TG.HAJI ABDULLAH,PONDOK HARIMAU JEMOR,SABAYOI!!

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 26 ส.ค. 2024
  • 💥Tuan Guru Baba Haji Abdullah, Pondok Harimau Jemor, Sabayoi ( 1952 - Kini )
    Nama penuh beliau ialah Tuan Guru Baba Haji Abdullah Bin Ismail dan beliau dilahirkan di Bandar Patani pada tahun 1952.
    Pendidikannya bermula di Pondok Nad Kudong, Patani dan seterusnya berangkat ke Mekah pada tahun 1976. Beliau bermukim menimba ilmu di Tanah Suci Mekah selama 13 tahun.
    Di antara gurunya ialah :
    1. Tuan Guru Baba Haji Nik Ibrahim Bin Nik Abdul Rahman, Pondok Nad Kudong
    2. Tuan Guru Baba Haji Ismail, Pondok Gelang Bukit - menantu Tuan Guru Baba Haji Nik Ibrahim
    3. Tuan Guru Baba Li Chaiya
    4. Syeikh Muhammad Alawi al-Maliki
    5. Tuan Guru Baba​ Daud Muno'
    6. Tuan Guru Baba​ Sin Surat
    7. Tuan Guru Baba Leh Seka
    8. Tuan Guru Baba Lah Che He
    9. Tuan Guru Baba Ahmad Makmawi
    Beliau dilahirkan dalam keluarga yang susah. Semasa memondok di Patani, Beliau menyalin kitab Tafsir Jalālain kerana tiada duit untuk beli kitab. Hanya 5 kob sahaja duit belanjanya selama seminggu yang diberi pada waktu itu. Disebabkan beliau agak susah faham dan ingat akan pelajaran, Tuan Guru mengamalkan membaca Salawat Qurāniyyah sampailah Selawat tersebut lekat dalam kepala beliau. Katanya, Tok Dala pesan sungguh-sungguh supaya baca Selawat Qurāniyyah ni.
    Setelah selesai menuntut ilmu, beliau pulang ke tanah air lalu mengasaskan sebuah pondok pengajian di Bukit Harimau Jemor, Sabayoi, Songkhla yang diberi nama Maahad Darul Furqan. Madrasahnya lebih dikenali dengan panggilan Pondok Harimau Jemor.
    Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Amin

ความคิดเห็น • 3

  • @Fuad5665
    @Fuad5665 ปีที่แล้ว +1

    Allahuma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ahlihi Sayyidina Muhammad

  • @hafizunnaili7332
    @hafizunnaili7332 ปีที่แล้ว +1

    Semoga tuan haji Abdullah sihat 2 selalu