SELERA NOSTALGIA TRADISI MAKANAN HAMPIR PUPUS @ ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 13 ก.ย. 2024
  • Bagi mereka yang berada berhampiran dengan Port Dickson, Negeri Sembilan bolehlah berkunjung ke AnCasa Residences Port Dickson kerana ianya menyajikan pelbagai menu makanan tradisional yang kian pupus dari pelbagai kaum dan budaya di Malaysia, pastinya menggamit memori di zaman dulu kala.
    Kali ini krew YEEES BRO berpeluang merasai dan menikmati buffet Ramadan yang bertemakan SELERA NOSTALGIA.
    Dengan menampilkan 150 menu sajian AUTENTIK terbaik, Eksekutif Sous Chef Shahrir Nizar Abdul Samad membawa pengalaman nostalgia klasik dengan pelbagai hidangan tradisional Melayu antaranya Nasi Ulam 44, Pindang Ikan Daun Seniar, Botok-Botok Ikan, Pais Ikan Keramat, Asam Sulur Keladi dan banyak lagi.
    Selain daripada menu utama, terdapat juga aneka masakan warisan tempatan termasuklah Kambing Golek, aneka sup, pasembor, aneka kerabu, murtabak, apam balik, bubur lambuk dan pelbagai jenis kuih-muih Melayu, pastri dan buah-buahan segar.
    Buffet Selera Nostalgia ini mempamerkan pilihan masakan berbeza dari hujung minggu (jumaat hingga ahad) dengan harga 88 Ringgit Malaysia untuk dewasa manakala bagi warga emas 60 Ringgit dan 45 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Baucer awal boleh didapati pada harga 78 Ringgit bersih setiap seorang dewasa sebelum 7 Mac 2024.
    Jika anda ingin merasai susana berbuka Ramadan sambil beriadah di tepi laut, AnCasa Residences juga menyediakan harga Promo Bilik Ramadan termasuk sahur dan Bufet Ramadan. Untuk tempahan hubungi 06 6627288 atau 011 5881 5167.

ความคิดเห็น •