Bagus persoalan bos, Ya ade bos, Terlalu sejuk salah, terlalu panas pun salah😅 Nak letak kena cahaya matahari. Pastikan bekas besar, Macam besar kolam dan dalam, Kalau letak dalam Foambox/Polyfoam pastikan tutup separuh bekas tu, Kalau bekas kecik, Elakkan kena direct cahaya matahari. Kalau bilik beraircond, Letak ikan dalam Bekas Polyfoam/Foambox jika bukak aircond dalam jangka masa yang lama, Ikan ni hidup dalam suhu bilik je bang, Kita bukak kipas saja dalam bilik kan? ha itu lah suhu dia...sedap bergerak.. Tapi jangan bukak kipas pulak untuk ikan tu.. Dia elok je duduk dalam bilik or tempat tanpa angin atau apa2 suhu luar
Mungkin ada kesilapan, kalau anak kawin dengan mak / bapak, itu maksudnya back-cross, kalau anak kawin ngan anak, baru dipanggil inbreed….kalau sye ade tersalah harap perbetulkan, tq❤❤❤
Soalan yang bagus Bro Zul, Fungsinya yang pertama untuk menjage mental ikan, Ikan laga macam yang kita tahu memang akan berlaga dengan ikan laga yang lain ataupun mana2 ikan/spesis yang memasuki kawasan dia. So kita bagi dia duduk dalam 1 bekas. Dan bekas tu merupakan kawasan dia. Ikan laga sangat2 menjaga kawasan dan akan berlaga dengan sesiapa yang berada berdekatan. Dengan cara kotak pemisah/penghadang akan menjaga kawasan dia dan bagi dia tenang sebab ikan lain tidak berada di dalam pandangan/kawasan dia Selain tu/2 Ikan akan jadi stress jika hari2 nampak ikan lain. Tambahan ikan tu lagi aktif dan sentiasa flare/kembang setiap kali nampak dia. Kira kawasan dia tu tak selamat lar bagi dia. (Sedangkan kita letakkan didalam bekas yang berlainan) ikan laga tak dapat bezakan pun sebab selagi dia boleh nampak ikan lain dia akan cuba singkirkan ikan tersebut. Harap menjawab soalan bro Zul, Tq Support !
Ya boleh jadi. Dan disarankan tukar air ikan setiap minggu. Even dia tak berlaga pun dia akan buang, tapi kalau kita lagakan dia akan proses lebih cepat. Kalau rajin tukar air 3 hari sekali. Harap menjawab persoalan ya ! Hehehe
dik kakak baru ganti air untuk ikan guna air graviti asal sungai,tak mati kan?sebab air lama dalam balang kotor,owner dah seminggu better akak tukar air sungai jala kan
Kalau setakat goyang skit2 takde masalah. Normal dalam Sungai pun ade gangguan. tapi kalau gegaran tu dengan kadar tekanan yang kuat dan berpanjangan dalam tempoh yang agak lama. Ikan boleh stress dan akan membawa kepada kematian. Semoga bermanfaat
boleh jadi, terpulang pada persekitaran dan kualiti air ikan tu. Biasanya ikan stress kita boleh nampak. dia akan kurang bergerak/kurang aktif boss. Lagi teruk kalau dia dah taknak makan. Kena ready tuka air dan bagi makan ikan dengan kuantiti yang optimum.
Ya encik Qayz , ApekS bersimpati diatas kehilangan ikan awak. Sekiranya awak menggunakan air Cuckoo atau Coway, Dinasihati awak check terlebih dahulu kepekatan Klorin sama ada selamat atau tidak,(Untuk Ikan Laga Peliharaan) Check dengan menggunakan Klorin Tester, Saya ade terangkan didalam Video lain berkenaan Ikan laga. Air yang boleh digunakan untuk tukar/Water Change Air Ikan Laga Peliharaan. Sebarang Pertanyaan, Boleh di Ketengahkan di Ruangan komen ni, Semoga Menjawab Persoalan Encik Qayyz. Terima Kasih
Boleh je, sebab ikan laga ikutkan boleh hidup tanpa Tangki Oksigen dalam air. Tapi kalau ada, Itu lebih baik. Semoga menjawab persoalan bro👍🏻 Thank you support ApekS✨
Boleh je, Pastikan Air cuckoo tersebut tidak mengandungi Klorin dan Sesuai buat Ikan Laga awak, ApekS pun guna cukcoo je, hihihi. Alhamdulilah, elok je berenang dalam Air tu.
@@nuradreana8731 ouh da lama ikan awak pucat / warna pudar macamtu? Cuba tukar air dan letakkan Sekali Daun Ketapang, Serta Garam Kasar. Daun Ketapang buang dahan tengah je. yang lain semua boleh bubuh Sekali Next waterchange 3 hari . Tengok Jika Ade Perubahan. Bagi makan, ikan makan je kan?
Bagus soalan ni, Sepanjang main dengan ikan laga. kita gunakan cermin untuk latih ikan laga mengembang/flare. Baik pun kita latih ikan tu untuk flare dengan cermin ataupun dengan ikan lain. Tapi jangan terlalu kerap. Risau ikan akan stress dan tidak lagi berinteraksi dengan yang lain. Jarang sekali sampai mati. Tapi boleh terjadi. Ikan yang Sihat akan menghasilkan buih. Dan ade masa dia akan hasilkan buih tanpa dah bersedia untuk mengawan. Semoga Bermanfaat
Cuba tukar air baru dan puasakan ikan sehari, Hari selepas tu baru bagi makan.. Takut dia terlebih makan ataupun sakit. Kena perhatikan ikan dalam 24jam. Tengok kelakuan ikan tu macam mane, Tenggelam timbul dan pegerakan dia.
Jikalau dalam proses breeding. Seminggu boleh duduk sekali. Tapi kena tengok kondisi dan progress ikan tu untuk membiak. Jikalau tiada progress, ikan boleh diasingkan semula. Harap bermanfaat !!
@@khairulabidinghazali5757 Saya tak sarankan bro letak induk jantan dan betina sekali untuk jangka masa panjang. Mereka akan berlawan. Kalau bro nak sekali kan jugak, paling lama saya rasa seminggu. Apa2 soalan boleh terus ajukan. Seronok dapat bersoal jawab dengan bro.
@@apekschannel99 terima apek sudi menjawab. Boleh cadangkan ikan apa sesuai untuk letak dalam aquarium silinder 70cm (tinggi) x 15cm (diameter) ? -nak letak 2 ekor je. Betina dan jantan. Glofish ok ke?
Kita mampu tegur je bos, Kalau dia lagakan jugak tu atas tanggungan dia.. Dosa/Pahala biar Tuhan kira..Sebab hobi orang kan..Ade yang lagakan Ayam, Ikan Laga punya cantik pun dilagakan..😅 Kita tegur dulu...Nak bertanding Ikan laga..Kita Bertanding lah ikan sapa paling Cantik, Form ikan mane paling lawa..baru sempoi hihihi
Kita dapatkan ikan yang baru ye dik, Takpe lepasni jangan isi air tinggi sangat . Semoga terus kuat dalam onak duri berlajar jaga ikan. Kalau nak ikan cantik2 boleh je dm Ig abang hihihihi
@@andreausup5617 Boleh je guna air hujan sebagai air ikan. tiada masalah. Tadah lar air mase hujan tu, jangan amik air dari lopak/longkang. Air parit pun boleh jika ade ikan lain hidup dalam air dari parit yang sama.
suhu air ada kaitan tak dengan ikan?😅
Bagus persoalan bos, Ya ade bos, Terlalu sejuk salah, terlalu panas pun salah😅
Nak letak kena cahaya matahari. Pastikan bekas besar, Macam besar kolam dan dalam, Kalau letak dalam Foambox/Polyfoam pastikan tutup separuh bekas tu,
Kalau bekas kecik, Elakkan kena direct cahaya matahari.
Kalau bilik beraircond, Letak ikan dalam Bekas Polyfoam/Foambox jika bukak aircond dalam jangka masa yang lama,
Ikan ni hidup dalam suhu bilik je bang, Kita bukak kipas saja dalam bilik kan? ha itu lah suhu dia...sedap bergerak.. Tapi jangan bukak kipas pulak untuk ikan tu.. Dia elok je duduk dalam bilik or tempat tanpa angin atau apa2 suhu luar
@@apekschannel99 Wah, terima kasih maklumat nya😄. Betul, ikan saya memang duduk apa yang tuan telah cakapkan.
Kalau on aircond sejam mati tak. Ke kena cover jap penutup akuarium? @@apekschannel99
Boleh x guna kan air menggunakan penapis air tanpa anti klorin sebab penapis air tu dh anti klorin
boleh cuba terlebih dahulu kepada seekor ikan, dan kalau elok kira penapis air anda baik dan boleh digunakan secara terus untuk tukar air ikan anda
Sedih baru beli ikan laga 25 ringgit dah lemah nak mati
Boleh cuba lagi lepasni bro. Cuma penjagaan kena lebih terapi dan terjaga ya
Terbaik info sharing..
Mungkin ada kesilapan, kalau anak kawin dengan mak / bapak, itu maksudnya back-cross, kalau anak kawin ngan anak, baru dipanggil inbreed….kalau sye ade tersalah harap perbetulkan, tq❤❤❤
Boss tanya sikit apa fungsi kotak pemisah antara botol ikan laga? Tq
Soalan yang bagus Bro Zul,
Fungsinya yang pertama untuk menjage mental ikan, Ikan laga macam yang kita tahu memang akan berlaga dengan ikan laga yang lain ataupun mana2 ikan/spesis yang memasuki kawasan dia.
So kita bagi dia duduk dalam 1 bekas. Dan bekas tu merupakan kawasan dia. Ikan laga sangat2 menjaga kawasan dan akan berlaga dengan sesiapa yang berada berdekatan.
Dengan cara kotak pemisah/penghadang akan menjaga kawasan dia dan bagi dia tenang sebab ikan lain tidak berada di dalam pandangan/kawasan dia
Selain tu/2 Ikan akan jadi stress jika hari2 nampak ikan lain. Tambahan ikan tu lagi aktif dan sentiasa flare/kembang setiap kali nampak dia. Kira kawasan dia tu tak selamat lar bagi dia. (Sedangkan kita letakkan didalam bekas yang berlainan) ikan laga tak dapat bezakan pun sebab selagi dia boleh nampak ikan lain dia akan cuba singkirkan ikan tersebut.
Harap menjawab soalan bro Zul, Tq Support !
Terima kasih memberi info,tadi ikan laga saya baru je mati😭😭
Saya bersimpati diatas kehilangan Ikan laga Encik Aiman dan Sama Encik. Semoga Bermanfaat
same la 😭
@@apekschannel99 alhamdulilah ikan sya dh 2 tahun bang 2 ekor halfmoon saya guna air tapis
@@izzatazri6838 Alhamdulilah syukur. Ikan baik2 dalam jagaan bro Izzat
@@apekschannel99 saye jaga biasa je 4 atau 5 hari sekali tukar air lepastu bubuh daun ketapang settle hahahhaha tak sangka boleh hidup 2 tahun
Sye punya makanan yg kecik ii tu boss,kene bagi secubit je ke?
Thank you
bang,saya set air dengan penapis air (skmagic) yang ada mineral + garam dapur,okay ka??
Ikan saya kalau letak cermin die tak gaduh atau flare maksudnya die sakit ke bang
Try tukar air ikan tu, letakkan sekali Daun Ketapang/ Pati ketapang dalam Air tu. 3 hari cuba letak cermin balik. Tengok dia flare tak.
Okay bang
Bang kalau ikan terapung apung kt permukaan tu sbb stress ke?
ya boleh jadi sebab stress, air tak berape cun/dah kotor/ade klorin, sakit dan lain2. So far bagi makan tiada masalahkan? Ikan buat buih x?
Yang 1_5 takde jadi terimakasih bang assalamualaikum
Bang bukan ke ikan laga kalau kita bagi laga dia akan berak kalau dia simpan boleh bagi ikan tu kena penyakit kan?
Ya boleh jadi. Dan disarankan tukar air ikan setiap minggu. Even dia tak berlaga pun dia akan buang, tapi kalau kita lagakan dia akan proses lebih cepat. Kalau rajin tukar air 3 hari sekali.
Harap menjawab persoalan ya ! Hehehe
Air Conway UN Mati ke boss
Yang ni bro kena cuba dulu dan tengok keadaan ikan macam mana. Sebab berdasarkan perkongsian yang lain. Ada yang boleh dan ada yang tidak,
Bang kalau ikan tutu barang macam mana bang tapi dia tak terapung
dik kakak baru ganti air untuk ikan guna air graviti asal sungai,tak mati kan?sebab air lama dalam balang kotor,owner dah seminggu better akak tukar air sungai jala kan
ya boleh tukar guna air sungai, tiada masalah, ikan tak mati melainkan sungai tu memang dah tercemar. Semoga Dipermudahkan
Kalau goyang2 boleh mati ke?
Kalau setakat goyang skit2 takde masalah. Normal dalam Sungai pun ade gangguan. tapi kalau gegaran tu dengan kadar tekanan yang kuat dan berpanjangan dalam tempoh yang agak lama.
Ikan boleh stress dan akan membawa kepada kematian. Semoga bermanfaat
@@apekschannel99 terima kasih☺
Abang apek..kalau akuarium ikan laga kita,kita main ketuk ketuk...boleh jadi sebab sebab cepat mati ke?
boleh jadi, terpulang pada persekitaran dan kualiti air ikan tu. Biasanya ikan stress kita boleh nampak. dia akan kurang bergerak/kurang aktif boss. Lagi teruk kalau dia dah taknak makan. Kena ready tuka air dan bagi makan ikan dengan kuantiti yang optimum.
Bang kenapa ikan sya tiba2 mati baru 3saaat saya letak dekat air baru kenapaaa kenapaa
Saya gunaa airrr cuckkooo
Ya encik Qayz , ApekS bersimpati diatas kehilangan ikan awak.
Sekiranya awak menggunakan air Cuckoo atau Coway,
Dinasihati awak check terlebih dahulu kepekatan Klorin sama ada selamat atau tidak,(Untuk Ikan Laga Peliharaan)
Check dengan menggunakan Klorin Tester, Saya ade terangkan didalam Video lain berkenaan Ikan laga.
Air yang boleh digunakan untuk tukar/Water Change Air Ikan Laga Peliharaan.
Sebarang Pertanyaan, Boleh di Ketengahkan di Ruangan komen ni,
Semoga Menjawab Persoalan Encik Qayyz. Terima Kasih
Kalau kita letak oksigen dlm tank yg besar lpstu letak ikan laga boleh ke bang ?
Boleh je, sebab ikan laga ikutkan boleh hidup tanpa Tangki Oksigen dalam air. Tapi kalau ada, Itu lebih baik. Semoga menjawab persoalan bro👍🏻 Thank you support ApekS✨
Thank you bang
Sama2 Bro, Smoga Bermanfaat👍🏻
Tq Apeks for info
Sama2, Tq Support Kak😁✨ Semoga Bermanfaat
Saya guna air cuckoo dengan campur garam...bole?
Boleh je, Pastikan Air cuckoo tersebut tidak mengandungi Klorin dan Sesuai buat Ikan Laga awak,
ApekS pun guna cukcoo je, hihihi. Alhamdulilah, elok je berenang dalam Air tu.
@@apekschannel99 S1 pon saya dah letak...tapi kenapa ikan saya still pucat...apa yang perlu saya lakukan ye?
@@nuradreana8731 ouh da lama ikan awak pucat / warna pudar macamtu?
Cuba tukar air dan letakkan Sekali Daun Ketapang, Serta Garam Kasar.
Daun Ketapang buang dahan tengah je. yang lain semua boleh bubuh Sekali Next waterchange 3 hari . Tengok Jika Ade Perubahan.
Bagi makan, ikan makan je kan?
@@apekschannel99 dah dua hari...tapi hari ni baru dia start x mkn
@@nuradreana8731 takpe harini tuka air dlu, kalau esok tak makan jugak. Mungkin ade masalah lain. Kena Cari Punca,
Aku suka jadi batu api ikan..bagi diaorang begaduh. .
Boleh breedkan ikan sekali bos🤣
Apek kalau kasi main dengan cermin boleh bunuh ikan ke
Bagus soalan ni,
Sepanjang main dengan ikan laga. kita gunakan cermin untuk latih ikan laga mengembang/flare. Baik pun kita latih ikan tu untuk flare dengan cermin ataupun dengan ikan lain. Tapi jangan terlalu kerap.
Risau ikan akan stress dan tidak lagi berinteraksi dengan yang lain. Jarang sekali sampai mati. Tapi boleh terjadi.
Ikan yang Sihat akan menghasilkan buih. Dan ade masa dia akan hasilkan buih tanpa dah bersedia untuk mengawan. Semoga Bermanfaat
Bang kalau ikan saya dok bawah air ja xnk makan kecuali jentik² camna pulok?air campur pati ketapang pakai air masak dh 2 hari dah
Cuba tukar air baru dan puasakan ikan sehari, Hari selepas tu baru bagi makan.. Takut dia terlebih makan ataupun sakit. Kena perhatikan ikan dalam 24jam. Tengok kelakuan ikan tu macam mane, Tenggelam timbul dan pegerakan dia.
@@apekschannel99 bang dia dh tak dok bawah skrg ni berenang mcm biasa tapi xnk makan sekarang ni cam Mana pula?nk puasakan ke
Bila last ikan makan? kalau baru lagi puasakan sehari. Tengok Besok pagi bagi makan dia makan x..Btw ni ikan Betta jenis apa ye dik?
@@apekschannel99 jenis hellboy bang..sekarang dia ok dh bang🥺nk makan lepas saya tukar air 2 kali sehari
@@maxdelsonronald1328 wah rajin tukar air hihihihi, takpe janji ikan dah bertambah baik dari haritu. Semoga dipermudahkan bos.
Berapa lama ikan laga male & female boleh duk 1 bekas ?
Jikalau dalam proses breeding. Seminggu boleh duduk sekali. Tapi kena tengok kondisi dan progress ikan tu untuk membiak. Jikalau tiada progress, ikan boleh diasingkan semula.
Harap bermanfaat !!
@@apekschannel99 apek, jika letak male & female dalam satu aquarium besar untuk jangka masa lama, ok ke?
@@khairulabidinghazali5757 Saya tak sarankan bro letak induk jantan dan betina sekali untuk jangka masa panjang.
Mereka akan berlawan. Kalau bro nak sekali kan jugak, paling lama saya rasa seminggu.
Apa2 soalan boleh terus ajukan. Seronok dapat bersoal jawab dengan bro.
@@apekschannel99 terima apek sudi menjawab.
Boleh cadangkan ikan apa sesuai untuk letak dalam aquarium silinder 70cm (tinggi) x 15cm (diameter) ?
-nak letak 2 ekor je. Betina dan jantan.
Glofish ok ke?
@@khairulabidinghazali5757 Goldfish boleh. Tiger Carb, Guppy pun macam2 variasi ade sekarang. Seronok tengok ikan berenang. Kalau advance skit boleh bela Udang bos hihihi.
Klu org plk jenis suka laga2 kn org mcm mna nk buat pek?perlu ke disepak kt muka dia...😂😂
Kita mampu tegur je bos, Kalau dia lagakan jugak tu atas tanggungan dia.. Dosa/Pahala biar Tuhan kira..Sebab hobi orang kan..Ade yang lagakan Ayam, Ikan Laga punya cantik pun dilagakan..😅 Kita tegur dulu...Nak bertanding Ikan laga..Kita Bertanding lah ikan sapa paling Cantik, Form ikan mane paling lawa..baru sempoi hihihi
Ikan laga warna biru saya lompat kata mami saya sebab saya tegok dah tak de
Kita dapatkan ikan yang baru ye dik, Takpe lepasni jangan isi air tinggi sangat . Semoga terus kuat dalam onak duri berlajar jaga ikan. Kalau nak ikan cantik2 boleh je dm Ig abang hihihihi
Okay bang saya mau tanya boleh kah guna air hujan
@@andreausup5617 Boleh je guna air hujan sebagai air ikan. tiada masalah. Tadah lar air mase hujan tu, jangan amik air dari lopak/longkang. Air parit pun boleh jika ade ikan lain hidup dalam air dari parit yang sama.
Okey nanti saya comment lagi bye
Bang ikan emas saya tercepit di bawah oxygen
Aku nk tgok ikan bukan tengok kau