Alam Jinn | The Realm of Jinns

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 16 พ.ค. 2024
  • Untuk episod kali ini kita akan berbicara tentang satu alam yang masih lagi menjadi misteri bagi kebanyakan kita iaitu alam jin. Jinn adalah merupakan satu entiti yang hidup di alam ghaib.
    Beriman kepada alam ghaib adalah asas kepada keimanan kita. Ianya terlalu penting dan menjadi tiang kepada rukun iman kita.
    Ianya ditegaskan di dalam surah Al-Baqarah, ayat di mana Allah memberikan mukadimah mengenai kalam-Nya ini
    -----
    For this episode, we will talk about a realm that remains a mystery to many of us, which is the realm of jinn. Jinn are entities that live in the unseen world.
    Believing in the unseen is the foundation of our faith. It is extremely important and serves as the pillar of the articles of faith.
    This is emphasized in the surah Al-Baqarah, in the verses where Allah introduces His discourse.
    ------
    Citations:
    1)Jinn. (n.d.). IIUM. Retrieved May 8, 2024, from www.iium.edu.my/deed/quran/in...
    2)Bilal Philips. (2014, January 22). The world of the Jinn [Video]. TH-cam. • The World of the Jinn
    3)Jinn. (2024, May 4). In Wikipedia. en.wikipedia.org/wiki/Jinn
    4)As-Suyuthi. (n.d.). Alam Jin. Darul-Kutub Al-Ilmiyah. play.google.com/books/reader?...
    5)Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - AL-AFKAR #85 : ADAKAH HANTU-HANTU YANG DIGAMBARKAN MASYARAKAT ITU WUJUD? (2020, January 29). muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-...
    6)Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-254: QARIN DARIPADA KALANGAN JIN. (2018, February 28). muftiwp.gov.my/ms/artikel/irs...
    7)Mishkat Al-Masabih 4148 - Game and animals which may be slaughtered - كتاب الصيد والذبائح - Sunnah.com - Sayings and teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). sunnah.com/mishkat:4148
    8)Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - AL-AFKAR #85: DO GHOSTS PORTRAYED IN OUR SOCIETY REALLY EXIST? (2020, January 29). www.muftiwp.gov.my/en/artikel...
    9)Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-404 : ADAKAH SYAITAN DAN JIN BOLEH MELIHAT AURAT ANAK ADAM SERTA BAGAIMANA MENGHINDARINYA? (2020, February 5). muftiwp.gov.my/ms/artikel/irs...
    10)The Book of Greetings - Sunnah.com - Sayings and teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). sunnah.com/muslim/39
    11)Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - AL-AFKAR #102: DEFINISI QARIN. (2020b, February 28). www.muftiwp.gov.my/ms/artikel...
    12)Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - AL-AFKAR #21 : BOLEHKAH MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN? (n.d.). www.muftiwp.gov.my/ms/artikel...
    13)Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - AL-KAFI #472: HUKUM MENYIMPAN BARANG KEBAL, PUSAKA ATAU MISTIK. (2016, November 25). www.muftiwp.gov.my/ms/artikel...
    14)Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-404 : ADAKAH SYAITAN DAN JIN BOLEH MELIHAT AURAT ANAK ADAM SERTA BAGAIMANA MENGHINDARINYA? (2020, February 5). www.muftiwp.gov.my/ms/artikel...
    15)Sunan Ibn Majah 297 - The Book of Purification and its Sunnah - كتاب الطهارة وسننها - Sunnah.com - Sayings and Teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). sunnah.com/ibnmajah:297
    16)One Islam Productions. (2023, February 16). THE UNSEEN WORLD OF JINN (SCARY DETAILS) [Video]. TH-cam. • THE UNSEEN WORLD OF JI...
    17)Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE- 41 : ADAKAH GOLONGAN JIN ITU MUKALLAF ? (2019, November 14). muftiwp.gov.my/ms/artikel/irs...
    18)Sahih Al-Bukhari 3860 - Merits of the Helpers in Madinah (Ansaar) - كتاب مناقب الأنصار - Sunnah.com - Sayings and Teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). sunnah.com/bukhari:3860
    19)Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-FATWA KE-75: ADAKAH IBLIS BERASAL DARIPADA MALAIKAT? (n.d.). muftiwp.gov.my/ms/artikel/irs...
    20)Haram guna tangkal, azimat. (2015, September 16). Berita Harian. www.bharian.com.my/bhplus-old...

ความคิดเห็น • 84

  • @lsabellepissa1274
    @lsabellepissa1274 27 วันที่ผ่านมา +13

    Pd mulanya susuk itu sgt membantu sehingga sy dpt rezeki melimpah ruah. Tp skrg benda ni dah mula mkn diri sy. Rezeki ditutup setiap penjuru. Kat video ni katanya Jin dan syaitan tak blh buat apa2 mudarat pd manusia. Tp tengkuk leher sy diisap sampai kurus kering. Kecantikan sy mulanya jd keinginan jejaka muda, tampan. Sy tak layan sgt. Tp skrg ni kecantikan sy buatkan org bernafsu jahat. Kena buang kerja sbb lelaki kat tempat kerja sy nak rogol sy. Boss suruh sy benti. Dari situ dah nampak setan ni dah mula menyusahkan hidup sy. Sepatutnya perogol sial tu yg diberhentikan kerja. Tp malangnya boss berpihak pd lelaki sial tu. Semua org kat tempat kerja terutamanya perempuan tak suka pd sy. Pd mulanya sy ingatkan terkena penyakit Ain. Tp skrg ni mcm semua ada sekali. Susuk, saka, dan penyakit Ain. Ramai yg dengki pd sy. Semua org kat tempat kerja sy berbangsa India. Boss sy pun India. Sy pun India tp dilahirkan dari Ibu berbangsa Cina. Sy ada kacukan darah Filipina belah Mama sy. Benda dlm badan ni pernah tunjukkan rupanya pd sy dlm cermin. Bila mandi sy ada dua bayang2. Satu tinggi besar. Satu lagi kurus kecil. Sy terpaksa mkn byk. Sbb dlm masa yg singkat jin dlm badan ni akan sedut segala zat sy dan tenaga sy sampai letih dan sakit tengkuk sbb kena isap. Tp sy fight. Buat tak endah jer. Sy terpaksa dengar ayat2 ruqyah. Setiap hari. Utk makluman, sy bukan Islam. Sy beragama Buddha. Adik beradik sy ada 3 org yg dah Islam. Adik bongsu sy blk dari Umrah terus hijab dia blh nampak benda tu tengah mkn bdn sy. Dia beria2 nak bawa sy berubat. Tp dipaksa utk sy masuk Islam. Bukan sy kata Islam tu tak bagus cuma sy perlu kaji dan study betul2 sblm singkirkan agama asal kalau perlu.

    • @INFINITI_ISLAM
      @INFINITI_ISLAM  26 วันที่ผ่านมา +12

      @Isabellepissa1274
      Terima kasih di atas perkongsian yang diberikan. Kami hargai sangat-sangat. Sebagai respond terhadap komen diberikan, saya akan breakdown seperti berikut:
      1) Jin tak boleh beri mudarat:
      Apa yang saya maksudkan disitu adalah dia tak boleh membunuh manusia macam manusia bunuh manusia, atau haiwan bunuh manusia. Dia juga tak boleh kawal tubuh kita dan buat kita mencuri dsb. Tapi saya ada jumpa satu hadis berkenaan Rasulullah uruskan seseorang yang dirasuk. Tapi saya tak berani petik hadis tu sebab tak pasti statusnya. Saya juga biasa dengar kes-kes manusia dirasuk jin (posession). Perkara ini real sebab wujudnya ilmu sihir yang menggunakan khidmat jin untuk merosakkan tubuh manusia tapi dia takkan mampu membunuh setakat pengetahuan saya.
      2) Nampak cantik sehingga membangkitkan nafsu liar:
      "Syaitan berupaya untuk membuatkan perkara mungkar nampak cantik dan elok". Dia juga mampu inspire perkara-perkara jahat dalam hati manusia. Jadi, kemungkinan apa yang berlaku adalah syaitan atau jin dari susuk awak tadi telah membuatkan awak kelihatan cantik yang luar biasa.
      Seterusnya, syaitan yang lain inspire niat jahat di dalam hati lelaki di tempat kerja awak yang dia sememangnya mungkin sentiasa tunduk kepada hawa nafsunya. Of course, perkara-perkara luaran yang lain juga memainkan peranan seperti mental state dia, status perkahwinan dia, tidak lupa juga cara seseorang wanita itu berpakaian juga memainkan peranan.
      3) Mula-mula murah rezeki kemudian rezeki tertutup:
      Sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa mengawal rezeki hamba-hambaNya. Allah ada sebut di dalam Al-Quran, jika dia telah tetapkan sesuatu rezeki itu dialamatkan kepada seseorang tiada siapa dapat menghalang dan jika dia tidak izinkan sesutu rezeki itu sampai, tiada sesiapa dapat membantu.
      Adakalanya Allah uji kita agar kita kembali mencari tuhan yang benar
      4) Awak dengar ruqyah:
      Saya hanya ada soalan. Apa yang berlaku bila awak dengar ayat-ayat Ruqyah tu? Adakah rasa tenang? Atau jin tu jadi marah? Atau hidup awak jadi sedikit mudah? Mohon share untuk makluman kami semua.
      5) Adik nak bawa berubat tapi memaksa masuk Islam:
      Sila baca dengan hati terbuka dan renungkan sedalam-dalamnya dengan pertimbangan yang jujur dan ikhlas.
      Dalam video ini pada bab Penciptaan, saya ada mention yang syaitan (iblis) bersumpah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.
      Dalam rukun iman, kita wajib percaya perkara ini kerana ianya memang akan terjadi. Guess what? Saintis dah ramalkan yang universe memang akan tamat disebabkan dalam proses big bang, universe sentiasa expanding non-stop sampai ke satu tahap di mana ia akan tamat seperti mana tali getah yang kita tarik, ia akan terputus. Boleh buat research pasal ni. Saya ada buat video pasal big bang dalam channel ni.
      6) Ok, last:
      Tak semua orang dibuka hijabnya sampai boleh melihat "the unseen". Itu adalah bukti bahawa jin itu real. At least, walaupun awak tidak beriman dengan agama ini, satu element telah terbukti iaitu JIN. Awak sorang je nampak tapi orang lain tak boleh nampak. Isn't it amazing and scary at the same time?
      Sekiranya jawapan untuk soalan saya di point ke-4 adalah positif iaitu masalah resolve sikit, maksudnya ada element kebenaran tentang agama ini di mana ada banyak bukti dari hadis dan Quran menyatakan syaitan kalah dengan ayat-ayat Allah. Malah syaitan akan lari terkentut-kentut bila dengar azan.
      Adik awak memaksa masuk Islam kerana dia percaya agama ini adalah benar dan paksaan dia tu atas dasar kasih dan sayang untuk menyelematkan awak dari gangguan syaitan ni, dan sebagai keselamatan pada hari pembalasan kelak.
      Merujuk kepada kenyataan saya di atas, syaitan akan sentiasa menghasut dan menimbulkan keraguan di dalam hati untuk menerima Islam. Fikiran cliche seperti "saya akan kaji lagi", "Saya masih ragu-ragu", "umat Islam pun nampak rosak teruk", "kebanyakan pengganas pun Muslim" adalah antara wadah syaitan untuk menjauhkan awak dari landasan yang benar. Jangan study Islam dengan melihat umatnya. Tapi kajilah dari wahyu yang telah diturunkan dengan merujuk kepada orang yang betul dan ahli dalam bidang ni.
      Percayalah hati awak tidak akan ragu-ragu untuk tukar agama lain, malah jadi atheist pun awak akan rasa ok. Tapi Islam je, sentiasa takut dan ragu. Dan saya tidak terkejut kalau awak bagitau masalah awak selesai selepas jumpa sami di kuil atau tokong sebab memang itulah modus operandi iblis. Dia akan pergi bila awak berurusan dengan geng dia juga supaya terus percaya pada kebatilan dan menolak kebenaran. Maaf bertanya, susuk awak ni dipasang ditokong tempat awak minum air azimat tu ke?
      Akhir sekali, jika awak masih ragu-ragu untuk terima Islam, at least cakap kat adik yang awak desperate untuk terima rawatan tapi minta dia masa untuk awak belajar dan faham Islam. Peringkat demi peringkat Insya-Allah awak akan diberikan petunjuk.
      Argument tentang adakah Islam benar, isu percanggahan dan lain-lain lagi ada banyak je channel dari dari da'i-da'i (pendakwah) luar negara seperti The Muslim Lantern, Dawah Wise, Towards Eternity dsb. Tengoklah content diorg untuk bagi lebih pemahaman. Ada juga saintis-saintis masuk Islam selepas kaji ayat-ayat Al-Quran.
      Semoga awak diberikan kesembuhan dan diberikan hidayah oleh Allah Subhana Wataala. Tujuan saya create channel ini adalah berkongsi sedikit ilmu dan pengetahuan berkaitan Islam sekadar yang saya tau pada kapasiti saya. Saya sendiri bukanlah seorang ulama' atau ustaz. Saya juga berharap dapat input dari viewers yang ada knowledge yang lebih banyak dari saya.
      Semoga Allah hantar seseorang untuk bimbing awak. Mungkin sebenarnya ada je depan mata awak :) Adik awak tu.
      Assalamualaikum.

    • @zorroro5885
      @zorroro5885 26 วันที่ผ่านมา +6

      Semoga Allah memberi petunjuk Dan hidayah kpd kamu... Aamiin3 yaa robb 🤲

    • @lsabellepissa1274
      @lsabellepissa1274 26 วันที่ผ่านมา +4

      @@INFINITI_ISLAM first lepas dah dapat rasakan aura tu. Sy pun berjalan kaki ke bus stop nak gi ke tokong. Masa nak lintas jln. Lampu hijau. Kereta byk lalu lalang. Tp tiba2 semua stop beri laluan utk Sy jln. Ada yg offer nak htr Sy. Masa tu Sy tersenyum sorang2. Handsome2 lelaki2 tu. Ramai2 hon2 masa lintas jln td. Mostly Chinese and Malays. Yg paling bestnya semua kereta besar2 dan org hebat2. Pernah jd satu kejadian. Masa tu Sy otw blk dari jln2 kat NU sentral. Masa tu NU sentral ada buat roadshow utk kereta Audi. Sy pula berdiri dari kejauhan tengok2. Sbb memang tak mampu. Tak pasal2 dari jauh penjual kereta mewah tu sekali dgn Emcee approach Sy. Paksa Sy naik ke pentas. Sy pun terkejut. Dah lah pakai selipar jer. Seluar jeans lusuh dan t-shirt biasa. Sy diberi penghargaan dan penghormatan yg tinggi sekali masa tu. Sy kata Sy tak dpt sign up lg. Blm mampu. Katanya takpe Sy antara org yg pertama dipilih utk merasai Audi Sport terbaru. Sy diberi goody bag. Hadiah berupa shopping voucher dan pen exclusive jenama Tag Heuer. Tak terlintas dalam fikiran utk merasa pen. Pegang pintu keta mewah duduk dlm. Lepas tu dpt pulak voucher $500 utk shopping.

    • @lsabellepissa1274
      @lsabellepissa1274 26 วันที่ผ่านมา

      @@zorroro5885 terima kasih sgt2. Sy dah ucap 2 kalimah syahadah tu. Sebab desperate sgt nak keluar dari gangguan jin dan syaitan ty. Dibimbing oleh Pak Arab yg juga kawan baik Sy. Dia yg byk bantu bila Sy dlm kesusahan. Cuma Sy blm blh jd Islam yg betul. Sbb byk sgt yg perlu Sy dalami.

    • @akmalipoh506
      @akmalipoh506 26 วันที่ผ่านมา +2

      ​@@INFINITI_ISLAM Sy Suka Cara admin Smpaikan,, Ringkas and Padat ,,, apa2pun utk sis,, i hope the best for u ,, dalam Islam itu sendiri diajar utk sentiasa bersabar n keep Istiqamah,, sebagai manusia kita takkan pernah Berhenti diuji smpai yg dtentukan "timenya" ,, kita takkan pernah tau hikmah/lesson we learned,, keep strong okay,,,

  • @JieBinzJijan
    @JieBinzJijan 25 วันที่ผ่านมา +3

    Jin , saat dia hanya sendiri , dia tak akan mampu berbuat apa-apa pada manusia , hanya mampu untuk menakuti .. akan tetapi , bezanya terjadi jika jin itu sudah dijadikan buhul atau sihir dalam erti kata bersekongkol dengan manusia .. perumpamaan mudah seperti pedang yang berlumuran darah diatas meja , terlihat menakutkan tapi tidak mendatangkan mudarat , akan tetapi lain pula situasinya , jika pedang yang berdarah tadi digunakan manusia lain untuk mencelakai bahkan membunuh .. Semuanya atas izin Allah SWT dalam menguji kita yakni manusia dan juga jin itu sendiri .. Dunia ini tempat ujian sebelum menempuh akhirat .. Menapis kita ciptaanNya , yang mana lebih berkualiti dan sedar diri .. Wallahu A'lam bisawab ..

    • @INFINITI_ISLAM
      @INFINITI_ISLAM  25 วันที่ผ่านมา +2

      Terima kasih untuk komennya. Ini sangat tepat sekali dan memang mcm tu la keadaannya. Hendaklah kita sentiasa berlindung kepada Allah Subhana Wataala.

    • @JieBinzJijan
      @JieBinzJijan 25 วันที่ผ่านมา

      @@INFINITI_ISLAM Benar Tuan .. Allah menjanjikan perlindungan kepada hamba-hambaNya , kunci sebenar ada pada keyakinan dalam diri masing-masing , tepuk dada tanya hati nurani anda . Apa yang saya katakan ini juga sebagai pengingat untuk diri saya sendiri . Kunci sebenar adalah keyakinan anda pada Allah SWT . Jika keyakinan dan keimanan anda goyah , jika dibacakan ayatul kursi sekalipun untuk menghalau (syaitan dari kalangan jin) , anda hanya akan jadi bahan tertawaan mereka (terutamanya ifrit) .. Lain pula jika keyakinan dan hubungan anda dengan Allah SWT sangat kukuh (Mematuhi hak-hak Allah SWT sebagai Maha Pencipta lagi Maha Agung) ,cukup hanya dibacakan ta'awwuz dan ditiupkan , sudah mampu untuk meleburkan mereka (syaitan dari kalangan jin).

    • @INFINITI_ISLAM
      @INFINITI_ISLAM  25 วันที่ผ่านมา +2

      @@JieBinzJijan Keyakinan terhdapa Allah dalam diri kita juga mempengaruhi keampuhan kita melawan syaitan ni ya. Patutlah ada kes-kes yang susah nak diubat.

    • @JieBinzJijan
      @JieBinzJijan 25 วันที่ผ่านมา

      @@INFINITI_ISLAM Ya betul .. untuk menutupi celah kekurangan ini , dengan kasih sayangnya Rasulullah SAW terhadap umatnya dan demi sifatNya Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang , kita disarankan sendiri oleh Jujungan besar kita Rasulullah SAW , untuk sentiasa banyakkan berselawat ke atas nya . Itulah cara untuk menutupi celah kekurangan ini . In sha Allah .

  • @kickers55
    @kickers55 18 วันที่ผ่านมา

    Konten yg bermanfaat, syabas min teruskan berkarya. Tp sedikit nak sentuh psl background music tu rasanya tak sesuai sgt n jauh lari dr konsep konten Islamik berilmiah cmni, serius ckp tukar segera min. guna arabic song kan lg elok molek. teguran demi kebaikan kita suma.

    • @INFINITI_ISLAM
      @INFINITI_ISLAM  17 วันที่ผ่านมา

      terima kasih feedback.

  • @ARIFFATRIMOHAMMAD
    @ARIFFATRIMOHAMMAD 19 วันที่ผ่านมา +1

    Saya tak berani nak cerita pengalaman sendiri, tapi sya percaya jin ini wujud berdasarkan pengalaman sendiri, cuma pada kefahaman saya mereka tak tertakluk aurat macam kita manusia sebab mereka takde fizikal... Mohon betul kan jika sya silap, yang pasti mereka ini ada agama...

    • @INFINITI_ISLAM
      @INFINITI_ISLAM  17 วันที่ผ่านมา

      saya x pasti pasal aurat mereka. cuma, dalam video tu sebenarnya saya cakap pasal aurat kita yang boleh dilihat oleh jin.

  • @kaunisiapa
    @kaunisiapa 10 วันที่ผ่านมา

    Ralat.. bukan ifrit yg memindahkan singgahsana tuh..
    tetapi seorg yg punya ilmu Allah yg telah memindahkannya seblm mata nabi Sulaman as berkedip..!
    Baca tu.. biar tuntas & benar.. 😊😊

    • @INFINITI_ISLAM
      @INFINITI_ISLAM  10 วันที่ผ่านมา

      Yup memang itu la yg saya cakap

  • @lsabellepissa1274
    @lsabellepissa1274 27 วันที่ผ่านมา

    Assalamualaikum. Sy pernah guna susuk melalui mandi bunga dan minum air azimat dari tokong Cina. Semuanya sy lakukan utk permudahkan urusan sy sehari2.

    • @INFINITI_ISLAM
      @INFINITI_ISLAM  26 วันที่ผ่านมา +1

      Wa'alaikum. Saya dah reply comment awak yang panjang tu. Terima kasih atas feedback dan komen.

    • @lsabellepissa1274
      @lsabellepissa1274 26 วันที่ผ่านมา

      @@INFINITI_ISLAM terima kasih sudi balas comment Sy dan beri penerangan yg jelas. Ye pd mulanya Sy masa tu tengah depression dan selalu putus rezeki, boyfriend tinggalkan Sy dan Sy hampir putus asa utk hidup. Setelah itu Sy dihampiri seorang wanita dari Tokong Cina yg menjemput Sy masuk utk sembahyang dan dptkan ketenangan jiwa. Sy pun masuk lah kat dlm. Sbb masa tu Sy tengah nak putus harapan nak terjun sungai yg letaknya di belakang tokong Cina tu. Tp itu hanya pikiran jer. Sy tak pi sampai tokong Cina atau sungai tu. Sy kat tempat tunggu bas. Dan rasa hati Sy terpanggil utk mendekati tokong tersebut. Dan tak semena-mena muncul wanita Cina 70an penjaga tokong dtg pd Sy. Dia terlalu baik dan akhirnya jd ibu angkat Sy. Sbb masa tu Sy dah beberapa tahun kehilangan Mama Sy.

    • @lsabellepissa1274
      @lsabellepissa1274 26 วันที่ผ่านมา

      Sesudah itu, Sy pun bertanya pd dewa tokong tersebut. Masa org menurun. 'Benda tu bagitau byk benda pd Sy. Dan katanya akan bantu Sy. Sekiranya tidak, Sy mungkin akan mengakhiri hidup Sy. Sy pun setuju dan terpikir benda ni betul2 tau apa yg Sy niat. Katanya hanya kerana seorang lelaki India tak guna Sy nak tamatkan hidup. Dia suruh Sy lupakan jantan tu. Sy pun menangis merayu2 supaya lelaki tu blk pd Sy. Tp benda tu kata. Awak tak perlukan dia. Lepaskan dia. Dia dah ada pompuan lain. Awak akan lg sakit kalau teruskan dgn dia. Jgn risau. Sy akan bantu awak. Lepas ni awak akan dpt yg lg bagus dari dia. Ramai lagi teman. Takkan rasa kesepian lg. Dtglah hari Jumaat nanti bawa bunga 5 jenis dan limau 3 biji. Sy kata baiklah.

    • @lsabellepissa1274
      @lsabellepissa1274 26 วันที่ผ่านมา

      Tiba hari Jumaat Sy pun pergi ke tokong tersebut dan dptkan azimat susuk utk naikkan seri wajah dan rezeki. Sy pergi tu dah petang dlm kul 6. Setelah diambil dan dibacakan jampi pd brg2 tersebut Sy disuruh utk mandi. Dan setelah itu azimat kuning Sy kena bakar dan minum. (Azimat ditulis dgn darah tulisan Cina) Tp dgn syarat kena buat waktu pagi lepas matahari terbit. So Sy pun buat pd hari esoknya hari Sabtu pg. Lepas dah mandi bunga dan limau tu Sy gosok2 pd kening dan seluruh wajah Sy. Sy rasa fresh sgt. Rasa lebih tenang lebih happy. Lepas dah mandi dan keringkan rambut. Sy pun bakar azimat kuning tu dan minum. Lepas minum tu lah. Tiba-tiba rasa mcm ada angin. Aura terbuka sampai Sy blh rasa sendiri.

    • @lsabellepissa1274
      @lsabellepissa1274 26 วันที่ผ่านมา

      Lepas tu byk perkara yg indah2 berlaku pd Sy. Org yg dulunya hina dan tak pandang Sy. Tiba-tiba pandang tak kelip mata. Terkejar-kejar Sy. Sy pun malas nak layan. Sy mula reject semua lelaki India. Benci ngan bangsa India ni. Walaupun Papa Sy India. Sy tak anggap diri sebagai India. Sy start ada boyfriend ngan Malays then Chinese then Chindian mix mcm Sy. Semuanya ada rupa dan kulit putih kemerahan mcm Mama sy. Doktor, lawyer, engineer. Memang taste Sy. Sy tak minat dah ngan Indian ni. Tp satu jer Sy masih tak pernah tidur atau bersetubuh dengan mn2 lelaki yg Sy dating. Biarlah dgn husband sendiri. Tunggu ada jodoh lepas dah kawin baru Sy akan make love. Tak kisah lah org nak kata apa pun. Mostly bf Sy tinggalkan Sy sbb Sy tak nak tido ngan diaorg. Tp Sy tak menyesal pun. Sy just teruskan hidup mcm biasa. Sampailah ada satu hari ni lepas dah beberapa tahun gunakan susuk tu. Sy dapati kuasa susuk tu dah mula hilang. Sy jd hilang arah. Sy pergi blk ke tokong tu dan merayu2 utk dikembalikan kuasa susuk tu. Masa tu lah Sy dpt blk kuasa tersebut. Tp lepas beberapa tahun Sy dapati wajah Sy memang kekal cantik. Tp rezeki mula sempit. Boyfriend just nak sex jer. Tak dpt terus blah. Dia org dah takde mcm dulu nak pujuk rayu suruh stay. Then semua jualan Sy customer beli pastu cancel. Last2 takde satu pun yg beli kat Sy.

  • @lsabellepissa1274
    @lsabellepissa1274 5 วันที่ผ่านมา

    Sy dgn seikhlas hati menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa disini. Sy ingin memanjatkan rasa syukur Alhamdulillah kerana segala urusan telah dipermudahkan. Insyaallah Sy akan dpt kerja tak lama lg dan kalau ada rezeki mungkin bertemu jodoh yg sesuai yg sanggup menjg dan bersama susah senang. Terima kasih pd Admin kerana sgt memberi sokongan dan pengetahuan yang Sy perlukan. Di saat Sy hampir2 putus harapan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan, keselamatan, kesihatan, dan rezeki Sy. Segala urusan telah dipermudahkan 🥰. Alhamdulillah ❤. Hari Ahad adalah pengakhiran pd semua khilaf yg telah Sy lakukan.

    • @INFINITI_ISLAM
      @INFINITI_ISLAM  5 วันที่ผ่านมา +1

      @isabellepissa1274 Alhamdulillah. Saya rasa berbesar hati walaupun channel ni masih lagi kecil dan tak banyak yang saya sempat buat, dapat juga membantu hamba Allah yang sedang mencari Tuhannya. Baguslah dah buang susuknya dan semoga kehidupan kembali normal, sihat, selamat dan bahagia. Btw, just nak confirm. Dah revert ke? Susuknya dah buang, kan?

    • @lsabellepissa1274
      @lsabellepissa1274 5 วันที่ผ่านมา

      Ya, sudah.

    • @INFINITI_ISLAM
      @INFINITI_ISLAM  4 วันที่ผ่านมา +1

      @@lsabellepissa1274 saya minta maaf terpaksa delete komen awak tentang karma tu. Reason being, adalah saya risau ada Muslim yang tak berapa cerdik akalnya akan menerima konsep itu sedangkan ianya sangat bertentangan dengan Islam di mana kita tak percaya pada kelahiran semula. Saya tengah buat research pasal perjalanan roh dari mula diciptakan hinggalah dihimpunkan semula dipadang masyhar nanti.
      Ada orang-orang yang tidak berapa faham Islam menyamakan konsep roh dalam Islam sama dengan agama lain sebab kematian bukan penamat segalanya2. Ada kehidupan lain. Sebenarnya ada perbezaan yang sangat2 significant di mana, konsep reincarnation dalam agama lain secara generalnya adalah roh yang sama ini akan dilahirkan semula di dalam alam yg sama dengan kehidupannya yang lalu (dunia/bumi) tak kisah masa dan zamannya.
      Sedangkan dalam Islam, roh yang sama ini once created, dia akan duduk di alam roh hinggalah sampai gilirannya untuk masuk ke dunia melalui rahim seorang ibu. Perpindahan alam dari alam roh, ke alam rahim ibu, then mati di alam barzakh, seterusnya di padang masyhar adalah satu proses berterusan dan tidak berulang. Roh tidak pernah mati kecuali jasadnya sahaja (vessel).
      Di dalam Islam, setiap roh selepas mati akan berada di alam barzakh. Disoal oleh malaikat dan jika dapat dijawab soalannya, akan direhatkan. Apa yang pasti, tidak akan dilahirkan semula. Sehinggalah sampai hari kiamat nanti di mana kita akan dibangkitkan semula dari tulang sulbi (coccyx) untuk di hisab (judged).
      Tanpa menggunakan Al-Quran dan Hadis pun, konsep reincarnation ini mempunyai masalah jika difikirkan secara logik:
      1) It can become a tiring - never ending cycle. I mean, bila cycle reincarnation ni akan stop? Kalau berhenti pun, what make it stop? How? Who made it stop?
      2) Akan berlaku ketidakadilan di mana jika manusia yang mati tadi hidup semula dalam tubuh orang lain, dia akan mempunyai banyak kelebihan in terms of knowledge and wisdom kerana mempunyai pengalaman dan ilmu dari kehidupan yang lalu. Not to mention, jika dulu dia pernah ditindas, dalam kelahiran seterusnya dia jadi pemimpin, dia pula akan membalas dendam.
      Bercakap pasal dendam, apa kita akan buat kalau ada 1 orang membunuh 1 orang yang lain, kemudian bila disoal, dia cakap yang orang yang dibunuh itu telah membunuhnya dalam kehidupan dia yang lalu, jadi dia berhak untuk dibunuh.
      3) Apa jaminan yang akan dilahirkan semula sebagai manusia? Bukan ikan, anjing atau kumbang tahi? Kita tak boleh memilih untuk dilahirkan sebagai apa betulkan?
      Apapun tahniah kerana telah menemui hidayah dan petunjuk. Semoga awak terus belajar tentang Islam dan yakinlah bahawa ini adalah agama yang benar dan lurus.

    • @lsabellepissa1274
      @lsabellepissa1274 4 วันที่ผ่านมา

      Ye Sy phm. Sy doakan Channel Infinity Islam akan terus maju dan memberi manfaat pd semua viewers.

    • @lsabellepissa1274
      @lsabellepissa1274 4 วันที่ผ่านมา

      @@INFINITI_ISLAM btw Admin punya muka depan tu handsome mcm Mike Thongraya itu yg Sy tergerak hati nak tengok channel ni. Mike is my favourite actor from Thailand tp mix mat Salleh

  • @y_ngxng
    @y_ngxng 24 วันที่ผ่านมา +2

    menarik. saya ada satu soalan. adakah konsep "saka" & "qarin" sama? sebab saya pernah berubat dgn ustaz & katanya saya ada jin pendamping yg asalnya dari keturunan ibu (ibu saya mengaku yg moyang saya dulu sebenarnya bomoh siam & pernah buat perjanjian dgn 'kaum' mereka utk 'jaga keturunan')

    • @JieBinzJijan
      @JieBinzJijan 24 วันที่ผ่านมา +2

      Qarin adalah jin yang memang sudah dipasangkan kepada kita sejak kita lahir sebagai ujian (jin yang membisikan hal-hal buruk) , sedangkan Saka ialah , jin yang dijadikan pendamping berdasarkan perjanjian atas tujuan-tujuan tertentu dan diwariskan secara turun-temurun (jalur keturunan) .

    • @y_ngxng
      @y_ngxng 24 วันที่ผ่านมา +1

      @@JieBinzJijan oh menarik tu. maksudnya 2 jenis jin berbeza peranan & asal usul 🥲 terima kasih

    • @JieBinzJijan
      @JieBinzJijan 24 วันที่ผ่านมา +1

      @@y_ngxng iya , sama-sama .. Wallahu A'lam bisawab ..

    • @akmalipoh506
      @akmalipoh506 22 วันที่ผ่านมา

      Saka tu yg family kita mcm moyang bro ada pndamping tu ,, then sbb ada perjanjian so dia menurun dlm keturunan,, kalau qarin lak mmg dari kita ni sejak lahir mmg ada dh qarin,, qarin kita tkde yg Islam ye ,, yg islam punya tgu hari hisab nnti ( berdasarkan video tafsiran makna dari Surah) .. btw bro berubat dpt putus ikatan dak?

  • @weidoop5327
    @weidoop5327 26 วันที่ผ่านมา

    Di kamar kost sy saat skolah di Jogja dulu kyknya ada jinnya deh, tapi baik kok jinnya, sy ga bisa mlihatnya n ga taw namanya n stiap sy klelahan lngsung tidur tapj blom sholat isya, sy dibangunkan dari tidur skitar jam2 3:00 pagi, ato saat sy maw bangun malam untk blajar sy hnya brkata "Doel, tolong bangunin sy pukul 12.00 ya? Sy slalu trbangun tepat waktu bukan dngn mnggoyang2kan tubuh tapi hidung sy sperti diberi bau sperti bau pasta gigi tapi sngt kuat baunya shjngga sy slalu trbangun

    • @INFINITI_ISLAM
      @INFINITI_ISLAM  26 วันที่ผ่านมา

      Terima kasih share nya masbro. Nampaknya jin tu nak berkawan dgn awak kot. Menarik 🤔 Hati2 jangan terlalu meminta bantuannya ditakuti jadi syirik …

    • @weidoop5327
      @weidoop5327 26 วันที่ผ่านมา

      @@INFINITI_ISLAM kata induk semang pmilik kost itu adalh Jinn muslim yng tinggal di atap plafon rumah kost itu, n kata ibu kost juga dy brpakaian ala orang arab lengkap dngn surban hahaa kyk habib2 gtu deh.. syrik itu bila mngadakan prjajian dngn mreka itu ga pernah sy lakukan

    • @INFINITI_ISLAM
      @INFINITI_ISLAM  26 วันที่ผ่านมา

      @@weidoop5327 waah...mungkin inilah yang dikatakan orang bunian tu kan?

    • @weidoop5327
      @weidoop5327 26 วันที่ผ่านมา

      @@INFINITI_ISLAM ¯\_(ツ)_/¯

    • @akmalipoh506
      @akmalipoh506 25 วันที่ผ่านมา +1

      Kadang2 kita digerakkan oleh jin Islam,, sebab dlm ada hadis tentang jin ada islam n bukan islam.. kalau jenis tolong buat benda baik or kadang2 kita nk solat..kadang2 mereka kejutkan.. Allah Lebih tahu.. sy pun penah tp sy time tu tido time mahgrib.. sy tido bergelap n pintu kunci .. mgkn sy dikejut tp tak bgn oleh family sy yg ketuk pintu,, endup terbangun tros sy lari keluar sbb kaki umpama disentap tarik😂 tp tu jin islam ke bukan ke Wallahualam.. tp kasor bnor guraunya time tu 😂