Suara Kicauan Si Merbah Jambul

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 18 ต.ค. 2024
  • Burung Merbah (bahasa Inggeris: Hook-billed Butbul) ialah burung yang endemik di kepulauan Borneo. Nama sainsnya Setornis criniger.
    Taburan
    Burung Merbah hanya terdapat di Borneo (termasuk Sabah and Sarawak, Malaysia, Brunei, and Kalimantan, Indonesia) serta kepulauan Indonesia di Sumatra dan Bangka. Populasinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana ketiadaan maklumat yang lengkap.
    Ciri-ciri
    Berukuran 19-20 sm. Tinggal di kawasan hutan. Warna bulu pelepahnya kusam, coklat pada tengkok dan keseluruhan belakang. Bahagian mukanya berwarna putih, berjalur hitam dan bermisai pada alis mata serta pipi yang kelabu. Dada serba putih pudar dengan dikelilingi jalur kelabu pada rusuk. Siulannya sayup dan kicauannya garau “krrruukk”. Paruhnya keras dan mempunyai cangkuk. Terdapat spesies yang hampir serupa, seperti Puff-backed Bulbul Pycnonotus eutilotus, yang juga mempunyai bulu ekornya berwarna putih, tetapi ia lebih gelap coklat dan dadanya lebih cerah, mata kemerahan dan tidak mempunyai alis mata serta jalur.
    Pembiakan
    Sebagai burung, Burung Merbah membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
    Pengekalan
    Burung Merbah merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan tersenarai sebagai Terdedah dalam IUCN Red List of Threatened Species

ความคิดเห็น • 8