Pernah belajar dan duduk sana 6 tahun, 2008-2014, begitulah local Arab Mesir dengan suasana crowdednya dan ekonominya macam India/Indonesia, kalau jumpa Arab Mesir yang baik tu baik sangat, kalau jumpa yang suka scam tu kita ambik pengajaranlah, dan berjaga-jaga supaya tak kena scam kali kedua. Saya cadangkan next time kalau sis nak repeat Mesir lagi, boleh pergi pada bulan Ramadhan, sangat meriah, MasyaAllah Tabaarakallahh 🥰, ramai orang pegang Quran, semua orang nak bersedekah. Alhamdulillah, seronok pergi Mesir sebab banyak sejarah Nabi, orang-orang Soleh, next time boleh daki Gunung Sinai jugak, Dahab menghadap Laut Merah, Terusan Suez adalah diantara Laut Mediterranean dan Laut Merah, ada satu tempat di Sinai boleh nampak sempadan Palestine dan Jordan A very big country to explore. Teruskan buat vlog travel ye, saya suka follow vibe positive She and family, dan jujur dalam review semua keadaan dlm travelog sis sekeluarga 🥰
6 tahun duduk kat Mesir tu satu tempoh yang lama juga. Mesti dah lalui macam-macam asam garam orang kat sana kan. Respect betul sebab bukan senang nak adapt dengan suasana kat situ. Saya memang dah expect Mesir ni crowded, tapi tak sangka suasananya hampir sama dengan Indonesia atau India. Mungkin sebab Kaherah tu terlalu padat sangat dengan manusia. Tapi honestly, saya jumpa ramai orang baik-baik kat sana. Alhamdulillah kitorang tak kena scam langsung selain kes hotel tu. Driver-driver Careem pun okay je, siap boleh sembang lagi walaupun macam ayam itik. 😂 Satu benda yang saya kagum, peniaga kat sana tak mendesak. Kita tanya barang, tapi tak jadi beli pun, dorang rileks je, tak marah-marah. Ada negara lain, silap hari bulan, kena marah sebab tak beli. Kitorang memang ada plan nak travel bulan Ramadan, especially ke Saudi. Tapi tulah, tiket flight time tu mahal sangat. Tak terfikir pulak nak ke Mesir. Rasanya boleh masuk bucketlist next trip sebab negara ni besar & banyak lagi tempat menarik yang belum explore. Terima kasih sebab follow travelog kitorang. Kalau ada terkasar bahasa atau tersasul perkataan yang tak sesuai, minta maaf ya. Biasalah, dah terbiasa cakap bahasa pasar. 😊
Suka tengok travelog leaving the nest ni sebab boleh tengok situasi sebenar sesuatu tempat tu, bukan tunjuk yang indah semata. untuk kita yang belum pergi/bakal pergi, this is really helpful. thank you! semoga dilimpahkan lagi rezekinya, boleh bawa kami virtual travel sokmo.
Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak sebab support dan hargai travelog kitorang! 😊 Memang tujuan utama to show the real situation, bukan yang pretty side je 😅, sebab nak korang dapat gambaran jelas sebelum travel. Jadi apa yang kitorang lalui, kemungkinan besar korang akan lalui benda sama juga. Kalau benda tu tak baik, korang boleh elak. Tapi kalau benda tu ok, korang boleh terus follow je. Doakan kitorang murah rezeki lagi, supaya nanti boleh bawak korang jalan-jalan secara virtual ke tempat-tempat lain pulak lepas ni. Stay tuned okay! 💕 ☺️☺️☺️
Betul, kat sini Proton memang laku. Kerajaan Malaysia dengan Mesir baru je buat JV baru dan Dec 2024 lepas Proton buka kilang CKD dekat Cairo. Dengan adanya kilang ni, Mesir akan dapat skill dan expertise dalam pemasangan kereta. Kilang baru ni boleh hasilkan 20,000 unit setahun. Diorang memang plan nak jadikan Mesir sebagai hub untuk pasaran Afrika Utara. ☺️
InshaAllah kalau ada rezeki, kita jumpa nanti. Memang dalam plan nak cover the whole Germany, cuma bila tu tak sure lagi. Tengah tunggu masa yang sesuai. 😊
@@Hooomann-u8p MasyaAllah tabarakallah, terima kasih sangat2 atas sokongan untuk channel kecil kitorang ni. Kitorang travel cara simple je sebenarnya, seronok dapat tengok perbezaan budaya dekat negara luar. Terima kasih banyak2 lagi sekali sebab sudi luangkan masa tengok travelogue kitorang 🥹
@@aminahudin3527 terima kasih sangat2 sebab sudi spent time tengok travelogue kitorang, we truly appreciate. insyaAllah next episode kami release hari sama, Ahad 19/1. Terima kasih banyak2 lagi sekali 🥹
Kena repeat lagi la nampak gaya nya sebab tak try dulu 😂😂😂 Sebenarnya kitorang takut nak try sebab risau sakit perut. Gerai tepi jalan tu nampak tak bersih dengan habuk sana sini.. takut nanti sakit perut, program tergendala pulak 😂😂😂
Sy pnah spai Kaherah dan Iskandariah circa 2016, askar mmg ada merata2.. Morsi da djatuhkan masa tu… scam tu biasa di Mesir rsnya.. Mesir jgak krg bersistem dan agk chaos.. 😅.. jmpa unta tgh jln raya kot.. 😅
Wah, 2016 dah sampai, interesting jugak tu! Tak taulah banyak tak beza dulu dengan sekarang. Dulu masa Morsi digulingkan memang banyak dengar dalam berita je, tapi bila sampai sini baru boleh dapat gambaran macam mana keadaan kat sini. Kitorang pun ada cuba tanya driver Careem pasal Morsi & El Sisi, dia just senyum je, macam takut nak cakap lebih. Mungkin ingat kitorang ni spy kot 😂 Kalau jalan raya pulak, memang stress sikit dengan jem. Bunyi hon memang tak habis-habis, tambah lagi dengan driver yang suka buka tingkap sebab aircond rosak. Rasa macam kat India pun ye jugak tapi tetap best pengalaman tu sebab rare 😂
Rindunya egyptt🥹Saya yang pernah study kat mesir pun pernah kena scam kat giza🤣.Walaupun senior banyak kali pesan hati2 tapi terkene juga😂.Jangan lupa try minum jus2 kat sana sedap.Kunafa pun best..Kalau nk bawa balik kunafa by hand carry boleh try grand kunafa (غراند كنافة)..Minta dia bungkus sbb nk bawa balik Malaysia hehe..Kosyarii my fav😋..Jangan lupa pergi pasar kat sana best buah2 n sayur murah 😋..
Rindunya Mesir kan! Haha, kitorang masa kat Giza semua seller atau orang kuda/unta offer je, kitorang terus buat-buat tak faham. Macam dorang tengah cakap sorang-sorang je 😂. Padahal teringin jugak nak naik unta, tapi sebab baca bad review teruk sangat, terus skip je. Jus-jus atau street food kat pasar pun tak try sebab takut memerut 😂. Yelah, tak biasa tempat tu, takut susah nak cari toilet pulak. Kosyari memang kitorang makan sebab driver Careem recommend, memang sedap gila! Tapi bab buah-buah ni ada cerita kelakar sikit, masa nak beli strawberry, dah survey dekat sosmed harga sekitar RM3-5 sekilo ( lepas convert). Masa nak beli, tiba-tiba seller ubah-ubah harga sampai nak charge RM25 sekilo! Terus skip sebab tak nak kena scam. Tapi apa pun, Mesir ni memang best gila dan wajib repeat kalau ada rezeki lagi! 😂
@ hehe yee betul tu kat egypt susah nk cari toilet 🤣 ..Saya kalau pergi darrasah akan singgah masjid al azhar n toilet kat situ pun buka waktu solat je🤣 Tak sabar nk tunggu next episode..Rindu nk tgk kemeriahan kat sana..Yg psal buah tu maybe dorg tgk pelancong ni boleh scam🤣.Kalau dgn kami student mmg bertekak lah😁.Apapun kalau jalan2 kat sana kene berhati hati sbb banyak pickpocket,kalau main fon atau nk rakam suasana kene extra berhati hati juga tgk kiri dan kanan..Banyak kes pelajar tgh main fon sambil jalan tiba2 ada org lalu tepi dorg terus bawa lari phonee
Owh review macam ni lah yang kitorang cari sebelum pergi sana. Bab tipping, pickpocket & scam tu memang banyak dah baca, tapi kalau sampai level ragut tu memang extreme jugak. Alhamdulillah, setakat ni Allah masih lindungi kitorang. Masa kat Pasar Khan El Khalili, kitorang takut betul nak rekod. Pergi pulak hari Sabtu minggu pertama, manusia ramai gila! Masa tu Vanilla masih depend dengan stroller, memang agak kurang bijak betul guna stroller dalam keadaan sesak macam tu 😂😂😂. Masa kat Masjid Hussein, kitorang terkejut sebab masjid besar macam tu tak ada tempat ambil wuduk langsung 😂. Kena keluar perkarangan masjid untuk amik wuduk. Pastu, culture Istighasah kat sana pun agak seram jugak untuk first timer macam kitorang. Sampai ada yang bergaduh dengan Imam masjid nak suruh buka Makam Hussein. Memang pengalaman unik betul 😅
@ Yupp betul pasar khan el khalili tak sesuai nk bawa stroller lagi2 hujung minggu🤣.Alhamdulilah Allah lindung kalian sekelurga.Sebut pasal pasar ni kawan sy pernah kene toreh beg kat sini maybe lps dia keluar duit kat bank pickpocket tu follow dia..dalam sesak2 tu beg dia kene toreh..hilanglah 4000 le masa tu.Sedih juga member sbb nk beli buah tangan untuk family . Satu lagi klau org perempuan kene hati2 juga jangan jalan sorang2 atau naik kenderaan awam sorang2 (kene aware dgn situasi sekeliling)sebab kat sana ada sesetengah yg suka mencabul.Contohnya sy sendiri hampir terkene kejadian di dalam bas menuju ke pasar khan el khalili..sy pakai tudung labuh yg bulat tu duduk di tepi tingkap sy dapat rasa ada tangan org drpd belakang masuk dalam tudung saya melalui tepi..dia cuba untuk pegang payud*r* saya (sebab sy duduk tepi tingkap kan) sy terus pandang belakang bangun dan jerit🤣 yang orang local tu pandai buat2 taktahu apa2..Acah2 pelik kenapa saya jerit..alhamdulilah dalam tu ramai ustaz2 malaysia dan indonesia yg tolong saya..saya jerit marah2 org local tu ..semua org dalam bas terkejut..Akhirnya org yg cuba mencabul saya tu turun bas maybe sbb takut ramai dalam bas tolong saya..Tentang istighasah tu mmg betul 😅. Apapun,sy bukan nak cerita keburukan dekat sana cuma nk pesan berhati hati dengan keadaan sekeliling.Biasalah negara orang kan.Tak semuanya tak baik masih ada yg baik yang boleh diambil pelajaran😊.InshaAllah moga permusafiran dipermudahkan❤️
Allahu, 4000 tu banyak kot! Sebab tu kitorang memang extra careful masa travel. Walaupun bawa daypack, duit & passport semua kitorang letak dalam poket baju kat dada. Takpelah nampak gemuk sikit, janji selamat. 😅 Handbag, wallet, IC pun memang kitorang tak bawa langsung masa travel. Trauma juga bila dengar cerita macam ni. Awareness macam ni penting kot, especially untuk solo traveller, lagi-lagi perempuan. Kes macam sexual harassment dalam bas tu pun dah kira extreme, sebab dorang berani buat kat tempat ramai orang. Memang kena sentiasa alert. Apa yang sis share ni bukan nak burukkan Mesir, tapi lebih kepada nak bagi heads up. Sebab kadang orang tak dapat bayangan sebenar keadaan kat sana, especially yang baru first time datang. Kitorang ni traveller je, yang betul-betul tahu situasi sebenar mesti student atau orang yang dah lama duduk kat sana. Terima kasih sangat atas perkongsian ni, sis! Ilmu macam ni memang priceless. Harapnya orang yang baca pun tak salah faham, sebab kita semua share ni supaya semua orang lebih berhati-hati. Sebab honestly, Mesir ni memang sangat best, banyak benda menarik yang tak ada kat tempat lain. Kita boleh menilai dari perspektif/pov orang Malaysia. Semoga perkongsian ni jadi pahala berterusan untuk sis. Terbaiklah! 😊
Kitorang dengan Filipino okay je, takde masalah langsung. Mungkin tak jumpa lagi kot 😅. Tapi kalau dengan India 🇮🇳, tak tahu lah kenapa attitude dorang macam lain sikit. Bukan nak main race card, tapi pelik jugak, warganegara lain semua friendly, senang je nak deal. Tapi kalau dorang, macam seboleh-boleh nak susahkan urusan. 😅 Kadang rasa macam, “Kenapa susah sangat nak buat benda simple?” Tapi, tak semua la macam tu. Mungkin kebetulan kitorang banyak kali jumpa yang tak best je kot. 🥺🥺🥺
Thank you for the offer. At the moment, I am focusing on my current projects, so I have to pass on this collaboration. However, I truly appreciate the opportunity and hope we can work together in the future. ☺️
Sebenarnya agak susah nak dapat gambaran sebenar macam mana Mesir ni sebelum datang. Dalam kepala still terfikir negara “Arab” ni negara kaya. Bila sampai sini, baru sedar sebaliknya. Memang ada baca bad review, tapi kebanyakan dari tourist je, bukan dari student. Saya pun belum pernah jumpa review dari orang yang dah lama menetap kat Mesir. Jadi bila sampai sini, agak terkejut sebab ingatkan lebih kurang macam Mekah, rupanya lain pulak. Tak pasti lah kehidupan student kat sini susah ke tak. Nanti cuba tanya adik 😅😊
Sorry, tak sempat nak edit sebab ada kerja hakiki dan anak-anak yang kena uruskan jugak 🥹🥹 Satu episod je pun dah makan masa 4-5 hari untuk siap edit. Kalau buat 2 episod, nanti terkejar-kejar dan boleh burnout. Sorry sangat-sangat! 🙏🏻🙏🏻 Tapi terima kasih banyak-banyak sebab terus support kami! 🥹🥹
Kitorang ni sebenarnya tumpang rezeki Vanilla dan Emir lah untuk travel 😂. Harapnya pengalaman ni boleh jadi kenangan manis dan ilmu berguna untuk dorang bila besar nanti. 😊
Alhamdulillah sangat, syukur dapat hotel dengan view yang memang tersangat cantik, murah pulak tu 😂. Masa dekat hotel scam tu, banyak benda off record sebab terlalu tension. Review bilik pun tak sempat nak buat sebab penat sangat, awal pagi buta dah gerak dari Kuwait nak ke sini. Bilik hotel scam tu memang kelakar. Nampak je ada langsir, tapi sebenarnya takda tingkap pun 😂. Bilik pulak bau kepam tahap busuk yang tak boleh bawak bincang. Macam mana nak tidur dengan tenang macam tu 😂. Book bilik besar, tapi dorang bagi bilik kecik. Nak minta refund pun susah. Dia nak bagi refund dengan syarat kena cancel stay dekat booking.com dulu, supaya kita tak boleh tinggalkan bad review. Lepas cancel, rupanya dia cuma refund untuk 3 hari je, lagi 1 hari burn terus. Yang buat sakit hati, payment masa bayar wajib cash in USD, tapi masa refund dia nak bagi dalam Egypt Pound. Memang tak maulah kita 😂 Walaupun stress awalanya, tapi Alhamdulillah tetap berakhir dengan happy ending 😍
@LeavingTheNest Hati you all cekal betul Kalau cik dah tinggi anxiety . Alhamdulillah semua selamat. Apa kata lepas balik Malaysia, you all buat podcast pengalaman. Cik terpengaruh sangat dgn vlog cuti kamu. Cuti dgn reindeer tu, my favorite 😍
Haha betul, tentera ada je kat mana-mana, termasuk dalam jamban muzium! 😂 Traffic jam pulak, naik Careem driver buka tingkap, memang sengsara betul! Bingit… kereta driver hon rosak pun dia still nak tekan, macam kelakar je 😂😂😂 tapi itulah Cairo, penuh cabaran, tapi ada je charm dia yang buatkan pengalaman tu jadi memorable sampai rasa nak repeat 😊😊😊
Fuhhhh mmg mencabar part nk check in ni ye.Nasib baik la anak2 semua behave & x crankcy sgt kn.Kalo x lg penat tu.Kalo anak2 sy dlm situasi ni dh patah blk Msia dh jwbnye sy😆
Kalau kitorang kaya, memang dah lama beli tiket flight terus balik rumah je 😂. Tapi apakan daya, nama pun pengembara bajet, kena teruskan jugak perjalanan walaupun penat. Penat badan tu okay lagi, boleh rehat kejap dah lega. Tapi kalau penat mental, dia lain macam sikit. Mood pun boleh swing, semangat terus drop. Kadang rasa macam nak give up, tapi bila fikir balik, “Alaaa, sikit je lagi ni, rugi pulak kalau tak habiskan!” So, tahan je lah. Tapi bila dah berjaya lalui semua tu, puas dia lain macam! Nanti bila balik, boleh cerita kat anak cucu, “Dulu atuk/nenek travel dengan ayah/ibu korang dengan bajet ciput je tau, redah semua onak dan duri..😂😂😂
RINDU DENGAN EGYPT.. SAYA BEKAS PELAJAR UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR.. BANYAK KENANGAN PAHIT MANIS SEMASA BERADA DI MESIR NI.. DARI SEGI MAKANAN, BUDAYA DAN BANYAK TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK. ALHAMDULILLAH HAMPIR SELURUH MESIR SAYA DAH PEGI.. ORANG MESIR NI NI ANTARA ORANG YANG PALING KASAR JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA ARAB YANG LAIN. MESIR JUGA DIKENALI SEBAGAI BUMI AMBIA' @ ARDUL KINANAH @ UMMU DUNIA.. IN SYA ADA REZEKI NAK PERGI LAGI KE MESIR.. LAST SAYA PEGI TAHUN 2011 KETIKA BUAT UMRAH ZIARAH DULU, PEGI MESIR DULU BARU PEGI BUAT UMRAH..
Kitorang yang pergi sekejap ni pun dah rasa rindu, awak yang bertahun-tahun lalui pahit manis kat sana mesti lagi kuat rasa tu kan. Mesir ni memang lain macam. Dia bagi pengalaman yang takkan jumpa kat negara lain. Tapi dia punya “package” memang kena telan pahit sekali dengan manis. Tak semua indah, tapi tu lah yang buat perjalanan tu jadi memorable. 😅 Sepanjang kitorang kat sana, orang Mesir ramai je yang baik-baik. Cuma dorang ni memang jenis “extra” sikit, senang betul nak bergaduh sesama sendiri. Dekat mana-mana pun ada drama-dalam flight, kat imigresen, dekat pasar. Macam gaduh tu dah jadi rutin dorang 😂. Tapi honestly, salah satu moment paling best sepanjang travel kitorang adalah masa melawat Mesir. Memang pengalaman yang takkan dilupakan. The best ever! 😊😊😊
Awal2 daaaa mcm2 eh ...klu sy pon jd She mmg kna balikkkk laaaaa .... part hotel tu mcm hotel xsiap jeee tp on going eh running biz ...sapa la owner hotel tu sbb tgk masa She otw nk amik luggage naik tgga tu ada xbpintu xsiap tgga pon...Sy yg tgk pon stressss ... tp xpelaaaa pengalaman tu Mahal 🥲
Kalau ikut gambar kat website, memang semua nampak tip-top. Tapi realitinya, jauh sangat dari apa yang dibayangkan! Lif rosak, bilik tak ready, masuk bilik kecik sempit, bau pulak kepam semacam. Yang paling kelakar, selak langsir konon nak tengok view luar, rupa-rupanya langsir tu tutup dinding sebab tak ada tingkap langsung. 😂 Tangga nak naik hotel tu awal-awal nampak macam grand. Tapi bila masuk tangga emergency, terus spoil. Scary gila, rasa macam tengah explore bangunan terbengkalai. Lorong nak masuk hotel pun satu hal. Jalan tak berturap, penuh dengan sampah, anjing liar merata. Tambah seram, ada askar siap bersenapang jaga kat pintu masuk. Memang rasa macam masuk kawasan larangan. 😂 Nasib baik akhirnya dapat book hotel lain yang jauh lagi okay. Happy ending jugaklah cerita dia! 😅
Our average budget is usually around RM5k per person for a 3-4 weeks trip, so the total for the 4 of us would be about RM20k. We’ve also fully paid off our first house loan and 2 cars (still using the same car), so we just put aside the same amount we used to pay for these commitments into our travel fund and we only travel when we manage to get cheaper flight tickets. 😊
Anak perempuan baru start tadika tahun ni (5 tahun) Anak sulung sekolah macam biasa, dan biasanya kami travel masa cuti sekolah. Kalau nak pergi travel contoh 3 minggu, kami pergi masa sekolah cuti sekolah 2 minggu, then sambung cuti seminggu lagi. Biasanya cuti panjang macam ni kami akan pergi masa hujung tahun (dah habis exam, dah habis silibus) atau masa awal tahun masa silibus sekolah baru nak start dan masih belum berat. 👍
Mesir negara yang sepatutnya cantik dan tenang (expectations ) , hakikatnya…. Negara chaos , penduduk ramai, kotor, undevelopment (except the new cairo)…. Tah apehal ada nmapak kt fb post , pindah di mesir lebih baik dari Malaysia.. dergh…
Betul, Mesir memang ada tarikannya, especially dari segi sejarah, seni bina, and tempat-tempat iconic dia. Tapi realitinya, tak semua tempat kat sana cantik or tenang macam yang kita expect. Banyak area yang crowded, agak kotor, and kurang pembangunan, tak macam New Cairo. Maybe ada orang rasa Mesir better sebab kos hidup murah untuk certain benda or sebab suasana dia yang unik. Tapi honestly, kalau compare overall, setiap negara ada pro & con dia. Depends jugak pada preference penulis fb. Mungkin dia ada pengalaman yang best kat Mesir sampai dia rasa lagi baik dari Malaysia. Mungkin 😅
Dalam group memang ada baca cerita pasal pengalaman kat Egypt, tapi tak sangka realitinya lagi dasyat dari apa yang dibayangkan. 😂 Egypt ni sebenarnya best gila. Semua benda murah, tempat cantik, penuh dengan sejarah yang buat kita rasa macam balik ke zaman dulu. Tapi… ada tapinya! Kena extra careful kalau kat sini. Sebab walaupun menarik, dia ada cabaran tersendiri. 😂 Macam orang cakap lah, “Adventure yang thrill tu lah buat travel kita jadi memorable!” 😅
Kitorang bagitau je dekat orang kat kaunter tu, kitorang nak refund jugak sebab bilik yang dapat tak sama macam yang kitorang book, and kebetulan time tu lif rosak kena naik tangga sampai tingkat 7, so kitorang cakap kitorang tak nak stay situ, so please refund in USD. Sebab kitorang bayar in USD tapi dia nak refund dalam egyptian pound. Mungkin persistent sebab tak sanggup nak tido situ malam tu 😬
@ okay so ada reason dissbkan x sama dgn apa yg kita bayar n lif pun rosak. Fuhh seharian ek habis, tapi anak2 cool je skali dgn Haikel. Klu sy mgkn dh baran jugak lah hahaahah
@raimiMELAKA Frust jugak sebenarnya sebab terbazir sehari padahal sampai dari kuwait awal pagi dah pukul 8.00am macam tu, semua plan tak jadi, huhu.. Tapi alhamdulillah budak2 & bapak budak semua ok, ni pun salah satu bentuk rezeki jugak bila travel 😭
Hahahha welcome to egypt... Saya belajar 4 tahun dkt sana,sistem ni xada dlm kamus org mesir, derang beratur oun xpandai main tolak2 je haahha... Jln2 dekat mesir ni kn banyak sabar sbb org mesir mmg mcm gampang...lagi satu mesir ni negara mereka dlm undang2 darurat dari dulu sampai sekaramg sbbtu polos n askar derang pgg senapang je keje Oh ye hati2 bila ambil2 gambar tu kalau salah trmpat terutama kem2 askar polos atau bangunan2 kerajaan xpasal mask jail bawah tanah nanti
Betul. Tu adalah first impression kitorang bila sampai sini. Masa trafik jam pun, dorang tak ikut garis putih. Masa jalan lengang pun sama, tak ikut. Masa tu, memang tepuk dahi la kitorang sebab dorang drive macam orang mabuk 😂 On the way ke airport, saya sempat borak dengan driver Careem pasal pemerintahan El Sisi. Driver tu senyum je, macam no comment je. Tak berani nak cakap lebih. Sampai kat imigresen, semua smooth je. Officer cop pasport anak isteri, tapi saya kena hold. Officer tu call someone untuk dapatkan pengesahan. Tapi orang yang dia call tak pick up. Lama gila dia hold, last-last baru dia cop & bagi lepas. Dalam hati ni, memang berdebar gila. Saya suspect ada kaitan dengan soalan saya tadi pada driver Careem. Mungkin sebab soalan tu agak sensitif kot. 😅
Untuk Warga Asing di Malaysia, India 🇮🇳 tak seramai Warga Indonesia, Bangladesh, Nepal & Myanmar. Yang India yang ramai tu warganegara Malaysia yang baik-baik. Kita boleh bezakan raut wajah antara India Malaysia & India dari 🇮🇳 . Dan warga India 🇮🇳 di Malaysia tak banyak buat hal sebab mereka kebanyakkannya terlibat dalam sektor perkidmatan, perniagaan & profesional (doktor). 😊
Kitorang selalu pilih hotel yang ada free cancellation walaupun harga dia mahal sikit. Benefit dia boleh lock 2-3 options hotel sekali jalan. Kalau hotel pertama tak okay, terus proceed je dengan hotel kedua atau ketiga. Senang nak adjust plan masa travel, lagi-lagi kat tempat yang banyak elemen “surprise” tak dijangka macam dalam video ni. 😂 Plus, kalau flight delay ke, ada last minute change ke, sempat lagi cancel hotel. At least tak lah rasa rugi sangat bila benda luar kawalan jadi. Memang berbaloi bayar extra sikit untuk peace of mind! 😊
Bangsa tanah besar Yindia ni mana2 pergi mesti dia bawak perangai diva dia tu. Mampu beli teket kapalterbang je dia rasa dia tepaling kaya dia boleh mendiva walau dia naik AA je pun😂.
Kalau jumpa yang menyakitkan hati, kena tarik nafas, senyum, dan anggap tu ujian sabar. Fokus pada energy positif je, jangan bagi orang negatif kacau mood kita. Yang ni cadangan pakar. 😂 Hakikatnya bila berdepan dengan situasi macam tu, boleh emo kot 😂
Kitorang dah pernah sampai Saudi, Qatar, Egypt, Oman, Kuwait, UAE, tapi sampai sekarang satu habuk pun tak pandai cakap Arab. Harap pada apps translator je,“khalas” 😂😅
hahaha..kalau x menipu bukan arab mesir la namanya(segelintir shj)..aku dok sana 7 tahun..hadam dah perangai/tabiat diaorg..apa ;pun tu adalah pengalaman..org lain x merasa..selamat bercuti di A.R.E...jgn lupa ziarah maqam imam As-Syafie..
Kitorang dah aware dengan situasi kat sana berdasarkan apa yang kitorang baca dekat group dan internet. Memang minta doa banyak-banyak minta dipermudahkan urusan travel DIY kat sini. So far Alhamdulillah, tak ada kes berat. Kalau setakat kena scam hotel tu, masih boleh dimaafkan lagi. Tapi yang pasti, pengalaman travel kat sini memang sangat berbeza dengan negara lain 😊. Kitorang yang datang sekejap pun rasa enjoy sungguh. Apatah lagi yang tinggal kat sini dah 7 tahun, mesti lebih banyak cerita kan 😊
@@LeavingTheNest Berapa hari jer di mesir..?in sya Allah boleh ke mesir semula nanti..7 tahun tu tempoh yg lama dan mcm2 pengalaman pahit manis..jumpa org2 baik..jumpa org2 jahat..jumpa hantu..hihihihihi..seremmm
di mesir mmg byk askar ditempatkan..cuma di mesir tak semua tempat boleh kita bergambar..tak kena gaya ke dalam kita..kalau dah ke dalam tu bukannya sehari dua..paling cepat 1 minggu..baru dibebaskan..tu pun guna kuasa diplomatik..biasa tentera akan tulis tempat tu kawasan larangan bergambar tp di situlah yg cantik untuk bergambar..
Jangan lupa tinggalkan komen korang untuk support dan bantu naikkan engagement. Terima kasih banyak kawan-kawan! 😊
Pernah belajar dan duduk sana 6 tahun, 2008-2014, begitulah local Arab Mesir dengan suasana crowdednya dan ekonominya macam India/Indonesia, kalau jumpa Arab Mesir yang baik tu baik sangat, kalau jumpa yang suka scam tu kita ambik pengajaranlah, dan berjaga-jaga supaya tak kena scam kali kedua.
Saya cadangkan next time kalau sis nak repeat Mesir lagi, boleh pergi pada bulan Ramadhan, sangat meriah, MasyaAllah Tabaarakallahh 🥰, ramai orang pegang Quran, semua orang nak bersedekah.
Alhamdulillah, seronok pergi Mesir sebab banyak sejarah Nabi, orang-orang Soleh, next time boleh daki Gunung Sinai jugak, Dahab menghadap Laut Merah, Terusan Suez adalah diantara Laut Mediterranean dan Laut Merah, ada satu tempat di Sinai boleh nampak sempadan Palestine dan Jordan
A very big country to explore.
Teruskan buat vlog travel ye, saya suka follow vibe positive She and family, dan jujur dalam review semua keadaan dlm travelog sis sekeluarga 🥰
6 tahun duduk kat Mesir tu satu tempoh yang lama juga. Mesti dah lalui macam-macam asam garam orang kat sana kan. Respect betul sebab bukan senang nak adapt dengan suasana kat situ.
Saya memang dah expect Mesir ni crowded, tapi tak sangka suasananya hampir sama dengan Indonesia atau India. Mungkin sebab Kaherah tu terlalu padat sangat dengan manusia. Tapi honestly, saya jumpa ramai orang baik-baik kat sana. Alhamdulillah kitorang tak kena scam langsung selain kes hotel tu. Driver-driver Careem pun okay je, siap boleh sembang lagi walaupun macam ayam itik. 😂
Satu benda yang saya kagum, peniaga kat sana tak mendesak. Kita tanya barang, tapi tak jadi beli pun, dorang rileks je, tak marah-marah. Ada negara lain, silap hari bulan, kena marah sebab tak beli.
Kitorang memang ada plan nak travel bulan Ramadan, especially ke Saudi. Tapi tulah, tiket flight time tu mahal sangat. Tak terfikir pulak nak ke Mesir. Rasanya boleh masuk bucketlist next trip sebab negara ni besar & banyak lagi tempat menarik yang belum explore.
Terima kasih sebab follow travelog kitorang. Kalau ada terkasar bahasa atau tersasul perkataan yang tak sesuai, minta maaf ya. Biasalah, dah terbiasa cakap bahasa pasar. 😊
Suka tengok travelog leaving the nest ni sebab boleh tengok situasi sebenar sesuatu tempat tu, bukan tunjuk yang indah semata. untuk kita yang belum pergi/bakal pergi, this is really helpful. thank you! semoga dilimpahkan lagi rezekinya, boleh bawa kami virtual travel sokmo.
Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak sebab support dan hargai travelog kitorang! 😊
Memang tujuan utama to show the real situation, bukan yang pretty side je 😅, sebab nak korang dapat gambaran jelas sebelum travel. Jadi apa yang kitorang lalui, kemungkinan besar korang akan lalui benda sama juga. Kalau benda tu tak baik, korang boleh elak. Tapi kalau benda tu ok, korang boleh terus follow je.
Doakan kitorang murah rezeki lagi, supaya nanti boleh bawak korang jalan-jalan secara virtual ke tempat-tempat lain pulak lepas ni. Stay tuned okay! 💕 ☺️☺️☺️
Terbaik!!! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Terima Kasih ☺️☺️☺️
Best tengok vibes travel. My wife also start fikir "Let's start travel.... With 4 kids!!" haha. We enjoyed your video. Well done.
Minit 10.25 ade proton persona tu dekat sana 😂 proton mendunia... Bangga sangat aku 😊 hebat proton
Betul, kat sini Proton memang laku. Kerajaan Malaysia dengan Mesir baru je buat JV baru dan Dec 2024 lepas Proton buka kilang CKD dekat Cairo. Dengan adanya kilang ni, Mesir akan dapat skill dan expertise dalam pemasangan kereta.
Kilang baru ni boleh hasilkan 20,000 unit setahun. Diorang memang plan nak jadikan Mesir sebagai hub untuk pasaran Afrika Utara. ☺️
@LeavingTheNest kalau datang German kasitau kita ok... Nanti kita nak belanja makan and jumpa u all...
InshaAllah kalau ada rezeki, kita jumpa nanti. Memang dalam plan nak cover the whole Germany, cuma bila tu tak sure lagi. Tengah tunggu masa yang sesuai. 😊
Koshary ! Makanan Kebanggaan Egypt 🫡🫡🫡
Sedap dan totally berbeza dengan makanan negara Arab lain kan.. 😊
Tahu tak apa yg mmbezakan channel ni dgn channel travel yg lain? Diorg bg gambaran how local punya activities. I love it!!! Lagi besttt.
@@Hooomann-u8p MasyaAllah tabarakallah, terima kasih sangat2 atas sokongan untuk channel kecil kitorang ni. Kitorang travel cara simple je sebenarnya, seronok dapat tengok perbezaan budaya dekat negara luar. Terima kasih banyak2 lagi sekali sebab sudi luangkan masa tengok travelogue kitorang 🥹
Terbaik, banyak ilmu dapat 👍
Yang ditunggu tunggu. Taksabar nak tengok next episode. Suka sangat perkongsian dari family ni.
@@aminahudin3527 terima kasih sangat2 sebab sudi spent time tengok travelogue kitorang, we truly appreciate. insyaAllah next episode kami release hari sama, Ahad 19/1. Terima kasih banyak2 lagi sekali 🥹
Best kat 🇪🇬.. terutama kat Alexandria dan Giza... Juice buah sedap...
Kena repeat lagi la nampak gaya nya sebab tak try dulu 😂😂😂
Sebenarnya kitorang takut nak try sebab risau sakit perut. Gerai tepi jalan tu nampak tak bersih dengan habuk sana sini.. takut nanti sakit perut, program tergendala pulak 😂😂😂
HAI~ yg masa awal-awal video ni membawa pada 1000 makna .[]-[]
🥹🥹🥹
Seronkk tgk ..save journey
Terima Kasih 🤗🤗🤗
Alhamdulillah,terbaik 👍🏻👍🏻👍🏻
Terima kasih sebab sudi jadi antara yang terawal tengok travelogue kitorang 🥹
Sy pnah spai Kaherah dan Iskandariah circa 2016, askar mmg ada merata2.. Morsi da djatuhkan masa tu… scam tu biasa di Mesir rsnya.. Mesir jgak krg bersistem dan agk chaos.. 😅.. jmpa unta tgh jln raya kot.. 😅
Wah, 2016 dah sampai, interesting jugak tu! Tak taulah banyak tak beza dulu dengan sekarang. Dulu masa Morsi digulingkan memang banyak dengar dalam berita je, tapi bila sampai sini baru boleh dapat gambaran macam mana keadaan kat sini.
Kitorang pun ada cuba tanya driver Careem pasal Morsi & El Sisi, dia just senyum je, macam takut nak cakap lebih. Mungkin ingat kitorang ni spy kot 😂
Kalau jalan raya pulak, memang stress sikit dengan jem. Bunyi hon memang tak habis-habis, tambah lagi dengan driver yang suka buka tingkap sebab aircond rosak. Rasa macam kat India pun ye jugak tapi tetap best pengalaman tu sebab rare 😂
Hahaha abe nk buleh nyakit sokmo 😂😂 mujur ore rumoh bereh😂
Nasib baik dio tak book hotel asing-asing 😂
saya dah subscribe channel Leaving The Nest..
@@Pink_Atikah_Black Terima kasih banyak2 sebab sudi support channel kecil kami 🥹
Rindunya egyptt🥹Saya yang pernah study kat mesir pun pernah kena scam kat giza🤣.Walaupun senior banyak kali pesan hati2 tapi terkene juga😂.Jangan lupa try minum jus2 kat sana sedap.Kunafa pun best..Kalau nk bawa balik kunafa by hand carry boleh try grand kunafa (غراند كنافة)..Minta dia bungkus sbb nk bawa balik Malaysia hehe..Kosyarii my fav😋..Jangan lupa pergi pasar kat sana best buah2 n sayur murah 😋..
Rindunya Mesir kan! Haha, kitorang masa kat Giza semua seller atau orang kuda/unta offer je, kitorang terus buat-buat tak faham. Macam dorang tengah cakap sorang-sorang je 😂. Padahal teringin jugak nak naik unta, tapi sebab baca bad review teruk sangat, terus skip je.
Jus-jus atau street food kat pasar pun tak try sebab takut memerut 😂. Yelah, tak biasa tempat tu, takut susah nak cari toilet pulak. Kosyari memang kitorang makan sebab driver Careem recommend, memang sedap gila! Tapi bab buah-buah ni ada cerita kelakar sikit, masa nak beli strawberry, dah survey dekat sosmed harga sekitar RM3-5 sekilo ( lepas convert). Masa nak beli, tiba-tiba seller ubah-ubah harga sampai nak charge RM25 sekilo! Terus skip sebab tak nak kena scam.
Tapi apa pun, Mesir ni memang best gila dan wajib repeat kalau ada rezeki lagi! 😂
@ hehe yee betul tu kat egypt susah nk cari toilet 🤣 ..Saya kalau pergi darrasah akan singgah masjid al azhar n toilet kat situ pun buka waktu solat je🤣 Tak sabar nk tunggu next episode..Rindu nk tgk kemeriahan kat sana..Yg psal buah tu maybe dorg tgk pelancong ni boleh scam🤣.Kalau dgn kami student mmg bertekak lah😁.Apapun kalau jalan2 kat sana kene berhati hati sbb banyak pickpocket,kalau main fon atau nk rakam suasana kene extra berhati hati juga tgk kiri dan kanan..Banyak kes pelajar tgh main fon sambil jalan tiba2 ada org lalu tepi dorg terus bawa lari phonee
Owh review macam ni lah yang kitorang cari sebelum pergi sana. Bab tipping, pickpocket & scam tu memang banyak dah baca, tapi kalau sampai level ragut tu memang extreme jugak. Alhamdulillah, setakat ni Allah masih lindungi kitorang. Masa kat Pasar Khan El Khalili, kitorang takut betul nak rekod.
Pergi pulak hari Sabtu minggu pertama, manusia ramai gila! Masa tu Vanilla masih depend dengan stroller, memang agak kurang bijak betul guna stroller dalam keadaan sesak macam tu 😂😂😂.
Masa kat Masjid Hussein, kitorang terkejut sebab masjid besar macam tu tak ada tempat ambil wuduk langsung 😂. Kena keluar perkarangan masjid untuk amik wuduk.
Pastu, culture Istighasah kat sana pun agak seram jugak untuk first timer macam kitorang. Sampai ada yang bergaduh dengan Imam masjid nak suruh buka Makam Hussein. Memang pengalaman unik betul 😅
@ Yupp betul pasar khan el khalili tak sesuai nk bawa stroller lagi2 hujung minggu🤣.Alhamdulilah Allah lindung kalian sekelurga.Sebut pasal pasar ni kawan sy pernah kene toreh beg kat sini maybe lps dia keluar duit kat bank pickpocket tu follow dia..dalam sesak2 tu beg dia kene toreh..hilanglah 4000 le masa tu.Sedih juga member sbb nk beli buah tangan untuk family .
Satu lagi klau org perempuan kene hati2 juga jangan jalan sorang2 atau naik kenderaan awam sorang2 (kene aware dgn situasi sekeliling)sebab kat sana ada sesetengah yg suka mencabul.Contohnya sy sendiri hampir terkene kejadian di dalam bas menuju ke pasar khan el khalili..sy pakai tudung labuh yg bulat tu duduk di tepi tingkap sy dapat rasa ada tangan org drpd belakang masuk dalam tudung saya melalui tepi..dia cuba untuk pegang payud*r* saya (sebab sy duduk tepi tingkap kan) sy terus pandang belakang bangun dan jerit🤣 yang orang local tu pandai buat2 taktahu apa2..Acah2 pelik kenapa saya jerit..alhamdulilah dalam tu ramai ustaz2 malaysia dan indonesia yg tolong saya..saya jerit marah2 org local tu ..semua org dalam bas terkejut..Akhirnya org yg cuba mencabul saya tu turun bas maybe sbb takut ramai dalam bas tolong saya..Tentang istighasah tu mmg betul 😅.
Apapun,sy bukan nak cerita keburukan dekat sana cuma nk pesan berhati hati dengan keadaan sekeliling.Biasalah negara orang kan.Tak semuanya tak baik masih ada yg baik yang boleh diambil pelajaran😊.InshaAllah moga permusafiran dipermudahkan❤️
Allahu, 4000 tu banyak kot! Sebab tu kitorang memang extra careful masa travel. Walaupun bawa daypack, duit & passport semua kitorang letak dalam poket baju kat dada. Takpelah nampak gemuk sikit, janji selamat. 😅
Handbag, wallet, IC pun memang kitorang tak bawa langsung masa travel. Trauma juga bila dengar cerita macam ni.
Awareness macam ni penting kot, especially untuk solo traveller, lagi-lagi perempuan.
Kes macam sexual harassment dalam bas tu pun dah kira extreme, sebab dorang berani buat kat tempat ramai orang. Memang kena sentiasa alert.
Apa yang sis share ni bukan nak burukkan Mesir, tapi lebih kepada nak bagi heads up.
Sebab kadang orang tak dapat bayangan sebenar keadaan kat sana, especially yang baru first time datang. Kitorang ni traveller je, yang betul-betul tahu situasi sebenar mesti student atau orang yang dah lama duduk kat sana.
Terima kasih sangat atas perkongsian ni, sis! Ilmu macam ni memang priceless. Harapnya orang yang baca pun tak salah faham, sebab kita semua share ni supaya semua orang lebih berhati-hati. Sebab honestly, Mesir ni memang sangat best, banyak benda menarik yang tak ada kat tempat lain. Kita boleh menilai dari perspektif/pov orang Malaysia.
Semoga perkongsian ni jadi pahala berterusan untuk sis. Terbaiklah! 😊
Setuju dorang rude! Even filipino yang kerja dekat luar pun sama esp Dubai ugh.
Kitorang dengan Filipino okay je, takde masalah langsung. Mungkin tak jumpa lagi kot 😅. Tapi kalau dengan India 🇮🇳, tak tahu lah kenapa attitude dorang macam lain sikit. Bukan nak main race card, tapi pelik jugak, warganegara lain semua friendly, senang je nak deal. Tapi kalau dorang, macam seboleh-boleh nak susahkan urusan. 😅
Kadang rasa macam, “Kenapa susah sangat nak buat benda simple?” Tapi, tak semua la macam tu. Mungkin kebetulan kitorang banyak kali jumpa yang tak best je kot. 🥺🥺🥺
Beautiful! I wish we could collaborate, emial plaese
😊😊😊
@@LeavingTheNest thanks! sent
Thank you for the offer. At the moment, I am focusing on my current projects, so I have to pass on this collaboration. However, I truly appreciate the opportunity and hope we can work together in the future. ☺️
@@LeavingTheNest thank you
@RoundTheOutside welcome 🤗
Adik saya pernah belajar kat sini jadi tak sabar nak tengok macam mana dia hidup dulu huhu 😂 dan tak sabar Muzium Firaunn
Sebenarnya agak susah nak dapat gambaran sebenar macam mana Mesir ni sebelum datang. Dalam kepala still terfikir negara “Arab” ni negara kaya. Bila sampai sini, baru sedar sebaliknya. Memang ada baca bad review, tapi kebanyakan dari tourist je, bukan dari student.
Saya pun belum pernah jumpa review dari orang yang dah lama menetap kat Mesir. Jadi bila sampai sini, agak terkejut sebab ingatkan lebih kurang macam Mekah, rupanya lain pulak. Tak pasti lah kehidupan student kat sini susah ke tak. Nanti cuba tanya adik 😅😊
Awat tak boh sekali 5 ep terus? Mudah kami nak tngok? Kena tggu minggu depan pulak😂😂😂😂
Sorry, tak sempat nak edit sebab ada kerja hakiki dan anak-anak yang kena uruskan jugak 🥹🥹
Satu episod je pun dah makan masa 4-5 hari untuk siap edit. Kalau buat 2 episod, nanti terkejar-kejar dan boleh burnout. Sorry sangat-sangat! 🙏🏻🙏🏻
Tapi terima kasih banyak-banyak sebab terus support kami! 🥹🥹
Untung btoi vanilla dgn abg die kecik2 da jln byk2 negara...😊😊😊
Kitorang ni sebenarnya tumpang rezeki Vanilla dan Emir lah untuk travel 😂.
Harapnya pengalaman ni boleh jadi kenangan manis dan ilmu berguna untuk dorang bila besar nanti. 😊
@LeavingTheNest amin2..mane tau jadi traveller terkenal 1hari nt
Kena scam tapi dapat hotel lagi best
Tak sabar next episode
Alhamdulillah sangat, syukur dapat hotel dengan view yang memang tersangat cantik, murah pulak tu 😂.
Masa dekat hotel scam tu, banyak benda off record sebab terlalu tension. Review bilik pun tak sempat nak buat sebab penat sangat, awal pagi buta dah gerak dari Kuwait nak ke sini.
Bilik hotel scam tu memang kelakar. Nampak je ada langsir, tapi sebenarnya takda tingkap pun 😂. Bilik pulak bau kepam tahap busuk yang tak boleh bawak bincang. Macam mana nak tidur dengan tenang macam tu 😂.
Book bilik besar, tapi dorang bagi bilik kecik. Nak minta refund pun susah. Dia nak bagi refund dengan syarat kena cancel stay dekat booking.com dulu, supaya kita tak boleh tinggalkan bad review. Lepas cancel, rupanya dia cuma refund untuk 3 hari je, lagi 1 hari burn terus.
Yang buat sakit hati, payment masa bayar wajib cash in USD, tapi masa refund dia nak bagi dalam Egypt Pound. Memang tak maulah kita 😂
Walaupun stress awalanya, tapi Alhamdulillah tetap berakhir dengan happy ending 😍
@LeavingTheNest
Hati you all cekal betul
Kalau cik dah tinggi anxiety .
Alhamdulillah semua selamat.
Apa kata lepas balik Malaysia, you all buat podcast pengalaman.
Cik terpengaruh sangat dgn vlog cuti kamu.
Cuti dgn reindeer tu, my favorite 😍
Tahniah anda sampai Ardu Kinanah ….bila kaki aku pijak bumi Mesir …2 perkara pelik 1.Tentera 2.Hon 3. Byk lg
Haha betul, tentera ada je kat mana-mana, termasuk dalam jamban muzium! 😂
Traffic jam pulak, naik Careem driver buka tingkap, memang sengsara betul! Bingit… kereta driver hon rosak pun dia still nak tekan, macam kelakar je 😂😂😂
tapi itulah Cairo, penuh cabaran, tapi ada je charm dia yang buatkan pengalaman tu jadi memorable sampai rasa nak repeat 😊😊😊
Fuhhhh mmg mencabar part nk check in ni ye.Nasib baik la anak2 semua behave & x crankcy sgt kn.Kalo x lg penat tu.Kalo anak2 sy dlm situasi ni dh patah blk Msia dh jwbnye sy😆
Kalau kitorang kaya, memang dah lama beli tiket flight terus balik rumah je 😂. Tapi apakan daya, nama pun pengembara bajet, kena teruskan jugak perjalanan walaupun penat.
Penat badan tu okay lagi, boleh rehat kejap dah lega. Tapi kalau penat mental, dia lain macam sikit. Mood pun boleh swing, semangat terus drop. Kadang rasa macam nak give up, tapi bila fikir balik, “Alaaa, sikit je lagi ni, rugi pulak kalau tak habiskan!” So, tahan je lah.
Tapi bila dah berjaya lalui semua tu, puas dia lain macam! Nanti bila balik, boleh cerita kat anak cucu, “Dulu atuk/nenek travel dengan ayah/ibu korang dengan bajet ciput je tau, redah semua onak dan duri..😂😂😂
RINDU DENGAN EGYPT.. SAYA BEKAS PELAJAR UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR.. BANYAK KENANGAN PAHIT MANIS SEMASA BERADA DI MESIR NI.. DARI SEGI MAKANAN, BUDAYA DAN BANYAK TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK. ALHAMDULILLAH HAMPIR SELURUH MESIR SAYA DAH PEGI.. ORANG MESIR NI NI ANTARA ORANG YANG PALING KASAR JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA ARAB YANG LAIN. MESIR JUGA DIKENALI SEBAGAI BUMI AMBIA' @ ARDUL KINANAH @ UMMU DUNIA.. IN SYA ADA REZEKI NAK PERGI LAGI KE MESIR.. LAST SAYA PEGI TAHUN 2011 KETIKA BUAT UMRAH ZIARAH DULU, PEGI MESIR DULU BARU PEGI BUAT UMRAH..
Pala dekk butuh apaaii celum
Kitorang yang pergi sekejap ni pun dah rasa rindu, awak yang bertahun-tahun lalui pahit manis kat sana mesti lagi kuat rasa tu kan.
Mesir ni memang lain macam. Dia bagi pengalaman yang takkan jumpa kat negara lain. Tapi dia punya “package” memang kena telan pahit sekali dengan manis. Tak semua indah, tapi tu lah yang buat perjalanan tu jadi memorable. 😅
Sepanjang kitorang kat sana, orang Mesir ramai je yang baik-baik. Cuma dorang ni memang jenis “extra” sikit, senang betul nak bergaduh sesama sendiri. Dekat mana-mana pun ada drama-dalam flight, kat imigresen, dekat pasar. Macam gaduh tu dah jadi rutin dorang 😂.
Tapi honestly, salah satu moment paling best sepanjang travel kitorang adalah masa melawat Mesir. Memang pengalaman yang takkan dilupakan. The best ever! 😊😊😊
Awal2 daaaa mcm2 eh ...klu sy pon jd She mmg kna balikkkk laaaaa .... part hotel tu mcm hotel xsiap jeee tp on going eh running biz ...sapa la owner hotel tu sbb tgk masa She otw nk amik luggage naik tgga tu ada xbpintu xsiap tgga pon...Sy yg tgk pon stressss ... tp xpelaaaa pengalaman tu Mahal 🥲
Kalau ikut gambar kat website, memang semua nampak tip-top. Tapi realitinya, jauh sangat dari apa yang dibayangkan! Lif rosak, bilik tak ready, masuk bilik kecik sempit, bau pulak kepam semacam. Yang paling kelakar, selak langsir konon nak tengok view luar, rupa-rupanya langsir tu tutup dinding sebab tak ada tingkap langsung. 😂
Tangga nak naik hotel tu awal-awal nampak macam grand. Tapi bila masuk tangga emergency, terus spoil. Scary gila, rasa macam tengah explore bangunan terbengkalai.
Lorong nak masuk hotel pun satu hal. Jalan tak berturap, penuh dengan sampah, anjing liar merata. Tambah seram, ada askar siap bersenapang jaga kat pintu masuk. Memang rasa macam masuk kawasan larangan. 😂
Nasib baik akhirnya dapat book hotel lain yang jauh lagi okay. Happy ending jugaklah cerita dia! 😅
best😊
Terima kasih 😊😊😊
matsaleh kata dorang yg invented spegati...tp dlm koshari tu ade spegati, kacang kuda,telor dll..org mesir ckp dorang dh mkn ribu tahun dh koshari tu
Betul saya pun ada baca spaghetti ni pada asasnya memang asal dari Mesir Kuno & dunia arab. 😊
how much average cost do you need for each trip? how do you save up to always making sure that you can always afford to travel?
Our average budget is usually around RM5k per person for a 3-4 weeks trip, so the total for the 4 of us would be about RM20k.
We’ve also fully paid off our first house loan and 2 cars (still using the same car), so we just put aside the same amount we used to pay for these commitments into our travel fund and we only travel when we manage to get cheaper flight tickets. 😊
Kenapa muda2 tak travel yerr😂😂
Haihhh 😅😅😅 tak berani nak ulas panjang 😂😂😂
anak x pergi sekola ke
Anak perempuan baru start tadika tahun ni (5 tahun) Anak sulung sekolah macam biasa, dan biasanya kami travel masa cuti sekolah. Kalau nak pergi travel contoh 3 minggu, kami pergi masa sekolah cuti sekolah 2 minggu, then sambung cuti seminggu lagi. Biasanya cuti panjang macam ni kami akan pergi masa hujung tahun (dah habis exam, dah habis silibus) atau masa awal tahun masa silibus sekolah baru nak start dan masih belum berat. 👍
Mesir negara yang sepatutnya cantik dan tenang (expectations ) , hakikatnya…. Negara chaos , penduduk ramai, kotor, undevelopment (except the new cairo)…. Tah apehal ada nmapak kt fb post , pindah di mesir lebih baik dari Malaysia.. dergh…
Betul, Mesir memang ada tarikannya, especially dari segi sejarah, seni bina, and tempat-tempat iconic dia. Tapi realitinya, tak semua tempat kat sana cantik or tenang macam yang kita expect. Banyak area yang crowded, agak kotor, and kurang pembangunan, tak macam New Cairo.
Maybe ada orang rasa Mesir better sebab kos hidup murah untuk certain benda or sebab suasana dia yang unik.
Tapi honestly, kalau compare overall, setiap negara ada pro & con dia. Depends jugak pada preference penulis fb. Mungkin dia ada pengalaman yang best kat Mesir sampai dia rasa lagi baik dari Malaysia. Mungkin 😅
Vibe egypt mcm india juga ya 😅
Ia..kitorang ingat vibes Arab 😅 tapi tetap lah menarik. Sangat sangat menarik
omg, ptt ler bc kt group bbm org share kena beware scam kt sini
Dalam group memang ada baca cerita pasal pengalaman kat Egypt, tapi tak sangka realitinya lagi dasyat dari apa yang dibayangkan. 😂
Egypt ni sebenarnya best gila. Semua benda murah, tempat cantik, penuh dengan sejarah yang buat kita rasa macam balik ke zaman dulu. Tapi… ada tapinya! Kena extra careful kalau kat sini. Sebab walaupun menarik, dia ada cabaran tersendiri. 😂
Macam orang cakap lah, “Adventure yang thrill tu lah buat travel kita jadi memorable!” 😅
@@LeavingTheNest itu ler, tp bl tgk vid ni walau kena scam perasaan nk pergi tu jd ada..hahah
Wajib pergi Egypt. Rugi tak explore 😊😊😊
She, mcm Mana korag boleh persistence nak dapatkan refund hotel tu? Tengok pun geli lah dinding dia. X sesuai utk budak2.
Kitorang bagitau je dekat orang kat kaunter tu, kitorang nak refund jugak sebab bilik yang dapat tak sama macam yang kitorang book, and kebetulan time tu lif rosak kena naik tangga sampai tingkat 7, so kitorang cakap kitorang tak nak stay situ, so please refund in USD. Sebab kitorang bayar in USD tapi dia nak refund dalam egyptian pound. Mungkin persistent sebab tak sanggup nak tido situ malam tu 😬
@ okay so ada reason dissbkan x sama dgn apa yg kita bayar n lif pun rosak. Fuhh seharian ek habis, tapi anak2 cool je skali dgn Haikel. Klu sy mgkn dh baran jugak lah hahaahah
@raimiMELAKA Frust jugak sebenarnya sebab terbazir sehari padahal sampai dari kuwait awal pagi dah pukul 8.00am macam tu, semua plan tak jadi, huhu.. Tapi alhamdulillah budak2 & bapak budak semua ok, ni pun salah satu bentuk rezeki jugak bila travel 😭
@ betul. Kagum dgn cara korg handle. Byk yg ktorg blaja utk travel nnti. Next episod buletin utama pelizzz
Buletin Utama terus 😂
Hahahha welcome to egypt... Saya belajar 4 tahun dkt sana,sistem ni xada dlm kamus org mesir, derang beratur oun xpandai main tolak2 je haahha...
Jln2 dekat mesir ni kn banyak sabar sbb org mesir mmg mcm gampang...lagi satu mesir ni negara mereka dlm undang2 darurat dari dulu sampai sekaramg sbbtu polos n askar derang pgg senapang je keje
Oh ye hati2 bila ambil2 gambar tu kalau salah trmpat terutama kem2 askar polos atau bangunan2 kerajaan xpasal mask jail bawah tanah nanti
Betul. Tu adalah first impression kitorang bila sampai sini. Masa trafik jam pun, dorang tak ikut garis putih. Masa jalan lengang pun sama, tak ikut. Masa tu, memang tepuk dahi la kitorang sebab dorang drive macam orang mabuk 😂
On the way ke airport, saya sempat borak dengan driver Careem pasal pemerintahan El Sisi. Driver tu senyum je, macam no comment je. Tak berani nak cakap lebih.
Sampai kat imigresen, semua smooth je. Officer cop pasport anak isteri, tapi saya kena hold. Officer tu call someone untuk dapatkan pengesahan. Tapi orang yang dia call tak pick up. Lama gila dia hold, last-last baru dia cop & bagi lepas. Dalam hati ni, memang berdebar gila.
Saya suspect ada kaitan dengan soalan saya tadi pada driver Careem. Mungkin sebab soalan tu agak sensitif kot. 😅
Da tgk ep1 Egypt, tk sabar utk ep lanjutan . Semoga dipermudahkan urusan dan dihindarkan dari scammer semua. 😊
Alhamdulillah, terima kasih banyak support!. Terima kasih doakan urusan kitorang dipermudahkan ye, Stay tuned! 😊
Ingatkan kat Malaysia je ramai foreigner India, rupanya di mana-mana…
Untuk Warga Asing di Malaysia, India 🇮🇳 tak seramai Warga Indonesia, Bangladesh, Nepal & Myanmar.
Yang India yang ramai tu warganegara Malaysia yang baik-baik. Kita boleh bezakan raut wajah antara India Malaysia & India dari 🇮🇳 .
Dan warga India 🇮🇳 di Malaysia tak banyak buat hal sebab mereka kebanyakkannya terlibat dalam sektor perkidmatan, perniagaan & profesional (doktor). 😊
@ ofis saya ramai indian dari India dari indian local…xde yg berani rude lgi…mostly mmg profesional bekerja
cmne boleh dpt free cancel sblm jam 6?
Kitorang selalu pilih hotel yang ada free cancellation walaupun harga dia mahal sikit. Benefit dia boleh lock 2-3 options hotel sekali jalan.
Kalau hotel pertama tak okay, terus proceed je dengan hotel kedua atau ketiga. Senang nak adjust plan masa travel, lagi-lagi kat tempat yang banyak elemen “surprise” tak dijangka macam dalam video ni. 😂
Plus, kalau flight delay ke, ada last minute change ke, sempat lagi cancel hotel. At least tak lah rasa rugi sangat bila benda luar kawalan jadi. Memang berbaloi bayar extra sikit untuk peace of mind! 😊
Bangsa tanah besar Yindia ni mana2 pergi mesti dia bawak perangai diva dia tu. Mampu beli teket kapalterbang je dia rasa dia tepaling kaya dia boleh mendiva walau dia naik AA je pun😂.
Kalau jumpa yang menyakitkan hati, kena tarik nafas, senyum, dan anggap tu ujian sabar. Fokus pada energy positif je, jangan bagi orang negatif kacau mood kita. Yang ni cadangan pakar. 😂
Hakikatnya bila berdepan dengan situasi macam tu, boleh emo kot 😂
Pergi ke semua negara yang pakai bahasa arabic 🇸🇦🇲🇦🇪🇬🇱🇾🇦🇪🇹🇳🇾🇪🇸🇾🇶🇦🇮🇶🇲🇷☺
Kitorang dah pernah sampai Saudi, Qatar, Egypt, Oman, Kuwait, UAE, tapi sampai sekarang satu habuk pun tak pandai cakap Arab. Harap pada apps translator je,“khalas” 😂😅
hahaha..kalau x menipu bukan arab mesir la namanya(segelintir shj)..aku dok sana 7 tahun..hadam dah perangai/tabiat diaorg..apa ;pun tu adalah pengalaman..org lain x merasa..selamat bercuti di A.R.E...jgn lupa ziarah maqam imam As-Syafie..
Kitorang dah aware dengan situasi kat sana berdasarkan apa yang kitorang baca dekat group dan internet. Memang minta doa banyak-banyak minta dipermudahkan urusan travel DIY kat sini.
So far Alhamdulillah, tak ada kes berat. Kalau setakat kena scam hotel tu, masih boleh dimaafkan lagi. Tapi yang pasti, pengalaman travel kat sini memang sangat berbeza dengan negara lain 😊.
Kitorang yang datang sekejap pun rasa enjoy sungguh. Apatah lagi yang tinggal kat sini dah 7 tahun, mesti lebih banyak cerita kan 😊
@@LeavingTheNest Berapa hari jer di mesir..?in sya Allah boleh ke mesir semula nanti..7 tahun tu tempoh yg lama dan mcm2 pengalaman pahit manis..jumpa org2 baik..jumpa org2 jahat..jumpa hantu..hihihihihi..seremmm
di mesir mmg byk askar ditempatkan..cuma di mesir tak semua tempat boleh kita bergambar..tak kena gaya ke dalam kita..kalau dah ke dalam tu bukannya sehari dua..paling cepat 1 minggu..baru dibebaskan..tu pun guna kuasa diplomatik..biasa tentera akan tulis tempat tu kawasan larangan bergambar tp di situlah yg cantik untuk bergambar..