Mesin jahit kulit Jack H2/walking foot sewing machine

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 17 ก.ค. 2024
  • perbezaan antara mesin jahit walking foot Dan mesin jahit lurus biasa.
    .
    kedua-dua mesin adalah mesin jahit lurus tetapi ia berbeza dari segi kegunaan jenis material.
    .
    contoh mesin jahit biasa hanya boleh guna benang jenis biasa dan benang jeans, sekiranya perlu guna benang lebih tebal ia akan menyusahkan kerja menjahit disebabkan saiz bobbin yang kecil dan bentuk rotation hook juga akan menyebabkan benang mudah tersangkut.
    .
    manakala mesin jahit walking foot adalah mesin jenis special yang direka bentuk untuk menjahit kulit,canvas,sofa dan material tebal dengan menggunakan benang lebih kasar.
    .
    bentuk bobbin yang lebih besar dan pergerakan jarak jahitan yang boleh dilaras dari 0mm-12mm menjadikan ia selesa dan mudah untuk menjahit material yang kasar dan tebal.
    .
    selain bobbin dan jarak,mesin walking foot juga mempunyai ciri istimewa iaitu walking foot (bermaksud kepada tapak yang akan gerak sekali dengan pergerakan gigi dimana ia boleh mencengkam material dengan lebih kuat berbanding mesin biasa).
    .
    bobbin yang besar,jarum yang tebal, pergerakan gigi sampai 12mm dan tapak walking foot menjadikan mesin walking foot pilihan utama untuk menjahit beg,kulit,sofa,canvas dan macam-macam jenis heavy material sewing lebih mudah dan cepat.
  • วิทยาศาสตร์และเทคโนโลยี

ความคิดเห็น •