Epok epok Kentang Bawang (Versi 2)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 10 ก.พ. 2025
  • Epok-epok Kentang Bawang
    Assalamualaikum semua, minggu ini saya ingin mengkongsi resipi klasik yang digemari ramai. Apa kelainan resipi ini jika dibandingkan dengan epok-epok yang lain? Hah tunggu apa lagi?? Jom cuba.
    Terima kasih kepada, yang telah memberi saranan tentang kekurangan video sebelumnya.
    Bahan-bahan untuk intinya:
    1kg kentang dipotong dadu.
    3 biji bawang besar dipotong dadu.
    50g rempah kari
    2 sudu makan raw sugar
    1 sudu teh serbuk perasa
    3 sudu teh garam
    350ml air
    120ml minyak
    2 biji bawang besar dan 5 biji bawang putih dikisar halus.
    Bahan-bahan untuk tepong epok-epok:
    ½ kg tepung gandum
    1 biji telur
    1 sudu teh garam
    2 sudu makan marjerin
    2 sudu makan minyak sapi
    50ml air suam
    100ml air dari peti sejuk
    50ml minyak makan
    Cara membuat intinya:
    Tumis bahan kisar bersama air 50ml hingga keluar minyak. Masukkan rempah
    kari daging dan kacau kemudian masukkan kentang juga air 300ml untuk separas
    dengan kentang tadi. Tumis bawang yang dipotong dadu di kuali lain hingga naik
    bau. Kentang yang sudah mulai empok di masukkan serbuk perasa, garam dan raw
    sugar,kemudian masukkan bawang yang telah di tumis tadi kedalam kentang dan di
    gaul rata.
    Cara membuat tepong epok-epok:
    Telur, marjerin, minyak sapi, garam,air suam, air sejuk dan minyak makan diuli dahulu
    dengan speed yang sederhana kemudian baru di masukkan tepung sedikit sedikit, uli
    hingga sebati. Bila sudah sebati, adunan tepung ini diperap selama ½ jam. Kemudian
    dibulat bulatkan tepung ini baru digiling dan dimasukkan inti kentang yang sudah masak
    Tadi Akhir sekali goreng dengan api yang sederhana juga hingga kulit hya kekuning-
    Kuningan. Selamat mencuba.
    Music: Apart
    Musician: @iksonmusic

ความคิดเห็น • 2

  • @BasheeraAziz
    @BasheeraAziz 28 วันที่ผ่านมา

    Sama macam karipapkah Chik

    • @zalehamohamed8586
      @zalehamohamed8586 23 วันที่ผ่านมา

      Aslm Mualaikum,Basheera,t kasih ,kerana menonton,oh tak sama,t kasih