Puasa dan Kesihatan🏋🏻 [JDC Talent]

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 8 ก.ย. 2024
  • JDC TALENT
    Puasa dan Kesihatan🏋🏻
    HADIS BERKAITAN :
    Daripada Ali Karramallahu Wajhah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
    أَنَّ اللهَ أَوْحَى إِلى نَبِي مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنْ أَخْبِرْ قَومَكَ أَنَّهُ لَيْسَ عَبْدٌ يَصُومُ يَوْمًا اِبتِغَاءَ وَجْهِي إلاَّ أَصْحَحْتُ جِسْمَهُ وَأَعْظَمتُ أَجْرَهُ
    Maksudnya: “Bahawa Allah SWT mewahyukan kepada seorang Nabi dalam kalangan Bani Israel seraya berfirman: “Khabarkanlah kepada kaummu bahawa tiada seorang hamba yang berpuasa sehari semata-mata kerana-Ku kecuali Aku sihatkan tubuh badannya dan Aku besarkan ganjarannya."
    -Riwayat al-Baihaqi
    Walaupun terasa berat hendak meninggalkan bulan Ramadan, bulan yang penuh kemuliaan dan barakah, selain daripada ibadah yang dilazimi seperti solat tarawih pada malam hari yang hanya khusus dilakukan pada bulan ini, puasa yang telah diwajibkan juga penuh dengan makna dan kebaikan yang ada padanya. Tidaklah Allah mewajibkan sesuatu ibadah itu, melainkan datangnya manfaat bersama kepada hamba-Nya.
    Kepada yang tidak dapat berpuasa penuh, akibat kerana keuzuran dan sebagainya, adanya hari-hari lain yang membolehkan kita menggantikannya. Seelok-eloknya perkara yang wajib hendaklah dilunaskan dan ditunaikan dengan secepat mungkin kerana ianya hutang kita dengan Allah. Dengan nafas yang masih dipinjamkan oleh Allah, marilah jadikan Ramadan sebagai pemangkin utama untuk kita beribadah secara istiqamah di bulan-bulan lain juga insya-Allah. Ya Allah, sempatkanlah kami untuk bertemu lagi pada Ramadan tahun hadapan. Amiin.
    Follow media sosial kami (Bahasa):↓↓
    linktr.ee/japa...
    Kongsikan link ini dengan rakan Jepun anda! (media sosial JDC Japanese):↓↓
    linktr.ee/japa...
    🇯🇵🕌Harmonikan kebudayaan Jepun dengan Islam
    Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit oleh Zulkarnain Hasan Basri & Sahabat

ความคิดเห็น • 1

  • @nhrmy9490
    @nhrmy9490 5 หลายเดือนก่อน

    Alhamdulillah 😊