Sekawan Campsite | Family Camping with Kids | Air Terjun Gunung Pulai
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 4 พ.ย. 2024
- Sekawan Campsite, Kg. Sri Gunung Pulai, Kulai, Johor
Destinasi perkhemahan dibawah pokok kelapa sawit yang teduh dan mempunyai anak sungai yang menarik. Suasana di sekitar pokok kelapa sawit yang tenang dan indah, kolam mandi yang sangat sesuai untuk anak-anak kecil. Kawasan kebun dan perkampungan yang hampir dengan tapak kemah membuatkan kita rasa selamat dan aman.
Destinasi ini sangat sesuai bagi yang baru ingin menceburi perkhemahan bersama anak-anak kecil. Sangat disarankan untuk membawa seisi keluarga kerana ia dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti tandas, tempat mandi, tempat letak kenderaan dan lain-lain.
Terdapat juga Cabin untuk disewa bagi pelawat yang mengiringi campers. Merangkumi 4 buah kabin penginapan, 20 tapak khemah, 4 bilik mandi, 4 tandas, set BBQ & terletak di pinggiran anak sungai yg telah dihadang bagi keselesaan keluarga terutamanya buat anak-anak untuk bermandi-manda di anak sungai.
Pada waktu malam, kawasan campsite diterangi dengan lampu, air paip yang tidak menghampakan dan yang paling penting ialah suasana penginapan seolah-olah di dalam kampung dengan bunyi aliran sungai serta embun di waktu pagi menjanjikan pengalaman bermalam yang sangat bermakna.
Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah mandi sungai dan air terjun, bbq, jogging dan lain-lain lagi.
✅ Tandas 🚹🚺
✅ Tempat letak kenderaan
✅ Kolam mandi 🏊
✅ Anak sungai
✅ Air terjun
✅ Plug point 🔌
✅ Redup 🏕️
✅ Hiking 🥾
Hubungi :
Facebook: / 100077772744190
☎️ Call/Wassap: www.wasap.my/6... (En. Saiful)
📍 Sekawan Campsite, Jalan Air Terjun, Kg. Sri Gunung Pulai, Kulai, Johor.
Info tambahan di dalam video ini:
Abang Pon Pon - Food Delivery
Facebook: / 100070097835349
☎️ Call/Wassap: www.wasap.my/6...
#campsite #familycamping #pajero #tourism #campers #waterfall #gunungpulai #coleman
luas campsite ni cantik
Betul tu Tuan, campsite ni luas, tapak xd limit. Berbahagi2 di antara campers
Padu
Terima kasih Tuan. Hehe geng jero mesti padu.
Terbaik campsite ni,mmg amat sesuai untuk camping & santai bersama keluarga serta kawan. Salam 1 hobi dari kami,enjoy your vlog.
Terima kasih atas komen yang terbaik. Salam 1 hobi juga. Kalau jumpe di campsite tegur2 ya.
Hadir support teman satu hobi.
Terima kasih. Nice logo tu.
sbb video abg esok sye nk pergi
Haha mantap. Pegi bang mmg best tempat ni. Budak dan dewasa sesuai sangat.
Dekat dengan kolam tu kabin/chalet dia ke? Tapak berapa ya yg dkt dgn chalet?
Haah chalet die tp sy pernah tanya2, chalet nya penuh means orang ramai nak book situ lah. Tapak takde nombor tu, just boleh arrange pasang area tu, kalau awal lagi bagus Bang.
Nice la tp jln masuk ke air terjun tu mcm lain dgn yg kami masuk…
Ha’a yg video Abang kemarin sy tgk mcm dekat sikit sebab naik buggy/tram kan? Yg sy ni sy parking di campsite utama, lepas tu jalan kaki lalu kandang kambing tu. Next time kite follow jalan yg abang tunjuk tu pulak. Hehe
Ijammmm! Aku baru jumpa channel mu haha
Hahaha alamak yeke. Kekeke geng istana tersumbat. Nice lah dah jumpe ni.
Jauh juga menapak. Nk ke air terjun tu
Hahaha aku jarang tipu orang kan. Ape yg aku certia tu betul dah ni.
Jauh sgt ke? nk ke air tjun?
Berapa jauh berjalan tu bang???
Erm dalam 20minit jalan kaki bang, tp ade jalan lain yg lebih pendek, ni sebab sy parking di dalam campsite dan jalan dr situ.
Ada surau ke?
Dekat tempat baru ni kawasan campsite nya xd, tp area chalet nya xpasti, kawasan chalet tu sebelah je.