ATM HIGHLIGHT : PERBARISAN BULANAN MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 21 ส.ค. 2024
  • 𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠: 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗞𝗔𝗦 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
    KUALA LUMPUR, 27 Mei 24 - Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, telah merasmikan Perbarisan Bulanan Markas Angkatan Tentera Malaysia yang diadakan di Padang Kawad KEMENTAH hari ini.
    Perbarisan Bulanan Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) bagi tahun 2024 yang merupakan sebahagian daripada aktiviti rejimental telah berjaya dilaksanakan bertempat di Padang Kawad KEMENTAH. Acara dimulakan dengan ketibaan pegawai tabik hormat iaitu Ketua Staf MK ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Bin Hj Ahmad.
    Perbarisan Bulanan MK ATM berkonsepkan perbarisan statik pada pagi ini diketuai oleh Kolonel Mohd Lutpi Taufik bin Che Mat Min dari Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA). Sejumlah 20 Bahagian/Cawangan/Jabatan (13 Detasmen) di bawah Markas ATM, seramai 1585 yang terdiri daripada warga tentera dan awam telah terlibat secara langsung.
    Dalam perbarisan tersebut, Ketua Staf MK ATM turut berkesempatan membuat pemeriksaan terhadap semua detasmen yang terlibat sebelum memberikan amanat beliau terhadap warga MK ATM yang hadir.
    Perbarisan berkenaan diteruskan dengan penyampaian ucapan oleh Ketua Staf MK ATM. Beberapa aspek penting telah disentuh di dalam ucapan tersebut. Antara intipati kandungan ucapan Ketua Staf MK ATM adalah:
    1. 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗣𝘂𝘁𝗶𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 - Memastikan objektif yang telah digariskan di dalam kertas putih pertahanan dicapai oleh ATM, berdasarkan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-22, yang menetapkan empat Teras Falsafah Pemerintahan yang perlu dilaksanakan oleh seluruh keluarga besar ATM iaitu:
    a. Teras Pertama - Memperkasakan keupayaan dan kesiagaan menuju Angkatan Masa Hadapan (AMH).
    b. Teras Kedua - Melaksanakan transformasi operasi latihan dan doktrin.
    c. Teras Ketiga - Menggilap modal insan angkatan yang positif dan progresif secara holistik.
    d. Memperkasakan gagasan bersepadu tentera dan rakyat.
    2. 𝗧𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 - Struktur organisasi markas ATM telah dibuat perubahan dan penambahbaikan iaitu terdapat empat (4) kumpulan utama di bawah MK ATM iaitu:
    a. Markas Pemerintahan Angkatan Bersama.
    b. Grup Keupayaan Bersama.
    c. Kumpulan Pengurusan.
    d. Kumpulan Staf Eksekutif.
    3. 𝗔𝘀𝗽𝗲𝗸 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 - Sejumlah peruntukan madani telah diberikan oleh pihak Kerajaan bagi membaik pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan bangunan teknikal di bawah MK ATM. Kentonmen KEMENTAH yang berada di bawah kawalan Garison Kuala Lumpur menyediakan blue print bagi kerja-kerja senggaraan RKAT. Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) selaku agensi pelaksana bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja senggaraan dalam memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan berjalan dan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan serta mencapai return of investment (roi) kepada warga ATM. Kerja-kerja senggaraan yang dilaksanakan bukan sahaja meliputi RKAT anggota tetapi ianya meliputi RKAT pegawai juga. Adalah menjadi hasrat Panglima Angkatan Tentera (PAT) agar warga ATM mempunyai RKAT yang kondusif dan selesa serta aspek kebajikan sentiasa diberi perhatian.
    4. 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 - Warga MK ATM dinasihatkan agar menggunakan secara bijak dan berhemah media sosial yang ada. Kebebasan bersuara bukanlah satu tiket untuk kita mengutarakan segala ketidakpuashatian atau masalah kepada sosial media, malahan perlu diutarakan mengikut saluran pemerintahan yang ada. Semua warga MK ATM termasuk warga awam harus mengikut saluran pemerintahan bagi menyampaikan sebarang masalah.
    5. 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 - Kebelakangan ini terdapat berbagai insiden yang melibatkan soal keselamatan. Pegawai dan anggota yang bertugas perlu meningkatkan kawalan keselamatan terutama di pintu-pintu masuk ke kawasan Kem atau RKAT. Sila peka terhadap sebarang ancaman keselamatan dan mematuhi segala garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh ATM.
    Selain itu, beliau juga turut memaklumkan beberapa inisiatif yang sedang diusahakan oleh kepimpinan tertinggi ATM bagi memberi manfaat kepada warganya merangkumi aspek kebajikan seperti perumahan, peluang pendidikan serta teknologi informasi (IT).
    Beliau juga berharap agar perubahan yang sedang berlaku di peringkat MK ATM dapat direalisasikan melalui komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bagi oleh setiap lapisan warga MK ATM. Komitmen daripada warga ATM perlu memacu dan memperkasakan hasrat PAT agar ATM sentiasa kekal relevan dan teguh sebagai tonggak kedaulatan serta benteng pertahanan Negara.

ความคิดเห็น • 3

  • @zainudinumar7617
    @zainudinumar7617 2 หลายเดือนก่อน

    Angkatan 30
    Angkatan masa hadapan kredibel berpengetahuan.
    Man,Machine,Method.
    "Memperkasakan Angkatan"
    X Batalion ke 23 RAMD.
    HUBUL WATAN MINAL IMAN.
    Pusat Operasi Komando Etimesgut,Ankara
    TURKIYE.1993.
    JANDARMA SNOW MOUNTAIN RED SNIFER.

  • @PuterinoorainiMohammad
    @PuterinoorainiMohammad 2 หลายเดือนก่อน +1

    PERBARISAN RUTIN 3 PERKHIDMATAN DARAT, LAUT DAN UDARA.PERUTUSAN TENTANG HALA TUJU ANGKATAN MASA DEPAN....ANGKATAN 30 2030...GAGAH SETIA, GEMPUR WIRA 3X.

  • @JamesLeBond69
    @JamesLeBond69 2 หลายเดือนก่อน

    agak kalau Rumah Sasar Kem WardieBurn tersasar jauh ubah²lah Pendirian Undi tu wahai Mindef ambil contoh Pendirian Undi di Lokaliti² Kem seluruh Negara sehinggakan Kem Elit Sungai Udang berani mencuba Pilihan Undi yang berbeza walaupun Mindef HQ tetapi sekali sekala dengarlah Pendapat Pengawai & Anggota Divisyen & Briged🫣