😊
    July 2024.

  • @j3f00at
    @j3f00at ปีที่แล้ว +4

    Sedap! 👍❤️

  • @lesehankakilima
    @lesehankakilima ปีที่แล้ว +2

    Di Malaysia sebut nasi pulut kuning
    Di Indonesia sebut nasi ketan kuning.. Plus ayam bakar.
    Sama sama laziiiz... Thoyib.
    Terimakasih resepi nya... Best.

  • @soyabean5431
    @soyabean5431 ปีที่แล้ว +1

    Cara Che Noom buat ketan kuning,serupa macam cara Mak saya buat.memang best👍

  • @noorazizahnasarudin9250
    @noorazizahnasarudin9250 ปีที่แล้ว +2

    Waalaikumsalam Che Nom. Terima kasih berkongsi resepi kesukaan saya yang sedap menyelerakan ini

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +2

      Sama2 Noorazizah

  • @rarashaheera3828
    @rarashaheera3828 11 หลายเดือนก่อน

    Salam che nom. Kalau saya dah rendam beras pulut, boleh ke esok esok tu baru tanak. Ke kukus half cook simpan dalam peti dulu, lepas tu esoknya kukus lagi. Sebab salah tarikh la pulak. Bukan esok kena buat pulut tu. Tapi lusa 🥺🥺🥺 Help me che nom! 😭

  • @yongnurulwahidah2422
    @yongnurulwahidah2422 ปีที่แล้ว +1

    Sama cara mcm mak sye masak pulut kuning... Mmg sedap... Lemak cukup semua cukup rasa...

  • @arsilahnasir8577
    @arsilahnasir8577 ปีที่แล้ว

    Che nom kalau pakai santan kotak mcm mana?

  • @priscillapuspam8537
    @priscillapuspam8537 ปีที่แล้ว +1

    Pulut kuning is my favourite . Not only me my fly too . Thank you mam for this recipe .

  • @ms.bearry6661
    @ms.bearry6661 ปีที่แล้ว

    Sy slalu fail msk pulut ni...nti nk try cara che nom plak...biasa kejadian sy buat msti jd lembik, keras, x masak🤣

  • @theghost8516
    @theghost8516 ปีที่แล้ว

    makanan lejen tok2 dlu ni trbaik che nom kena dgn ayam panggang pun cun tu xjadi keja

  • @izharzainal2049
    @izharzainal2049 9 หลายเดือนก่อน

    Klu xnk pulut nmpk pucat seelokny guna serbuk kuning atau pewarna kuning,panaskn air dlu baru letak pulut..kira 2kali kukus la,sbb prtama tu xleh letak santan lg.. blh je nk msk sekali dgn santan tp tu cara org pemalas kata mak😂,

  • @yantianiyan365
    @yantianiyan365 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum semua, nak tanya pada otai2 dalam ni, pulut kuning ni maksimum boleh tahan berapa lama ya? Ingat nak guna resepi Che Nom ni untuk bawa potluck office nnti. Utk dimakan waktu lunch. 6am dah kene gerak pergi ofis. Kalau sy start masak tgh Malam tahan tak agak2 sampai lunchtime?? 😅 Terima kasih

  • @WanNazri1904
    @WanNazri1904 ปีที่แล้ว

    Cangih erk..c.nom pulut pun bli.shopee erk..Cm ne nak rendam jadi kuning

  • @miewa_2936
    @miewa_2936 ปีที่แล้ว

    Ouh canei y cara masak pulut Makan dgn ayam tu😊,nampak senang dan mudah di pahami cara2 nya.
    Oiya dlm masakn pulut kuning tak pakai cengkeh ye @chenom.?

  • @nurfathin2997
    @nurfathin2997 5 หลายเดือนก่อน

    che nom , nak tanya kalau guna santan kotak , berapa bnyak ye?

  • @ridzuanmustafa3362
    @ridzuanmustafa3362 ปีที่แล้ว

    klw org nogori dia msakn santn tu boh asam kpg yg kecil boh kunyit nmpk kuning cntik..thn lma bungkus dlm daun pisang wangi sangt...

  • @andywong7372
    @andywong7372 ปีที่แล้ว +2

    Thanks for the English subtitles.

  • @Ardan_putra
    @Ardan_putra ปีที่แล้ว +1

    Wau nasi kuning yang sempurna 👍

  • @mahayue3401
    @mahayue3401 ปีที่แล้ว

    Kari dan pulut mcm style arwah mak saya , kata arwah mak ni style orang lama belah utara , betul ke cik Nom ?

  • @aishahaishah686
    @aishahaishah686 ปีที่แล้ว

    Aduh, che nom macam tau2 je yang saya ni mencari2 cara masak pulut kuning yang betul2 menjadi. Terima kasih, che nom sayangku 😁😋🤭🤭🤭

  • @sakurahadalabo9322
    @sakurahadalabo9322 ปีที่แล้ว

    Good.
    Nak lagi senang, masak dlm periuk karen yg ada mode sticky rice.. ni utk sape yg agak malas.

  • @huhuhihi1619
    @huhuhihi1619 ปีที่แล้ว

    Boleh letakkn asam keping didalam periuk bawah time kukus baru kaler daalam air periuk tu tak lebam.
    Maaf sekadar share tips warna periuk kekal lawo he²

  • @redangisland8547
    @redangisland8547 ปีที่แล้ว

    terimakasih Che Nom resepinya,,my fabret pulut kuning mkn dgn kari ayam,,kalau Hari Raya balik kampong saya pergi beraya rumah orang yg ini yg saya cari dulu makan,,,atau Lemang mkn dgn Kari ayam,,Aruwah bapak kita dulu2 raya suka makan Lemang dgn ikan Rebus campur dgn asam keping,,,,bestnya terkenang raya paling glamour saya tahun 1996,,

  • @eitadnan
    @eitadnan 9 หลายเดือนก่อน

    Suka Cara org lama kukus pulut. Cara arwah Nenek buat..kukus 2 kali. Step Cik Nom sama cuma lps kukus pulut separuh masak letak santan..dan kukus lagi sampai npk berkilat. ❤ Makan dgn kuah kari pekat or rendang basah..mabeles!! Tq Cik Nom atas resepinya..

  • @yah65
    @yah65 ปีที่แล้ว

    Memang sedap , belum rasa lagi..

  • @truth18277
    @truth18277 ปีที่แล้ว

    Maknanya kena rendam beras pulut tu dgn kunyit dulu semalaman baru blh kukus kan? Klu santan kotak berapa anggaran?

  • @yaddkoy1613
    @yaddkoy1613 ปีที่แล้ว

    che nom review lah dapur che nom pulak. asyik resepi je. dapur che nom mesti cantik kannn.. 😊😊😊

  • @1c-40safrulhafiezbinidris7
    @1c-40safrulhafiezbinidris7 ปีที่แล้ว

    Haishhh...baru pagi tadi ak taip che nom pulut kuning, sebab nak masak untuk anak...tup tup keluar video drp che nom...che nom bleh baca niat ak ke ape ni....hahahah...rpe nye belum ad lg video drp che nom masak pulut kuning.tgok video drp channel lain la pg td.xpela, ape2 pon terima kasih kpd che nom sudi share resepi .

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +1

      😆👌

  • @ijahdagang6121
    @ijahdagang6121 ปีที่แล้ว +1

    Sedapnye...

  • @Bobomeetworld
    @Bobomeetworld ปีที่แล้ว

    wah.. saya memang suka jenis pulut kuning berderai macam ni.. susah nak cari kat kedai2 makan.. banyak yang jenis kembang melekat macam kuih seri muka tu

  • @fromthismoment6657
    @fromthismoment6657 ปีที่แล้ว +9

    Memang teliti, kemas dan bersih tutorial masakan Che Nom, juga mudah difahami. Terbaik selalu dari Che Nom

  • @ridzuanmustafa3362
    @ridzuanmustafa3362 ปีที่แล้ว

    nk bg bekilat msa rendam tu perahkn asam limau...nti da msk dia berkilat...

  • @kousueki7024
    @kousueki7024 ปีที่แล้ว

    ngidam la pulak nak makan pulut dgn kari ayam...😩😩😩😩😩😩

  • @sitikotima2215
    @sitikotima2215 ปีที่แล้ว

    Sedap nya sy suka tengok cik nom msak mudah faham.tu hari try masak kaswi pandan mmang sedap

  • @nurulstella
    @nurulstella ปีที่แล้ว +3

    Ni resipi yg dtunggu2 dari cheNom 🥹 jutaan Terima kasih utk cheNom n krew2 skali. Smoga terus dkurniakan rezeki yg mlimpah ruah buat semua yaa❤🫰🏻salam sayang dari org 🇧🇳

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว +2

      Amin..Terima kasih Nurul, Semoga orang Brunei sihat2 aja 😊

  • @tiesuhaini6566
    @tiesuhaini6566 ปีที่แล้ว

    Maaf tanya Che nom..berapa anggaran pulut tu ya? Dan sebiji kelapa dptkan 4 cawan yg x berapa pekat ya?

  • @intiyahchannel
    @intiyahchannel 7 หลายเดือนก่อน

    Trimakasih resepnya kak 😊

  • @nizaiismal7197
    @nizaiismal7197 ปีที่แล้ว

    Terimakasih che Che Nom...jelas penerangan yg diberi
    Mintak halal yer

  • @isu2dunia456
    @isu2dunia456 ปีที่แล้ว

    Dah 8 Minit che nom upload baru dapat notification.
    Terus tengok Dan download Minit ke 8🥰

  • @sitinurmariambintinordin7770
    @sitinurmariambintinordin7770 11 หลายเดือนก่อน

    Boleh tahu brp orang boleh mkn utk sekilogram pulut kuning ni

  • @JamianHarun-fi2lq
    @JamianHarun-fi2lq ปีที่แล้ว

    Pulut susu cukup direndam satu jam setengah hingga 2 jam dah cukup

  • @aishahbi5766
    @aishahbi5766 ปีที่แล้ว

    Tq che nom dgn resepi ni. Ssah nk mkn kt luar pulut ni. Bg yg ingin buat senang dh dgn cara che nom ni

  • @nurs105
    @nurs105 ปีที่แล้ว

    Lapar pulak...mau cuba sedap nampak ayam tu..makan dgn ayam masak merah che nom pun sedap ni..

  • @rahmahibr323
    @rahmahibr323 ปีที่แล้ว +1

    Alhamdulillah memang mudah diikuti orang2 oku penglihatan

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว

      Alhamdulillah

  • @kamallatib9529
    @kamallatib9529 ปีที่แล้ว

    kata arwah mak saya.. asam keping untuk mengekalkan kuning kunyit melekat pada beras..

  • @maznahbintiali133
    @maznahbintiali133 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum Che Nom....klu x masak santan pn x pa ..blh kukus blk selps letak santan..pulut jdi than lama..lembut dn berkilat..tu cara mak ajar sy la..tpi mmg betul...

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว

      Waalaikumsalam. Ya betul, mana2 pun betul tak salah 👍

  • @lokmhj5895
    @lokmhj5895 ปีที่แล้ว

    Kalau zaman dulu2 ada letak telor dadar yg di hiris2 nipis dan ada juga letak telor rebus.

  • @zurinaina8996
    @zurinaina8996 ปีที่แล้ว

    Mmm.. dapnyaaa 😋 saya mmg suka sangat pulut kuning ni..tp dah berumur ni saya kurang2 kan sikit😄🤭

  • @rusman5193
    @rusman5193 ปีที่แล้ว

    0:40 kite biau
    Sah! Cik Nom org Melaka🤩

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว

      Best friend Che Nom orang Melaka 😄

  • @mimishamimi7026
    @mimishamimi7026 ปีที่แล้ว

    Ya Allah mengidam lah pulak... Kena buat nih...

  • @suryanisobri7224
    @suryanisobri7224 ปีที่แล้ว

    Menu kegemaran saya ni...yummy..terima kasih bkongsi resepi kak che nom.. Nak buat bisnis lah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aamiin³🤲

    • @CheNom
      @CheNom  ปีที่แล้ว

      Sama-sama, semoga dipermudahkan urusan Sue juga.

  • @Nur-fw3oz
    @Nur-fw3oz ปีที่แล้ว

    Hai Che nom,terimakasih bkongsi ilmu serta resepinya.sedapnya...