Pendapat saya, yang kena ubah bukan sistem pendidikan tp mindset masyarakat sekeliling. Terutamanya mak ayah. Bila ada orang terdekat kita yang tak perform dalam sistem 'standardize', sepatutnya kita kena tolong identify dan acknowledge bakat dia. Bukan label dia sebagai 'budak bodoh malas belajar'. Bila dah dapat dikenalpasti bakat dia, kita keluarkan dia dari sistem 'standardize' dan masukan dia ke saluran yang betul untuk asah bakat dia sehabis baik. Dekat Malaysia ni bukan tak ada sekolah seni dan sekolah sukan. Cuma masyarakat kita yang tak terdedah.
Awak silap. Cara Pngurusan dan sstem bkarat tu kena ubah juga.. Malah smpai bila nK guna sstem pnjajah? Boleh ubah tahap ke tahap. Tlong identify&acknowledge bakat tu aku stuju.. Perlu seiring..
Tanggungjawab utama guru bukanlah mengajar murid utk menjadi pintar tapi untuk melahirkan generasi yang berilmu,beriman dan beramal serta berakhlak mulia.👍
Sama je tanggungjawab tu cuma beza ayat je. Masa SPM saya suka belajar sendiri tanpa bantuan guru dan kawan sebab mereka tak tolong pun bila saya susah ayat mereka mesti macamni" ini batch paling teruk saya pernah ajar sedangkan dia pratikal lepastu bila saya kata tidak dapat hadir kelas tusyen sebab ada urusan boleh pulak dia kata bukan masalah saya.
Last-last pun saya dapat markah cemerlang lepastu saya balik terus lah tak nak bergambar dengan guru dan mereka pun tak nak bergambar dengan saya jadi saya tak kisah pun lepastu dapat lah jugak merasa belajar luar negara. Saya lagi suka pakai duit usaha sendiri dari duit PTPTN sebab kena hutang jadi saya usaha sampai berjaya.
Kita buat mcm2 sistem ,tp kita sekalipun x pernah mgkaji bagaimana sistem pendidikan islam yg telah ditunjukkan Rasulullah saw 1400 tahun lalu..kita belajar hari ni bkn utk hidup tp kita belajar sekolah hari ini hanya utk dunia semata..sedangkn dlm sistem pendidikan islam ada pelajaran hal dunia tp tujuann akhirnya ialah menuju akhirat..sbb itulah org islam zaman kekhilafahan islam dlu hebat &maju kehadapan..
Ini satu contoh. Menzalimi diri kerana belajar sesuatu yang tak perlu. Ilmu yang tidak bermanfat kepada generasi muda dalam menyesuaikan pasaran kerja.
Saya berharap sistem pendidikan di Malaysia mula subjek2 ini dari awal fasa persekolahan: 1. Bahasa - Melayu, Inggeris, Arab, Mandarin, Tamil, Kadazan, Iban, dsb - setiap murid belajar sekurang-kurangnya 4 bahasa. BM dan BI wajib. Lagi awal mula lagi bagus, dah dewasa esok senang nak belajar lagi mendalam. Bahasa sangat penting untuk komunikasi. Dalam silibus Bahasa Melayu kena masuk silibus Jawi sekali. 2. Pendidikan Agama Islam/Moral dengan praktikal 3. Asas matematik 4. Asas Sains 5. Alam dan Manusia - merangkumi cara kita berhubung dengan alam secara tradisional (bukan khurafat) hingga la cara-cara inovasi dan 'reuse, reduce, recycle'. 6. Sukan - merangkumi olahraga, balapan, pasukan atau mental macam catur, dsb. Tapi yang mental ni pun kena beriadah fizikal. 7. Kokurikulum - tak payahlah pengakap, tunas puteri yang perlu uniform ni. Cukup ada kelab2 yang melakukan aktiviti pembinaan sahsiah - rumah orang tua, gotong royong, alam sekitar, dsb. Murid2 kena join aktiviti, tak perlu join kelab, murid2 dapat markah merit. Baru menggalakkan aktiviti, tak fokus pada kekelaban. Ibubapa pun tak perlu berbelanja lebih untuk uniform. Cukup 7 utk sekolah rendah pada fikiran saya.
Anak bongsu sy berusia empat thn fasih berbahasa Indonesia, malah kami sekeluarga belajar dr si bongsu. Harapan spy anak2 sy blh belajar dan fasih lbh byk bahasa ke 3, ke 4, selain BM dan BI
Tentang kelab tu patut Kene ikut mcm kat sekolah Jepun. Kalau budak tu minat animasi ade kelab die, kalau budak tu minat melukis ade kelab die dll. Kalau buat mcm tu bakat budak2 akan lagi terserlah dan mereka dapat fokus dengan ape yang dorang minat tu.
@Amirul Fikri ya, mungkin boleh ada 2 jenis kelab..satu utk sahsiah, satu utk kreativiti...murid2 boleh masuk mana2, lagi byk terlibat dgn aktiviti lagi byk markah
Aku bersetuju ada sesuatu yang tak kena dalam sistem sekolah kita sejak sekolah lagi, pada masa itu aku digelar "gifted" kerana pandai walaupun malas belajar, bkn pandai pun,cuma faham mekanisme sesuatu subject Tapi semua berubah bila K.pendidikan decide nak compress terlalu bnyk syllabus untk semua subject dalam setahun, cikgu ajar tergesa² sbb nk cover semua tajuk, murid tak faham pepandai la study sendiri, tp pada masa sama nk kejarkan siapkan homework yg bertimbun , apa gile diorang ni? Orang pergi sekolah sebab nak faham ilmu baru, ini belum faham dh lompat syllabus baru,main topic pun x faham apatah lagi subtopic yg sangkut paut, end up burn gitu jela straight A's upsr dngn pt3 aku, aku decide untuk kerja tolong family lagi bagus, ilmu ni dah macam jadi perniagaan ,bukan main mahal nak masuk siap kena buat pinjaman lagi tapi keluar U jaminan kerja pun belum tentu, sekiah luah perasaan,
Ada betul gak kau cakap bro sbb penah aku ambik asasi IT sebulan pastu drop. Lecturer keje nak rush je sampai tak ambik tau yang student dia ada yang slow dan lemah. Aku gila stress time tu. Ada jugak lecturer yang baca balik straight dari powerpoint punya presentation, elaboration apa pun takda. Aku decide utk drop sebab aku pikir berbaloi ke aku hadap kesusahan ni tapi last2 tak bermanfaat apa-2 untuk aku? Bayar pun bukan murah. So ye la, conclusion nya hidup jangan tau nak kecam sapa yang belajar sampai level SPM je. Kebanyakkan degree holder zaman skrg pun pemikiran 2x5 je mcm level budak lepasan SPM. Kebanyakkan. Bukan semua. Aku cakap mcm ni sebab aku penah nampak orang membandingkan budak degree dgn budak spm, even aku sendiri pernah kena discriminate
kita xbole awal2 dh give dgn sistem pendidikan Malaysia. walaupun kita slow dan lemah, kita kena push otak kita utk degree. klu x. ekonomi jatuh. kesihatan teruk xda doktor. petronas pun lingkup klu semua SPM ja
@@azzs9638 ada aku cakap semua kena stop belajar ke? Tak bro , sambung study ni dah macam perniagaan, ada duit bolehla kau teruskan, aku tak cakap pun aku slow n lemah, cuma sistem pendidikan ni tak meyakinkan aku yg sistem ni nak beri orang faham tentang ilmu terutama pengaplikasian dalam kehidupan, kalau kau hidup untuk dapat kerja bagus etc,silakan , family aku org susah,jangankan makan,duit rumah pun struggle, biarla org lain yang nk jadi doktor ke pakar ekonomi etc tu, belum tentu semua dapat jadi, biar aku maju dalam bidang lain, pada pandangan kau aku give up,pada pandangan aku rezeki aku di tempat lain,wasalam
1. Sekolah rendah : mencari ilmu dan menemukan bakat kelebihan masing-masing 2. Sekolah menengah : mengembangkan ilmu dan bakat kelebihan yang kita punya 3. Universiti : meningkatkan ilmu dan bakat kelebihan yang telah kita temukan dan kembangkan saat sekolah rendah dan menengah 4. Sambung belajar : untuk menambah ilmu dan pengetahuan serta bakat yang telah kita tingkatkan
tujuan: dapatkan pekerjaan untuk cari duit dan sara anak bini. kesimpulan: ini semua duit 💰💵 bagi sesetengah orang ada yang betul2 mempunyai impian, bukan setakat nak cari duit ja.
Orang bijak berkata masa depan negara terletak di dalam pagar sekolah Orang lebih bijak berkata masa depan negara terletak di dalam pagar rumah Orang paling mengerti berkata masa depan negara terletak di tangan ibu2 Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia Sukarno berkata berikan aku 10 pemuda nescaya ku goncang dunia Jose Mourinho berkata perlawanan bermula sejak dari padang latihan lagi Al Ghazali berkata jika mahu melihat masa depan sebuah negara, lihatlah anak2 mudanya sekarang
di malaysia..pd saya..Janganlah asingkan kelas akedemik dengan KAFA.. mejoriti pelajar islam melayu. serapkan bersama untuk 20 ke 40 minit SETIAP PAGI untuk 2 subjek Al-quran bersama mana2 subjek Islam yang lain..lagipun..kalau dicongak.. pulang sekolah dan masuk semula ke kelas kafa masa ambil dan hantar 20-40 minit jugak.. mulakan al quran di setiap pagi hari terbaik buat anak2 Islam..
@nazlan azzila, ada, tapi kena bayar lebih iatu kita pilih sekolah bukan kebangsaan, seperti sekolah penekanan agama bayaran serendah rm2++ sebulan dan keatas. Terbaik saya rasa...
Ada kat Sarawak da ad utme kt kampung sbb sni kahwin campur dan ramai kacukan kaum Malaysia yang amat mengejutkan kaum Iban dari keluarga Kristian pn ad yg pandai selawat nabi contoh anak buah saya juga cucu kakak sulung saya aku senyum je dalam hati berbisik moge mereka dapat hidayah dari Allah SWT sedikit masa lagi
Tngok video ni..teringat balik waktu sekolah menengah.. form 3 dpt keputusan okay la jgk smpai layak dpt kelas sains tulen..tp diri ni minat sgt kat seni..mmg jiwa seni..pastu parent disebabkan rasa kelas sains tulen tu baik, kelas pertama kot..saya dipaksa stay situ..last2 spm subject sains tulen semua dpt D..add math dpt E.. yela kelas seni kan selalunya dianggap kelas bawahan di sekolah.. bagi parent2 semua tolong la kenal anak masing2 biar dia ke kelas minat dia..biar dia belajar apa yg dia suka..bukan paksa ikot cita rasa kita..jika dia minat jd jurutera biar dia belajar di skolah teknik..jika dia minat jd doktor pupuk dia dgn sains..jika dia berjiwa seni bagi dia ikut apa dia nak..
Saya orang Malaysia, selalu dengar Channel guru gembul ni menjelaskan suatu perkara yang kontroversi ttp memberi kita suatu motivasi supaya tidak bodoh dan percaya kepada satu pihak sahaja
Setuju sgt2 dgn topik ni... Mcm kes sy... Sy minat keje dlm bidang pendidikan (skolah) konon nk jd cikgu la.. pas spm masuk matrikulasi terpaksa amik perakaunan pdhal sy x minat akaun... Jd blajar hnya utk lulus je... Pastu apply UPU bidang pdidikan tp xdpt, ditawar amik kos bisnes pdhal x minat bisnes pun... Nk x nk tpksa terima, jd blajar pun utk grad lulus je... Pas abis blaja cari keje sy pun xtau nk keje apa sbb keje opis mmg sy x minat... Jenuh apply KPLI, DPLI, GSTT semua la, tp xdpt jugak... Last2 try gomen apply spa, spp... Interview byk kali akhirnya baru lekat... Skrg keje kat skolah wlpn xguna degree, Alhamdulillah sy sgt2 BAHAGIA sbb dpt keje kat skolah (cita2 dr kecik mmg suka suasana skolah)... Wlpn sekadar jd staff skolah bukan jd cikgu tp akhirnya sy capai impian sy... Dh 10 tahun berkhidmat... Alhamdulillah bersyukur seadanya janji sy happy keje x stress ❤❤❤
dalam islam ada ilmu yang fardhu ain dan ada yang fadhu kifayah bagi aku sebagai seorang muslim sepatutnya pendidikan asas tu mmg wajib bagi aku masalah dalam pendidikan Malaysia sekarang mungkin adalah "masa": sepatutnya pendidikan kena lebih fleksible dan bagi pendedahan kepada murid dari umur yang muda bermula seawal form 1 patutnya dah kena mula spesifikkan minat dan bakat diorang
Setuju !! Oleh itu, ibubapa perlu melihat kelebihan anak masing2 .. jika mereke condong ke arah sukan support mereke, jika ke arah petani benarkan mereka..
perbincangan yang menarik. kalau ada bintang bola sepak kat malaysia, genius anugerah nobel atau tokoh ilmuwan, diorang takkan masuk sekolah2 biasa. sebab tu wujudnya sekolah sukan, program permata & darul quran. untuk orang2 camni la. betul, dari peperiksaan la senang nak nilai orang tu genius / biasa2. yang biasa2 memang nak taknak kena teruskan dengan acuan pendidikan yang biasa untuk pastikan graduan gerakkan negara dari support genius. takleh gi ngan sistem pendidikan biasa, boleh cari pilihan macam sapa tak pandai belajar tapi ada kemahiran tertentu, boleh pergi TVET. beberappa tahun sebelum ni boleh la budak2 ada nak jadi cikgu, askar, peguam apa. tapi budak2 sekarang, ada nak jadi pempengaruh la, youtuber la, pendek kata kerja yang memerlukan platform. dah kalau jadi majoriti nak kerja camtu, negara takleh nak membangun, akan kurang pengajar, yang pertahan negara apa. last2 kerja2 camni diganti oleh robot & AI. memang betul sistem pendidikan yang biasa ni pun bukanlah sempurna tapi tetap perlukan bsik pulih dari semasa ke semasa
bagus cara nak dedahkan kelemahan sistem pendidikan Malaysia dgn berlapik dan dalam bentuk 3rd person merujuk pada persamaan sistem pendidikan negara lain. Semoga menteri tak sebodoh yg kita sangka dan dapat lihat apa yg cuba disampaikan.
Isu utama dalam pendidikan adalah sekularisme yang mendualismekan ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Golongan ilmuan agama kebanyakan tidak menguasai basic ilmu duniawi bahkan memandang remeh terhadap ilmu duniawi. Manakala orang 'intelektual' pula tidak menguasai basic ilmu agama sehingga melahirkan pandangan2 yg bercanggah dengan pandangan alam Islam. Faktor nya adalah kerana kegagalan dalam memahami pandangan alam Islam dalam meletakkan setiap yang wujud pada hierarki yg sepatutnya. Cerminan yang terbit drpd faktor adlh kerancuan pada epistemologi pemikiran. Moden menggagaskan ilmu hanyalah sains dan teknologi dan segala benda yang berkaitan dengannya. Justeru itu, istilah 'intelektual' hanya digunakan bg mereka yang menguasai bidang tersebut dan golongan ilmuwan agama hanya dianggap menguasai 'budaya'. Kesannya dapat dilihat melalui dasar dasar negara yang 'lebih' menumpukan perhatian kpd aspek sains dan teknologi atas dasar 'keperluan semasa' dan seolah2 'menutup mata' terhadap kepentingan agama. Pada peringkat sekolah pon dapat dilihat cerminan ini saranan dan nasihat guru yg lebih menggalakkan pengambilan aliran sains ataupun akaun/sastera. Dan hasilnya, pelajar2 pintar lebih berminat utk mengambil aliran2 tersebut dan saki baki yg 'kurang pintar' lah memenuhi aliran agama. Wahyu Tuhan tidak lagi dipegang sebagai 'sumber ilmu' dan tidak lebih sekadar halwa di telinga. Lanjutannya, golongan yang terpegun dgn sekularisme inilah yang menjawat jawatan kerajaan dan membina dasar pendidikan negara. Hasilnya pendidikan hanya sekadar mentransmisi 'maklumat' bukannya ilmu. Ilmu hanya akan tercapai apabila maklumat ditafsirkan sehingga mencapai makna. Makna pula berbeza bergantung kpd pandangan alam yg dipercayai. Pendidikan dalam Islam adalah terdiri drpd ta'lim, tarbiyah dan ta'dib.
Sebenarnya apa yang diutarakan haziq dalam video ni make sense juga. Kita kena terima hakikat bahawa cara untuk menilai pelajar tak lari dengan ujian/peperiksaan. Ini saya setuju. Cuma yang menjadi masalah, apabila kita (baik cikgu atau pun murid) terlalu takutkan peperiksaan atau terlalu mengejar kemegahan sehingga matlamat sebenar ujian tu dah lari. Terlalu mengejar gpa sekolah etc Terakhir, pembentukan cara fikir dalam kalangan pelajar mungkin satu aspek yang sangat penting untuk melahirkan masyarakat yang seimbang. Mungkin ini boleh ditambah baik dalam silibus tanpa mengubah sistem secara keseluruhan.
Kalau saya jadi menteri: Keutamaan sistem pendidikan; 1. Modal insan/sahsiah 2. Kemahiran asas 3. Laluan akademik Sijil SPM ada 2: 1. SPM1 (ASAS/ASASKHAS) : penilaian asas 2. SPM2 (AKADEMIK/VOKASIONAL) SPM2 tidak diwajibkan untuk diambil, hanya untuk yang bercadang melanjutkan pengajian. Penilaian ADALAH bersifat terbuka, contohnya subjek sejarah juga memberi markah kepada bahagian modal insan (kepimpinan, tanggung jawab) Semasa peperiksaan contohnya matematik moden, Dengan kertas yang sama, boleh Di gunakan untuk dua sijil yang berbeza SPM1 n SPM2 mengikut kesukaran, Grading Cemerlang/sederhana/lulus/gagal SPM1 A:MODALINSAN/B:KEMAHIRAN/C:PENGETAHUAN/ contoh SPM1( ASAS) Modal Insan : cemerlang Kemahiran: sederhana Pengetahuan: sederhana Perlu lulus semua(kelonggaran untuk oku, penilaian khas) jika untuk terima sijil, jika gagal, ada kursus khas. Kesimpulannya sistem pendidikan sekolah mesti berpaksikan untuk melahirkan "manusia" pada asasnya,
jika spm tidak wajib. b40 akan kekal di b40. iaitu suatu kerugian kepada bangsa melayu. kerana pendidikan bukan keutamaan kepada b40 melainkan survival hidup. ada sebab spm diwajibkan untuk semua
Saya AKAN melantik anda menjadi Menteri Pendidikan di Negara Konon-Ha selepas melantik Y.A.B. Uzumaki Naruto menjadi Menteri Sukan & Olahraga 😏 . . . . . . . . . 😴
Pendidikan khas, LP sudah sediakan PASM (Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah). Serba serbi sudah sgat cantik dalam PASM. Klau ko jadi menteri pendidika, jgan ubah lg ya..
Assalamualaikum, Sebenarnya saya setuju dengan apa yang diketengahkan dalam siri ini namun sebagai bapa, bagi saya, ia kembali kepada ibubapa/penjagalah juga. Maksud saya, saya mengenali bakat semua anak saya, Sudah tentu guru di sekolah tak mampu mengenali setiap bakat muridnya dengan mendalam, Bagi saya sekolah adalah asas untuk mengajar anak saya mengenali dunia ilmu, jadi setelah mereka kenali dunia ilmu barulah saya asah bakat depa walaupun ada harga yang perlu saya bayar, saya cuma orang miskin, namun bukan miskin yang menjadi halangan kerana harga bukanlah wang semata. Alhamdulillah, anak-anak saya sudah berada di landasan yang mereka pilih.
cobalah kita kembali kepada hakikat dari sifat manusia itu sendiri. manusia akan bekerja lebih giat jika didasarkan pada keinginan bukan kewajiban. dengan demikian pendidikan akan jadi lebih efektif jika guru memiliki keinginan untuk memiliki penerus yang mewarisi ilmunya dan murid yang memiliki keinginan untuk berilmu, bukan semata mata karena kewajiban belajar dan kewajiban mengajar.
Kenal agama dulu,AL quran....nak ke mana atas dunia ni pun xde hal... jangan mudah terpesong kerana dunia,tak mampu jaga diri takpa,tp Islam jangan diperkotak-katikkan, susah lepas mati nanti...
Saya rasa sistem TVET ini boleh mengatasi sistem standard pendidikan? Maaf tak berapa tahu topik ni, tapi saya rasa TVET memberi setiap murid peluang untuk senang menceburi satu2 bidang. Kalau la ada sistem penapisan bakat (talent development filtration) yg boleh memberi murid2 dikenalpasti minat dan bidang, boleh diberi didikan bergantung dengan bidang masing2. *** Tetiba pula teringat sistem pendidikan di Kibbutz.
Menarik perbincangan ini..jika semua Pelajar dpt mengikuti fitrah masing2 maka akan dapat menyelesaikan masalah sistem pembelajaran khususnya di Malaysia ini yg masih berkrsperimen drp dulu hingga skrg..bila tukar Menteri jer, masing2 nk tunjuk terrer utk political mileage..yg jadi mangsa adalah guru2 & pelajar2..menyusahkn mrk & mnybbkn guru2 smakin stress..pelajar2 pla mnjadi bingung...Sy mncadangkn spy sbaik shj pelajar2 mahir 3M d prkt skolah rendah maka d sek.menengah pula mrk diberi pembelajaran strategik dgn mngikut fitrah/hobi/kecenderungan mereka..Allah SWT tlh menciptakn manusia sbgai sebaik2 kejadian..kelemahan kita sbgai manusialah yg menjejaskan diri kita sendiri.wallahu alam.
Ya semua manusia itu unik, punya kelebihan Dan kekurangan masing2... Tp xbermakna manusia perlu dibebaskan mengembangkan keunikan tersendiri Tanpa pnduan hidup... Unik pun perlu ada batasan.. Ambi cth, seorg lelaki dilahirkan unik kerana beliau bnyak bercirikan wanita, kalau sistem kita Bebas Dan lelaki tu nak kembangkan keunikan dirinya smpai jd seorang wanita Tanpa ada larangan....? Ambi pula cth Messi, uniknya beliau Sgt berbakat dlm sukan bola sepak, tp kalau beliau Di suruh belajar matematik atau sejarah jg x msalah.. Takkan pndai main bola saja tp ditanya ttg sejarah negara pun taktau, Ada org ada bnyak keunikan.. Walau apa pun sistem yg digunapakai, org gifted tetap akan menyerlah.. Pd sy, pndidikan itu adalah bagaimana akhirnya masyarakat dlm sesebuah negara itu akan terhasil, 50thn lps punya pendiikan adalah kita semua rakyat Malaysia pd hari ini... Kita rakyat Malaysia mengamalkan hidup beragama, kita menghormati institusi raja dna krajaan kita, kita masih patuh dan mampu tegakkan undang2, kita masih punya adab sopan Dan sifat malu... Kita masih punya sifat bantu membantu Dan kita Cinta kan keamanan... Kita juga mampu mencipta peluang pkerjaan, masih bnyak nilai2 yg kita belajar d skola masih ada dlm kehidpan rakyat Malaysia Skrg.. Jd pndidikan negara kita OK Dan x gagal... Perlu penambahbaikan Tanpa berkiblatkankan acuan negara org lain Dan pd sy, sekola rendah Dan menengah masih perlu ada standard utk dijadikan panduan.. Kalau x, boleh hanyut dan rosak generasi Malaysia apa lagi skrg zaman pengaruh media sosial Sgt kuat... Takdenye stress belajar sbb exam... Lagi stress xdpat pgg hnphone.. Tgk phone smpai pagi....x Ckup tidur... Britau ibu bapa stress study.. Dan mulalah ibu bapa komplen pong pang anak stress belajar,.... Hakikatnya kelaut dlm prangai masing2
Conclusion dari vid penuh dan majority komen, kebanyakan semua tak tengok vid sampai habis tapi nak komen berjela 🤣 Walhal mindblown kot kalau tengok sampai habis, macam paradoks pon ada. Tiada siapa salah tiada siapa betul. Realistic vs idealistic. Need to compromise something to achieve something. Never ending punya cycle.
dulu saya setuju dengan pendapat ini. tapi sekarang saya tak setuju. 1. kadang2 kanak-kanak masih tak tahu apa yang mereka nak atau bakat mereka. standardised pelajaran adalah untuk melihat dimana bakat kanak-kanak. sebab itu sekolah akan buat program pengakap, muzik, kemahiran dll. 2. setelah habis spm sepatutnya pelajar sudah tahu hala tuju. pelajar diberi pilihan untuk memilih course yang diminati di universiti tanpa ada paksaan dari sesiapa. 3. sistem pendidikan hanya melahirkan pekerja bukan majikan. itu betul dan ia perlu. jika semua orang jadi majikan, siapa yang nak jadi pekerja? siapa yang mahu kerja di logi kumbahan? inilah sistem dalam ketamadunan dimana setiap manusia melengkapi.
Saya dari Malaysia ni pun setuju apa pak guru gembul cakap itu...sistem barat yang diterapkan dalam sistem perlembagaan dan eksekutif di Malaysia dan Indonesia mampu meruntuhkan nilai-nilai ketimuran diajarkan oleh nenek moyang kita..contohnya sistem kita sekolah memaksa murid ambil matematik,seni,sastera belajar tinggi-tinggi last kerja pam minyak or pelayan kedai makan je..contohnya lagi kita kerja keras 8am-10pm sampai lupa solat lupa akhirat..contoh lagi orang kafir cipta aplikasi dating sosial agar orang Islam sebelum nikah di universiti dah berzina melahirkan anak haram buang merata-rata tempat esok lusa balik kampung depan mak bapak acah suci acah masih single konon...itu bezanya🙏
Betul bro lebih ke barat, ada buku sains dekat malaysia aku lupa sekolah rendah atau menengah, buku sains nya monyet berevolusi jadi manusia 🤣🤣🤣🤣 bodoh siak
kisah saya seperti tuan juga , ini kisah saya semasa spm , saya ni pelajar bukannya pandai mana , tapi saya ada 1 kelebihan saya sgt minat akan geografi sejak form 1 (kalau baca peta mmg makanan je) tapi waktu tersebut 2011 geografi ni subject tambahan , jadi spm kt sekolah takde geografi . lalu saya ambil sendiri dan belajar sendiri untuk spm (hanya saya sorang ambil ) dan resultnya saya dpt A+ tanpa ada guru mengajar hanya refer buku selepas saya habis spm saya tanya la cikgu , dan buat research berkenaan geographi untuk peringkat lebih master , tapi malangnya tiada pun course di tawarkan di unversity , jadi masatu cikgu suruh ambik stpm , tapi tu lah bnyk subject saya rasa tk hebat kena ambil juga selain geographic maka dgn itu saya punya kehebatan saya pakar geographic ditelan zaman , skrg ni background engineering (walaupun dlu addmath tk ambik , ckup2 makan lulus) saya rasa jika saya di specialist dlm bidang geologist saya dpt bantu negara atau berkhidmat untuk malaysia
@@Ahahahahah3x mungkin waktu skrg dah ada , tapi zaman 2011 habis spm mmg tkde , semua dlm bidang ijazah sarjana muda , dan kalau nak tahu tahun tu tkde lompat diploma mcm skrg ada asasi yg pihak university tawarkan sendiri , mmg kena ambik stpm
Sama lah jugak saya ni takde lah pandai mana tapi sejak kecil memang minat sains Dan masa form 3 jatuh cinta dgn fizik terutamanya fizik kuantum Dan memang bercita cita nak jadi ahli fizik teori macam Einstein So masa form 4 dpt lah masuk kelas sains Tulen tapi Sy ni agak lemah dgn math, add math pulak cg garang nak Tanya pun kena marah so end up exam math dgn add math Dua2 gagal sbb tk boleh pergi terpaksa lah drop cg letak kelas seni walaupun takde minat, kdg2 pun pinjam buku fizik kawan untuk belajar sendiri sbb still ada minat walaupun tak ambik fizik, and tahun ni Spm rasa macam takde tujuan nk sambung apa memang tak boleh dh lah nak sambung fizik sbb takde sains tulen
@@sallylemon5835 takpe masa saya sudah berlalu , buat adik2 baru habis spm , kalau rasa ada 1 subject awak yakin dapat ubah diri , just teruskan jgn rasa subject/kemahiran awak tak hebat. sebab dgn minat ni satu masa bila kita cari kerja kita dapat olahkan dalam aspek perkerjaan atau kehidupan. dengan minat jadi kerjaya itu penting 💪🏼
Kalau katakan kpm bagi kebebasan dlm sistem pendidikan utk semua pilih berdasarkan minat, mungkin berlaku kekurangan pakar dlm sesuatu bidang yg mana diperlukan dlm pasaran di dlm negara🤷🏻♂️
penyelesaian nya adalah kita perlu menyedarkan ibu ibu untuk mengajar anak anaknya nilai murni dan sedar akan minat anak anaknya .sebabnya kalau kita tengok ulamak dan tokoh islam dulu,ibu ibu mereka pandai mendidik.itu saja daari saya
Teringat ada satu ceramah oleh seorang jutawan dia pernah cakap "sistem pendidikan sekarang hanya menghasilkan manusia yg akan menjadi pekerja2, kuli2, hamba2 abdi moden.
Jutawan tu belajar kat mana? Ada tnya tak? Dia dah jadi jutawan boleh la kritik. Cuba suruh dia fikir satu sistem yg boleh lahirkan ramai jutawan mcm dia. Boleh tak? Silap2 dia suruh jadi dropship dia je. Hakikatnya jadi jutawan tu bukan sekadar pend asas di sekolah. Tapi banyak faktor lain.
Sistem pendidikan memang di setup begini supaya yang kaya makin kaya dan miskin terus miskin. Maka terbentuklah B40,M40 dan T20. B40 di perah tenaga, M40 pembayar bunga dan cukai, T20 banyak dapat kelepasan cukai, nikmati subsidi
Sy nk kongsi sikit kisah sy. (Diedit utk elak kekeliruan bahagian bawah sekali) Pernh blaja diUKM. Semas form6, sy kena ambil subjek antaranya perniagaan dan ekonomi. Minat sy lebih kpd subjek ekonomi. Maka result utk subjek perniagaan biasanya gagal atau cukup2 utk lulus. dan utk ekonomi lebih baik. Semasa dpt Result STPM, ekonomi sy dpt B manakala perniagaan dpt D D masih dikira lulus dlm standard sijil. Kemudian apply utk universiti dgn kelayakan yg ada. Maka sudah pasti sy lgsung tidak apply utk blajar jurusan perniagaan di universiti. Dan sy byk apply utk ekonomi dan math. Yg malangnya dan menghairankan, sy diterima masuk UKM dlm jurusan PERNIAGAAN. SEM1 dan SEM2 byk subjek gagal. .yg menjdi sedikit menarik semasa gagal SEM1, pihak fakulti buat program utk geng2 loser mcm sy. Haha sadis .Yg mengejutkan sy bila borak2 sesama peserta gagal. .rata2 student yg gagal semasa SEM1 adalah mereka yg tidak APPLY utk jurusan EKONOMI atau PERNIAGAAN semasa diorg isi borang UPU. .tp dpt jurusan tersebut diUKM. .Ramai yg gagal terus berhenti. .tp sy x dpt nk berenti sbb famili push suruh teruskan jugak. (diUKM Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) bergabung dlm 1 fakulti tp berbeza bidang dan major jurusan) .pkra menarik yg seterusnya, setelah 2 thun diUKM. .sy dpt cerita sebenar apa yg terjadi tp bukan dri pihak pengurusan fakulti. .Pihak atasan FEP mencuba membuat kajian terhadap sekurang2nya 100 pelajar baru tahun kemasukan sya DENGAN menukar jurusan mereka. .dan sudah pasti kajian experiment mereka gagal. .dan ini tidak diberitahu kpd students yg terlibat. Jika anda tertanya2 adakah sy buat surat aduan atas kejadian ni ? .jawabnya TIDAK. .sbb sy hanya ada bukti lisan yg diceritakan oleh pensyarah. .pensyarah tu pulak bukan mengajar sy. .tp secara tak sengaja sy cerita masalah kpd dia. .dan dia bongkarkan sedikit apa yg dia dpt tahu pasal kejadian mcm tu. .cuma dia x terlibat la sbb jawatan dia hanyalah pensyarah biasa yg tiada jawatan tinggi difakulti. Sy berharap sgt benda cmni x wujud dah diperingkat universiti. Sebab kami belajar bukan produk uji cuba. Lebih 10 thun dah berlalu. Nasib baik la duit hutang PTPTN settle dah. Yg berhutang tu tolong la bayar, kesian peminjam seterusnya bila x dpt meminjam PTPTN. Ada yg terpaksa bergolok gadai atau berhenti blajar. *Supaya ada segelintir x lari dri isu yg sy cerita. Sy x nak meleret2 isu ni smpai nak sentuh luar topik. .point sy kat ats, pihak universiti atau fakulti. 1.Mereka ada DATA kelayakan untuk setiap student yg berjaya diterima. 2.Mereka ada KUOTA untuk setiap jurusan. 3.mereka pihak fakulti buat uji cuba dgn menukar kelayakan pelajar kpda jurusan yg sebaliknya. 4.adakah ini AMALAN biasa utk universiti yg penuh dgn org bijak pandai sbgai pemacu utama pendidikan buat uji cuba mcm ni. .sy faham ramai yg masuk U atas apa2 jurusan sekalipun asalkan dpt sijil. .tpi point sy nak tekankan, peluang dpt blajar benda minat (kita apply UPU) dgn x minat itu berbeza. .dan sy pula jadi mangsa uji cuba, 2 situasi berbeza dlm 1 masa.
kisah saya seperti tuan juga , ini kisah saya semasa spm , saya ni pelajar bukannya pandai mana , tapi saya ada 1 kelebihan saya sgt minat akan geografi sejak form 1 (kalau baca peta mmg makanan je) tapi waktu tersebut 2011 geografi ni subject tambahan , jadi spm kt sekolah takde geografi . lalu saya ambil sendiri dan belajar sendiri untuk spm (hanya saya sorang ambil ) dan resultnya saya dpt A+ tanpa ada guru mengajar hanya refer buku selepas saya habis spm saya tanya la cikgu , dan buat research berkenaan geographi untuk peringkat lebih master , tapi malangnya tiada pun course di tawarkan di unversity , jadi masatu cikgu suruh ambik stpm , tapi tu lah bnyk subject saya rasa tk hebat kena ambil juga selain geographic maka dgn itu saya punya kehebatan saya pakar geographic ditelan zaman , skrg ni background engineering (walaupun dlu addmath tk ambik , ckup2 makan lulus) saya rasa jika saya di specialist dlm bidang geologist saya dpt bantu negara atau berkhidmat untuk malaysia
teringat semasa belajar di universiti di kuala lumpur, semasa cuti semester , pishang, terus bagitahu parent nak masuk pondok pengajian kitab sebulan di kelantan. tak pernah belajar dekat pondok, entah apa yang merasukiku~ dipendekkan cerita, mula lah belajar dekat sana. this are the rules to follow sebagai orang yang duduk di "pondok" wakaf, atau bahasa mudah, bilik sewa yang diwakafkan 1) belajar wajib 8jam sehari, Ahad - Khamis (nak alirkan pahala kepada pewakaf, xle la duduk main2, there is no rules, kau boleh je xnak pergi belajar, tapi main dengan dosa, gagah la pergi, 4jam lepas subuh 1jam lepas zohor, 1jam lepas asar, 2jam lepas isya, settle(my choice)) tu je, syarat, tapi nak buat x buat xda orang pantau, mcm xda syarat, tapi main dengan iman la, percaya ke tak Allah tu wujud. the interesting part is, SUBJEK BEBAS PILIH. that one are blowing my mind (sorry y'll sembang rojak xnak tegak) anyway, kau boleh pilih nak belajar apa siak. hadith, tauhid, bahasa arab, tajwid, fekah, pick what you want, anytime you want, janji 8jam sehari, 5hari seminggu. kau xnak belajar pagi, kau pulun malam (make sure ada orang nak ajar la, ustaz sendiri pilih, x suka ustaz A, xdehal, angkat pungkoq jalan, cari ustaz lain), kalau kau xnak belajar malam, pagi kau pulun la. petang 2 slot lepas zohor ke, apa ada hal. asal syarat dipenuhi. gila mindblowing punya system. hari jumaat pula, ada segmen khusus bagi pelajar yang nak test public speaking.. volunteered, naik pentas, sembang, nk bagi hilang gemuruh. ini dah lebih, mana ada sekolah ada segmen macam ni. benda simple tapi x semua boleh buat. xleh ke xnak. atau banyak kertas kerja nak kena submit, bnyk lapisan nk kena lepas. wallahua'lam. tapi ada kelebihan dan kekurangan dia. kita cerita ikut topik. overall, it's a mind blowing experiences. konklusinya, ada je institusi pengajian yang melawan arus mainstream (main sebut je ni), cuma cari tak cari je, mungkin tuan haziq boleh interview institusi funduk ni, how the system works, etc. it's an interesting point of view wallahua'lam, yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri, yang sepurna itu hanya pada Allah, Assalamu'alaikum warahmatullahi ~ wabarokaatuh
Semua yg belajar tu ada tahap² dye....ape pun sepatutnya anak Islam bermula umur 5tahun wajib untuk kenal al quran, lepas tu baru ke mana² aliran untuk keperluan masa depan... kalau macam tu dari dulu,masa depan sekarang pasti akan jauh lebih baik dari sekarang...
Rasanya ramai dh sedar masalah ni. Tp still kita tak jumpa solusi yg sesuai yg boleh digunapakai utk semua org. At the end, kita end up patah balik cara tradisional
Saya nak kongsi persoalan yang kita boleh sama2 fikir juga kesimpulan dan ulasan saya sendiri tentang isu ini.. 1. Kita hanya menyalahkan sistem pendidikan yang kononnya memaksa pelajar untuk belajar subjek yang mungkin bukan pada minat dan bakat pelajar. Jadi bagaimana dengan ibu bapa yang sebagai contoh nak anak jadi doktor tapi anak itu sendiri sebenarnya minat dan berbakat bermain bola..Bila si anak tu gagal dalam pelajaran adakah nak disalahkan sistem pendidikan juga?..Jika sekalipun sekolah dapat kenalpasti bakat si anak tu, bolehkan guru tu memaksa ibu bapa si anak tu hantar anak mereka ke sekolah sukan?..Tentu tak boleh kan.. 2. Kalau lah sekali kita tahu seorang anak ni berbakat main bola seoak, apakah jenis pelajaran yang nak beri kepada pelajar itu sendiri?..Adakah hanya mengajar sepak bola?..Kalau nak buat pemilihan pemain apakah kelayakan paling penting..minat lagi penting atau bakat lagi penting?..Dalam permainan bola tu sendiri sebenarnya ada fizik ada matematik..Jika untuk seseorang murid yang minat juga berbakat bermain bola adakah hanya perlu belajar silibus matematik dan fizik yang hanya berkaitan bola sepak?..tapi bagaimana kehidupan seharian mereka?..Ada tak matematik dan fizik asas yang perlu dipelajari supaya kehidupan seharian lebih mudah? 3. Untuk kita bahas mengenai minat dan bakat, ini terlalu subjektif..Ada orang hanya ternampak bakat masa umur 5 tahun..Ada yang dia tahu dia berbakat dalam sesuatu masa umur 16 tahun..Dan ada juga tahu selepas umur 25 tahun..Masa tu dah tamat dah tempoh persekolahan..Takkan nak cakap "Nak buat macam mana..Macam tu tak boleh buat apa la"..Atau kita masih nak salahkan sistem pendidikan yang tak cuba cungkil bakat terpendam yang ada pada murid tu sendiri..Sama juga kalau kita nak cakap pasal minat..anak kecil umur 4 tahun minat melukis..Bila meningkat umur 8 tahun belum tentu dia masih minat melukis..Tiba2 dia minat nak jadi gamers..Takkan nak tukar sekolah yang fokus ajar main game?.. 4. Pada saya sistem pendidikan tak salah tapi hanya sistem peperiksaan sekolah yang patut dibuang..Sistem peperiksaan/ujian hanya perlu dibuat untuk kemasukan ke sesebuah institusi pendidikan..Setiap institusi pendidikan perlu mempunyai sistem peperiksaan/ujian yang unik bergantung kepada jurusan yang ditawarkan.. 5. Kita semua pernah dengar anak kecil bagaikan kain putih..Kita yang dewasa ni yang mencorakkan mereka..Jadi pada saya di sekolah memang perlu diajar matapelajaran asas seperti bahasa melayu (kerana kita orang malaysia), sejarah (untuk kita tahu asal usul kita sebai rakyat malaysia), matematik (untuk digunakan dalam apa jua situasi dalam kehidupan seharian), fizik (untuk lebih jitu dalam sesetengah keputusan yang dibuat seharian), geografi (pengetahuan asas muka bumi kita)..Namun begitu, ada juga pelajaran yg sama penting yang perlu di ajar iaitu adab..Cara kita nak terapkan konsep kehidupan harmoni dalam pemikiran murid..Seperti di Jepun yang pada saya cuba menerapkan kehidupan harmoni dalam pemikiran anak2 kecil.. Ada lagi saya nak ulas tapi dah malas nak taip..Kalau duduk semeja sembang berkenaan isu ni sambil minum nescafe o ais kaw kurang manis, 2 jam pun boleh..haha..Cuma akhir saya nak cakap..Betul sistem pendidikan kita mungkin tak berapa relevan..Tapi kita pun jangan hanya menyalahkan sistem sahaja..Apa kata dalam kita mempersoalkan sesuatu tu kita sama fikirkan jawapan..Kalau jawapan atau konsep penyelesaian kita tak didengar atau diendah oleh menteri pendidikan pun sekurang-kurangnya kita jadi manusia yang berfikir..bukan manusia yang hanya tahu menuding jari..Luaskan konteks pemikiran supaya kita terbentuk masyarakat yang harmoni..
saya dapat gagal dalam matematik sekolah dulu hanya sebab saya menggunakan kaedah yg lebih mudah dengan hasil jawapan yang sama. silibus kita terlalu kepada hafalan. selepas masuk universiti barulah saya mula menghafal segala mak nenek kerana perlunya cgpa tinggi berbanding perkembangan IQ. namun untuk pekerjaan hanya yang paling banyak skill atau EQ tinggi pula dicari oleh HR
Skrg kbat pun kena ikut skema Hari tu saya jwb exam BM Dia Tanya sebagai guru pustaka apa yg harus kamu lakukan untuk menarik minat pelajar ke pustaka saya jwb lah hias pustaka dgn benda menarik cth macam letak permainan2 papan macam catur , dam dll untuk tarik minat pelajar last2 dpt kosong saya Tanya cg kenapa Salah Dia kata jwpn takde dlm skema😅 saya pun macam jem kalau kena ikut skema Dah tu apa function nya kbat tu 😅kalau pelajar bagi jawapan yg lain dprd skema dikira Salah, pelajar bukannya Tau apa jwpn yg ada dlm skema
@@rull_7610 x sgka dah berpuluh tahun masalah sama je. X ikut skema. Yg kelakarnya, buku teks x diolah berdasarkan skema pemeriksa kertas soalan. Dan cikgu lama2 atau disekolah yg tiada guru pembuat soalan mmg takkan dpt tahu benda2 cmni. Melainkan cikgu2 mcm ni dpt pendedahan dri cikgu2 yg terbabit dgn skema jawapan. Teringat zaman sy skolah dulu. Nak dpt subjek BM A SPM, ada skema jawapan yg perlu dipakai. Dri pendahuluan, isi2, smpai lesimpulan kena ikut skema. Tu je yg dpt tau sbb cikgu baru masuk skolah. Skolah sy pula antra skolah yg corot dlm grade pendidikan. Jika ada cikgu yg cemerlang, x lama berapa tahun akan ditukar ke skolah yg lebih berprestasi tinggi.
@@metalfire86ablelagi sakit hati bile ade cg bagus mengajar kat skola yg x seberapa mesti kene pindh kat skola bandar/ skola yg ternama🙄 Die buat mcm pendidikan ni mcm org yg duk bandar n skola pandai je dpt privilege dpt pendidikan yg bagus.
@@machi_chi9667 sekolah2 menengah ni umpama tempat percaturan sekelompok pejabat pendidikan nak naikkan sekolah yg diorg target. Bila mereka2 ni berjaya naikkan prestasi skolah terpilih, chances nak naik ke pangkat lebih tinggi lebih terbuka. Padahal diorg ni pendidik tapi cara mcm ahli politik.
Sbnrnya kita tak berada didlm golongan yg dipertanggungjwbkn sbb tu kita blh bg mcm² cadangn dan kritikn. Selalunya nk melaksana sesuatu itu kadang² tak semudah kita bckp.. kalu nk ikut mnt sesorg brapa ramai guru diprlukkn, brapa kos akn dikluarkn, brapa kemudahan yg diperlukn, rsnya baik kerajaan atau golongan yg dipertanggungjwbkn bkn tak mmikirkn perkara berkenaan tp ia umpama kita cuba penuhi keinginan semua org, dan kita tdk akan mmpu lakukn..
Saya fikir pendidikan ikut minat itu sedikit telah diimplementasi dengan adanya kepelbagaian sekolah seperti sekolah agama, sekolah sains, sekolah vokasional, sekolah teknik, sekolah oku.
Isu standard sekolah ni boleh kata satu dunia komplen benda yg sama; sekolah cuma hasilkan pekerja restoran fast food. Tapi budak2 cuma di sekolah beberapa jam sahaja, selebihnya di rumah. Masa tu lah peranan mak bapak untuk didik n develop anak. Masalah hari ni, bapak n mak sama2 sibuk kerja sampai tak luangkan masa dengan anak. Kita ada cuma 1 guru untuk hadap berpuluh anak murid di sekolah, tapi kita ada 2 orang ibu bapa untuk hadap satu ke tiga (atau lebih sikit) anak di rumah. Masalah sistem pendidikan tu betul tapi bagi aku buang masa kita komen macam mana cara nak improve. Dah berpuluh atau beratus cendekiawan berdebat pasal topik ni, cuma masalahnya ia melibatkan politik yg kau tak boleh buat apa pun. Apa yang boleh buat, ubah bermula dari diri n keluarga sendiri. Zaman sekarang aku tengok mak bapak biar je anak buka TikTok tengok video2 yg tak mendidik. Rasanya anak aku sorang je balik kampung bawak pen dan buku conteng.
Sesetengah sekolah dlm malaysia ni aktiviti kokurikulum x dijalan kan dengan baik..kokurikulum tu la sepatutnya waktu untuk mencungkil minat atau bakat yg terpendam..tapi malangnya tiap kali aktiviti kokurikulum tu murid2 di sumbat dlm 1 bilik dia buat mcm waktu pnp yg biasa...
Saya masih ingat masa sekolah, waktu English, kena buat poem mengenai apa saja yang kita nampak kat sekeliling. Slot kelas English tu waktu awal pagi, masih boleh nampak bulan dekat langit. So, ada la tulis pasal bulan dalam poem. Tapi time hantar poem tu, teacher kata salah sebab pagi takda bulan. Nak buktikan pun tak boleh, time submit tu dah terang
@@izzanirfan2534 dulu masa sekolah menengah aq ada kata maksud bank - tebing cikgu kata salah, aq tgk news omputih/rtm sebut tebing barat (west bank) yg dekat palestine
setuju, sistem pendidikan perlu ada 1 standard. Sebab semua orang bukan tahu keupayaan dia kat mana. (rujuk pareto rules, 20/80) Tapi bila dah jumpa minat & keupayaan, boleh teruskanlah pergi ke cabang bidang berkenaan. Cth: arwah adik dia minat pomen moto, dari ting 3 lepas sekolah dia akan ke bengkel moto belaja repair moto. Naik ting 5, dia dah ambil upah overhaul moto. Untuk saya pula sebagai bapa, saya buat macam2 kerja DIY & outdoor. Tujuannya 1, hanyalah untuk pembelajaran separa sedar anak2. Ye, anak2 dia tak terus belajar, tapi dia memerhati. Saya bawa anak2 joging, hiking, camping etc....untuk cetus minat diorang. Kalau saya jenis kucing rumah, terperuk je rumah atau main game je kat rumah, anak2 pun mungkin akan ikut sama. Pernah 1 graduan engineering, tak reti nak tukar paip air & plug letrik 3 pin.
Saya rasa paling besar peranan is ibu. Ibu lah yang sepatutnya jd cg peribadi pada anak2 mereka. Dan ya, ibu perlu lah menjadi insan yang berilmu. Ayah pun main peranan untuk sediakan anak dan ibu kehidupan yg selesa. Tak perlu ibu keluar juga bekerja. Ibu boleh fokus ajar anak basic math dan sains, didik dgn ilmu agama dan cari minat anak msing2. Bila ank dh besar dan nak smbg bljar, baru ambil spm dan msuk uni based on minat anak. Kalau tgok ulama-ulama dulu pun bgitu, pnddikan awl dpt di rumah dan prskitran. Bila dh dwsa bru ke pgajian tggi mgikut bidang minat mereka. Dari situ mereka akan diajar oleh guru2 yg mmg sudah pakarnya dan minat mereka boleh digilap lebih baik. Insyallah, Wallahualam.
Sistem pendidikan sekarang adalah sistem pendidikan yang wujud ketika zaman perindustrian di Amerika Syarikat, dan ditambah dengan penerapan sistem meritokrasi dalam kehidupan. contoh nak dapatkan jawatan tertinggi kena ada sijil melayakkan seseorang untuk duduk pada jawatan tersebut.
Saya nak tekan kan tentang Disiplin, Setiap satu ajaran ada disiplin masing2. Bagi peringkat awal kita kena terapkan disiplin yang standard, sukar nak tentukan disiplin budak2 pada peringkat awal.
Kena sgt dgn akuu ,akuu masa sekolah rendahh duluu sejakk awal dah byk menyertai pertandingan bola n run ,tp sejak naik sekolah menengah minat aku tu terpaksaa dilupakan disebabkan parennt aku lebih suka aku masuk sekolah menngah agama,..kat sekolah tu lgsg takde pertandingan bola n national run,..habis sekolah bola tah kemana belajar tah kemana 😂😂😂😂
Bagi aku ni pendapat aku ajelah nama-nama orang yang terkenal macam Isaac Newton ataupun Ibnu Sina, mereka ni mencabar sistem pendidikan mereka sendiri apabila selalu menjadikan semua mereka pelajari satu persoalan.Mungkin rasa ingin tahu tu kita kena jadikan ianya 'catalyst' jika kita ingin betulkan semula sistem pendidikan negara tapi dengan panduan jugalah.
manusia perlu usaha dan cari jalan untuk kembangkan minat, potensi dan bakat masing2. sekolah hanya membekalkan ilmu asas, 3M, adab, sahsiah dan memperkembangkan minda pelajar. Sekolah menyediakan platform utk pelajar di peringkat awal. tak sesuai tuding jari kepada pihak lain jika hanya ada minat tapi tiada bakat dan 'tidak mampu bawa'. sebab tu ada peperiksaan. kat situ murid tahu kemampuan mereka. nak jadi apa2 pun perlu ada 'peperiksaan'. kalau tak macam mana kita nak pastikan seseorang atau sesuatu itu benar2 layak atau memenuhi standard? kalau minat bola, nak main peringkat sekolah contohnya, kena lulus selection, trial.... macam exam juga. pasukan takkan beri orang yang ada minat sahaja utk wakili mereka. di malaysia ada banyak sekolah khas utk pelbagai bidang. sistem pendidikan negara dah cukup bagus.
Dlm perbincangan kat sini apa yg paling menarik ialah a.i sejak milenia ni pun kita dh tengok pengaruh google dn youtube terhadap perkembangan ilmu di mana rata² manusia begitu bergantung pada dua system ini sebagai contoh.
Peranan cikgu sepatutnya ialah sekadar berkongsi sumber maklumat (buku teks, majalah, warkah, atau artikel) yang pelajar patut baca, dan kemudiannya laksanakan perperiksaan untuk iktiraf kefahaman pelajar itu, supaya sijil dapat dikeluarkan. Di negara kita ni , buku teks dibekalkan kementerian pelajaran, tetapi aturan silibus direka-reka sendiri. Contohnya, buku teks Kalkulus dari negara barat bermula dengan topik asal usul formula kalkulus, teorinya, dan contoh penggunaannya, tetapi silibus kementerian pelajaran pula terbalik, dia ajar formula dahulu kepada budak sekolah menengah, lepas tu dia tunggu sampai peringkat Universiti baru dia jelaskan fungsinya. Itu pasal saya cakap, peranan cikgu (atau kementerian pelajaran) sepatutnya kongsi sumber maklumat asal, bukannya susun semula maklumat. Contohnya, subjek Additional Math, banyak pelajar gagal ujian, padahal dalam buku teks Kalkulus (peringkat universiti) dari negara barat tunjuk cara alternatif untuk selesaikan masalah kalkulus tanpa guna formula, guna graf, jadi adil kah mengagalkan pelajar yang tak pandai guna formula kalkulus padahal ilmu itu bukannya mandatori untuk selesaikan masalah kalkulus?
Kalau ai ambil kerja ckgu, cikgu masih ada kerja tp mengajar perkara yg ai x bole ajar secara fizikal la. Macm penekanan sukan memanah cara menternak dan cara bersosial dalam masyarakat dan lain². Akan ada lebih banyak guru² yg kena tahu kemahiran hidup dan betul² mempraktikan nya untuk ajar murid. Murid² belajar bertukang tp mungkin kebanyakan silibus baru ni akan makan banyak masa. Jd guru hanya sekadar mengajar murid untuk mampu bertahan hidup d hutan dan mengasah bakat. ?
masa aku umur 12 tahun, aku suka sangat dengan komputer sampai aku buka 1 pc tu..siap terbakar lagi power supply semata2 untuk explore benda apa dalam pc tu..bukan setakat hardware malah aku suka software sekali..kalau game jgn cerita la..mmg aku suka sgt main game tp buka setakat suka main tapi sambil main aku suka fikir mcm mana org buat game tu..masa umur 13 aku cuba cari cara2 buat game simple tapi masa tu aku tak dapat sokongan, nak beli buku pasal buat game tu mmg tak dak duit..komputer pun aku tak dapat pegang selalu sebab family tak bagi..umur 14 - 15 aku mula cebur dalam blog, wlaupun aku tak fokus update blog tapi aku masa tu fokus coding utk blog dan berjaya paham coding html tu sendiri..dan macam biasa aku tak dapat sokongan, utk aku pegang pc rasanya sebulan tu dalam sekali dua..bila lepas pmr, aku dah malas explore..dah stop utk cari benda lebih detail tentang sebuah komputer..sampai lah aku masuk kolej dan amik bidang yg ada kaitan dengan komputer (multimedia)..masa tu boleh nampak, setiap sem aku dekan dan graduate dengan anugerah president.. benda ni aku selalu fikir, kalau la masa aku kecik dulu family bagi sokongan, mungkin InShaAllah aku jadi game developer atau pun pakar sistem komputer..tapi aku tak salahkan family sbb mmg sistem pendidikan kita yg mengajar family kita utk fokus kita dpt result peperiksaan yang bagus..jadi kita tak dapat nak pergi ke arah yg kita nak. masa aku umur 12 tu tahun 1999 tambahan, masa umur 15 16, aku dpt tahu yg aku boleh melukis..tapi tak asah bakat sbb masa tu tak rasa dihargai pun so, mmg tinggal terus melukis..haha
bagi saya, asas atau disiplin ilmu perlu diberi penekanan sebagai foundation, setelah itu kesedaran dan tujuan hidup akan menjadi jati diri menjadi kuat di peringkat rendah dan menengah. Setelah itu, barulah menjadikan mereka boleh memasuki terus ke universiti. subjek di sekolah rendah dan menengah perlu ditukar. subjek di universiti bagi saya, ia tidaklah ada salah, dan sangatlah disyorkan. tetapi kekurangannya adalah kepercayaan masyarakat untuk memberi peluang untuk mereka memimpin.
Dh tua nnt baru tau sume tu berguna... Walaupn pn xpakar, tp General knowladge... Tugas guru mengajar... Ibu bapa yg kne perhati kecenderungan anak.. Tiap ilmu akn berguna suatu hr nanti... Klau fokuskan 1 hal shj, lg ssh nk tempuh hidup... Sume perkara sedikit sebanyak ade berkait rapat... Aku bkn pelajar cemerlang, tp bile dh tua ni, ape yg aku blajar kt skola dl br tau kegunaannya.. So yg ptt di ubah, sikap ibu bapa yg trlalu memaksa anak utk lulus semua subjek... Jdkn penilaian ujian ank tu sebagai, mane nk letak arah tuju ank.
Mungkin, 'nombor' tu tak perlu diketahui oleh para pelajar sebagai keputusan akhir. Sebaliknya, setiap daripada pelajar tersebut dibentangkan apa laluan yang sesuai berdasarkan penilaian/ujian yang telah dikenakan keatas mereka. Sekadar nak sampaikan pandangan saya.
Malaysia wajib mnyediakan tnaga2 kerja guru@pngajar yg punya adap ahlak dan paling utama basic agma untuk pngambilan scara tahap brtahap dgan tapisan.. Skian lama kita ambil mudah prkara ini.. Sistem2 di skolah juga kena rform seiring proses ambil guru yg benar2 layak..
Kena buat 1 kelas petang khas selepas sekolah sesi pagi untuk pelajar² yg ada kelebihan skill trtentu macam sekolah Prof Xavier buat dlm cerita X-Man rasanya d Malaysia ni demi mengurangkan pembaziran lewa bakat² rakyat k masa hadapan..haa,gituu
Nak dapat pelajar yang genius dan hebat macam jimmy neutron dan phineas atau pun ferb tu memang mustahil,semua tu sekadar khayalan tingkat tinggi sang author sahaja,gila kau mana ada pelajar sempurna macam tu,kesimpulannya tak payah tekan anak2 kita sampai dia stress,semua tuition yang ada kat area rumah dia di paksa join,kelas2 tambahan pun sampai paksa masuk,belum masuk kelak karate dan pandu puteri…bimbing ikut syariat islam sudah..inshaAllah dia akan berjaya
System Grading tu sendiri perlu dibuang. Tiada istilah gagal kecuali tak cuba langsung : tak hadir peperiksaan etc. Kalau kita stamp org dengan grade gagal, low, F, benda tu akan low self esteem org tu dan effect ni bukan dekat diorang je, org yang dikatakan di peringkat pertengahan akan berasa stress kerana takut jatuh ke bwh, dan orang yg dkt atas akan jadi lebih stress semata nak kekalkan dan tinggikan pencapaian, akhirnya jadi zombie yang muntah jawapan masa peperiksaan. Bahkan ada yang stres melampau akibat tekanan semata nak dapat satu Huruf, satu angka tu sampai ambil nyawa sendiri. Bagi saya kita kena ada system "mastery". Ujian awal dijalankan untuk tentukan bidang mana yang pelajar minat dan ada pengetahuan asas. bidang ini akan menjadi subjek major yang pelajar akan belajar lebih utama dan mendalam. Subjek lain masih akan dipelajari tetapi lebih kurang mendalam. Penilaian dilakukan di dalam kelas, aktiviti seperti perbincangan berkumpulan, kuiz, aktiviti projek atau pelajar sukarela akan dapat sumbang kepada checklist objektif bulanan, pelajar yang dapat complete checklist akan dapat majoriti markah yang diperlukan untuk lulus, semua berpeluang lulus, kecuali yang sengaja tak hadir,ponteng etc. ditambah sedikit dengan markah kuiz yg dijalankan setelah habis chapter akhirnya cukup untuk lulus. Akhirnya, kuranglah masa dan bebanan untuk pelajar belajar lebih 10 subjek berasingan yang masuk peperiksaan + fokus lebih kepada kelebihan +
Kita mmg dlm system depa. Aku pun pelik ,dh bahas kt parliment dan bincang mcm2 dripada prof2 msia tp still sama juga. Buku teks sejarah pun still sama x berubah2. Padahal sejarah nya lain tp ttp sama tipu punya di sek. Buku sains pulak still sama mnusia dr berok dan berubah jd manusia. We cant do nothing!
Salam bro. Sistem paling berjaya ialah yg dapat menghasilkan insan2 yg bertaqwa...engineer bertaqwa, doktor bertaqwa, PM bertaqwa, buruh bangunan bertaqwa dll. Nescaya negara itu akan jadi sebuab negara yg baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur, yg rezekinya akan dtg melimpah2 entah dr mana. Aku sudah otai, spm thn 1981, di sebuah sekolah cream of the cream di mana semuanya ditanggung kerajaan, drp seluar spender sampai ke elaun bulanan. Then aku masuk Uni. Then aku pusing uturn masuk ke bidang agama. Pergi timur tgh amek Syariah. Mmg tak jadi kaya pun tp nampak dan kenal dunia dan tau apa yg expected drp kita di atas dunia ni. Tp even pelajar agama sendiri pun ramai x jelas matlamat hidup, ramai masuk coz tak excel dlm bidang sains, as their last resort saja. Ramai makbapak suruh. Dualisme in education hari ni terkena kpd kedua2 sect ini. We lack thinkers yg mampu mengadun kedua ilmu duniawi dan ukhrawi from the very beginning. Ambil drp Barat, dan Timur, apa yg positif saja, not everything tom jack and harry ko kaut. And of coz kuatkan aqidah anak2 sjk tadika lg. Selamat berfikir bro. Kipidap. Hopefully this will bring us somewhere
Mula nya saya bersetuju bahawa pendidikan skrg ni tak betul, tapi selepas dengar penjelasan sampai habis, WOW! Sangat benar apa yg diperkatakan, barulah saya faham kita sistem pendidikan kita bgtu, terima kasih👍🏼
Ye sama la ..mak sy dulu² sruh sy ambil bidang pendidikan utk jd cikgu ..Maklumlh dia pn bekas guru besar ..tp sy x minat dulu² ..skrg rsa menyesal pulak 😂..cikgu gaji best jgk tu..kalau x dh jd cikgu seni atau sejarah dh 😂
Kita sebenarnya ramai sarjana, cendikiawan yg sudi membantu kerajaan utk membina acuan pendidikan sendiri. Tetapi kerana tiada 'habuan konsultan' kepada pihak yg menerajui sistem pendidikan negara utk dpt 'UNTUNG'. Maka ambillah model luar negara utk tangkap muat sistem dlm negara kita..... Sekadar memberi pandangan shj....
Kene faham jugak tak semua kanak2 yg akan minat cita2 mereka sampai mereka besar.. mungkin masa kecik cita2 mereka nak jadi pilat then bila dah besar mereka minat pulak benda lain.. people learn people change
bgi aq la semua subjet kena belajar tpi cikgu kena tengk apa2 yg anak2 murid dia minat jugk tnya mak bapak hari2 kt rumah dia selalu buat apa ..kalau dia minat membaiki dia melukis minat kumpul serangga apa kata cikgu2 push budak2 ni ke arah yg diorang minat mungkin lebihkan msa subjet yg pelajar ni minat kalau x xleh nk ubah subjet wktu bagi kena ikut masa semua buat la waktu kelas petang
bila pendidikan berteraskan pekerjaan pada masa hadapan, semua anak murid bercita2 mau jd doktor, lawyer, engineer. hakikat nya kerjaya yg lain tidak menjadi target, walhal ada byk lagi kerjaya yg menarik tp tidak didedahkan pada anak2., cuma skrg ni ade perubahan bila anak2 nk jd youtuber, instafamous, pempengaruh, streamer, kesan dari media sosial.
Finland adalah negara yg memiliki sistem p'didikan yg terbaik di dunia m'atasi negara2 maju yg lain。Mngkn Malaysia prlu bljr dr model sistem p'didikan yg dibangunkan oleh Finland。
Aku ada seorang kawan yg exactly 100% xsetuju dgn Sistem pendidikan di Malaysia terutamanya Dari segi bidang akedemik Dan Islamic, dia hanya xsetuju dengan Sistem sahaja.. so bukan point aku kat situ, points aku sebenarnya nak cerita kawan aku tu ambil keputusan utk but homeschooling sendiri utk anak2.. honestly now anak dia sulung dah Umur 16 tahun sekarang n aku lihat masyaAllah boleh aku katakana dia berjaya buat apa yg dia perjuangkan Dari dulu.. bukan niat aku nak banding2 atau menjatuhkan mana2 organisasi tapi in pengalaman aku sendiri lihat penghasilan kawan aku tu..
Kasar tak jika aku katakan mentality parents sendiri yang membuatkan jadi begini. Jika sistem pendidikan yang masa kini diubah, akan memberi tanggapan negatif yang datang orang tua. Seterusnya menyebabkan penekanan terhadap pihak penggubal sistem untuk kekalkan sistem sedia ada?
government sandbox = kurikulum student sandbox = ko-kurikulum kalau ada talent nak polish = MRSM, Sekolah Sukan, SMKA, ERT, Teknik, Maktab Tentera, Yayasan Warisan, etc.. berdasarkan sebutan di atas, parent kene proaktif, bukan semuanya dibebankan kepada guru. kalau nampak talent tertentu bole consult dengan guru.. sering kali permasalahan bukan datang dari pelajar, tetapi orang2 dewasa yang dipersekitarannya yang mungkin culas dalam memeri peluang kepada pelajar itu. just my 2 brain cells
Itu yang saya nampak. Serba sedikit pendidikan Malaysia ada buka peluang untuk mengikut jurusan2 tertentu dengan tertubuhnya sekolah agama, sekolah tahfiz, sekolah sains, sekolah vokasional, sekolah teknik, sekolah oku, sekolah bestari, sekolah sukan dsb. Ibu bapa kenalah mencari.
Sy seorang penagih dadah ,,, sudah beberapa kali sy masuk pusat tp bila keluar tetap isap dadah balik ,,, x ada function lgsung pusat pemulihan dadah ,,, segala galanya dlm dunia adalah "perniagaan semata"
Admin, yang saya nampak di Malaysia serba sedikit ada membuka peluang pelajar untuk belajar mengikut kecenderungannya dan mengasah bakatnya melalui sekolah jurusan2 tertentu seperti sekolah tahfiz, sekolah sains, sekolah vokasional, sekolah teknik, sekolah oku, sekolah bestari, sekolah sukan, sekolah latihan kemahiran, sekolah kraf dsb.
Bagus lah malaysia kita sangat ramai yang idiealistik . Dan saya harap di kedepan hari dapat dan mampu mengubah saya yg masih lagi pragmatik dgan sistem pendidikan kita .
Kalau aq, fikir yg Positif jer... Sekolah apa-pun TAK NAK Murid tu jadi Bodoh. Bakat seorang Murid itu tak boleh dilihat sejak Sekolah Rendah. Kalau kita tanya "besar nanti diorang nak jadi apa?", muncul Pekerjaan² yang Popular. Hingga sampai Darjah 6, kita tanya lagi "nak jadi apa besar nanti", lain pulak yg dipilih selepas beberapa tahun Masuk Sekolah 🤭 Rata², Sekolah mengajarkan "Basic to be a Human", yang SANGAT MEMBANTU membina Character si Murid sebelum memilih untuk melanjutkan pelajar ke Sekolah Tinggi, Maktab atau Universiti... Without "Basic", jumpa laa Character² Sombong, Bongkak, Merasa Lebih Pandai atau rasa ada ciri² Orang Genius "padahal" yang menilai itu semua GURUnya, bukan DIRInya sendiri 🤭
the best approach for me so far, sistem pendidikan kondusif seperti yang telah ditunjukkan dalam sistem TVET dengan memperkenalkan subjek wajib dan subjek elektif telah pun diperkenalkan di Malaysia, akan tetapi sistem penilaian seperti gred boleh ditambahbaik dengan memberi peluang pelajar2 ini merasai pengalaman latihan industri seawal Tingkatan 4 dan 5 pada waktu cuti sekolah. Kita hanya nampak universiti berkolaborasi dengan pemain industri untuk menjamin kebolehpasaran graduan, sedangkan kita boleh mulakan ia daripada peringkat sekolah lagi melalui program-program yang telah diatur hasil kerjasama pemain industri dan sekolah, Kita boleh lihat approach syarikat digunakan oleh Milo untuk memasarkan produk.
Pendapat saya, yang kena ubah bukan sistem pendidikan tp mindset masyarakat sekeliling. Terutamanya mak ayah. Bila ada orang terdekat kita yang tak perform dalam sistem 'standardize', sepatutnya kita kena tolong identify dan acknowledge bakat dia. Bukan label dia sebagai 'budak bodoh malas belajar'. Bila dah dapat dikenalpasti bakat dia, kita keluarkan dia dari sistem 'standardize' dan masukan dia ke saluran yang betul untuk asah bakat dia sehabis baik. Dekat Malaysia ni bukan tak ada sekolah seni dan sekolah sukan. Cuma masyarakat kita yang tak terdedah.
Awak silap. Cara Pngurusan dan sstem bkarat tu kena ubah juga.. Malah smpai bila nK guna sstem pnjajah? Boleh ubah tahap ke tahap. Tlong identify&acknowledge bakat tu aku stuju.. Perlu seiring..
Betul. Logik kan.
Ada jugak yang satu pemikiran
@Ingus, The Dark Knight ape bro cube terangkan
bende ni tak boleh solve everything sebab dorang still tak terlepas dari mindset standardize
Tanggungjawab utama guru bukanlah mengajar murid utk menjadi pintar tapi untuk melahirkan generasi yang berilmu,beriman dan beramal serta berakhlak mulia.👍
Lagi satu berguna
Sama je tanggungjawab tu cuma beza ayat je. Masa SPM saya suka belajar sendiri tanpa bantuan guru dan kawan sebab mereka tak tolong pun bila saya susah ayat mereka mesti macamni" ini batch paling teruk saya pernah ajar sedangkan dia pratikal lepastu bila saya kata tidak dapat hadir kelas tusyen sebab ada urusan boleh pulak dia kata bukan masalah saya.
Last-last pun saya dapat markah cemerlang lepastu saya balik terus lah tak nak bergambar dengan guru dan mereka pun tak nak bergambar dengan saya jadi saya tak kisah pun lepastu dapat lah jugak merasa belajar luar negara. Saya lagi suka pakai duit usaha sendiri dari duit PTPTN sebab kena hutang jadi saya usaha sampai berjaya.
Ha..mendidik mnjadi orang bkn jdi beruang..hehe..btoi tu..bole bezakn baek dn buruk lbih intelek
Sembang taik
Guru Gembul is one of my favorite youtuber, and so is you Ajar Channel
Salam dari Indonesia 😊😊
Kita buat mcm2 sistem ,tp kita sekalipun x pernah mgkaji bagaimana sistem pendidikan islam yg telah ditunjukkan Rasulullah saw 1400 tahun lalu..kita belajar hari ni bkn utk hidup tp kita belajar sekolah hari ini hanya utk dunia semata..sedangkn dlm sistem pendidikan islam ada pelajaran hal dunia tp tujuann akhirnya ialah menuju akhirat..sbb itulah org islam zaman kekhilafahan islam dlu hebat &maju kehadapan..
Ini satu contoh. Menzalimi diri kerana belajar sesuatu yang tak perlu. Ilmu yang tidak bermanfat kepada generasi muda dalam menyesuaikan pasaran kerja.
Saya berharap sistem pendidikan di Malaysia mula subjek2 ini dari awal fasa persekolahan:
1. Bahasa - Melayu, Inggeris, Arab, Mandarin, Tamil, Kadazan, Iban, dsb - setiap murid belajar sekurang-kurangnya 4 bahasa. BM dan BI wajib. Lagi awal mula lagi bagus, dah dewasa esok senang nak belajar lagi mendalam. Bahasa sangat penting untuk komunikasi. Dalam silibus Bahasa Melayu kena masuk silibus Jawi sekali.
2. Pendidikan Agama Islam/Moral dengan praktikal
3. Asas matematik
4. Asas Sains
5. Alam dan Manusia - merangkumi cara kita berhubung dengan alam secara tradisional (bukan khurafat) hingga la cara-cara inovasi dan 'reuse, reduce, recycle'.
6. Sukan - merangkumi olahraga, balapan, pasukan atau mental macam catur, dsb. Tapi yang mental ni pun kena beriadah fizikal.
7. Kokurikulum - tak payahlah pengakap, tunas puteri yang perlu uniform ni. Cukup ada kelab2 yang melakukan aktiviti pembinaan sahsiah - rumah orang tua, gotong royong, alam sekitar, dsb. Murid2 kena join aktiviti, tak perlu join kelab, murid2 dapat markah merit. Baru menggalakkan aktiviti, tak fokus pada kekelaban. Ibubapa pun tak perlu berbelanja lebih untuk uniform.
Cukup 7 utk sekolah rendah pada fikiran saya.
Anak bongsu sy berusia empat thn fasih berbahasa Indonesia, malah kami sekeluarga belajar dr si bongsu. Harapan spy anak2 sy blh belajar dan fasih lbh byk bahasa ke 3, ke 4, selain BM dan BI
@@RyuRahim ya kalau dpt mcm tu mmg ideal
@@anitahirahdaud3959 pada saya Bahasa Indonesia tu mcm bahasa Melayu dgn loghat negeri je. Tapi baguslah tahu variety.
Tentang kelab tu patut Kene ikut mcm kat sekolah Jepun. Kalau budak tu minat animasi ade kelab die, kalau budak tu minat melukis ade kelab die dll. Kalau buat mcm tu bakat budak2 akan lagi terserlah dan mereka dapat fokus dengan ape yang dorang minat tu.
@Amirul Fikri ya, mungkin boleh ada 2 jenis kelab..satu utk sahsiah, satu utk kreativiti...murid2 boleh masuk mana2, lagi byk terlibat dgn aktiviti lagi byk markah
Aku bersetuju ada sesuatu yang tak kena dalam sistem sekolah kita sejak sekolah lagi, pada masa itu aku digelar "gifted" kerana pandai walaupun malas belajar, bkn pandai pun,cuma faham mekanisme sesuatu subject
Tapi semua berubah bila K.pendidikan decide nak compress terlalu bnyk syllabus untk semua subject dalam setahun, cikgu ajar tergesa² sbb nk cover semua tajuk, murid tak faham pepandai la study sendiri, tp pada masa sama nk kejarkan siapkan homework yg bertimbun , apa gile diorang ni? Orang pergi sekolah sebab nak faham ilmu baru, ini belum faham dh lompat syllabus baru,main topic pun x faham apatah lagi subtopic yg sangkut paut, end up burn gitu jela straight A's upsr dngn pt3 aku, aku decide untuk kerja tolong family lagi bagus, ilmu ni dah macam jadi perniagaan ,bukan main mahal nak masuk siap kena buat pinjaman lagi tapi keluar U jaminan kerja pun belum tentu, sekiah luah perasaan,
Bijak👍
Ada betul gak kau cakap bro sbb penah aku ambik asasi IT sebulan pastu drop. Lecturer keje nak rush je sampai tak ambik tau yang student dia ada yang slow dan lemah. Aku gila stress time tu. Ada jugak lecturer yang baca balik straight dari powerpoint punya presentation, elaboration apa pun takda. Aku decide utk drop sebab aku pikir berbaloi ke aku hadap kesusahan ni tapi last2 tak bermanfaat apa-2 untuk aku? Bayar pun bukan murah. So ye la, conclusion nya hidup jangan tau nak kecam sapa yang belajar sampai level SPM je. Kebanyakkan degree holder zaman skrg pun pemikiran 2x5 je mcm level budak lepasan SPM. Kebanyakkan. Bukan semua. Aku cakap mcm ni sebab aku penah nampak orang membandingkan budak degree dgn budak spm, even aku sendiri pernah kena discriminate
kita xbole awal2 dh give dgn sistem pendidikan Malaysia. walaupun kita slow dan lemah, kita kena push otak kita utk degree. klu x. ekonomi jatuh. kesihatan teruk xda doktor. petronas pun lingkup klu semua SPM ja
@@azzs9638 ada aku cakap semua kena stop belajar ke? Tak bro , sambung study ni dah macam perniagaan, ada duit bolehla kau teruskan, aku tak cakap pun aku slow n lemah, cuma sistem pendidikan ni tak meyakinkan aku yg sistem ni nak beri orang faham tentang ilmu terutama pengaplikasian dalam kehidupan, kalau kau hidup untuk dapat kerja bagus etc,silakan , family aku org susah,jangankan makan,duit rumah pun struggle, biarla org lain yang nk jadi doktor ke pakar ekonomi etc tu, belum tentu semua dapat jadi, biar aku maju dalam bidang lain, pada pandangan kau aku give up,pada pandangan aku rezeki aku di tempat lain,wasalam
FAX no printer!!!
Saya dari Indonesia🇮🇩 dan apa yang dikatakan oleh Guru Gembul itu benar, karena itulah yang saya rasakan ketika menempuh pendidikan di Indonesia.
Salam dari Malaysia..semoga kita Indonesia dan Malaysia dpt sistem pembelajaran yg sebetulnya...
@@zulhelmirahim9764 Amin. Thank you brother from Malaysia 🙏
apa lagi kasi la guru gembul jadi menteri Indonesia kompom x bole nak ubah... wkkwkwkwk
Indonesia mendonia!
@@zulhelmirahim9764 Betul lah. Indonesia mendonia! Ratib dan zikir orang Indonesia, ‘Indonesia mwndonia!’
1. Sekolah rendah : mencari ilmu dan menemukan bakat kelebihan masing-masing
2. Sekolah menengah : mengembangkan ilmu dan bakat kelebihan yang kita punya
3. Universiti : meningkatkan ilmu dan bakat kelebihan yang telah kita temukan dan kembangkan saat sekolah rendah dan menengah
4. Sambung belajar : untuk menambah ilmu dan pengetahuan serta bakat yang telah kita tingkatkan
tujuan: dapatkan pekerjaan untuk cari duit dan sara anak bini.
kesimpulan: ini semua duit 💰💵
bagi sesetengah orang ada yang betul2 mempunyai impian, bukan setakat nak cari duit ja.
5.berhenti kerja kemudian cari kerja semata-mata untuk mencari minat yang sebenar
Berhenti belajar dan cari kehidupan yg lebih indah
@@Handasensei tp Allah mmuliakn penuntut ilmu
Orang bijak berkata masa depan negara terletak di dalam pagar sekolah
Orang lebih bijak berkata masa depan negara terletak di dalam pagar rumah
Orang paling mengerti berkata masa depan negara terletak di tangan ibu2
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia
Sukarno berkata berikan aku 10 pemuda nescaya ku goncang dunia
Jose Mourinho berkata perlawanan bermula sejak dari padang latihan lagi
Al Ghazali berkata jika mahu melihat masa depan sebuah negara, lihatlah anak2 mudanya sekarang
Thanks
di malaysia..pd saya..Janganlah asingkan kelas akedemik dengan KAFA.. mejoriti pelajar islam melayu. serapkan bersama untuk 20 ke 40 minit SETIAP PAGI untuk 2 subjek Al-quran bersama mana2 subjek Islam yang lain..lagipun..kalau dicongak.. pulang sekolah dan masuk semula ke kelas kafa masa ambil dan hantar 20-40 minit jugak.. mulakan al quran di setiap pagi hari terbaik buat anak2 Islam..
Pend Islam d skola dah memadai...
@nazlan azzila, ada, tapi kena bayar lebih iatu kita pilih sekolah bukan kebangsaan, seperti sekolah penekanan agama bayaran serendah rm2++ sebulan dan keatas. Terbaik saya rasa...
Ada kat Sarawak da ad utme kt kampung sbb sni kahwin campur dan ramai kacukan kaum Malaysia yang amat mengejutkan kaum Iban dari keluarga Kristian pn ad yg pandai selawat nabi contoh anak buah saya juga cucu kakak sulung saya aku senyum je dalam hati berbisik moge mereka dapat hidayah dari Allah SWT sedikit masa lagi
Zaman saya dulu cik, sebelum balik sekolah, kena gi ngaji kat kelaa tasmik
bagi saya, kpm perlu kembalikan sisitem JQaf dulu ...zaman Pak Lah
Tngok video ni..teringat balik waktu sekolah menengah.. form 3 dpt keputusan okay la jgk smpai layak dpt kelas sains tulen..tp diri ni minat sgt kat seni..mmg jiwa seni..pastu parent disebabkan rasa kelas sains tulen tu baik, kelas pertama kot..saya dipaksa stay situ..last2 spm subject sains tulen semua dpt D..add math dpt E.. yela kelas seni kan selalunya dianggap kelas bawahan di sekolah.. bagi parent2 semua tolong la kenal anak masing2 biar dia ke kelas minat dia..biar dia belajar apa yg dia suka..bukan paksa ikot cita rasa kita..jika dia minat jd jurutera biar dia belajar di skolah teknik..jika dia minat jd doktor pupuk dia dgn sains..jika dia berjiwa seni bagi dia ikut apa dia nak..
Rasanya, itu lah penting ibu bapa yg supporting. Dan juga kesedaran terhadap kelebihan diri.
Saya orang Malaysia, selalu dengar Channel guru gembul ni menjelaskan suatu perkara yang kontroversi ttp memberi kita suatu motivasi supaya tidak bodoh dan percaya kepada satu pihak sahaja
Ini orang musykilah sangat, banyak KESYUBHATAN dalam femikiran nya
Setuju sgt2 dgn topik ni... Mcm kes sy... Sy minat keje dlm bidang pendidikan (skolah) konon nk jd cikgu la.. pas spm masuk matrikulasi terpaksa amik perakaunan pdhal sy x minat akaun... Jd blajar hnya utk lulus je... Pastu apply UPU bidang pdidikan tp xdpt, ditawar amik kos bisnes pdhal x minat bisnes pun... Nk x nk tpksa terima, jd blajar pun utk grad lulus je... Pas abis blaja cari keje sy pun xtau nk keje apa sbb keje opis mmg sy x minat... Jenuh apply KPLI, DPLI, GSTT semua la, tp xdpt jugak... Last2 try gomen apply spa, spp... Interview byk kali akhirnya baru lekat... Skrg keje kat skolah wlpn xguna degree, Alhamdulillah sy sgt2 BAHAGIA sbb dpt keje kat skolah (cita2 dr kecik mmg suka suasana skolah)... Wlpn sekadar jd staff skolah bukan jd cikgu tp akhirnya sy capai impian sy... Dh 10 tahun berkhidmat... Alhamdulillah bersyukur seadanya janji sy happy keje x stress ❤❤❤
dalam islam ada ilmu yang fardhu ain dan ada yang fadhu kifayah
bagi aku sebagai seorang muslim sepatutnya pendidikan asas tu mmg wajib
bagi aku masalah dalam pendidikan Malaysia sekarang mungkin adalah "masa":
sepatutnya pendidikan kena lebih fleksible dan bagi pendedahan kepada murid dari umur yang muda bermula seawal form 1 patutnya dah kena mula spesifikkan minat dan bakat diorang
Manusia ni diciptakan dengan keinginan ingin tahu
Tapi disebabkan sistem sekolah yang memaksa
Kita jadi tak nak tahu
- komen yang aku jumpa kat yt
@@marsya1721 ye ke ☕🗿
HADIR ❤
Wow
Ohaii Ohalloo Sari 😉
Miss Sari pun ada sini
Uikkk ??? 🤔'
Sari juga ada di sini 🤣🤣🤣🤣🤣
@@rhamanman2723 helo 😊
Setuju !! Oleh itu, ibubapa perlu melihat kelebihan anak masing2 .. jika mereke condong ke arah sukan support mereke, jika ke arah petani benarkan mereka..
perbincangan yang menarik. kalau ada bintang bola sepak kat malaysia, genius anugerah nobel atau tokoh ilmuwan, diorang takkan masuk sekolah2 biasa. sebab tu wujudnya sekolah sukan, program permata & darul quran. untuk orang2 camni la. betul, dari peperiksaan la senang nak nilai orang tu genius / biasa2. yang biasa2 memang nak taknak kena teruskan dengan acuan pendidikan yang biasa untuk pastikan graduan gerakkan negara dari support genius. takleh gi ngan sistem pendidikan biasa, boleh cari pilihan macam sapa tak pandai belajar tapi ada kemahiran tertentu, boleh pergi TVET. beberappa tahun sebelum ni boleh la budak2 ada nak jadi cikgu, askar, peguam apa. tapi budak2 sekarang, ada nak jadi pempengaruh la, youtuber la, pendek kata kerja yang memerlukan platform. dah kalau jadi majoriti nak kerja camtu, negara takleh nak membangun, akan kurang pengajar, yang pertahan negara apa. last2 kerja2 camni diganti oleh robot & AI. memang betul sistem pendidikan yang biasa ni pun bukanlah sempurna tapi tetap perlukan bsik pulih dari semasa ke semasa
Sejujurnya sistem pendidikan malaysia 30 tahun lalu lebih bagus berbanding sekarang
bagus cara nak dedahkan kelemahan sistem pendidikan Malaysia dgn berlapik dan dalam bentuk 3rd person merujuk pada persamaan sistem pendidikan negara lain. Semoga menteri tak sebodoh yg kita sangka dan dapat lihat apa yg cuba disampaikan.
Hakikatnya..kalau x menguntungkan ahli politik..masuk telinga kiri keluar telinga kanan
@@adamizaidi7953 diorang tergelak-gelak seronok kita berhempas pulas(curi tulang?🤔)..
Hujung akhir zman mmg byk pemimpin2 yg jahil... cume moga kita jgn jd jahil mcm 'diorg'
Isu utama dalam pendidikan adalah sekularisme yang mendualismekan ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Golongan ilmuan agama kebanyakan tidak menguasai basic ilmu duniawi bahkan memandang remeh terhadap ilmu duniawi. Manakala orang 'intelektual' pula tidak menguasai basic ilmu agama sehingga melahirkan pandangan2 yg bercanggah dengan pandangan alam Islam.
Faktor nya adalah kerana kegagalan dalam memahami pandangan alam Islam dalam meletakkan setiap yang wujud pada hierarki yg sepatutnya. Cerminan yang terbit drpd faktor adlh kerancuan pada epistemologi pemikiran. Moden menggagaskan ilmu hanyalah sains dan teknologi dan segala benda yang berkaitan dengannya. Justeru itu, istilah 'intelektual' hanya digunakan bg mereka yang menguasai bidang tersebut dan golongan ilmuwan agama hanya dianggap menguasai 'budaya'. Kesannya dapat dilihat melalui dasar dasar negara yang 'lebih' menumpukan perhatian kpd aspek sains dan teknologi atas dasar 'keperluan semasa' dan seolah2 'menutup mata' terhadap kepentingan agama. Pada peringkat sekolah pon dapat dilihat cerminan ini saranan dan nasihat guru yg lebih menggalakkan pengambilan aliran sains ataupun akaun/sastera. Dan hasilnya, pelajar2 pintar lebih berminat utk mengambil aliran2 tersebut dan saki baki yg 'kurang pintar' lah memenuhi aliran agama. Wahyu Tuhan tidak lagi dipegang sebagai 'sumber ilmu' dan tidak lebih sekadar halwa di telinga.
Lanjutannya, golongan yang terpegun dgn sekularisme inilah yang menjawat jawatan kerajaan dan membina dasar pendidikan negara. Hasilnya pendidikan hanya sekadar mentransmisi 'maklumat' bukannya ilmu. Ilmu hanya akan tercapai apabila maklumat ditafsirkan sehingga mencapai makna. Makna pula berbeza bergantung kpd pandangan alam yg dipercayai. Pendidikan dalam Islam adalah terdiri drpd ta'lim, tarbiyah dan ta'dib.
Sebenarnya apa yang diutarakan haziq dalam video ni make sense juga. Kita kena terima hakikat bahawa cara untuk menilai pelajar tak lari dengan ujian/peperiksaan. Ini saya setuju.
Cuma yang menjadi masalah, apabila kita (baik cikgu atau pun murid) terlalu takutkan peperiksaan atau terlalu mengejar kemegahan sehingga matlamat sebenar ujian tu dah lari. Terlalu mengejar gpa sekolah etc
Terakhir, pembentukan cara fikir dalam kalangan pelajar mungkin satu aspek yang sangat penting untuk melahirkan masyarakat yang seimbang. Mungkin ini boleh ditambah baik dalam silibus tanpa mengubah sistem secara keseluruhan.
Kalau saya jadi menteri:
Keutamaan sistem pendidikan;
1. Modal insan/sahsiah
2. Kemahiran asas
3. Laluan akademik
Sijil SPM ada 2:
1. SPM1 (ASAS/ASASKHAS) : penilaian asas
2. SPM2 (AKADEMIK/VOKASIONAL)
SPM2 tidak diwajibkan untuk diambil, hanya untuk yang bercadang melanjutkan pengajian.
Penilaian ADALAH bersifat terbuka, contohnya subjek sejarah juga memberi markah kepada bahagian modal insan (kepimpinan, tanggung jawab)
Semasa peperiksaan contohnya matematik moden, Dengan kertas yang sama, boleh Di gunakan untuk dua sijil yang berbeza SPM1 n SPM2 mengikut kesukaran,
Grading
Cemerlang/sederhana/lulus/gagal
SPM1
A:MODALINSAN/B:KEMAHIRAN/C:PENGETAHUAN/
contoh
SPM1( ASAS)
Modal Insan : cemerlang
Kemahiran: sederhana
Pengetahuan: sederhana
Perlu lulus semua(kelonggaran untuk oku, penilaian khas) jika untuk terima sijil, jika gagal, ada kursus khas.
Kesimpulannya sistem pendidikan sekolah mesti berpaksikan untuk melahirkan "manusia" pada asasnya,
jika spm tidak wajib. b40 akan kekal di b40. iaitu suatu kerugian kepada bangsa melayu. kerana pendidikan bukan keutamaan kepada b40 melainkan survival hidup. ada sebab spm diwajibkan untuk semua
Idea masa tak jadi menteri mmg lah kaw-kaw ...
Saya AKAN melantik anda menjadi Menteri Pendidikan di Negara Konon-Ha selepas melantik Y.A.B. Uzumaki Naruto menjadi Menteri Sukan & Olahraga 😏
.
.
.
.
.
.
.
.
.
😴
@@saidjohan2266 kt sini ada konon hayoutube.com/@trenpublika6004
Pendidikan khas, LP sudah sediakan PASM (Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah). Serba serbi sudah sgat cantik dalam PASM. Klau ko jadi menteri pendidika, jgan ubah lg ya..
Kadang2 setiap orang hendak nampak kesan daripada pendidikan ni dalam jangka masa yang pendek, sedangkan pendidikan ini memerlukan masa yang panjang.
SAYE SANGAT SUKA CHANNEL ABANG AJAR, DAH LAMA SAYE SUPPORT ABANG AJAR DARIPADA 2021 SAMPAI SEKARANG.😃👍🏻👍🏻
Assalamualaikum, Sebenarnya saya setuju dengan apa yang diketengahkan dalam siri ini namun sebagai bapa, bagi saya, ia kembali kepada ibubapa/penjagalah juga. Maksud saya, saya mengenali bakat semua anak saya, Sudah tentu guru di sekolah tak mampu mengenali setiap bakat muridnya dengan mendalam, Bagi saya sekolah adalah asas untuk mengajar anak saya mengenali dunia ilmu, jadi setelah mereka kenali dunia ilmu barulah saya asah bakat depa walaupun ada harga yang perlu saya bayar, saya cuma orang miskin, namun bukan miskin yang menjadi halangan kerana harga bukanlah wang semata. Alhamdulillah, anak-anak saya sudah berada di landasan yang mereka pilih.
BE THE BEST VERSION OF YOU ❤
kepandaian adalah satu subjektif.....
buat yang terbaik selebihnya serah kepada Allah.
cobalah kita kembali kepada hakikat dari sifat manusia itu sendiri.
manusia akan bekerja lebih giat jika didasarkan pada keinginan bukan kewajiban.
dengan demikian pendidikan akan jadi lebih efektif jika guru memiliki keinginan untuk memiliki penerus yang mewarisi ilmunya dan murid yang memiliki keinginan untuk berilmu, bukan semata mata karena kewajiban belajar dan kewajiban mengajar.
Setuju 🙋👍
ye buat mcm finland. ni dok asyik sistem pendidikan british lama. skrg sistem pendidikan UK pun dah ubah dah.
Kenal agama dulu,AL quran....nak ke mana atas dunia ni pun xde hal... jangan mudah terpesong kerana dunia,tak mampu jaga diri takpa,tp Islam jangan diperkotak-katikkan, susah lepas mati nanti...
Saya rasa sistem TVET ini boleh mengatasi sistem standard pendidikan? Maaf tak berapa tahu topik ni, tapi saya rasa TVET memberi setiap murid peluang untuk senang menceburi satu2 bidang.
Kalau la ada sistem penapisan bakat (talent development filtration) yg boleh memberi murid2 dikenalpasti minat dan bidang, boleh diberi didikan bergantung dengan bidang masing2.
***
Tetiba pula teringat sistem pendidikan di Kibbutz.
Apa2 pun Terima Kasih kepada semua cikgu 👍
Menarik perbincangan ini..jika semua Pelajar dpt mengikuti fitrah masing2 maka akan dapat menyelesaikan masalah sistem pembelajaran khususnya di Malaysia ini yg masih berkrsperimen drp dulu hingga skrg..bila tukar Menteri jer, masing2 nk tunjuk terrer utk political mileage..yg jadi mangsa adalah guru2 & pelajar2..menyusahkn mrk & mnybbkn guru2 smakin stress..pelajar2 pla mnjadi bingung...Sy mncadangkn spy sbaik shj pelajar2 mahir 3M d prkt skolah rendah maka d sek.menengah pula mrk diberi pembelajaran strategik dgn mngikut fitrah/hobi/kecenderungan mereka..Allah SWT tlh menciptakn manusia sbgai sebaik2 kejadian..kelemahan kita sbgai manusialah yg menjejaskan diri kita sendiri.wallahu alam.
Ya semua manusia itu unik, punya kelebihan Dan kekurangan masing2... Tp xbermakna manusia perlu dibebaskan mengembangkan keunikan tersendiri Tanpa pnduan hidup... Unik pun perlu ada batasan..
Ambi cth, seorg lelaki dilahirkan unik kerana beliau bnyak bercirikan wanita, kalau sistem kita Bebas Dan lelaki tu nak kembangkan keunikan dirinya smpai jd seorang wanita Tanpa ada larangan....?
Ambi pula cth Messi, uniknya beliau Sgt berbakat dlm sukan bola sepak, tp kalau beliau Di suruh belajar matematik atau sejarah jg x msalah.. Takkan pndai main bola saja tp ditanya ttg sejarah negara pun taktau,
Ada org ada bnyak keunikan.. Walau apa pun sistem yg digunapakai, org gifted tetap akan menyerlah..
Pd sy, pndidikan itu adalah bagaimana akhirnya masyarakat dlm sesebuah negara itu akan terhasil, 50thn lps punya pendiikan adalah kita semua rakyat Malaysia pd hari ini... Kita rakyat Malaysia mengamalkan hidup beragama, kita menghormati institusi raja dna krajaan kita, kita masih patuh dan mampu tegakkan undang2, kita masih punya adab sopan Dan sifat malu... Kita masih punya sifat bantu membantu Dan kita Cinta kan keamanan... Kita juga mampu mencipta peluang pkerjaan, masih bnyak nilai2 yg kita belajar d skola masih ada dlm kehidpan rakyat Malaysia Skrg.. Jd pndidikan negara kita OK Dan x gagal... Perlu penambahbaikan Tanpa berkiblatkankan acuan negara org lain
Dan pd sy, sekola rendah Dan menengah masih perlu ada standard utk dijadikan panduan.. Kalau x, boleh hanyut dan rosak generasi Malaysia apa lagi skrg zaman pengaruh media sosial Sgt kuat...
Takdenye stress belajar sbb exam... Lagi stress xdpat pgg hnphone..
Tgk phone smpai pagi....x Ckup tidur... Britau ibu bapa stress study.. Dan mulalah ibu bapa komplen pong pang anak stress belajar,.... Hakikatnya kelaut dlm prangai masing2
Conclusion dari vid penuh dan majority komen, kebanyakan semua tak tengok vid sampai habis tapi nak komen berjela 🤣 Walhal mindblown kot kalau tengok sampai habis, macam paradoks pon ada. Tiada siapa salah tiada siapa betul. Realistic vs idealistic. Need to compromise something to achieve something. Never ending punya cycle.
dulu saya setuju dengan pendapat ini. tapi sekarang saya tak setuju.
1. kadang2 kanak-kanak masih tak tahu apa yang mereka nak atau bakat mereka. standardised pelajaran adalah untuk melihat dimana bakat kanak-kanak. sebab itu sekolah akan buat program pengakap, muzik, kemahiran dll.
2. setelah habis spm sepatutnya pelajar sudah tahu hala tuju. pelajar diberi pilihan untuk memilih course yang diminati di universiti tanpa ada paksaan dari sesiapa.
3. sistem pendidikan hanya melahirkan pekerja bukan majikan. itu betul dan ia perlu. jika semua orang jadi majikan, siapa yang nak jadi pekerja? siapa yang mahu kerja di logi kumbahan? inilah sistem dalam ketamadunan dimana setiap manusia melengkapi.
Saya dari Malaysia ni pun setuju apa pak guru gembul cakap itu...sistem barat yang diterapkan dalam sistem perlembagaan dan eksekutif di Malaysia dan Indonesia mampu meruntuhkan nilai-nilai ketimuran diajarkan oleh nenek moyang kita..contohnya sistem kita sekolah memaksa murid ambil matematik,seni,sastera belajar tinggi-tinggi last kerja pam minyak or pelayan kedai makan je..contohnya lagi kita kerja keras 8am-10pm sampai lupa solat lupa akhirat..contoh lagi orang kafir cipta aplikasi dating sosial agar orang Islam sebelum nikah di universiti dah berzina melahirkan anak haram buang merata-rata tempat esok lusa balik kampung depan mak bapak acah suci acah masih single konon...itu bezanya🙏
Betul bro lebih ke barat, ada buku sains dekat malaysia aku lupa sekolah rendah atau menengah, buku sains nya monyet berevolusi jadi manusia 🤣🤣🤣🤣 bodoh siak
Tak setuju...itu peribadi masing2...dan penerapan ilmu agama dari keluarga msg2...
yang lupa solat tu ko sorang jer kot
Jika tidak kerja nak makan apa anak bini kalau semua nak jadi pandai siapa nak jadi bodoh kerja buruh kerja kasar
well said
Sudah dengar video penuh cikgu tesebut. Pandangan luar biasa .
kisah saya seperti tuan juga ,
ini kisah saya semasa spm , saya ni pelajar bukannya pandai mana , tapi saya ada 1 kelebihan saya sgt minat akan geografi sejak form 1 (kalau baca peta mmg makanan je) tapi waktu tersebut 2011 geografi ni subject tambahan , jadi spm kt sekolah takde geografi . lalu saya ambil sendiri dan belajar sendiri untuk spm (hanya saya sorang ambil ) dan resultnya saya dpt A+ tanpa ada guru mengajar hanya refer buku
selepas saya habis spm saya tanya la cikgu , dan buat research berkenaan geographi untuk peringkat lebih master , tapi malangnya tiada pun course di tawarkan di unversity , jadi masatu cikgu suruh ambik stpm , tapi tu lah bnyk subject saya rasa tk hebat kena ambil juga selain geographic
maka dgn itu saya punya kehebatan saya pakar geographic ditelan zaman , skrg ni background engineering (walaupun dlu addmath tk ambik , ckup2 makan lulus)
saya rasa jika saya di specialist dlm bidang geologist saya dpt bantu negara atau berkhidmat untuk malaysia
Ada jee kne pandai cari contoh dkt uitm ada Jurusan Sains Geomatik untuk peringkat Degree ,Teknologi Geospatial peringkat diploma.
@@Ahahahahah3x mungkin waktu skrg dah ada , tapi zaman 2011 habis spm mmg tkde , semua dlm bidang ijazah sarjana muda , dan kalau nak tahu tahun tu tkde lompat diploma mcm skrg ada asasi yg pihak university tawarkan sendiri , mmg kena ambik stpm
Sama lah jugak saya ni takde lah pandai mana tapi sejak kecil memang minat sains Dan masa form 3 jatuh cinta dgn fizik terutamanya fizik kuantum Dan memang bercita cita nak jadi ahli fizik teori macam Einstein
So masa form 4 dpt lah masuk kelas sains Tulen tapi Sy ni agak lemah dgn math, add math pulak cg garang nak Tanya pun kena marah so end up exam math dgn add math Dua2 gagal sbb tk boleh pergi terpaksa lah drop cg letak kelas seni walaupun takde minat, kdg2 pun pinjam buku fizik kawan untuk belajar sendiri sbb still ada minat walaupun tak ambik fizik, and tahun ni Spm rasa macam takde tujuan nk sambung apa memang tak boleh dh lah nak sambung fizik sbb takde sains tulen
Patutnya org mcm anda diketengahkan utk advanced geographical studies 😭 Kita memerlukan org yg meminati apa Mereka buat
@@sallylemon5835 takpe masa saya sudah berlalu , buat adik2 baru habis spm , kalau rasa ada 1 subject awak yakin dapat ubah diri , just teruskan jgn rasa subject/kemahiran awak tak hebat. sebab dgn minat ni satu masa bila kita cari kerja kita dapat olahkan dalam aspek perkerjaan atau kehidupan. dengan minat jadi kerjaya itu penting 💪🏼
Kalau katakan kpm bagi kebebasan dlm sistem pendidikan utk semua pilih berdasarkan minat, mungkin berlaku kekurangan pakar dlm sesuatu bidang yg mana diperlukan dlm pasaran di dlm negara🤷🏻♂️
penyelesaian nya adalah kita perlu menyedarkan ibu ibu untuk mengajar anak anaknya nilai murni dan sedar akan minat anak anaknya .sebabnya kalau kita tengok ulamak dan tokoh islam dulu,ibu ibu mereka pandai mendidik.itu saja daari saya
Teringat ada satu ceramah oleh seorang jutawan dia pernah cakap "sistem pendidikan sekarang hanya menghasilkan manusia yg akan menjadi pekerja2, kuli2, hamba2 abdi moden.
Ya x belajar pulak cara manage kerja sendiri..
Jutawan tu belajar kat mana? Ada tnya tak? Dia dah jadi jutawan boleh la kritik. Cuba suruh dia fikir satu sistem yg boleh lahirkan ramai jutawan mcm dia. Boleh tak? Silap2 dia suruh jadi dropship dia je. Hakikatnya jadi jutawan tu bukan sekadar pend asas di sekolah. Tapi banyak faktor lain.
Sistem pendidikan memang di setup begini supaya yang kaya makin kaya dan miskin terus miskin. Maka terbentuklah B40,M40 dan T20. B40 di perah tenaga, M40 pembayar bunga dan cukai, T20 banyak dapat kelepasan cukai, nikmati subsidi
@@aiman4917 minta maaf ya, saya pun tak pasti jutawan tu belajar kat mana. Nama jutawan tu Robert Kiyosaki, jutawan bidang hartanah.
so kalau semua manusiahebat, siapa yg nak jadi pekerja/kuli/hamba moden?
Sy nk kongsi sikit kisah sy. (Diedit utk elak kekeliruan bahagian bawah sekali)
Pernh blaja diUKM.
Semas form6, sy kena ambil subjek antaranya perniagaan dan ekonomi.
Minat sy lebih kpd subjek ekonomi.
Maka result utk subjek perniagaan biasanya gagal atau cukup2 utk lulus.
dan utk ekonomi lebih baik.
Semasa dpt Result STPM, ekonomi sy dpt B manakala perniagaan dpt D
D masih dikira lulus dlm standard sijil.
Kemudian apply utk universiti dgn kelayakan yg ada.
Maka sudah pasti sy lgsung tidak apply utk blajar jurusan perniagaan di universiti.
Dan sy byk apply utk ekonomi dan math.
Yg malangnya dan menghairankan, sy diterima masuk UKM dlm jurusan PERNIAGAAN.
SEM1 dan SEM2 byk subjek gagal.
.yg menjdi sedikit menarik semasa gagal SEM1, pihak fakulti buat program utk geng2 loser mcm sy. Haha sadis
.Yg mengejutkan sy bila borak2 sesama peserta gagal.
.rata2 student yg gagal semasa SEM1 adalah mereka yg tidak APPLY utk jurusan EKONOMI atau PERNIAGAAN semasa diorg isi borang UPU.
.tp dpt jurusan tersebut diUKM.
.Ramai yg gagal terus berhenti.
.tp sy x dpt nk berenti sbb famili push suruh teruskan jugak.
(diUKM Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) bergabung dlm 1 fakulti tp berbeza bidang dan major jurusan)
.pkra menarik yg seterusnya, setelah 2 thun diUKM.
.sy dpt cerita sebenar apa yg terjadi tp bukan dri pihak pengurusan fakulti.
.Pihak atasan FEP mencuba membuat kajian terhadap sekurang2nya 100 pelajar baru tahun kemasukan sya DENGAN menukar jurusan mereka.
.dan sudah pasti kajian experiment mereka gagal.
.dan ini tidak diberitahu kpd students yg terlibat.
Jika anda tertanya2 adakah sy buat surat aduan atas kejadian ni ?
.jawabnya TIDAK.
.sbb sy hanya ada bukti lisan yg diceritakan oleh pensyarah.
.pensyarah tu pulak bukan mengajar sy.
.tp secara tak sengaja sy cerita masalah kpd dia.
.dan dia bongkarkan sedikit apa yg dia dpt tahu pasal kejadian mcm tu.
.cuma dia x terlibat la sbb jawatan dia hanyalah pensyarah biasa yg tiada jawatan tinggi difakulti.
Sy berharap sgt benda cmni x wujud dah diperingkat universiti.
Sebab kami belajar bukan produk uji cuba.
Lebih 10 thun dah berlalu.
Nasib baik la duit hutang PTPTN settle dah.
Yg berhutang tu tolong la bayar, kesian peminjam seterusnya bila x dpt meminjam PTPTN.
Ada yg terpaksa bergolok gadai atau berhenti blajar.
*Supaya ada segelintir x lari dri isu yg sy cerita.
Sy x nak meleret2 isu ni smpai nak sentuh luar topik.
.point sy kat ats, pihak universiti atau fakulti.
1.Mereka ada DATA kelayakan untuk setiap student yg berjaya diterima.
2.Mereka ada KUOTA untuk setiap jurusan.
3.mereka pihak fakulti buat uji cuba dgn menukar kelayakan pelajar kpda jurusan yg sebaliknya.
4.adakah ini AMALAN biasa utk universiti yg penuh dgn org bijak pandai sbgai pemacu utama pendidikan buat uji cuba mcm ni.
.sy faham ramai yg masuk U atas apa2 jurusan sekalipun asalkan dpt sijil.
.tpi point sy nak tekankan, peluang dpt blajar benda minat (kita apply UPU) dgn x minat itu berbeza.
.dan sy pula jadi mangsa uji cuba, 2 situasi berbeza dlm 1 masa.
same situasi kawan
@@muhammadasyraf8908 berlaku kat U mana atau kolej ?
kau dpt degree ke tak ?..
@@yunusibrahim2474 dpt
kisah saya seperti tuan juga ,
ini kisah saya semasa spm , saya ni pelajar bukannya pandai mana , tapi saya ada 1 kelebihan saya sgt minat akan geografi sejak form 1 (kalau baca peta mmg makanan je) tapi waktu tersebut 2011 geografi ni subject tambahan , jadi spm kt sekolah takde geografi . lalu saya ambil sendiri dan belajar sendiri untuk spm (hanya saya sorang ambil ) dan resultnya saya dpt A+ tanpa ada guru mengajar hanya refer buku
selepas saya habis spm saya tanya la cikgu , dan buat research berkenaan geographi untuk peringkat lebih master , tapi malangnya tiada pun course di tawarkan di unversity , jadi masatu cikgu suruh ambik stpm , tapi tu lah bnyk subject saya rasa tk hebat kena ambil juga selain geographic
maka dgn itu saya punya kehebatan saya pakar geographic ditelan zaman , skrg ni background engineering (walaupun dlu addmath tk ambik , ckup2 makan lulus)
saya rasa jika saya di specialist dlm bidang geologist saya dpt bantu negara atau berkhidmat untuk malaysia
skolah jgk xperlu la,,"tegak sgt"..blh jgk lebih keatif dlm mengajar,cara berfikir,,tp cikgu jgk trikat dgn modul yg d beri,sshla
teringat semasa belajar di universiti di kuala lumpur, semasa cuti semester , pishang, terus bagitahu parent nak masuk pondok pengajian kitab sebulan di kelantan.
tak pernah belajar dekat pondok, entah apa yang merasukiku~
dipendekkan cerita, mula lah belajar dekat sana.
this are the rules to follow sebagai orang yang duduk di "pondok" wakaf, atau bahasa mudah, bilik sewa yang diwakafkan
1) belajar wajib 8jam sehari, Ahad - Khamis (nak alirkan pahala kepada pewakaf, xle la duduk main2, there is no rules, kau boleh je xnak pergi belajar, tapi main dengan dosa, gagah la pergi, 4jam lepas subuh 1jam lepas zohor, 1jam lepas asar, 2jam lepas isya, settle(my choice))
tu je, syarat, tapi nak buat x buat xda orang pantau, mcm xda syarat, tapi main dengan iman la, percaya ke tak Allah tu wujud.
the interesting part is, SUBJEK BEBAS PILIH. that one are blowing my mind (sorry y'll sembang rojak xnak tegak)
anyway, kau boleh pilih nak belajar apa siak. hadith, tauhid, bahasa arab, tajwid, fekah, pick what you want, anytime you want, janji 8jam sehari, 5hari seminggu. kau xnak belajar pagi, kau pulun malam (make sure ada orang nak ajar la, ustaz sendiri pilih, x suka ustaz A, xdehal, angkat pungkoq jalan, cari ustaz lain), kalau kau xnak belajar malam, pagi kau pulun la. petang 2 slot lepas zohor ke, apa ada hal.
asal syarat dipenuhi.
gila mindblowing punya system.
hari jumaat pula, ada segmen khusus bagi pelajar yang nak test public speaking.. volunteered, naik pentas, sembang, nk bagi hilang gemuruh. ini dah lebih, mana ada sekolah ada segmen macam ni. benda simple tapi x semua boleh buat. xleh ke xnak. atau banyak kertas kerja nak kena submit, bnyk lapisan nk kena lepas. wallahua'lam.
tapi ada kelebihan dan kekurangan dia. kita cerita ikut topik.
overall, it's a mind blowing experiences. konklusinya, ada je institusi pengajian yang melawan arus mainstream (main sebut je ni), cuma cari tak cari je, mungkin tuan haziq boleh interview institusi funduk ni, how the system works, etc. it's an interesting point of view
wallahua'lam, yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri, yang sepurna itu hanya pada Allah, Assalamu'alaikum warahmatullahi ~ wabarokaatuh
Semua yg belajar tu ada tahap² dye....ape pun sepatutnya anak Islam bermula umur 5tahun wajib untuk kenal al quran, lepas tu baru ke mana² aliran untuk keperluan masa depan... kalau macam tu dari dulu,masa depan sekarang pasti akan jauh lebih baik dari sekarang...
Rasanya ramai dh sedar masalah ni. Tp still kita tak jumpa solusi yg sesuai yg boleh digunapakai utk semua org. At the end, kita end up patah balik cara tradisional
"it is sad,, that you are all the same" - adalah lesson aku dapat dari video ni, macam biasa - teruskan AJAR!
Saya nak kongsi persoalan yang kita boleh sama2 fikir juga kesimpulan dan ulasan saya sendiri tentang isu ini..
1. Kita hanya menyalahkan sistem pendidikan yang kononnya memaksa pelajar untuk belajar subjek yang mungkin bukan pada minat dan bakat pelajar. Jadi bagaimana dengan ibu bapa yang sebagai contoh nak anak jadi doktor tapi anak itu sendiri sebenarnya minat dan berbakat bermain bola..Bila si anak tu gagal dalam pelajaran adakah nak disalahkan sistem pendidikan juga?..Jika sekalipun sekolah dapat kenalpasti bakat si anak tu, bolehkan guru tu memaksa ibu bapa si anak tu hantar anak mereka ke sekolah sukan?..Tentu tak boleh kan..
2. Kalau lah sekali kita tahu seorang anak ni berbakat main bola seoak, apakah jenis pelajaran yang nak beri kepada pelajar itu sendiri?..Adakah hanya mengajar sepak bola?..Kalau nak buat pemilihan pemain apakah kelayakan paling penting..minat lagi penting atau bakat lagi penting?..Dalam permainan bola tu sendiri sebenarnya ada fizik ada matematik..Jika untuk seseorang murid yang minat juga berbakat bermain bola adakah hanya perlu belajar silibus matematik dan fizik yang hanya berkaitan bola sepak?..tapi bagaimana kehidupan seharian mereka?..Ada tak matematik dan fizik asas yang perlu dipelajari supaya kehidupan seharian lebih mudah?
3. Untuk kita bahas mengenai minat dan bakat, ini terlalu subjektif..Ada orang hanya ternampak bakat masa umur 5 tahun..Ada yang dia tahu dia berbakat dalam sesuatu masa umur 16 tahun..Dan ada juga tahu selepas umur 25 tahun..Masa tu dah tamat dah tempoh persekolahan..Takkan nak cakap "Nak buat macam mana..Macam tu tak boleh buat apa la"..Atau kita masih nak salahkan sistem pendidikan yang tak cuba cungkil bakat terpendam yang ada pada murid tu sendiri..Sama juga kalau kita nak cakap pasal minat..anak kecil umur 4 tahun minat melukis..Bila meningkat umur 8 tahun belum tentu dia masih minat melukis..Tiba2 dia minat nak jadi gamers..Takkan nak tukar sekolah yang fokus ajar main game?..
4. Pada saya sistem pendidikan tak salah tapi hanya sistem peperiksaan sekolah yang patut dibuang..Sistem peperiksaan/ujian hanya perlu dibuat untuk kemasukan ke sesebuah institusi pendidikan..Setiap institusi pendidikan perlu mempunyai sistem peperiksaan/ujian yang unik bergantung kepada jurusan yang ditawarkan..
5. Kita semua pernah dengar anak kecil bagaikan kain putih..Kita yang dewasa ni yang mencorakkan mereka..Jadi pada saya di sekolah memang perlu diajar matapelajaran asas seperti bahasa melayu (kerana kita orang malaysia), sejarah (untuk kita tahu asal usul kita sebai rakyat malaysia), matematik (untuk digunakan dalam apa jua situasi dalam kehidupan seharian), fizik (untuk lebih jitu dalam sesetengah keputusan yang dibuat seharian), geografi (pengetahuan asas muka bumi kita)..Namun begitu, ada juga pelajaran yg sama penting yang perlu di ajar iaitu adab..Cara kita nak terapkan konsep kehidupan harmoni dalam pemikiran murid..Seperti di Jepun yang pada saya cuba menerapkan kehidupan harmoni dalam pemikiran anak2 kecil..
Ada lagi saya nak ulas tapi dah malas nak taip..Kalau duduk semeja sembang berkenaan isu ni sambil minum nescafe o ais kaw kurang manis, 2 jam pun boleh..haha..Cuma akhir saya nak cakap..Betul sistem pendidikan kita mungkin tak berapa relevan..Tapi kita pun jangan hanya menyalahkan sistem sahaja..Apa kata dalam kita mempersoalkan sesuatu tu kita sama fikirkan jawapan..Kalau jawapan atau konsep penyelesaian kita tak didengar atau diendah oleh menteri pendidikan pun sekurang-kurangnya kita jadi manusia yang berfikir..bukan manusia yang hanya tahu menuding jari..Luaskan konteks pemikiran supaya kita terbentuk masyarakat yang harmoni..
Yg ini paling mantul dn masuk akal ..stuju...terbaik..
saya dapat gagal dalam matematik sekolah dulu hanya sebab saya menggunakan kaedah yg lebih mudah dengan hasil jawapan yang sama. silibus kita terlalu kepada hafalan. selepas masuk universiti barulah saya mula menghafal segala mak nenek kerana perlunya cgpa tinggi berbanding perkembangan IQ. namun untuk pekerjaan hanya yang paling banyak skill atau EQ tinggi pula dicari oleh HR
Skrg kbat pun kena ikut skema Hari tu saya jwb exam BM Dia Tanya sebagai guru pustaka apa yg harus kamu lakukan untuk menarik minat pelajar ke pustaka saya jwb lah hias pustaka dgn benda menarik cth macam letak permainan2 papan macam catur , dam dll untuk tarik minat pelajar last2 dpt kosong saya Tanya cg kenapa Salah Dia kata jwpn takde dlm skema😅
saya pun macam jem kalau kena ikut skema Dah tu apa function nya kbat tu 😅kalau pelajar bagi jawapan yg lain dprd skema dikira Salah, pelajar bukannya Tau apa jwpn yg ada dlm skema
@@rull_7610 x sgka dah berpuluh tahun masalah sama je.
X ikut skema.
Yg kelakarnya, buku teks x diolah berdasarkan skema pemeriksa kertas soalan.
Dan cikgu lama2 atau disekolah yg tiada guru pembuat soalan mmg takkan dpt tahu benda2 cmni.
Melainkan cikgu2 mcm ni dpt pendedahan dri cikgu2 yg terbabit dgn skema jawapan.
Teringat zaman sy skolah dulu.
Nak dpt subjek BM A SPM, ada skema jawapan yg perlu dipakai.
Dri pendahuluan, isi2, smpai lesimpulan kena ikut skema.
Tu je yg dpt tau sbb cikgu baru masuk skolah.
Skolah sy pula antra skolah yg corot dlm grade pendidikan.
Jika ada cikgu yg cemerlang, x lama berapa tahun akan ditukar ke skolah yg lebih berprestasi tinggi.
@@metalfire86ablelagi sakit hati bile ade cg bagus mengajar kat skola yg x seberapa mesti kene pindh kat skola bandar/ skola yg ternama🙄 Die buat mcm pendidikan ni mcm org yg duk bandar n skola pandai je dpt privilege dpt pendidikan yg bagus.
@@machi_chi9667 sekolah2 menengah ni umpama tempat percaturan sekelompok pejabat pendidikan nak naikkan sekolah yg diorg target.
Bila mereka2 ni berjaya naikkan prestasi skolah terpilih, chances nak naik ke pangkat lebih tinggi lebih terbuka.
Padahal diorg ni pendidik tapi cara mcm ahli politik.
Sbnrnya kita tak berada didlm golongan yg dipertanggungjwbkn sbb tu kita blh bg mcm² cadangn dan kritikn. Selalunya nk melaksana sesuatu itu kadang² tak semudah kita bckp.. kalu nk ikut mnt sesorg brapa ramai guru diprlukkn, brapa kos akn dikluarkn, brapa kemudahan yg diperlukn, rsnya baik kerajaan atau golongan yg dipertanggungjwbkn bkn tak mmikirkn perkara berkenaan tp ia umpama kita cuba penuhi keinginan semua org, dan kita tdk akan mmpu lakukn..
Saya fikir pendidikan ikut minat itu sedikit telah diimplementasi dengan adanya kepelbagaian sekolah seperti sekolah agama, sekolah sains, sekolah vokasional, sekolah teknik, sekolah oku.
Isu standard sekolah ni boleh kata satu dunia komplen benda yg sama; sekolah cuma hasilkan pekerja restoran fast food.
Tapi budak2 cuma di sekolah beberapa jam sahaja, selebihnya di rumah. Masa tu lah peranan mak bapak untuk didik n develop anak. Masalah hari ni, bapak n mak sama2 sibuk kerja sampai tak luangkan masa dengan anak. Kita ada cuma 1 guru untuk hadap berpuluh anak murid di sekolah, tapi kita ada 2 orang ibu bapa untuk hadap satu ke tiga (atau lebih sikit) anak di rumah.
Masalah sistem pendidikan tu betul tapi bagi aku buang masa kita komen macam mana cara nak improve. Dah berpuluh atau beratus cendekiawan berdebat pasal topik ni, cuma masalahnya ia melibatkan politik yg kau tak boleh buat apa pun.
Apa yang boleh buat, ubah bermula dari diri n keluarga sendiri. Zaman sekarang aku tengok mak bapak biar je anak buka TikTok tengok video2 yg tak mendidik. Rasanya anak aku sorang je balik kampung bawak pen dan buku conteng.
Sesetengah sekolah dlm malaysia ni aktiviti kokurikulum x dijalan kan dengan baik..kokurikulum tu la sepatutnya waktu untuk mencungkil minat atau bakat yg terpendam..tapi malangnya tiap kali aktiviti kokurikulum tu murid2 di sumbat dlm 1 bilik dia buat mcm waktu pnp yg biasa...
Tolonglah kembalikan Mata Pelajaran Tatarakyat ke dalam pembelajaran para murid di sekolah Malaysia!Maju Jayalah,Hai Ibu Pertiwi Kita!🇲🇾❤️🐅✨💪🔥
kan ada pelajaran sivik
@@MrHazim92 sivik dah lama mansuh
Sejarah pun byk diseleweng
Saya masih ingat masa sekolah, waktu English, kena buat poem mengenai apa saja yang kita nampak kat sekeliling. Slot kelas English tu waktu awal pagi, masih boleh nampak bulan dekat langit. So, ada la tulis pasal bulan dalam poem. Tapi time hantar poem tu, teacher kata salah sebab pagi takda bulan. Nak buktikan pun tak boleh, time submit tu dah terang
Sebenarnya bulan ada ja waktu siang..cuma kita tk nampak sgt sb cahaya matahari terang..
Jadi pandai sgt pun problem
@@izzanirfan2534 dulu masa sekolah menengah aq ada kata maksud bank - tebing cikgu kata salah, aq tgk news omputih/rtm sebut tebing barat (west bank) yg dekat palestine
@@sirius1807 haah ada dua mkna bank, river bank = tebing sungai
setuju, sistem pendidikan perlu ada 1 standard. Sebab semua orang bukan tahu keupayaan dia kat mana. (rujuk pareto rules, 20/80) Tapi bila dah jumpa minat & keupayaan, boleh teruskanlah pergi ke cabang bidang berkenaan. Cth: arwah adik dia minat pomen moto, dari ting 3 lepas sekolah dia akan ke bengkel moto belaja repair moto. Naik ting 5, dia dah ambil upah overhaul moto. Untuk saya pula sebagai bapa, saya buat macam2 kerja DIY & outdoor. Tujuannya 1, hanyalah untuk pembelajaran separa sedar anak2. Ye, anak2 dia tak terus belajar, tapi dia memerhati. Saya bawa anak2 joging, hiking, camping etc....untuk cetus minat diorang. Kalau saya jenis kucing rumah, terperuk je rumah atau main game je kat rumah, anak2 pun mungkin akan ikut sama. Pernah 1 graduan engineering, tak reti nak tukar paip air & plug letrik 3 pin.
Mind blowing
Saya rasa paling besar peranan is ibu. Ibu lah yang sepatutnya jd cg peribadi pada anak2 mereka. Dan ya, ibu perlu lah menjadi insan yang berilmu. Ayah pun main peranan untuk sediakan anak dan ibu kehidupan yg selesa. Tak perlu ibu keluar juga bekerja. Ibu boleh fokus ajar anak basic math dan sains, didik dgn ilmu agama dan cari minat anak msing2. Bila ank dh besar dan nak smbg bljar, baru ambil spm dan msuk uni based on minat anak.
Kalau tgok ulama-ulama dulu pun bgitu, pnddikan awl dpt di rumah dan prskitran. Bila dh dwsa bru ke pgajian tggi mgikut bidang minat mereka. Dari situ mereka akan diajar oleh guru2 yg mmg sudah pakarnya dan minat mereka boleh digilap lebih baik. Insyallah, Wallahualam.
Setuju🎉
Sistem pendidikan sekarang adalah sistem pendidikan yang wujud ketika zaman perindustrian di Amerika Syarikat, dan ditambah dengan penerapan sistem meritokrasi dalam kehidupan. contoh nak dapatkan jawatan tertinggi kena ada sijil melayakkan seseorang untuk duduk pada jawatan tersebut.
Saya nak tekan kan tentang Disiplin, Setiap satu ajaran ada disiplin masing2. Bagi peringkat awal kita kena terapkan disiplin yang standard, sukar nak tentukan disiplin budak2 pada peringkat awal.
Yeah. Itulah kebenarannya sistem pendidikan sekarang. Melanggar sistem hak asasi manusia. Sistem ni boleh di gelar 'Mind Control'. 🙏🏻
Kena sgt dgn akuu ,akuu masa sekolah rendahh duluu sejakk awal dah byk menyertai pertandingan bola n run ,tp sejak naik sekolah menengah minat aku tu terpaksaa dilupakan disebabkan parennt aku lebih suka aku masuk sekolah menngah agama,..kat sekolah tu lgsg takde pertandingan bola n national run,..habis sekolah bola tah kemana belajar tah kemana 😂😂😂😂
indonesia hadir
Bagi aku ni pendapat aku ajelah nama-nama orang yang terkenal macam Isaac Newton ataupun Ibnu Sina, mereka ni mencabar sistem pendidikan mereka sendiri apabila selalu menjadikan semua mereka pelajari satu persoalan.Mungkin rasa ingin tahu tu kita kena jadikan ianya 'catalyst' jika kita ingin betulkan semula sistem pendidikan negara tapi dengan panduan jugalah.
manusia perlu usaha dan cari jalan untuk kembangkan minat, potensi dan bakat masing2. sekolah hanya membekalkan ilmu asas, 3M, adab, sahsiah dan memperkembangkan minda pelajar. Sekolah menyediakan platform utk pelajar di peringkat awal. tak sesuai tuding jari kepada pihak lain jika hanya ada minat tapi tiada bakat dan 'tidak mampu bawa'. sebab tu ada peperiksaan. kat situ murid tahu kemampuan mereka. nak jadi apa2 pun perlu ada 'peperiksaan'. kalau tak macam mana kita nak pastikan seseorang atau sesuatu itu benar2 layak atau memenuhi standard? kalau minat bola, nak main peringkat sekolah contohnya, kena lulus selection, trial.... macam exam juga. pasukan takkan beri orang yang ada minat sahaja utk wakili mereka. di malaysia ada banyak sekolah khas utk pelbagai bidang. sistem pendidikan negara dah cukup bagus.
Dlm perbincangan kat sini apa yg paling menarik ialah a.i sejak milenia ni pun kita dh tengok pengaruh google dn youtube terhadap perkembangan ilmu di mana rata² manusia begitu bergantung pada dua system ini sebagai contoh.
Peranan cikgu sepatutnya ialah sekadar berkongsi sumber maklumat (buku teks, majalah, warkah, atau artikel) yang pelajar patut baca, dan kemudiannya laksanakan perperiksaan untuk iktiraf kefahaman pelajar itu, supaya sijil dapat dikeluarkan. Di negara kita ni , buku teks dibekalkan kementerian pelajaran, tetapi aturan silibus direka-reka sendiri. Contohnya, buku teks Kalkulus dari negara barat bermula dengan topik asal usul formula kalkulus, teorinya, dan contoh penggunaannya, tetapi silibus kementerian pelajaran pula terbalik, dia ajar formula dahulu kepada budak sekolah menengah, lepas tu dia tunggu sampai peringkat Universiti baru dia jelaskan fungsinya. Itu pasal saya cakap, peranan cikgu (atau kementerian pelajaran) sepatutnya kongsi sumber maklumat asal, bukannya susun semula maklumat. Contohnya, subjek Additional Math, banyak pelajar gagal ujian, padahal dalam buku teks Kalkulus (peringkat universiti) dari negara barat tunjuk cara alternatif untuk selesaikan masalah kalkulus tanpa guna formula, guna graf, jadi adil kah mengagalkan pelajar yang tak pandai guna formula kalkulus padahal ilmu itu bukannya mandatori untuk selesaikan masalah kalkulus?
Kalau ai ambil kerja ckgu, cikgu masih ada kerja tp mengajar perkara yg ai x bole ajar secara fizikal la. Macm penekanan sukan memanah cara menternak dan cara bersosial dalam masyarakat dan lain². Akan ada lebih banyak guru² yg kena tahu kemahiran hidup dan betul² mempraktikan nya untuk ajar murid. Murid² belajar bertukang tp mungkin kebanyakan silibus baru ni akan makan banyak masa. Jd guru hanya sekadar mengajar murid untuk mampu bertahan hidup d hutan dan mengasah bakat. ?
Mcm aku lah..aku pandai reka bentuk kereta..pandai lukis..cuma aku tak pandai bahasa inggeris..terus tak berkembang sampai skrang😂…
masa aku umur 12 tahun, aku suka sangat dengan komputer sampai aku buka 1 pc tu..siap terbakar lagi power supply semata2 untuk explore benda apa dalam pc tu..bukan setakat hardware malah aku suka software sekali..kalau game jgn cerita la..mmg aku suka sgt main game tp buka setakat suka main tapi sambil main aku suka fikir mcm mana org buat game tu..masa umur 13 aku cuba cari cara2 buat game simple tapi masa tu aku tak dapat sokongan, nak beli buku pasal buat game tu mmg tak dak duit..komputer pun aku tak dapat pegang selalu sebab family tak bagi..umur 14 - 15 aku mula cebur dalam blog, wlaupun aku tak fokus update blog tapi aku masa tu fokus coding utk blog dan berjaya paham coding html tu sendiri..dan macam biasa aku tak dapat sokongan, utk aku pegang pc rasanya sebulan tu dalam sekali dua..bila lepas pmr, aku dah malas explore..dah stop utk cari benda lebih detail tentang sebuah komputer..sampai lah aku masuk kolej dan amik bidang yg ada kaitan dengan komputer (multimedia)..masa tu boleh nampak, setiap sem aku dekan dan graduate dengan anugerah president..
benda ni aku selalu fikir, kalau la masa aku kecik dulu family bagi sokongan, mungkin InShaAllah aku jadi game developer atau pun pakar sistem komputer..tapi aku tak salahkan family sbb mmg sistem pendidikan kita yg mengajar family kita utk fokus kita dpt result peperiksaan yang bagus..jadi kita tak dapat nak pergi ke arah yg kita nak.
masa aku umur 12 tu tahun 1999
tambahan, masa umur 15 16, aku dpt tahu yg aku boleh melukis..tapi tak asah bakat sbb masa tu tak rasa dihargai pun so, mmg tinggal terus melukis..haha
bagi saya, asas atau disiplin ilmu perlu diberi penekanan sebagai foundation, setelah itu kesedaran dan tujuan hidup akan menjadi jati diri menjadi kuat di peringkat rendah dan menengah. Setelah itu, barulah menjadikan mereka boleh memasuki terus ke universiti. subjek di sekolah rendah dan menengah perlu ditukar. subjek di universiti bagi saya, ia tidaklah ada salah, dan sangatlah disyorkan. tetapi kekurangannya adalah kepercayaan masyarakat untuk memberi peluang untuk mereka memimpin.
Dh tua nnt baru tau sume tu berguna... Walaupn pn xpakar, tp General knowladge... Tugas guru mengajar... Ibu bapa yg kne perhati kecenderungan anak.. Tiap ilmu akn berguna suatu hr nanti... Klau fokuskan 1 hal shj, lg ssh nk tempuh hidup... Sume perkara sedikit sebanyak ade berkait rapat... Aku bkn pelajar cemerlang, tp bile dh tua ni, ape yg aku blajar kt skola dl br tau kegunaannya.. So yg ptt di ubah, sikap ibu bapa yg trlalu memaksa anak utk lulus semua subjek... Jdkn penilaian ujian ank tu sebagai, mane nk letak arah tuju ank.
Mungkin, 'nombor' tu tak perlu diketahui oleh para pelajar sebagai keputusan akhir. Sebaliknya, setiap daripada pelajar tersebut dibentangkan apa laluan yang sesuai berdasarkan penilaian/ujian yang telah dikenakan keatas mereka.
Sekadar nak sampaikan pandangan saya.
Malaysia wajib mnyediakan tnaga2 kerja guru@pngajar yg punya adap ahlak dan paling utama basic agma untuk pngambilan scara tahap brtahap dgan tapisan.. Skian lama kita ambil mudah prkara ini.. Sistem2 di skolah juga kena rform seiring proses ambil guru yg benar2 layak..
Kena buat 1 kelas petang khas selepas sekolah sesi pagi untuk pelajar² yg ada kelebihan skill trtentu macam sekolah Prof Xavier buat dlm cerita X-Man rasanya d Malaysia ni demi mengurangkan pembaziran lewa bakat² rakyat k masa hadapan..haa,gituu
Nak dapat pelajar yang genius dan hebat macam jimmy neutron dan phineas atau pun ferb tu memang mustahil,semua tu sekadar khayalan tingkat tinggi sang author sahaja,gila kau mana ada pelajar sempurna macam tu,kesimpulannya tak payah tekan anak2 kita sampai dia stress,semua tuition yang ada kat area rumah dia di paksa join,kelas2 tambahan pun sampai paksa masuk,belum masuk kelak karate dan pandu puteri…bimbing ikut syariat islam sudah..inshaAllah dia akan berjaya
" Men are born ignorant,not stupid; we are made stupid by education (system) " - Bertrand Russell
Sebenarnya kebenaran sisi gelap bagi sekolah yang kita tak tahu adalah,sekolah sebenarnya di bina bagi mencipta pekerja...
System Grading tu sendiri perlu dibuang. Tiada istilah gagal kecuali tak cuba langsung : tak hadir peperiksaan etc. Kalau kita stamp org dengan grade gagal, low, F, benda tu akan low self esteem org tu dan effect ni bukan dekat diorang je, org yang dikatakan di peringkat pertengahan akan berasa stress kerana takut jatuh ke bwh, dan orang yg dkt atas akan jadi lebih stress semata nak kekalkan dan tinggikan pencapaian, akhirnya jadi zombie yang muntah jawapan masa peperiksaan. Bahkan ada yang stres melampau akibat tekanan semata nak dapat satu Huruf, satu angka tu sampai ambil nyawa sendiri. Bagi saya kita kena ada system "mastery". Ujian awal dijalankan untuk tentukan bidang mana yang pelajar minat dan ada pengetahuan asas. bidang ini akan menjadi subjek major yang pelajar akan belajar lebih utama dan mendalam. Subjek lain masih akan dipelajari tetapi lebih kurang mendalam. Penilaian dilakukan di dalam kelas, aktiviti seperti perbincangan berkumpulan, kuiz, aktiviti projek atau pelajar sukarela akan dapat sumbang kepada checklist objektif bulanan, pelajar yang dapat complete checklist akan dapat majoriti markah yang diperlukan untuk lulus, semua berpeluang lulus, kecuali yang sengaja tak hadir,ponteng etc. ditambah sedikit dengan markah kuiz yg dijalankan setelah habis chapter akhirnya cukup untuk lulus. Akhirnya, kuranglah masa dan bebanan untuk pelajar belajar lebih 10 subjek berasingan yang masuk peperiksaan + fokus lebih kepada kelebihan +
Kita mmg dlm system depa. Aku pun pelik ,dh bahas kt parliment dan bincang mcm2 dripada prof2 msia tp still sama juga. Buku teks sejarah pun still sama x berubah2. Padahal sejarah nya lain tp ttp sama tipu punya di sek. Buku sains pulak still sama mnusia dr berok dan berubah jd manusia. We cant do nothing!
Sekianlama menunggu ulasan seperti ini...❤❤
Salam bro. Sistem paling berjaya ialah yg dapat menghasilkan insan2 yg bertaqwa...engineer bertaqwa, doktor bertaqwa, PM bertaqwa, buruh bangunan bertaqwa dll. Nescaya negara itu akan jadi sebuab negara yg baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur, yg rezekinya akan dtg melimpah2 entah dr mana.
Aku sudah otai, spm thn 1981, di sebuah sekolah cream of the cream di mana semuanya ditanggung kerajaan, drp seluar spender sampai ke elaun bulanan. Then aku masuk Uni. Then aku pusing uturn masuk ke bidang agama. Pergi timur tgh amek Syariah. Mmg tak jadi kaya pun tp nampak dan kenal dunia dan tau apa yg expected drp kita di atas dunia ni. Tp even pelajar agama sendiri pun ramai x jelas matlamat hidup, ramai masuk coz tak excel dlm bidang sains, as their last resort saja. Ramai makbapak suruh. Dualisme in education hari ni terkena kpd kedua2 sect ini.
We lack thinkers yg mampu mengadun kedua ilmu duniawi dan ukhrawi from the very beginning. Ambil drp Barat, dan Timur, apa yg positif saja, not everything tom jack and harry ko kaut. And of coz kuatkan aqidah anak2 sjk tadika lg.
Selamat berfikir bro. Kipidap. Hopefully this will bring us somewhere
Mula nya saya bersetuju bahawa pendidikan skrg ni tak betul, tapi selepas dengar penjelasan sampai habis, WOW! Sangat benar apa yg diperkatakan, barulah saya faham kita sistem pendidikan kita bgtu, terima kasih👍🏼
Teringat dulu2 kena paksa jd cikgu. Last2 x jg cikgu gk. Dlm mase nyesal pun ade. Selamat hari raye, Haziq.
Ye sama la ..mak sy dulu² sruh sy ambil bidang pendidikan utk jd cikgu ..Maklumlh dia pn bekas guru besar ..tp sy x minat dulu² ..skrg rsa menyesal pulak 😂..cikgu gaji best jgk tu..kalau x dh jd cikgu seni atau sejarah dh 😂
@@wanabdulazim1893 tu ah sbb arwah bapak dulu cikgu sejarah. Memang ade rase nyesal sbb benefit jd cikgu tu. 😅
Kita sebenarnya ramai sarjana, cendikiawan yg sudi membantu kerajaan utk membina acuan pendidikan sendiri. Tetapi kerana tiada 'habuan konsultan' kepada pihak yg menerajui sistem pendidikan negara utk dpt 'UNTUNG'. Maka ambillah model luar negara utk tangkap muat sistem dlm negara kita.....
Sekadar memberi pandangan shj....
Kene faham jugak tak semua kanak2 yg akan minat cita2 mereka sampai mereka besar.. mungkin masa kecik cita2 mereka nak jadi pilat then bila dah besar mereka minat pulak benda lain.. people learn people change
benar
bgi aq la semua subjet kena belajar tpi cikgu kena tengk apa2 yg anak2 murid dia minat jugk
tnya mak bapak hari2 kt rumah dia selalu buat apa ..kalau dia minat membaiki dia melukis minat kumpul serangga
apa kata cikgu2 push budak2 ni ke arah yg diorang minat mungkin lebihkan msa subjet yg pelajar ni minat kalau x xleh nk ubah subjet wktu bagi kena ikut masa semua
buat la waktu kelas petang
bila pendidikan berteraskan pekerjaan pada masa hadapan, semua anak murid bercita2 mau jd doktor, lawyer, engineer. hakikat nya kerjaya yg lain tidak menjadi target, walhal ada byk lagi kerjaya yg menarik tp tidak didedahkan pada anak2., cuma skrg ni ade perubahan bila anak2 nk jd youtuber, instafamous, pempengaruh, streamer, kesan dari media sosial.
Finland adalah negara yg memiliki sistem p'didikan yg terbaik di dunia m'atasi negara2 maju yg lain。Mngkn Malaysia prlu bljr dr model sistem p'didikan yg dibangunkan oleh Finland。
Aku ada seorang kawan yg exactly 100% xsetuju dgn Sistem pendidikan di Malaysia terutamanya Dari segi bidang akedemik Dan Islamic, dia hanya xsetuju dengan Sistem sahaja.. so bukan point aku kat situ, points aku sebenarnya nak cerita kawan aku tu ambil keputusan utk but homeschooling sendiri utk anak2.. honestly now anak dia sulung dah Umur 16 tahun sekarang n aku lihat masyaAllah boleh aku katakana dia berjaya buat apa yg dia perjuangkan Dari dulu.. bukan niat aku nak banding2 atau menjatuhkan mana2 organisasi tapi in pengalaman aku sendiri lihat penghasilan kawan aku tu..
Kasar tak jika aku katakan mentality parents sendiri yang membuatkan jadi begini. Jika sistem pendidikan yang masa kini diubah, akan memberi tanggapan negatif yang datang orang tua. Seterusnya menyebabkan penekanan terhadap pihak penggubal sistem untuk kekalkan sistem sedia ada?
Syukur kita jadi rakyat Malaysia
government sandbox = kurikulum
student sandbox = ko-kurikulum
kalau ada talent nak polish = MRSM, Sekolah Sukan, SMKA, ERT, Teknik, Maktab Tentera, Yayasan Warisan, etc..
berdasarkan sebutan di atas, parent kene proaktif, bukan semuanya dibebankan kepada guru. kalau nampak talent tertentu bole consult dengan guru..
sering kali permasalahan bukan datang dari pelajar, tetapi orang2 dewasa yang dipersekitarannya yang mungkin culas dalam memeri peluang kepada pelajar itu.
just my 2 brain cells
Itu yang saya nampak. Serba sedikit pendidikan Malaysia ada buka peluang untuk mengikut jurusan2 tertentu dengan tertubuhnya sekolah agama, sekolah tahfiz, sekolah sains, sekolah vokasional, sekolah teknik, sekolah oku, sekolah bestari, sekolah sukan dsb.
Ibu bapa kenalah mencari.
Sy seorang penagih dadah ,,, sudah beberapa kali sy masuk pusat tp bila keluar tetap isap dadah balik ,,, x ada function lgsung pusat pemulihan dadah ,,, segala galanya dlm dunia adalah "perniagaan semata"
Admin, yang saya nampak di Malaysia serba sedikit ada membuka peluang pelajar untuk belajar mengikut kecenderungannya dan mengasah bakatnya melalui sekolah jurusan2 tertentu seperti sekolah tahfiz, sekolah sains, sekolah vokasional, sekolah teknik, sekolah oku, sekolah bestari, sekolah sukan, sekolah latihan kemahiran, sekolah kraf dsb.
Betul....peluang tu ada...tp ruang tu payah kita nk masuk...
Ada juga pengkhususan bila masuk sekolah men. Tp last² mesti ambil juga spm.
@@fadzlinafadzli83 itu seperti tiket nk further stdy.. n kerja
Bagus lah malaysia kita sangat ramai yang idiealistik . Dan saya harap di kedepan hari dapat dan mampu mengubah saya yg masih lagi pragmatik dgan sistem pendidikan kita .
Itupun kalau dpt..kalau x dpt sebabkan pihak atasan x dpt juga..diorang nak kita b40 saja😥😭
sy faham dan sy setuju ape yg dibahaskan....
Kalau aq, fikir yg Positif jer... Sekolah apa-pun TAK NAK Murid tu jadi Bodoh. Bakat seorang Murid itu tak boleh dilihat sejak Sekolah Rendah. Kalau kita tanya "besar nanti diorang nak jadi apa?", muncul Pekerjaan² yang Popular. Hingga sampai Darjah 6, kita tanya lagi "nak jadi apa besar nanti", lain pulak yg dipilih selepas beberapa tahun Masuk Sekolah 🤭
Rata², Sekolah mengajarkan "Basic to be a Human", yang SANGAT MEMBANTU membina Character si Murid sebelum memilih untuk melanjutkan pelajar ke Sekolah Tinggi, Maktab atau Universiti...
Without "Basic", jumpa laa Character² Sombong, Bongkak, Merasa Lebih Pandai atau rasa ada ciri² Orang Genius "padahal" yang menilai itu semua GURUnya, bukan DIRInya sendiri 🤭