Ketahui hak-hak anda sebagai pekerja. Baca Akta Kerja 1955 versi Bahasa Malaysia ini

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 14 ต.ค. 2024
  • Betul ke majikan macam ambil kesempatan ketika kesempitan ini?. Anda boleh adili sendiri.
    Semua tutorial berkaitan Pengurusan Sumber Manusia adalah berdasarkan template polisi dan prosedur kakitangan yang mudah diedit menggunakan MS Word di Shopee :-
    linktr.ee/June...
    #aktakerja1955 #hakpekerja #staysafe
    Pautan untuk Akta kerja dalam Bahasa Inggeris: jtksm.mohr.gov....
    Pautan untuk Akta kerja dalam Bahasa Malaysia: books.google.c...
    #hrtemplate #aktakerja #maukerja
    Instagram kami / hr_template_malaysia
    Saya juga seorang penulis pts.com.my/pen...
    ms.wikipedia.o...

ความคิดเห็น •

  • @linsiew9949
    @linsiew9949 7 หลายเดือนก่อน

    salam jika kalau majikan tak bagi surat apa ukt sign dan cuti awam jatuh di hari minggu majakan tak bagi cuti nak buat macamnananya

  • @khrzmn7642
    @khrzmn7642 ปีที่แล้ว

    Nak tanya, jika untuk pekerja shift secara 12 jam iaitu 7malam-7pagi. Cuti rehat hari ahad. Jika berkerja pada hari sabtu, balik kerja pada hari ahad, bermula dari pkul 12.00malam sehingga 7pagi esok tu nk kira mcmana ya? Sebabnya bermula pukul 12malam tu dikira telah masuk hari ahad. Mohon pencerahan.

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  ปีที่แล้ว +1

      Secara asas jika bekerja di luar waktu kerja biasa, dikira pada kadar kerja lebih masa. Hari biasa 1.5 x kadar sejam kerja. Pada cuti rehat 2.0 x kadar sejam kerja. Walau bagaimana pun boleh call pejabat buruh berhampiran untuk kepastian. No. Tel pejabat buruh boleh cari di google ya.

  • @fadzleyawek9528
    @fadzleyawek9528 2 ปีที่แล้ว

    Saya berkerja dlm bidang pelancungan di salah sebuah resort disabah, kami berkerja 12 jam 1 hari,dan 30 hari atau 31 hari dlm 1 bln mengikut berapa hari dlm bln tersebut, ter masuk hari minggu pun kmi harus berkerja bru basic sallary dibyar, company pun ada buat pemotongan setiap bln duit mkn..,kemudian cuti yg diberikn mengikut jumlah berapa hari dlm bln tersebut, padahal kami setiap hari berkerja termasuk hari minggu, bru basis sallary dibyr.., pengurus compony pun warga asing,cuma pasport, rasa nya seperti berkerja di luar negara,😔,kebanyakan staff pun cuma,,memiliki document sijil lahir,pasport,dan tanpa document,staff yg mengunakn ic cuma sebilangan je,

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  2 ปีที่แล้ว +1

      Dari jauh, saya melihat ada perlaksanaan pengurusan sumber manusia yang salah dari segi undang2. Nasihat saya, tuan boleh bawa, surat tawaran kerja, punch card atau apa saja bukti yg menunjukkan dengan jelas salah laku majikan tuan. Boleh buat lapuran atau minta nasihat dari pejabat buruh berhampiran tuan. Search di internet ' senarai pejabat buruh Malaysia'

    • @fadzleyawek9528
      @fadzleyawek9528 2 ปีที่แล้ว

      @@HRTemplateMalaysia terima kasih puan, kami staff disini berkerja 12 jam sehari,1minggu ada 7 hari,7 hari juga kami berkerja,1 bulan 30@31 hari full 1 bln berkerja,sistem cuti kami sangat teruk, mengikut suka hati manager saja, kami yg staff mengunakan ic ( warganegara) di buat seperti warga asing, dan manager kmi ini cuma pasport ,asst cuma surat beranak, klu ada pemeriksaan, manager akan bersembunyi di gantikn dgn stor keeper, yg kononnya manager di sini, bru2 ini kwn saya dibuang kerja yg sdh berkerja selama 7 tahun tanpa pampasan . Tempat sya berkerja ini adalah sipadan kapalai dive resort, nnti saya try buat laporan,muda2han sistem tempat saya berkerja dpt berubah mengikut undang buruh dimalaysia,,terima kasih pun..info nya..

  • @AshjessDadybaby
    @AshjessDadybaby ปีที่แล้ว

    Nak tanya,kat tempat saya kalau cuti sakit kena call boss...sebelum² ni tak pernah pula nak kena call boss...lepas dah call bos nak jumpa nak bagi surat warning sebab tak jaga attendent..padahal saya cuti sakit memang tak sihat

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  ปีที่แล้ว

      Jika tuan cuti sakit atau apa juga sebab ketidakhadiran, mestilah kena call boss. Jadi boss boleh rancang tugasan tuan akan dilakukan oleh orang lain.
      Jika kerap MC atau sebab lain menyebabkan prestasi kerja tidak bagus, boss boleh beri nasihat, amaran atau surat warning. Seorang boss yang baik tidak akan memberi amaran tanpa sebab yg munasabah.
      Tingkatkan prestasi kehadiran dan kerja, in shaa Allah boss tak beri amaran.

  • @khadijahmohamed8024
    @khadijahmohamed8024 ปีที่แล้ว

    Adakh kerja di kantin sekolah tiada rehat Lansung..berapaa jamkh waktu yg betul bg kekerja kantin sekiranya Masuk kerja pukul Enam pagi..

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  ปีที่แล้ว

      Kerja kantin sama macam sektor lain. 45 jam seminggu. Waktu rehat tidak dikira dalam 45 jam tersebut. Apa juga kerja mesti diberi rehat sekurang2 nya 1 jam

    • @khadijahmohamed8024
      @khadijahmohamed8024 ปีที่แล้ว

      @@HRTemplateMalaysia kalau gitu inilh masalah ya..tolonglh pantau bg pekerja kantin..ramai yg tk tau waktu yg betul bg pekerja kantin..contohnya rehat hanya mkn dlm 5 minit aje..lps tu kena kerja semula

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  ปีที่แล้ว

      @@khadijahmohamed8024 Betul. Banyak berlaku bidang F&B tidak ada sistem kerja yg sistematik terutama kantin sekolah dan pelbagai kedai2 makan. Perbincangan dgn tokey kedai perlu.

  • @ZulKhairy-ex7ef
    @ZulKhairy-ex7ef ปีที่แล้ว

    Nk tanya ni,sy telah selesai dari bicara di jabatan tenaga kerja,majikan telah di arahkan membayar pampasan dn gaji yg tertangguh,tpi sudah melebihi dari tarikh yg perlu ia bayar,jadi berapa lama lgi harus sy tahu dn tggu bayaran dri majikan itu,ada ke sampai bertahun2 majikan boleh tangguhkn,dri tarikh yg di putuskn jtk,mohon pecerahan

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  ปีที่แล้ว

      Boleh minta nasihat dari pejabat buruh tersebut. Minta pejabat buruh call majikan tuan terus.

  • @sitinurtaqinahmursidi6934
    @sitinurtaqinahmursidi6934 2 ปีที่แล้ว

    kalau company nak ikat kontrak pekerja sebab hantar ke training yang ada hrdf claimamble. dan nilai yg training claimable tu perlu dijelaskan oleh pekerja ke sekiranya kontrak tidak dipatuhi.

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  2 ปีที่แล้ว +1

      Syarikat boleh ikat kontrak dengan staff. Tapi tidaklah sampai menindas pekerja jika kontrak tidak dipatuhi. Binding dengan staff seperti memberi notis lebih sebulan dari kebiasaan dgn tujuan staff tersebut dapat melatih staff gantian. Jika binding dengan membayar semula, kelihatan seperti syarikat tidak ikhlas memberi latihan kepada pekerja. Sedangkan prinsip pengurusan sumber manusia adalah untuk memberi faedah kepada manusia dan keuntungan juga kepada syarikat. Memberi keadaan menang2 kepada kedua2 pihak.

  • @adyatjeh5755
    @adyatjeh5755 2 ปีที่แล้ว

    Assamulaikum akak,, saya asal dari aceh,,, akak boleh tak saya buat aduan maslah gaji,, pekerja asing tampa dukumen gajie 1,6,,saya yang ada dukumen yang sah di bayar gaji 1,5,,lepas tue saya sudah lama kerja 4 tahon sudah,, yang gajie 1,6 2 tahon kerja,,boleh saya buat aduan

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  2 ปีที่แล้ว

      Waalaikumussalam wbt. Boleh minta nasihat dari pejabat buruh berhampiran. Sebelum itu, ambil peluang untuk minta penjelasan dari ketua anda kenapa hal demikian berlaku. Atau boleh terus berjumpa pegawai sumber manusia di tempat anda bekerja minta penjelasan sebelum anda buat aduan ke Pejabat Buruh. Mungkin majikan ada alasan kukuh seperti pekerja asing tiada dokumen, majikan tak perlu bayar levi. Yang ada dokumen majikan kena bayar levi dan pelbagai bayaran untuk orang tengah. Gaji tak sama mungkin beza bidang tugas dan peratusan kerja guna fizikal. Walau bagaimana pun, saya sebagai orang luar, sukar memberi rasional, staff HR syarikat anda, tempat terbaik untuk dapat jawapan.

  • @droptears
    @droptears 2 ปีที่แล้ว

    Nak tanya sya nak berenti kerja dekat syarikat tempat sy bekerja.tapi kontrak verbel dan hitam putih pun tiada.
    Jika saya ingin berenti saya akan di kena kan kompoun.ada ka saya bersalah dalam hal ini.

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  2 ปีที่แล้ว +1

      Semua bayaran semula menggantikan notis mestilah ada kontrak secara verbal dan hitam putih.
      Kita boleh lihat kontrak di surat tawaran kerja, lantikan kontrak setelah ada kemudahan atau latihan yg berharga mahal yg telah syarikat berikan kepada kerja.
      Jadi jika tiada kontrak nyata, tiada tuntutan dari syarikat yg valid atau benar.
      Saya nasihatkan lihat surat tawaran kerja atau apa juga kontrak kerja. Jika tiada apa2 ikatan yg memerlukan bayar semula, boleh sahaja berhenti dengan beri notis berhenti kerja kepada syarikat.

    • @droptears
      @droptears 2 ปีที่แล้ว

      @@HRTemplateMalaysia terima kasih atas nasihat dan penerangan

  • @zammohammadnizam7964
    @zammohammadnizam7964 ปีที่แล้ว

    Mau tnya Adik beradik 1 kerja boleh kee

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  ปีที่แล้ว

      Boleh. Bergantung kepada polisi syarikat tuan yang telah sedia ada.

  • @asmirasuhaimi5326
    @asmirasuhaimi5326 2 ปีที่แล้ว

    Kalau macam sebelum ni kerja saya bukan diterima sebagai kontrak tapi sekarang tiba2 bos beritahu saya sekarang Kene terima keje kontrak dan tak diterima MC, EL, AL, atau AB dan kalau tak ikut arahan saya Kene buang kerja.. mcm mana ya

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  2 ปีที่แล้ว

      Paling penting masa mula2 kerja dulu ada terima apa2 bentuk kontrak pekerjaan tak. Sama ada surat berbentuk pekerja biasa atau kontrak. Jika tiada dokumen bertulis, agak sukar untuk mengadu ke mana2 pihak. Semua pekerja kena pastikan dokumen2 kontrak pekerjaan sebelum bekerja. Jadi kalau boleh, bincang dengan pihak HR, apakah status Mira sebenarnya. Minta surat tawaran pekerjaan secara bertulis mulai kerja dulu. Simpan semua punch card atau apa juga dokumen rekod kerja tiap hari.

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  2 ปีที่แล้ว

      Dokumen bertulis kontrak pekerjaan dan punch card boleh jadi bahan bukti jika majikan ada melakukan salah laku menukar status perkeja sewenangnya. Jika dokumen cukup buat aduan ke Pejabat Buruh berhampiran. Search Pejabat Buruh berhampiran di internet.

  • @kelvingorant3581
    @kelvingorant3581 2 ปีที่แล้ว

    Apakah Ada pembayaran upah? atas penamatan kontrak buat pekerja asing karna sudah bekerja selama 10 tahun (5+5)

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  2 ปีที่แล้ว +1

      Berkaitan hal ini adek perlu berhubung dengan pejabat buruh tempatan untuk tahu hal sebenar. Search 'senarai pejabat buruh Malaysia'

    • @kelvingorant3581
      @kelvingorant3581 2 ปีที่แล้ว

      @@HRTemplateMalaysia terima kasi kaka atas usulanya👍

  • @halimabbas5938
    @halimabbas5938 2 ปีที่แล้ว

    Mana nak dapatkan buku ni

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  2 ปีที่แล้ว

      Saya tak pasti sebab saya juga ada masalah nak dapatkannya. Mungkin boleh hubungi UTM

  • @Zyam99
    @Zyam99 8 หลายเดือนก่อน

    Assalamualaikum, suami saya dan rakannya dituduh menjual minyak diesel tanpa bukti.Suami saya tanya kepada majikan nya, ada bukti ke? Dan majikannya berkata tidak perlu bukti, hanya perlu mengaku saja. Bila suami saya menjawab...ok kita pergi balai polis, majikannya tidak mahu pergi ke balai polis dan menyuruh dia pulang dan juga diberi cuti 3 hari. Sudah habis cuti tersebut majikan nya menambahkan lagi cuti. Bila tempoh cuti (ditulis diatas) sudah habis,keesokan hari nya, suami saya bertanya lagi adakah saya boleh turun kerja...majikan nya menjawab...tak usah turun dulu kalau ada kerja nanti panggil kamu turun kerja.
    Dekat labour office, mahukan bukti majikannya menyebut...saya(majikan) berhentikan awak(suami saya) kerja. Majikan suami saya tidak menyebut begitu, sebaliknya hanya asyik diberi cuti dan kalau ada kerja baru boleh turun kerja. Suami sudah hampir seminggu tak pergi kerja. Perkara seperti ini adalah, majikannya sedang melakukan pemecatan yang dirancang dan memberhentikan suami saya secara senyap. Laporan polis juga sudah dibuat tentang pertuduhan tanpa bukti dan tidak mahu beri notis berhenti kerja kepada suami saya.Rakan suami saya sudah diberhentikan kerja yang bergaji hari dan suami saya bergaji bulan dan sudah bertahun berkerja dengan majikanya.Saya nak tanya KALAU MAJIKAN NYA MASIH MENYEBUT PERKARA YANG SAMA APA TINDAKAN YANG WAJAR DAN CEPAT PERLU DIAMBIL. Mohon pencerahan.
    Terima Kasih kerana sudi membaca.

    • @HRTemplateMalaysia
      @HRTemplateMalaysia  8 หลายเดือนก่อน

      Dalam semua kes mesti ada bukti. Jadi pejabat buruh tidak dapat menyelesaikan kes dengan percakapan sahaja. Begitu juga dengan pihak polis. Saya cadangkan cari orang tengah dari kalangan staff syarikat untuk bantu berbincang dengan majikan. Memang begitu hal jika ada tindakan staff yang majikan rasa ada salah laku telah dilakukan walau tiada bukti. Tindakan terbaik jumpa majikan, mohon maaf dan minta peluang untuk tunjukkan prestasi kerja yg lebih baik. Jumpa bersama orang tengah.

    • @Zyam99
      @Zyam99 6 หลายเดือนก่อน

      ​​@HRTemplateMalaysia Alhamdulillah, suami saya sudah dpt menuntut hak sebagai pekerja yang diberhentikan secara tidak adil oleh majikannya. Terima kasih.