[Maulana Saari Mustapha] KUBUR: ANTARA SUNNAH & BID'AH [Ijtima' Ilmi 3.0]
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 26 ม.ค. 2025
- darulkautsar.w...
KUBUR: ANTARA SUNNAH & BID'AH
[PETIKAN DARI IJTIMA' ILMI 3.0 - DARUL QURAN WAL HADITH, TUMPAT
KELANTAN]
Maulana Saari Mustapha
4 Jan 2025
TANDA MASA PERBINCANGAN MENARIK
1. 00:00:40 - Masalah berkaitan kubur mula menjadi penyakit yang bahaya kepada umat Islam di Malaysia akhir-akhir ini dan dikhuatiri menghampiri apa yang berlaku di India, Pakistan dan Mesir (di mana terjadi penyembahan kubur secara terang-terangan)
2. 00:01:51 - Adalah dikesan pengaruh mengagungkan kubur ini berasal dari Yaman. Kebanyakan ulama' di Malaysia didapati tidak mampu membendung "serangan" ini dan lebih parah, turut serta dalam menyebarkan budaya sesat ini.
3. 00:03:20 - Islam datang untuk menyelesaikan masalah hidup termasuk kaedah mengurus kematian.
4. 00:06:50 - Ada tiga konsep/peringkat interaksi kita dengan kubur (terma "kubur" merujuk tempat pengebumian mayat dan "barzakh" ialah fasa alam yang dialami mayat)
KONSEP PERTAMA - Menguruskan mayat (memandikan, solat, pengebumian dll)
5. 00:11:41 - KONSEP KEDUA - Mengingatkan kita yang hidup ini dengan kematian (seperti menziarahi kubur dsb)
Nota:
i) Islam datang untuk mengubah adat resam jahiliyiah kepada aturan agama yang betul.
ii) Menziarah kubur tidak bermaksud ziarah ahli keluarga yang ada di dalam kubur tetapi umum kepada semua yang ada di dalam kubur. Amat tidak sesuai amalan ziarah kubur ini disambut seolah satu pesta!
6. 00:18:23 - KONSEP KETIGA - Menolong orang yang berada di dalam kubur.
7. 00:21:58 - Maksud doa-doa dalam solat jenazah
8. 00:28:06 - Konsep sedekah pahala kepada si mati seperti tahlil dan meratib kepada orang mati, sedekah al-Fatihah dan seumpamanya adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. Yang diperlukan oleh si mati ialah pembebasan dari musibah bukannya tambahan pahala.
9. 00:30:09 - Akhir-akhir ini ada usaha mempopularkan amalan yang celaru seperti "tawassul" (menjadi perantara) dan "istighatsah" (minta tolong) kepada orang mati. Kita yang sepatutnya memberi pertolongan kepada orang mati, sebaliknya meminta pertolongan dari orang mati!
10. 00:30:28 - Kegelinciran dalam amalan ini adalah disebabkan sikap "Apa Salahnya?" atau"Tidak Ada Apa-Apa Salahnya"
11. 00:32:19 - Perlu difahami konsep "pertolongan", ada sebab dan tiada sebab. Mampukah orang mati menolong kita?
SESI SOAL JAWAB
00:38:51 - SOALAN - 1 - Apakah status hadith yang digunakan sebagai dalil oleh mereka yang membenarkan istighatsah selain kepada Allah?
Dua hadith yang biasa digunakan sebagai dalil istighatsah ialah, pertama, hadith manusia meminta pertolongan kepada nabi-nabi di Padang Mahsyar supaya dipercepatkan hisab, dan kedua, hadith Bilal bin Harith al-Muzani pergi ke kubur Nabi s.a.w. supaya Nabi meminta diturunkan hujan. Istighatsah dalam hadith pertama ialah istighatsah di segi bahasa sahaja, tidak di segi maksud sebenar istighatsah; apa yang diminta ialah supaya nabi-nabi meminta kepada Allah bukannya nabi-nabi memperkenankan (mempercepatkan hisab) hasrat mereka. Hadith kedua pula dipertikaikan kerana apa yang dilakukan oleh Bilal bin Harith tidak dilakukan oleh Sahabat-sahabat lain seperti Abu Bakar dsb.
[Nota: Hadith kedua ini dibuktikan sebagai palsu di dalam Kajian Usul Dirayat Hadith - rujuk - artikel -darulkautsarpe... & video • [AQIDAH] - "Istighatsa... (video perbincangan hadith ini bermula dari mini 46m 36s) ]
Oleh itu kedua-dua hadith ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk menyokong amalan istighatsah.
Hadith yang jelas yang sepatutnya menjadi panduan kita ialah hadith yang berbunyi, "Hanya dengan engkau ya Allah, aku istighatsah".
00:48:05 - SOALAN - 2 - Adakah kita berdosa jika kita turut serta dalam majlis makan kenduri tahlil orang mati yang diadakan di masjid-masjid?
Yang paling elok kita tidak turut serta dalam majlis-majlis kenduri tahlil. Di samping bercanggah dengan hukum syarak, banyak syubhat yang timbul dari upacara ini seperti sumber harta, tujuan dsb.
00:54:00 - SOALAN - 3 - Adakah jatuh syirik orang yang mengatakan mereka tidak meminta kepada orang mati tetapi meminta tolong orang mati supaya berdoa kepada Allah?
Sesiapa yang yakin ada pihak lain (seperti orang mati) selain Allah yang menguruskan dunia ini dia telah jatuh syirik. Sekiranya diyakini orang yang mati berdoa kepada Allah bagi pihak kita samalah keadaannya dengan musyrikin Mekah yang menganggap berhala sebagai perantara antara mereka dan Allah.
01:00:59 - SOALAN - 4 - Adakah dikira bid'ah orang yang ingin menziarahi kubur anaknya yang disemadikan di luar negara?
Diharuskan dan niatlah sebagai "social visit", seperti lawatan-lawatan dan ziarah yang biasa kita lakukan.
01:07:11 - SOALAN - 5 - Amalan istighatsah berleluasa di zaman jahiliyyah
Web Menarik - PERBINCANGAN HADITH - onlinehadits.w...
Sy dgr,sy dh boleh beza kan bahawa org dlm kubur lebih memerlu kan kita doa kan agar di angkat azab kubur dan di lapang kan kubur si mati ...sedang kan amalan yg dikata kn sedekah pahala tu tak laku di alam kubur kerana pahala hanya terpakai di akhirat kelak,selepas di bangkit kan di hadapan Allah subahanawatalla....