Tarian Alu Alu Etnik Melanau IPGK Batu Lintang (Kagum Kebudayaan)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 8 ก.พ. 2025
  • Tarian Alu-alu merupakan salah satu daripada tarian tradisional yang sudah diwarisi sejak dahulu lagi. Ianya sekarang merupakan salah satu tarian yang sering dipersembahkan apabila ada keramaian di Sarawak. Malah tarian ini juga cukup sinonim dipersembahkan di luar Negara dan sering mendapat perhatian orang luar yang gemar dengan tarian tradisi seperti ini.
    Sebenarnya, tarian alu-alu adalah salah satu daripada tarian yang mempunyai kaitan dengan hari perkabungan bagi masyarakat Melanau dahulu kala. Kebiasaannya, tarian ini akan dipersembahkan di ketika waktu malam iaitu bermula dari malam pertama sehingga malam keempat hari perkabungan.
    Tujuannya hanya satu iaitu untuk menghiburkan hati keluarga dan rakan si mati agar tidak terlalu bersedih. Menariknya gerak tari tarian alu-alu ini tidak mempunyai gerakan yang spesifik sebaliknya gerak tarinya pula sebenarnya berlandaskan aksi-aksi harian. Contohnya proses membuat sagu juga boleh dijadikan satu gerak tari di dalam tarian alu-alu ini. Dan menurut tradisi Melanau, gerak tarinya juga boleh diperolehi menerusi mimpi, pekerjaan seharian, perubatan, permainan rakyat dam banyak lagi.
    Apa yang pasti, tarian alu-alu ini bukanlah semua boleh melakukannya lebih-lebih lagi gerak tari penari lelaki yang harus mengimbangi badan di atas buluh sambil berpusing-pusing dan mengikut rentak muzik menuntut latihan yang berulang-ulang untuk melakukannya.
    Penari Lelaki
    Abdul Raouf bin Abdul Rahman
    Allen Kuba
    Balan Mathew Mangan
    Ericson Alap
    Penari Wanita
    Cornelia Liew Mui Yee
    Daphne Tunga anak Engkamat
    Evana Stella Ngui
    Nala anak Sebau
    Video rakaman dengan kerjasama Spektra Studio bersama guru pelatih IPGK Batu Lintang.
    Penari dari kelab tari Balttisar IPGKBL

ความคิดเห็น • 85