Memahami Ayat Mutasyabihat: Tafwid dan Ta'wil Menurut Perspektif Ulama

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 11 ก.ย. 2024
  • Memahami Ayat Mutasyabihat: Tafwid dan Ta'wil Menurut Perspektif Ulama | Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran
    Membincangkan dua pendekatan utama dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dalam Al-Quran, seperti ayat yang menyebut tentang tangan dan wajah Tuhan. Pendekatan pertama adalah tafwid, yang menyerahkan sepenuhnya makna ayat-ayat ini kepada Allah SWT. Pendekatan kedua adalah ta'wil, yang mencari makna kiasan atau majazi dengan syarat harus dilakukan oleh mereka yang benar-benar ahli dalam ilmu agama.
    Ulama-ulama seperti Imam Malik r.a. dan Imam Al-Ghazali r.a. menjelaskan kaedah ini dan mengapa penting untuk kita sebagai orang awam mengambil pendekatan yang lebih selamat dalam memahami ayat-ayat tersebut.
    Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran,
    Ahli JK Fatwa Negeri Sembilan
    #jmknns
    #muftin9channel
    #akidah

ความคิดเห็น • 1

  • @ismailhws7520
    @ismailhws7520 หลายเดือนก่อน

    Terdapat satu riwayat tentang kenyataan Imam Malik yang berbunyi:
    "وَ الْكَيْفُ غَيْرُ الْمَعْقُوْلِ وَالإِيْمَانُ بِهِ وَاجِبٌ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ".
    Maksudnya:
    "(Istawa’ itu disebut di dalam al-Quran) Dan kaifiyyatnya tidak ada sama sekali (tidak masuk akal), beriman dengannya adalah wajib dan bertanyakannya adalah bid`ah".
    Al-Imam Al-Qarafi mensyarahkan maksud perkataan Imam Malik yang menyebut : "Al-Kaif tidak masuk akal" berkata[2]:
    "وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُوْلٍ" مَعْنَاهُ أَنَّ ذَاتَ اللهِ لاتُوْصَفُ بِمَا وَضَعَتْ لَهُ الْعَرَبُ لَفْظَ كَيْفَ, وَهُوَ الأَحْوَالُ الْمُتَنَقِّلَةُ وَالْهَيْئَاتُ الْجِسْمِيَّةُ...فَلا يُعْقَلُ ذَلِكَ فِيْ حَقِّهِ لاِسْتِحَالَتِهِ فِيْ جِهَةِ الرُّبُوْبِيَّةِ".
    Maksudnya:
    "Al-Kaif tidak masuk akal" maknanya, zat Allah tidak disifati dengan apa yang diletakkan oleh kaedah bahasa Arab dengan lafaz Kaif iaitu (maksud sifat kaif) suatu keadaan-keadaan yang berpindah-pindah (terpisah-pisah) dan suatu keadaan (sifat) kejisiman...Maka tidak masuk akal (mustahil) ianya (Kaif) dinisbahkan kepada Allah kerana ianya (kejisiman dan sifat makhluk) mustahil bagi sifat ketuhanan (Allah ta`ala)" .
    Adapun perkataan yang dinisbahkan kepada Imam Malik yang berkata: "Kaif Majhul", maka menurut sebahagian besar ulama`, ianya tidak jelas menunjukkan Imam Malik menetapkan kaifiyyat bagi Allah ta`ala di samping riwayat tersebut lemah jika dikaji dari sudut sanadnya berbanding riwayat yang menyebut: "Kaif ghair ma`qul" iaitu tanpa kaif.
    Maka disisi bahasanya, menetapkan kaifiyyat bagi Allah bererti menetapkan ukuran dan kadar batas bagi Allah ta`ala ini bukan pegangan salafus-soleh. Tiada dalam kalangan salaf yang pernah mendakwa Allah ta`ala mempunyai kadar dan kaifiyyat tetapi kita tidak mengetahuinya. Malah, mereka menafikan asal bagi kaifiyyat itu sendiri daripada dinisbahkan kepada Allah ta`ala berdasaarkan perkataan Imam Qarafi radiyallahu`anhu.