Betul tu, non-Muslim tak boleh masuk Mekah, tapi melalui video-video macam ni, at least korang boleh dapat gambaran dan faham sikit suasana kat sana. 😊 Sekarang ni Kerajaan Arab Saudi dah makin terbuka untuk pelancong. Korang boleh lawat Madinah dan tempat-tempat menarik lain guna tourist visa. Contohnya Al Ula, tempat bersejarah dengan kota Hegra yang dah wujud sejak 5000-2000 sebelum Masihi. Lagi best, kos kat Saudi masih reasonable buat masa ni. 😊
Assalamualaikum.... Terasa rindu sangat utk ke Haramain ni lagi... Saya dan Is3 baru balik kerja kan manasik Haji 1445H lalu. 45hari. Sebelum ni dah 3x Allah rezeki kan buat Umrah. Anak ke2 & menantu akan menyusul Umrah pd hujung tahun 2024 ni..so Semua keluarga kami sudah berUmrah.... Terharu tengok vlog Anak Beranak ni.... Kami cadangan Nak Umrah dlm bln Ramadan pulak. Insya Allah.
Waalaikumsalam, SubhanAllah, sangat terharu dan gembira mendengar pengalaman Haji dan Umrah keluarga. Alhamdulillah, rezeki yang sangat besar buat sekeluarga untuk menunaikan ibadah di tanah suci, dan sekarang anak serta menantu pula yang akan menyusul. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan kurniakan Umrah yang mabrur. InsyaAllah, Umrah dalam bulan Ramadan sangat besar ganjarannya. Moga Allah SWT terus memberikan rezeki dan kesihatan untuk kita semua kembali ke Haramain. Amin.
Sy Subscriber baru. Subhanawallah, dulu sy pernah terbaca blog tentang umrah DIY, lepas tu cari tak jumpa dah blog tu. Bersyukur sangat sebab jumpa channel ni. 🎉 teruskan buat utube ye 🙂
Alhamdulillah, terima kasih banyak kerana support ! Rasa sangat bersyukur bila dapat berkongsi info tentang umrah DIY. Memang niat kitorang nak tunjukkan yang umrah boleh jadi mudah, mampu dibuat sendiri dan kosnya jauh lebih murah dari pakej. Terima kasih atas sokongan, doakan yang terbaik ya! 😊
Bestnya tengok. Nak bawa anak ke mekah, tapi belum ada rezeki lagi. Terima kasih share info especially hotel, boleh planning untuk future if nak ke mekah nanti.
Pasang niat dulu, InshaAllah Allah akan buka laluan dan permudahkan urusan. Mekah sentiasa tunggu kedatangan kita. Semoga rezeki tu datang tepat pada masanya. Aamiin 😊
Alhamdulillah, terima kasih banyak atas sokongan dan doa yang sangat bermakna. Kitorang amat bersyukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan, termasuk sokongan ikhlas daripada Puan Tini Bashri. Doa kitorang juga agar Puan dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk berkongsi kebaikan dan rezeki untuk kembali ke tanah suci. Amin, ya Rabb. ☺️
Alhamdulillah! Seronok dengar bila ada orang tertarik dengan umrah DIY ni. InshaAllah, semoga urusan nak buat umrah transit dipermudahkan. Memang boleh jimat banyak dan akan dapat pengalaman baru. Kalau ada apa-apa soalan, feel free untuk tanya ye 😊
Betul, silap sebab ingat nak cuba hotel lain tapi rupanya baik stay hotel yang sama je yang kami pernah stay dulu. Umrah diy memang sangat murah especially bila bawak kanak-kanak dapat jimat banyak. Contohnya Ground cost dekat umrah kali ni cuma RM3k sahaja untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak, alhamdulillah 🥹
seronoknya tengok travelog awak..anak2 kami tgok terus teruja nak pi..mmg dok cari2 vlog utk bawa anak2 pula pi umrah..semoga awak sekeluarga dilimpahkan rezeki atas perkongsian menarik ni..
Alhamdulillah, terima kasih banyak atas kata-kata semangat tu! Seronok sangat dengar anak-anak pun teruja nak pergi umrah. InsyaAllah, saya doakan semoga urusan dan rezeki kalian sekeluarga juga dipermudahkan untuk sampai ke sana. Teruskan menonton dan semoga perkongsian ni memberi manfaat buat semua. Amin! 😊
@@AweLeechannel Terima kasih sebab sudi jadi antara yang terawal tengok travelogue umrah kitorang. Betul, suasana kat sini lain sangat2, sebab kita cuma fokus beribadah. Cuma tu lah, ingat saja nak try hotel lain tapi tak berkenan pulak. Lepas ni kalau ada kesempatan lagi ke Mekah, mungkin akan stay dekat Hyatt jugak sebab lebih mudah untuk ke masjid 🥹
Amin, InsyaAllah. Semoga anda juga diberi rezeki yang sama dan dapat menunaikan umrah bersama keluarga tersayang. Terima kasih atas doa dan sokongan. 🥰🥰🥰
Alhamdulillah.. Tahun lepas saya dan suami pon nginap hotel yang sama. Memang bagus, dan dekat dengan masjidil haram. Breakfast nya memang lumayan sedap. InsyaAllah lain kali pon kami akan tempah hotel yang sama. 🤲🙏❤️🇸🇬🇸🇬🇸🇬
MasyaAllah terima kasih atas sokongan, jauh puan datang komen dari Singapore, kitorang doakan semoga puan dijemput lagi ke Tanah Suci, insyaAllah 🥹 Betul, hotel ni macam underrated, kalau dekat Malaysia tak banyak yang highlight hotel Grand Hyatt ni, walaupun location dia menarik dan dekat betul dengan masjid. Seronok bila balik masjid, dapat breakfast dekat sini, macam-macam ada 🥹
W’salam.. Terima kasih sebab sudi singgah ke travelogue kami.. Betul, kami pun suka hotel area situ, underrated sikit kawasan dia kan, tapi dekat sangat dekat entrance masjidil haram & tak terlalu crowded 😊
terima kasih bagi gambaran untuk mengerjakan umrah secara DIY. setiap penerangan saya dah catat dalam memori. nak apply visa tu mcm mana ye? plan nak bawak anak 4 org kecik2 ke sana tahun depan.
Salam sis, saya cuba terangkan seringkas yang boleh ye. Ada beberapa jenis visa untuk ke Arab Saudi: eVisa - SAR 395 • Medical Insurance Fees: Included • Entry : Multiple entry, valid for 90 days dan sah untuk setahun. • Cara Memohon: Melalui official website: Visit Saudi Arabia. Visa on Arrival - SAR 300 • Medical Insurance Fees: SAR 95 • Entry: Boleh jadi multiple atau single entry, valid for 90 days dan sah untuk setahun (bergantung pada kelulusan kementerian). • Cara apply : sampai je di Airport Saudi, gunakan self-service devices (KIOSK) atau terus ke passport control office untuk apply visa. Transit Visa (96 jam) - Percuma • Medical Insurance Fees: SAR 95 • Kemasukan: Single entry, valid for 96 hours. • Cara Memohon: Boleh mohon semasa beli tiket di Saudia Airlines atau Flynas. • Benefit : Dapat diskaun 50% untuk tiket Haramain Train. Apply thru website Saudia atau Flynas. Dalam video ini, kami apply Transit Visa. Kelulusan dijanjikan dalam tempoh 24 jam, tapi kitorang dapat dalam beberapa minit je. Buat Umrah sebenarnya lagi mudah daripada travel ke negara lain. Bila sampai di Jeddah, kita terus naik transport ke hotel di Mekah. Kalau tak boleh check-in lagi, kita boleh drop luggage dan terus buat Umrah. Sama juga bila tiba di Madinah, first, check-in dulu kat hotel. Kalau tak boleh, Ziarah Makam Nabi SAW. Lepas tu baru balik bilik. Fokus utama kita hanyalah dari hotel ke masjid. Aktiviti ziarah lain boleh kita selit sebagai aktiviti sampingan dalam itinerari. Dan nanti download apps Nusuk untuk book slot masuk Raudhah. Masa kami pergi, tak perlu lagi book slot untuk buat umrah. Tujuan Nusuk ni untuk elak terlalu crowded jemaah dalam satu masa. InshaAllah, kami doakan perjalanan umrah sis dan keluarga dipermudahkan dan diberkati. Harap penerangan ni membantu 😊
Setuju sangat! Buat umrah DIY ni memang banyak kelebihannya. Boleh pilih hotel ikut bajet dan keselesaan sendiri. Lagi puas hati sebab semua ikut cara kita 😊
Terima kasih banyak atas sokongan! 😊 Jangan lupa untuk subscribe dan ikuti episod-episod seterusnya dalam siri travelogue ni. Ada banyak lagi pengalaman menarik yang bakal kitorang kongsi, termasuk trip ke 5 Negara Central Asia dan Timur Tengah lepas ni. Stay tuned! 😘😘😘
Haah, kitorang rasa tertipu sebab dalam website hotel Double Tree by Hilton tu kata ada direct access. Nasib baik juga masa tu book 2 tempat, satu dekat double Tree dan satu lagi Hyatt Regency Jabal Omar. Dekat Hyatt dapat rate okay juga dan jarak pun lagi dekat 😊
@@jamsalleh7432 Terima kasih juga sebab sudi tengok travelogue kami.. minta maaf juga part bercakap tu, sebab orang Kedah memang auto cakap laju, nanti saya cuba slowkan sedikit ye 😊
Terima kasih sharing trip umrah visa free ni. sebab memang ada rancang nak ke Umrah guna visa free 96jam ni. tapi masih lagi blur blur mcm mana step and process. bila try search youtube umrah DIY, ada video ni.. 👍👍👍
Inshaallah nanti kami buat episod lain untuk buat umrah & cost breakdown. Sebab episod ni flow mula dari airport - haramain train - bus - hotel - umrah. Mungkin agak bercampur aduk sikit. Kalau kami masukkan terlalu details takut video jadi terlalu panjang. Apa yang kami cuba nak gambar dalam video ni adalah apa yang traveller umrah diy transit kena lalui. Dan ianya terpakai untuk umrah DIY lain juga. Walupun nampak “leceh sedikit” sebab kena urus sendiri tapi percayalah. Ianya sangat berbaloi. Dan lagi ramai orang yang mampu untuk tunaikan umrah ni. Sebab ground kos keseluruhan ni dalam RM5K lebih jer untuk 2 dewasa 2 kanak & yang paling penting stay dekat hotel 5 star yang sangat selesa & jarak ke Masjidil Haram kurang 50 meter. Trip umrah ni kami tak pergi madinah. Sebab 4 hari takut terkejar-kejar sangat. Tapi kalau korang sempat buat umrah & ziarah Madinah balik hari kos masih lagi tersangat murah.
MashaAllah Tabarakallah. memang ternanti2 video detail macam ni nanti. terima kasih sudi sharing pengalaman and trip. Semoga Tuan Puan sekeluarga di limpahi rahmatNYA @@LeavingTheNest
ye betul boleh ke bgi details cara umrah DIY mula dari kl n breakdown cost .. insyaallah mcik berhajat nk g ramai anak menantu n cucu2 syukur d rezkikan terjumpa vlog adik ni… alhamdulillah…. sudi sharing….
Assalamualaikum, Makcik! Alhamdulillah, syukur jika vlog saya dapat memberi inspirasi untuk makcik sekeluarga. Saya akan kongsikan cara Umrah DIY dan breakdown kos berdasarkan pengalaman saya. InshaAllah, makcik boleh jimat banyak dengan perancangan yang teliti. 1. Flight Tiket * Kedua-dua hala: Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah atau Madinah. * Kos bajet: * Return flight (contoh: AirAsia X atau Saudia Airlines): RM2,000 - RM3,000. * Periksa promo tiket awal, biasanya 3-6 bulan sebelum tarikh perancangan. * Pro tip: Kalau transit di negara lain (contoh: Dubai atau Maldives), tambang lebih murah! 2. Penginapan * Tempah hotel guna platform seperti Agoda, Booking.com, atau Airbnb. * Atau boleh terus ke website hotel jika ada contohnya www.hyatt.com * Cari hotel berhampiran Masjidil Haram atau Masjid Nabawi (pilih yang dalam jarak 500m jika bersama keluarga besar). * Kos Bajet: 3-5 Star Hotel * Mekah: RM700-RM800/malam (2-4 orang per bilik) * 2 minggu sebelum tarikh, hotel lebih murah. * Kalau terlalu awal atau lambat sangat jadi mahal 3. Pengangkutan * Dari Jeddah ke Mekah: • Teksi: RM200-RM300 (untuk 4-6 orang). • Alternatif: Bas SAPTCO (RM50/seorang). * Haramain Train : Mekah ke Madinah: • Bas SAPTCO: RM50-RM70/seorang. • Kereta sewa: RM300-RM400 sehari (boleh kongsi kos). * atau boleh je naik ehailing macam careem/Uber, Kos lebih murah dari teksi biasa. * Haramain Train : Ekonomi Class: Lebih murah. Jarak perjalanan: • Jeddah - Makkah: Bermula sekitar SAR 40 - 50 (Ekonomi). • Jeddah - Madinah: Bermula sekitar SAR 150 - 170 (Ekonomi). • Makkah - Madinah: Bermula sekitar SAR 230 - 250 (Ekonomi). Book lebih awal, harga lagi murah. Kalau last minute atau peak season harga jadi mahal. Kadang-kadang kalau ada rezeki, dorang ada buat offer 50%. 4. Makan dan Minum * Makanan boleh sangat jimat jika makcik beli di pasaraya atau kedai lokal. * Kos Bajet: • Makan : RM30-RM50/pax sehari 5. Perbelanjaan Tambahan * eVisa : SAR 395 (website KSA) atau * Visa on Arrival: SAR 395 (apply masa sampai airport) * Ziarah tambahan (optional): * Ziarah tempat bersejarah di Mekah dan Madinah (kos dalam RM50-RM100/pax untuk van sewa). Tips Tambahan: 1. Rancang Itinerary: • Buat pembahagian hari antara Mekah dan Madinah, contohnya: • Hari 1-4: Mekah (umrah & ibadah). • Hari 5-7: Madinah (ziarah dan ibadah). 2. Sediakan Dokumen Lengkap: • Passport sah laku 6 bulan. • Salinan vaksinasi Meningococcal (wajib). 3. Bawa Barang Keperluan: • Telekung, ihram, kasut/sandal mesra wudhu. • Power bank dan Pocket WiFi (untuk komunikasi keluarga). 4. Dapatkan Aplikasi Penting: • Nusuk App: Untuk tempahan masuk ke Raudhah (Masjid Nabawi). • Google Maps dan Google Translate (untuk memudahkan perjalanan). Semoga niat makcik dipermudahkan dan makcik dapat bawa keluarga ke tanah suci dengan selesa dan penuh barakah. Amin Ya Rabb!
Wasalam Kalau nak buat umrah DIY dengan low bajet macam kitorang ni, ada beberapa cara untuk jimat. Pertama, cari tiket flight murah. Selalu check promo, book awal atau beli masa sale untuk dapat harga murah. Flight transit dari KL ke Jeddah melalui negara lain, macam Manila, Jakarta, Singapore pun kadang-kadang lebih murah. Untuk penginapan, tak perlu stay hotel mahal. Banyak hotel atau guesthouse bajet dekat Masjidil Haram yang selesa. RM600-RM700 boleh dapat 4-5 malam. Visa boleh apply online. Dan boleh atur pengangkutan dan penginapan ikut kelapangan dan kesuaian masa kita. dan kalau pergi ramai, share kos hotel & transportation akan jadi lebih murah. Untuk makan, cari je makanan kat food court, pasaraya, atau kedai makan biasa tepi jalan. elakkan pergi waktu puncak macam bulan Ramadan atau musim Haji sebab harga flight dan hotel memang mahal.
Alhamdulillah Umrah diy murah sangat mencabar Kalau boleh bagi detail mula2 nak pergi umrah sbb perlu ke visa umrah Dan boleh ke umrah diy terus dari Malaysia Maaf bertanya Sbb memang saya dah pergi umrah haji melalui pakej Tapi kalau ada murah lagi bagus
Alhamdulillah, memang betul Umrah DIY ni agak mencabar, tapi dengan perancangan yang teliti, ia boleh jadi pengalaman yang menyeronokkan. Urusan jadi lebih lancar, lebih fleksibel, dan paling penting kosnya lebih mampu untuk semua orang. Untuk visa Umrah pula, boleh terus apply dekat website Saudi. Ada 3 jenis visa yang boleh dipohon: 1. eVisa - SAR 395 • Medical Insurance: Dah termasuk • Entry: Multiple entry untuk 90 hari, valid selama setahun • Cara Apply: Dekat website rasmi Visit Saudi Arabia 2. Visa on Arrival - SAR 300 • Medical Insurance: SAR 95 • Entry: Multiple atau single entry untuk 90 hari, valid setahun (bergantung kelulusan) • Cara Apply: Bila sampai di airport Saudi, guna self-service KIOSK atau terus ke passport control office untuk apply visa on arrival 3. Transit Visa (96 jam stopover) - Percuma • Medical Insurance: SAR 95 • Entry: Single entry, valid 96 jam sahaja • Cara Apply: Semasa beli tiket Saudia Airlines atau Flynas. Boleh dapat diskaun 50% untuk tiket Haramain Train juga. Untuk DIY, saya sarankan buat untuk Umrah sahaja. Untuk Haji, lebih baik melalui pihak yang lebih arif untuk pengurusan yang lebih tersusun sebab Haji DIY mungkin akan menghadapi banyak masalah dengan pihak berkuasa Saudi. 😊
Tak perlu beli Tourist Visa atau Umrah Visa, cuma perlu bayar kos Transit Visa sahaja. Transit Visa ni sebenarnya free, tapi ada caj Medical Insurance sebanyak SAR 95. Visa ni hanya boleh apply kalau transit di Jeddah atau Madinah, dan mesti melalui dua airline sahaja iaitu Saudi Airlines atau Flynas. Tiket pula wajib beli terus dari website rasmi, tak boleh melalui 3rd party. Masa beli tiket tu, apply terus. Payment transit visa tu kita akan bayar sekali dengan harga tiket. 👌😊
Boleh try buat online check in seawal mungkin. Kalau dah buat online check in awal tapi masih tak dapat seat sekali, boleh cuba request tukar seat dekat kaunter masa nak check in luggage. Boleh cuba datang awal ke kaunter jugak time tu so that peluang untuk tukar seat dan duduk sekali lebih tinggi 👍
Waalaikumsalam! Terima kasih banyak sebab sudi follow perjalanan DIY umrah kami sekeluarga 😊. Untuk luggage, kitorang guna saiz 28 inci masa naik train. Memang muat dan takde masalah, alhamdulillah. Kalau ada apa-apa soalan lain, jangan segan-segan tanya ya! 😊
Terima kasih juga sebab sudi tengok travelogue umrah kitorang.. untuk stroller, lepas masuk train tu, kitorang lipat dan letak sekali dekat tempat simpan luggage 😊
Wasalam, kami transit visa, Harga masa kami bayar haritu RM118. stopover maximum 4 hari & dapat free 1 malam hotel 4 star di Jeddah. Cuma kami tak stay jeddah sebab nak setelkan umrah cepat-cepat. Hotel dia bagi hari 1st day jer. Tak boleh pilih date.😊
Alhamdulillah. Dapat jemputan untuk Umrah. Semoga perjalanan umrah nanti dapat memberi ketenangan jiwa dan diperkuatkan iman. Jangan lupa menjaga kesihatan dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Selamat menunaikan umrah, semoga Tuan Kamal & pasangan pulang nanti dengan penuh kebaikan. 😃
salam sister nak tanya, naik train boleh bawa luggage besar2 tu ya? I ingat kan tak bolehhh sebab travel agent bgtau mcm tu 😅 lagi satu nak tanya route dari mana ke mana ya? btw kami baru balik haji and rinduuuu sgt nak ke haramain bawa kids pula. thank you for sharing your great experience!
Salam, boleh je bawak luggage besar, memang ada tempat storage yang disediakan untuk simpan luggage. Kitorang bawak 2pcs luggage 28”. Untuk yang umrah transit ni, kitorang dari Dubai balik KL transit Jeddah 4 hari.. terima kasih jugak sebab sudi spent your precious time tengok travelogue kitorang, semoga ada rezeki puan untuk bawak anak2 pulak nanti, insyaAllah 🥹✨
Umrah DIY kali ni, kami buat umrah transit. Free Visa cuma perlu bayar Insuran dalam RM 118 seorang. Free Visa ni akan dapat kalau beli tiket flight dengan Saudia Airlines & Flynas Airlines sahaja. Tiket haramain train pun dapat discount 50% bila kita pilih option umrah transit. Dan boleh stopover untuk maximum 4 hari ni termasuk free one night stay hotel 4 star di Jeddah. Umrah kali ni kami hanya stay Mekah & tak buat ziarah Madinah. Atas faktor dah pernah ziarah & takut anak-anak penat. Tapi kalau nak buat juga, boleh pergi balik hari. Sempat jer. Anggaran ground kos sepanjang 4 hari ni termasuk hotel 5 Star, transportation, makan lebih kurang RM 3k untuk 4 orang. Saya sengaja highlight 5 star sebab nak tunjukkan, yang kalau kita pergi sendiri, total ground cost dengan harga sedemikian, boleh cover hotel 5 star yang selesa & dekat dengan masjid berbanding jika pergi dengan pakej travel agent.
@@LeavingTheNestthanks for sharing cuma pendapat saya tak bole compare kos umrah diy dgn pakej umrah secara terus kerana jumlah hari dan aktiviti tak sama spt ziarah dan perkhidmatan mutawwif yg berpengalaman dlm sirah madinah/mekah (dapat ilmu dan pengajaran) bagi saya kelebihan umrah diy lebih pada ziarah pendek dan pilihan memilih hotel anyhow, keep sharing, terima kasih atas perkongsian
@YaFazka Salam, terima kasih atas pandangan yang sangat baik. Betul, saya setuju bahawa Umrah DIY secara transit menggunakan kelebihan free stopover visa dari kerajaan Saudi Arabia dan pakej dari travel agency memang tak boleh dibandingkan secara *apple to apple*, terutamanya dari segi aktiviti ziarah, perkhidmatan mutawwif, dan pengalaman sirah di Madinah dan Mekah. Namun, untuk memberi gambaran yang lebih jelas dari segi kos, kos keseluruhan Umrah DIY pertama saya adalah RM1359 (ground cost untuk 3 orang) dan tiket penerbangan RM2800 seorang. Manakala untuk Umrah DIY kedua, ground cost RM2437 (ground cost untuk 3 orang) dan tiket penerbangan RM665 seorang. Jadi, walaupun ambil kira semua perbelanjaan ini, kosnya masih jauh lebih murah berbanding pakej travel agent. Selain itu, di sini juga kita boleh hire mutawwif jika diperlukan, dan kosnya masih lagi berpatutan. Yang penting, Umrah DIY ni memberi fleksibiliti dari segi bajet supaya setiap orang dapat mengutamakan untuk melaksanakan kewajiban yang dituntut dengan cara yang paling mampu. Terima kasih sekali lagi atas sokongan, pendapat dan pandangan Tuan/Puan. Semoga setiap perkongsian yang diberi dapat memberi manfaat kepada mereka yang membaca 👍😊
Sekarang dorang tak check vaksin kalau nak masuk untuk buat umrah (sebelum ni wajib ambik vaksin meningococcal). Tapi both Emir & Vanilla kitorang akan ambil vaksin influenza setiap tahun. 😊
Salam, umur dia 4 tahun. Alhamdulillah rezeki jugak sebab jenis tak meragam. Betul, dia dah tak pakai pampers tapi untuk tawaf and masa tidur dekat hotel kitorang pakaikan je takut kalau dia nak terkencing tapi tak sempat nak ke toilet. ☺️
Boleh je nak ziarah ke Madinah masa umrah transit, tapi masa memang terhad. Visa transit tu valid untuk 96 jam je. Boleh buat day trip, naik Haramain train, ambil masa dalam 2 jam setengah dari Mekah. Kami tak pergi sebab baru lepas travel 2 minggu dari Manila ke Dubai. ☺️
Tak, bawak dari Malaysia Tuan. Tapi boleh beli di Dubai. Sebab bila turun di Jeddah ke siap2 pakai sebelum sampai miqat. Kalau turun di Madinah dulu, boleh beli dekat sana je, lebih mudah. Tak berat beg, cost dalam SAR15-30 sahaja.
Betul Tuan , Hilton Jabal Omar memang tak jauh dengan Masjidil Haram, sebelah je dengan Hyatt Regency Jabal Omar yang kami stay dan jarak ke Masjidil Haram cuma 69 meter dan berada dalam bangunan yang sama dengan Jabal Omar Mall. Sangat dekat. Yang jauh seperti yang disebut dalam vlog adalah Double Tree by Hilton Jabal Omar. Jarak Double Tree by Hilton ke Hyatt Regency/Hilton Jabal Omar sahaja dah 850 meter (Google Maps) dan berbukit. Dalam apps Hilton memang dinyatakan jarak Double Tree by Hilton adalah 820 meter (0.51 miles) dan dinyatakan juga ada private access terus ke Jabal Omar Mall menjadikan jarak ke Masjidil Haram lebih dekat, sebab tu kami pilih untuk stay dekat situ at the first place, Tapi bila kami sampai, rupanya private access tu tak wujud pun untuk Double Tree by Hilton. We booked the place because of the private access facilities walaupun dalam apps memang dah bagitau jarak 820 meter lebih, tapi bila sampai private access tu tak wujud pun. It’s not about over reacting but that was how we felt when the real situation was not like what they mentioned in their apps and we didn’t expect a misleading info from a 4-star hotel. Terima kasih sebab sudi tengok travelogue umrah kami, didoakan semoga Allah sentiasa merahmati Tuan dalam urusan seharian. 😊
Biasanya sebelum ni kami guna apps booking(dot)com untuk book hotel di Mekah dan Madinah. Cuma kali ni kami book direct guna apps hotel (World of Hyatt) sebab nak dapatkan membership rate yang lebih murah untuk hotel di Mekah. 😊
Waalaikumussalam. Buat masa ini, belum ada perancangan untuk buat pakej Umrah DIY lagi. Terima kasih atas cadangan. Kalau ada perkembangan nanti, saya akan maklumkan. 😊
Sebab suka nama bunga 😊 Sama macam orang yang namakan anak Orked, Rose, Kamilia.. Vanilla sebenarnya sejenis bunga yang tergolong dalam species Orkid 😊
@fathillahhasan3956 Nama Mirrah Diyana sangat cantik! Seronok apabila dapat bagi nama yang bermakna dan menggambarkan keindahan serta keimanan. Semoga anak-anak kita sentiasa menjadi hamba yang solehah dan diberkati. 🥰
info yg menarik dan detail utk sy yg non muslim..nk jejak sana mmg xdpt,mmpu tgk thru Leaving the nest 🥰
Betul tu, non-Muslim tak boleh masuk Mekah, tapi melalui video-video macam ni, at least korang boleh dapat gambaran dan faham sikit suasana kat sana. 😊
Sekarang ni Kerajaan Arab Saudi dah makin terbuka untuk pelancong. Korang boleh lawat Madinah dan tempat-tempat menarik lain guna tourist visa. Contohnya Al Ula, tempat bersejarah dengan kota Hegra yang dah wujud sejak 5000-2000 sebelum Masihi. Lagi best, kos kat Saudi masih reasonable buat masa ni. 😊
Assalamualaikum.... Terasa rindu sangat utk ke Haramain ni lagi... Saya dan Is3 baru balik kerja kan manasik Haji 1445H lalu. 45hari. Sebelum ni dah 3x Allah rezeki kan buat Umrah. Anak ke2 & menantu akan menyusul Umrah pd hujung tahun 2024 ni..so Semua keluarga kami sudah berUmrah....
Terharu tengok vlog Anak Beranak ni....
Kami cadangan Nak Umrah dlm bln Ramadan pulak.
Insya Allah.
Waalaikumsalam, SubhanAllah, sangat terharu dan gembira mendengar pengalaman Haji dan Umrah keluarga.
Alhamdulillah, rezeki yang sangat besar buat sekeluarga untuk menunaikan ibadah di tanah suci, dan sekarang anak serta menantu pula yang akan menyusul.
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan kurniakan Umrah yang mabrur. InsyaAllah, Umrah dalam bulan Ramadan sangat besar ganjarannya.
Moga Allah SWT terus memberikan rezeki dan kesihatan untuk kita semua kembali ke Haramain. Amin.
Sy Subscriber baru. Subhanawallah, dulu sy pernah terbaca blog tentang umrah DIY, lepas tu cari tak jumpa dah blog tu. Bersyukur sangat sebab jumpa channel ni. 🎉 teruskan buat utube ye 🙂
Alhamdulillah, terima kasih banyak kerana support ! Rasa sangat bersyukur bila dapat berkongsi info tentang umrah DIY. Memang niat kitorang nak tunjukkan yang umrah boleh jadi mudah, mampu dibuat sendiri dan kosnya jauh lebih murah dari pakej.
Terima kasih atas sokongan, doakan yang terbaik ya! 😊
Bestnya tengok. Nak bawa anak ke mekah, tapi belum ada rezeki lagi. Terima kasih share info especially hotel, boleh planning untuk future if nak ke mekah nanti.
Pasang niat dulu, InshaAllah Allah akan buka laluan dan permudahkan urusan. Mekah sentiasa tunggu kedatangan kita. Semoga rezeki tu datang tepat pada masanya. Aamiin 😊
Terus subscribe 😍both- wife n hasben sgt best buat vlog! Semoga family ini dlm rahmat Allah sentiasa amin
Alhamdulillah, terima kasih banyak atas sokongan dan doa yang sangat bermakna. Kitorang amat bersyukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan, termasuk sokongan ikhlas daripada Puan Tini Bashri.
Doa kitorang juga agar Puan dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk berkongsi kebaikan dan rezeki untuk kembali ke tanah suci. Amin, ya Rabb. ☺️
Alhamdulillah sgt menarik ni, nk g jgk buat umrah transit insyallah smoga dipermudahkan
Alhamdulillah! Seronok dengar bila ada orang tertarik dengan umrah DIY ni. InshaAllah, semoga urusan nak buat umrah transit dipermudahkan. Memang boleh jimat banyak dan akan dapat pengalaman baru. Kalau ada apa-apa soalan, feel free untuk tanya ye 😊
Alhamdullilah....umrah diy memang murah tap memcabar sb kena uruskan sendiri..comei vanilla pakai tudung..apapun muga dapat umrah yg makbul...
Betul, silap sebab ingat nak cuba hotel lain tapi rupanya baik stay hotel yang sama je yang kami pernah stay dulu. Umrah diy memang sangat murah especially bila bawak kanak-kanak dapat jimat banyak. Contohnya Ground cost dekat umrah kali ni cuma RM3k sahaja untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak, alhamdulillah 🥹
menarik.. umrah maqbullah inshaaAllah
Amin amin Inshaallah.. semoga Tuan juga direzekikan ke tanah suci untuk kesekian kalinya. Inshaallah.. ☺️
seronoknya tengok travelog awak..anak2 kami tgok terus teruja nak pi..mmg dok cari2 vlog utk bawa anak2 pula pi umrah..semoga awak sekeluarga dilimpahkan rezeki atas perkongsian menarik ni..
Alhamdulillah, terima kasih banyak atas kata-kata semangat tu! Seronok sangat dengar anak-anak pun teruja nak pergi umrah. InsyaAllah, saya doakan semoga urusan dan rezeki kalian sekeluarga juga dipermudahkan untuk sampai ke sana. Teruskan menonton dan semoga perkongsian ni memberi manfaat buat semua. Amin! 😊
MasayaAllah Tabarakallah…rindu suasana kat Mekkah….buat umrah DIY memang agak mencabar kan…kena2 utk dapatkan penginapan….terbaik perkongsiannya👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼comel tengok vanilla
@@AweLeechannel Terima kasih sebab sudi jadi antara yang terawal tengok travelogue umrah kitorang. Betul, suasana kat sini lain sangat2, sebab kita cuma fokus beribadah. Cuma tu lah, ingat saja nak try hotel lain tapi tak berkenan pulak. Lepas ni kalau ada kesempatan lagi ke Mekah, mungkin akan stay dekat Hyatt jugak sebab lebih mudah untuk ke masjid 🥹
Alhamdulillah perjuangan untuk melaksanakan umrah anda sekeluarga tercapai! Tahniah!
Amin, InsyaAllah. Semoga anda juga diberi rezeki yang sama dan dapat menunaikan umrah bersama keluarga tersayang. Terima kasih atas doa dan sokongan. 🥰🥰🥰
Alhamdulillah.. Tahun lepas saya dan suami pon nginap hotel yang sama. Memang bagus, dan dekat dengan masjidil haram. Breakfast nya memang lumayan sedap. InsyaAllah lain kali pon kami akan tempah hotel yang sama. 🤲🙏❤️🇸🇬🇸🇬🇸🇬
MasyaAllah terima kasih atas sokongan, jauh puan datang komen dari Singapore, kitorang doakan semoga puan dijemput lagi ke Tanah Suci, insyaAllah 🥹
Betul, hotel ni macam underrated, kalau dekat Malaysia tak banyak yang highlight hotel Grand Hyatt ni, walaupun location dia menarik dan dekat betul dengan masjid. Seronok bila balik masjid, dapat breakfast dekat sini, macam-macam ada 🥹
Aaminn ya robbal aalaminn. Terima kasih dengan doa ikhlas puan. InsyaAllah semoga kita semua dapat lagi beribadah di tanah haram.. Aaminn ❤️🇸🇬❤️🤲🙏
baru jumpa terus subscribe terbaik👍🏼👍🏼
Terima kasih banyak2 atas sokongan dan sudi luangkan masa tengok travelogue kami , semoga setiap perkongsian kami dapat memberi manfaat 🥹
@@LeavingTheNest sangat bermanfaat dan teruja🥰
Alhamdulillah, seronok tgk vlog ni.
Rindu Haramain ❤
Terima kasih banyak kerana sudi tonton vlog ni!
Semoga kita semua diberi peluang lagi untuk ke sana, inshaAllah. 🤗
@@LeavingTheNest In shaa Allah, Aamiin ❤️
assalamualaikum... last week saya stay kat Conrad Hotel. sebelah Hyatt. mmg best hotel2 situ dekat, murah n best
W’salam.. Terima kasih sebab sudi singgah ke travelogue kami.. Betul, kami pun suka hotel area situ, underrated sikit kawasan dia kan, tapi dekat sangat dekat entrance masjidil haram & tak terlalu crowded 😊
Thanks for sharing wonderful trip to Mekkah - Umroh, all the informatios are really details.
Glad you enjoyed it! Terima kasih juga sudi singgah & support channel kami. Semoga bermanfaat 😊
terima kasih bagi gambaran untuk mengerjakan umrah secara DIY. setiap penerangan saya dah catat dalam memori. nak apply visa tu mcm mana ye? plan nak bawak anak 4 org kecik2 ke sana tahun depan.
Online e visa dan ada insurans tau
Salam sis, saya cuba terangkan seringkas yang boleh ye. Ada beberapa jenis visa untuk ke Arab Saudi:
eVisa - SAR 395
• Medical Insurance Fees: Included
• Entry : Multiple entry, valid for 90 days dan sah untuk setahun.
• Cara Memohon: Melalui official website: Visit Saudi Arabia.
Visa on Arrival - SAR 300
• Medical Insurance Fees: SAR 95
• Entry: Boleh jadi multiple atau single entry, valid for 90 days dan sah untuk setahun (bergantung pada kelulusan kementerian).
• Cara apply : sampai je di Airport Saudi, gunakan self-service devices (KIOSK) atau terus ke passport control office untuk apply visa.
Transit Visa (96 jam) - Percuma
• Medical Insurance Fees: SAR 95
• Kemasukan: Single entry, valid for 96 hours.
• Cara Memohon: Boleh mohon semasa beli tiket di Saudia Airlines atau Flynas.
• Benefit : Dapat diskaun 50% untuk tiket Haramain Train. Apply thru website Saudia atau Flynas.
Dalam video ini, kami apply Transit Visa. Kelulusan dijanjikan dalam tempoh 24 jam, tapi kitorang dapat dalam beberapa minit je.
Buat Umrah sebenarnya lagi mudah daripada travel ke negara lain. Bila sampai di Jeddah, kita terus naik transport ke hotel di Mekah. Kalau tak boleh check-in lagi, kita boleh drop luggage dan terus buat Umrah. Sama juga bila tiba di Madinah, first, check-in dulu kat hotel. Kalau tak boleh, Ziarah Makam Nabi SAW. Lepas tu baru balik bilik. Fokus utama kita hanyalah dari hotel ke masjid. Aktiviti ziarah lain boleh kita selit sebagai aktiviti sampingan dalam itinerari.
Dan nanti download apps Nusuk untuk book slot masuk Raudhah. Masa kami pergi, tak perlu lagi book slot untuk buat umrah. Tujuan Nusuk ni untuk elak terlalu crowded jemaah dalam satu masa.
InshaAllah, kami doakan perjalanan umrah sis dan keluarga dipermudahkan dan diberkati. Harap penerangan ni membantu 😊
❤❤❤ Vaya-vanilla comelnyaa
Nasi gemok 😂
mmg best g umrah cara diy..dpt pilih hotel yg kita nak
Setuju sangat! Buat umrah DIY ni memang banyak kelebihannya. Boleh pilih hotel ikut bajet dan keselesaan sendiri. Lagi puas hati sebab semua ikut cara kita 😊
Tq share...vlog yg menarik!
Terima kasih banyak atas sokongan! 😊 Jangan lupa untuk subscribe dan ikuti episod-episod seterusnya dalam siri travelogue ni. Ada banyak lagi pengalaman menarik yang bakal kitorang kongsi, termasuk trip ke 5 Negara Central Asia dan Timur Tengah lepas ni. Stay tuned! 😘😘😘
Jalan lurus nampak clock tower biasa hotel2 sekitar ayah dan aziziyah
betul no direct access.. akak naik bus shuttle last year.. tak boleh jalan kaki ke masjid sbb ada road works
Haah, kitorang rasa tertipu sebab dalam website hotel Double Tree by Hilton tu kata ada direct access. Nasib baik juga masa tu book 2 tempat, satu dekat double Tree dan satu lagi Hyatt Regency Jabal Omar. Dekat Hyatt dapat rate okay juga dan jarak pun lagi dekat 😊
Terima kaseh dgn tips2 nya, maaf jgn marah puan cakap cepat sangat klu boleh cuba slowkan sikit.
@@jamsalleh7432 Terima kasih juga sebab sudi tengok travelogue kami.. minta maaf juga part bercakap tu, sebab orang Kedah memang auto cakap laju, nanti saya cuba slowkan sedikit ye 😊
Saya terpaksa ulang2 tengok... 😊
Terima kasih sharing trip umrah visa free ni. sebab memang ada rancang nak ke Umrah guna visa free 96jam ni. tapi masih lagi blur blur mcm mana step and process. bila try search youtube umrah DIY, ada video ni.. 👍👍👍
Inshaallah nanti kami buat episod lain untuk buat umrah & cost breakdown.
Sebab episod ni flow mula dari airport - haramain train - bus - hotel - umrah.
Mungkin agak bercampur aduk sikit. Kalau kami masukkan terlalu details takut video jadi terlalu panjang.
Apa yang kami cuba nak gambar dalam video ni adalah apa yang traveller umrah diy transit kena lalui. Dan ianya terpakai untuk umrah DIY lain juga.
Walupun nampak “leceh sedikit” sebab kena urus sendiri tapi percayalah. Ianya sangat berbaloi. Dan lagi ramai orang yang mampu untuk tunaikan umrah ni.
Sebab ground kos keseluruhan ni dalam RM5K lebih jer untuk 2 dewasa 2 kanak & yang paling penting stay dekat hotel 5 star yang sangat selesa & jarak ke Masjidil Haram kurang 50 meter.
Trip umrah ni kami tak pergi madinah. Sebab 4 hari takut terkejar-kejar sangat. Tapi kalau korang sempat buat umrah & ziarah Madinah balik hari kos masih lagi tersangat murah.
MashaAllah Tabarakallah. memang ternanti2 video detail macam ni nanti. terima kasih sudi sharing pengalaman and trip. Semoga Tuan Puan sekeluarga di limpahi rahmatNYA @@LeavingTheNest
ye betul boleh ke bgi details cara umrah DIY mula dari kl n breakdown cost .. insyaallah mcik berhajat nk g ramai anak menantu n cucu2 syukur d rezkikan terjumpa vlog adik ni… alhamdulillah…. sudi sharing….
Assalamualaikum, Makcik!
Alhamdulillah, syukur jika vlog saya dapat memberi inspirasi untuk makcik sekeluarga. Saya akan kongsikan cara Umrah DIY dan breakdown kos berdasarkan pengalaman saya. InshaAllah, makcik boleh jimat banyak dengan perancangan yang teliti.
1. Flight Tiket
* Kedua-dua hala: Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah atau Madinah.
* Kos bajet:
* Return flight (contoh: AirAsia X atau Saudia Airlines): RM2,000 - RM3,000.
* Periksa promo tiket awal, biasanya 3-6 bulan sebelum tarikh perancangan.
* Pro tip: Kalau transit di negara lain (contoh: Dubai atau Maldives), tambang lebih murah!
2. Penginapan
* Tempah hotel guna platform seperti Agoda, Booking.com, atau Airbnb.
* Atau boleh terus ke website hotel jika ada contohnya www.hyatt.com
* Cari hotel berhampiran Masjidil Haram atau Masjid Nabawi (pilih yang dalam jarak 500m jika bersama keluarga besar).
* Kos Bajet: 3-5 Star Hotel
* Mekah: RM700-RM800/malam (2-4 orang per bilik)
* 2 minggu sebelum tarikh, hotel lebih murah.
* Kalau terlalu awal atau lambat sangat jadi mahal
3. Pengangkutan
* Dari Jeddah ke Mekah:
• Teksi: RM200-RM300 (untuk 4-6 orang).
• Alternatif: Bas SAPTCO (RM50/seorang).
* Haramain Train :
Mekah ke Madinah:
• Bas SAPTCO: RM50-RM70/seorang.
• Kereta sewa: RM300-RM400 sehari (boleh kongsi kos).
* atau boleh je naik ehailing macam careem/Uber, Kos lebih murah dari teksi biasa.
* Haramain Train :
Ekonomi Class: Lebih murah.
Jarak perjalanan:
• Jeddah - Makkah: Bermula sekitar SAR 40 - 50 (Ekonomi).
• Jeddah - Madinah: Bermula sekitar SAR 150 - 170 (Ekonomi).
• Makkah - Madinah: Bermula sekitar SAR 230 - 250 (Ekonomi).
Book lebih awal, harga lagi murah. Kalau last minute atau peak season harga jadi mahal. Kadang-kadang kalau ada rezeki, dorang ada buat offer 50%.
4. Makan dan Minum
* Makanan boleh sangat jimat jika makcik beli di pasaraya atau kedai lokal.
* Kos Bajet:
• Makan : RM30-RM50/pax sehari
5. Perbelanjaan Tambahan
* eVisa : SAR 395 (website KSA) atau
* Visa on Arrival: SAR 395 (apply masa sampai airport)
* Ziarah tambahan (optional):
* Ziarah tempat bersejarah di Mekah dan Madinah (kos dalam RM50-RM100/pax untuk van sewa).
Tips Tambahan:
1. Rancang Itinerary:
• Buat pembahagian hari antara Mekah dan Madinah, contohnya:
• Hari 1-4: Mekah (umrah & ibadah).
• Hari 5-7: Madinah (ziarah dan ibadah).
2. Sediakan Dokumen Lengkap:
• Passport sah laku 6 bulan.
• Salinan vaksinasi Meningococcal (wajib).
3. Bawa Barang Keperluan:
• Telekung, ihram, kasut/sandal mesra wudhu.
• Power bank dan Pocket WiFi (untuk komunikasi keluarga).
4. Dapatkan Aplikasi Penting:
• Nusuk App: Untuk tempahan masuk ke Raudhah (Masjid Nabawi).
• Google Maps dan Google Translate (untuk memudahkan perjalanan).
Semoga niat makcik dipermudahkan dan makcik dapat bawa keluarga ke tanah suci dengan selesa dan penuh barakah. Amin Ya Rabb!
Salam bolih beri tahu Cara yg cukup murah rasanya untok buat Umrah
Wasalam
Kalau nak buat umrah DIY dengan low bajet macam kitorang ni, ada beberapa cara untuk jimat.
Pertama, cari tiket flight murah. Selalu check promo, book awal atau beli masa sale untuk dapat harga murah.
Flight transit dari KL ke Jeddah melalui negara lain, macam Manila, Jakarta, Singapore pun kadang-kadang lebih murah.
Untuk penginapan, tak perlu stay hotel mahal. Banyak hotel atau guesthouse bajet dekat Masjidil Haram yang selesa. RM600-RM700 boleh dapat 4-5 malam.
Visa boleh apply online. Dan boleh atur pengangkutan dan penginapan ikut kelapangan dan kesuaian masa kita.
dan kalau pergi ramai, share kos hotel & transportation akan jadi lebih murah.
Untuk makan, cari je makanan kat food court, pasaraya, atau kedai makan biasa tepi jalan.
elakkan pergi waktu puncak macam bulan Ramadan atau musim Haji sebab harga flight dan hotel memang mahal.
Alhamdulillah
Umrah diy murah sangat mencabar
Kalau boleh bagi detail mula2 nak pergi umrah sbb perlu ke visa umrah
Dan boleh ke umrah diy terus dari Malaysia
Maaf bertanya
Sbb memang saya dah pergi umrah haji melalui pakej
Tapi kalau ada murah lagi bagus
Alhamdulillah, memang betul Umrah DIY ni agak mencabar, tapi dengan perancangan yang teliti, ia boleh jadi pengalaman yang menyeronokkan. Urusan jadi lebih lancar, lebih fleksibel, dan paling penting kosnya lebih mampu untuk semua orang. Untuk visa Umrah pula, boleh terus apply dekat website Saudi.
Ada 3 jenis visa yang boleh dipohon:
1. eVisa - SAR 395
• Medical Insurance: Dah termasuk
• Entry: Multiple entry untuk 90 hari, valid selama setahun
• Cara Apply: Dekat website rasmi Visit Saudi Arabia
2. Visa on Arrival - SAR 300
• Medical Insurance: SAR 95
• Entry: Multiple atau single entry untuk 90 hari, valid setahun (bergantung kelulusan)
• Cara Apply: Bila sampai di airport Saudi, guna self-service KIOSK atau terus ke passport control office untuk apply visa on arrival
3. Transit Visa (96 jam stopover) - Percuma
• Medical Insurance: SAR 95
• Entry: Single entry, valid 96 jam sahaja
• Cara Apply: Semasa beli tiket Saudia Airlines atau Flynas. Boleh dapat diskaun 50% untuk tiket Haramain Train juga.
Untuk DIY, saya sarankan buat untuk Umrah sahaja. Untuk Haji, lebih baik melalui pihak yang lebih arif untuk pengurusan yang lebih tersusun sebab Haji DIY mungkin akan menghadapi banyak masalah dengan pihak berkuasa Saudi.
😊
maksud akak.. kita tak payah beli tourist visa for transit in jeddah?
kalau saya transit di dubai pun tak payah beli visa?
Tak perlu beli Tourist Visa atau Umrah Visa, cuma perlu bayar kos Transit Visa sahaja.
Transit Visa ni sebenarnya free, tapi ada caj Medical Insurance sebanyak SAR 95.
Visa ni hanya boleh apply kalau transit di Jeddah atau Madinah, dan mesti melalui dua airline sahaja iaitu Saudi Airlines atau Flynas. Tiket pula wajib beli terus dari website rasmi, tak boleh melalui 3rd party.
Masa beli tiket tu, apply terus. Payment transit visa tu kita akan bayar sekali dengan harga tiket. 👌😊
Kalau ke Dubai, kita Malaysian tak perlu apply Visa. Boleh keluar airport walaupun transit. 👌😊
Tq for sharing, nak tanya kalau naik flight ada beli seat/free seating? Ada tips ke kalau nak duduk sekali klu tak beli seat? TIA
Boleh try buat online check in seawal mungkin. Kalau dah buat online check in awal tapi masih tak dapat seat sekali, boleh cuba request tukar seat dekat kaunter masa nak check in luggage. Boleh cuba datang awal ke kaunter jugak time tu so that peluang untuk tukar seat dan duduk sekali lebih tinggi 👍
@@LeavingTheNest terima kasih
@@robzomba6536sama-sama 😊
amin
Amin amin ☺️
sis rekod pakai camera apa ? phone ja ka
Ye betul, kitorang rekod guna handphone je, setting video 4k 60fps 😊
Assalamualaikum sis, thank you for sharing your journey diy umrah dan keluarga, boleh saya tanya luggage sis tu size apa utk train?
Waalaikumsalam! Terima kasih banyak sebab sudi follow perjalanan DIY umrah kami sekeluarga 😊. Untuk luggage, kitorang guna saiz 28 inci masa naik train. Memang muat dan takde masalah, alhamdulillah. Kalau ada apa-apa soalan lain, jangan segan-segan tanya ya! 😊
Terima kasih atas tipsnyaa..boleh saya tahu penggunaan stroller bila masuk train mcmana ya?
Terima kasih juga sebab sudi tengok travelogue umrah kitorang.. untuk stroller, lepas masuk train tu, kitorang lipat dan letak sekali dekat tempat simpan luggage 😊
@@LeavingTheNest terima kasihhh utk reply di atas. Pihak hhr masih strict tak saiz luggage ya?
@farahshuib haritu dorang tak check pun. Kitorang bawak luggage 28” so far okay. 👍👍
@@LeavingTheNest tqq 🌸🌸insyaallah saya akan gunakan tips puan untuk umrah diy saya next Jan
Salam sis,berapa harga transit visa ni?setahu sy dlm 80 euro jgk,kalau sy better ambil visa on arrival,harga lebih kurg tapi dapat multiple entry
Wasalam, kami transit visa, Harga masa kami bayar haritu RM118. stopover maximum 4 hari & dapat free 1 malam hotel 4 star di Jeddah.
Cuma kami tak stay jeddah sebab nak setelkan umrah cepat-cepat. Hotel dia bagi hari 1st day jer. Tak boleh pilih date.😊
@@LeavingTheNest oo okay sis,tq for the info
Welcome 🤗
Kami dtg 1/14 Disember ni diy jer sadaf hotel jer
Alhamdulillah. Dapat jemputan untuk Umrah. Semoga perjalanan umrah nanti dapat memberi ketenangan jiwa dan diperkuatkan iman.
Jangan lupa menjaga kesihatan dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.
Selamat menunaikan umrah, semoga Tuan Kamal & pasangan pulang nanti dengan penuh kebaikan. 😃
@@LeavingTheNest ada kah di Airport KLIA perlu suntik vaksin
Tak perlu. Sekarang dorang dah tak check vaksin macam dulu-dulu. Dulu kena ambil vaksin dulu baru dapat buat visa umrah 🥹
Seronok nya
Alhamdulillah 🥹
Asalammualaikum. May i know the size of your luggage tat u use?
Waalaikumusalam, My luggage size is 28” 😊
salam pn untuk hotel kt jabal omar tu kena byr cash atau byr pkai cc?
Wasalam, dua-dua pun boleh. Cash atau Debit/Credit Card 😊
salam sister nak tanya, naik train boleh bawa luggage besar2 tu ya? I ingat kan tak bolehhh sebab travel agent bgtau mcm tu 😅 lagi satu nak tanya route dari mana ke mana ya? btw kami baru balik haji and rinduuuu sgt nak ke haramain bawa kids pula. thank you for sharing your great experience!
Salam, boleh je bawak luggage besar, memang ada tempat storage yang disediakan untuk simpan luggage. Kitorang bawak 2pcs luggage 28”. Untuk yang umrah transit ni, kitorang dari Dubai balik KL transit Jeddah 4 hari.. terima kasih jugak sebab sudi spent your precious time tengok travelogue kitorang, semoga ada rezeki puan untuk bawak anak2 pulak nanti, insyaAllah 🥹✨
Salam..macam mana nak isi nama tiket First & Last name untuk Saudi Airlines? contoh nama Muhammad Ali Bin Aziz
Salam, biasanya untuk Saudi Airlines, kami isi macam ni -
First Name : Muhammad Ali bin
Last Name : Aziz
Hope it helps 😊
@@LeavingTheNest Oo kiranya sama mcm airlines yg lain
Maaf nak Tanya, total kos berapa? Saya teringin nak kesan dengan suami dan anak
Umrah DIY kali ni, kami buat umrah transit. Free Visa cuma perlu bayar Insuran dalam RM 118 seorang. Free Visa ni akan dapat kalau beli tiket flight dengan Saudia Airlines & Flynas Airlines sahaja. Tiket haramain train pun dapat discount 50% bila kita pilih option umrah transit.
Dan boleh stopover untuk maximum 4 hari ni termasuk free one night stay hotel 4 star di Jeddah.
Umrah kali ni kami hanya stay Mekah & tak buat ziarah Madinah. Atas faktor dah pernah ziarah & takut anak-anak penat. Tapi kalau nak buat juga, boleh pergi balik hari. Sempat jer.
Anggaran ground kos sepanjang 4 hari ni termasuk hotel 5 Star, transportation, makan lebih kurang RM 3k untuk 4 orang.
Saya sengaja highlight 5 star sebab nak tunjukkan, yang kalau kita pergi sendiri, total ground cost dengan harga sedemikian, boleh cover hotel 5 star yang selesa & dekat dengan masjid berbanding jika pergi dengan pakej travel agent.
Iq cerdik
@@LeavingTheNestthanks for sharing cuma pendapat saya tak bole compare kos umrah diy dgn pakej umrah secara terus kerana jumlah hari dan aktiviti tak sama spt ziarah dan perkhidmatan mutawwif yg berpengalaman dlm sirah madinah/mekah (dapat ilmu dan pengajaran)
bagi saya kelebihan umrah diy lebih pada ziarah pendek dan pilihan memilih hotel
anyhow, keep sharing, terima kasih atas perkongsian
@YaFazka Salam, terima kasih atas pandangan yang sangat baik. Betul, saya setuju bahawa Umrah DIY secara transit menggunakan kelebihan free stopover visa dari kerajaan Saudi Arabia dan pakej dari travel agency memang tak boleh dibandingkan secara *apple to apple*, terutamanya dari segi aktiviti ziarah, perkhidmatan mutawwif, dan pengalaman sirah di Madinah dan Mekah.
Namun, untuk memberi gambaran yang lebih jelas dari segi kos, kos keseluruhan Umrah DIY pertama saya adalah RM1359 (ground cost untuk 3 orang) dan tiket penerbangan RM2800 seorang.
Manakala untuk Umrah DIY kedua, ground cost RM2437 (ground cost untuk 3 orang) dan tiket penerbangan RM665 seorang.
Jadi, walaupun ambil kira semua perbelanjaan ini, kosnya masih jauh lebih murah berbanding pakej travel agent.
Selain itu, di sini juga kita boleh hire mutawwif jika diperlukan, dan kosnya masih lagi berpatutan.
Yang penting, Umrah DIY ni memberi fleksibiliti dari segi bajet supaya setiap orang dapat mengutamakan untuk melaksanakan kewajiban yang dituntut dengan cara yang paling mampu.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan, pendapat dan pandangan Tuan/Puan. Semoga setiap perkongsian yang diberi dapat memberi manfaat kepada mereka yang membaca 👍😊
@@YaFazkasaya ikut insaff travel 22 hari 20mlm cuma 8k saja semua d uruskan.tiket hotel transport lawatan visa...mutawif n tour leader.
Assalamualaikum..nk tanya...masa check in hotel di jabal omar tu... deposit guna credit card atau cash?tq
W’salam.. dorang tak caj deposit masa nak check in. 😊
@@LeavingTheNest tq
You’re most welcome! 😊
bdk2 kecik kena vaksin jgk ka
Sekarang dorang tak check vaksin kalau nak masuk untuk buat umrah (sebelum ni wajib ambik vaksin meningococcal). Tapi both Emir & Vanilla kitorang akan ambil vaksin influenza setiap tahun. 😊
@@LeavingTheNest ohh noted
salam puan, anak perempuan umur berapa yer? dah tak pakai pampers kan? seronok tgk dia tak meragam dan tak asik nk suruh dukung.
Salam, umur dia 4 tahun. Alhamdulillah rezeki jugak sebab jenis tak meragam. Betul, dia dah tak pakai pampers tapi untuk tawaf and masa tidur dekat hotel kitorang pakaikan je takut kalau dia nak terkencing tapi tak sempat nak ke toilet. ☺️
Umrah transit ni memang tak boleh masuk Madinah ziarah Rasulullah ka?
Boleh je nak ziarah ke Madinah masa umrah transit, tapi masa memang terhad. Visa transit tu valid untuk 96 jam je. Boleh buat day trip, naik Haramain train, ambil masa dalam 2 jam setengah dari Mekah. Kami tak pergi sebab baru lepas travel 2 minggu dari Manila ke Dubai. ☺️
kain ihram beli kt airport Dubai?
Tak, bawak dari Malaysia Tuan. Tapi boleh beli di Dubai. Sebab bila turun di Jeddah ke siap2 pakai sebelum sampai miqat.
Kalau turun di Madinah dulu, boleh beli dekat sana je, lebih mudah. Tak berat beg, cost dalam SAR15-30 sahaja.
Bin Dawood kan ado😂
Kitorang kalau Bin Dawood memang syiok dapat beli buah pelaga murah. Dah la fresh hijau lagi. Kat Malaysia mahal dan warna pun coklat 😂
Hilton jabal omar tkde la jauh smpai 1km 😂😂😂😂... Over lah....😂😂😂
Betul Tuan , Hilton Jabal Omar memang tak jauh dengan Masjidil Haram, sebelah je dengan Hyatt Regency Jabal Omar yang kami stay dan jarak ke Masjidil Haram cuma 69 meter dan berada dalam bangunan yang sama dengan Jabal Omar Mall. Sangat dekat.
Yang jauh seperti yang disebut dalam vlog adalah Double Tree by Hilton Jabal Omar. Jarak Double Tree by Hilton ke Hyatt Regency/Hilton Jabal Omar sahaja dah 850 meter (Google Maps) dan berbukit.
Dalam apps Hilton memang dinyatakan jarak Double Tree by Hilton adalah 820 meter (0.51 miles) dan dinyatakan juga ada private access terus ke Jabal Omar Mall menjadikan jarak ke Masjidil Haram lebih dekat, sebab tu kami pilih untuk stay dekat situ at the first place,
Tapi bila kami sampai, rupanya private access tu tak wujud pun untuk Double Tree by Hilton.
We booked the place because of the private access facilities walaupun dalam apps memang dah bagitau jarak 820 meter lebih, tapi bila sampai private access tu tak wujud pun.
It’s not about over reacting but that was how we felt when the real situation was not like what they mentioned in their apps and we didn’t expect a misleading info from a 4-star hotel.
Terima kasih sebab sudi tengok travelogue umrah kami, didoakan semoga Allah sentiasa merahmati Tuan dalam urusan seharian. 😊
Untuk booking hotel di mekah madinah guna app apa ya?
Biasanya sebelum ni kami guna apps booking(dot)com untuk book hotel di Mekah dan Madinah. Cuma kali ni kami book direct guna apps hotel (World of Hyatt) sebab nak dapatkan membership rate yang lebih murah untuk hotel di Mekah. 😊
Assalamualaikum.puan tak ada bercadang utk buat pakej Umrah DIY ke☺️
Waalaikumussalam. Buat masa ini, belum ada perancangan untuk buat pakej Umrah DIY lagi. Terima kasih atas cadangan. Kalau ada perkembangan nanti, saya akan maklumkan. 😊
kenapa bagi nama anak vanilla?
Sebab suka nama bunga 😊
Sama macam orang yang namakan anak Orked, Rose, Kamilia.. Vanilla sebenarnya sejenis bunga yang tergolong dalam species Orkid 😊
Ye laa mcm saya suka tengok org cantik yg pandai beragama sangat solehah jadi namakan anak Mirrah Diyana.Alhamdulillah.
@fathillahhasan3956 Nama Mirrah Diyana sangat cantik! Seronok apabila dapat bagi nama yang bermakna dan menggambarkan keindahan serta keimanan.
Semoga anak-anak kita sentiasa menjadi hamba yang solehah dan diberkati. 🥰
Trmksh berkongsi video nya... Pak Arab pun penipu juga ekk
Sama-sama Tuan. Pergi mana-mana negara pun ada. Sebab tu sentiasa kena beringat & berhati-hati. 😊
Hi, nak tanya the visa valid if tarikh flight within 90 days je ya? Takleh beli awal than that lahkan 🥹
Ye betul, stopover visa valid within 90 days je and maximum stay 96 jam.. 🥹