Apakah Yang Dinamakan Dengan Segment Kereta??.. Penting Untuk Kereta Pertama Anda.

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 14 พ.ย. 2020
  • Mungkin ada di kalangan kita yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan segmen A, B, C dan sebagainya. Bagi tujuan klasifikasi kenderaan, kategori kenderaan digunakan berdasarkan abjad.
    Ini adalah berdasarkan Kesatuan Eropah yang mengkategorikan kereta yang dijual bagi pasaran Eropah dan praktis ini lebih mudah dan ringkas berbanding dengan pihak lain. Mari kita teliti panjang, lebar dan berat kereta bagi setiap kategori
    Segmen A ( Subcompact Car)
    Bagi kereta dalam kategori ini, panjang maksima ialah 3700mm dan lebar maksima ialah 1700mm. Biasa kereta ini wujud dalam bentuk hatchback 2 kotak dan juga boleh wujud dalam bentuk sedan 3 kotak.
    Contoh yang paling dekat ialah axia dengan panjang 3640mm dan lebar 1620mm. Berat axia pula ialah 850kg. Namun sedan kategori A iaitu Bezza mempunyai panjang 4150mm dan lebar 1620mm dan berat bertambah kepada 930kg. Contoh lain ialah Kia Picanto dan Hyundai i10
    Segmen B (Economy Car)
    Dalam kategori B, panjang dan lebar kereta adalah lebih besar berbanding kategori A. Panjang kereta adalah antara 3700mm sehingga 4100mm. Manakala lebar kereta tidak melebihi 1750mm. Sebagai contoh ialah Honda Jazz dengan panjang 4028mm dan lebar 1694mm dan berat 1099kg.
    Dalam versi sedan iaitu Honda City, panjang kereta bertambah kepada 4440mm dan lebar 1694mm sama dengan versi hatchback dan berat 1112kg.
    Segmen C (Compact Car)
    Dalam definasi yang diberikan oleh EPA (Environmental Protection Agency), panjang kereta adalah antara 4100mm - 4450mm bagi versi hatchback dan bagi versi sedan panjang ini adalah antara 4400mm - 4750mm
    Bagi pemain industri Jepun, mereka menggunakan dimensi panjang kenderaan adalah antara 3400mm - 4700mm dan lebar antara 1480mm sehingga 2000mm.
    Segmen D (Entry Level Luxury Car)
    Bagi tujuan rujukan, terdapat 2 definisi yang boleh digunakan oleh pembaca bagi mengenalpasti kereta yang berada dalam kategori ini.
    Bagi pasaran Amerika, jarak antara roda (wheelbase) bagi kereta ini berada dalam julat 2667mm dan 2794mm. Untuk pasaran JDM atau Japan Domestic Market, sekiranya kereta tersebut melebihi 4700mm, lebar melebihi 1800mm dan enjin yang digunakan lebih besar dari 2000cc, maka kereta tersebut akan dikategorikan dalam segmen D.
    Segment E (Mid Size Luxury Car)
    Panjang keseluruhan kereta dalam kategori ini tidak melebihi 5000mm atau 5 meter dan boleh juga direkabentuk dalam keadaan sedan, hatchback dan juga wagon.
    F Segment (Luxury Car)
    Nama-nama seperti Lexus XF50 (3500cc TwinTurbo), BMW 7 Series (4400cc atau 6600cc), Bentley Flying Spurs (6000cc), Jaguar XJ (5000cc supercaj), Mercedes S Class dan Rolls Royce Ghost adalah antara beberapa nama yang mendominasi kereta dalam kategori F Segment.
    S Segment (Sport)
    Dalam segmen S, fokus utama dalam rekabentuk kereta ialah memberikan pengalaman yang mengujakan kepada pemandu. terdapat 4 rekabentuk kereta yang boleh wujud dalam segmen ini iaitu:
    Grand Tourer-Kereta prestasi tinggi dan mewah, Lexus LC50
    Segment M (Multi Purpose Vehicle) MPV
    Dalam kategori M, ia terbahagi kepada beberapa sub bahagian seperti Mini MPV, Compact MPV, Large MPV, dan juga Van.
    Segment J
    Dalam segmen ini, fokus diberikan kepada untuk membawa antara 5 hingga 7 penumpang merentasi permukaan jalan dengan mencabar dan selesa.
    Kesatuan Eropah mengkategorikan kereta dalam segmen ini kepada 4×4, Sport Utility Vehicle SUV (Mini, Compact, Medium Size dan Full Size) dan crossover.
    Segmen Pick Up
    Dalam segmen pickup, chassis yang digunakan ialah chassis ladder frame yang lebih kukuh dan lasak berbanding chassis monocoque. Bahagian badan terdiri daripada 2 bahagian iaitu closed cabin untuk penumpang dan open cabin untuk meletakkan barangan.
    Pickup Platform Vehicle / PPV Segment
    Bagi mengurangkan kos pembangunan model baru, pengeluar kenderaan mengaplikasikan chassis ladder frame untuk kegunaan pickup kepada kenderaan tujuh tempat duduk dengan rekabentuk SUV.
  • บันเทิง

ความคิดเห็น •